Contoh Ekm322asign-ekm-322-kesusasteraan-melayu.docx

  • Uploaded by: flora
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Ekm322asign-ekm-322-kesusasteraan-melayu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,734
  • Pages: 30
TUGASAN JANUARI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EKM 322

NAMA KURSUS

KESUSASTERAAN MELAYU

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NORLIZA BINTI HJ MOHAMAD

NO. MATRIK

E30209120152

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

2|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

3|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN A 1. Rasional Kajian Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ) digubal untuk memberi tumpuan pada empat kemahiran, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam

usaha

memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing, daripada suatu elemen baharu

kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri

telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan

pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara “didik hibur” menjadi salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Oleh yang demikaian, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan kurikulum KSSR ini. Selain itu, kajian ini boleh dijadikan tali ukur untuk menilai sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Fokus kajian ini untuk melihat bagaimana kemahiran seni bahasa dapat memberikan penekanan pada “standard kandungan dan standard pembelajaran” yang perlu diketahui dan dikuasai oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini berpaksikan sistem kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Kajian ini turut membincangkan kepentingan unsur seni bahasa yang terdapat dalam KSSR. Aspek seni bahasa ini merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan dalam konteks pendekatan didik hibur (pembelajaran yang menyeronokkan). Oleh itu, didik hibur ini dilihat dapat mengupayakan dan membolehkan bahasa yang indah itu dapat diperoleh secara mudah daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon, mendeklamasi atau berpuisi itu dilaksanakan secara lebih santai tetapi bermakna. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan gaya bahasa khususnya ayat yang menggunakan unsur simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam teks yang dibaca. Oleh itu, melalui idea yang kreatif, pembelajaran seni bahasa ini diharapkan akan dapat melahirkan murid yang menguasai kemahiran lisan dan penulisan dengan baik.

4|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

2. Kaedah Pengumpulan Data Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik yang dibina oleh pengkaji bagi mendapatkan maklum balas daripada responden.Kajian tinjauan bermatlamat mengumpulkan maklumat mengenai pemboleh ubah yang berkaitan dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pemboleh ubah tersebut wujud. Kajian deskriptif ini amat sesuai digunakan dalam kajian ini kerana memudahkan pengkaji untuk mendapatkan data yang dikehendaki. Soal selidik yang digunakan

untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan,

kehendak dan sebagainya. Soal selidik adalah sesuai dan berkesan digunakan bagi populasi yang besar dan

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek

terhadap

rangsangan soalan yang diberikan. Bagi mendapatkan data, satu set soal selidik telah digubal. Soal selidik yang digunakan untuk responden dalam kajian ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian A berkaitan latar belakang sampel kajian (guru KSSR Bahasa Malaysia sahaja) seperti lokasi sekolah, jantina, kaum, umur, kelulusan akademik dan pengkhususan. Maklumat yang diperoleh daripada bahagian ini bertujuan untuk memerihalkan latar belakang responden. Bahagian B pula untuk melihat tahap kefahaman terhadap huraian sukatan aspek seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terhadap murid-murid sekolah rendah. Seterusnya bahagian C pula bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan teks dan bahan bantu mengajar dalam P&P seni bahasa dan bahagian D untuk melihat tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera. Pada bahagian akhir borang soal selidik pula, pengkaji juga menyelitkan soalan berstruktur untuk para guru memberikan pandangan secara umum dan bebas tentang pelaksanaan KSSR ini. Penganalisisan data telah dilaksanakan menggunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) for window versi 16.0. Data yang diperoleh daripada responden telah dikumpulkan dan dianalisis sebaik mungkin sebagai usaha untuk menjayakan kajian ini. Kajian rintis juga telah dilakukan bagi menganalisis kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik yang dijalankan. Kajian rintis ini dilaksanakan di SekolahKebangsaan Bandar Tun Razak (1), Kuala Lumpur, yang melibatkan 30 orang responden. Penggunaan perisian ini sebagai kaedah analisis data statistik deskriptif bermatlamat untuk memperihalkan data dengan sejelas mungkin. Oleh itu, analisis statistik deskriptif cuba membuat ringkasan dan klasifikasi terhadap data supaya pengguna dan penyelidik dapat sama-sama memahami

5|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

data dengan mudah. Sementara itu, statistik deskriptif digunakan untuk menentukan peratusan, min dan sisihan piawai. Tujuan penganalisisan ini adalah untuk membolehkan penyelidik membuat gambaran set data yang terkumpul serta mengkaji taburan kekerapan. Dapatan analisis kajian telah dipaparkan dalam bentuk jadual serta dibincangkan mengikut setiap item berpandukan objektif dan pemboleh ubah yang telah ditetapkan. Statistik deskriptif digunakan untuk mengumpul data dan membuat rumusan serta menyampaikan rumusan dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh semua golongan. 3. Dapatan Kajian Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk melihat kekerapan dan min responden terhadap setiap item dalam soal selidik yang dilakukan. Markah ujian yang didapati itu dianalisis dengan menggunakan kekerapan dan peratusan. Berdasarkan analisis yang dijalankan dapatan kajian menunjukkan bahawa para guru mengakui bahawa penggunaan bahasa sastera dalam P&P seni bahasa membawa manfaat penting kepada guru dan murid. Selain itu, guru juga memahami konsep terhadap huraian sukatan pelajaran seni bahasa dan tahap pembacaan murid terhadap elemen sastera juga berlaku peningkatan. Dapatan ini menunjukkan bahawa seni bahasa merupakan satu pola kurikulum yang baharu dan umumnya dapat meningkatkan mutu atau tahap kefahaman murid. Selain itu kajian ini juga memaparkan beberapa dapatan berkaitan dengan pelaksanaan elemen sasteranya seperti berikut :

3.1 Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera Pengajaran seni bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar oleh para guru menggunakan salah satu teknik, iaitu teknik didik hibur. Kaedah, teknik dan pendekatan guru dalam penyampaian P&P itu telah membuktikan bahawa matlamat pengajaran melalui nyanyian, berpantun, bersketsa dan sebagainya supaya murid dapat menyebut dan memahamiunsur seni bahasa dalam lagu adalah tinggi. Selain itu, penerapan eleman seni bahasa dengan tujuan dan sasaran yang betul telah dapat melahirkan murid yang dapat melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah serta sedap didengar .Hal ini turut membenarkan reaksi dan tanggapan guru, iaitu guru bersetuju bahawa elemen sastera dapat membantu murid memahami teks dengan lebih berkesan. Elemen sastera juga dapat meningkatkan penguasaan bacaan murid secara mekanis. Seperti yang kita maklumbahawa bacaan mekanis ialah bacaan yang dilakukan secara senyap seperti membaca dalam hati yang bertujuan untuk memahami sesuatu teks dengan mendalam, manakala bacaan mentalis ialah bacaan secara kuat, perkataan dalam teks disebut secara kuat dan tepat serta menggunakan tanda bacaan yang betul. Selain itu, elemen sastera juga dikatakan pelengkap kepada P&P seni bahasa.

3.2 Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa

6|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Kajian ini telah menemukan suatu persepsi positif terhadap keberkesanan dan manfaat atau faedah elemen sastera dalam P&P seni bahasa kepada murid. Item ini diajukan kepada guru untuk melihat kemajuan dan prestasi murid berdasarkan pemerhatian guru.Hal ini membuktikan bahawa seni bahasa telah dapat membantu mutu penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan menaakul). Peningkatan ini turut dapat dikaitkan dengan mutu kaedah atau pendekatan yang diguna pakai guru dapat membantu murid yang lemah dalam memahami teks yang dibaca. kecekapan pedagogimereka semakin meningkat selepas pelaksanaan seni bahasa seperti yang disasarkan oleh sukatan KSSR.

3.3 Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR Guru menggunakan pendekatan yang tersendiri sewaktu mengajar seni bahasa dalam bilik darjah dan mengaplikasi teknik didik hibur dalam pembelajaran seni bahasa mereka di sekolah. Guru juga mempelbagaikan teknik pengajaran seni bahasa ini selain daripada menggunakan teknik didik hibur dan terdapat perbezaan cara pengajaran seni bahasa ini. Kajian juga menunjukkan para guru memahami mengetahui

pelaksanaan elemen sastera dalam sukatan pelajaran sekolah rendah dan secara tepat tentang penggunaan seni bahasa dalam

guru

pengajaran mereka .Hal ini

membuktikan bahawa seni bahasa merupakan satu kaedah penting dalam membantu cara P&P guru Bahasa Melayu. Kepelbagaian dan keterbukaan dalam P&P seni bahasa dilihat menjadi faktor penting dalam usaha meningkatkan keyakinan diri guru dan pemahaman murid.

3.4 Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam Pembelajaran Seni Bahasa Selepas dianalisis data hasil daripada maklumat dan jawapan responden, didapati bahawa para guru yang terlibat dalam kajian ini masing-masing berpuas hati dengan bahan puisi dan prosa seni bahasa yang digunakan

sebagai teks semasa P&P seni bahasa dijalankan,

menunjukkan guru

menggunakan bahan bantu mengajar multimedia sastera yang lain seperti perisian komputer dan sebagainya. Selain itu, guru turut menggunakan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti kad, gambar, carta dan buku bagi membantu kefahaman murid. Di samping itu juga, para guru mengakui bahawa bahan bantu mengajar seni bahasa bersifat kreatif dan kebanyakan bahan bantu mengajar itu dihasilkan sendiri oleh guru. Hal ini membuktikan bahawa bahan sastera merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dianjurkan kerana sifatnya yang bersahaja, menyeronokkan dan boleh disampaikan dalam pelbagai teknik. Oleh itu, dapatan kajian ini telah dapat memberikan jawapan bahawa terdapat empat persoalan yang sering membelenggu P&P guru Bahasa Melayu. Empat persoalan yang dapat membantu meningkatkan mutu P&P guru bahasa dengan merujuk elemen seni bahasa ialah: a. keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa; b.

keberkesanan teks sastera terhadap peningkatan tahap pembacaan

c. fungsi teks sastera terhadap pemahaman pembacaan murid;

7|Page

murid;

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

d. perkaitan tahap pembacaan murid dengan pembelajaran mata pelajaran bahasa.

3.5 Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam Sistem KSSR Secara keseluruhannya didapati 30 peratus guru mempunyai pandangan yang positif terhadap pelaksanaan seni bahasa. Kajian mendapati bahawa para guru dapat memberikan tumpuan, dan suasana pembelajaran menjadi lebih menarik. Guru mendapati bahawa murid berupaya meningkatkan kemahiran mendengar berpandukan Aras Kefahaman Taksonomi Bloom. Soalan pemahaman daripada teks sastera menjadi lebih mudah dijawab dan hasilnya menunjukkan pencapaian markah yang tinggi. Faktor kejayaan guru disebabkan oleh penglibatan sepenuhnya guru sebagai pelaksana “didik hibur” tersebut. Maka ciri guru yang dapat dirumuskan kesan daripada kajian seni bahasa ini seterusnya dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran 3M. Pengajaran guru perlu diterima dengan baik oleh murid. Penerimaan murid terhadap pembelajaran seni bahasa khususnya apabila dikaitkan dengan teks sastera seperti pantun dan lagu puisi (lagu rakyat) membuktikan bahawa keyakinan diri murid bertambah meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Hasil kajian ini menunjukkan 60 peratus daripada murid-murid yang berusia 7-8 tahun berupaya membina keyakinan diri dengan begitu baik. Hal ini menyebabkan, kemahiran lisan murid di dalam bilik darjah dapat ditingkatkan. Malah lebih penting daripada itu, dalam aspek bercerita, lakonan dan nyanyian, penglibatan dan kesungguhan murid itu benar-benar menunjukkan peratusan yang besar dan hal ini bermakna guru telah berjaya dalam proses P&P mereka. Kesimpulan yang boleh dirumuskan daripada pendekatan seni bahasa ini ialah guru yang melaksanakan pendekatan ini wajar bersifat: i.

Santai – Mendengar lagu dan membaca seni kata lagu yang digemari.

ii.

Kelakar – Mengubah suai seni kata lagu mengikut jalan tema sendiri.

iii.

Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.

iv.

Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam seni kata lagu berkenaan.

v.

8|Page

Tidak takut dan kurang stres – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

4. Implikasi Dapatan Kajian Terhadap Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan dapatan kajian, didapati “seni bahasa” KSSR sesuai digunakan dan dilaksanakan dalam P&P murid sebagai ganti kepada modul kurikulum KBSR. Semua responden bersetuju tentang pelaksanaan seni bahasa yang diperkenalkan dalam KSSR dan yakin bahawa modul terbaharu ini akan meningkatkan kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, kemahiran murid dalam aspek membaca, menulis, keupayaan lisan serta menaakul juga didapati bertambah baik. Dari aspek guru pula, KSSR membawa pembaharuan dalam teknik dan kaedah mengajar yang mencabar guru dalam melaksanakan kurikulum standard ini serta dalam masa yang sama memberi input yang positif kepada murid. Pandangan yang dikatakan mencabar merujuk KSSR ini kadangkala menghambat guru supaya lebih kreatif, inovasi dan sentiasa maju ke hadapan tanpa mencicirkan perkara yang sedia ada. Namun pada masa yang sama, guru tetap tertekan dengan beberapa aspek kesan daripada pelaksanaan kurikulum KSSR ini. Terdapat dua perkara yang ditekankan oleh guru tentang perkara yang menjadi bebanan mereka apabila KSSR ini dilaksanakan, iaitu beban kerja pengkeranian dan beban dari segi penyediaan bahan pengajaran. Kesan daripada bebanan ini, guru mendapati prestasi tugas mereka agak terganggu dan mungkin membawa impak yang negatif kepada murid. Sebagai rumusan, pelaksanaan elemen sastera dalam P&P seni bahasa KSSR ini membawa satu transformasi yang baik selari dengan arus perdana transformasi pendidikan negara. Oleh itu, kerjasama semua pihak dalam penghayatan didik hibur yang sebenar perlu dihayati supaya murid dan guru dapat menggembleng kerjasama yang sebaik-baiknya. Pelaksanaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dilihat bersifat sebagai satu pendekatan didik hibur dalam kaitannya dengan pedagogi KSSR. Saranan murni ini juga perlu dijadikan sebagai usaha untuk memperkaya strategi dan pendekatan P&P guru. Dalam hal yang bersifat modal insan, penguasaan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik dalam P&P bukan sahaja dapat memperlihatkan bakat terpendam seseorang guru malah lebih penting daripada itu ialah bagaimana seseorang guru mampu menjadikan dirinya seorang “pelakon” yang seimbang dalam konteks jasmani, emosi rohani dan intelek. Manakala murid yang berperanan sebagai pelajar pula akan dapat melihat seterusnya mewarisi ciri kreativiti yang dimiliki oleh guru. Di samping seronok menikmati isi pelajaran, guru dan murid sebenarnya telah berganding bahu mencipta suasana yang harmoni di dalam bilik darjah khususnya dalam waktu pengajaran dan pembelajaran yang pendek tetapi amat berat tanggungjawab pengisiannya. 9|Page

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Pengajaran dan pembelajaran berunsurkan didik hibur mestilah memeiliki beberapa ciri-ciri tertentu. Antaranya sesi pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah bersifat menyeronokkan di mana terkandung unsur kelakar, kecindan, unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan lain-lain. Didik hibur dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid terhadap guru. Ini kerana suasana pengajaran dan pembelajaran yang santai dan positif akan membuatkan murid tertunggu-tunggu untuk mengikuti sesi pembelajaran pada hari yang akan datang. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berpusatkan murid kerana melibatkan seramai murid dalam aktiviti berbahasa. Misalnya, aktiviti lakonan yang dapat mendedahkan murid dalam kemahiran berdialog dengan baik. Selain itu, penggunaan ICT dan BBM yang menarik ternyata berkesan untuk menarik minat dan fokus murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

10 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGAIAN B

1. Perkembangan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Bahasa Melayu Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil beberapa kajian telah menunjukkan wujudnya pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini. Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat. Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lainlain.Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat. Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada Bahasa Melayu zaman peralihan dikatakan bermula pada pertengahan abad 19 membawa kepada awal abad 20. Abad ke-19 adalah abad kebanjiran pendatang luar Asia Tenggara. Pada masa

11 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

ini pelbagai bangsa terutama dari barat datang untuk menguasai Asia Tenggara. Orang-orang Belanda menguasai sebahagian besar kepulauan Melayu yang kemudian dikenali sebagai Indonesia. Inggeris pula menguasai negeri-negeri Melayu terutama di Semenanjung Tanah Melayu, Brunai, Sarawak dan Borneo Utara. Orang Perancis pula menguasai Indo-China, orang Portugis di Timor Timur, manakala orang Sepanyol dan kemudiannya Amerika menguasai Filipina. Bangsa-bangsa Barat ini bukan sahaja menguasai perdagangan tetapi juga politik. Bagi meneguhkan penguasaan mereka, pihak penjajah telah mengkaji bahasa dan budaya peribumi, sehinga dengan itu timbul pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya peribumi, terutama Melayu di universiti-universiti di Barat, misalnya di Belanda dan Inggeris. Pada masa yang sama penjajah barat memperkenalkan beberapa teknologi moden seperti alat pencetak, kapal api dan lain-lain termasuk penerbitan akhbar, majalah dan jurnal serta percetakan buku-buku dan kitab-kitab (Ahmat Adam. 1992 ). Bertitik-tolak dari sinilah perkataan-perkataan dari bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu sediit demi sedikit. Akibat dari itu juga pusat kegiatan penulisan Melayu mula mengusur dari istana-istana ke dalam masyarakat umum. Ini menjadikan kegiatan penulisan mula bersifat kemasyarakatan dan kerakyatan.Pada zaman ini juga terdapat banyak buku-buku Melayu tulin sempat dicetak. Misalnya buku Sejarah Melayu, Taj al-Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain. Begitu juga dengan kitab-kitab agama yang terkenal banyak dicetak pada zaman ini terutamanya di Asia Barat seperti di Istanbul dan Mesir. Suatu perkara yang terjadi pada zaman ini dan tidak wujud pada zaman bahasa Melayu klasik ialah pencetakan dan penerbitan majalah dan akhbar Melayu. Contohnya Soerat Kabar Bahasa Malaijoe yang diterbitkan di Surabaya, Jawa Timur pada tahun 1856. Akhbar Bintang Timor di Padang Sumatera Barat (1865), Jawi Peranakan di Singapura (1876). Selain dari itu

12 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

terdapat juga akhbar Melayu Alamat Langkapuri di Colombo, Sri Lanka (1869). Malah di Melaka sendiri pada tahun 1821 terbitnya majalah Melayu Bustan Arifin, begitu juga majalah Bintang Oetara yang diterbitkan di Rotterdam, Belanda pada tahun 1856 M ( Ahmat Adam. 1992) Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada abad ke-19 ini seperti satu pertembungan budaya Melayu dengan Barat. Perkembangan teknologi cetak dan teknologi-teknologi lain serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh barat. Dengan itu sedikit demi sedikit bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa Melayu. Hal ini ditambah lagi dengan penguasaan Inggeris serta penjajah lain terhadap penerbitan kebanyakan akhbar dan majalah Melayu. Namun begitu satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah penjajah turut membantu perkembangan penggunaan bahasa Melayu secara tidak lansung di Asia Tenggara. Sebagai contoh, pada tahun 1821 Sekolah Melayu telah ditubuhkan di Pulau Pinang dan kemudiannya diikuti oleh Negeri-negeri Selat yang lain. Hal yang sama turut berlaku di Indonesia. Kerajaan Belanda telah mengiktiraf bahasa Melayu Riau sebagai bahasa Melayu tinggi dan menjadi alat perhubungan utama peribumi Indonesia. Bahasa Melayu Riau menjadi bahasa utama di sekolah-sekolah bukan sahaja di Riau tetapi juga di Sumatera Timur dan Pulau Jawa. Dengan keadaan sedemikian, abad ke-19 ini meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di seluruh pelosok nusantara. Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah

13 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda. Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed Aluwi Ba’aluwi (1899 M). Hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa” (1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor” dan “Kitab Pemimpin Johor”. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai

14 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. Kemerosotan bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi

15 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu. Setelah meneliti era dua zaman perkembangan bahasa Melayu; zaman klasik dan zaman peralihan, eloklah pula ditinjau sepintas lalu bahasa Melayu zaman moden bagi menjelaskan pemahaman terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu. Tinjauan sepintas lalu ini akan menjelaskan akan peri pentingnya zaman peralihan ( pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 ) kepada sejarah perkembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk menuju ke bentuk baru iaitu bahasa Melayu Moden apabila menjelangnya abad ke-20. Prosesnya berjalan mengikut urutan waktu tetapi lancar. Ianya bermula dengan pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan pemerintahan di negeri-negeri Melayu. Keadaan menjadi semakin kukuh apabila munculnya teknologi percetakan yang dibawa oleh penjajah ke Tanah Melayu. Penerbitan akhbar, majalah dan buku-buku telah menyemarakkan lagi perkembangan bahasa Melayu. Pada pertengahan abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa terpenting di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. Hal yang sama berlaku di Indonesia yang dijajah oleh Belanda. Di Indonesia, pada tahun 1928 tercatatnya peristiwa penting dalam kalendar sejarah bahasa Melayu apabila diadakan Sumpah Pemuda yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan bagi negara dan bangsa Indonesia ( Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu : 1994). Peristiwa ini membawa kepada terangkatnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Indonesia yang kemudiannya dikenali dengan Bahasa Indonesia pada 1945. Hal yang sama terjadi di Tanah Melayu pada tahun 1967. Manakala di Brunei Darulsalam bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi pada tahun 1959 dan di Singapura pada tahun 1965 ( Amat Jauhari Moain : 1994 ).

16 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Bahasa Melayu Moden terus berkembang dan menjadi utuh apabila penerbitan majalah, akhbar, buku, jurnal menjadikan bahasa Melayu sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan. Tujuannya bukan sekadar meningkatkan kecerdasan berfikir dan perluasan ilmu tetapi juga untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Anatara akhbar dan majalah yang memainkan peranan berkenaan ialah al-Imam (1906), Panji Poestaka dan Poesdjangga Baroe (1933), Warta Malaya, Lembaga Melayu dan lain-lain lagi diterbitkan di sekitar separuh awal abad kedua puluh. Bagi

mengukuhkan

lagi

kedudukan

bahasa

Melayu

serta

memastikan

perkembangannya tidak terbantut maka berbagai usaha telah dijalankan. Antaranya penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( Pa. Ba. Mim. Pa. Ba.) yang kemudiannya diikuti dengan tertubuhnya Pejabat Karang Mengarang SITC, Dewan Bahasa dan Pustaka, Institusi-institusi Pengajian Tinggi, Jawatakuasa Tetap Bahasa Melayu, serta tertubuhnya Kementerian Pelajaran.( Abdul Samad Ahmad : 1966).Melihat kepada perkembangan istilah dan perbendaharaan kata, pada zaman bahasa Melayu Moden ini, munculnya istilah-istilah baru sama ada pinjaman dari bahasa asing mahupun pinjaman dari bahasa serumpun. Istilah-istilah asing yang tiada dalam bahasa Melayu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Ini menjadikan bahasa Melayu kaya dengan istilah-istilahnya walaupun ada di antaranya dipinjam dari istilah Inggeris, Belanda, Portugis, Arab, Sanskrit, Jawa, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meningkat mendorong lahirnya kerjasama kebahasaan antara Tanah Melayu dan Indonesia pada tahun 1959. Kerjasama ini dikukuhkan lagi apabila pada tahun 1972 majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) ditubuhkan. Pada tahun 1985 kedudukannya semakin meningkat apabila MBIM menjadi MABBIM atau Majlis Bahasa Brunei Darussalam - Indonesia - Malaysia ditubuhkan.

17 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Peningkatan mutu bahasa Melayu semakin jelas terserlah apabila bahasa ini digunakan dalam pelbagai laras dan wacana dalam pengajaran pelbagai ilmu dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. 2. Pengaruh kedatangan Barat Terhadap Perkembangan Kesusasteraan Melayu Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511. Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan. Namun begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan bahasa Melayu. Banyak pengkaji terus menjalankan penyelidikan tentang bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh dari tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya bahasa Melayu tersebar. Seorang lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur. Penulisan tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta yang merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan dipadankan dengan perkataan Melayu. Oleh sebab beliau bukan ahli bahasa, maka pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata bahasa Melayu. 18 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Senarai ini kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan buku

Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama. Sarjana Barat yang berusaha

mengembangkan bahasa Melayu ialah Casper Wittens yang menyusun kamus bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi

dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi. Kamus ini telah

diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah

bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu, menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut, „Bahasa

telah

mereka, bahasa

Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang. Selain daripada itu, penggunaan bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah rasmi sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat Sultan Aceh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah dari Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London. Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. George Werndley seorang sarjana Bahasa Melayu menulis “Nahu Melayu” yang diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M. John Howison menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.

19 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain daripada kuasa Portugis, pengaruh bahasa Belanda juga kelihatan dalam bahasa Melayu khususnya perkembangan di Indonesia. Bagi Tanah Melayu pula, pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah kedatangan kuasa Inggerispada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih lagi kelihatan khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam pelbagai bidang. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di NegeriNegeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language pada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan bahasa Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat, nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa

20 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada. Apabila melangkah masuk abad ke-20, banyak perubahan berlaku. Negeri-negeri Melayu yang dahulunya masih bebas terpaksa tunduk di bawah kolonial Barat antaranya negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor mula ditakluki oleh penjajah Inggeris, manakala kerajaan Melayu Riau dihancurkan oleh Belanda. Pengaruh budaya dan tamadun Barat semakin kukuh. Dengan kekukuhan ini, dominasi penjajahan, budaya dan tamadun Barat berkembang di alam Melayu. Bahasa Melayu dan bahasa-bahasa peribumi yang lain jatuh menjadi bahasa vernakular. Pendidikan Barat dikembangkan dengan mendirikan sekolah-sekolah berbahasa penjajah dan sekolah-sekolah Kristian di merata-rata tempat di seluruh Nusantara; pegawai-pegawai penjajah disebarkan ke seluruh tanah jajahan bagi mengukuhkan kekuasaan penjajahan mereka. Bangsa Melayu menjadi anak jajahan sahaja. Menurut rencana yang dipetik dari web www.ib.edu.my/bmne /bahasa/ perkembangan bahasamelayu menyatakan bahawa pada awal abad ke-20, penjajah Belanda mengamalkan Dasar Etika (Ethical Policy). Tulisan Rumi dipakai untuk bahasa Melayu dan dibakukan ejaannya. Setelah kerajaan Penjajah Belanda mengadakan sebuah Suruhanjaya iaitu Cominissie voor de Inlandsche School en Volkslectuur (1908) diketuai Dr. G.A.J. Hazeu. Pada tahun 1917 Cominissie itu diubah menjadi Balai Poestaka yang dipimpin oleh Dr. D.A. Ringkes. Balai Poestaka menerbitkan majalah bulanan Sri Poestaka (1918) dan Mingguan Pandji Poestaka (1923). Selain itu ia menerbitkan novel-novel seperti Azab dan Sengsara oleh Mirari Siregar (1920), Sitti Nurbaja oleh Luarah Roesli (1922), dan Salah Asoehan oleh Abdoel Moeis (1928). Sejarah bahasa Melayu abad ke-20 di Malaysia mengalami beberapa tahap seperti Bahasa Melayu awal abad ke-20 dengan wujudnya Maktab Perguruan Melayu (1900, 1913, 1919) dan majalah al-Imam (1906), kemudian muncul zaman SITC - Pejabat Karang

21 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Mengarang yang berpusat di Tanjong Malim (1922-1941), Bahasa Melayu Zaman Jepun (1942-1945), Bahasa Melayu Pasca-Perang(1945-1949). Bahasa Melayu Pramerdeka (19501957), Bahasa Melayu Pascamerdeka (1957-1969), Bahasa Melayu Pasca 1969, dan Bahasa Melayu Pasca 1980. Dalam abad ke-20 Bahasa Melayu banyak berubah kerana pengaruh kolonial Barat dan juga pengaruh dan Asia Barat serta Jepun. Jumlah sekolah Melayu semakin bertambah banyak - berlipat-lipat kali ganda, maktab-maktab perguruan Melayu dibuka, majalah dan akhbar pelbagai jenis diterbitkan, buku-buku bacaan sekolah, buku-buku umum dan kitabkitab agama dicetak sama ada di Malaya atau Indonesia. Bahkan ada yang dicetak di Bombay, Cairo, Mekah -Madinah dan Istanbul. Persatuan-persatuan penulis, persatuan-persatuan kebajikan, kebudayaan, bahasa dan kesusasteraan serta politik tumbuh dengan subur walaupun ditekan dan dicengkam oleh penjajah yang memerintah dengan cara kuku besi. Bahasa Melayu tetap terus berkembang. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat apabila negara-negara di Dunia Melayu mencapai kemerdekaannya - Indonesia (1945), Malaysia (1957), Singapura (1963) dan Brunei (1984). Di Malaysia, apabila menjelang kemerdekaan terdirilah kelas-kelas menengah Melayu yang menjadi menengah Melayu, begitulah juga dengan terdirinya institusi-institusi yang lain seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Maktab Perguruan Bahasa yang kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah menjadi puncak dasar pendidikan kebangsaan. Bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu beberapa penyata, akta, dan penggubalan Perlembagaan Negara telah diluluskan seperti Penyata Razak (1956), Penyata Rahman Talib (1960), Ordinan Pelajaran (1957), Perlembagaan-perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Perlembagaan Malaysia (1963), Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (1959 dan 1995), Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa 1963, Akta Bahasa 1967, Akta Universiti dan

22 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Kolej Universiti (1971), Akta Universiti dan Kolej Universiti - Pindaan (1975), dan pelbagai akta yang lain termasuk Akta Pendidikan 1996. Dalam abad ke-20 bahasa Melayu sudah menjadi bahasa yang moden kerana unsurunsur moden sudah meresap ke dalam bahasa Melayu, banyak buku yang ditulis dan diterbitkan, banyak majalah dan akhbar yang dicetak dan diedarkan dalam pelbagai bidang dan jurusan bagi memenuhi keperluan orang Melayu dalam zaman moden ini. Perkembangan bahasa Melayu semakin pesat selepas negara ini mencapai kemerdekaannya, terutama dalam bidang sains dan teknologi. Buku-buku ilmiah banyak diterbitkan antaranya teks-teks pengajian tinggi, istilahistilah banyak yang telah digubal, bahkan pada tahun 2000 ini sudah mencapai ke angka 1,000,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu. Selain itu bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran di semua peringkat perkhidmatan awam, dalam mahkamah, dan di semua peringkat pendidikan.

23 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN C Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR

Mata Pelajaran

: Bahasa Malaysia

Tahun

: 3 Cempaka

Bil Murid

: 35 orang

Tema

: Kebersihan

Tajuk

: Kebersihan Diri

Tarikh /Hari

: 14 Januari 2015

Masa

: 8.10 – 9.10 pagi

Standard Pembelajaran :

4.4.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan

intonasi yang betul secara didik hibur

2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

Objektif:

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i.

Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul

ii.

Membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

iii.

Memadankan pantun dengan maksud dan gambar yang diberikan.

Sistem Bahasa 

Tatabahasa : kata nama am



Kosa kata :

Pengisian Kurikulum/Elemen Merentas Kurikulum

24 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu



Ilmu



KBT



Nilai Murni : Mengamalkan gaya hidup sihat

: Sains : Kecerdasan Pelbagai- Verbal linguistik

Nilai Murni 

Menjaga Kebersihan



Kerjasama



Hormat-menghormati

Strategi 

Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman



Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, Intrapersonal dan naturalis



Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat



Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan keersihan diri

TMK : Belajar TMK

Bahan bantu mengajar 

Komputer Riba



LCD Projektor



Slaid MS Powerpoint



Lembaran Kerja

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui tentang cara-cara menjaga kebersihan diri

Langkah/ Masa Set Induksi (7 minit)

Isi pelajaran

Video klip Lagu “ Gosok Gigi”

25 | P a g e

Langkah dan Aktiviti 

Guru memperdengarkan lagu Gosok Gigi kepada muridmurid.

Catatan BBM  Laptop  LCD

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

 



Murid-murid mendengar dan menyanyi bersama-sama lagu tersebut. Guru mengemukakan soalan berkaitan dengan lagu tersebut dan mengaitakn dengan tajuk pelajaran hari tersebut. Murid menjawab soalan yang dikemukakan berdasarkan klip video yang ditonton tadi. 

Langkah 1 ( 15 minit)

Langkah 2 (15 minit)

Pantun Dua Kerat Ikan keli di atas rakit, Gosok gigi supaya tak sakit.



Beli sotong masak kari, Kuku dipotong kuman lari.



Maksud setiap rangkap pantun 





26 | P a g e

Kita hendaklah menggosok gigi untuk mengelakkan gigi rosak. Kuku yang panjang hendaklah dipotong supaya kita tidak dijangkiti kuman Kitah haruslah menggunakan

Guru mengemukakan petikan kepada muridmurid. Murid-murid dibimbing untuk membaca pantun 2 kerat dalam petikan yang diberikan. Murid-murid membaca pantun dengan sebutan dan intonasi yang betul secara kelas, individu dan kumpulan.

 Murid-murid dikehendaki berada di dalam kumpulan masingmasing.  Murid-murid dikehendaki meneliti semula setiap rangkap pantun.  Murid –murid berbincang di dalam kumpulan masing-masing tentang maksud setiap rangkap pantun tersebut dengan menggunakan ayat sendiri.  Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.  Guru mengemukakan jawapan yang tepat di dalam slaid yang ditunjukkan.

KB  Menghubung kait BCB  Memproses maklumat Pembelajaran Kontekstual  Menghubungkait kan dengan pengalaman  dalam kehidupan BBB  Petikan pantun 2 kerat KP  Intrapersonal  Verbal linguistik Nilai Murni  Kebersihan fizikal dan mental

BBB   

LCD Laptop Slaid MS PowerPoint

KB  Menjana minda Teknik  Pemerhatian

KP  Intrapersonal  Verbal linguistik

Nilai Murni  Bekerjasama

EKM 322 Kesusasteraan Melayu





Langkah 3 (15 minit)

Langkah 4 ( 8 minit )

sabun semasa mandi supaya badan bersih dan sihat. Rambut hendaklah dibersihkan menggunakan syampu untuk menggelak dari dijangkiti kutu.

Memadankan gambar dengan maksud pantun.

Lembaran Kerja





Murid meneliti gambar dan memadankan ambar tersebut dengan pantun yag sesuai.

KB  Menjana minda KP  Intrapersonal  Verbal linguistik



Murid juga menyatakan pendapat mereka kesan jika tidak menjaga kebersihan.

Nilai Murni  Bekerjasama



Murid-murid mengemukakan jawapan yang diperolehi kepada guru.



Guru mengedarkan lembaran kerja kepada semua murid Murid menyaipkan latihan yang diberikan berdasarkan kandungan pelajaran



Penutup ( 5 minit )

Kognitif Rumusan isi pelajaran - Membaca dengan intonasi dan sebutan yang

27 | P a g e

Guru mengedarkan murid beberapa gambar kepada setiap kumpulan

BBM  gambar





BBM  Lembaran Kerja

BBB Murid diminta menyanyi lagu  LCD “Gosok Gigi” mengikut lirik  Skrin yang terdapat pada klip video  Lirik lagu tersebut. KB  Merumus Guru memberi penekanan Nilai terhadap kepentingan untuk  Kebersihan menjaga kebersihan diri  Kesyukuran

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

betul. .

PAS  bertanggungjawa b KP:  Verbal linguistik  Intrapersonal

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran : 

Murid-murid dapat membaca pantun 2 kerat dengan nada dan intonasi yang betul.



Murid-murid dapat menyatakan maksud pantun yang diberikan dengan menggunakan ayat sendiri.



Memadankan gambar yang bersesuaian dengan gambar yang ditunjukkan.

Refleksi : Murid-murid terlibat akrif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid berminat mempelajari pantun dan mengikuti aktiviti pembelajaran yang disediakan. Mereka juga berupaya menyampaikan maksud pantun dengan menggunakan ayat mereka sendiri dengan bimbingan guru. Selain itu, murid-murid juga berjaya mengenalpasti gambar yang berkaitan atau yang menerangkan tentang maksud pantun tersebut.

28 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran : Lembaran Kerja

Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.

29 | P a g e

EKM 322 Kesusasteraan Melayu

Bibliografi Abdullah Hassan ( 2005) Linguistik Am:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain ( 2006 ) Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.bhd. Abdullah Hassan ( 1987) . 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2000) Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar (1993). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Awang Sariyan ( 2002) Ceritera tentang Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysi., Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Kamal Shukri Abdullah Sani ( 2007 ) Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Hasnah Binti Mohamad et. al. ( 2012 ). Perbandingan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu dan Bahasa Korea. Jurnal Bahasa, Jilid 12 Bil 1,104 – 114. Mohamad Azlam Mis. ( 2012 ). Bahasa Rojak Dalam Kalangan Penduduk di Sarawak. Jurnal Bahasa, Jilid 12 , 220 - 228 Nik Safiah Karim. ( 2003) Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita. Selangor Darul Ehsan: ‘K’ Publishing Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj.Musa dan Abdul Hamid Mahmood. ( 2004) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

30 | P a g e

Related Documents

Contoh-contoh
April 2020 60
Contoh
November 2019 53
Contoh
November 2019 54
Contoh-contoh Sk
May 2020 48
Contoh Cover.docx
November 2019 23
Contoh Perhitungan.pdf
October 2019 21

More Documents from "Kucing Vermillion"