CATATAN HARIAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH FASA 1
HARI/TARIKH
ISNIN 26 MARCH 2018
SELASA 27 MARCH 2018
RABU 28 MARCH 2018
KHAMIS 29 MARCH 2018
CATATAN
Perhimpunan pagi tidak dijalankan kerana murid menghadapi peperiksaan Mac. Perbincangan dengan Penolong Kanan Pentadbiran (Puan Rajamal A/P S.Suppiah) mengenai skop tugasan PBS. Pencarian maklumat sekolah. Membaca dan memahami Takwim Sekolah Tahun 2018. Perbincangan dengan rakan-rakan PBS dari IPG Kampus Ipoh. Tinjauan terhadap pusat sumber sekolah. Perbincangan mengenai kegiatan kokurikulum sekolah bersama Puan Valli (PK Kokurikulum) Mendapat ilham mengenai cara mengurus fail kokurikulum. Memperkenalkan diri kepada guru besar. Sesi temu ramah bersama Cik Zafirah tentang tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid SJKT. Membantu guru untuk menghias pusat sumber. Mengedarkan borang soal selidik kepada murid-murid darjah 4E.
Membantu guru untuk menghias pusat sumber. Berjumpa dan berkenalan dengan kakitangan sekolah. Mengadakan perbincangan dengan kakitangan sekolah. Menemu ramah Encik Satish mengenai ‘Penggunaan TMK dalam PDP’. Berbual-bual dengan pengawal keselamatan tentang isu-isu yang berkaitan keselamatan sekolah. Memantau kelas yang menghadapi peperiksaan. Membimbing murid-murid Tahun 6D untuk menghadapi peperiksaan Pendidikan Moral dengan menggunakan teknik soal jawab. Membuat ulangkaji subjek Sejarah bersama murid Tahun 6. Bertemu bual bersama Cikgu Losini tentang amalan membaca dalam kalangan murid sekolah. Membuat pengesahan borang dengan guru besar dan penolong kanan pentadbiran. Berbincang tentang prestasi semasa murid Tahun 4E bersama Puan Amuthavally. Menjaga kelas yang menghadapi peperiksaan. Mengajar murid Tahun 3E tentang cara mengamalkan kebersihan diri yang dipantau oleh Encik Jeya Seelan (PK HEM). Memantau kelas 3D yang diajar oleh Puan Shaamila iaitu Bahasa Melayu. Berkongsi pengalaman IPG dengan Cikgu Agama dan cabaran terkini yang perlu dilalui pada masa yang akan datang.
JUMAAT 30 MARCH 2017
Menghadiri latihan rumah sukan. Membuat refleksi dengan guru besar dan penolong kanan pentadbiran. Menjalankan pemantauan pengajaran Bahasa Melayu yang dikendalikan oleh Cikgu Zafirah di kelas 3E. Mempelajari tentang program LINUS. Bertemu bual dengan Puan Shamala tentang prestasi semasa murid dalam peperiksaan Bahasa Melayu dan teknik yang perlu dikuasai oleh bakal guru. Membantu guru untuk menghias papan kenyataan semasa minggu ‘Pencegahan Dadah’. Mengajar subjek Bahasa Inggeris untuk kelas 3D tentang ‘Healthy Lifestyle’. Bersalam dengan semua guru dan kakitangan sekolah.