ADOBE PHOTOSHOP Adobe Photoshop merupakan satu perisian yang digunakan untuk mengedit gambar. Dengan Adobe Photoshop kita boleh mengedit gambar sederhana hingga menyatukan beberapa gambar untuk menjadikannya lebih menarik mengikut kreativiti kita. Selain itu, Adobe Photoshop juga boleh memperbaiki gambar‐gambar lama, menukarkan gambar hitam putih kepada gambar berwarna, menghilangkan kecacatan pada gambar dan sebagainya. Terdapat banyak versi bagi Adobe Photoshop seperti Adobe Photoshop CS, Adobe Photoshop CS2 dan yang terbaru merupakan Adobe Photoshop CS3. MEMINDAHKAN GAMBAR KE DALAM ADOBE PHOTOSHOP Sebelum kita membuka gambar yang ingin diedit di dalam photoshop, kita mestilah memindahkan dahulu gambar‐gambar dari kamera digital ke dalam computer. Terdapat beberapa cara untuk memindahkan gambar dari kamera digital ke dalam computer iaitu dengan menggunakan card reader atau USB kabel. Jika menggunakan card reader, kita memerlukan memory card untuk dipasangkan pada card reader, dan jika menggunakan USB kabel, USB kabel tersebut hendaklah disambungkan dari kamera digital ke computer. Setelah gambar dipindahkan ke dalam computer, kita perlu simpan gambar‐gambar tersebut di tempat yang kita ingin simpan contohnya di dalam drive computer. Kemudian barulah kita boleh membuka gambar‐gambar tersebut di dalam Adobe Photoshop.
LAYOUT ADOBE PHOTOSHOP
A
B
C E
A ‐ Menu Bar
D : Anda perlu klik pada salah satu menu untuk menampilkan daftar perintah berikutnya. 1
B – Option Menu : Merupakan palet dengan bentuk memanjang horizontal. Isi palet ini akan berubah‐ubah bergantung kepada tool yang sedang aktif. C – Toolbox : Merupakan palet dengan bentuk memanjang ke bawah. Palet ini mengandungi tool atau alat yang digunakan dalam proses pengeditan. D – Window : Ia memaparkan gambar yang sedang diaktifkan photoshop. Jika ada lebih dari satu gambar yang terbuka, maka gambar yang aktif berada di posisi teratas. E – Palet : merupakan salah satu ciri khas Photoshop. Palet merupakan jendela yang boleh digeser ke mana sahaja. Setiap palet bersifat unik, memiliki fungsi masing‐masing. MENYIMPAN HASIL KERJA Apabila kita telah membuat editing pada gambar dan kita hendak menyimpannya, terdapat beberapa fail format yang disediakan. Biasanya hasil kerja yang telah siap dihasilkan, kita akan menyimpannya di dalam fail format *psd. Format fail *psd ini merupakan format fail bagi Adobe Photoshop. Kita hendaklah menyimpan hasil. Format fail *psd ini merupakan format fail bagi Adobe Photoshop. Kita hendaklah menyimpan hasil kerja dalam format fail *psd dulu sebelum ingin menyimpan menggunakan format fail yang lain seperti JPEG, PNG, TIFF, GIF dan sebagainya. PHOTOSHOP ESSENTIAL Working with Quick Keys Working with quick keys di dalam Adobe Photoshop ini adalah untuk memberikan kita lebih konsentrasi pada editing gambar yang sedang kita lakukan dan untuk mendapatkan sentuhan yang lebih baik serta mempercepatkan masa berbanding jika kita menggunakan mouse. Toolbar Dalam rajah berikut merupakan toolbar yang terdapat di dalam Adobe Photoshop. Di dalam toolbar tersebut terdapat beberapa tools yang mempunyai fungsi‐fungsi yang tersendiri. Manakala huruf yang berada di dalam kurungan bagi setiap tools tersebut merupakan shortcut key bagi tools tersebut contohnya bagi Marquee Tool, shortcut key nya adalah huruf M. Jika anda ingin mengetahui apakah nama tools tersebut, apabila anda meletakkan anak panah mouse untuk beberapa ketika, maka nama tools tersebut akan keluar contohnya seperti gambar di bawah.
2
Terdapat juga sesetengah tools yang mempunyai beberapa tools dalam satu tool (nested shortcut) contohnya Marquee Tool yang mempunyai beberapa tools lain seperti Rectangular Marquee Tool, Elliptical Marquee Tool, Single Row Marquee Tool dan Single Column Marquee Tools eperti rajah di bawah. Kita boleh memilih tools yang kita ingin dengan menekan kekunci Shift dan shortcut key bagi tools tersebut. Jadual di bawah menunjukkan nested shortcut yang terdapat dalam toolbar.
3
Quick Image Navigation Bergerak menerusi satu fail dan melakukan zoom in dan zoom out dengan cepat adalah salah satu skill yang baik untuk retoucher yang lebih efisyen. Zooming in dan out membenarkan anda melihat bagaimana kawasan tertentu yang diedit berbanding seluruh imej. Untuk pergi ke 100% view bagi melihat resolusi penuh sesuatu fail ialah melalui beberapa cara iaitu : • • •
Klik dua kali pada zoom tool(magnifying glass) pada toolbar. Tekan Ctrl + Alt + 0 Taip 100 dalam tetingkap zoom percentage
Bagi melihat keseluruhan imej pula ialah: • • •
Klik dua kali pada Hand tool Ctrl + 0 Space + Ctrl + klik 4
Critical Retouching berlaku pada 100% atau 200% view, di mana anda hanya dapat melihat sebahagian kecil berbanding keseluruhan imej seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah:
Learning the importance of layers Layer merupakan ciri yang paling penting di dalam Adobe Photoshop dan biasanya layer digunakan dalam 8 jenis layer yang berbeza iaitu: 1. Background layer ‐ merupakan original data anda dan tidak boleh secara langsung disentuh pada background layer layer ini. Ia juga sebagai rujukan dan panduan anda sebelum dan selepas. Bagi mengekalkan integrity background layer anda, duplicate atau save as background layer anda sebagai back up kepada fail original sebelum melakukan apa‐apa pembetulan, editing dan penyimpanan. 2. Duplicate layers – melakukan duplikasi layer dengan mengheret layer ke ikon New Layer atau pun dengan menggunakan shortcut key Ctrl + J untuk duplikasi layer dengan lebih cepat. 3. Copied layers – Sesetengah anda tidak mahu duplikasi keseluruhan Background layer, kerana hanya ingin menggunakan sebahagian imej pada layer sahaja. Dalam kes ini, anda hanya pilih imej yang hendak digunakan sahaja iaitu dengan memilih Layer > New > Layer via copy. 4. Adjustment layers – Membolehkan anda menggunakan global dan selective tonal dan pembetulan warna. 5. Empty layers – Photoshop memaparkan empty layer dengan grid pattern sebagai sheet yang bersih tanpa apa‐apa coretan di atasnya. 6. Neutral layers – Anda menggunakan neutral layers untuk digunakan pada dramatic tonal bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi proses retouching pada imej. 5
7. Fill layers – Fill layers membolehkan anda untuk menambahkan warna solid, gradient atau pattern sebagai layer yang berasingan. Warna solid dalam fill layers sangat berguna bila anda mewarna dan memberikan tone pada imej. 8. Merged layers – Sebagai bilangan layer yang bertambah iaitu dengan menyatukan beberapa layer berasingan menjadi satu layer.Tekan Ctrl + Alt + Shift + E untuk menyatukan semua layer yang nampak. Menamakan Layers Anda boleh menamakan layers mengikut nama yang anda ingin berikan. Dengan menamakan layers, membolehkan anda mengenalpasti dan mengaktifkan layer yang betul dengan cepat dan mudah. Lihat pada perbezaan yang terdapat pada dua layer yang berada di bawah ini.
Layer A
Layer B
Layer A tidak diberikan nama pada layernya manakala Layer B diberikan nama pada layernya. Oleh itu layer yang diberikan nama lebih mudah untuk kita kenalpasti berbanding layer yang tidak dinamakan. Ini dapat mengelakkan kekeliruan apabila ingin mengaktifkan layer yang dikehendaki. 6
Bagi menamakan layer, anda hanya perlu klik dua kali pada layer tersebut dan berikan nama baru kepada layer tersebut. File organisation dan workflow issues Ambil beberapa masa untuk mengorganisasi fail dan folder anda untuk membantu anda bekerja dengan lebih efisyen dan dapat menjimatkan masa anda untuk mencari semula fail dan projek disamping dapat mengelakkan dari terpadam fail‐fail yang penting. Setiap kali ingin membuat satu projek baru, buat satu Master Folder. Di dalam Master Folder tersebut bahagikan lagi kepada 3 folder baru iaitu folder Scan, WIP(Work in Progress) dan Final. Retouching Workflow Di dalam retouching workflow ini, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti iaitu : 1. Kenalpasti imej original – Kaji dan kenalpasti masalah atau bahagian yang perlu dilakukan penambahan, pembaikian dan penggantian pada imej tersebut. 2. Input – Scan atau photograph gambar yang original. 3. Bangunkan strategi – Buat perancangan untuk mengenalpasti apakah langkah yang perlu diambil dan akan dilaksanakan dalam melakukan retouching pada gambar‐gambar tersebut. 4. Retouch ‐ Buat perancangan untuk retouch seperti buat duplikasi pada fail original. 5. Output dan deliver – Cetak imej yang telah diedit dan untuk bersedia untuk dihantar. 6. Archieve – Buat back up untuk semua fail yang terlibat dalam projek.
7
DUST, MOLD & TEXTURE REMOVAL Di dalam tajuk dust, mold & texture removal ini kita akan menunjukkan bagaimana kita hendak mengeluarkan atau membersihkan gambar atau imej yang nampak berhabuk, buang tahi lalat dan tekstur pada imej. Dalam tajuk ini kita akan menerangkan mengenai 1. 2. 3. 4. 5.
Dustbusting Eradicating mold,mildew and fungus Minimising offset moire Reducing paper texture Reducing,maintaining and matching film grain
1. Dustbusting Dustbusting ini akan menunjukkan bagaimana kita menghilangkan gambar yang berhabuk seperti gambar‐gambar lama yang nampak berhabuk. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan dalam menghilangkan habuk pada gambar ini iaitu melalui penggunaan teknik berikut iaitu: 1. Penggunaan Blur Tool Penggunaan Blur Tool ini sangat berguna pada fail yang mempunyai banyak habuk‐ habuk kecil yang secara rawak. Langkah‐langkah yang dilakukan ialah 1. Tambahkan satu layer baru. 2. Aktifkan Blur Tool dan setkan Blur Tool di Blending Mode kepada Darken Sebelum
Selepas
2. Penggunaan Float & Move Teknik 1. Pilih Lasso Tool dengan feather 2‐5 pixels
8
2.
Pilih kawasan yang ingin diedit dan copy kawasan yang dipilih itu ke new layer atau Ctrl + J 3. Tekan butang V (Move Tool), kemudian gerakkan kekunci anak panah dua kali ke bawah dan 2 kali ke kanan(new layer yang telah dipilih tersebut). 4. Kemudian tukar Blending Mode kepada Lighten. 2. Eradicating mold,mildew dan fungus Dalam menghilangkan mold, mildew dan fungus yang terdapat pada gambar/imej ialah dengan menggunakan Clone Stamp dan Healing Brush. Kedua‐dua tools ini sangat berkesan dalam menghilangkan kesan‐kesan seperti mold, mildew dan fungus yang terdapat pada gambar tersebut. Contohnya seperti gambar di bawah, bagaimana kita gunakan clone stamp dan Healing Brush untuk memperbaiki semula gambar tersebut. Sebelum Selepas Caranya ialah dengan: 1. Copy background kepada new layer dahulu. 2. Klik pada cone stamp dan gunakan saiz yang agak besar bagi menutup kawasan yang telah hilang tersebut. (Klik Alt and klik mouse pada kawasan yang ingin dibaiki). Setelah itu gunakan Healing Stamp untuk member kesan yang lebih baik. Menggunakan Healing Brush untuk memperbaiki imej seperti di bawah:
9
Sebelum Selepas Pilih Healing Brush, kemudian tekan Alt dan klik kawasan yang ingin ditutupi atau yang rosak tersebut sehingga kawasan yang rosak tersebut dibaiki. Sebelum Selepas Menggunakan Patch Tool 3. Mengurangkan offset moiré Seterusnya kita akan mempelajari bagaimana mengurangkan offset moiré yang terdapat pada gambar seperti gambar di bawah:
10
Sebelum Selepas Langkah‐langkah yang perlu diambil untuk menghilangkan offset moiré ini adalah: 1. Buka window channels yang menunjukkan warna imej yang terdiri daripada 4 warna iaitu RGB, Red, Green dan Blue. 2. Kemudian klik pada layer Red. Selepas itu klik pada Filter + Blur + Gaussian Blur dan masukkan nilai 5.0 pixels, lakukan langkah yang sama pada warna Green dan Blue dengan memasukkan nilai 7.0 pada Green dan 1.0 pada Blue. 3. Kemudian pilih image size dengan klik Image > Image Size. Pada Pixel Dimension bagi Width tersebut, tukar kepada percent dan masukkan nilai 75. 4. Kemudian lakukan lagi sekali proses yang sama seperti langkah 2, dengan mengurangkan nilai kepada 25% iaitu menukarkan nilai pixel dari 5 ke 3 dan 7 ke 5. 5. Jika moiré tersebut masih kelihatan, lakukan seperti langkah 3 sekali lagi. 6. Apabila imej kelihatan lebih baik, pilih Filter > Sharpen > Unsharp Mask dengan memasukkan nilai Amount, 100; Radius, 1.7; Threshold, 12 to 16. 4. Mengurangkan Paper Texture Seterusnya kita akan mempelajari bagaimana mengurangkan texture yang terdapat pada gambar contohnya seperti gambar di bawah: Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah yang dilakukan dalam mengurangkan texture pada gambar adalah seperti berikut: 1. Duplicate gambar asal kemudian klik pada Filter > Blur > Gaussian Blur dengan nilai radius 2.0 pixels. Ini adalah untuk menghilangkan texture yang terdapat pada gambar dengan menjadikan texture tersebut blur.
11
2. Tambahkan layer mask dan gunakan besar, soft brush warna hitam dengan set opacity 50% ke 70% dan warnakan kawasan imej yang penting iaitu gambar muka budak kecil tersebut dan bajunya. 3. Gunakan pula soft brush warna putih dengan set opacity 20% dan warnakan bahagian kulit muka budak kecil tersebut. 4. Kemudian tambahkan contrast imej dengan Level Adjustment Layer (Ctrl + L) dan pilih channel RGB dengan input levels 32, 1.3 dan 206. 5. Reducing,maintaining dan matching film grain Dalam melakukan reducing, maintaining dan matching film grain ini memerlukan satu kombinasi bermain dengan layer, blend modes, float selection dan membina custom brushes. Mengurangkan Film Grain Kita perlu menggunakan Dust & Scratches filter dengan kombinasi satu layer mask untuk menghilangkan grain (butiran) yang terdapat pada filem. Contohnya seperti gambar di bawah:
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah yang dilakukan adalah seperti berikut: 1. Duplicate background layer. 2. Pilih Filter > Noise > Dust & Scratches dengan memasukkan nilai Radius 3 dan Threshold 15 bagi mengurangkan kesan grain yang terdapat dalam filem tersebut.
12
3. Kemudian tambahkan satu layer mask dan warnakan kawasan imej menggunakan History Brush seperti kita scetch pada mata, bibir dan rambut. Kesan yang sama juga boleh dihasilkan dengan menggunakan filter Dust & Scratches pada Background layer dan warnakan semula dari History Brush bagi member focus kepada mata dan bibir pada imej tersebut. Menjaga Film Grain Menjaga Film Grain adalah sangat penting contohnya jika ingin menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada wajah seperti gambar di bawah di mana terdapat sedikit bintik‐bintik dan kesan matahari. Tetapi kecacatan tersebut boleh dihilangkan dalam penjagaan filem grain ini.
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah yang dilakukan bagi menghilangkan bintik‐bintik pada wajah tersebut ialah: 1. Zoom pada bintik‐bintik atau kecacatan yang terdapat pada wajah untuk dihilangkan. 2. Klik pada Lasso tool dengan nilai feather 1 pixel, pilih kawasan wajah yang mempunyai warna tone dan kecerahan kulit yang sama bagi menggantikan kawasan yang terdapat bintik‐bintik. 3. Setelah memilih kawasan tersebut, drag pilihan tersebut menutupi kawasan yang mempunyai bintik‐bintik tersebut dengan menekan Ctrl + Alt + drag. Akhirnya anda akan dapati hasilnya. Memadankan Film Grain Bagi memadankan filem grain pada kawasan yang akan diedit, gunakan Overlay neutral layer, diisi dengan monochrome noise dan quick layer mask untuk mewarna grain yang terdapat pada imej.
13
Sebelum
Selepas
Caranya adalah seperti berikut: 1. Klik pada ikon new layer dan setkan mode kepada Overlay dengan Fill Overlay‐neutral colour(50% gray). 2. Klik Filter > Noise > Add Noise dan set filter kepada Monochromatic untuk membina semula teksturnya. 3. Tambahkan satu layer mask kepada Noise layer dan isikannya dengan hitam untuk menyembunyikan noise layer sebaiknya. 4. Gunakan Airbrush tool dan setkan warna putih. Kemudian warnakan pada layer mask tersebut untuk mewarna noise yang terdapat pada imej yang difikirkan perlu. Dengan Black mask, ia menyembunyikan semua grain, dan dengan mewarna warna putih di atas layer mask tersebut , ia akan mendedahkan grain yang diperlukan sahaja.
14
DAMAGE, CONTROL DAN REPAIR Dalam tajuk ini, kita akan mempelajari bagaimana memperbaiki semula gambar‐gambar yang telah rosak, bagaimana kita mengawal dan memperbaikinya. Oleh itu, dalam tajuk ini kita akan menerangkan mengenai: 1. 2. 3. 4.
Eliminating scratches Removing unwanted Elements & Objects Repairing tear, rips dan cracks Matching density to minimize staining 1. Eliminating scratches Dalam menghapuskan calar atau garisan yang terdapat pada gambar, cara yang terbaik adalah dengan menggunakan kombinasi Clone Stamp dan Healing Brush. Gambar lama biasanya terdapat calar atau garisan yang tidak diinginkan tetapi anda boleh menghilangkannya dengan cepat dan mudah contohnya seperti gambar di bawah:
Sebelum Selepas Apabila menghilangkan kesan calar yang tebal pada gambar seperti calar yang terdapat pada sebelah kiri gambar, gunakan kombinasi Clone Stamp dan Healing Brush untuk menghilangkannya tetapi bagi calar yang nipis seperti di bahagian kanan gambar di atas, anda hanya gunakan Healing Brush sahaja. Langkah‐langkah dalam menghilangkan kesan calar atau garisan pada gambar di atas adalah seperti berikut: 1. Duplicate Background layer dan namakannya Scratch Removal. 2. Bagi kesan calar yang nipis seperti di bahagian kanan gambar tersebut, klik Healing Brush dan pilih saiz brush tersebut yang besar sedikit dari calar tersebut.
15
3. Kemudian tekan Alt + klik untuk memilih kawasan yang akan digantikan pada kesan calar tesebut dan heret brush tersebut sehingga menutupi kesan calar tersebut. 4. Bagi menghilangkan kesan calar yang tebal pada imej tersebut pula, pilih Clone Stamp dahulu. Hilangkan kesan calar tersebut dengan tekan Alt + klik dan gantikan atau heret clone stamp tersebut menutupi kesan calar tersebut sehingga ianya hilang sedikit demi sedikit. 5. Kemudian pilih Healing Brush untuk menghilangkan kesan calar tersebut secara keseluruhannya. 2. Removing unwanted Elements & Objects Seterusnya kita akan mempelajari bagaimana menghilangkan objek dan elemen yang tidak diperlukan seperti gambar di bawah:
Sebelum Selepas
Sekarang kita akan membuang gambar wayar yang terdapat pada gambar di atas dan cara‐ caranya adalah seperti berikut: 1. Klik pada Clone Stamp dan klik pada sample All Layers. 2. Pilih saiz clone stamp yang besar sedikit dari wayar tersebut dan tekan Alt + Klik. Kemudian lakukan proses macam biasa untuk menghilangkan wayar tersebut dengan mengheret clone stamp tersebut sehingga menutupi wayar tersebut. 3. Repairing tear, rips dan cracks Bagi gambar yang telah koyak, tercarik dan terpisah, anda masih boleh memperbaikinya.
16
Contohnya seperti gambar di bawah: Sebelum Selepas Gambar yang telah terkoyak ini perlulah di scan terlebih dahulu dan disimpan di dalam computer. Berikut adalah langkah‐langkah yang diambil dalam memperbaiki gambar yang telah terkoyak ini. 1. Klik Lasso tool dan pilih cebisan gambar yang telah terkoyak ini. Kemudian klik Magic Wand untuk membuang kawasan luar yang berwarna putih di antara gambar yang telah terkoyak dengan kawasan gambar yang telah dipilih dengan lasso tool tadi. 2. Setelah itu, copy bahagian yang telah dipilih tadi dan paste pada layer baru iaitu dengan menekan Ctrl + J atau klik Layer > New > Layer via copy dan namakan layer tersebut. 3. Ulang langkah 1 dan 2 untuk bahagian gambar lain yang telah terkoyak tersebut. 4. Kemudian kita luruskan atau susun gambar yang telah terkoyak tersebut. Klik View > Show > Grid, dan grid akan keluar bagi memudahkan kita menyusun dan meluruskan gambar tersebut. Kemudian pergi ke Edit > Free Transform atau Ctrl + T untuk menyusun dan rotate gambar‐gambar tersebut menjadi sekeping gambar yang hampir bercantum. 5. Dengan menggunakan Move Tool, set Auto Select Layer dan Show Bounding Box. Namun begitu, gambar‐gambar tersebut masih tidak bercantum dengan sempurna dan masih terdapat kesan cantuman gambar yang terkoyak tidak sempurna. 6. Oleh itu, tambahkan satu layer mask, dan gunakan kecil, hard‐edged brush berwarna hitam untuk diwarnakan pada sisi yang terkoyak tersebut, contohnya seperti gambar di bawah:
17
7. Sambung dengan menggerakkan bersama kepingan gambar yang terkoyak tersebut dan tambahkan layer mask bagi menutupi kawasan cantuman gambar yang lain yang masih tidak sempurna. (Lihat gambar di bawah): 8. Setelah semua bahagian gambar yang terkoyak tersebut telah bercantum sempurna, maka cantumkan semua layer tersebut menjadi satu layer sahaja dengan tekan Alt dan klik pada semua layer yang ada, kemudian pergi ke Layer > Merge Visible.
18
9. Akhir sekali gunakan Clone Stamp dan healing Brush untuk memperbaiki sedikit kecacatan yang masih kelihatan pada gambar tersebut sehingga gambar yang baik diperolehi. 10. Matching density to minimize staining Kebanyakan gambar yang telah tersimpan akan memberikan kesan dari segi warna kepada gambar iaitu gambar akan berubah menjadi kekuningan disebabkan gambar tersebut dimakan usia. Namun begitu ada kaedah atau cara untuk membuang kesan lama atau perubahan warna pada gambar yang telah lama tersimpan. Contohnya seperti gambar di bawah sebelum dan selepas diubah: Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah untuk memadankan ketumpatan warna gambar untuk mengurangkan kesan kekuningan pada gambar lama adalah seperti berikut: 1. Sebelum menukar gambar kepada grayscale, lihat palet channels bagi Red, Green, Blue dahulu bagi melihat di mana terdapat banyak kerosakan pada gambar di setiap chanels tersebut. Jika dilihat, bagi channels Green dan Blue tidak terlihat banyak kerosakan berbanding channels Red . Red
Green
Blue
2. Tambahkan satu Channel Mixer adjustment layer dan pilih Monochrome di kiri bawah tersebut. Kemudian adjust sliders untuk mencampurkan Green dan Blue channels dan abaikan sahaja Red.
19
3. Buat satu work in progress layer dengan menekan Ctrl + Alt + Shift + E dan namakan layer tersebut Dust & Scratches. 4. Bagi menghilangkan kesan bintik kecil atau habuk yang banyak pada gambar, pilih Filter > Noise > Dust & Scratches dengan mengsetkan nilai Radius 1 dan Threshold 0. 5. Bagi menyeimbangkan imej antara lelaki dan kereta, kita akan menajamkan imej tersebut dan membiarkan kawasan background yang kurang penting kekal lembut. Caranya ialah dengan duplicate layer Dust & Scratches dan namakan semula layer tersebut dengan Overlay Sharpen. 6. Pilih Filter > Other > High Pass. Kemudian imej tersebut akan bertukar kepada warna kelabu dan menjadi embossed appearance. Bagi mendapatkan kawasan tepi yang tajam, gunakan Radius di antara 2 dan 5. 7. Tukarkan Layer blending mode kepada Overlay, di mana warna kelabu tersebut tidak akan kelihatan lagi bagi menajamkan kesan efek. Jika kesan efek tersebut kelihatan agak terang, kurangkan layer opacity kepada 70%. 8. Bagi menajamkan imej lelaki dan kereta, klik layer Mask ikon yang terdapat di bawah Layers palet tersebut untuk menambahkan kehitaman layer mask yang akan menutupi keseluruhan layer. Gunakan brush yang lembut dan warna putih dan catkan pada imej kereta dan lelaki tersebut. 9. Bagi menghilangkan lagi kesan bintik‐bintik kecil yang masih ada atau kecacatan pada gambar tersebut, tambahkan satu layer baru dan gunakan Spot Healing Brush dengan set Sample All layer dan bersihkan bintik‐bintik kecil yang terdapat pada langit dan bucu sepanjang ke bawah. 10. Tambahkan satu warna solid yang baru dan fill layer dengan memilih warna coklatr dan klik ok. Tukar blending mode kepada Colour.
20
REBUILDING, REARRANGING & RE‐CREATING BACKGROUND Dalam bab ini, kita akan mempelajari bagaimana membina, menyusun semula background sesuatu imej yang disebabkan oleh kerosakan seperti tahi lalat, terkena air, dan sebagainya yang menyebabkan sebahagian kecil pada gamabr rosak. Dalam bab ini kita akan mempelajari mengenai:
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Re‐creating Background Finding suitable Replacement Material Building a Digital Background Collection Rebuilding a Portrait Rearranging a Portrait Rearranging a photograph to Minimise the Background Reconstructing color 1. Re‐creating Background Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana menghasilkan semula background bagi sesuatu imej yang telah rosak. Sebelum Selepas Langkah‐langkah yang diambil seperti berikut: 1. Teksn Q untuk masuk dalam Quick Mask mode. 2. Gunakan hard‐edged black brush, warnakan pada imej orang tersebut. Pastikan anda telah select semua imej orang tersebut dengan brush.
21
3. Tekan Q semula untuk keluar dari Quick Mask mode. Anda akan dapati bahagian background selain gambar orang tersebut akan dipilih. Kemudian pilih Select > Inverse Selection(Ctrl + Shift + I) untuk invert pilihan yang telah dibuat. 4. Pilih Layer > New layer > Layer via copy (Ctrl + J) untuk copy imej orang yang telah dipilih tadi ke layer yang baru. 5. Bagi menghasilkan digital backdrop pula, tekan D untuk reset colour picker dan gunakan Eyedropper untuk memilih original imej colour dari gambar yang telah rosak tadi. 6. Tambahkan satu layer baru dan aktifkan Gradient Tool. 7. Pilih gradient pertama dari Gradient Preset. Klik radial gradient pada palet option seperti gambar di bawah:
22
8. Warna gradient pada background nampak tidak realistic bagi imej antic. Oleh itu tambahkan sedikit noise pada background dengan memilih Filter > Noise > Add Noise dan klik pada Monochrome dan masukkan nilai Radius 5. 9. Bagi mengelakkan terlalu kasar kesan background yang dipilih, pilih Gaussian Blur (Filter > Blur > Gaussian Blur) untuk menghasilkan tekstur background dengan nilai radius 75. 10. Bagi menghilangkan imej yang tidak sempurna pada gambar, gunakan Eraser tool atau tambahkan satu layer mask bagi couple layer tersebut dan paint menggunakan brush hitam yang kecil untuk menyembunyikan bahagian tepi imej yang tidak smooth seperti gambar di bawah: 11. Tambahkan visual separation antara background dan gambar dengan menambah Level Adjustment layer dengan input level 45, 1.65, 255. 12. Kemudian tekan [Alt] dan pilih Layer > Merge Visible bagi gabungkan working layer ke dalam layer baru. 13. Pilih imej menggunakan Elliptical Marquee tool dengan nilai feather 25 pixel dan inverse pilihan tersebut. 14. Tamabahkan Solid Colour Adjustment Layer dan pilih warna putih sebagai fill colour dan adjust opacity pada fill layer.
23
2. Finding suitable Replacement Material Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana menggantikan background dengan material yang lain seperti gambar di bawah:
24
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. 1.Klik Lasso tool dan pilih gambar gambar wanita dan budak kecil tersebut. Kemudian klik Layer > New > Layer via copy (Ctrl + J) untuk copy imej yang telah dipilih tersebut ke layer baru. 2. Masukkan background baru yang ingin menggantikan background lama ke dalam fail tersebut dengan menarik background baru tersebut ke imej yang sedang dibuka dan namakan sebagai porch. 3. Bagi memadankan imej dengan porch tersebut, tambahkan Hue/ Saturation Adjustment layer dan kurangkan saturation tersebut dan adjust hue tersebut hingga mendapat padanan gambar bagi imej dan porch tersebut. 4. Rambut wanita tersebut digantikan dengan rambut yang lain.
25
5. Masukkan rambut baru tersebut ke dalam fail yang sedang dibina dan gunakan layer mask untuk blend sisi rambut tersebut. Bagi memadankan rambut dengan wanita tersebut, tambahkan group Hue Saturation Adjustment layer dengan menekan [Alt] dan klik ikon image adjustment dan pilih Hue/ Saturation. 6. Fine‐tuned imej dengan menggerakkan rambut ke belakang kepala bagi mengekalkan original hairline dan Level adjustment terakhir yang didapati adalah seperti berikut:
26
3. Building a Digital Background Collection Bagi sesetengah gambar memerlukan imej background yang baru bagi memperbaiki gambar yang telah rosak seperti gambar berikut yang memperbaiki gambar background dan menggantikan badan dengan badan yang lain:
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. 1.Baiki imej gambar yang rosak tersebut dengan Clone Stamp terlebih dahulu dalam layer baru dan namakan sebagai clean‐up dan hair. Sebelum itu kita perlu ada gambar‐gambar lain untuk menggantikan badan perempuan tersebut seperti gambar‐gambar berikut:
27
2. Kemudian tambahkan gambar kedua‐dua badan tadi dengan ros dan tanpa ros di mana kita boleh meletakkannya pada kedudukan yang dikehendaki nanti. 3. Kemudian gabungkan imej‐imej tersebut supaya dapat menggantikan bahagian imej yang telah rosak dengan imej badan yang baru sehingga menghasilkan imej seperti berikut:
28
4. Rebuilding a Portrait Dalam rebuilding portrait ini, kita akan mempelajari bagaimana untuk membina semula portrait yang telah rosak dengan hati‐hati menggunakan Healing Brush, Patch dan Clone Stamp tool.Lihat contoh gambar di bawah bagi sebelum dan selepas dibaiki: Sebelum Selepas Langkah‐langkahnya: 1. Duplicate background layer. Klik Image > Adjustment > Desaturate 2. Asingkan background dengan gambar pada layer yang berbeza seperti berikut: 3. Tambahkan layer baru bagi memperbaiki imej muka yang rosak dengan copy gambar wajah dan paste pada layer baru dan layer background baru yang telah dicerahkan. Imej
29
wajah tersebut di paint gantikan dengan warna kulit yang tidak rosak pada bahagian muka tersebut.
4. Layer baru bagi imej muka tersebut dibina semula menggunakan Clone Stamp dengan mengambil sampel dari gambar kulit yang masih baik. Kemudian tukar menggunakan Healing Brush dan patch tool untuk membina imej muka tersebut semula. 5. Proses membina semula imej wajah tersebut dibaiki seperti berikut. Proses ini sangat susah dan mengambil masa yang lama untuk memperbaiki dari satu tahap ke tahap yang lebih baik menggunakan tools yang telah dinyatakan tadi.
30
6. Bagi menghalang terlalu ketara perbezaan antara rambut dan kulit, gunakan Clone stamp dan Smudge tool. 7. Imej bunga tersebut juga diedit menggunakan Clone Stamp dan Healing Brush. Apabila semua imej telah diperbaiki, maka proses mewarnakan semula imej tersebut perlu dilakukan iaitu dengan menukar mode dari Normal kepada Color bagi setiap layer dan pilih warna yang bersesuaian bagi imej kulit dan rambut.
31
5. Rearranging a Portrait Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana mengatur semula portrait seperti yang kita inginkan seperti gambar di bawah: Sebelum
Selepas
Langkah‐langkahnya: 1. Duplicate background. Kemudian pilih Lasso tool dan select kawasan latar belakang yang terdapat rumput dan pokok tersebut kemudian copy selection tersebut ke layer baru. Bahagian pokok dan rumput yang telah dipilih tersebut, perlulah menutupi wajah pengantin perempuan dan ayahnya seperti gambar berikut:
2. Gabungkan ketiga‐tiga layer rumput dan pokok tersebut yang telah menutupi imej pengantin perempuan dan ayah tersebut tadi, pilih tiga layer tersebut dan tekan Ctrl + Shift + E. 32
3. Tangan sebelah kanan pengantin lelaki digantikan dengan memilih tangan sebelah kanan , copy dan paste pada layer baru, kemudian klik Edit > Transform > Flip Horizontal dan aturkan sehingga mendapat kedudukan yang betul.
4. Gambar background belakang tidak sama, oleh itu tambah satu layer baru, gunakan Clone Stamp dengan set Use All Layers dan ambil sampel dari imej yang hampir sama untuk menutupi bahagian background yang tidak nampak sekata. 5. Guna Lasso tool, select pengantin perempuan, copy daan paste pada layer baru. Guna layer mask untuk membersihkan dan menghaluskn outline pengantin perempuan tersebut. Hasilnya seperti berikut:
33
6. Rearranging a photograph to Minimise the Background Dalam bab ini juga, konsepnya lebih kurang sama dengan tajuk rearranging a portrait cuma terdapat sedikit perbezaan untuk meminimumkan imej background seperti gambar di bawah: Sebelum Selepas Konsepnya adalah sama seperti rearranging a portrait. Dalam bab ini, gunakan Lasso tool untuk select setiap imej orang tersebut. 1. Copy dan paste pada layer baru, contohnya gambar wanita sebelah kiri satu layer baru dan wanita tua bersama budak kecil satu layer yang baru. 2. Buang imej sofa dibelakang menggunakan Clone stamp dan atur imej wanita dan wanita tua bersama budak kecil berdekatan dengan imej remaja di sebelah kanan seperti gambar di atas. 7. Reconstructing color Dalam reconstructing colour ini kita akan mempelajari bagaimana memperbaiki masalah warna pada gambar contohnya seperti gambar di bawah: Sebelum
34
Selepas
Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. Buka imej dan klik pada Channels yang terdapat dalam palet Layer untuk kenalpasti sebenarnya di mana terdapat masalah utama. Dalam channel terdapat 3 warna yang berbeza iaitu Red channel, Green channel dan Blue channel, seperti gambar di bawah: Red Channel Green Channel Blue Channel 2. Kemudian lihat diantara ketiga‐tiga channel ini mana mempunyai lebih maklumat imej . Green channel mempunyai maklumat detail dan luminance yang paling baik. 3. Aktifkan Green channel sahaja dan pilih Select > All and Edit > Copy. 4. Tekan Q (Quick Mask) mode. Tekan G untuk Gradient tool dan pilih option pertama Linear Gradient. Tekan D untuk reset warna ke hitam putih dan tekan X untuk menjadikan warna putih sebagai foreground. 5. Lukis Gradient dari kiri ke kanan seperti gambar di bawah:
6. Tekan Q sekali lagi untuk keluar dari Quick Mask mode dan aktifkan selection seperti ditunjukkan di bawah:
35
Klik pada red channel, oleh itu hanya channel yang rosak saja aktif dan dapat dilihat seperti rajah di bawah:
7. Pilih Edit > Paste Info (Paste into the Active Selection). 8. Ini paste Green channel ke dalam kawasan rosak dalam Red channel. Klik RGB channel ikon dan lihat bagaimana imej ini telah dibaiki.
36
9. Tambah satu Level Adjustment layer dan perbaiki image contrast dengan menggerakkan Highlight slider ke kiri. 10. Bagi memperbaiki skin tones, tambah satu layer baru dan tukar blending mode kepada Color. Guna Eyedropper untuk memilih warna kulit yang baik dan pilih soft‐ edged brush untuk diwarnakan pada wajah kanak‐kanak tersebut seperti rajah berikut:
11. Lakukan langkah yang sama seperti langkah 10 untuk mewarnakan rambut yang terdapat sedikit warna merah pula dan warnakan dinding dengan brush berwarna putih seperti berikut:
37
12. Tambah satu layer baru di atas sekali pada palet layer dan tekan [Alt] dan Layer > Merge Visible. Gunakan Healing Brush dalam layer ini untuk membersihkan habuk dan kekotoran dari imej tersebut.
38
REFINING DAN POLISHING IMAGES Di dalam tajuk ini kita akan mempelajari tajuk‐tajuk seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Menukar Gambar Warna ke Hitam Putih Menggabungkan warna Hitam Putih dengan Imej Berwarna Toning Images dengan Warna Hand‐Colouring Imej Hitam dan Putih Creative dan Vignette Edges Sharpening Filters 1. Menukar Gambar Warna ke Hitam Putih Terdapat beberapa cara yang digunakan dalam menukar gambar berwarna ke hitam putih. Oleh itu saya akan tunjukkan bagaimana menukar gambar berwarna ke hitam putih seperti gambar di bawah:
Sebelum
Selepas
Cara‐caranya adalah seperti berikut: 1.
Buka imej di dalam Photoshop dan buat satu HUE/SATURATION/ADJUSTMENT layer pada ikon palet layer tersebut seperti berikut:
39
2. 3.
Pilih edit adalah Master, masukkan nilai Saturation ‐100 dan klik ok. Kemudian tukarkan mode bagi new adjustment Layer tersebut kepada Colour, iaitu di sebelah atas pada palet layer seperti berikut:
4.
Kemudian klik layer Background,kemudian pergi ke Image > Adjustment > Hue/ Saturation.
5.
Kemudian klik dan gerakkan slider pada Hue bagi mendapatkan imej hitam putih yang kita inginkan. Selain itu, anda juga boleh menggerakkan slider bagi Saturation untuk mendapatkan warna hitam putih seperti gambar di bawah:
40
2.
Menggabungkan warna Hitam Putih dengan Imej Berwarna Dalam tajuk ini kita akan mempelajari bagaimana untuk menggabungkan warna hitam putih dengan imej yang berwarna dalam satu gambar seperti berikut:
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah yang perlu iikuti adalah seperti berikut: 1.
Buka imej dalam Photoshop. Klik icon bagi create new file or adjustment layer pada palet Layer di sebelah bawah tersebut. Kemudian pilih Channel Mixer dan tandakan pada
Monochrome.
41
2.
3.
Kemudian pilih warna Hitam sebagai foreground colour dan klik pada Brush Tool. Kemudian paint pada bahagian imej yang ingin diwarnakan sahaja. Jika anda terwarna bahagian yang tidak ingin diwarna, pilih warna putih dan klik Brush Tool dan warnakan pada bahagian tersebut. Toning Images dengan Warna
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari bagaimana menghasilkan tone warna pada gambar. Kita akan mempelajari bagaimana melakukan toning with curves dan toning with variations. Hasil sebelum dan selepas melakukan toning pada imej akan diperolehi seperti gambar di bawah : Sebelum
Selepas
Toning with curves: 1.
Buka imej, kemudian pilih Image > Adjustment > Desaturate (Ctrl + Shift + U).
2. klik ikon create
42
Kemudian adjustment Layer pada
sebelah bawah palet layer tersebut dan pilih Curves. 3. Kemudian dialog box bagi curves akan keluar, dan pada channel tersebut pilih Blue seperti di bawah: Toning with variation: 1.
Buka imej, kemudian pilih Image > Adjustment > Desaturate (Ctrl + Shift + U).
2.
Kemudian pergi ke Image > Adjustment > Variations
43
3.
Di dalam Variations dialog box tersebut, terdapat thumbnail imej dengan pelbagai warna. Bagi reset semula pilihan yang dibuat, klik pada original thumbnail. Kemudian pilih mildtones dan gerakkan slider untuk melihat perubahan pada imej seperti yang diinginkan. Lihat seperti gambar di bawah:
4. Hand‐Colouring Imej Hitam dan Putih Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana mewarnakan gambar hitam putih kepada warna contohnya seperti gambar di bawah sebelum dan selepas diwarna:
Sebelum
Selepas
44
Langkah‐langkahnya adalah seperti berikut: 1.
Buka gambar hitam putih. Kemudian pilih Image > Mode > RGB, iaitu bagi menukar mode warna Grayscale kepada warna RGB. Selepas ini kita akan pilih bahagian tiap bahagian pada gambar untuk di copy ke new layer bagi setiap satu bahagian. 2. Pilih Quick Mask (Q) dan pilih saiz Brush Tool (warna hitam) yang bersesuaian. Pilih bahagian kulit dahulu untuk diwarnakan seperti gambar di bawah: 3.
Pastikan anda tidak memilih mata sekali. Jika terpilih, sila tukar warna brush kepada warna putih sebagai foreground dan warnakan pada bahagian mata tersebut. Kemudian kembali semula kepada warna hitam bagi foreground untuk memilih bahagian. 4. Kemudian tekan Q (Quick Mask) semula untuk kembali ke normal mode. Kemudian bahagian yang telah diwarnakan tadi akan dipilih. Selepas itu tekan Ctrl + Shift + I untuk invert. 5. Copy (Ctrl + C) bahagian yang telah dipilih tadi dan paste pada layer baru dengan tekan Ctrl + V. Namakan layer tersebut, contohnya skin. 6. Lakukan langkah yang sama (langkah 2 hingga 5) untuk bahagian yang lain seperti rambut, jaket, wallpaper dan akhirnya dapat seperti berikut:
45
7.
Seterusnya klik layer skin. Pilih Layer > New Adjustment > Layer > Colour Balance. Namakan skin dan tandakan pada Use Previous Layer to create clipping mask tersebut dan klik ok. 8. Sekarang dialog box bagi Colour Balance akan terbuka dan masukkan nilai berikut(terpulang kepada anda memilih setting warna yang lain mengikut kehendak anda): Shadows: +81 ‐8 ‐31, Midtones: +12 ‐7 ‐17, Highlights: +8 +4 ‐9 dan klik ok.
46
9.
Hasil berikut akan diperolehi. Jika ingin mengubah semula bahagian kulit tersebut, double click pada thumbnail layer tersebut dan setting untuk colour balance akan keluar semula. 10. Lakukan langkah yang sama (langkah 7 hingga 9) untuk bahagian yang lain sehingga hasil akhir yang diperolehi seperti berikut: 5. Creative dan Vignette Edges
47
Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana menghasilkan gambar dengan vignette edges yang kreatif. Langkah‐langkahnya adalah seperti berikut: 1. Buka imej dan double click pada layer Background tersebut untuk menamakan semula layer tersebut. Berikan nama vignette pada layer tersebut.
2. 3.
Pilih Elliptical Marquee Tool. Drag Elliptical marquee tool tersebut pada imej meliputi kawasan yang anda ingin pilih. 4. Kemudian, klik ikon add layer mask yang terdapat di bahagian bawah palet layer seperti berikut: 5.
Klik pada mask thumbnail layer di dalam palet layer dan pergi ke Filter > Blur > Gaussian Blur. Main dengan Radius sehingga memperoleh imej seperti yang anda inginkan dan klik ok. 6. Tambahkan satu layer baru sebagai warna background kepada imej tersebut dan layer tersebut perlulah berada di bawah layer vignette. Anda boleh memilih warna background seperti yang anda mahukan.
48
6. Sharpening Filters Gambar yang digunakan seperti berikut iaitu sebelum dan selepas menggunakan sharpening filters:
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah yang diambil dalam melakukan sharpening filters ini seperti berikut: 1. Duplicate Background layer dan namakannya Layer 1 2. Tukarkan blending mode bagi layer 1 tersebut dari Normal ke Overlay 3. Gunakan High Pass Filter dengan pergi ke Filter > Other > High Pass 4. Kemudian tukar blending mode dari Overlay ke Hard Light pula untuk menghasilkan sharpening pada imej yang lebih mendalam. 5. Namun, jika anda ingin mengurangkan sharpening amount, tukar blending mode ke Soft Light.
49
Berikut adalah hasil yang diperolehi dengan menggunakan ketiga‐tiga blending mode yang berbeza: Soft Light Overlay High Light 6. Kemudian kurangkan sharpening amount dengan mengurangkan nilai opacity pada palet layer, dengan memilih mode High Light dan nilai opacity kepada 80%. 7. Ini adalah hasil akhir yang diperolehi:
50
POTRAIT RETOUCHING Dalam tajuk ini, kita akan belajar untuk bekerja menggunakan contrast, colour dan detail bagi menghasilkan imej atau gambar yang lebih cantik dan menarik. Oleh itu di dalam bab ini kita akan menyentuh mengenai: 1. 2. 3. 4. 5.
Levels of Retouching Working with Contrast, Colour dan Detail Memperbaiki Skin Texture Accentuating the Eyes Polishing a Potrait dengan Light 1. Levels of Retouching Dalam Potrait Retouching ini terdapat 3 Level of Retouching seperti berikut: Gambar original Level 1 : Membuang kecacatan, ganguan dan kedutan yang jelas kelihatan dengan proses yang sama seperti memakai make‐up pada wajah:
51
Level 2 : Menyambung semula setakat mana Level 1 berhenti dengan menggunakan gelap dan cerah untuk menghasilkan bentuk pada muka dan melicinkan kulit:
Level 3 : Mengedit wajah menggunakan contrast, colour dan detail dengan mengutamakan pada bahagian mata, bibir dan kontur wajah denagn menggunakan light dan shadow:
52
2. Working with Contrast, Colour dan Detail Mata kita tertarik kepada contrast, colour dan detail. Dengan mementingkan atribut‐ atribut imej ini, anda boleh melukis pada bahagian penting sesuatu portrait. Apa yang paling penting dalam atribut sesebuah portrait? Biasanya pada bahagian mata paling penting dan diikuti dengan mulut. Kebanyakan orang tidak mahu lihat terdapat kecacatan, lubang kecil pada wajah atau kedutan. Oleh itu bermain dengan contrast, colour dan detail pada portrait, ia dapat membuang segala kecacatan yang terdapat pada wajah dengan berkesan. 3. Memperbaiki Skin Texture Dalam bab ini kita akan mempelajari bagaimana memperbaiki skin tekstur seperti menghilangkan jerawat atau kesan kecacatan pada wajah dengan menggunakan Clone Stamp tool, Dust & Scratches Filter dan History Brush Technique. Gambar di bawah menunjukkan bagaimana kecacatan pada wajah dapat dihilangkan dengan menggunakan Clone Stamp tool.
53
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkahnya adalah seperti berikut: 1. Buka imej, tambahkan satu layer baru dan namakan sebagai Blemish Removal 2. Pilih Clone Stamp tool dan setkan Use All layer dan kurangkan nilai opacity 50% ‐ 75 % 3. Klik layer Blemish removal, setkan Clone Stamp (Alt + clicking) berdekatan dengan kecacatan pada wajah tersebut untuk digantikan dengan skin tone yang mempunyai warna, texture dan nilai brightness yang sama untuk menutupi kecacatan tersebut. 4. Accentuating the Eyes Dalam bab ini, kita akan bekerja menggunakan Dodge dan Burn painting tools yang lain untuk memberi kesan yang sangat bagus pada mata seseorang. Contohnya seperti gambar di bawah:
54
Sebelum Selepas Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. Pilih original Background layer. Pilih Rectangular Marquee Tool untuk memilih bahagian mata yang akan diedit. 2. Kemudian pilih Layer > New > Layer via copy (Ctrl + J) untuk copy bahagian mata yang telah dipilih tadi ke satu layer baru. 3. Pilih Dodge tool dan set exposure ke 5% dan Range to Highlights. 4. Zoom in mata tersebut dan dengan berhati‐hati cerahkan kawasan mata tersebut. 5. Gunakan Dodge tool untuk mencerahkan bahagian mata yang lain. (Apabila menggunakan Dodge dan Burn tool, guna exposure yang sangat rendah 5%‐10% dan edit dengan berhati‐hati.) 6. Pada layer yang sama, pilih Burn tool dan setkan ke Shadow dengan 10%. 7. Gunakan saiz brush yang sama ketika menggunakan Dodge tool sebelum ini. 8. Hati‐hati menggunakan kegelapan yang sama pada bahagian mata yang lain hingga mendapat kesan seperti yang diinginkan. Mewarnakan mata Kita juga boleh mewarnakan anak mata seperti gambar di bawah: Sebelum
Selepas
55
Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. Zoom in 200% pada anak mata yang ingin diedit. 2. Setkan Airbrush tool pada 100% Pressure dan pastikan foreground colour disetkan warna putih. Gunakan saiz Airbrush tool yang hampir sama besar dengan anak mata yang akan diwarnakan. 3. Warnakan pada bahagian mata yang berwarna putih. Anda akan dapati bahawa warna putih mata tersebut semakin cerah dan bersih. 4. Tambahkan satu lagi layer baru dan gunakan Airbrush tool dengan warna hitam dan saiz brush yang kecil(Pressure 10%) untuk disapu pada bulat anak mata tersebut seperti berikut: 5. Tambahkan satu layer baru. Gunakan Clone Stamp tool dan set Use All layers untuk membuang catchlight yang terdapat dalam anak mata. Contohnya cahaya putih dalam anak mata tersebut adalah mengganggu. 6. Pada layer yang sama, paint soft light pada anak mata sebagai mimic pada sebelah kiri atas anak mata seperti berikut: 7. Seperti gambar di bawah, gunakan saiz brush yang sangat kecil dengan set opacity 20% untuk menambahkan bayangan highlight dalam anak mata tersebut. Kita boleh lembutkan lines ini dengan menggunakan Smudge atau Blur tool.
56
8. Bagi mendapatkan warna natural pada mata, buka Colour palet dan switch palet tersebut ke HSB mode. Masukkan nilai Saturation 30%‐ 50%, Brightness 15%‐ 25%. 9. Tambah satu lagi layer baru dan paint atas anak mata tersebut dengan Airbrush tool dengan set pressure 10% menggunakan saiz brush yang lembut dan besar. Tukar Blending Mode bagi anak mata tersebut kepada Colour bagi menghasilkan warna anak mata yang natural seperti gambar di bawah. Gunakan Eraser tool untuk membersihkan warna yang melebihi anak mata. 5. Polishing a Potrait dengan Light Dalam bab ini, kita akan mempelajari bagaimana mencerahkan gambar yang gelap dengan lighting. Contohnya seperti gambar di bawah:
57
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. Buka imej. Tambahkan bayangan yang cerah pada imej, dengan menambah satu Overlay neutral layer baru (Klik ikon new layer pada palet layer). Kemudian tukarkan mode dari Normal kepada Overlay dan Fill Overlay‐neutral colour (50% gray). 2. Setkan foreground colour kepada warna putih dan Airbrush tool dengan brush yang besar dan lembut dan set pressure 2% seperti gambar di bawah: 3. Adjust Opacity pada Overlay layer untuk mendapatkan kesan yang baik.
58
GLAMOUR DAN FASHION RETOUCHING Dalam bab Glamour dan Fashion Retouching ini akan menunjukkan bagaimana sesbuah gambar atau imej tersebut diedit seperti membuang sedikit ketidaksempurnaan dalam makeup, meluruskan rambut dan menghasilkan wajah yang tersedia cantik agar simetri. Dalam bab ini kita akan mempelajari mengenai: 1. 2. 3. 4.
Devise a Working Strategy Kehalusan pada Digital Beautifian Fine‐tuning Hair Digital Diet 1. Devise a Working Strategy Sebelum melakukan retouching pada gambar atau fashion fotografi, rancang terlebih dahulu apakah yang perlu dilakukan dan yang diperlukan dalam melakukan retouching pada gambar tersebut dan perlu mempunyai strategi iaitu dengan mengambilkira perkara seperti berikut: 1. Gambar Pertama kali melihat pada gambar, lihat secara keseluruhan imej dengan mata dan jangan focus kepada detail dahulu, tetapi ikut line image dan perhatikan jika terdapat sebarang kecacatan. Beberapa isu yang perlu difikirkan apabila menilai sesuatu imej pada kali pertama ialah: • Adakah warna imej tersebut seimbang? • Adakah lighting berfungsi? • Adakah kontur imej smooth? • Adakah persekitaran menolong atau mengganggu? • Adakah semuanya betul bagi di dalam dan di luar fokus? 2. Detail Seterusnya lihat kepada detail. Zoom in 100% atau 200% view dan tandakan semua detail yang memerlukan perhatian anda seperti berikut: • Adakah imej tersebut perlu membuang habuk? • Adakah makeup digunakan? • Adakah memerlukan skin texture? • Adakah mata perlu dibersihkan? • Apakah kecacatan, kedutan atau baying perlu dibuang? 59
•
Adakah bibir penuh, bulat dan menarik?
3. Catat Selepas selidik dan menilai imej tersebut, pastikan apa yang diperlukan dipenuhi. Buat nota dan catatan pada fail bagi merekod apa yang perlu dipertingkatkan dan ditukar. 2. Kehalusan pada Digital Beautician Dalam bab Potrait Retouching yang lepas, ia merupakan asas bagi teknik Glamour dan Fashion Retouching seterusnya ini. Dalam bab ini kita akan menyentuh mengenai hair retouching, membuang kecacatan pada kulit, menjernihkan mata, dan memperbaiki bibir seperti gambar di bawah: Sebelum Selepas Membuang Gangguan/ Kecacatan pada wajah Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. Duplicate Background layer. Gunakan Clone Stamp untuk membuang rambut yang berterbangan pada sebelah kanan imej tersebut
60
2.
Gunakan Clone Stamp dengan soft‐edged brush apabila bekerja ke atas kawasan imej yang mempunyai perbezaan great tonal‐contohnya helain rambut yang jatuh pada collar bone. Guna Healing Brush untuk membuang soft‐focus helaian rambut pada background. 3. Gunakan Clone Stamp dan Healing Brush untuk menutupi rambut seperti gambar berikut:
61
Menjaga/Memelihara Skin texture Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1. Klik ikon new layer pada palet layer. Tukar mode dari Normal ke Soft Light dan klik Fill dengan warna soft‐light‐neutral (50% gray) untuk menghasilkan permukaan retouching. 2. Pilih Brush tool dengan pixel 5 dan opacity 15% serta pilih warna putih untuk menghilangkan kegelapan pada wajah seperti rajah di bawah. Kelebihan menggunakan method ini adalah, tekstur kulit yang original tidak akan berubah. 3. Bagi menghapuskan kecacatan yang terang pula, warnakan dengan warna hitam. Bagi mendapatkan kesan yang lembut antara terang dan gelap, gunakan Blur tool dan Softlight layer untuk kaburkan perubahan tersebut.
62
Langkah‐langkah Eye Retouching 1. Tambahkan satu layer baru dan pilih Layer b> Merge Visible bagi menghasilkan satu permukaan baru untuk retouch. Namakannya sebagai Eyes, dan jika perlu gunakan Clone Stamp dengan set opacity 25% dan Lighten untuk menghapuskan dengan berhati‐hati bloodshot. 2. Pilih mata putih dengan 1 pixel feather bagi Lasso tool seperti gambar di bawah:
3.
Tambah satu Level Adjustment Layer dan dengan berhati‐hati cerahkan warna mata putih tersebut. 4. Bagi menambahkan intensity pada iris, pilih iris menggunakan Lasso tool dengan feather 1 pixel.
63
5.
Tambahkan satu Curve Adjustment Layer dan dengan berhati‐hati tambahkan contrast . Pilih Burn tool dengan set midtones 10% opacity dan lukis sekeliling anak mata tersebut. 6. Pilih eyeslash dengan feather 1 pixel bagi Lasso tool, dan tekan Ctrl + J untuk copy lashes yang telah dipilih pada layernya sendiri. Copy lagi eyeslah yang telah dipilih tadi dan paste pada layernya lagi sehingga dapat rotate dan scale eyeslash tersebut pada kedudukan natural . 7. Bagi mencerahkan eyebrow, tambah satu layer baru dan Layer > Merged Visible. Guna soft‐edges Clone Stamp dan setkan Lighten untuk mencerahkan eyebrow. Bibir Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1.
Buang gangguan kritikal, zoom in sebnayak 1600% view dan bekerja di dalam pxel by pixel. Pilih satu pixel Pencil tool dan untuk tukar pencil ke Eyedropper tool untuk pilih satu warna yang gelap. 2. Sample dengan berhati‐hati pixel yang hamper sama satu per satu seperti gambar berikut: 3.
Bagi saturate warna bibir ini, pilih bibir dengan satu pixel feather lasso tool dan tambahkan satu Hue/ Saturation layer. Tambahakn saturation dalam 10 points ke 20 points. Selepas membuat Adjustment, anda boleh kembali kepada layer mask untuk finesse kontur dan bucu tepi menggunakan Brush tool bagi warna hitam atau putih atau menggunakan Blur tool.
64
Review dan Refining Kita masih perlu mengurangkan shadow yang terdapat di bawah leher model tersebut. Langkah yang boleh diambil seperti berikut: 1.
Kurangkan shadow yang tidak dimahukan seperti shadom di bawah dagu model ini. Gunakan Lasso tool dengan pilih feather 15‐25 pixels. 2. Tambahkan satu Level Adjustment layer dan gerakkan midtone slider kekiri seperti berikut:
65
3.
Ulang langkah 1 dan 2 denganpilihan yang lebih kecil untuk mencerahkan pusat shadow tersebut. Gunakan tiga selection, mengurangkan saiz, dan Level Adjustment Layer untuk mencerahkan shadow. Bagi mengatasi discoloration, tukar blending mode setiap Level Adjustment Layer ke Luminosity seperti berikut:
3. Fine‐tuning Hair Berikut merupakan langkah‐langkah yang perlu diambil dalam melakukan Fine‐tuning hair ini iaitu seperti gambar berikut:
66
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkahnya seperti berikut: 1.
Tambahkan satu layer baru dan tukar blending mode kepada Soft Light.
2.
Pilih soft‐edged brush dan (Alt + klik) rambut untuk sample satu shade yang lebih cerah bagi rambut blonde tersebut. 3. Paint ke atas dark roots tersebut. Adjust layer opacity untuk blend satu warna baru bagi rambut contohnya menggunakan nilai opacity 70%.
67
4.
Bagi mencerahkan lagi roots, pilih kawasan yang lebih gelap dengan 10 pixel lasso tool dan tambahkan satu Curves Adjustment Layer. Naikkan midtones untuk cerahkan kawasan yang telah dipilih seperti gambar di bawah: 5. Jika ingin membuang rambut yang berterbangan, tambahkan satu layer baru dan pilih [Alt]Layer > Merge Visible. Gunakan Clone Stamp and Healing Brush tool untuk membersihkan gangguan pada rambut seperti gambar di bawah:
68
4. Digital Diet Dalam Digital Diet ini bagaimana kita boleh menguruskan perut seperti gambar di bawah:
69
kita akan mempelajari
Sebelum
Selepas
Langkah‐langkah: 1.
Pilih kawasan yang ingin dikuruskan seperti di perut dan pilih bahagian tersebut dengan setting feather 50‐75 pixel
2.
Pilih Filter > Distort > Pinch dan gunakan preview untuk menilai berapa banyak untuk mengecilkan pinggang. Masukkan Amount antara 10%‐20% yang boleh menampakkan seperti gadis ini memakai corset. 70