Complete.docx

  • Uploaded by: zulfadhli zairi
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Complete.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,269
  • Pages: 14
1.0 PENDAHULUAN 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan proses penting yang dilalui oleh kanak-kanak sepanjang tumbesaran mereka. Dua aspek penting yang mempengaruhi pertumbuhan kanak-kanak adalah amaln pemakanan dan tingkah laku kanak-kanak. Amalan pemakan yang baik dan tingkah laku yang normal bukan sahaja memberi impak positif kepada fizikal kanak-kanak, malahan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan. Menurut Berk (2005), kanak-kanak yang mengalami tumbesaran dan perkembangan sempurna didapati lebih sihat, yakin dan gembira. Amalan pemakan merujuk kepada respon kanak-kanak dalam bentuk penerimaan atau penolakan terhadap makanan (Wardle, Guthrie, Sanderson & Rapoport, 2001). Scaglioni, Salvioni dan Galimberti (2008) menyatakan bahawa amalan pemakan kanak-kanak bermula daripad peringkat bayi lagi di mana mereka menunjukkan kecendurungan terhadap rasa tertentu seperti rasa manis dan masin. Pengaruh faktor persekitaran boleh dilihat melalui aktiviti yang melibatkan konteks sosial penting dalam pembentukan amalan pemakan dan tingkah laku kanakkanak. Bagi kanak-kanak pendidikan khas, aktiviti makan perlu dibantu oleh individu yang lebih dewasa khususnya ibu. Menurut Jaffe dan Worobey (2006) serta Costa, Del Pino dan Friedman (2011), ibu merupakan individu paling hampir dan penting dalam kehidupan kanak-kanak serta bertanggungjawab dalam aspek pemakanan mereka. Ludrosky (2005) menekankan bahawa perhubungan antara ibu dan anak memberi kesan signifikan kepada pembentukan personaliti, sikap dan tingkah laku anak termasuk yang berkaitan dengan pemakanan. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan perkaitan antara amalan pemakan mempengaruhi tingkah laku murid pendidikan khas. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Amalan pemakan dan perkembangan tingkah laku semasa peringkat awal adalah penting dan kritikal. Hal ini kerana kedua-dua aspek ini mempunyai kesinambungan sehingga mereka dewasa. Situasi ini dikaitkan dengan tingkah laku makan kanak-kanak seperti sukar makan, lebih memilih dan cerewet (Savage, Fisher & Birch, 2007). Menurut Birch dan Fisher (1998), kanak-kanak lebih cenderung 1

mengambil makanan kegemaran yang tinggi gula dan lemak. Kebanyakan kajian mengenai pemakanan kanak-kanak pendidikan khas menunjukakan mereka lebih tertarik kepada makanan tidak berkhasiat seperti gula-gula, ais krim, burger dan kentang goring (Dubois, Farmer, Girard & Peterson. 2007). Hal ini membimbangkan dan menjadi fokus kajian memandangkan amalan pemakanan murid pendidikan khas memberi kesan kepada tingkah laku mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga mengganggu perkembangan kognitif dan fizikal mereka seperti sukar menumpukan perhatian dan mudah penat kerana kekurangan tenaga. Manakalan kanak-kanak pendidikan khas yang berlebihan pemakananya lebih berisiko mendapat diabetes, obes, sakit jantung dan kanser (WHO, 2011) Berdasarkan pernyataan masalah di atas, kajian ini cuba menjawab persoalanpersoalan berikut: i.

Apakah amalan pemakan kanak-kanak pendidikan khas mempengaruhi tingkah laku mereka ketika proses pengajaran dan pembelajaran

ii.

Adakah terdapat perkaitan antara pengetahuan pemakanan dengan tingkah laku kanak-kanak pendidikan khas.

Kajian ini menghipotesis bahawa amalan pemakan harian akan menunjukan tingkah laku kanak-kanak yang positif dan mempraktikkan amalan pemakanan yang lebih seimbang. 1.3 TUJUAN Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara amalan pemakan dan tingkah laku murid pendidikan khas. Selain itu, di antara objektif kajian dalam kajian ini adalah: i.

Memperolehi data mengenai amalan pemakanan murid pendidikan khas dengan tahap tingkah laku mereka ketika sesi pengajaran berlangsung.

ii.

Mengenal pasti amalan pemakanan di sekolah bersesuaian atau tidak dengan murid pendidikan khas

2

1.4 OBJEKTIF Objektif Umum Objektif kajian ini untuk mengenalpasti corak amalan pemakanan dikalangan murid pendidikan khas mempengaruhi tingkah laku ketika proses pengajaran berlangsung. Objektif Khusus i.

Mengenal pasti amalan pemakanan di kalangan murid pendidikan khas

ii.

Mengenal pasti tahap pengetahuan murid pendidikan khas terhadap makanan yang berkhasiat

iii.

Untuk mengetahui hubungan tingkah laku ketika proses pengajaran berdasarkan amalan pemakanan murid pendidikan khas

1.5 SOALAN KAJIAN Pengkaji merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan keberkesanan amalan pemakanan yang seimbang terhadap pembentukan tingkah laku yang positif. Di antara persoalan utama yang akan dikaji adalah seperti berikut: i.

Apakah bentuk amalan pemakanan yang mempengaruhi tingkah laku murid pendidikan khas?

ii.

Apakah kesan-kesan pemakan terhadap tingkah laku murid pendidikan khas?

iii.

Adakah kesan-kesan dari pengaruh tingkah laku di sekolah, bersesuaian dengan amalan pemakanan mereka atau sebaliknya?

1.6 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini memberi tumpuan kepada amalan pemakanan dalam mempengaruhi tingkah laku murid pendidikan khas ketika proses pengajaran di dalam kelas. Kajian ini dijalankan hanya ke atas murid-murid pendidikan khas. Responden dipilih terdiri daripada murid lelaki dan perempuan tanpa mengira kaum.

3

1.7 HIPOTESIS KAJIAN Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap tingkah laku murid pendidikan khas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku berdasarkan amalan pemakanan mereka Ho 2: tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina pelajar terhadap pengetahuan terhadap makanan berkhasiat. 1.8 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini berkepentingan untuk meningkatkan tahap amalan pemakanan yang berkhasiat dan pengetahuan mereka terhadap makanan yang berkhasiat. Murid pendidikan khas sepatutnya tahu menilai apa yang harus dimakan untuk keperluan tubuh mereka. Memberi pengetahuan kepada murid pendidikan khas tentang amalan pemakanan yang baik. Selain itu, kajian ini juga memberi kesedaran kepada murid pendidikan khas tentang pentingnya pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang baik. Seterusnya, menyedarkan tenaga pengajar dan sekolah, tentang pentingnya mereka dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang makananmakanan yang berkhasiat serta amalan-amalan permakanan yang sihat yang perlu diamalkan oleh pelajar. Hal ini kerana, amalan pemakanan yang seimbang membantu murid pendidikan khas lebih fokus dalam pengajaran dan pembelajaran serta mampu mengawal tingkah laku mereka. 1.9 DEFINISI OPERASIONAL Amalan Pemakanan Konsepsual : Respon kanak-kanak dalam bentuk tingkah laku terhadap makanan, sama ada menerima atau menolak sesuatu makanan (Strien & Bazeliar, 2007) Operasional : Skor komponen tingkah laku makan berdasarkan soal-selidik Children’s Eating Behaviour Questionnaire (CEBQ) oleh Wardle et al. (2001). Dua komponen terlibat, iaitu tingkah laku amalan pemakanan merujuk kepada perlakuan kanan-kanak. Tingkah laku penolakan makanan merujuk kepada perlakuan mengelak atau tidak sukakan makanan oleh kanak-kanak.

4

2.0 TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Alam kanak-kanak ialah tempoh yang paling mencabar dalam perkembangan manusia. Disebabkan banyaknya perubahan fizikal dan fisiologi yang berlaku, beberapa isu penting timbul yang mempengaruhi imbangan pemakanan kanak-kanak. golongan kanak-kanak mempunyai keperluan pemakanan yang lebih dalam pelbagai bidang. Peringkat kanak-kanak adalah peringkat di mana aktiviti-aktiviti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, berada pada taraf yang tertinggi dan disertai oleh kesedaran tentang perubahan tubuh badan berlaku. Kanak-kanak khas amat memerlukan amalan pemakanan yang seimbang untuk memastikan tingkah laku mereka dalam keadaan stabil. Menurut Zuraini Mat Issa (2006), kanak-kanak akan mengalami pertumbuhan berat badan hampir separuh daripada berat badan orang dewasa. Manakala bagi ketinggian pula, mereka mengalami lebih kurang 20 peratus pertambahan ketinggian berbanding orang dewasa. Saiz organ-organ mereka juga membesar dua kali ganda daripada saiz asal. Apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan mencapai peringkat ini, keperluan tenaga dan zat-zat makanan mereka meningkat dengan cepat. kanakkanak lelaki memerlukan 2600 hingga 2580 kalori sehari manakala kanak-kanak perempuan memerlukan 2100 hingga 2350 kalori tenaga sehari (Aishah Hamzah 2003). kanak-kanak pada peringkat membesar ini, banyak menghabiskan masa mereka di luar rumah seperti mengerjakan aktiviti sekolah, kerja rumah serta aktiviti sosial. Oleh itu, mereka memerlukan keperluan kalori yang berlebihan untuk menjaga keadaan jasmani mereka. 2.2 TEORI DAN MODEL KAJIAN a) Teori Tingkah Laku Mengikut pendekatan teori tingkahlaku, setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya dalam pembelajaran asas perkakasan komputer minat murid terhadap tajuk adalah disebabkan cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan murid memberikan perhatian. Rangsangan yang pertama ialah komputer dan rangsangan 5

kedua ialah cara pengajaran yang menarik. Oleh kerana perkaitan antara keduanya adalah positif maka gerakbalas yang berlaku juga positif. Tingkahlaku memberikan perhatian akan dilazimkan, iaitu murid akan terus memberikan perhatian apabila belajar mengenai komputer. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Prinsip utama teori ini ialah rangsangan dan gerakbalas serta peneguhan, tumpuan objektif penggunaan ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang murid diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. Menurut (Hartley & Davies, 1978) beberapa prinsip-prinsip teori tingkahlaku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputia) i.

Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila murid ikut dengan aktif didalamnya

ii.

Bahan muridan disusun dalam urutan yang logik supaya murid dapat dengan mudah memmuridinya dan dapat memberikan respon tertentu

iii.

Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya murid dapat mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar

iv.

Setiap kali murid memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi penguatan.

Beberapa prinsip prinsip utama teori tingkahlaku pelaziman yang yang dikemukakan oleh Pavlov boleh diaplikasikan, antaranya:

i.

Mengaitkan pengalaman yang positif dan baik dengan tugasan pembelajaran. Guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan dikalangan murid untuk memberikan kesan yang lebih terhadap murid disamping menghilangkan perasaan takut murid sekiranya akviti dijalankan secara individu.

6

ii.

Murid boleh mempelajari dengan mengaitkan dengan antara rangsangan dan tindakbalas. Ini bermakna tingkahlaku murid boleh dilazimkan untuk gerak balas yang dingini oleh guru.

iii.

Rangsangan dan gerakbalas diperkukuhkan melalui latihan yang diberikan. Murid yang menerima peneguhan positif seperti ‘bagus’ , ‘anda berjaya’ ,‘jawapan anda betul’ akan menyebabkan pengguna terus melakukan yang terbaik berterusan walaupun tidak lagi menerima pujian

iv.

Pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan mengadakan perbincangan projek danaktiviti kumpulan di kalangan murid.

v.

Motivasi boleh membangkitkan tingkahlaku positif dengan memberikan ganjaran yangsesuai. Contoh motivasi ialah dengan memberikan pujian yang baik, kata-kata perangsang dan sebagainya ketikan murid berjaya memberikan respon kepada jawapan yang disediakan. Motivasi juga boleh dipertingkatkan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan murid

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli akademik dan sarjana mengenai tingkah laku kanak-kanak pendidikan khas dalam pelbagai aspek mengikut pendekatan yang mereka gunakan. Di antara buku dan kajian tersebut adalah: i.

Lee Lay Wah, Silvianne Bonadei, Lynne Yong, Melissa Chua (2006). Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas buku ini menerangkan cara-cara untuk menguruskan tingkah laku kanakkanak bekeperluan khas. Buku ini juga membantu guru-guru pendidikan khas mengawal tingkah laku murid bekeperluan khas ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

ii.

Jamila K. A. Mohamed (2005). Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa Penulis buku ini cuba menjelaskan hak yang perlu diberikan kepada kanakkanak istimewa dan mencadangkan beberapa cara untuk menanganinya. Buku ini juga menekankan bahawa pendidikan perlu diberikan kepada semua orang termasuk kanak-kanak khas ini. 7

Selain itu, terdapat juga kajian ilmiah yang telah dijalankan, di antaranya Siti Farhana Binti Md. Yasin (2013), “Perkaitan Antara Pengetahuan Pemakanan, Sikap Terhadap Berat Badan, Dan Amalan Pemberian Makanan Dengan Tingkah Laku Makan Dan Berat Badan Anak Prasekolah Di Gombak, Malaysia”. Dalam kajian ini, pengkaji menekankan aspek pertumbuhan kanak-kanak berdasarkan tingkah laku makan dan berat badan. Selain itu, terdapat juga kajian lain seperti, Noorsyarzielah Binti

Saleh

(2013),

“Kesedaran

Terhadap

Amalan

Pemakanan

Seimbang

Dalamkalangan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: Satu Tinjauan”.

Setelah diteliti melalui kajian-kajian yang lalu, pengkaji mendapati kebanyakan penulisan memberi tumpuan secara menyeluruh. Walaupun begitu, dalam kajian ini, pengkaji hanya menggunakan pendekatan yang khusus dan hanya membicarakan sebahagian daripada aspek pemakanan yang bersesuaian dengan keperluan kajian.

2.4 FOKUS KAJIAN Memandangkan amalan pemakan merupakan satu perkara yang luas, sudah tentu pelbagai aspek yang boleh diteliti. Namun demikian, kajian ini hanya terbatas kepada beberapa perkara sahaja seperti berikut: i.

Kajian ini hanya mengenai pengaruh makanan kepada murid pendidikan khas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah.

ii.

Kajian mengenai keberkesanan amalan pemakanan yang betul terhadap pembentukan tingkah laku murid pendidikan khas.

iii.

Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Ianya mewakili dari murid pendidikan khas sekolah rendah.

8

3.0 METODOLOGI 3.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian korelasi yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Kajian korelasi bertujuan untuk mengkaji perhubungan atau perkaitan antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Creswell, 2008). Selain daripada itu, kajian korelasi berupaya mengenalpasti arah dan kekuatan yang wujud dari perkaitan antara pembolehubah. 3.2 PESERTA DAN LOKASI KAJIAN Kajian ini dijalankan di sekolah yang mempunyai aliran atau kelas pendidikan khas di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekolah ini dipilih bagi memastikan latar belakang kanak-kanak dalam kajian ini adalah sama atau homogeny. Berdasarkan jumlah kanak-kanak pendidikan khas yang tertinggi di semenanjung Malaysia (Sector Data Pendidikan, KPM, 2011). Negeri Kelantan terpilih sebagai lokasi kajian. Negeri Kelantan mempunyai beberapa daerah yang sesuai dijalankan kajian. Melalui kaedah ini, daerah Kota Bharu telah terpilih sebagai lokasi kajian. 3.3 INSTRUMENT KAJIAN Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang diberikan kepada responden. Menurut Mohd. Najib (1999), soal selidik merupakan alat ukur yang biasa digunakan dalam kaedah penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana. Soal selidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: Bahagian A Bahagian A mengandungi 4 pernyataan berkaitan dengan latar belakang pelajar iaitu jantina, tempat tinggal, pendapatan ibu bapa dan sumber kewangan.

9

Bahagian B Bahagian B terdiri daripada persoalan kajian yang akan menilai amalan pemakanan iaitu kekerapan pengambilan makanan oleh kanak-kanak. Pemarkatan dalam persoalan 1 bagi item 8 sehingga 21 adalah menggunakan skala pemeringkatan 5 pilihan iaitu dengan meletakkan markah ‘5’ kepada tiap-tiap hari, markah ‘4’ kepada 4 hingga 6 kali seminggu, markah ‘3’ kepada 1 hingga 3 kali seminggu, markah ‘2’ kepada sekali sekala dan markah ‘1’ kepada tidak pernah. Selain itu terdapat juga 3 item iaitu item 22, 23 dan 24 yang menilai kekerapan pelajar meninggalkan sajian dalam seminggu. Pemarkatan dalam item-item ini adalah juga menggunakan skala pemeringkatan 5 pilihan iaitu dengan meletakkan markah ‘1’ kepada tidak pernah, markah ‘2’ kepada sekali sekala, markah ‘3’ kepada 1 hingga 3 kali seminggu, markah ‘2’ kepada 2 hingga 6 kali seminggu dan markah ‘5’ kepada tiap-tiap hari. Manakala

dalam

persoalan

3

untuk

item

25

menggunakan

skala

pemeringkatan 5 pilihan iaitu dengan meletakkan markah ’5’ kepada lebih atau empat kali sehari, markah ’4’ bagi tiga kali sehari, markah ’3’ bagi dua kali sehari, markah ’2’ bagi sekali sehari dan markah ’1’ untuk sekali sekala. Bahagian C Bahagian C adalah soalan-soalan yang akan menilai pengetahuan asas pelajar-pelajar terhadap makanan berkhasiat. Pelajar diberi tiga pilihan jawapan. Pelajar perlu memilih jawapan yang sesuai dengan pengetahuan asas pemakanan pelajar dengan tiga jawapan.

10

3.4 KERANGKA KONSEPETUAL KAJIAN

Murid pendidikan khas mengalami masalah mengawal tingkah laku

• Sebab (pemboleh ubah tidak tersandar)

Respons murid mengenai amalan pemakanan yang betul Implikasi murid untuk mengawal tingkah laku • Akibat (pemboleh melalui amalan ubah bersandar) pemakanan yang betul Rajah 1.0 Konsep Rangka Kerja Mengenai Amalan Pemakan Murid Pendidikan Khas Mempengaruhi Tingkah Laku

3.5 PROSEDURE PENGUMPULAN DATA Bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kuantitatif. Penyelidikan kuantitatif adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau bilangan dan dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Penganalisisan data kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik. Data-data yang diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual. Sumber data yang diperolehi dalam penyelidikan kuantitatif adalah terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden-responden yang telah dipilih. Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan beberapa metode dengan melakukan dua bentuk penyelidikan utama iaitu Kajian Perpustakaan (Library Research) dan Kajian Lapangan (Field Research)

11

a) KAJIAN PERPUSTAKAAN Penyelidikan perpustakaan merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang penyelidik bagi mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke atas dokumen dan rekod. Ia hampir sama dengan metode dokumentasi. Ia merujuk kepada proses pengumpulan data dengan melakukan kajian dan pembacaan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungannya dengan masalah-masalah yang diteliti. Dengan ini metode dokumentasi ialah cara pengumpulan data dengan melakukan studi terhadap dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang di teliti. Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Metode dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama, bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metode ini memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan disertasi ini. Dalam kajian ini, pengkaji mengumpul data-data dengan merujuk kepada dokumen-dokumen yang diperolehi. Setelah itu dibaca, diteliti, dianalisis seterusnya dirumuskan dan membuat kesimpulan kepada persoalan yang berkaitan dengan masalah yang dikaji. Metode dokumentasi ini banyak terdapat di dalam bab pertama, bab kedua, rumusan dan kesimpulan. Penggunaan metode ini memberi fungsi yang penting bagi menyiapkan disertasi ini. b) KAJIAN LAPANGAN (FIELD RESEARCH) Dalam penyelidikan ini, kajian lapangan banyak digunakan bagi melengkapi data perpustakaan selain membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang baru. Ini adalah kerana tidak semua maklumat boleh didapati di perpustakaan. Dalam konteks ini, apa yang dihadapi adalah area penghayatan dan pengamalan yang dipanggil pendekatan empirikal. Sehubungan dengan itu, pengkaji mengunjungi tempat kajian untuk membuat pengamatan secara langsung dengan lebih jelas mengenai objek penelitian. Ia bertujuan membuat penyelidikan secara langsung dengan mendatangi responden atau objek yang menjadi sasaran untuk dikaji serta dibuat perumusan dan kesimpulan yang diperlukan. Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji memulakan proses kajian lapangan dengan beberapa prosedur, di antaranya: 12

i.

Memohon kebenaran secara lisan dari Guru Besar untuk menjalankan kajian ini.

ii.

Mendapat bantuan dari Penolong Kanan Pendidikan Khas bagi memperolehi bilangan murid pendidikan khas.

iii.

Pengkaji juga memohon kebenaran dan bantuan guru-guru kelas untuk mengedar borang soal selidik. Setelah semua permohonan kebenaran diperolehi, pengkaji akan melantik

seorang guru sebagai pembantu untuk mengedarkan borang soal selidik kepada sampel serta memberi penerangan ringkas mengenai tujuan soal selidik dijalankan. Pengkaji juga memilih masa yang sesuai. Selepas itu responden diminta mengembalikan soal selidik kepada guru yang telah dilantik oleh pengkaji dan diserahkan kepada pengkaji untuk proses analisis. 3.6 PROSEDURE PENGANALISAAN DATA Perkataan analisis bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu persoalan. Metode analisis data pula ialah satu cara yang berhasil bagi menyimpul persoalan-persoalan yang diajukan dalam penelitian. Dalam erti kata yang lain, setelah data-data dan maklumat ini dianalisis dan diterjemahkan atau dihuraikan mengikut fahaman pengkaji sebelum membuat kesimpulan. Dalam menganalisis data, pengkaji secara umumnya menggunakan metode analisis deskriptif kuantitatif (menilai mutu dan kesahihan). Penggunaan metode ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: i.

Metode Induktif Perkataan induktif berasal daripada bahasa Latin inducere bermaksud

membawa atau menuju kepada. Pemikiran induktif biasanya menuju daripada penyataan khusus kepada penyataan umum. Manakala metode induktif pula ialah pola berfikir yang mencari pembuktian dari hal-hal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang umum. Oleh itu penggunaan metode ini adalah bagi menghuraikan data-data yang bersifat khusus kepada kesimpulan yang bersifat umum. ii.

Metode Deduktif Perkataan deduktif juga berasal daripada bahasa Latin, iaitu deducere yang

membawa erti membawa atau menuju daripada. Perbahasan deduktif biasanya menuju daripada penyataan umum kepada pernyataan khusus. Metode deduktif 13

bermaksud cara menganalisis data dan melakukan penulisan yang berdasarkan kepada pola berfikir mencari pembuktian dengan berpandukan kepada dalil yang umum terhadap hal-hal yang khusus. iii.

Metode Komparatif Metode komparatif ialah cara membuat kesimpulan dengan melakukan

perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi. Menerusi metode ini, pengkaji membuat kesimpulan dengan membandingkan data-data yang diperolehi bagi mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat. iv.

Metode SPSS Metode SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) diaplikasi dalam

menganalisis borang soal-selidik yang telah dikembalikan. Setelah data diperolehi dan diproses dengan menggunakan “Kaedah SPSS” untuk menunjukkan perolehan data. Kaedah ini adalah satu program komputer yang disusun khas untuk menganalisis data daripada metode soal-selidik. Dengan kaedah SPSS ini seseorang penyelidik boleh membuat perkiraan mengenai purata (min), sisihan piawai, varians dan lain-lain bagi sesuatu pembolehubah. Apabila data melalui metode soal-selidik telah dikumpulkan dan dikey-in dalam borang yang disediakan dalam program SPSS, ia akan dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk statistik deskriptif. Menurut Alias Baba, statistik deskriptif digunakan untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Ianya ialah proses mengumpul data, membuat rumusan dan menyampaikan rumusan dan bentuk yang senang difahami oleh kumpulan sasaran. Selain itu, statistik deskriptif bertujuan memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat. Oleh itu statistik deskriptif adalah memperihal keadaan data yang terdapat pada sampel bermula dari proses pengumpulan sehingga kepada rumusan dengan cara sistematik dan tepat. Segala data yang diperolehi daripada temubual tidak berstruktur juga dianalisis secara kualitatif bagi menyokong dan dapat menguatkan lagi kajian ini.

14

More Documents from "zulfadhli zairi"