CIRI CIRI BAHASA
BAHASA BERSIFAT UNIK Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain. Antara ciri keunikan BM ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh: * Orang itu menjolok buah * Orang itu menjolok buah * Orang itu menjolok buah
Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kata berobah. Contoh: Bahasa Batak ‘bontar ‘bagas ‘hotang keras ‘hunik
‘import ‘insult ‘object ‘permit
darah rumah rotan
bon’tar ba’gas ho’tang
putih dalam
kunyit
hu’nik
kuning
Bahasa Inggeris import im’port penghinaan in’sult objek ob’ject izin per’mit
mengimnport menghina berkeberatan mengizinkan
Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /, / k /, / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh: bandung depok gopek lompat tendang tongkat
mbandung ndopek ngopek lo-mpat te-ndang to-ngkat
Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun.
BAHASA BERSIFAT SEJAGAT
Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain. Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh: bahasa Melayu: 6 vokal, 22 konsonan bahasa Arab: 3 vokal pendek, 3 vokal panjang,28 konsonan bahasa Inggeris: 16 vokal (termasuk diftong), 24 konsonan Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin tidak sama.