BMU556- Bahasa Melayu Undang-Undang II Tajuk Tugasan: Analisis Teks Terjemahan Nama Pensyarah: Puan Norita Harijaman Kelas: LWB05B Nama ahli kumpulan: No
Kelas
No Matrik
1.0 PENDAHULUAN Aktiviti penterjemahan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat pada hari ini. Penterjemahan ialah kegiatan merapatkan dua bahasa yang bertujuan untuk menyampaikan fikiran atau pendapat penulis (karya asal) melalui penulisan kepada penerima(pembaca). ‘Terjemah’ daripada perkataan Arab ‘Tarjamah’ bermaksud mentafsirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Terjemahan melibatkan dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran. Perkataan ‘tarjamah’ membawa dua maksud iaitu menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa lain yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pentafsiran dan penghuraian manakala yang kedua bermaksud autobiografi. Terjemahan seharusnya memberikan gambaran yang sesuai dan jelas tentang segala maksud dan idea karya dalam bahasa sumber dan seboleh mungkin menyampaikannya dengan gaya dan bentuk yang paling bersahaja ke dalam bahasa sasaran, tanpa menjejaskan maksud dan mutu teks asal. Konklusinya, terjemahan bertujuan untuk menghasilkan satu karya (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan satu karya bahasa asing (teks sumber). Secara tidak langsung, apabila terjemahan dibuat, penyebaran ilmu pengetahuan menjadi semakin mudah dan cepat serta membolehkan masyarakat menikmati ilmu daripada budaya asing. Teks yang dipilih untuk dijadikan bahan analasis ialah sebuah buku cerita kanak-kanak yang bertajuk Harry Potter And The Socerer’s Stone yang telah diterjemah ke dalam bahasa melayu dan bertajuk Harry Potter Dengan Batu Hikmat. Buku ialah siri pertama daripada 7 siri yang telah dihasilkan oleh seorang penulis terkenal yang bernama J. K. Rowling.
Sinopsis teks ini ialah, selama ini Harry Potter menyangka yang dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yang menumpang di rumah ibu dan bapa saudaranya. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki gergasi. Sejak itu dia mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, belajar bermain Quidditch dan berjuang untuk menyelamatkan batu hikmat dan nyawanya daripada Voldermort.
2.0 ANALISIS TEKS
2.1 Analisis Teks Bertujuan melihat kelainan yang wujud di antara dua bahasa dari segi linguistik dan budaya. Analisis ini juga digunakan untuk mencari aturan yang boleh diguna bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bahasa. Analisis ini penting untuk penterjemah memahami persamaan dan perbezaan teks sumber dan teks sasaran. Perbezaan ini selalu menyebabkan penterjemahan yang dilakukan tidak bersahaja dan nampak pelik. Kaedah analisis kontrastif terbahagi kepada 3 peringkat iaitu perbandingan peringkat kata, perbandingan peringkat frasa dan perbandingan peringkat ayat.
2.1.1 Perbandingan Peringkat Kata Contoh 1: Teks Sumber: Mrs. Potter was Mrs. Dursley's sister, but they hadn't met for several years; in fact, Mrs. Dursley pretended she didn't have a sister, because her sister and her good-for-nothing husband were as un Dursleyish as it was possible to be. Teks Sasaran:
Puan Potter merupakan adik Puan Dursley. Namun, sudah
bertahun-tahun mereka tidak bertemu malah Puan Dursley menganggap dia tidak pernah mempunyai adik kerana Puan Potter dan suaminya yang tidak berguna, dianggapnya tidak layak bersaudara dengan keluarganya. ○ Melalui contoh di atas, terdapat perbezaan dalam penggunaan kata nama daripada teks sumber dan teks sasaran. Penjamakan kata dalam teks
sumber yang menggunakan bahasa inggeris menggunakan perkataan “s” untuk menunjukkan penjamakan kata tersebut. Manakala, pada teks sasaran yang menggunakan bahasa melayu pula menggunakan kata ganda “bertahun-tahun” untuk menunjukkan penjamakan kata tersebut.
Contoh 2: Teks Sumber: The Dursleys knew that the Potters had a small son, too, but they had never even seen him. Teks Sasaran: Keluarga Dursley mengetahui bahawa keluarga Potter juga mempunyai seorang anak lelaki, tetapi mereka tidak pernah melihat kanak-kanak itu. ○ Berdasarkan contoh di atas, teks sumber yang menggunakan bahasa inggeris banyak menggunakan kata kerja yang berubah megikut konteks masa. Seperti contoh “knew” ialah “past tense” dan “seen” ialah “past perfect tense” yang merujuk perkara yang telah lepas. Manakala, kata kerja dalam teks ssasaran tidaka berubah mengikut masa.
Contoh 3: Teks Sumber: Mrs. Dursley was thin and blonde and had nearly twice the usual amount of neck, which came in very useful as she spent so much of her time craning over garden fences, spying on the neighbors.
Teks Sasaran: Puan Dursley pula kurus dan berambut perang. Lehernya yang agak panjang, hampir dua kali kepanjangan biasa, amat berguna untuk dia meninjau jiran tetangga dari pagar rumahnya. ○ Melalui contoh di atas, terdapat perbezaan dalam penggunaan kata ganti nama dalam teks sumber dan teks sasaran. Teks sumber yang menggunakan bahasa inggeris menggunakan kata ganti nama “she” yang akan berbeza penggunaanya kepada lain jantina. Manakala, teks sasaran yang menggunakan bahasa melayu pula menggunakan kata ganti nama “dia” yang sama untuk semua jantina.
Contoh 4: Teks Sumber: The Dursleys had everything they wanted, but they also had a secret, and their greatest fear was that somebody would discover it. Teks Sasaran: Keluarga Dursley memiliki segala-galanya yang diinginkan. Namun, mereka juga menyimpan rahsia, dan perkara yang paling ditakuti oleh mereka, rahsia mereka ini diketahui orang lain. ○ Melalui teks sumber di atas, terdapat penggunaan artikel “the” yang selalunya digunakan apabila pendengarnya mengetahui benda yang dimaksudkan. Manakala pada teks sasaran pula, tiada artikel yang digunakan untuk membezakan samaada perkataan itu sudah diketahui pembaca ataupun tidak.
2.1.2 Perbandingan Peringkat Frasa Contoh 1: Teks Sumber: As Mr. Dursley drove around the corner and up the road, he watched the cat in his mirror. It was now reading the sign board that said Privet Drive. Teks Sasaran: Ketika Encik Dursley membelok ke selekoh ke arah jalan raya, dia melihat kucing itu sekali lagi dari cermin keretanya. Kucing tersebut sekarang sedang membaca papan tanda nama jalan yang bertulis Privet Drive.
Contoh 2: Teks Sumber: He drummed his fingers on the car steering and his eyes fell on a huddle of these weirdos standing quite close by. Teks Sasaran: Encik Dursley mengetuk-ngetukkan jarinya pada stereng kereta. Matanya kemudian terpandang beberapa orang yang agak ganjil berdiri tidak jauh dari tempatnya. ○ Melalui contoh di atas, terdapat perbezaan dalam penggunaan frasa nama. Pada teks sasaran yang menggunakan frasa bahasa melayu dipengaruhi hukum diterang-menerang seperti contoh “papan tanda” dan “stereng kereta” Berdasarkan hukum ini, unsur inti hadir di kedudukan pertama dan frasa menerang hadir pada kedudukan kedua. Namun, dalam bahasa inggeris perkataan yang menjadi inti berada di kedudukan kedua dan yang menerang di kedudukan pertama, seperti contoh, “sign board” dan “car steering”
Contoh 3: Teks Sumber: Mr. Dursley was enraged to see that a couple of them weren't young at all; why, that man had to be older than he was, and wearing an emeraldgreen cloak! Teks Sasaran: Encik Dursley berasa meluat apabila melihat dua orang daripada mereka merupakan orang tua, malahan seorang daripadanya, yang berjubah hijau zamrud, lebih tua daripadanya. ○ Berdasarkan teks di atas, terdapat perbezaan penyusunan frasa nama dan frasa adjektif pada kedua-dua teks. Teks sumber yang menggunakan bahasa inggeris meletakkan kata adjektif sebelum kata nama seperti “emerald-green cloak”. Manakala teks sasaran yang menggunakan bahasa melayu meletakkan kata nama dahulu sebelum kata adjektif seperti contoh “berjubah hijau zamrud”. 2.1.3Perbandingan Peringkat Ayat Contoh 1: Teks Sumber: When Mr. and Mrs. Dursley woke up on the dull, gray Tuesday our story starts, there was nothing about the cloudy sky outside to suggest that strange and mysterious things would soon be happening all over the country. Teks Sasaran: Cerita bermula apabila Encik Dursley dan Puan Dursley bangun daripada tidur pada suatu hari Selasa yang suram. Keadaan langit yang mendung di luar tidak langsung menunjukkan sesuatu yang aneh dan misteri akan berlaku di seluruh negeri.
Contoh 2: Teks Sumber: Mr. Dursley hummed as he picked out his most boring tie for work, and Mrs. Dursley gossiped away happily as she wrestled a screaming Dudley into his high chair. Teks Sasaran: Sambil bersenandung, Encik Dursley mengambil tali leher membosankan yang selalu dipakainya, untuk bersiap ke tempat kerja. Puan Dursley pula sibuk mengumpat sambil bersusah payah medudukkan Dudley yang terpekik-pekik, di kerusi tingginya.
Contoh 3: Teks Sumber: As he drove toward town he thought of nothing except a large order of drills he was hoping to get that day. Teks Sasaran: Ketika dia memandu ke arah bandar, tiada perkara lain yang difikirkannya melainkan berharap dapat menerima banyak pesanan gerudi pada hari itu. ○ Berdasarkan contoh di atas, terdapat perbezaan penyusanan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama pada ayat-ayat dalam kedua-dua teks tersebut. Penterjemah telah menyusun semula setiap frasafrasa tersebut ketika menterjemahkan teks sumber kepada teks sasaran agar penyampaian dalam teks sasaran kelihatan bersahaja dan teratur.
2.2 Kaedah-kaedah Penterjemahan Menurut Jeremy Munday pada tahun 2001, terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk
menterjemah
dan
menganalisi
terjemahan
sejak
tahun
1950-an
lagi.
Walaubagaimanapun, objektif terjemahan tidak berubah, iaitu bagi menterjemahkan sesebuah karya yang boleh difahami pembaca teks sasaran. Kaedah penterjemahan merupakan pendekatan secara teknikal yang digunakan untuk menterjemah. Kaedah menterjemah boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kaedah lama/formal dan kaedah baru/dinamik.
2.2.1 Kaedah Lama/Formal Kaedah ini mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak, bunga bahasa dan ciri nahu. Melalui kaedah ini, bahan yang diterjemah menyerupai bentuk teks sumber. Kaedah ini juga menitikberatkan persamaan formal. Kaedah lama/formal mempratikkan
kaedah
pinjaman,
kaedah
peniruan
dan
kaedah
literal
(harfiah/penggantian). Terjemahan teks yang dipilih telah menggunakan ketigatiga kaedah ini.
➢ Kaedah Pinjaman Contoh 1: Teks Sumber: Mr. and Mrs. Dursley, of number four, Privet Drive, were proud to say that they were perfectly normal, thank you very much.
Teks Sasaran: Encik Dursley dan Puan Dursley yang tinggal di Nombor Empat Privet Drive, bangga mengatakan bahawa mereka normal. ○
Berdasarkan contoh di atas, kaedah pinjaman telah digunakan dalam menterjemah frasa “Privet Drive” dan “normal”. Hal ini berlaku kerana tiada perkataan lain atau padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran. Oleh itu, gaya penulisan asal dikekalkan dan frasa tersebut diambil daripada bahasa sumber tanpa melakukan apa-apa perubahan.
➢ Kaedah Peniruan Contoh 1: Teks Sumber: “Your school uniform,” the woman replied. Teks Sasaran : “Uniform sekolah kamu,” jawab wanita itu. Berdasarkan contoh di atas, di mana perkataan “school uniform” diterjemahkan kepada “uniform sekolah”, kaedah terjemahan yang digunakan adalah kaedah peniruan, di mana struktur bahasa atau ayat asal dikekalkan, tetapi bahasa tersebut diterjemahkan. Hal ini biasanya berlaku melalui peminjaman unsur budaya.
Contoh 2: Teks Sumber: Mr. Dursley hummed as he picked out his most boring tie for work, and Mrs. Dursley gossiped away happily as she wrestled a screaming Dudley into his high chair.
Teks Sasaran: Sambil bersenandung, Encik Dursley mengambil tali leher membosankan yang selalu dipakainya, untuk bersiap ke tempat kerja. Puan Dursley pula sibuk mengumpat sambil bersusah payah mendudukan Dudley yang terpekik-pekik, di kerusi tingginya. ○ Berdasarkan contoh di atas, kaedah terjemahan yang digunakan adalah kaedah peniruan penyampaian dalam menterjemahkan frasa “high chair” kepada “kerusi tinggi”. Kaedah ini meniru cara penyampaian sesuatu konsep melalui pemindahan bahasa mengikut struktur tatabahasa bahasa sasaran. Contoh 3: Teks Sumber: At half past eight, Mr. Dursley picked up his briefcase, pecked Mrs. Dursley on the cheek, and tried to kiss Dudley good-bye but missed, because Dudley was now having a tantrum and throwing his cereal at the walls. Teks Sasaran: Pada pukul lapan setengah, Encik Dursley mengambil begnya, mencium pipi isterinya, dan cuba mencium Dudley tetapi gagal kerana kanak-kanak itu sedang mengamuk dengan melemparkan bijirinnya ke tembok. ○ Berdasarkan contoh di atas, kaedah yang digunakan dalam menterjemah frasa “Mr. Dursley” kepada “Encik Dursley” adalah kaedah peniruan struktur. Kaedah ini meniru konsep bahasa sumber dengan menggunakan perkataan dalam bahasa sasaran dan mengikut struktur bahasa sumber.
➢ Kaedah Literal ➢ Terjemahan yang menterjemah terus setiap kata dan makna teks sumber ke dalam teks sasaran dengan padanannya di samping memastikan kegramatisan ayat dan persamaan maknanya dikekalkan ➢ Tanpa melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya ➢ Lazimnya melibatkan penterjemahan ayat yang mudah Contoh 1: Teks Sumber: Mr. Dursley always sat with his back to the window in his office on the ninth floor. Teks Terjemahan: Encik Dursley selalu duduk dengan membelakangkan tingkap di pejabatnya di tingkat sembilan. ○ Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa hampir kesemua kata dan makna di dalam teks sumber telah diterjemah ke teks terjemahan. Kaedah ini dapat memastikan kegramatisan ayat dan persamaan makna dikekalkan.
Contoh 2: Teks sumber: “The Potters, that’s right, that’s what I heard yes, their son, Harry”
Teks Terjemahan: “Keluarga Potter, betul, itulah yang saya dengar…” “Ya,anak mereka, Harry...” ○ Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa kesemua kata dan makna di dalam teks sumber telah diterjemah ke dalam teks terjemahan. Melihatkan kepada struktur ayat yang mudah, maka tiada sebarang perubahan yang berlaku terhadap struktur atau susunan kata dan makna. Persamaan makna juga dapat dikekalkan.
Contoh 3 Teks Sumber: He put the receiver back down and stroked his mustache, thinking… no, he was being stupid. Teks Terjemahan: Dia meletakkan semula gagang telefon dan mengusap misainya, berfikir… tidak, dia berkelakuan bodoh. ○ Berdasarkan contoh di atas, dapat dilihat bahawa sepertimana contohcontoh yang telah diberi sebelum ini, kaedah terjemahan literal telah digunapakai di mana kesemua kata dan makna teks sumber telah diterjemah ke teks terjemahan.
2.2.2 Kaedah Baru/Dinamik
Kaedah ini mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. Objektif kaedah ini adalah supaya sambutan dan emosi pembaca teks terjemahan serupa dengan sambutan dan emosi pembaca teks sumber. Kaedah ini juga menitikberatkan persamaan dinamik. Kaedah baru/dinamik yang digunakan dalam terjemahan buku ini menggunakan kaedah transposisi, modulasi, persamaan dan pengguguran.
➢ Transposisi Contoh 1: Teks Sumber: The Dursleys had a small son called Dudley and in their opinion there was no finer boy anywhere. Teks Sasaran: Mereka ada seorang anak lelaki bernama Dudley, yang pada pendapat mereka, merupakan kanak-kanak yang paling baik dan tiada tandingannya.
Contoh 2: Teks Sumber: The Dursleys had everything they wanted, but they also had a secret, and their greatest fear was that somebody would discover it. Teks Sasaran: Keluarga Dursley memiliki segala-galanya yang diinginkan. Namun, mereka juga menyimpan rahsia, dan perkara yang paling ditakuti mereka, rahsia mereka ini diketahui orang.
Contoh 3:
Teks Sumber: As he drove toward town he thought of nothing except a large order of drills he was hoping to get that day. Teks Sasaran: Ketika dia memandu ke arah bandar, tiada perkara lain yang difikirkannya melainkan berharap dapat menerima banyak pesanan gerudi pada hari itu. ○ Berdasarkan contoh-contoh yang telah dikemukakan, kaedah yang digunakan untuk menterjemah ayat-ayat di atas adalah transposisi. Transposisi adalah perubahan dari segi golongan kata. Kaedah ini mengubah kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maklumat di dalam bahasa sumber, serta mengubah perkataan tanpa mengubah maknanya. Selain itu, kaedah ini juga mengubah atau menukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksudnya.
➢ Modulasi ➢ Kaedah modulasi digunakan untuk tujuan yang sama seperti transposisi iaitu untuk menyampaikan maklumat dengan gaya bahasa yang paling bersahaja dan mudah difahami. Secara amnya, kaedah ini menunjukkan perbezaan antara dua bahasa dalam situasi yang sama tetapi cara pemikiran berbeza.
Contoh 1
Teks Sumber: For a second, Mr. Dursley didn’t realize what he had seen. Teks Terjemahan: Untuk seketika, Encik Dursley tidak sedar apa yang dilihatnya. ○ Berdasarkan sumber di atas, dapat dilihat bahawa perkataan yang dicondongkan telah dimodulasikan di mana walaupun terdapat perbezaan dari segi makna jika terjemahan secara langsung dibuat, namun apabila melihat pada konteks ayat, walaupun perkataan dari teks sumber dan teks terjemahan berbeza, namun ia membawa maksud yang sama bertujuan untuk menyampaikan maklumat dengan gaya bahasa yang paling mudah difahami.
Contoh 2 Teks Sumber: He drummed his fingers on the car steering and his eyes fell on a huddle of these weirdos standing quite close by. Teks Terjemahan: Encik Dursley mengetuk-ngetukkan jarinya pada stereng kereta. Matanya kemudian terpandang beberapa orang yang agak ganjil berdiri tidak jauh dari tempatnya. ○ Berdasarkan sumber di atas, jika dilihat perkataan dalam teks sumber “drummed’, ia membawa pelbagai maksud yang berbeza seperti aktiviti bermain dram, mengetukngetuk
meja
dan
sebarang
tapak
permukaan
dan
sebagainya. Dalam teks di atas, perkataan teks sumber dan
perkataan teks terjemahan telah dimodulasikan supaya membawa maksud yang sama.
Contoh 3 Teks Sumber: They were whispering excitedly together. Teks Terjemahan: Mereka berbisik-bisik dengan rancak. ○ Berdasarkan sumber di atas, perkataan yang dicondongkan dalam teks sumber dan terjemahan jika diinterpretasi secara literal
membawa
pelbagai
maksud
yang
berbeza.
Contohnya, “excited” boleh membawa maksud seronok. Begitu juga dengan perkataan rancak. Namun, melalui proses modulasi, kedua-duanya membawa konotasi yang serupa
dalam
situasi
yang
sama
walaupun
cara
pemikirannya berbeza.
➢ Persamaan ➢ Menurut Nida (1964) dalam karyanya The Theory and Practice of Translation, persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir & persamaan yang paling lazim (closest and natural equivalent). ➢ Merupakan penggantian situasi Bahasa Sumber dengan Bahasa Terjemahan yang setanding atau yang membawa maksud yang sama.
➢ Sepenuhnya bergantung kepada konteks/norma, gaya dan budaya. Disesuaikan dengan konteks dan budaya TS dengan TT
Contoh 1 Teks Sumber: Mr. Dursley was the director of a firm called Grunnings, which made drills. Teks Terjemahan: Encik Dursley, pengarah syarikat Grunnings, sebuah syarikat pembuat gerudi,
Contoh 2 Teks Sumber: ….because Dudley was now having a tantrum and throwing his cereal at the walls. Teks Terjemahan: ….kerana kanak-kanak itu sedang mengamuk dengan melemparkan bijirinnya ke tembok.
Contoh 3 Teks Sumber: It was on the corner of the street that he noticed the first sign of something peculiar. Teks Terjemahan: Di hujung jalan itulah, Encik Dursley melihat sesuatu yang ganjil buat pertama kalinya. ○ Berdasarkan kesemua tiga sumber di atas, dapat dilihat bahawa kaedah persamaan telah diguna pakai. Terjemahan yang dibuat dalam teks sasaran membawa maksud setanding/sama dengan teks
sumber menepati konteks dan budaya bahasa teks sumber dan teks terjemahan.
➢ Kaedah Pengguguran Contoh 1 Teks Sumber: There was a tabby cat standing on the corner of Privet Drive, but there wasn't a map in sight. Teks Terjemahan: Ada seekor kucing berdiri di hujung jalan Privet Drive tetapi tiada peta yang kelihatan. ○ Berdasarkan contoh di atas, kaedah yang digunakan untuk menterjemah frasa “tabby cat” adalah kaedah pengguguran. Perkataan “tabby” boleh digugurkan bagi mengelakkan berlakunya kelewahan di dalam bahasa sasaran iaitu bahasa Melayu. Kaedah ini boleh digunakan bagi mengelakkan teks terjemahan terlampau terikat dengan struktur teks sumber.
2.3 Padanan Makna Pemilihan perkataan yang sesuai bertepatan dengan makna adalah sangat penting kerana makna boleh berubah mengikut konteks ayat yang digunakan, larangan masyarakat setempat dan pelbagai lagi faktor. Padanan makna boleh dibahagikan kepada sinonim, antonim, polisemi, homograf, homofon, hiponim dan homonim.
2.3.1 Sinonim Contoh 1 Teks Sumber: Mr. Dursley blinked and stared at the cat. Teks Sasaran: Dia mengelipkan matanya dan memandang kucing itu lagi. Teks Sumber: no, looking at the sign; cats couldn't read maps or signs. Teks Sasaran: Melihat papan tanda jalan!
Contoh 2 Teks Sumber: He was a big, beefy man with hardly any neck, although he did have a very large mustache. Teks Sasaran: Encik Dursley, pengarah syarikat Grunnigs sebuah syarikat pembuat gerudi, seorang yang berbadan besar dan gemuk, dengan leher yang hampir tidak kelihatan, serta bermisai tebal.
Contoh 3 Teks Sumber: At half past eight, Mr. Dursley picked up his briefcase, pecked Mrs. Dursley on the cheek, and tried to kiss Dudley good-bye but missed, because Dudley was now having a tantrum and throwing his cereal at the walls. Teks Sasaran: Pada pukul lapan setengah, Encik Dursley mengambil begnya, mencium pipi isterinya, dan cuba mencium Dudley tetapi gagal kerana kanak-kanak itu sedang mengamuk dengan melemparkan bijirannya ke tembok.
Contoh 4 Teks Sumber: He yelled at five different people. He made several important telephone calls and shouted a bit more. Teks Sasaran: Dia menengking lima orang pekerjanya, membuat beberapa panggilan telefon penting, dan kemudian berteriak-teriak lagi.
○ Berdasarkan contoh-contoh yang telah dikemukakan, sinonim merupakan perkataan yang sama makna atau perkataan yang seakan-akan sama maknanya. Berdasarkan contoh di atas, jelas bahawa, perkataan sinonim walaupun seakan-akan sama maknaya akan tetapi apabila telah diterjemah ke bahasa sasaran, ia mungkin diterjemah kepada perkataan yang berbeza walaupun sama artinya.
2.3.2 Antonim Contoh 1: Teks Sumber: He was a big, beefy man with hardly any neck, although he did have a very large mustache. Mrs. Dursley was thin and blonde and had nearly twice the usual amount of neck, which came in very useful as she spent so much of her time craning over garden fences, spying on the neighbors. Teks Sasaran: Encik Dursley, pengarah syarikat Grunnings sebuah syarikat pembuat gerudi, seorang yang berbadan besar dan gemuk, dengan leher yang hampir tidak kelihatan, serta bermisai tebal. Puan Dursley pula kurus dan berambut perang.
Contoh 2: Teks Sumber: Mr. Dursley, however, had a perfectly normal, owl-free morning. Teks Sumber: It was on the corner of the street that he noticed the first sign of something peculiar -- a cat reading a map. Teks Sasaran: Encik Dursley walau bagaimanapun, melalui paginya seperti biasa, tanpa burung hantu. Teks Sasaran: Di hujung jalan itulah, Encik Dursley melihat sesuatu yang ganjil buat pertama kalinya- seekor kucing membaca peta!
○ Berdasarkan contoh-contoh yang telah dikemukakan, jelaslah ia adalah antonim kerana terdapatnya perkataan yang mempunyai berlawanan makna antara satu sama lain.
2.3.3 Polisemi Contoh 1: Teks Sumber: It was now reading the sign board that said Privet Drive -no, looking at the sign; cats couldn't read maps or signs. Teks Sasaran: Kucing tersebut sedang membaca papan tanda nama jalan yang bertulis Privet Drive- tidak mungkin! ○ Berdasarkan contoh telah dikemukakan, jelaslah ia adalah polisemi kerana perkataan tersebut mempunyai lebih dari satu makna dan makna-makna tersebut mempunyai pertalian di antara satu sama lain. Sign boleh bermaksud papan tanda dan juga tanda dalam kehidupan.
Contoh 2: Teks Sumber: As he sat in the usual morning traffic jam, he couldn't help noticing that there seemed to be a lot of strangely dressed people about. People in cloaks. Teks Sasaran: Ketika dia terperangkap dalam kesesakan lalu lintas waktu pagi yang biasa, dia tidak dapat mengelak daripada melihat banyak orang yang berpakaian ganjil-orang yang berjubah.
○ Berdasarkan contoh telah dikemukakan, jelaslah ia adalah polisemi kerana perkataan tersebut mempunyai lebih dari satu makna dan makna-makna tersebut mempunyai pertalian di antara satu sama lain. “Cloak” boleh bermaksud pakaian yang digunakan untuk memyebunyikan badan atau boleh juga bermaksud sebagai menyembunyikan sesuatu.
2.3.4 Hiponim Contoh 1: Teks Sumber: "Little tyke," chortled Mr. Dursley as he left the house. Teks Sasaran: Dia masuk ke dalam keretanya dan mengundurkan kereta itu keluar dari jalan masuk rumahnya.
○ Berdasarkan contoh yang telah dikemukakan, terbukti yang ianya adalah hiponim iaitu kata yang di mana makna perkataan tersebut terangkum dalam makna kata lain menjadikan perkataan tersebut lebih umum. “House” terangkum dalam perkataan banglo, teres, flet dan sebagainya.
2.3.5 Homonim Contoh 1: Teks Sumber: Mr. and Mrs. Dursley, of number four, Privet Drive, were proud to say that they were perfectly normal, thank you very much.
Teks Sasaran: Encik Dursley dan Puan Dursley yang tinggal di Nombor Empat Privet Drive, bangga menyatakan bahawa mereka normal. ● Normal boleh membawa maksud sesuatu biasa dan ia juga boleh membawa maksud yang berkaitan dengan terma sains. Walaupun kedua-dua perkataan normal dieja dengan sama akan tetapi ia mungkin membawa maksud yang berbeza mengikut konteks yang digunakan.
Contoh 2: Teks Sumber: Mr. Dursley couldn't bear people who dressed in funny clothes -- the getups you saw on young people! Teks Sasaran: Encik Dursley memang tidak suka melihat orang yang berpakaian aneh..tren anak-anak muda. ○ “Bear” boleh dimaksudkan sebagai beruang ataupun tahan. 2.3.6 Makna Denotasi 2.3.7 Makna Konotasi
2.4 Peristilahan Peristilahan merupakan kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri-ciri yang khusus dalam bidang-bidang tertentu. Ia juga merupakan mengungkapkan konsep-konsep khusus yang diperlukan oleh bidang ilmu berkenaan. Sesuatu istilah itu perlulah mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya, dan dapat memberi definisi yang tetap. Istilah baru dicipta berdasarkan konsep yang terkandung dalam kata bahasa sumber. Peristilahan bermula dengan mengetahui konsep seterusnya diikuti dengan pembentukan kata baru. Kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah mestilah paling tepat, ringkas, mempunyai konotasi yang baik, sedap didengar dan dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima.
2.4.1 Kaedah Pinjaman Ubah Suai Contoh 1: Teks sumber: fashion Teks sasaran: fesyen ○ Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, kaedah peristilahan yang digunakan adalah kaedah pinjaman ubah suai. Kaedah ini dilakukan dengan cara istilah yang dipinjam dan kemudian ejaannya disesuaikan dengan ejaan bahasa sasaran. ○ Berdasarkan contoh 1, istilah ‘fesyen’ dipinjamkan dari perkataan bahasa inggeris iaitu ‘fashion’ tetapi ejaannya disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu.
Contoh 2: Teks sumber: mysterious Teks sasaran: misteri
Contoh 3: Teks sumber: telephone Teks sasaran: telefon
2.4.2 Kaedah Pinjam Terjemah Contoh 1: Teks sumber: emerald green Teks sasaran: hijau zamrud ○ Berdasarkan contoh yang diberi, kaedah peristilahan yang digunakan adalah kaedah pinjaman terjemah. Kaedah ini dilakukan dengan cara meminjam konsep istilah serta diterjemahkan secara literal. Istilah ini dalam bahasa asalnya merupakan peribahasa atau idiom. Biasanya konsep tersebut tiada asalnya dalam bahasa Melayu. ○ Berdasarkan contoh yang diberi, ‘hijau zamrud’ dijemahkan secara literal kerana istilah ‘emerald green’ tiada asalnya dalam bahasa Melayu.
2.4.3 Kaedah Penggantian Contoh 1: Teks sumber: traffic jam Teks sasaran: kesesakan lalu lintas ○ Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, kaedah peristilahan yang digunakan adalah kaedah penggantian. Kaedah menggunakan cara memberi padanan dengan istilah yang sedia ada dalam bahasa Melayu. Kaedah ini boleh dilakukan apabila konsep yang didokong oleh istilah berkenaan memang sedia ada dalam bahasa Melayu. ○ Berdasarkan contoh 1, ‘kesesakan lalu lintas’ memang sedia ada dalam bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan kepada ‘traffic jam’ Contoh2: Teks sumber: bakery Teks sasaran: kedai roti
Contoh 3: Teks sumber: cloudy sky Teks sasaran: langit yang mendung
2.4.4
Kaedah Pinjaman Separa Contoh 1:
Teks sumber: car steering Teks sasaran: stereng kereta
Berdasarkan contoh yang diberi, kaedah peristilahan yang digunakan adalah kaedah pinjaman separa. Melalui kaedah ini pinjaman dilakukan tetapi hanya sebahagian kata sahaja dipinjam, manakala sebahagian kata lagi diberi padanan dalam bahasa sasaran. Dalam contoh yang diberi, perkataan ‘stereng’ dipinjam dari perkataan bahasa inggeris ‘steering’ manakala ‘car’ diterjemahkan ke bahasa sasaran iaitu ‘kereta’
2.4.5
Kaedah Menterjemah Fungsi Contoh 1: Teks sumber: tie Teks sasaran: tali leher ○ Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, kaedah peristilahan yang digunakan adalah kaedah menterjemah fungsi. Melalui kaedah ini istilah dinamakan semula mengikut fungsi sebenar benda itu. ○ Berdasarkan contoh 1, ‘tie’ diterjemahkan kepada ‘tali leher’ kerana ia merupakan aksesori yang diikat di leher.
Contoh 2: Teks sumber: collecting tin Teks sasaran: tabung derma Contoh 3:
Teks sumber: sign board Teks sasaran: papan tanda
3.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan teks yang telah dipilih, iaitu ebuah buku cerita kanak-kanak yang bertajuk Harry Potter And The Socerer’s Stone yang telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu dan bertajuk Harry Potter Dengan Batu Hikmat, terdapat beberapa perkara yang dapat diteliti. Sebagai contoh, analisis kontrastif menunjukkan buku ini dapat dianalisis berdasarkan perbandingan peringkat kata, perbandingan peringkat frasa dan perbandingan peringkat ayat. Selain itu, terdapat juga beberapa padanan makna dan kaedah menterjemah istilah yang telah digunakan peterjemah buku ini bagi memudahkan pembaca teks sasaran memahami konteks buku ini. Peterjemah buku ini juga telah menggunakan beberapa kaedah terjemahan. Walaupun peterjemah buku ini telah mempratikkan serba-sedikit kaedah baru/dinamik, majoriti buku ini diterjemah menggunakan kaedah lama/formal.
Bagi menghasilkan karya terjemahan yang baik, seorang penterjemah patut menguasai bahasa yang digunakan dalam teks sumber serta bahasa yang digunakan dalam teks sasaran. Sebagai contoh, ternyata penterjemah buku ini menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan baik kerana berjaya menghasilkan sebuah karya terjemahan yang tepat dan mudah difahami.
BIBLIOGRAFI Midiyana Mohamad, Mohammad Fadzeli Jaafar. (2015) Anafora Dalam Teks Ilmiah: Pendekatan Analisis Kontrastif (Bangi Malaysia 2015) Nida, E. A., & Taber, C. R. (2006). The theory and practice of translation. Leiden: Brill. Muhammad Fauzi Jumingan. (2006). Glosari pengajian ilmu penterjemahan dan interpretasi. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Berhad. Halaman Utama PRPM. (n.d.). Retrieved December 12, 2017, from http://prpm.dbp.gov.my/
LAMPIRAN TEKS TERJEMAHAN Chapter One: The Boy Who Lived
Mr. and Mrs. Dursley, of number four, Privet Drive, were proud to say that they were perfectly normal, thank you very much. They were the last people you'd expect to be involved in anything strange or mysterious, because they just didn't hold with such nonsense.
Mr. Dursley was the director of a firm called Grunnings, which made drills. He was a big, beefy man with hardly any neck, although he did have a very large mustache. Mrs. Dursley was thin
and blonde and had nearly twice the usual amount of neck, which came in very useful as she spent so much of her time craning over garden fences, spying on the neighbors. The Dursleys had a small son called Dudley and in their opinion there was no finer boy anywhere.
The Dursleys had everything they wanted, but they also had a secret, and their greatest fear was that somebody would discover it. They didn't think they could bear it if anyone found out about the Potters. Mrs. Potter was Mrs. Dursley's sister, but they hadn't met for several years; in fact, Mrs. Dursley pretended she didn't have a sister, because her sister and her good-for-nothing husband were as unDursleyish as it was possible to be. The Dursleys shuddered to think what the neighbors would say if the Potters arrived in the street. The Dursleys knew that the Potters had a small son, too, but they had never even seen him. This boy was another good reason for keeping the Potters away; they didn't want Dudley mixing with a child like that.
When Mr. and Mrs. Dursley woke up on the dull, gray Tuesday our story starts, there was nothing about the cloudy sky outside to suggest that strange and mysterious things would soon be happening all over the country. Mr. Dursley hummed as he picked out his most boring tie for work, and Mrs. Dursley gossiped away happily as she wrestled a screaming Dudley into his high chair.
None of them noticed a large, tawny owl flutter past the window.
At half past eight, Mr. Dursley picked up his briefcase, pecked Mrs. Dursley on the cheek, and tried to kiss Dudley good-bye but missed, because Dudley was now having a tantrum and
throwing his cereal at the walls. "Little tyke," chortled Mr. Dursley as he left the house. He got into his car and backed out of number four's drive.
It was on the corner of the street that he noticed the first sign of something peculiar -- a cat reading a map. For a second, Mr. Dursley didn't realize what he had seen -- then he jerked his head around to look again. There was a tabby cat standing on the corner of Privet Drive, but there wasn't a map in sight. What could he have been thinking of? It must have been a trick of the light. Mr. Dursley blinked and stared at the cat. It stared back. As Mr. Dursley drove around the corner and up the road, he watched the cat in his mirror. It was now reading the sign board that said Privet Drive -- no, looking at the sign; cats couldn't read maps or signs. Mr. Dursley gave himself a little shake and put the cat out of his mind. As he drove toward town he thought of nothing except a large order of drills he was hoping to get that day.
But on the edge of town, drills were driven out of his mind by something else. As he sat in the usual morning traffic jam, he couldn't help noticing that there seemed to be a lot of strangely dressed people about. People in cloaks. Mr. Dursley couldn't bear people who dressed in funny clothes -- the getups you saw on young people! He supposed this was some stupid new fashion. He drummed his fingers on the car steering and his eyes fell on a huddle of these weirdos standing quite close by. They were whispering excitedly together. Mr. Dursley was enraged to see that a couple of them weren't young at all; why, that man had to be older than he was, and wearing an emerald-green cloak! The nerve of him! But then it struck Mr. Dursley that this was probably some silly stunt -- these people were obviously collecting for something... yes, that
would be it. The traffic moved on and a few minutes later, Mr. Dursley arrived in the Grunnings parking lot, his mind back on drills.
Mr. Dursley always sat with his back to the window in his office on the ninth floor. If he hadn't, he might have found it harder to concentrate on drills that morning. He didn't see the owls swooping past in broad daylight, though people down in the street did; they pointed and gazed open- mouthed as owl after owl sped overhead. Most of them had never seen an owl even at nighttime. Mr. Dursley, however, had a perfectly normal, owl-free morning. He yelled at five different people. He made several important telephone calls and shouted a bit more. He was in a very good mood until lunchtime, when he thought he'd stretch his legs and walk across the road to buy himself a bun from the bakery.
He'd forgotten all about the people in cloaks until he passed a group of them next to the baker's. He eyed them angrily as he passed. He didn't know why, but they made him uneasy. This bunch were whispering excitedly, too, and he couldn't see a single collecting tin. It was on his way back past them, clutching a large doughnut in a bag, that he caught a few words of what they were saying.
"The Potters, that's right, that's what I heard yes, their son, Harry"
Mr. Dursley stopped dead. Fear flooded him. He looked back at the whisperers as if he wanted to say something to them, but thought better of it.
He dashed back across the road, hurried up to his office, snapped at his secretary not to disturb him, seized his telephone, and had almost finished dialing his home number when he changed his mind. He put the receiver back down and stroked his mustache, thinking... no, he was being stupid.