Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
Ciri dan Punca Berlakunya ADHD dalam Kalangan Kanak-kanak
Mohd Zuri Ghani Aznan Che Ahmad
Pendahuluan Ketidakupayaan ADHD (attention deficit hyperactive disorder) merupakan salah satu ketidakupayaan dalam pembelajaran. Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanakkanak ADHD sebagai kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak, tidak mendengar cakap dan hiperaktiviti. Istilah gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan telah digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak yang berketidakupayaan ADHD. (Attention Deficit Hyperactive Disorder) ADHD juga sering dikaitkan dengan pengambilan gula yang berlebihan terutama oleh kanak-kanak yang boleh mengakibatkan tindak balas dan rangsangan otak terhadap otot dan fungsi anggota badan. Kanak-kanak cenderung mendapat masalah ADHD kerana pada usia ini mereka lebih gemar akan makanan rapu, gula-gula dan makanan sampingan yang banyak mengandungi gula selain makanan ruji. Tanpa pengawasan yang sewajamya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Gula yang diperlukan untuk perkembangan otak ialah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayur-sayuran, ubi ken tang, ikan dan sumber lain. Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan suhu badan meningkat dan memberikan tekanan kepada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanakkanak hilang tumpuan dan gagal untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Pengambilan gula yang berlebihan juga akan menyebababkan mata memfokus terlalu cepat, badan kerap berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut mere gang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.
Definisi ADHD ADHD ialah singkatan daripada Attention Deficit Hyperactive Disorder, iaitu sesuatu keadaan yang juga dikenal sebagai Attention Deficit Disorder (sukar memusatkan perhatian), Minimal Brain Disorder (mempunyai masalah kecil pada otak) , Minimal Brain Damage (kerosakan kecil pada otak), Hyperkinesis (terlalu banyak bergerak atau aktit), dan Hyperactive (hiperaktit). Terdapat kira-kira 3% hingga 5% kanak-kanak di sekolah menderita ADHD (www.kesulitanbelajar.org). Menurut Bailly (2005), ADHD ialah "a persistent pattern of innattention and / or hyperactive impulsivity that is move frequent and severe than is typically observed in inviduals at
5
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
comparable level of development". Selain itu 3 peratus hingga 5 peratus gangguan hiperaktif dan impulsiviti kerap berlaku ketika prasekolah, sekolah rendah dan pada peringkat remaja. Biasanya kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat ADHD berbanding kanak-kanak perempuan dan biasanya kanak-kanak yang mengalami kecelaruan atau gangguan dan kurang penumpuan ini adalah berumur sebelum tujuh tahun.
ADHD juga menggabungkan beberapa sikap seperti kurangnya daya perhatian, cepat terpengaruh, membisu, terlalu agresif, dan mempamerkan pelbagai watak. Kesannya kanak-kanak akan sukar untuk mengawal tingkah lakunya seperti menjadi kurang tumpuan, impulsif, dan hiperaktif. Mereka juga mempunyai sikap yang luar biasa berbanding kanak-kanak normal yang lain. Selain itu, ADHD juga didefinisikan sebagai satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokuskan kepada sesuatu benda misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkahlakunya sendiri. (www ms,wikipedia,org/wiki/kanakkanak- istimewa).
Kategori dan Ciri-ciri ADHD Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan ADHD mempunyai beberapa kategori yang dapat dikesan oleh guru dan ibu bapa. Kategori terse but ialah tidak memberikan tumpuan, impulsiviti, hiperaktiviti dan gabungan tiga kategori (tidak memberikan tumpuan, impulsiviti dan hiperaktiviti). Di dalam setiap kategori ini kanak-kanak ADHD akan menunjukkan ciri-ciri tertentu dalam beberapa persekitaran seperti di rumah dan sekolah.
1.
Tidak Memberikan
Tumpuan
a)
Selalu gagal memberikan tumpuan kepada butir-butir tertentu atau terperinci/lalai dengan kerja sekolah, dalam pekerjaan atau aktiviti-aktiviti yang lain. Akibatnya mereka sering melakukan kesilapan sebagai akibat kecuaian.
b)
Selalu mempunyai masalah mempertahankan tumpuan dan perhatian dalam sesuatu aktiviti. Selalunya aktiviti yang melibatkan visual dan pemikiran kecuali menggunakan jari untuk menunjukkan perkara yang dibaca (kanak-kanak 6 tahun sekurang-kurangnya boleh menumpukan perhatian selama lebih kurang 15 hingga 20 minit).
c)
Selalu tidak dengar perkara yang diperkatakan kepadanya. Contohnya, jika diberikan arahan yang banyak dalam satu masa mereka tidak dapat mengingatinya.
d)
Selalu gaga I mengikut arahan dan melengkapkan kerja rumah dan kerja sekolah.
e)
Selalu menghadapi masalah untuk menuruskan dan mengelola aktiviti atau kerja dengan sendiri. Mereka tidak dapat melakukan sesuatu kerja seorang diri dan jika
6
atau menyiapkan kerja sekolah,
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
di dalam kelas guru perlu senti as a mengawasinya separuhjalan.
2.
3.'
agar tidak membuat
kerja
f)
Selalu mengelak, benci atau enggan memberikan komitrnen terhadap kerja yang memerlukan keupayaan dari segi mental. Mereka ini biasanya dilabelkan sebagai malas. Contohnya mereka tidak mahu membuat kerja sekolah.
g)
Selalu kehilangan benda yang berkaitan dengan kerja. Hal ini boleh dikaitkan dengan sifat mudah lupa atau tidak dapat mengingati sesuatu atau apa yang telah dilakukan. Contohnya kehilangan buku, pen, pensel, pembaris dan sebagainya kerana tidak dapat mengingati di mana ia telah diletakkan.
h)
Senang diganggu oleh anasir luar. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sebegini mudah terpengaruh dengan sesuatu benda dan tidak dapat memberikan perhatian yang lama terhadap sesuatu perkara atau tumpuan mereka mudah bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain.
i)
Sering menjadi pelupa dalam aktiviti harian.
Hiperaktif a)
Kerap menggerakkan
tangan dan kaki atau menggeliat-geliut
di temp at duduk.
b)
Selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas, kurang perhatian dan memberikan tumpuan (fokus) yang lebih banyak terhadapa sesuatu perkara lain yang lebih diminati.
c)
Sering berlari ke sana dan ke mari atau memanjat dengan melampau dalam situasi yang tidak sesuai, contohnya kanak-kanak ini mungkin berlari dan melompat di dalam kelas ketika guru sedang mengajar.
d)
Kerap menghadapi masalah bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap. Mereka ini tidak bercakap banyak atau gaga I mengawal pertuturan mereka, contohnya mereka tidak tahu mas a yang seharusnya perlu diam atau mas a mereka perlu bercakap.
e)
Selalu on the go iaitu mereka sentiasa dalam keadaan bergerak cergas atau kerap dilihat seperti digerakkan oleh motor.
f)
Bercakap tanpa henti atau terlalu banyak bercakap
g)
Kadang-kadang
cuma mengeluarkan kata-kata yang tidak dapat difahami sabaja.
Impulsiviti a)
Selalu memberikan sepenuhnya.
jawapan
terlebih
b)
Tidak sabar menanti giliran mereka.
7
dahulu
sebelum
soalan
diajukan
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
c)
Sering mencelah perbualan, mengganggu aktiviti atau suka mengusik rakan yang lain. Mereka ini biasanya cuba menguasai suasana persekitaran dengan bertindak sebagai ketua atau bossy.
d)
Sering membuat pertimbangan yang salah. Tidak dapat membezakan sesuatu perkara yang dilakukan sarna ada betul atau salah dan ia biasanya dikaitkan dengan tindakan yang diambil tanpa berfikir terlebih dahulu.
e)
Cenderung mengalarni kemalangan. Kanak- kanak ADHD selalu bermain dengan benda-bend a yang tajam ataupun melintas jalan raya tanpa memastikan sarna ada terdapat kenderaan ataupun tidak kerana mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu berbahaya.
Kelemahan hiperaktif dan impulsive atau inattentive symptoms telah wujud sebelum kanakkanak berusia tujuh tahun. Jika hal ini dikesan selepas kanak-kanak berusia tujuh tahun, kanak -kanak tersebut mungkin mengalami masalah psikologi yang berlainan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak yang mempunyai gejala ini biasanya dikenal pasti secara lazirnnya sejak berumur dua tahun lagi. Simptom-simptom ADHD ini wujud dalam kedua-dua keadaan sarna ada di sekolah atau di rumah. Maksudnya kanak-kanak ini berada di mana sahaja sikap atau tanda yang ditunjukkan oleh mereka adalah sarna. Ciri hiperaktif jelas kelihatan apabila kanak-kanak kerap menggerak-gerakan tangan atau kaki atau mengeliat-geliut di tempat duduk, selalu meninggalkan temp at duduk ketika di kelas, selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan mas a kelihatan kekok, kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap, selalu banyak bercakap dan sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor. Tempoh tumpuan yang singkat berlaku apabila kanak-kanak sering gagal memberikan tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain. Mereka juga sering tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas. Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti, mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah), selalu kehilangan barang (misalnya pensel, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya), tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain dan mudah pelupa walaupun tidak sepatutnyajika mengikut usia dan keupayaan. Tingkah laku impulsif pula menunjukkan sifat yang selalu memberikan jawapan sebelum soalan lengkap diajukan. Kurang sabar dan menghadapi masalah ketika menunggu giliran. Kanak-kanak dalam kelompok ini sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain, sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. Apabila anak anda gaga I mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin hal ini menandakan bahawa anak anda menghadapi
8
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
masalah tingkahlaku hiperaktif. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak, ibu bapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal, tetapi semuanya bergantung pada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Ciri yang ada adalah kanak-kanak ADHD ini cenderung hidup bersendirian kerana dia tidak memiliki ramai kawan. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap kanak-kanak ini yang suka mengganggu orang lain. Keadaan ini menyebabkan ibu bapa sering disalahkan kerana tidak dapat mengawal anak mereka. Kanak-kanak ADHD ini juga menghadapi masalah dalam pembelajaran, tingkah laku dan emosi. Sebanyak 60 peratus pula menghadapi masalah dari segi pertuturan dan penguasaan bahasa, manakala 80 peratus kanak-kanak ADHD ini bermasalah membaca, mengeja dan menulis. Selain itu, 60 peratus hingga 70 peratus kanakkanak ADHD ini menjadi agresif dan bermasalah tingkah laku. Kanak-kanak ADHD juga mempunyai konsep kendiri yang rendah dan tidak diterima oleh rakan sebaya kerana sikap kasar mereka yang suka bertindak dan berkelakuan kasar serta menindas rakan-rakan. Sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus kanak-kanak ADHD kelihatan gelisah dan lebih daripada 75 peratus berada dalam keadaan kemurungan yang teruk. Sekiranya terdapat 100 orang kanak-kanak yang yang berumur antara lima hinggan tujuh tahun mengidap ADHD , separuh atau dua pertiga menunjukkan sikap permusuhan dan sikap melawan atau menentang secara terbuka. Menurut pakar psikiatri yang mengkaji mengenai penyakit otak keadaan ini dipanggil Oppositional Defiant Disorder atau (ODD). Simptom yang ditunjukkan oleh ODD ialah tidak dapat mengawal kemarahan, bertengkar dengan rakan, tidak mematuhi permintaan atau peraturan, dengan sengaja menimbulkan kemarahan orang lain di atas kesalahan yang dilakukannya, mudah terasa dan sensitif, mudah marah tanpa sebab dan menunjukkan sikap busuk hati, tidak mahu memaafkan atau meminta maaf dan menunjukkan keinginan untuk membalas dendam. Apabila mereka berumur lO hingga 12 tahun, kumpulan ini akan mula menunjukkan tingkah laku yang lebih teruk yang diistilahi oleh pakar psikiatri sebagai masalah tingkah laku atau conduct disorder (CD). Mereka akan melakukan perlakuan yang negatif seperti berbohong, mencuri, lari dari rumah dan ponteng sekolah. Simptom lain ialah menyerang dan merompak dengan ganas di luar rumah. Mereka cenderung melakukan sesuatu kebakaran, melakukan gangguan seksual atau merogol dan bertindak kejam terhadap manusia dan haiwan dengan sengaja. Terdapat 20 peratus hingga 40 peratus kanak-kanak ADHD membesar bersamasarna (CD).
9
Pendidikan Khas
4.
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
Gabungan
Kategori gabungan pula berrnaksud kanak-kanak ADHD yang mempunyai masalah dalam ketiga-tiga kategori yang telah dihuraikan di atas iaitu tidak memberikan tumpuan, impulsiviti dan hiperaktiviti. Kanak-kanak yang terdiri daripada kategori gabungan ini adalah lebih sukar untuk mengawal tingkah laku mereka dan kanak-kanak dalam kategori ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan ciri-ciri yang telah diterangkan di atas. Namun ciri-ciri umum yang dapat dilihat dengan jelas bagi kanak-kanak ADHD yang berada dalam kategori ini ialah, tidak memberikan tumpuan, gagal menyiapkan tugasan, tidak mengikut arahan dan sukar memberikan tumpuan terhadap sesuatu aktiviti. Ciri-ciri masalah impulsiviti pula menyebabkan kanak-kanak bertindak tanpa berfikir, bertukar-tukar aktiviti, sukar menunggu giliran dan sukar mengendali sesuatu aktiviti. Ciri-ciri bagi hiperaktiviti pula, kanak-kanak suka berlari atau memanjat perabot, tidak boleh duduk diam, bergerak secara berlebihan semasa tidur, mudah mengamuk dan sukar menyesuaikan diri dengan orang lain atau rakan sebayanya sendiri.
Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD Ciri kanak-kanak ADHD dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek iaitu dari segi kognitif dan akademik, sosial, emosi, dan tingkah laku. Ciri-ciri ini juga dapat dilihat sama ada di rumah atau di sekolah.
1.
Kognitif dan pencapaian akademik
Kebanyakkan pelajar dalam kategori Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) lemah dalam pencapaian akademik. Hal ini disebabkan kesukaran dan ketidakmampuan mereka untuk memberikan tumpuan, mereka juga menghabiskan masa yang sedikit untuk terlibat sama dalam kumpulan akademik berbanding rakan kelas mereka yang tanpa ADHD (Duhaney, 2003). Selain itu keputusan gred mereka pula kerap kali rendah dan risiko untuk mereka gagal adalah tinggi. Pelajar ADHD mempunyai masalah untuk belajar dalam jangka masa yang panjang dan mereka cenderung untuk tidak diatur serta menjadi pelupa. Pelajar ini juga akan menjadi tidak tahu yang mereka ada kerja rumah, lupa tarikh/ waktu tugasan perlu dihantar atau untuk mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa apabila ada rombongan. Kebanyakan guru akan memberikan komen seperti "pelajar ini mempunyai tulisan tangan yang buruk, kerja mereka tidak memuaskan dan cuai, tugasan mereka sering tidak lengkap dan kerja mereka tidak disusun dengan baik" (Gargiulo 2006). 2.
Sosial
Kanak-kanak ADHD tidak suka bercampur dengan rakan sebaya yang lain. Setiap penglibatan mereka dalam kumpulan rakan sebaya akan menimbulkan pertelingkahan kerana kanak-kanak ADHD tidak tahu berkomunikasi dengan baik. Pelajar yang
10
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
mempunyai ciri-ciri ADHD (masalah tumpuan, hiperaktif, impulsiviti) yang teruk juga akan menyebabkan tingkah laku antisosial mereka bertambah dan interaksi sosial menurun (Merrell, 2003). Mereka akan menghukum diri mereka sendiri sebagai ahli sosial yang gagal dan cenderung untuk melakukan aktiviti bersendirian, contohnya bermain permainan komputer dan menonton televisyen. Hiperaktiviti dan lemah dalam kemahiran sosial menyebabkan kebanyakan pelajar dengan ADHD ini dibuang atau tidak diterima oleh rakan sebaya dan tidak disukai oleh guru mereka (Merrell, 2003).
3.
Emosi
Kanak-kanak ADHD mempunyai emosi yang tidak menentu. Kadang kala mereka cepat naik marah. Kesannya kanak-kanak ini akan suka mengancam orang lain tidak kira dalam bentuk fizikal ataupun percakapan. Mereka juga akan menjadi ganas tanpa sebab atau kerana masalah yang kecil. Keganasan yang ditunjukkan oleh mereka akan menyebabkan kanak-kanak ADHD kurang diterima oleh masyarakat, malah menganggap mereka akan memburukkan lagi keadaan. Hal ini akan mengganggu emosi mereka dan kanak-kanak ini turut berfikir bahawa penyingkiran ini adalah sebagai satu hukuman atau balasan kepada keadaan yang dialami olej mereka. Selain itu, kanak-kanak ADHD juga suka ketawa dan seronok dengan tiba-tiba. Biasanya mereka tidak suka duduk diam tanpa melakukan sesuatu. Oleh itu mereka akan membuat sesuatu tingkah laku yang boleh mengganggu rakan-rakan yang sedang belajar. Tingkab laku yang tiba-tiba dan agresif ini akan membuatkan rakan-rakan yang lain menjadi bilang tumpuan dan pengajaran pembelajaran akan terganggu seketika. Keadaan ini akan menimbulkan pertelingkahan yang amat menarik bagi mereka. Malah kanak-kanak ADHD akan berasa seronok dan puas hati apabila melibat rakan sebaya marah dengan gangguan mereka.
4.
Tingkab laku
ADHD telah dilabel sebagai set spesifik tingkah laku yang banyak orang mempamerkannya sekali sekala. Kebanyakan pelawat yang melawat kelas pendidikan umurnnya boleh mengenal pasti pelajar yang mempunyai ADHD. Mereka ialah pelajar yang jika dilihat kerap mengasah pensil berbanding rakan kelas yang lain, melihat sesuatu di atas rak buku dengan banyak kali, menggeliat-geliat atau bermain dengan pensel di atas meja semasa guru mengajar (Duhaney, 2003). Godaan untuk bercakap dengan rakan sebelah pula amat kuat mempengaruhi pelajar ADHD. Walaupun pelajar ini sering dilihat dalam keadaan bermasalah, secara relatifnya pecahannya kecil, tetapi apabila mereka berada di sekolah sepenuhnya, gangguan yang berlebihan pada diri mereka akan jelas dibaca atau diperhatikan. Bagi kanak-kanak yang mempunyai hiperaktiviti dan impulsiviti, tingkah laku mereka mungkin menyebabkan segelintir individu seperti ibu bapa terutamanya tidak boleh bersabar. Antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ADHD adalah berlari dan memanjat di dalam kelas atau di rumah, mengganggu rakan sebaya, bertukar daripada satu aktiviti kepada aktiviti lain, sukar menunggu giliran dan kadang kala tingkah laku mereka membahayakan diri sendiri seperti
11
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
melintas jalan tanpa menoleh terlebih dahulu.
Punca Berlakunya ADHD
1.
Pengambilan
gula yang berlebihan
Secara biologikal, kewujudan ciri-ciri hiperaktif adalah disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan daripada kapisiti yang mengakibatkan tindak balas (rangsangan) otak terhadap otot dan fungsi anggota badan. Umurnnya kanak-kanak merupakan golongan yang dikenalpasti terbabit dalam kumpulan ini kerana kecenderungan kuat terhadap pengambilan gula-gula, makanan ring an dan makanan ruji tanpa kawalan dan perhatian ibu bapa.
Menurut Dato' Dr. Noor Laily bt Dato Abu Bakar, dari Institusi Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak (NURY), ramai orang tidak dapat menerima bahawa gula pasir dan bahan makanan yang mengandunginya boleh menyebabkan anak menjadi hiperaktif atau mengalami Sugar Seizures (sawan gula). Mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, otak manusia memerlukan sumber glukosa untuk berfungsi. Oleh sebab otak tidak boleh menyimpan glukosa, sumber glukosa itu diperoleh daripada glukosa yang ada dalam pengaliran darah. Paras yang seelok-eloknya diambil adalah dalam lingkungan 100mg glukosa bagi setiap 100m Idarah. Sekiranya jumlah ini jatuh ke paras 70mg/l OOmg darah, kita akan pening, berasa gelisah dan tidak boleh berfikir,
Otak amat sensitif apabila paras gulanya melebihi 100 mg/m\. ApabiJa paras glukosa ini tinggi (diberi nama Hyperglycaemia) sistem pengangkutan glukosa ke dalam sel otak akan tertutup dan guJa tidak dapat masuk ke dalam sel-sel otak. Dalam keadaan hyperglycaemia itu, otak akan mengarah limpa untuk mengeluarkan insulin yang akan menyalurkan glukosa ke otot-otot dan dibakar untuk menghasilkan tenaga. Pembakaran tenaga ini akan menghasilkan gerak-geri otot, jika pembakarannya berlebihan kerana terlalu ban yak glukosa, kanak-kanak akan bergerak tanpa kawalan. Inilah yang dikatakan hiperaktif. Hasilan tenaga yang berlebihan itu akan menyebabkan kanak-kanak mula melompatlompat, berlari dengan buas, menjerit-jerit dan berkelakuan tanpa terkawa\.
Pembakaran glukosa pula menghabiskan bahan vitamin Bl, B2, B3, kalsium, magnesium dan oksigen serta sebahagian besar bekalan itu digunakan untuk gerak-geri otot. Akibat daripada penyaluran dan penggunaan glukosa, vitamin, zat galian dan oksigen untuk gerak-geri otot akan mengurangkan baki glukosa dan bahan-bahan tersebut (oksigen, vitamin dan zat-zat galian) untuk fungsi-fungsi otak pula. Keadaan ini akan mempengaruhi emosi kanak-kanak dan kanak-kanak akan mula berasa gelisah, resah dan cern as kerana otaknya tidak mendapat cukup bekaJan glukosa, oksigen, vitamin dan zatzat galian. Kanak-kanak akan bertindak dengan menjerit atau menangis kerana kekuran-
12
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
gan bekalan bahan-bahan nama HYPOGLYCAEMIA.
itu. Seterusnya hal ini menimbulkan
pula keadaan yang diberi
Demikianlah keadaannya, apabila gula banyak kanak-kanak akan menjadi buas, apabila gula berkurangan kanak-kanak akan menangis. Keadaan inilah yang dinamakan "sugar seizures" yang sering kita lihat dikalangan anak-anak yang kecil sekarang. Oleh sebab otak anak kecil sedang membangun, sekiranya keadaan ini dibiarkan tindakan melompat, menjerit, agresif, senang merajuk, sering marah dan lain-lain akan menjadi ingatan yang turut menjadi kekal dan inilah yang membentuk perangai anak itu.
Adalah wajar kandungan gula dalam mekanisma badan kanak-kanak seimbang dengan tubuh badan mereka. Tidak dinafikan bahawa gula penting bagi pembekalan tenaga, namun pemilihan gula yang asli adalah daripada bahan yang memiliki unsur glukosa yang terdapat pada bahan semulajadi seperti sayur-sayuran berkanji, ubi kentang, ikan dan lain -lain. Unsur glukosa inilah yang membekalkan tenaga asli yang diperlukan untuk menjana perkembangan otak.
Gula yang terdapat di pasaran ialah gula yang diproses melalui proses pengeringan dengan suhu maksima didapati kurang sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak. Walaupun demikian, jika diambil, harus diberikan dalam sukatan seminimum yang mungkin. Terdapat kanak-kanak yang dibiarkan meminum milo, kopi atau nescafe sehingga dua hingga tiga cawan sehari terutamanya semasa menziarahi saudara mara atau tetamu berkunjung ke rumah. Kesannya ialah peningkatan suhu badan serta tekanan dalam perjalanan darah yang boleh mengakibatkan kanak-kanak gaga I memfokus atau memberikan tumpuan. Simtom-simtom perubahan kimia dalam badan mereka ialah seperti badan berpeluh, mata memfokus terlalu cepat danjari kaki dan tangan bergerakgerak serta lutut dan kaki mere gang yang menjadi punca mereka kelihatan seolah-olah terlalu aktif atau tidak duduk diam.
2.
Kerosakan saraf di dalam otak
Pengetahuan mengenai struktur di dalam otak membantu kita untuk memahami kajian yang telah dilakukan oleh para saintis berkenaan dengan penyebab bagi masalah Attention Deficit Hyperactif Disorder. Para saintis telah memfokuskan kepada satu bahagian di dalam otak iaitu korteks serebral. Korteks serebral memainkan peranan penting dalam hal -hal memikir, menganalisis input dari luar, merancang sesuatu, menyelesaikan masalah, ingatan dan mengawal, menyekat dan menahan seseorang daripada bergerak atau bertindak secara tiba-tiba tanpa memikirkan akibatnya. Bahagian belakang korteks serebral pula mengawal keadaan seperti kebolehan men genal dan membezakan sesuatu.
13
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
Sistem limbik ialah sekumpulan beberapa struktur yang terletak pada bahagian tengah kedua-dua hemisfera. Sistem ini hanya berfungsi penuh pada mamalia. Sistem limbik terdiri daripada satu set struktur yang saling berhubungan termasuk beberapa bahagian kortek limbik, hipokampus, amigdala dan septum. Satu daripada struktur sistem limbik dikenali sebagai hipokamus. Ia memainkan peranan penting dalam ingatan. Kajian menunjukkan yang kerosakan bahawa struktur hipokamus akan menjejaskan ingatan baru dan tidak ingatan-ingatan lampau. Sistem limbik juga mempengaruhi tingkah laku emosi manusia, motivasi dan pembelajaran. Apabila sistem ini terjejas akibat luka, penyakit atau kerosakan lain, tingkah laku yang berbentuk agresif dan tingkah laku yang terlalu pasif boleh berlaku kepada individu yang mengalarninya.
3.
Tahap rendah neurotransmitter
di dalam otak
Bukti saintifik mencadangkan bahawa ketidakseimbangan atau kekurangan bahan kimia neurotransmiter di dalam otak menyebabkan gejala ADHD. Neurotransmiter membantu menyiarkan pesanan-pesanan melalui otak. Apabila kehadirannya untuk menghantarkan isyarat elektrikal merentasi ruang-ruang saraf tidak memadai, sel-sel saraf tidak boleh berkomunikasi an tara satu sarna lain. Pesanan-pesanan yang menerima kesannya adalah bersifat membantu seseorang menumpukan perhatian, memandu arah aktiviti dan mengawasi dorongan mereka. Jadi tidak hairanlah kanak-kanak yang mempunyai gejala ini tidak dapat menumpukan perhatian dan mengawal perlakuan mereka. Gejala ADHD yang lambat dikenal pasti atau diberikan rawatan, boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat remaja yang mewakili sebanyak 65 peratus. Pada peringkat dewasa, gejalanya boleh menyebabkan risiko yang serius seperti penyalahgunaan dadah dan cenderung terbabit dalam kemalangan jalan raya.
4.
Faktor genetik
Punca ADD dan ADHD juga dikatakan disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan atau baka daripada ibu bapa kanak-kanak terlibat. Walaupun ibu atau bapa tidak mengalami gejala ADD/ADHD tetapi mereka boleh menyebabkan anak mereka mempunyai gejala sebagai akibat gangguan darah.
Menurut Barkley (2005), faktor yang disebabkan oleh genetik lebih jelas diperhatikan dalam masalah hiperaktif. Pemyataan ini disokong oleh Merrell (2003),apabila mereka mendapati bahawa terdapat perkaitan antara kanak-kanak hiperaktif dengan sifat alkoholik, personaliti yang anti sosial dan sifat histeria yang terdapat pada ibu bapa mereka. Dalam kajian yang dilakukan oleh mereka melalui temu bual terhadap 59 pasangan yang mempunyai anak hiperaktif dan 41 pasangan yang mempunyai anak yang bertingkah laku tidak terkawal, mendapati wujud masalah perilaku sosial yang negatif dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak hiperaktif dan mereka sendiri menyedari bahawa merekajuga berkelakuan seperti anak mereka ketika masih muda ataupun kanakkanak. Melalui kajian ini jelas memperlihatkan bahawa faktor genetik memang
14
Pendidikan Khas
DP. Jilid 9, Bil. 1/2009
memainkan peranan penting kepada terjadinya Attention Deficit Hyperactif Disorder atau ADHD. 5.
Faktor persekitaran
Kanak-kanak akan mula cepat terpengaruh ketika mereka berusia dua tahun iaitu mereka mula berjalan dengan lajunya. Pengaruh yang mula diterima oleh mereka ialah melalui adik-beradik seperti abang atau kakak yang hampir menyamai umur mereka. Apabila mereka telah bersekolah mereka akan mula meniru gaya rakan sekelas, jiran, saudara mara ataupun pelakon dan penyanyi yang dilihat oleh mereka melalui rancangan televisyen. Mereka meniru gaya yang dilihat tanpa memikirkan semada perbuatan itu betul atau salah. Oleh itu, ketika inilah peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk sahsiah atau membimbing mereka kearah yang betul kerana bagi pengidap gejala ADHD mereka selalunya tidak sedar perbuatan mereka akan menjadi salah dan jika tiada perhatian daripada ibu bapa atau orang dewasa berkemungkinan mereka akan menjadi lebih teruk.
7.
Pengambilan
rokok sebelum dan semasa mengandung
Apabila ibu yang mengandung merokok, janin akan mengalami kekurangan oksigen kerana pembuluh darah mengecut. Karbon monoksid yang disedut akan bertambah dan hal ini akan meningkatkan paras karbon dalam haemoglobin ibu. Keadaan ini mengurangkan pengoksigenan darah dan seterusnya janin men gal ami kekurangan bekalan oksigen. Kekurangan oksigen akan menyebabkan kecacatan pada saraf di dalam otak (Hanna, 2006).
8.
Pengambilan
arak / alkohol
Sebelum hamil, arak boleh mempengaruhi perkembangan sel-sel seks. Semasa hamil pula, arak senang menembusi tali pusat. Hanna (2006), menjelaskan beberapa jenis ketidaklaziman (abnormalities) pada kanak-kanak yang terdedah kepada arak semasa dalam kandungan iaitu salah satunya ialah fungsi sistem saraf termasuk 'mikrosefali", kecacatan, bayi Lekas marah/mudah tersinggung dan hiperaktif semasa kanak-kanak.
9.
Tekanan emosi
Tekanan emosi ini adalah seperti kemarahan yang amat sangat, kebimbangan dan kecemasan. Situasi yang menekan ini merangsangkan penghasilan hormon adrenalin ibu dan menyebabkan darah daripada rahim mengalir ke anggota- anggota tubuh yang lain. Oleh itu, darah yang mengalir ke dalam rahim akan berkurangan dan hal ini boleh menyebabkan kekurangan bekalan oksigen pada janin. Pergerakan janin juga akan meningkat apabila ibu mengalami tekanan emosi yang kuat ( Hanna, 2006).
10.
Faktor cuaca
Cuaca yang terlampau panas juga akan merangsang atau mengakibatkan kanak-kanak ADHD menjadi lebih agresif. Hal ini demikian kerana apabila suhu badan mereka
15
Pendidikan Khas
Jilid 9, Bil. 1/2009
meningkat, otak akan merangsang otot-otot dan fungsi badan mereka menjadi lebih aktif hingga mereka selalu dilabelkan sebagai kanak-kanak yang tiada disiplin sebagai akibat tidak dapat mengawal pergerakan badan, tidak dapat menumpukan perhatian atau gagal menyiapkan sesuatu tugasan.
I Kesimpulan Fungsi dan peranan ibu bapa amat penting dalam menghadapi masalah kanak-kanak ADHD. Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu banyak bersabar dan menggunakan teknik yang betul untuk menghadapi masalah seurnpama itu. Lazirnnya, pemeriksaan urat saraf dalam kalangan sebahagian besar kanak-kanak dikatakan mengalami sindrom hiperaktiviti selalunya tidak menunjukkan sebarang gangguan. Malah, kanak-kanak yang dikatakan mengalami kerosakan otak, sebahagian besar tidak menunjukkan kelakuan hiperaktiviti. Proses penilaian kanakkanak yang dikatakan hiperaktiviti ini merangkumi pemeriksaan pediatrik dan psikologi. Pemeriksaan juga harus dilakukan oleh pakar kanak-kanak untuk memastikan tiada gangguan urat saraf atau tahap ciri elemen plurnbun yang tinggi dalam darah. Apabila anak menunjukkan tingkah laku tidak elok, nasihati mereka agar tidak mengulangi perbuatan itu tetapi jika mereka berbuat baik, jangan lupa memuji mereka.
Rujukan Barkley, R.A (2005). Take charge of ADHD: the complete authoritative New York: Guilford Publications.
guide for parents
Bailly, L (2005). Stimulant medication for treatment of attention-deficit hyperactivity disorder, evidence-b(i)ased practice? (Full text). Psychiatric Bulletin (The Royal College of Psychiatrists) 29 (8): 284-287. Duhaney, D.C. (2004). Blended learning in Perfomance Improvement, 53 (8), 35-38.
education,
training,
and
development.
Gargiulo, R. M. (2006). Special education in contemporary society: an introduction to exceptionality, (2nd. Ed.). Belmont, CA.: Thomson. Hanna, M. (2006). Making the connection: a parent's guide to medication in ADHD, Washington D.C.: Ladner-Drysdale Merrell, K. W. (2003). Behavioral, social, and emotional assessment of children and adolescents (2nd ed.). Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaurn Associates. www ms, wikipedia,org/wiki/kanak
-kanak - istimewa
www.kesulitanbelajar.org
16