Chew Mininava - Refleksi Pbs Ros

  • Uploaded by: Chew
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Chew Mininava - Refleksi Pbs Ros as PDF for free.

More details

  • Words: 721
  • Pages: 3
Penulisan Refleksi

Elemen Pemikiran Refleksi

Pemerhatian dibuat oleh saya ke atas pengurusan keadaan fizikal bengkel, peraturan bengkel, jenis-jenis disiplin yang diaplikasi, jenis interaksi dalam bilik darjah, kepimpinan guru dan model pengajaran yang digunakan oleh guru. Dari segi keadaan fizikal bengkel, terdapat almari dengan

Pengurusan

projek murid yang disusun, empat bakul sampah, dua bulu

Keadaan Fizikal Bilik

ayam, gmbar alatan sebagai hiasan pada dinding, kain

Darjah dan

pengelap untuk membersih, kapur papan hitam, papan hitam,

Peraturan Bengkel

pemadam papan hitam, kerusi dan meja guru dan murid yang mencukupi, empat kipas yang berfungsi, lapan lampu yang berfungsi, papan kenyataan yang dilengkapi dengan Peraturan Bengkel yang harus dipatuhi, tiga penyapu, empat penyodok sampah, satu pintu keluar-masuk, tiga power suppy socket dan satu wayar extension, satu skrin projektor, satu First AID kit yang boleh digunakan dan tidak tamat tarih luput, tempat letak alatan secara gantung yang tersusun, almari alatan yang disusun kemas, stor kecil untuk penyimpanan alatan, empat basin basuh tangan dn cecair pencuci. Secara umunya, keadaan kebersihan, penyelenggaraan dn penyusunan peralatan bengkel adalah baik. Sistem pengudaraan dalam bengkel adalah baik kerana semasa kelas diadakan, semua tingkap dibuka dan bilangan tingkap adalah banyak. Akan tetapi, terdapat satu sahaja pintu untuk keluar dan masuk. Pintu belakang telah ditutup kerana stor telah dibina di kawasan itu. Ini adalah tidak menggalakkan sebab selain keluar masuk, fungsi pintu yang lain adalah untuk memudahkan pelepasan diri semasa berlaku kecemasan. Keceriaan bengkal adalah baik dan cahaya yang dapat memasuki bengkel adalah baik sebab ia dapat menggalakkan P&P yang baik. Selain itu, terdapat dua papan peraturan bengkel yan besar dan mudah dilihat oleh murid. Peraturan bengkel adalah penting dalam menyediakan keadaan keselematan murid-murid dan untuk melatih murid-

murid dalam aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti dalam bengkel. Guru mengamalkan Disiplin Arahan Kerja dan Disiplin

Jenis-jenis disiplin

Arahan Kumpulan. Semasa pengajaran, Disiplin Arahan

yang diapikasikan

Kerja terlihat apabila guru memberi salah satu aktiviti tugasan yang terdapat dalam buku teks dan murid perlu menjawabnya dalam masa tertentu yang diperuntukkan. Tugasan yang telah siap dalam buku latihan perlulah dihantar pada pengakhiran kelas. Dalam Disipin Arahan Kumpulan pula, boleh terlihat apabila salah satu murid membuat bising semasa aktiviti tugasan berlaku dan rakan sekelas memberitahu murid tadi agar tidak bising dan mengganggu serta tugasan tersebut perlulah dihantar. Amalan Disiplin Arahan Kumpuan bukan sahaja boleh dilihat dan dialami dalam kelas Kemahiran Hidup sahaja, malah dalam kelaskelas lain juga boleh dialami samasa saya bertugas sebagai guru ganti kelas. Pendek kata, sekolah ini mengamalkan Disiplin Arahan Kumpulan secara umumnya. Selain itu, untuk mengawal keadaan disiplin kelas, guru juga mengamalkan pengajaran yang mempunyai banyak soal-jawab dalam bahan bantu mengajar. Dalam kelas ini, flash card adalah bahan bantu mengajar. Bentuk susunan bengkel ini adalah dalam bentuk modular

Jenis Interaksi

dimana bentuk susunan ini selain interaksi di antara murid

Dalam Bilik Darjah

dengan guru, susunan ini juga amat sesuai dalam

dan Kepimpinan

menggalakkan interaksi di antara murid dengan murid

Guru

semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Semasa pengajaran dijalankan, pendekatan yang digunakan adalah jenis interaksi pelbagai hala. Dalam interaksi di antara guru dengan murid, guru menggunakan flash card sebagai bahan bantu mengajar dan soalan ditujukan kepada murid untuk mengenalpastikan jenis sayuran yang ditunjukkan dan murid secara aktif mengambil bahagian dalam menjawab soalan. Dalam interaksi di antara murid dengan murid pula, boleh dilihat apabila murid berbincang sesama lain dalam meja masing-

masing sebelum mejawab. Di akhir pengajaran, untuk memastikan semua murid faham dan kenal jenis-jenis tanaman serta kategorinya, guru meminta semua murid berdiri dan murid hanya boleh duduk apabila soalan dapat dijawab. Bagi murid terakhir yang tidak dapat menjawab soalan, guru meminta murid lain agar menolong murid tersebut dalam menjawab soalan guru. Dalam erti kata lain, sesi P&P ini juga dapat menerapkan nilai moral seperti tolong-menolong dalam pembentukan sikap murid secara tidak langsung. Sesi P&P ini boleh diperbaiki jika terdapat selingan penggunaan projektor. Ini lebih menggalakkan murid dalam kesedaran kepentingan IT dalam dunia yang berkembang pesat. Model yang digunakan oleh guru tersebut adalah jenis

Model Pengajaran

Model Schramm III. Ini jelas terlihat apabila guru banyak

Yang Digunakan

menggunakan aktiviti soal jawab di antara guru dengan murid

Oleh Guru

serta aktiviti perbincangan di antara murid dengan murid dalam perbincangan sebelum menjawab soalan pada awal sesi P&P seperti yang dinyatakan dengan teliti di atas. Secara kesimpulan, keadaan fizikal dan persekitaran P&P adalah kondusif dan ini menggalakkan murid melibatan diri serta menjadi sebahagian dalam proses P&P.

Disediakan oleh: KH Chew

Related Documents


More Documents from "Chew"