BML 1023 SEJARAH BANGSA DAN BAHASA MELAYU SOALAN 7 Bahasa Melayu Dalam Sejarah Perkembangannya Telah Mencapai Status Sebagai “Bahasa Persatuan”. Apakah Maksud Status Ini dan Bincangkan Fungsi dan Peranan Persatuan Yang Wujud Di Indonesia Dalam Membantu Memodenkan Bahasa Melayu.
Ahli Kumpulan :-
NORFAZILA BINTI JAMALUDDIN NECCO LIM NOR YUSNITA BINTI OMAR HAYATI BINTI MAT DAUD
[D20061025179] [D20061025180] [D20061025181] [D20061025183]
KUMPULAN A SEMESTER 02 SESI 2008 / 2009
TAJUK PEMBENTANGAN :1.0
PENGENALAN
2.0
SEJARAH BAHASA MELAYU BAHASA INDONESIA
3.0
MAKSUD STATUS BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN
4.0
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU/ INDONESIA
5.0
USAHA MEMARTABAT BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN INDONESIA
6.0
FUNGSI DAN PERANAN PERSATUAN DAN ANGKATAN DALAM MEMODENKAN BAHASA MELAYU 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7
Sumpah Pemuda Balai Pustaka Pusat Bahasa MABBIM Pujangga Baru Budi Utomo Sutan Takdir Alisjahbana
7.0
STATUS BAHASA MELAYU PADA MASA HADAPAN
8.0
PENUTUP
1.0
PENGENALAN
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Oleh itu, bahasa Melayu sering dianggap oleh para cendekiawan sebagai berasal dari Sumatera Selatan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan .
Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur Bahasa Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universitiuniversiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei.
2.0
SEJARAH BAHASA MELAYU / BAHASA INDONESIA
Bahasa Indonesia lahir pada tanggal 28 Oktober 1928, pada saat itu, para pemuda dari berbagai pelosok Nusantara berkumpul dalam Kerapatan Pemuda dan berikrar (1) bertumpah darah yang satu, tanah Indonesia, (2) berbangsa yang satu, bangsa Indonesia, dan (3) menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia. Ikrar para pemuda ini dikenali dengan nama Sumpah Pemuda. Unsur ketiga dari Sumpah Pemuda merupakan pernyataan tekad bahawa bahasa Indonesia merupakan bahasa persatuan bangsa Indonesia. Pada tahun 1928 itulah bahasa Indonesia dikukuhkan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Indonesia dinyatakan kedudukannya sebagai bahasa negara pada tanggal 18 Ogos 1945 kerana pada saat itu Undang-Undang Dasar 1945 disahkan sebagai Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia. Dalam Undang-Undang Dasar 1945 disebutkan bahwa Bahasa negara ialah bahasa Indonesia (Bab XV, Pasal 36).
Keputusan Kongres Bahasa Indonesia II tahun 1954 di Medan, antara lain, menyatakan bahawa bahasa Indonesia berasal dari bahasa Melayu. Bahasa Indonesia tumbuh dan berkembang dari bahasa Melayu yang sejak zaman dulu sudah digunakan sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) bukan hanya di Kepulauan Nusantara, bahkan juga hampir di seluruh Asia Tenggara. Bahasa Melayu mula dipakai di kawasan Asia Tenggara sejak abad ke-7. Bukti yang menyatakan itu ialah dengan pertemuan prasasti (batu bersurat) di Kedukan Bukit pada tahun 683 M (Palembang), Talang Tuwo pada tahun 684 M (Palembang), Kota Kapur pada tahun 686 M (Bangka Barat), dan Karang Brahi pada tahun 688 M (Jambi). Prasasti itu bertuliskan huruf Pranagari berbahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Kuno itu bukan hanya dipakai pada zaman Sriwijaya kerana di Jawa Tengah (Gandasuli) juga terdapat prasasti pada tahun 832 M dan di Bogor ditemui juga prasasti pada tahun 942 M yang juga menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Pada zaman Sriwijaya, bahasa Melayu dipakai sebagai bahasa kebudayaan, iaitu bahasa buku pelajaran agama Buddha. Bahasa Melayu juga dipakai sebagai bahasa perhubungan antara suku di nusantara dan sebagai bahasa perdagangan, baik sebagai bahasa antarasuku di nusantara mahupun sebagai bahasa yang digunakan terhadap para pedagang yang datang dari luar nusantara . Menurut seorang ahli sejarah Cina, I-Tsing, yang belajar agama Budha di Sriwijaya, antara lain, menyatakan bahawa di Sriwijaya ada bahasa yang bernama Koen-louen (I-Tsing:63,159), Kou-luen (I-Tsing:183), K’ouen-louen (Ferrand, 1919), Kw’enlun (Alisjahbana, 1971:1089). Kun’lun (Parnikel, 1977:91), K’un-lun (Prentice, 1078:19), yang ada kaitan dengan Sanskrit. Maksud Koen-luen adalah bahasa perhubungan (lingua franca) di Kepulauan Nusantara, iaitu bahasa Melayu sendiri. Perkembangan dan pertumbuhan bahasa Melayu tampak makin jelas dari peninggalan kerajaan Islam, baik yang berupa batu bertulis, seperti tulisan pada batu nisan di Minye Tujoh, Aceh, pada tahun 1380 M, mahupun hasil kesusasteraan (abad ke-16 dan ke-17), seperti Syair Hamzah Fansuri, Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Tajussalatin, dan Bustanussalatin.Bahasa Melayu tersebar ke pelosok Nusantara bersamaan dengan tersebarnya agama Islam di wilayah Nusantara.
Bahasa Melayu mudah diterima oleh masyarakat nusantara sebagai bahasa perhubungan antara pulau, antara suku, antara pedagang, antarabangsa, dan antara kerajaan kerana bahasa Melayu tidak mengenal tingkat tutur tatabahasa. Bahasa Melayu dipakai di mana-mana di wilayah nusantara serta makin berkembang dan bertambah kukuh kedudukannya. Bahasa Melayu yang dipakai di daerah di wilayah nusantara dalam pertumbuhannya di pengaruhi oleh corak budaya daerah. Bahasa Melayu menyerap kosa kata dari berbagai bahasa, terutama dari bahasa Sanskrit bahasa Parsi, bahasa Arab, dan bahasa-bahasa Inggeris. Bahasa Melayu pun dalam perkembangannya muncul dalam berbagai variasi dan dialek. Perkembangan bahasa Melayu di wilayah nusantara mempengaruhi dan mendorong tumbuhnya rasa persaudaraan dan persatuan bangsa Indonesia. Komunikasi antara persatuan yang bangkit pada masa itu menggunakan bahasa Melayu.
Para pemuda Indonesia yang bergabung dalam kumpulan pergerakan secara sedar mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia, yang menjadi bahasa persatuan untuk seluruh bangsa Indonesia (Sumpah Pemuda, 28 Oktober 1928).Kebangkitan kebangsaan telah mendorong perkembangan bahasa Indonesia dengan pesat sekali. Peranan kegiatan politik, perdagangan, surat khabar, dan majalah sangat besar dalam memodenkan bahasa Indonesia. Proklamasi kemerdekaan Republik Indonesia, 17 Ogos 1945, telah mengukuhkan kedudukan dan fungsi bahasa Indonesia secara konstitusional sebagai bahasa negara. Kini bahasa Indonesia dipakai oleh pelbagai lapisan masyarakat Indonesia, baik di tingkat atasan mahupun peringkat bawah.
3.0
MAKSUD STATUS BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN
Awal penciptaan Bahasa Indonesia sebagai jati diri bangsa atau bahasa persatuan bermula dari Sumpah Pemuda pada tanggal 28 Oktober 1928. Di situ, pada Kongres Nasional kedua di Jakarta, dicanangkanlah penggunaan Bahasa Indonesia sebagai bahasa untuk negara Indonesia pascakemerdekaan. Status bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan adalah lebih di lihat melalui perjuangan persatuan-persatuan yang begitu giat memartabatkan bahasa Indonesia iaitu bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaaan. Munculnya bahasa persatuan melalui sejarah dari bahasa Indonesia yang telah memperlihatkan ciri-cirinya sebagai alat komunikasi yang mutlak diperlukan bangsa Indonesia.
Fungsi dari bahasa Indonesia bagi bangsa Indonesia adalah sebagai penyatuan suku-suku bangsa di republik Indonesia yang beraneka ragam. Setiap suku bangsa yang begitu menjunjung nilai adat dan bahasa daerahnya masing-masing disatukan dan disamakan darjatnya dalam sebuah bahasa persatuan iaitu bahasa Indonesia, dan memandang akan pentingnya persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia, maka setiap suku bangsa di Indonesia bersedia menerima bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, fungsi dari bahasa Indonesia adalah sebagai bahasa ibunda yang dapat digunakan sebagai alat komunikasi bagi mereka yang tidak boleh berbahasa daerah (bahasa dialek). Seiring perkembangan zaman, sebahagian besar warganegara Indonesia melakukan transmigrasi atau perpindahan dari daerah dia berasal ke daerah lain di Indonesia, sehingga di sinilah berlakunya peranan dan fungsi bahasa Indonesia sebagai alat komunikasi antara suku bangsa yang berbeza, agar mereka tetap dapat saling berinteraksi antara satu sama lain.
Kedudukan bahasa Indonesia di negara Republik Indonesia selain sebagai bahasa persatuan juga dikenali sebagai bahasa negara atau bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa budaya. Bahasa Indonesia sebagai bahasa negara atau bahasa kebangsaan maksudnya bahasa Indonesia itu adalah bahasa yang sudah dirasmikan menjadi bahasa bagi seluruh bangsa Indonesia. Sedangkan bahasa Indonesia sebagai budaya maksudnya, bahasa Indonesia itu merupakan sebahagian dari budaya Indonesia dan merupakan ciri khas atau pembeza dari bangsa-bangsa yang lain. Menjunjung bahasa persatuan iaitu bahasa Indonesia, bererti menempatkan bahasa Indonesia di atas bahasabahasa lain. Dalam hal ini, bangsa Indonesia dapat meniru Jepun, Korea Selatan, dan China. Ketiga-tiga buah negara itu mempunyai kebanggaan atas bahasanya sendiri.
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa persatuan atas beberapa pertimbangan sebagai berikut, jika bahasa Jawa digunakan, suku-suku bangsa atau puak lain di Indonesia akan merasa dijajah oleh suku Jawa yang merupakan puak (golongan) majoriti di republik Indonesia. Bahasa Jawa jauh lebih sukar dipelajari dibandingkan dengan bahasa Melayu yang ada tingkatan bahasa halus, biasa, dan kasar yang dipergunakan untuk orang yang berbeza dari segi usia, darjat, ataupun pangkat. Bila pengguna kurang memahami budaya Jawa, ia dapat menimbulkan kesan negatif yang lebih besar. Bahasa Melayu yang dipilih, dan bukan Bahasa Melayu Pontianak, atau Banjarmasin, atau Samarinda, atau Maluku, atau Jakarta (Betawi), ataupun Kutai, dengan pertimbangan pertama suku Melayu berasal dari Riau, Sultan Melaka yang terakhir pun lari ke Riau selepas Melaka direbut oleh Portugis.
Ianya juga sebagai lingua franca, bahasa Melayu Riau yang paling sedikit terkena pengaruh misalnya dari bahasa Tionghoa Hokkien, Tio Ciu, Ke, ataupun dari bahasa lainnya. Pengguna bahasa Melayu bukan hanya terbatas di Indonesia. Pada tahun 1945, pengguna bahasa Melayu selain Indonesia masih dijajah Inggeris. Malaysia, Brunei, dan Singapura masih dijajah Inggeris. Pada saat itu, dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa persatuan, diharapkan di negaranegara kawasan seperti Malaysia, Brunei, dan Singapura boleh menumbuhkan semangat patriotik dan nasionalisme negara-negara jiran di Asia Tenggara.
4.0
PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU / BAHASA INDONESIA
Bahasa Melayu mempunyai perkembangan tersendiri lewat melalui sejarah bahasa Indonesia.Pada tahun 1901 disusun ejaan rasmi bahasa Melayu oleh Ch. A. van Ophuijsen dan dimuatkan dalam Kitab Logat Melayu. Pada tahun 1908 Pemerintah mendirikan sebuah badan penerbit buku-buku bacaan yang diberi nama Commissie voor de Volkslectuur (Taman Bacaan Rakyat), yang kemudian pada tahun 1917 ia diubah menjadi Balai Pustaka. Balai itu menerbitkan buku-buku novel seperti Siti Nurbaya dan Salah Asuhan, buku-buku panduan bercucuk tanam, panduan memelihara kesihatan, yang banyak membantu penyebaran bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat luas. Tanggal 28 Oktober 1928 merupakan saat-saat yang paling menentukan dalam perkembangan bahasa Indonesia kerana pada tanggal itulah para pemuda menjadi tonggak yang kukuh dalam perjalanan bahasa Indonesia melalui Sumpah Pemuda.
Pada tahun 1933 secara rasmi berdirilah sebuah angkatan sastrawan muda yang menamakan dirinya sebagai Pujangga Baru yang dipimpin oleh Sutan Takdir Alisyahbana dan kawan-kawan. Pada tanggal 25 hingga 28 Jun 1938 berlangsungnya Kongres Bahasa Indonesia I di Solo. Dari hasil kongres itu dapat disimpulkan bahawa usaha pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia telah dilakukan secara penuh kesedaran oleh cendekiawan dan budayawan Indonesia pada waktu itu. Pada tanggal 18 Ogos 1945 ditandatangani UndangUndang Dasar RI 1945, yang salah satu fasalnya (fasal 36) menetapkan bahasa Indonesia sebagai bahasa negara. Pada tanggal 19 Mac 1947 pula dirasmikan penggunaan Ejaan Republik (Ejaan Soewandi) sebagai pengganti Ejaan van Ophuijsen yang berlaku sebelumnya.
Kongres Bahasa Indonesia II di Medan pada tanggal 28 Oktober hingga 2 November 1954 juga salah satu kewujudan tekad bangsa Indonesia untuk terus menerus menyempurnakan bahasa Indonesia yang di angkat sebagai bahasa kebangsaan dan ditetapkan sebagai bahasa negara. Pada tanggal 16 Ogos 1972. H. M. Soeharto, Presiden Republik Indonesia, merasmikan penggunaan Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan (EYD) melalui pidato kenegaraan di hadapan sidang DPR (Dewan Perwakilan Rakyat) yang dikuatkan pula dengan Keputusan Presiden No. 57, tahun 1972. Pada tanggal 31 Ogos 1972 Menteri Pendidikan dan Kebudayaan menetapkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia Yang Disempurnakan dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah rasmi berlaku di seluruh wilayah Indonesia (Wawasan Nusantara). Kongres Bahasa Indonesia III yang diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 28 Oktober hingga 2 November 1978 merupakan peristiwa penting bagi kehidupan bahasa Indonesia .
Kongres yang diadakan dalam rangka memperingati Sumpah Pemuda yang ke-50 ini selain memperlihatkan kemajuan, pertumbuhan, dan perkembangan bahasa Indonesia sejak tahun 1928, juga berusaha memantapkan kedudukan dan fungsi bahasa Indonesia.Kongres bahasa Indonesia IV diselenggarakan di Jakarta pada tanggal 21 hingga 26 November 1983. Ia diselenggarakan dalam rangka memperingati hari Sumpah Pemuda yang ke-55. Dalam perutusannya disebutkan bahawa pembinaan dan pengembangan bahasa Indonesia harus lebih ditingkatkan sehingga amanat yang tercantum di dalam Garis-Garis Besar Haluan Negara, yang mewajibkan kepada semua warga negara Indonesia untuk menggunakan bahasa Indonesia dengan baik dan benar, dapat tercapai semaksimal mungkin. Kongres bahasa Indonesia V di Jakarta pada tanggal 28 Oktober hingga 3 November 1988. Ia dihadiri oleh kira-kira tujuh ratus pakar bahasa Indonesia dari seluruh Nusantara (sebutan bagi negara Indonesia) dan peserta tetamu dari negara sahabat seperti Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Belanda, Jerman, dan Australia.
Kongres itu ditandatangani dengan dipersembahkan dalam karya besar Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa kepada pencinta bahasa di Nusantara, iaitu Kamus Besar Bahasa Indonesia dan Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia.Kongres Bahasa Indonesia VI di Jakarta pada tanggal 28 Oktober hingga 2 November 1993. Pesertanya sebanyak 770 pakar bahasa dari Indonesia dan 53 peserta tetamu dari negara asing meliputi Australia, Brunei Darussalam, Jerman, Hong kong, India, Itali, Jepun, Rusia, Singapura, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat. Kongres mengusulkan agar Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa ditingkatkan statusnya menjadi Lembaga Bahasa Indonesia, serta mengusulkan susunan Undang-Undang Bahasa Indonesia.
Kongres Bahasa Indonesia VII diselenggarakan di Hotel Indonesia, Jakarta pada tanggal 26 hingga 30 Oktober 1998. Kongres itu mengusulkan dibentuknya Badan Pertimbangan Bahasa dengan ketentuan sebagai berikut: Keanggotaannya terdiri dari tokoh masyarakat dan pakar yang mempunyai kepedulian terhadap bahasa dan sastera. Tugasnya memberikan nasihat kepada Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa serta mengupayakan peningkatan status kelembagaan Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.
5.0
USAHA MEMARTABAT BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERSATUAN DI INDONESIA
Selama ini usaha untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan sudah banyak dilakukan.Hal ini dapat dilihat mulai dari pembaikan badan perencanaan bahasa yang ada di Indonesia, bahkan badan tersebut bekerjasama dengan badan perencanaan di Malaysia dan Brunei, kerana negara tersebut menggunakan bahasa Melayu dalam melakukan pelbagai penelitian dan melakukan perencanaan internasional. Namun usaha tersebut masih dalam tahap struktural dan politik. Kesedaran dari pemerintah, media, dan masyarakat terhadap konsep bahasa persatuan masih rendah. Usaha para budayawan dan ahli bahasa Indonesia belum di sokong penuh oleh kebijakan strategik dari pemerintah. Ditambah lagi peranan media yang semakin luas dan tidak diimbangi oleh usaha sosialisasi bahasa Indonesia yang baik dan benar yang membuat masyarakat kini lebih merespon stimulasi dari bahasa asing serta semakin jauh dari kaedah berbahasa yang sebenar.
Dinamika antara potensi dan tentangan atau realiti yang dialami bahasa Indonesia saat ini merupakan suatu data yang dapat dijadikan sumber prediksi bagi eksistensi bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan pada masa depan. Dalam konteks bahasa Melayu, Collins menyatakan bahawa peranan bahasa Melayu akan semakin berkembang, baik di kawasan Asia Tenggara mahupun di belahan bumi yang lain. Di luar Asia Tenggara bahasa Melayu dipelajari di negara Eropah dan negara di Amerika. Jumlah penutur bahasa Melayu dalam waktu dekat ini akan terus meningkat. Hal ini akan meningkatkan prestise (pengaruh / martabat) dalam kalangan para penuturnya yang kemudian akan mempengaruhi sikapnya untuk lebih positif terhadap bahasa Melayu. Terlebih menurut prediksi daripada Collins, pengaruh bahasa Inggeris belum begitu jelas di Asia Tenggara pada masa depan.
Pengaruh secara global bahasa Melayu tersebut tentunya akan juga berpengaruh di Indonesia meskipun akan memerlukan proses yang sangat lama. Pengaruh tersebut berkaitan juga tingkat kesedaran pemerintah, media, dan masyarakat Indonesia tentang pentingnya bahasa Indonesia sebagai sebuah penyatuan. Kesedaran ini tidak hanya pada bahagian luar pemahaman saja, namun selayaknya menjadi penghayatan dan pengidentifikasian seluruh masyarakat sebagai satu bangsa.
6.0
6.1
FUNGSI DAN PERANAN PERSATUAN SERTA ANGKATAN DALAM MEMODENKAN BAHASA MELAYU
Sumpah Pemuda
Tanggal 28 Oktober 1928, merupakan hari bersejarah bagi bangsa Indonesia, khususnya para pemuda-pemudi Indonesia, pada hari itulah Sumpah Pemuda berkumandang.Lahirnya Sumpah Pemuda pada 28 Oktober 1928 dari kongres kedua merupakan suatu karya gemilang hasil perjuangan pemuda yang mampu memberikan kesedaran bagi bangsa Indonesia akan pentingnya persatuan dan kesatuan bangsa dalam mewujudkan kemerdekaannya. Inti dari Sumpah Pemuda adalah pernyataan secara tegas putera-puteri Indonesia sebagai satu kesatuan tanah air dan bangsa iaitu bangsa Indonesia yang menjunjung tinggi bahasa persatuannya iaitu bahasa Indonesia. Gagasan penyelenggaraan Kongres Pemuda Kedua berasal dari Perhimpunan Pelajar Pelajar Indonesia (PPPI), sebuah organisasi pemuda yang anggotanya terdiri daripada pelajar dari seluruh indonesia.
Atas inisiatif PPPI, kongres dilaksanakan di tiga tempat yang berbeza dan dibahagikan dalam tiga kali perjumpaan. Perjumpaan pertama, Sabtu, 27 Oktober 1928, di Gedung Katholieke Jongenlingen Bond (KJB), Lapangan Banteng. Dalam sambutannya, Soegondo berharap kongres ini dapat memperkuat semangat persatuan dalam sanubari para pemuda. Acara dilanjutkan dengan huraian Moehammad Jamin tentang erti dan hubungan persatuan dengan pemuda. Menurutnya, ada lima faktor yang boleh memperkuat persatuan Indonesia iaitu sejarah, bahasa, hukum adat, pendidikan, dan kemahuan Perjumpaan kedua, Pada 28 Oktober 1928, di Gedung OostJava Bioscoop, membahaskan masalah pendidikan. Kedua-dua penceramah, Poernomowoelan dan Sarmidi Mangoensarkoro, sependapat bahawa pemuda / pemudi harus mendapat pendidikan kebangsaan, perlu mempunyai keseimbangan antara pendidikan di sekolah dan di rumah. Anak-anak juga harus dididik secara demokratik.
Perkembangan bahasa Melayu di wilayah Nusantara mempengaruhi dan mendorong tumbuhnya rasa persaudaraan dan persatuan bangsa Indonesia. Komunikasi antara kumpulan yang bangkit pada masa itu menggunakan bahasa Melayu. Para pemuda Indonesia yang bergabung dalam perkumpulan pergerakan secara sedar mengangkat bahasa Melayu menjadi bahasa Indonesia, yang menjadi bahasa persatuan untuk seluruh bangsa Indonesia (Sumpah Pemuda, 28 Oktober 1928).
Sumpah Pemuda merupakan sumpah setia hasil rumusan Kerapatan Pemuda-Pemudi Indonesia atau dikenali dengan Kongres Pemuda II, dibacakan pada 28 Oktober 1928. Tanggal ini kemudian diperingati sebagai "Hari Sumpah Pemuda".
6.2
Balai Pustaka
Balai Pustaka (Ejaan Van Ophuijsen Balai Poestaka, bahasa Jawa ejaan lama Balé Poestaka) adalah sebuah perusahaan penerbitan Indonesia. Balai Pustaka didirikan dengan nama Commissie voor de Volkslectuur (bahasa Belanda "Komisi untuk Bacaan Rakyat") oleh pemerintah Hindia-Belanda pada tanggal 14 September 1908. Commissie voor de Volkslectuur kemudian berubah menjadi "Balai Pustaka" pada 22 September 1917. Balai Pustaka menerbitkan sekitar 350 judul buku per tahun yang meliputi kamus, referensi, buku keterampilan, sastra, sosial, politik, agama, ekonomi, dan penyuluhan. Tujuan didirikannya Balai Pustaka ialah untuk mengembangkan bahasa-bahasa daerah utama di Hindia-Belanda. Bahasa-bahasa ini adalah Bahasa Jawa, Bahasa Sunda, Bahasa Melayu, dan Bahasa Madura selain untuk membendung buku-buku terbitan swasta, membentuk perpustakaan rakyat dan menjadi alat bagi menyebarkan fahaman penjajahan.
Ada visi alternatif yang menyebutkan bahawa pendiriannya kala itu kononnya untuk mengantisipasi tingginya gejolak perjuangan bangsa Indonesia yang hanya boleh disalurkan lewat karya-karya tulisan. Pelbagai tulisan masyarakat anti-Belanda muncul di daerah yang berskala kecil, sehingga perusahaan penerbitan ini lalu didirikan dengan tujuan utama untuk meredam dan mengalihkan gejolak perjuangan bangsa Indonesia lewat media tulisan dan menyalurkannya secara lebih manusiawi sehingga tidak bertentangan dengan kepentingan Belanda di Indonesia. Tujuan lain yang dilakukan oleh Komisi Bacaan Rakyat (KBR) iaitu menerjemahkan atau menyadur hasil sastera Eropah hal ini juga bertujuan agar rakyat Indonesia buta terhadap informasi yang berkembang di negaranya sendiri.
Langkah maju yang dilakukan KBR, yang telah berhasil sebagai pencetak, penerbit, dan penjual majalah, adalah mengubah KBR menjadi Yayasan Rasmi Balai Pustaka pada tahun 1917 . Salah satu novel dalam bahasa Melayu terbitan Balai Pustaka pada waktu itu berjudul Siti Nurbaya karangan Marah Rosli, seorang penulis dari Minangkabau dan Salah Asuhan oleh Abdul Muis. Pada masa pendudukan Jepun (1942-1945) Balai Pustaka tetap berfungsi namun menggunakan nama lain, iaitu Gunseikanbu Kokumin Tosyokyoku ( 軍政監 部国民図書局 ?). Nama ini ertinya "Biro Pustaka Rakyat, Pemerintah Militer Jepang (Jepun) " dan merupakan terjemahan dari nama Belanda Commissie voor de Volkslectuur.
Logo Balai Pustaka
Pemandangan Balai Pustaka Pada Waktu Malam
6.3
Pusat Bahasa
Pusat Bahasa adalah sebuah badan yang dibentuk untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Indonesia di Indonesia. Pusat Bahasa terawal dengan terbentuknya Instituut voor Taal en Cultuur Onderzoek (ITCO) yang merupakan bahagian dari Universiti Indonesia pada tahun 1947 dan dipimpin oleh Prof. Dr. Gerrit Jan Held. Sementara itu, pada Mac 1948 pemerintah Republik Indonesia membentuk lembaga bernama Balai Bahasa di bawah Jawatan Kebudayaan, Kementerian Pendidikan, Pengajaran, dan Kebudayaan. Pada tahun 1952, Balai Bahasa dimasukkan ke lingkungan Fakultas Sastra Universitas Indonesia dan digabung dengan ITCO menjadi Lembaga Bahasa dan Budaya. Selanjutnya, mulai 1 Jun 1959 lembaga ini diubah menjadi Lembaga Bahasa dan Kesusasteraan, dan menjadi bahagian Jabatan Pendidikan, Pengajaran, dan Kebudayaan.
Pada tanggal 3 November 1966 lembaga ini diganti nama menjadi Direktorat Bahasa dan Kesusastraan yang berada di bawah Direktorat Jenderal Kebudayaan, Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan. Sejak 27 Mei 1969 lembaga itu kembali berubah nama menjadi Lembaga Bahasa Nasional dan secara struktural berada di bawah Direktorat Jenderal Kebudayaan. Pada 1 April 1975 Lembaga Bahasa Nasional berganti nama menjadi Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. Lembaga yang kerap disingkat dengan nama Pusat Bahasa ini, secara berturut-turut dipimpin oleh Prof. Dr. Amran Halim, Prof. Dr. Anton M. Moeliono, Drs. Lukman Ali, Dr. Hasan Alwi, dan Dr. Dendy Sugono.Kemudian berdasarkan Kongres tahun 2000, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa berubah nama menjadi Pusat Bahasa. Lembaga ini berada di bawah naungan Sekretariat Jenderal Departemen Pendidikan Nasional.
Pusat Bahasa yang terletak di Bandung, Indonesia
6.4
MABBIM
MABBIM (singkatan untuk "Majlis Bahasa Brunei-IndonesiaMalaysia") merupakan sebuah badan kebahasaan serantau yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini. Majlis ini dianggotai oleh tiga negara, iaitu Brunei, Indonesia, dan Malaysia. MABBIM merupakan waris kepada "Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia" (MBIM) yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia dan Mashuri Saleh S.H., Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei menganggotai Majlis ini pada 4 November 1985 iaitu pada persidangan yang ke-24. Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.
Dalam seminar Majlis Bahasa Malaysia, Brunei, dan Indonesia (Mabbim)-Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) yang berlangsung April 2008 di Jakarta, ketiga negara penutur bahasa Indonesia/Melayu, sepakat menjadikan bahasa Indonesia/Melayu sebagai bahasa dunia. Ketiga negara itu berobsesi meningkatkan martabat bahasa Indonesia/Melayu sebagai bahasa pergaulan internasional dengan lebih banyak menyerap kosa kata ilmu pengetahuan dan teknologi yang baru. Sekiranya Malaysia dan Brunei saja peduli pada bahasa Indonesia/Melayu, maka bangsa Indonesia sebagai penutur terbesar bahasa itu, seharusnya lebih menjunjung tinggi bahasa persatuan tersebut. Peringatan 80 Tahun Sumpah Pemuda dan Kongres IX Bahasa Indonesia hendaknya menjadi penggerak untuk merefleksikan perjuangan menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan yang harus dijunjung tinggi dengan cara berbahasa Indonesia yang baik dan benar. Sempena 35 tahun penubuhan MABBIM diadakan Seminar Bahasa dan Sastera MabbimMastera
Seminar yang bertema Memartabatkan Bahasa dan Sastera Nasional Dalam Upaya Meningkatkan Ketahanan Budaya Serumpun dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Indonesia, Prof. Dr. Bambang Sudibyo. Antara lain seminar tersebut bertujuan Meningkatkan peranan bahasa dan sastera Indonesia/Melayu dalam memantapkan jati diri bangsa. Ia juga bertujuan memartabatkan bahasa dan sastera Indonesia/Melayu dalam memantapkan ketahanan budaya serumpun khususnya di negara-negara yang menggunakan bahasa tersebut. Sebanyak 15 kertas kertas kerja mengenai bahasa dan sastera serantau dibentangkan oleh wakil dari Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura. Ucaptama disampaikan oleh Ketua Pusat Bahasa Indonesia, Dr. Dendy Sugono.
Isu utama yang diangkat dalam seminar tersebut ialah tentang keutamaan bahasa Melayu dalam kegiatan harian, ‘ancaman’ bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa rojak dalam majlis rasmi, media elektronik dan di tempat umum. Mereka melihat munculnya krisis bahasa Melayu di nusantara hari ini banyak berkaitan dengan perubahan perilaku masyarakat yang disebabkan oleh faktor komunikasi global, sosiobudaya dan ekonomi. Dendy Sugono dalam ucaptamanya menekankan supaya kekuatan bahasa Indonesia/Melayu serumpun terus diperkasakan, bukan sekadar di dalam ruang lingkup dunia sastera dan bahasa semata-mata. Bidang-bidang lain juga memerlukan anjakan dalam penggunaan bahasa Melayu / Indonesia sebagai bahasa utama sama ada dalam bentuk pengajaran, penulisan serta membudayakan keselesaan menggunakan bahasa tersebut.
Logo MABBIM
6.5
Pujangga Baru
Dalam rentang waktu abad XX, mesti diakui, tidak ada satu pun majalah yang peranan dan pengaruhnya begitu monumental, sebagaimana yang telah diperlihatkan Pujangga Baru. Bahkan lewat majalah itu pula perdebatan pemikiran mengenai kebudayaan Indonesia berkembang melampaui zamannya. Demikianlah, bagaimanapun juga, dalam masalahmasalah kebudayaan dan pemikiran, Pujangga Baru tetap menempati kedudukan yang khas. Dalam hal inilah peranan Sutan Takdir Alisjahbana tidak dapat diabaikan. Begitu pentingnya peranan yang telah dimainkan tokoh ini, sehingga membicarakan Pujangga Baru, khususnya tentang polemik kebudayaannya, hampir tidak mungkin tanpa melibatkan nama itu dan sememangnya beliau merupakan tokoh kuncinya.
Sejumlah artikel yang terdapat di dalamnya juga mencerminkan misi tersebut. Artikel Alisjahbana, “Menuju Seni Baru” atau Armijn Pane, “Kesusasteraan Baru” memperlihatkan, betapa bersemangatnya para pengelola majalah itu mengangkat sastra Indonesia agar terlepas dari bentuk sastra tradisional. Kata pujangga sendiri dijelaskan Armijn Pane dalam artikelnya yang dimuat Suara Umum, 3 Mei 1933: “Kami tidak menyebut diri kami penyair, tapi pujangga. Juga bukan bujangga. Kami tidak menyebut hasil jiwa kami syair dan pantun, tapi sajak dan puisi.” Dalam setahun penerbitannya, Pujangga Baru nampak masih menekankan pada soal-soal kesusasteraan. Dalam masa belum genap satu dasawarsa (dekad) itu (Julai 1933–Februari 1942), Pujangga Baru sesungguhnya telah berhasil mengangkat isu kebudayaan persatuan Indonesia sebagai isu yang mewakili nasionalisme kebudayaan.
Dari sikap konsisten Pujangga Baru, khususnya Alisjahbana, pemahaman mengenai Indonesia baru yang hendak menatap masa depannya dan masa prandonesia yang berlumut, pucat dan letih, menjadi bahan yang justeru harus difikirkan bersama. Konsep kebudayaan dan identiti Indonesia, mengemukakan dan bergeser menjadi sebuah pemikiran mengenai nasionalisme kebudayaan. Inilah penghormatan penting Pujangga Baru yang ternyata berpengaruh kuat pada sikap, pemikiran, dan orientasi budaya generasi berikutnya. Satu hal yang patut direnungkan adalah gagasan Alisjahbana mengenai “keberadaan persatuan Indonesia.” Bahawa ia telah memikirkan tentang kebudayaan persatuan Indonesia lebih dari setengah abad yang lalu, tentulah masalahnya menyangkut nasib masa depan bangsa ini.
Contoh Majalah terbitan Pujangga Baru.
6.6
Budi Utomo
Budi Utomo (ejaan Soewandi: Boedi Oetomo)adalah organisasi pemuda yang didirikan oleh Dr. Sutomo pada tanggal 20 Mei 1908. Berdirinya Budi Utomo menjadi awal gerakan yang bertujuan mencapai kemerdekaan Indonesia.Mereka memikirkan nasib bangsa yang sangat buruk dan selalu dianggap bodoh dan tidak bermartabat oleh bangsa lain (Belanda), serta bagaimana cara memperbaiki keadaan yang amat buruk dan tidak adil itu. Para pejabat pangreh praja (sekarang pamong praja) kebanyakan hanya memikirkan kepentingan sendiri dan jabatan. Dalam praktik mereka pun tampak menindas rakyat dan bangsa sendiri, misalnya dengan menarik pajak sebanyak-banyaknya untuk menyenangkan hati atasan dan para penguasa Belanda.
Para pemuda mahasiswa itu juga menyedari bahawa orang-orang lain mendirikan perkumpulan hanya untuk golongan sendiri dan tidak mahu mengajak, bahkan tidak menerima, orang Jawa sesama penduduk Pulau Jawa untuk menjadi anggota perkumpulan yang eksklusif, seperti Tiong Hoa Hwee Koan untuk orang Tionghoa dan Indische Bond untuk orang Indo-Belanda. Pemerintah Hindia Belanda jelas juga tidak boleh diharapkan mahu menolong dan memperbaiki nasib rakyat kecil kaum pribumi, bahkan sebaliknya, merekalah yang selama ini sengsarakan kaum pribumi dengan mengeluarkan peraturanperaturan yang sangat merugikan rakyat bawahan. Para pemuda itu akhirnya membuat kesimpulan bahawa merekalah yang harus mengambil inisiatif menolong rakyatnya sendiri. Pada waktu itulah muncul gagasan Soetomo untuk mendirikan sebuah perkumpulan yang akan menyatukan semua orang Jawa, Sunda, dan Madura yang diharapkan boleh dan bersedia memikirkan serta memperbaiki nasib bangsanya. Kumpulan ini tidak bersifat eksklusif tetapi terbuka untuk siapa saja tanpa melihat kedudukan, kekayaan, atau pendidikannya.
Pada hari Minggu, 20 Mei 1908, pada pukul sembilan pagi, bertempat di salah satu ruang belajar STOVIA, Soetomo menjelaskan gagasannya. Dia menyatakan bahawa hari depan bangsa dan Tanah Air ada di tangan mereka. Maka lahirlah Boedi Oetomo. Namun, para pemuda juga menyadari bahawa tugas mereka sebagai mahasiswa masih banyak, di samping harus berorganisasi. Oleh kerana itu, mereka berpendapat bahwa "kaum tua" lah yang harus memimpin Budi Utomo, sedangkan para pemuda sendiri akan menjadi motor yang akan menggerakkan organisasi itu.
Pengasas Budi Utomo, Dr. Sutomo (30 Julai 1888 - 30 Mei 1938),
Kongres Persidangan Budi Utomo Yang Pertama
6.7
Sutan Takdir Alisjahbana
Sutan Takdir Alisjahbana (STA), (lahir di Natal, Sumatera Utara, 11 Februari 1908 – wafat di Jakarta, 17 Julai 1994 pada umur 86 tahun), adalah sasterawan Indonesia. Menamatkan HKS di Bandung (1928), meraih Mr. dari Sekolah Tinggi di Jakarta (1942), dan menerima Dr. Honoris Causa dari UI (1979) dan Universiti Sains, Penang, Malaysia (1987).Diberi nama Takdir karena jari tangannya hanya ada 4. Pernah menjadi redaksi Panji Pustaka dan Balai Pustaka (1930-1933), kemudian mendirikan dan memimpin majalah Pujangga Baru (1933-1942 dan 1948-1953), Pembina Bahasa Indonesia (1947-1952), dan Konfrontasi (1954-1962).
Dalam kedudukannya sebagai penulis ahli dan kemudian ketua Komisi Bahasa selama pendudukan Jepun,Takdir melakukan modernisasi bahasa Indonesia sehingga dapat menjadi bahasa nasional yang menjadi penyatuan bangsa. Ia yang pertama kali menulis Tatabahasa Baru Bahasa Indonesia (1936) dipandang dari segi Indonesia, buku yang masih dipakai sampai sekarang,serta Kamus Istilah yang berisi istilahistilah baru yang diperlukan oleh negara baru yang ingin mengejar modernisasi dalam pelbagai bidang. Sebelum kemerdekaan, Takdir adalah pencetus Kongres Bahasa Indonesia pertama di Solo. Pada tahun 1970 Takdir menjadi Ketua Gerakan Pembina Bahasa Indonesia dan inisiator Konferensi Pertama Bahasa- Bahasa Asia tentang "The Modernization of The Languages in Asia (29 September-1 Oktober 1967)
Sampai akhirnya hayatnya, beliau belum mewujudkan cita-cita terbesarnya, menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kawasan di Asia Tenggara. Beliau kecewa, bahasa Indonesia semakin surut perkembangannya. Padahal, bahasa itu pernah menggetarkan dunia linguistik saat dijadikan bahasa persatuan untuk penduduk di 13.000 pulau di Nusantara.Beliau juga kecewa, bangsa Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, sebahagian Filipina, dan Indonesia yang menjadi penutur bahasa melayu gagal mengantarkan bahasa itu kembali menjadi bahasa pengantara kawasan.
Sutan Takdir Alisjahbana (11 Februari 1908-17 Julai 1994)
7.0
STATUS BAHASA MELAYU PADA MASA DEPAN
Apabila kita memandang isu bahasa Melayu, malah seluruh kepentingan budaya dan politik Melayu, ada beberapa isu yang perlu kita perlu beri fokus. Pertama ciri-ciri intrinsik sebuah bahasa yang bermartabat tinggi adalah hakikat bahawa di dalamnya ada ilmu. Bahasa Melayu selama lima puluh tahun ini dapat membawa masuk ilmu dengan berhasil. Proses ini tidak boleh berhenti. Proses membina kepustakaan bahasa Melayu adalah mutlak dalam memartabatkan bahasa Melayu.Proses ini perlu diberi perhatian oleh Kerajaan dan pihak yang berwajib.
Ternyata lebih banyak ilmu dalam sesuatu bahasa, maka lebih banyaklah ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh rakyatnya. Proses dalam lima puluh tahun sejarah kongres ini, kita sering menyatakan bahawa bahasa Indonesia adalah sesuatu yang dapat kita harapkan memberi sokongan dan bantuan. Unsur yang akan merapatkan jurang ini bukan sekadar sistem ejaan, atau sebutan atau tatabahasa yang sama.Benar persamaan itu dapat banyak membantu. Tetapi yang lebih pokok ialah perlunya kita sama-sama menguasai bahasa Melayu tinggi. Bahasa Melayu tinggi ini adalah bahasa yang dapat merapatkan jurang budaya antara kedua-dua bangsa. Dari segi ilmu dan budaya, kita dapat saling memanfaati. Dalam perkembangannya neka bahasa tinggi semakin mantap di kalangan penutur bahasa Indonesia, tetapi penutur bahasa Melayu menunjukkan perkembangan sebaliknya. Perlulah perhatian difokuskan kepada penggunaan bahasa Melayu tinggi. Hanya bahasa Melayu tinggi yang dapat menjadi wahana budaya tinggi.
Banyak kempen memertabatkan bahasa Melayu yang difikirkan dan ada yang dijalankan. Umpamanya kita boleh saja meningkatkan budi bahasa orang, dan kita juga boleh mendenda sesiapa yang mencemarkan bahasa kita, namun mertabat bahasa Melayu akan terus berada pada takuk lama juga. Sebabnya, perkara-perkara itu bukanlah ciri-ciri martabat sesebuah bahasa.Martabat sebenar sesebuah bahasa ialah fungsinya sebagai bahasa pengantar ilmu dan sebagai bahasa yang menjadi alat pentadbiran negara.
8.0
PENUTUP
Kebangkitan nasional telah mendorong perkembangan bahasa Indonesia dengan pesat. Peranan kegiatan politik, perdagangan, surat khabar, dan majalah sangat besar dalam memodenkan bahasa Indonesia.Proklamasi kemerdekaan Republik Indonesia, 17 Ogos 1945, telah mengukuhkan kedudukan dan fungsi bahasa Indonesia secara konstitusional sebagai bahasa negara. Kini bahasa Indonesia dipakai oleh pelbagai lapisan masyarakat Indonesia, baik di tingkat pusat mahupun daerah.Semangat kebangsaan ini muncul sebagai satu tindak balas terhadap penjajahan bukan sahaja dalam politiknya, tetapi dalam segala lapangan hidup, baik ekonomi, sosial ataupun kebudayaan. Pelopor-pelopor kebangsaan Melayu dan Indonesia ingin menumpukan semangat persatuan dan kesedaran dalam segala lapisan bangsa mereka, dan alat yang paling penting dan berpengaruh sekali untuk mencapai tujuan itu ialah bahasa.
Bahasa yang mengambil tugas itu ialah bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu menjadi “bahasa Indonesia” adalah satu peristiwa yang besar sekali ertinya dalam sejarah bahasa kita ini. Di kawasan yang begitu banyak bahasa daerahnya, dan beberapa daripadanya itu telah jauh maju dan tinggi kesusasteraanya, maka soal bahasa persatuan ini bukanlah mudah. Orang-orang Belanda telah mencuba memperluas bahasanya sebagai bahasa persatuan, tetapi bahasa Belanda itu untuk selama-lamanya hanya akan dapat difahami oleh sejumlah kecil daripada bangsa Indonesia. Dari sejak permulaan abad ke-20, cerdik pandai Indonesia giat memperbincangkan bahasa persatuannya.
Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan bangsa, bahasa Indonesia telah terbukti menyatukan perbagai golongan dan etnik ke dalam satu kesatuan bangsa Indonesia, sebagaimana tercetus dalam pernyataan sikap politik pemuda Indonesia dalam Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928, 81 tahun yang lalu. Kata Indonesia menjadi identiti suatu wilayah, bangsa, dan bahasa, iaitu tanah air Indonesia, bangsa Indonesia, dan bahasa Indonesia. Pernyataan bahasa Indonesia sebagai bahasa persatuan atau bahasa nasional itu telah menempatkan bahasa Indonesia dalam posisi yang amat baik dalam kehidupan bermasyarakat dan berbangsa.
Dalam kedudukannya itu bahasa Indonesia berfungsi, antara lain, sebagai lambang kebanggaan dan identiti kebangsaan serta sebagai alat menyatukan perbagai kelompok etnik yang berbeza latar belakang sosial, budaya dan bahasa ke dalam satu penyatuan bangsa. Perkembangan bahasa Indonesia itu harus diarahkan menuju ragam bahasa baku. Selanjutnya, ada beberapa dasar pembinaan bahasa Indonesia yang diharapkan memberikan semangat dan motivasi tinggi dalam membina dan mengembangkan bahaasa Indonesia. Landasan tersebut bersifat keagamaan (religius), kesejarahan (historis, politis), intelektual, dan bersifat kemasyarakatan (sosial). Dengan landasan tersebut, pembinaan bahasa Indonesia yang dilakukan pada era autonomi daerah menjadi kuat, tidak terjejas dengan keadaan yang bersifat memecah-belah, dan dapat dijadikan referensi / rujukan dalam menjaga kesatuan dan persatuan demi keutuhan bangsa Indonesia.
RUJUKAN • • • • • • • •
Darwis Harahap (1992) ;Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu: Pulau Pinang, Univesiti Sains Malaysia. Harimurti Kridalaksana (1982) ; Fungsi Bahasa dan Sikap Bahasa ; Nusa Indah. Ismail Hussein (1966). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein, et.al (1997) ; Tamadun Melayu Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Edisi Kedua : Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia. J.S. Badudu (1974): Pelik-pelik Bahasa Indonesia. Bandung: T.B. Bandung. Khaidir Anwar, (1985) ; Seminar “Masyarakat Melayu Riau dan Kebudayaannya”, Tanjung Pinang, Riau, Indonesia, pada tanggal 17 hingga 21 Julai. Kumpulan Karangan daripada Majalah Dewan Bahasa (1993): Di sekitar persoalan bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. S.Takdir Alisjahbana (1978) ; Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia, Jakarta ; P.T Dian Rakyat.
•
•
Diperolehi pada Febuari 2, 2009 : dipetik dari : http://fiqihsantoso.wordpress.com/2008/01/29/peran-bahasa-indonesiadalam-usaha-persatuan-indonesia/ Diperolehi pada Febuari 2, 2009 : dipetik dari : http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TSF901VVJN20AA0BE Diperolehi pada Febuari 4, 2009 : dipetik dari : http://cabiklunik.blogspot.com/2008/10/menjunjung-bahasa-persatuan.html Diperolehi pada Febuari 4, 2009 : dipetik dari http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Indonesia Diperolehi pada Febuari 5, 2009 : dipetik dari http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/032.pdf Diperolehi pada Febuari 8, 2009 : dipetik dari
•
http://www.pusatbahasa.diknas.go.id/laman/nawala.php?info=berita&action=detail Diperolehi pada Febuari 8, 2009 : dipetik dari
• • • •
http://fiqihsantoso.wordpress.com/2008/01/29/peran-bahasa-indonesia-dalam-usa
TERIMA KASIH ATAS TUMPUAN ANDA