Dasar-dasar Luar Malaysia

  • Uploaded by: Akhi Muhammad Aiyas
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar-dasar Luar Malaysia as PDF for free.

More details

  • Words: 1,429
  • Pages: 19
DASAR - DASAR LUAR MALAYSIA Oleh : Aminnulhakim Bin Isa Mohamad Aiyad Bin Ramli PPISMP KS/BI/BMSem 1

FAKTOR - FAKTOR MEMPENGARUHI PENGGUBALAN DASAR LUAR

TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PRO BARAT 1957 - 1963 TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PERALIHAN 1964 - 1969

PERKEMBANGAN DASAR LUAR

TUN ABDUL RAZAK 1970 - 1976 TUN HUSSEIN ONN 1976 -1981 TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD 1981- 2004

PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PRO - BARAT ( 1957 - 1963 ) 1- Dasar luar yang dilaksanakan haruslah benar-benar merdeka 2- Tunku Abdul Rahman mengemudi Tanah Melayu sebagai sebuah negara merdeka dengan melakukan hubungan baik dengan British dan negara komanwel yang lain. 3- British dianggap ‘bapa’ dan harus dihormati untuk mengharapkan bantuan dan kerjasama 4- Untuk menjamin keamanan, Perjanjian Pertahanan AngloMalaya (AMDA) ditandatangani kerana sistem pertahanan Tanah Melayu masih lagi lemah 5- Faktor pergolakan politik serantau seperti diIndo-China dan kemaraan fahaman komunis mengancam keselamatan Tanah Melayu

PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PRO - BARAT ( 1957 - 1963 ) 6- Perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan sebulat suara dari rakyat. 7- Tajudin Ali, seorang ahli UMNO mengecam perjanjian kerana ‘menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu’. 8- Pemuda UMNO Johor menuduh perjanjian AMDA melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (South East Asia Treaty Organisation) 9- Tuanku berjaya mendapat sokongan sebulat suara mengenai perjanjian AMDA di dalam Majlis Undangan Persekutuan 10- Tuanku mengemudi negara dengan sifat anti-komunis dan enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan Rusia dan China 11- Hubungan luar negara Tanah Melayu terbatas dan hanya melibatkan dengan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Thailand,

PENTADBIRAN TUNKU ABDUL RAHMAN DASAR PRO - BARAT ( 1957 - 1963 ) 12- Sewaktu perang Vietnam, Tanah Melayu menyokong tindakan Amerika yang membantu tentera Vietnam Selatan memerangi gerila Vietcong yang ditaja oleh pergerakan komunis. 13- Dalam isu ‘2 China’, Tanah Melayu tidak mengiktiraf Republik Rakyat China yang berteraskan komunis tetapi menjalinkan hubungan peringkat konsular di Kuala Lumpur dengan Taiwan. 14- Dasar pro-barat turut didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu kerana kebergantungan pemasaran hasil bijih timah dan getah kepada British dan untuk menjaga harga pasaran keduanya. 15- Pendirian yang terlalu pro-barat membuatkan Tanah Melayu

PENTADBIRAN TUNKU ABDUL DASAR PERALIHAN ( 1964 -

RAHMAN 1969 )

1- Dasar luar Malaysia berkisarkan sekitar konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia setelah penubuhan Persekutuan Malaysia 1963 2- Pada 27 Mei 1961 di Singapura Tunku mengumumkan konsep negara persekutuan dan mendapat reaksi positif dari wakil Indonesia di PBB, Dr. Subandrio. 3- Pada Januari 1963, Indonesia melalui Dr. Subandrio mengubah pendirian menentang Persekutuan Malaysia dan melancarkan dasar konfrontasi. 4- Penubuhan Persekutuan Malaysia dianggap neo-kolonisme barat dan bakal menggugat rantau asia tenggara. 5- Pada Jun 1962, Filipina menuntut Sabah dari Malaysia dengan

PENTADBIRAN TUNKU ABDUL DASAR PERALIHAN ( 1964 -

RAHMAN 1969 )

6- Berlakunya pemberontakan A.M Azahari di Brunei yang di sokong Presiden Sukarno untuk memastikan pembentukan Malaysia terkubur 7- Parti Komunis Indonesia di bawah pimpinan D.N Aidit menggesa tindakan lebih agresif oleh Indonesia kepada Malaysia 8- Tindakan agresif Indonesia memuncak sewaktu pendaratan dan serangan tentera indonesia di Kukup, Benut dan Pontian hinggalah rampasan kuasa berlaku di Indonesia dan berakhirnya dasar konfrontasi kepada Malaysia 9- Konflik diantara 3 negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia telah menyebabkan ketiga-tiga negara berusaha untuk mendapatkan pengaruh 10- Malaysia telah menghantar rombongan muhibbah diketuai Lee

PENTADBIRAN TUNKU ABDUL DASAR PERALIHAN ( 1964 -

RAHMAN 1969 )

11- Pada Jun 1965, Malaysia dihalang untuk menyertai Persidangan AfroAsia di Algeria dan Malaysia sekali lagi menghantar rombongan muhibbah ke negara-negara Afrika untuk menjelaskan pertikaian dengan Indonesia 12- Pada 19 Jun 1965, Malaysia dibenarkan menghadiri persidangan di Algeria namun terpaksa dibatalkan akibat rampasan kuasa di Algeria 13- Setiausaha PBB ketika itu, U Thant menyifatkan pembentukan Malaysia merupakan sah hasil daripada pungutan suara sukarela dari Sabah dan Sarawak dan memberi kemenangan moral kepada Malaysia

PENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK ( 1970 - 1976 ) 1- Dasar luar negara berlaku perubahan ketara iaitu daripada dasar probarat kepada bersifat berkecuali 2- Dalam Persidangan Negara-Negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970, Malaysia menghantar wakil buat kali pertama 3- Dalam ucapan di parlimen pada Julai 1971, Tun Razak mengakui perubahan di sekitar asia tenggara menggalakkan penyesuaian dasar luar seperti pengunduran tentera British dari Singapura dan Malaysia setelah kemenangan Parti Konservatif di British 4- Pada persidangan November 1971 di Kuala Lumpur, Perisytiharan Kuala Lumpur telah dipersetujui untuk menjadikan asia tenggara

PENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK ( 1970 - 1976 )

5- China menyokong pembentukan ZOPFAN, manakala Rusia tidak berminat dengan ZOPFAN dan menganggap bertentangan dengan hasratnya untuk meluaskan pengaruh di Asia Selatan dan Asia Tenggara, Amerika pula enggan campur tangan. 6- Pada 1971, Malaysia menyokong usul Albania untuk memasukkan China ke dalam PBB dan tidak mengiktirafkan Taiwan sebagai salah sebuah negara PBB. 7- Hubungan baik dengan China banyak memberi faedah kepada Malaysia kerana terdapat beberapa isu yang masih tidak selesai diantara Malaysia dan China 8- Isu pertama ialah China menarik balik sokongan kepada PKM, memberhentikan siaran Suara Revolusi Malaysia yang dipancarkan ke

PENTADBIRAN TUN ABDUL RAZAK ( 1970 - 1976 ) 9- Antara tahun 1972 dan 1973, Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik dengan negara blok komunis iaitu Korea Utara, Vietnam Utara, Jerman Timur dan Republik Mongolia. 10- Pada Mei 1974, Tun Abdul Razak menjadi pemimpin Malaysia pertama melawat ke negara China dan berjaya menyelesaikan beberapa isu-isu berbangkit 11- Disember 1974, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan menempatkan seorang duta di Beijing

PENTADBIRAN TUN HUSSEIN ONN ( 1976 - 1981 ) 1- Meneruskan dasar berkecuali di peringkat antarabangsa dan menumpukan perhatian kepada kerjasama keselamatan dan pertahanan negara 2- Berusaha mewujudkan kawasan bebas, aman dan berkecuali di rantau asia tenggara namun harus menimbangkan mengikut 4 isu utama di rantau asia. 3- Pada 1977, Menteri Luar Malaysia, Tengku Rithaudeen melawat Vietnam bagi mendapatkan jaminan tentang prinsip pengecualian yang dipelopori Malaysia dan diterima menjadi cadangan ASEAN. 4- Pada 1978, Malaysia menerima kunjungan Perdana MenteriVietnam, Pham Van Dong dan Naib Perdana Menteri China, Teng Hsiao Ping. 5- Pada September 1979, Tun Hussein Onn telah membalas kunjungan ke

PENTADBIRAN TUN HUSSEIN ONN ( 1976 - 1981 )

PENTADBIRAN TUN HUSSEIN ONN ( 1976 - 1981 ) 6- Pada Mac 1980, Tun Hussein Onn mengadakan rundingan dengan Presiden Suharto dan mengeluarkan ‘Perisytiharan Kuantan’ untuk menyeru China dan Rusia tidak campur tangan isu di Vietnam dan isu tersebut diselesaikan menggunakan rundingan. 7- Pada Oktober 1980, Malaysia mengumumkan kesediaan untuk membantu Thailand seandainya negara itu diserang oleh tentera Vietnam dan Kempuchea 8- Perbelanjaan pertahanan ditambah 56%, pembelian 80 buah pesawat skyhawk dan pembesaran sehingga 3 kali ganda tentera menjelang 1990 untuk mempertahankan negara dari serangan pihak luar. 9- Malaysia terus mengamalkan sikap berhati-hati di peringkat

PENTADBIRAN TUN DR . MAHATHIR MOHAMAD ( 1981 - 2004 ) 1- Pengekalan dasar luar yang sedia ada dan penekanan diperkenal tanpa mengubah struktur 2- Tidak menjadikan barat sebagai ikutan namun memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan 3- Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar ‘Beli Barangan Britain Terakhir’ kerana Britain masih menganggap Malaysia negara yang lemah dan harus tunduk kepada kamahuannya 4- Dasar itu tidak berpanjangan apabila berlaku pertemuan diantara Tun Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri Britain, Puan Margaret Thacher 5- ASEAN telah diletakkan sebagai senarai teratas di dalam keutamaan dasar luar Malaysia kerana untuk menjamin tiadanya serangan

PENTADBIRAN TUN DR . MAHATHIR MOHAMAD ( 1981 - 2004 ) 7- Tun Dr. Mahathir juga telah menjalinkan hubungan dengan negaranegara islam yang lain dan bertindak mengecam tindakan negaranegara bukan islam di Persidangan PBB yang memendang serong terhadap kebangkitan umat islam. 8- Pada mulanya Dr. Mahathir kecewa dengan perjalanan Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan tidak pernah hadir pada persidangan di India 1983 namun mengubah pendirian pada akhirnya. 9- Malaysia juga telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negaranegara mundur di Selatan Pasifik dan Afrika seperti Malta, Kepulauan Maldives, Tonga dan sebagainya dengan menawarkan program kerjasama teknikal bagi membangunkan negara mereka dan memasarkan produk Malaysia ke negara mereka. 10 -Tun Dr. Mahathir telah mengambil sikap yang tegas di dalam

PENTADBIRAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI ( 2003 - 2009 ) 1- Mengekalkan hubungan damai dengan semua negara tanpa mengira taraf ekonomi, ideologi dan sistem politik. 2- Mengambil pendekatan yang bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal diplomatik serantau dan antarabangsa. 3- Membentuk hubungan dan kerjasama ekonomi yang erat dengan semua negara terutama rakan-rakan dalam ASEAN dan serantau. 4- Memajukan keamanan dan kestabilan serantau menerusi program pembangunan kapasiti dan langkah-langkah penyelesaian. 5- Memainkan peranan yang berpengaruh selaku pengerusi NAM & OIC. 6- Terlibat secara aktif & bermakna di PBB, terutama dalam usaha menamatkan ketidakadilan & kezaliman serta mendaulatkan undangundang antarabangsa.

BIBLIOGRAFI Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Penerbitan Fajar Bakti SDN. BHD, Shah Alam Haji Dr. Syed Ibrahim, 2006, Malaysia Kita, ILBS : Selangor Darul Ehsan.

Related Documents

Hub. Luar Malaysia
May 2020 23
Dasar Luar Malaysia
May 2020 26
Malaysia
April 2020 42
Malaysia
November 2019 55
Malaysia
November 2019 42

More Documents from ""