E4121-SISTEM AUDIO VISUAL
UJIKAJI: 1 (video) Tujuan: Mengkaji,mempelajari dan mengenalpasti komponen video. Alatan: Video VCR Teori: Lukiskan dan terangkan gambarajah bulatan pita pada dram. i)
Gambarajah blok asas system kawalan asas VCR
ii)
System kawalan asas VCR semasa main balik
iii)
System servo kepala video
iv)
System servo kapstan
Gambarajah blok asas dan Sistem kawalan asas VCR semasa rakaman
1. Fungsi-fungsi setiap blok dalam Rajah di atas 1.1
Pengaliran isyarat
RF ( isyarat frekuensi tinggi) yang diterima melalui
antena diagihkan oleh pemisah 2 hala dan keluaran berbentuk isyarat audio dan video ke penala.
Pengesan IF (FA) – Pemisah dua hala menyebabkan kehilangan keamatan medan elektrik 4 hingga 5 dB. 1.2
Apabila SW1 dan SW2 disetkan ke atas, isyarat penala terbentuk dan terus dihantar ke VCR untuk rakaman . Apabila suis SW1dan SW2 disetkan ke bawah input luaran pula masuk ke VCR untuk dirakam.
1.3
Untuk memantau rakaman yang sedang dibuat, isyarat audio dan video dikeluarkan
melalui penukar RF dan seterusnya ke terminal keluaran melalui
sambungan E-E (Electronic Signal). 1.3.1
Isyarat keluaran Penukar RF menjadi gelombang TV dan
sebagai
isyarat RF(UHF/VHF) melalui Suis 3. 1.3.2
Apabila gelombang TV diterima tanpa melalui VCR , Suis 3 diset ke atas.
Ini menjadikan aliran isyarat dari antena ke keluaran VHF melalui Pemisah Dua Hala. Jika kunci/butang “rekod” ditekan dan SW3 disetkan ke TV maka program pada saluran lain akan dirakam.
Sistem kawalan asas VCR semasa main balik
2. Sistem kawalan asas VCR semasa main balik •
Untuk proses main balik, isyarat video yang telah dirakam akan dibaca semula oleh Kepala Video A dan Video B dengan menggunakan Litar Pensuisan.
• Isyarat Luminance dan Chroma yang di baca, terlebih dahulu akan dipisahkan dengan menggunakan Litar Pemisah. • Isyarat Luminance dalam bentuk FM diubah semula kepada isyarat yang asal. • Kedua – kedua isyarat dicampurkan kepada bahagian ‘Adder’ untuk membentuk isyarat komposit yang asal. • Bagi isyarat denyut kawalan yang dirakam akan dibaca semula oleh ‘Control Head’. • Isyarat ini akan dihantar ke bahagian litar ‘Kawalan Capstan Servo’.
3. Sistem Servo kepala video.
Rajah Blok Servo Dram.
Proses pensuisan kepala video merujuk rajah pensuisan kepala video semasa main balik diatas:-
Semasa main balik isyarat dari kepala A dan kepala B diasingkan secara elektrik melalui penguat. Ini bertujuan untuk mengurangkan kesan gambar dari rakaman yang dibuat bertindih.
-
Cara yang digunakan ialah dengan kaedah pensuisan iaitu memilih hanya kepala yang sedang digunakan sahaja dibenarkan beroperasi. Bekalan kuasa ke pra-penguat dikawal pada kadar 25Hz dari penjana isyarat berselang seli.
-
Pemasaan pensuisan dibuat supaya isyarat bersambung tanpa celahan atau gangguan.
Rajah 2: Rajah Blok Sistem Servo Kapstan
2.1
Proses kawalan kelajuan pita video dan penjejakan diterangkan dengan merujuk kepada gambarajah kapstan servo. 2.1.1
Semasa mainbalik pemasaan rujukan baru perlu digunakan untuk system servo. Rujukan digunakan bagi menentukan trek yang telah dirakam berada tepat pada kepala video di mana isyarat segerak pugak telah dirakam.
Rakaman pemasaan dibuat pada trek berasingan sepanjang – panjang bahagian bawah pita yang dipanggil ‘penjejakan’ 2.1.2 Penjejakan sangat diperlukan bagi memastikan pita bergerak pada kelajuan
yang sama dengan semasa rakaman. Denyut untuk penjejakan dirakam oleh kepala perakam pegun yang diletakkan sebelum tiang kapstan / pinch roller. Isyarat penyegerakan dari isyarat video komposit dengan isyarat denyut dari penjejakan disegerakkan supaya gambar yang dihasilkan lebih baik. Keputusan: 1) Sistem servo motor
Motor kapstan
Gambar penuh sistem
2) Head-head yang terdapat dalam video VCR a. Erase head
Full track erase head
b. Video head
Video head dimana pita video dibaca(read)
c. Head audio
Audio erase head
head audio / control head
3) Drum yang terdapat di dalam video VCR System head audio
Drum ini lebih dikenali sebagai head drum dan juga terdapat head video
PERBINCANGAN
Selepas membuat lab mendapat banyak pengetahuan tentang alat pemain VCR dan komponen-komponen yang asas yang digunakan untuk penyakodkan apa yang terdapat dalam tape yang dipasang. Terdapat beberapa komponen yang diperlukan seperti head drum, sistem servo kepada video dan servo kapston. Drum head didalam VCR adalah penting kerana ia adalah menerima isyarat dari tape dan menghantar isyarat. Disebabkan itu, drum head diletak dalam posisi yang condong kerana tape yang digunakan menggunakan rakaman jenis helical. Rakaman bentuk helical dapat menyimpan lebih banyak data mudah untuk membaca. Jadi drum head diletak dalam keadaan condong untuk mudah membaca. Sistem servo di dalam VCR digunakan untuk kawalan gelung kelajuan dan gelung fasa digunakan untuk mengawal motor yang memutarkan silinder kepala video. Pada permulaan semasa pita tepe transparent masuk motor akan putar dengan laju apabila isyarat setelah dikesan motor akan berpusing pada kelajuan yang dikehendaki dan pita bergerak pada kelajuan yang tetap. Selain iu terdapat dua lagi head yang penting untuk menghasilkan gambar yang penuh iaitu audio head dan full track erase head. Audio head befungsi untuk membaca isyarat audio dari tape. Head erase terdapat dua iaitu head erase untuk audio dan full track erase head. Kedua-dua head digunakan untuk memadam isi dalam tape. Full rack erase head memadam semua isi manakala erase audio hanya memadam audio sahaja.
KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dibuat daripada ujikaji ini ialah dapat mengenalpasti system kawalan asas VCR,system kawalan asas VCR semasa main balik,system servo kepala video dan system servo kapstan.Ujikaji ini telah mencapai objektifnya kerana semua gambar yang di kehendaki telah berjaya di kenal pasti dan di ambil.