Ciri2 Masayarakat Islam

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ciri2 Masayarakat Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 2,337
  • Pages: 6
Ciri-Ciri Masyarakat Islam Published April 9th, 2008 in Ekspresi.

Oleh: Ummi Hani Abu Hassan Usia agama Islam sejak diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW menjangkau lebih 1400 tahun. Kemandirian Islam beradaptasi dengan perubahan zaman, masa dan pemikiran manusia tidak mencalarkan sifatnya malahan ia menjadi agama yang unggul dan paling cocok dengan fitrah kemanusiaan manusia. Namun, di kalangan umat Islam mereka menjelaskan intipati akidah melalui kehidupan yang berbeza. Ini adalah kerana Islam telah meresapi semua kebudayaan bangsa sehingga proses asimilasi telah meruntuhkan ketegaran budaya aslinya. Misalnya, masyarakat Islam di negara China tidak mempraktiskan Islam seperti masyarakat Islam di Negara Arab. Begitu juga, masyarakat Islam di Eropah mengamalkan Islam dalam kontek yang berbeza daripada masyarakat Islam di asia khususnya Malaysia dan Indonesia. Momennya, berlaku hubungkait di antara masyarakat ini ialah pendasaran pada sunnahtullah iaitu al-Quran dan sunnah walau apapun kontek dan suasana masyarakatnya. Kertas kerja ini mencirikan sifat-sifat umum masyarakat Islam yang mengakari kemusliman mereka. Bahkan kehilangan sifat-sifat ini akan mencacatkan radiasi keabsahan Islam pada seseorang individu dan seluruh masyarakatnya. 1. Masyarakat yang dibina atas akidah Tauhid Allah SWT mengutuskan para rasul untuk membebaskan manusia daripada syirik iaitu menyembah Tuhan selain Allah. Tauhid menjadi intipati utama dakwah para rasul khususnya para rasul yang tergolong sebagai Ulul Azmi. Misalnya, Nabi Ibrahim AS berdakwah kepada kaumnya (Raja Namrud), begitu Nabi Nuh AS, Nabi Musa AS, Nabi Isa AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW. Misi Rasulullah SAW di Mekah selama 13 tahun adalah membebaskan masyarakat Arab Jahiliah daripada perbuatan syirik. Ayat-ayat Makiyyah menyeru kepada mengesakan Allah. Dalam Surah al-Kafirun misalnya menegaskan bahawa orang-orang yang beriman amat berbeza dengan orang kafir. Sifat utama orang beriman adalah beriman kepada Allah, para malaikat, kitab, para rasul, hari kiamat, qodho’ dan qodar. Mereka membuang segala perbuatan yang menyerupai orang-orang kafir. Percaya dan yakin bahawa peranan mereka adalah sebagai hamba dan khalifah Allah dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan rasul. Tauhid juga bermaksud orang-orang beriman meletakkan Allah dan Rasulullah SAW sebagai matlamat utama melebihi perkara lain. Seperti sifat Abu Bakar As-Siddiq kala dipukul kafir Quraisy tetapi masih bertanyakan Rasulullah SAW apabila tersedar daripada pengsan. Ini menunjukkan kasih dan cintanya kepada Rasulullah SAW melebihi dirinya sendiri. Masyarakat Islam juga adalah masyarakat yang teguh serta sanggup menggadaikan nyawa demi keyakinan terhadap Allah dan rasul seperti keluarga Yasir dan Sumayyah yang meningga dunia di tangan musuh serta keteguhan Bilal bin Rabah mempertahankan akidahnya walaupun disiksa oleh Abu Jahal. Masyarakat Islam berteraskan akidah telah dimodelkan oleh para sahabat baginda SAW yang mula – mula memeluk Islam. Mereka sanggup dimusuhi saudara kerana memilih Islam, mereka memilih untuk hidup melarat dan miskin serta berjuang harta dan nyawa demi Islam, pasukan Muhajirin sanggup meninggalkan kampung halaman serta keluarga yang dicintai termasuk

Zainab, Puteri sulung Rasulullah SAW. Beliau tinggalkan suaminya Abu Al- Ash yang masih musyrik kerana menyahut seruan Allah membuka tapak baru di Madinah. Masyarakat berteraskan akidah yang benar hanya akan menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup. Selain keduanya, mereka akan menolak. Bahkan prinsip akidah Islam yang tegas tidak akan membenarkan umatnya bertoleransi dengan agama lain apatah lagi merayakan hari-hari kebesaran mereka. Kisah-kisah pejuang Islam sepanjang zaman yang teguh mempertahankan akidah boleh menjadi tauladan kepada umat Islam sekarang seperti perjuangan Badiuzzaman Sa’id Nursi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, Tok Kenali dan lain-lain. 1.2 Masyarakat Yang Benar Kesan daripada akidah Tauhid yang mendokongi iman adalah ibadah, amal, akhlak dan sikap yang ikhlas dan benar. Dr Wahbah az-Zuhaili dalam bukunya Akhlak Muslim menjelaskan bahawa sifat benar hanya terdapat pada orang mukmin. Firman Allah Taala bermaksud; ‘Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan jadilah kamu bersama orangorang yang benar’ Surah at-Taubah;119 Allah juga menyebut dalam surah al-Ahzab ayat 35 tentang sifat orang beriman bermaksud; ‘ Lelaki-lelaki yang benar dan perempuan-perempuan yang benar.’ Sebaliknya, mereka yang beriman tetapi tidak berkelakuan as-Siddiq atau benar, Allah menyifatkan mereka sebagai al-mukazzibin (penipu). Sifat penipu atau tidak amanah termasuk sebagai sifat munafik. Dalam surah as-Soff menyebutkan; Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengata sesuatu yang tidak kamu laksanakan? Perbuatan tidak amanah sangat besar dosanya di sisi Allah. Daripada diri mukmin yang benar dan bersih, akan melahirkan keluarga dan ahli masyarakat yang baik. Tauladan ini boleh diambil daripada kisah-kisah para solihin yang telah melahirkan generasi gemilang kerana mengamalkan Islam (bersih) dalam kehidupan. Contohnya, Maryam, ibu Nabi Isa AS. Seorang wanita yang suci dan bersih dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Keturunan seorang soleh bernama Imron, anak saudara Zakaria dan Yahya AS. Daripada generasi anbiyai ini lahirlah Nabi Isa AS. Kisah para ulama masa kini, ibubapa mereka adalah orang-orang yang benar dan bersih. Contoh lain, kisah Badiuzzaman Sa’id Nursi, bapanya seorang yang warak dan hanya memberi makanan yang halal kepada anak-anak termasuk binatang ternakannya juga dipastikan makan rumput yang halal. Manakala Ibu Sa’id Nursi hanya menyusukan anak-anaknya dalam keadaan bersih dan berwudhuk . Begitu juga para imam seperti Imam Syafie, Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Ghazali, semuanya lahir daripada kehidupan yang mengamalkan kebenaran Islam. Masyarakat Islam juga benar dalam tindakan, percakapan dan pemikiran. Hanya bercakap perkara-perkara yang baik dan benar. Tidak berlaku zalim seperti mengamalkan rasuah, memakan harta anak yatim, mengabaikan tanggungjawab dan 1001 perkara yang bertentangan dengan kebenaran. Hadis Rasulullah SAW bermaksud; Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Justeru, masyarakat Islam yang mengambil siri tauladan Islam bermakna menjadikan kebenaran sebagai rujukan kehidupannya. Manakala selainnya adalah kesesatan. 1.3 Masyarakat yang dikukuhkan dengan persaudaran (ukhwah) Allah SWT menciptakan manusia daripada tubuh yang satu iaitu Nabi Adam AS. Justeru, percaturan fitrah manusia seperti bentuk fizikal, naluri dan perasaan, kecenderungan adalah sama sahaja. Malah, Allah telah berfirman yang bermaksud Allah tidak menilai seseorang itu berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit tetapi hanya sifat taqwa. Justeru, kebersamaan itulah

yang mengikat manusia untuk tunduk kepada Allah SWT sebagai Pencipta dan Tuhan sekalian alam. Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT maka ia telah disatukan dalam persaudaraan Islam. Malah baginda SAW pernah mengatakan bahawa orang-orang beriman itu ibarat satu tubuh, jika salah satu anggotanya sakit maka sakitlah seluruh tubuh. Tauladan dipetik daripada peristiwa hijrah yang telah menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah. Umat Islam di zaman Rasulullah SAW bersatu mempertahankan akidah. Berkongsi pemilikan harta bahkan jiwa demi memuliakan anjuran ukhwah. Misalnya, kisah di Medan Uhud menyaksikan tentera Islam berkorban untuk sahabat-sahabat mereka minuman. Masing-masing menolak kerana mendahulukan sahabat. Akhirnya, semua mereka mati syahid. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; Tidak masuk syurga seseorang yang membiarkan saudaranya lapar walaupun dia seorang ahli ibadah. . Punca kekuatan Islam boleh tersebar ke pelusuk dunia timur dan barat adalah kesatuan diri dan akidah. Umat Islam sujud pada kiblat yang sama, menikmati al-Quran dan Sunnah (panduan hidup) yang sama serta rasa cinta kepada Allah dan rasul yang sama Apabila kesatuan itu pecah, maka hancurlah kekuatan Islam, ini boleh diiktibari daripada sejarah khalifah Islam. Tatkala umat Islam berpecah kepada firqoh (kumpulan) fahaman seperti Syiah, Ahl Sunnah, Khawarij dan Muktazilah, musuh terutama orang munafik dan Yahudi senang melaga-lagakan sehingga tercetusnya peperangan yang mengorbankan ramai pemimpin Islam seperti Saidina Ali RA, Saidina Uthman RA, Saidina Hussien RA dan ramai lagi. Begitu juga apa yang berlaku saat keruntuhan Khalifah Uthmaniyyah di Turki. Sultan Abdul Hamid II telah diselewengkan oleh orang-orang kanannya mengakibatkan sistem khalifah Islam hancur digantikan sistem sekular yang mengharamkan agama. Kini, apabila kuasa barat Eropah menakluk sebahagian dunia, mereka telah memisahkan negaranegara Islam kepada negara dan bangsa melalui dasar pecah dan perintah. Oleh itu, wujudlah jurang perbezaan berdasarkan geografi, bahasa, warna kulit walaupun masing-masing adalah Muslim. Malang lagi, semua mereka disatukan dengan penonjolan budaya barat (hegemoni) yang jauh bertentangan dengan Islam. Oleh itu, umat Islam tidak lagi berasa sensitive kepada keadaan yang berlaku di negara Islam lain kerana sikap taksub terhadap bangsa dan negara sendiri. Jelaslah bahwa, apabila rasa ukhwah hilang dari jiwa umat Islam, maka mereka menjadi umat yang lemah, mundur, kecewa dan pesimis terhadap saudaranya sendiri. 1.4 Masyarakat Yang mementingkan ilmu pengetahuan Ilmu adalah perkara pertama yang diajarkan Allah SWT kepada Nabi Adam AS. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:31 bermaksud: Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya. Daripada ayat yang berikutnya, Nabi Adam AS telah mengajarkan pula kepada malaikat (al-Baqarah: 33). Ini membuktikan Allah SWT menaikkan taraf manusia berbanding para makluk lain termasuk malaikat hanya dengan akal fikiran yakni ilmu pengetahuan. Bahkan ketika Rasulullah SAW diangkat menjadi nabi, wahyu pertama yang diberikan kepada baginda SAW adalah Iqra iaitu membaca. Malaikat Jibril AS sendiri yang menjadi guru kepada Rasulullah SAW. Manusia, secara umumnya menjadi kuat apabila menguasai ilmu pengetahuan. Tamaduntamadun awal manusia iaitu Yunani, Rom, Parsi, Cina dan India masyhur kerana penguasaan ilmu pengetahuan meliputi falsafah, teknologi dan kemahiran. Bangsa Rom menjadi hebat kerana pengetahuan mereka terhadap ilmu binaan, bangsa Parsi terkenal dengan kecerdikan

mereka di medan peperangan, bangsa Cina agung dengan budaya perniagaan, perubatan dan teknologi (kertas), bangsa Yunani dan India pula terkenal dengan falsafah. Justeru, kala Allah SWT memunculkan Islam, maka seiring itu jugalah Dia membentangkan ilmu pengetahuan yang berlunaskan syariat yang semuanya terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. Peradaban Islam pasca negara Islam Madinah menyaksikan umat Islam paling unggul apatah lagi ketika itu, bangsa Eropah mengalami zaman gelap. Ketika itu lahirlah tokoh-tokoh pemikir dan ilmuan Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Ibnu Baitutah, Ibnu Kathir dan ramai lagi termasuk empat imam fikah iaitu Imam Malik, Imam Syafie, Imam Abu Hanifah dan Imam Hanbali. Bahkan, ilmu-ilmu Islam sentiasa berkoleborasi dengan zaman sehingga ia tidak pernah berhenti memartabatkan manusia. Justeru, umat Islam adalah umat yang paling unggul sekiranya mereka memahami martabat ilmu. Sebaliknya, jika mereka tidak menguasi ilmu, mereka menjadi umat yang mundur, lemah, dan menjadi mangsa keadaan. Ia sangat bertentangan dengan apa yang dialami oleh umat Islam di era Rasulullah SAW, para sahabat dan tabiin. Contoh-contoh keruntuhan umat Islam akibat tidak menguasai ilmu pengetahuan boleh dilihat pada masa kini. Umat Islam lebih banyak menjadi pengguna daripada pengeluar, lebih ramai menjadi hamba daripada tuan, lebih rela menjadi pengikut dan pelaksana daripada ketua dan pengusaha. Jika keadaan ini berterusan, adalah mustahil masyarakat Islam boleh bangkit menegakkan kemasyuran tamadun Islam sebelumnya. Perbezaan di antara orang yang berilmu dengan orang jahil itu amat ketara. Ini telah disebutkan di dalam al-Quran.Firman Allah Taala bermaksud; Adakah sama orang-orang yang mengetahui-ilmu- dan orang-orang yang tidak mengetahuijahil’- Surah az-Zumar; 39 1.5 Masyarakat Islam adalah masyarakat yang bertoleransi Salah satu ciri Islam adalah memudahkan umatnya. Sabda Rasulullah SAW: bermaksud; Sesungguhnya agama itu mudah. Mudah yang dimaksudkan ialah Islam melorongkan hak yang boleh memenuhi fitrah kemanusiaan manusia. Contohnya, Islam membenarkan perkahwinan di antara lelaki dan wanita dengat syarat yang mudah, Islam membenarkan umatnya menjadi kaya dengan jalan usaha yang benar. Islam memudahkan umatnya yang bermusafir bahkan seluruh hukum Islam (yang tidak berkait dengan akidah) boleh disesuaikan mengikut keadaan zaman dan persekitaran. Hari ini, apabila negara-negara Islam diserapi pengaruh penjajahan terutama Barat (Eropah) dan berlangsung lebih daripada 500 tahun, Islam masih kukuh dan meresapi jiwa penganutnya sehingga di abad 21, Islam menjadi satu tamadun yang paling ampuh melawan tamadun Barat yang mulai dihakis kerosakan. Malahan, umat barat mulai takut dengan budaya Islam yang mula menyerapi warga Eropah hingga menyingkirkan budaya sekular yang menjadi pegangan barat. Misalnya, di Belanda, filem Fitna yang dihasilkan bagi tujuan memburukkan Islam dengan mengaitkan keganasan kepada Islam adalah interpretasi daripada kebimbangan mereka terhadap asakan pengaruh Islam. Justeru, umat Islam tidak boleh lagi bersikap statik dengan hanya selesa pada kebudayaan yang ada. Sebaliknya, cuba memahami Islam dalam sudut yang luas dan syumul. Hafiz Firdaus, seorang intelektual Islam di Malaysia menggagaskan supaya umat Islam melihat Islam seperti menaiki sebuah kapal terbang. Di tempat yang tinggi, kita dapat melihat bucu-bucu Islam dari pelbagai sisi.

Keadaan umat Islam di negara Eropah tidak sama dengan keadaan umat Islam di Timur Tengah atau Asia dan Eropah. Perbezaan budaya dan cara berfikir di kalangan umat Islam yang dipisahkan dalam kala geografi ini tidak menjadikan Islam itu berpecah-pecah tetapi lebih uniknya, ia bertoleransi dan melambangkan keistimewaan Islam yang meraikan semua budaya dan bangsa. 2. SIFAT2 ORANG MUKMIN DALAM SURAH AL-MUKMINUN Allah SWT telah menyebut dengan khusus keistimewaan sifat orang Mukmin yang meletakkan mereka di martabat yang mulia dan beruntung dalam surah al-Mukminun ayat 1- 10 iaitu; 1. Orang yang khusyuk dalam solat 2. Orang yang menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berguna (maksiat dan lagho) 3. Orang yang menunaikan zakat 4. Orang yang menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri 5. Orang yang memelihara amanah, janji dan tanggungjawabnya 6. Orang yang menjaga sembahyang PENUTUP Hari ini umat Islam berhadapan dengan arus globalisasi yang mencerap ke seluruh dunia Islam timur dan barat. Tidak ada kaedah yang dapat menghalang ombak kemasukannya. Oleh itu, umat Islam mempunyai beberapa pilihan untuk menangani fenomena ini antaranya ialah dengan bersikap dingin terhadap pengaruh global. Kelompok ini boleh melarikan diri ke suatu penjuru yang asing daripada dunia semasa serta mempraktikkan cara Islam yang tradisional, mandiri dan terpinggir daripada masyarakat. Kaedah sebaliknya adalah menjadi seorang yang terbuka untuk menerima pengaruh global dan memperagakan budaya barat sebagai norma baharu yang diakui dunia. Walaubagaimanapun, kaedah ini akan sedikit sebanyak menyinggungkan keabsahan Islam yang diketahu amat berbeza daripada fahaman barat –sekular-. Namun, cara yang paling baik adalah bersikap seorang reformis yang tidak terburu-buru untuk menolak atau menerima pengaruh global. Malahan, cuba menyesuaikan sumber wahyu dan keunggulan akal bagi berinteraksi dengan globalisasi. Sewajarnya, masyarakat Muslim yang mempunyai asas dan sifat yang digariskan ini tidak akan rapuh dengan apa jua serangan ideologi semasa. Berbekalkan keyakinan, ketundukan, kefahaman, kepercayaan dan keutuhan pada dasar Islam; al-Quran dan Sunnah, masyarakat Islam akan menjadi lebih padu kepada dunia yang rosak. Mereka bahkan adalah rujukan dan pedoman kepada bangsa-bangsa musyrikin yang kosong kerohaniannya. RUJUKAN 1. Ihsan Kasim Salih-2003- Said Nursi Pemikir dan Sufi Besar Abad 20. Jakarta;Penerbit PT. 2. Khalid Muhammad Khalid-1994- Sepuluh Hari Berkesan Dalam Kehidupan Rasulullah SAW. Kuala Lumpur; Pustaka Syuhada. 3. Mahmud Hamdi Zaqzuq-2001- Reposisi Islam di Era Globalisasi. Yogyakarta; LKIS. 4. Tafsir Pimpinan Rahman, JAKIM -19835. Wahbah Zuhaili -2002- Akhlaqul Muslim A’laqoh bilmujtama’. Damsyik; Darul Fikir, 6. Yusuf al-Qaradawi -1997-Imej Masyarakat Muslim Yang dicita-citakan. Kuala Lumpur; Penerbitan Salafi.

0 Responses to “Ciri-Ciri Masyarakat Islam” Feed for this Entry Trackback Address 1. No Comments Posting Your Comment Please Wait Leave a Reply Top of Form

Name Mail (will not be published) Website

Submit

180

Bottom of Form

« Selepas Ini Aku Di Solo Selepas Ini Aku di Solo 2 »

Related Documents