Bohsia Suci

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bohsia Suci as PDF for free.

More details

  • Words: 822
  • Pages: 2
bohsia suci Hari panas terik. Suasana section dua mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya. Mana-mana student UiTM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka. "Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan. "Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black... tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi kepada mereka. Heh! Section 2... apalah yang nak dihairankan..? "Butuh la!!! Kau biarkan jantan-jantan suldal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, macam tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black! "Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku... aku nak buat macamana? Takkan aku nak gigit sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black..." Muka Katy dah mula berubah. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black. Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya. "Kasih-sayang.... Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Kau paham?!!" Black memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar. Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar. Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk. Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni... kejap lagi bebudak UiTM balik. Bisik hati Katy. Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sanggup membawanya kerumah demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black... selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau... dan akhirnya ini balasan kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk mencecah lantai bus stand. "Eh! cutenya kau... mari sini. Sini." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun

menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki . Cerita tentang kemuliaan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black! Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk kemas oleh Zaki. Seolah-olah perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini. "Ikut aku balik rumah, nak?" tanya Zaki. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy. Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang... "Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!" PERSOALANNYA... • Pernahkah anda melihat seekor kucing menyapu-nyapu mukanya ditepi jalan? • Pernahkah anda melihat seekor kucing menundukkan mukanya sehingga mencecah lantai? • Bohsiakah si Katy? • Power sangatkah si Black? • Sapa yang betul? Black, Katy, atau abang Rosli? • Siapakah yang cukup membenci insan bernama Zaki?

Related Documents

Bohsia Suci
December 2019 47
Kitab Suci
June 2020 28
Cinta Suci
October 2019 36
Nadia Vermoni Suci
May 2020 33
Indonesia Yang Suci Murni
November 2019 38