Brosur Rayuan Ramadhan 01

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Brosur Rayuan Ramadhan 01 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,029
  • Pages: 1
Menyantuni saudara seIslam di bulan Ramadhan… Alhamdulillah, kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh barakah, rahmat dan maghfirah, bulan diwajibkan puasa dan diturunkan al-Qur’an sebagai hidayah untuk manusia. Pada khutbah Rasullullah s.a.w di akhir Sya’ban antara pesanan baginda, “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun…” Sudah tentu Rasulullah s.a.w amat prihatin dalam menyantuni umatnya. Apakah kita memahami pesanan baginda Rasulullah s.a.w ini? Dan bagaimana pula tindakan kita? Marilah kita menyahut seruan Rasulullah s.a.w ini dan seterusnya menikmati ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. Ayuh santuni saudara kita, yang entah makan atau tidak, yang hanya berbuka seteguk air kelat dan sekeping roti kering. Malah terpaksa akur hidup bersendirian tanpa ibu, ayah, anak-anak tersayang atau adik-beradik tercinta dengan keperitan dan kesengsaran dilalui. Apatah lagi tempat perlindungan mereka di khemah-khemah pelarian dan rumah anak yatim. Begitulah juga keadaan mereka yang bermati-matian berjuang di jalan Allah. Semoga ini dapat menggamit hati kita yang lembut penyayang dengan menafkahkan

sebahagian rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Rebutlah ruang dan peluang ini untuk menggembirakan saudara kita yang dizalimi, ditindas, dilupakan dan umat Islam yang sedang berjuang di jalan Allah. Marilah mengejar janji Allah dan Rasul-Nya. “Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-taip tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, ALLAH akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH maha luas rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” (Al-Baqarah: 261) InsyaAllah, sumbangan anda akan terus dinikmati oleh anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal, orang tua, orang sakit, orang kurang upaya dan orang miskin serta hidup melarat di negara-negara yang kurang bernasib seperti Malaysia. Ingatlah pesanan baginda Rasulullah s.a.w, “Salah seorang dari kalian tidak beriman hingga mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ramadan menjelma lagi. Bulan penuh barakah datang kembali. Allah masih memberi kesempatan kepada kita menumpang di bumiNya. Semoga kita bersedia untuk mengambil sepenuh menfaat dari bulan yang mulia ini. Lakukanlah apa sahaja untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat buat bekal untuk dibawa bertemu Allah. Tahun ini JIM sekali lagi menganjurkan projek Rayuan Ramadan. Semoga ia memberi peluang untuk kita bersedekah, satu amalan yang amat digalakkan dalam bulan ini. Saban tahun sumbangan kita telah meninggalkan tanda ingatan yang mengikat kasih sesama umat seagama. Kita memberi mereka merasa. Alangkah nikmatnya mendapat santapan pada waktu kita kesusahan, dan dari saudara jauh yang tidak pernah ditemui? Marilah kita mensyukuri rahmat dan pemberian Allah kepada kita dengan menyumbang kepada saudara-saudara kita yang diuji Allah dengan berbagai kesempitan. Agar usaha kita yang kecil ini membibitkan harapan dan dapat jua meringankan bebanan mereka. Kita juga mendapat habuan. Bahagianya dapat membantu. Harta yang kita beri itu akan kita temui di sisi Allah. Selamat berlumba-lumba mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Saudaraku, rebutlah peluang ini.

Ramadan Mubarak.

Hj Ibrahim Mohamad

Hj Zaid Kamaruddin

Pengarah Program Rayuan Ramadhan JIM 1430H

Presiden JIM

AMAL YANG BERTERUSAN SEJAK 1420H

Bagaimana Anda Boleh Membantu? SECARA INDIVIDU z

Memperuntukkan sumbangan Ramadhan dari seisi keluarga. Contohnya, RM100 setiap keluarga.

z

Menggalakkan anak-anak menabung dan membantu mereka yang lebih memerlukan.

z

Mengajak kaum keluarga yang terdekat untuk sama-sama menyumbang.

Sudan, Palestin, Mindanao, Selatan Thailand, Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia, Kemboja, Vietnam, Hidayah Centre & Raudhatus Sakinah 1430H

SECARA BERKELOMPOK

Sasaran 60,000

MASJID/SURAU z

Membantu mengadakan kempen bersama menjayakan projek ini.

z

Menyumbang sebahagian dari sumbangan Ramadhan anggota kariah kepada projek ini.

Kalimantan: “Semoga bantuan ini memberi manfaat dan dorongan untuk lebih kuat dalam menjalankan ajaran agama Islam terutama dari kami kaum du’afal muslim Kutai Barat. Terima kasih atas bantuan buka puasa bersama dari JIM”. Anis Yutiarso, Panitia Buka Bersama ASSALAM Mindanao: “Alhamdulillah, we are very happy to receive the iftar meals. We enjoyed the meals and we are really blessed for the trust of Jamaah Islah Malaysia (JIM) and Ittihadun Nisa’ Foundation (INFO). We pray in the near future that JIM will give us more aids not only in the terms of iftar meals. We also pray to Allah, that our condition will be normalized so that we can go back to home places and be back to school again”. Tayanbai Kadir, 4 years old, from Madrazat Norulhuda

PEJABAT/SEKOLAH/INSTITUSI z

Palestin, Mindanao, Kalimantan, Rohingya, Vitnam, Kemboja, Selatan Thai, Aceh, Sri Lanka, Sudan, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Iraq & Turkestan Timur

Menganjurkan penajaan secara berkelompok melalui kakitangan, persatuan-persatuan dan sebagainya.

Al-Islamie Evacuation Centre, North Cotabato.

Indonesia: “Alhamdulillah, ifthar yang dibuat oleh JIM adalah bentuk ukhwah yang sangat membahagiakan saya. Ini membuktikan bahawa saudara kami di Malaysia masih mengingat kami di Nagan Raya. Semoga Allah membalas amal kebaikan para penderma”. Tgk Adnan, Tokoh Agama Al Hamasah Nagan Raya

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------z

Tarikh tutup 19 Ramadhan 1430H / 9 Sep 2009

MAKLUMAT PENYUMBANG Nama/Syarikat/institusi: .................................................................................... Alamat: ............................................................................................................ ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ Tel. Rumah: ................................. Tel. Bimbit: ..................................

Tel. Pejabat: ............................................. E-Mel: .....................................................

Saya seperti nama dan alamat di atas ingin mewakilkan sumbangan saya kepada Sekretariat Rayuan Ramadhan 1429H JIM untuk perlaksanaan iftar Ramadhan 1429H kepada yang memerlukan: Program Iftar Ramadhan sebanyak Sedekah untuk fakir miskin sebanyak

*RM ................. sahaja *RM ................. sahaja * Termasuk kos pengurusan

................................................

BORANG SUMBANGAN IFTAR & SEDEKAH RAMADHAN 1430H

z

Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup dimasukkan sebagai sedekah

PILIHAN PEMBAYARAN Bersama ini disertakan tunai/kiriman wang/wang pos/ slip bank/cek no ........................ bernilai RM ............................ Sila tuntut bayaran dari kad kredit saya: Jenis Kad: VISA MASTERCARD No. Kad Tarikh Luput

No CVV (3 digit terakhir di belakang kad)

Untuk tujuan bank in**, sila masukkan ke akaun JIM:

Nama akaun “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” Bank Islam Malaysia Berhad, no akaun: 1211 3010 005797 Bank Muamalat Malaysia Berhad, no akaun: 1403 0000 391713 Penyertaan dan pembayaran juga boleh dibuat secara online melalui laman web: http://www.jim.org.my/e-bazaar/ Tandatangan: ......................... ** Sila sertakan slip bank in

Tarikh: .........................

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada: Sekretariat Rayuan Ramadhan 1430H, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Lot 300.2, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur Tel: 03-4108 9669 / 4105 3159 Faks: 03-4107 1754 • Emel: [email protected] • www. rayuan-ramadhan.jim.org.my

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Tarikh Terima Proses Hantar Resit

Related Documents

Rayuan Haji.docx
April 2020 16
Brosur
October 2019 70
Brosur
August 2019 68
Brosur
June 2020 30