Buku Panduan No5 2003

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Panduan No5 2003 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,420
  • Pages: 7
PERATURAN PEMAKAIAN SERAGAM PBSMM (BUKU PANDUAN NO. 5)

PENDAHULUAN Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah antara persatuan yang mempunyai pakaian seragam yang tersendiri. Kegunaan pakaian seragam ini diamalkan sejak persatuan ini di tubuhkan lagi iaitu dalam tahun 1948. Pakaian seragam ini perlulah di pakai mengikut peraturan yang ditetapkan kerana tiap-tiap jenis pakaian seragam itu digunakan bagi tugas tertentu. Persatuan Bulan Sabit Merah mempunyai beberapa jenis pakaian seragam yang telah di khaskan. Tiap-tiap pemakaian hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Setiap ahli PBSMM dilarang mengubah atau menokok tambah pakaian seragam. Pakaian ini digunakan untuk mempamerkan identiti PBSMM dan juga bertujuan untuk memupuk disiplin. Pakaian ini harus dipakai dengan kemas dan bangga.

SEKSYEN 1: SYARAT AM Pakaian seragam hendaklah dipakai lengkap dengan peralatannya. Contoh peralatan ialah pingat, reben dan sebagainya mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Majlis Kebangsaan. Selain itu, pakaian seragam PBSMM hanya boleh dipakai ketika anggota menjalankan tugas. Anggota tidak dibenarkan menukar warna, fesyen, menokok tambah dan mengubah pakaian dan peralatan yang digunakan. Barang kemas tidak dibenarkan dipakai kecuali jam tangan dan cincin perkahwinan. Ahli yang diberhentikan atau yang meletakkan jawatan dilarang memakai pakaian seragam atau lencana. Anggota yang mewakili PBSMM ke luar negara mesti memakai pakaian seragam yang bersesuaian mengikut arahan dan garis panduan yang diisyaratkan. Anggota yang beragama sikh sahaja dibenarkan memakai sarban. Pakaian wanita no.10 diberi pilihan bagi yang beragama islam. Jawatan yang disenaraikan dalam seksyen 7 mempunyai pangkat seperti dalam seksyen 8.

SEKSYEN 2: PERALATAN PAKAIAN SERAGAM Seksyen 2 menerangkan mengenai pemakaian peralatan yang betul pada pakaian seragam PBSMM. Sebagai contoh, lambang di lengan baju ialah lambang bulan sabit merah dengan perkataan. Tanda negeri degan huruf berwarna merah. Pegawai yang berhak memakai tongkat ialah yang berpangkat M ke atas sahaja. Tongkat adalah berwarna hitam dengan lambang bulan sabit merah di atas kepala tongkat. Lencana topi bersulam untuk pegawai sahaja. Lencana topi logam untuk anggota yang lain. Lencana kain untuk kanak-kanak(link). Topi untuk pegawai lelaki ialah peak cap biru gelap dengan lencana bersulam, songkok baldu hitam dengan lencana bersulam, beret biru gelap dengan lencana bersulam dan topi ‘base ball cap’ hitam dengan lencana kain. Topi untuk anggota yang lain ialah beret biru gelap dengan lencana logam dan topi ‘base ball cap’ merah dan putih untuk kanak-kanak (link). Topi untuk pegawai wanita pula ialah topi bawler biru gelap dengan lencana bersulam, beret biru gelap dengan lencana bersulam dan topi ‘base ball cap’ hitam dengan lencana kain. Songkok untuk pegawai ialah jenis baldu hitam dengan lencana bersulam. Bagi sarban pula, sarban mestilah berwarna biru gelap dengan lencana bersulam untuk pegawai dan sarban biru gelap denga lencana logam untuk lain-lain anggota. Bagi jalur topi pegawai, dua jalur bunga padi emas bagi pangkat MPP ke atas, satu jalur bagi MP dan M, dan tanpa jalur bagi pangkat PPP ke bawah. Bagi jalur pada songkok pula, pegawai yang memakai adalah berpangat M dan ke atas. Satu jalur baldu merah tua (1cm) diantara dua jalur emas (1.5cm) di tengah songkok dan satu jalur emas (0.3cm) di bahagian bawah. Bagi pegawai yang berpangkat PPP ke bawah, satu baldu merah tua (1cm) diantara dua jalur emas(1cm) di tengah songkok dan satu jalur emas (0.3cm) di bahagian bawah. Jalur topi pegawai wanita, pangkat MPP ke atas, satu jalur bunga padi emas dan Chinstay warna emas. Pangkat MP dan M, satu jalur bunga padi emas dan chinstay warna hitam. Pangkat PPP ke bawah, chinstay warna hitam sahaja. Lanyard hitam berbunga untuk pegawai, tanpa bunga untuk lain-lain anggota. Tag nama, warna hitam dengan tulisan huruf besar warna putih berukuran 7.5cm panjang dan 2.5cm lebar. Ejaan nama tidak lebih 9 huruf dengan ukuran tinggi huruf 1.5cm.

Epolet, pegawai yang berpangkat MPP ke atas, epolet berwarna biru gelap dengan jalur bunga padi emas di tepi. Pangkat MP dan M, biru gelap dengan jalur emas ditepi. Pangkat PPP ke bawah, warna biru gelap tanpa jalur. Gojet, pangkat MPP ke atas, berwarna merah dengan bunga padi emas di tengah, dan butang kecil BSM. Gojet panjang untuk pakaian istiadat no.1 dan yang pendek untuk no.2 dan 3 sahaja. Lencana kolar BSM, pangkat MP ke bawah, lencana kolar BSM kecil warna emas dipakai bersama pakaian istiadat No.1 sahaja. Tali pinggang, nylon berwarna putih serta kepala logam lambang BSM dipakai bersama seluar putih. Nylon berwarna biru gelap serta kapala logam lambang BSM dipakai bersama seluar biru gelap. Aiguilet, pangkat MPP ke atas, berwarna emas berbintik merah dengan dua knob. Pangkat MP ke bawah, berwarna emas berbintik merah dengan satu knob. Logo bulan sabit merah dan tanda negeri dipasang di kedua belah lengan baju seragam kecuali pakaian no.1 wanita, baju T PBSMM, vest PBSMM, wet suit, petugas pengedali boat dan baju hujan.

SEKSYEN 3: PEMAKAIAN BINTANG-BINTANG KEBESARAN/PINGAT/MEDAL REBEN Seksyen ini pula lebih berfokus untuk menerangkan mengenai pemakaian bintangbingtang kebesaran/pingat/medal reben yang telah di anugerahkan. Bintang-bintang kebesaran dan pingat-pingat dipakai bersama dengan kain selepang, berserta darjah kebesaran, bintang kehormat, dan pingat persekutuan atau negeri. Bintang kehormatan dan pingat dipakai diatas dada sebelah kiri, disusun teratur dan lurus, penganugerahan yang tertinggi di sebalah kanan. Semuanya dipakai dengan permukaan disebelah hadapannya menghadap keluar. Jika terdapat lebih dari 6 buah, disusun bergantung pada palang bertindih. Palang tersebut tidak lebih dari 6 inci dan disematkan sama tengah. Jika terlalu banyak, hendaklah disusun bertindih kasih atas permukaan bintang atau pingat terkanan terlihat jelas. Pingat PBSMM dipakai selepas pingat persekutuan atau negeri mengikut kekananannya. Bintang kebesaran, pingat, dan medal hendaklah dipakai ketika pakaian istiadat No.1, medal reben tidak melebihi empat dalam sebaris,

jika lebih disusun 2 di atas, 3 dibawah mengikut kenananannya. Medal reben dipakai dengan pakaian no.2 di atas poket dada sebelah kiri.

SEKSYEN 4: KEGUNAAN TIAP-TIAP PAKAIAN SERAGAM PBSMM Setiap pakaian seragam PBSMM mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Bagi pakaian seragam lelaki, pakaian istiadat no.1, menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang kebesaran, perbarisan kehormat, jemputan rasmi dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.2, perbarisan rasmi sebagai ketua kontinjen, jemputan rasmi, menghadiri mesyuarat rasmi, kursus,seminar dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.3, menghadiri mesyuarat rasmi, kursus seminar, tugas khas dan latihan medan. Pakaian seragam no.4 , terlibat dengan perbarisan rasmi, jemputan rasmi, menerima pingat atau sijil, tugas khas dan latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.5, terlibat sebagai ahli kawalan kehormat dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.6, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli sukarelawan perkhidmatan ambulans kecemasan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.7, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli sukarela perkhidmatan ambulans kecemasan bermotosikal dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.8, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.9, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam wanita. Pakaian istiadat no.1, menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang kebesaran, perbarisan kehormat, jemputan rasmi dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.2, perbarisan rasmi sebagai ketua kontinjen, jemputan rasmi, menghadiri mesyuarat rasmi, kursus,seminar dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.3, menghadiri mesyuarat rasmi, kursus seminar, tugas khas dan latihan medan. Pakaian seragam 4A dan 4B terlibat dengan perbarisan rasmi, jemputan rasmi, menerima pingat atau sijil, tugas khas dan latihan medan dan mengikut arahan. Tiap-tiap kawalan kehormatan hendaklah seragam samaada pakaian seragam 4A atau 4B. Pakaian seragam no.5A dan 5B, terlibat sebagai ahli kawalan kehormat dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.6, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli sukarelawan perkhidmatan ambulans kecemasan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.7, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli sukarela perkhidmatan ambulans kecemasan bermotosikal dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.8, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan.

Pakaian seragam no.9, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.10, menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang kebesaran, perbarisan kehormat, jemputan rasmi dan mengikut arahan. Pakaian seragam gunasama atau khas. Pakaian untuk petugas bahagian dapur dan sajian, untuk lelaki dan wanita yang bertugas dibahagian dapur dan mengikut arahan. Pakaian ‘wet suit’ anggota penyelamat dalam air PBSMM untuk lelaki dan wanita ketika berlaku bencana air, operasi menyelamat di air, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam petugas pengedali bot penyelamat PBSMM, untuk lelaki dan wanita semasa berlaku bencana di air dan mengikiut arahan. Baju hujan PBSMM, untuk lelaki dan wanita ketika hujan dan dalam tugas rasmi. Topi ‘base ball’ untuk lelaki dan wanita, dipakai bersama dengan vest dan mengikut arahan. Pakaian ‘vest’ untuk anggota ambulans bagi lelaki dan wanita yang bertugas pada shif petang dan malam selepas jam 7.00 malam, bertugas di kawasan bencana, semasa cuaca gelap, tujuan keselamatan, tujuan pengenalan organisasi dan mengikut arahan.

KESIMPULAN Pemakaian pakaian seragam mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pakaian seragam digunakan untuk mempamerkan identiti PBSMM. Ianya juga bertujuan bagi memupuk semangat disiplin di kalangan ahli. Dengan itu, pakaian seragam harus di pakai dengan kemas dan bangga serta tidak dipakai sewenang-wenangnya sehingga membawa aib kepada ahli yang memakainya dan PBSMM pada keseluruhannya.

Related Documents