Black Hole

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Black Hole as PDF for free.

More details

  • Words: 1,122
  • Pages: 6
Black Holes: Tapak Persemadian dan Semaian Bintang-bintang Setiap yang bermula pasti akan berakhir, setiap yang datang pasti akan pergi ,setiap yang dicipta pasti akan musnah, dan setiap yang hidup pasti akan mati. Semua itu pasti. Pasti akan rosak,pasti akan luput.Tiada pengecualian selagi bergelar makhluk,dan demi Allah tuhan yang Maha Esa, semuanya adalah makhluk dan hanya Dialah yang Pencipta yang ahad. Jadi siapakah yang menzalimi dirinya dengan menolak ayat-ayat Allah dengan menolak hadirnya saat penghabisan?Lantas penulis memilih tajuk “Lohong Hitam: Tapak Persemadian dan Semaian Bintang-bintang.” untuk menjadi ulasan artikel berkenaan angkasa lepas. Tajuk yang mewakili saat kewujudan dan pengakhiran bintang yang boleh sahaja kita nisbahkan dengan kehidupan kita, yang sudah bermula dan pasti berakhir. Petikan dari buku Dr. Danial Zainal Abidin, Quran Saintifik:Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains pada halaman 52 benar-benar menarik perhatian penulis untuk diulas. Petikannya seperti berikut: “Science Daily bertarikh 20 Januari 2005 di bawah tajuk Good News From Big Bad Holes melaporkan, pakar-pakar astronomi menemui bukti lubang hitam atau black holes tidak hanya menjadi tempat perkuburan bintang-bintang. Sebaliknya ia juga berperanan melahirkan bintangbintang.Dengan menggunakan alat-alat canggih seperti Very Large Array(VLA) dari National Radio Astronomy Observetory, New Mexico, teleskop Keck dari Hawaii dan teleskop Hubble Space, pakarpakar mendapati kuasa magnet di sekeliling lubang hitam mampu menggerakkan elektron pada kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Elektron-elektron ini akhirnya terpancar keluar daripada lubang hitam dan bertembung dengan gas-gas tebal yang mengandungi hidrogen. Di saat itu berlaku proses-proses tertentu yang melahirkan bintang-bintang” Sebelum ini kita hanya mendengar teori lohong hitam bertindak umpama penyedut hampagas yang tersangat kuat daya sedutannya sehingga mampu memerangkap cahaya yang melaluinya serta apa sahaja di sekelilingnya.Ini kerana lohong hitam merupakan tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat sehingga halaju berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Namun kini,Alhamdulillah dengan teknologi canggih, penemuan baru,lohong hitam bukan sekadar terhasil dari kemusnahan bintang, menjadi tempat persemadian bintang-bintang malah bintang baru juga lahir berdekatannya.  Kewujudan lohong hitam 1

`

Dalam web www.astronomes.com Zalia Essliger mengatakan lohong hitam merupakan

objek selestial yang paling pelik yang telah didedahkan oleh Fizik.Justeru, tidak hairanlah seandainya kesahihan kewujudan lohong hitam ini menjadi persoalan.Sama ada lohong hitam benar-benar wujud atau sekadar imiginasi fiksyen oleh pakar-pakar teori. Sukar untuk membuktikan kewujudan lohong hitam ini lantaran kemampuannya memerangkap cahaya dari keluar melepasi Jejari Swartzchild.. Akibatnya, bukti definitif seperti fotografi secara terus, tidak dapat diperolehi. Jadi, kewujudan lohong hitam hanya dapat dibuktikan melalui kesannya terhadap objek lain. Sebenarnya kebanyakan bintang-bintang tidak wujud secara sendirian, mereka merupakan sebahagian daripada sistem kembaran.Apabila satu daripadanya adalah bintang neutron,maka pemindahan jisim boleh terjadi lalu menghasilkan fenomena seperti nova atau supernova.Tetapi seandainya bintang itu adalah lohong hitam,proses di mana jisim berpindah menghasilkan satu cakera pecutan,dengan suhu teramat tinggi dan sinaran-X dikeluarkan.Kewujudan lohong hitam ini boleh dikesan dengan mengesan sinar-X tersebut. Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan sinar-X itu dari lohong hitam kerana bintang neutron juga boleh mengeluarkan sinaran-X. Cara termudah untuk tujuan tersebut adalah dengan menentukan jisim objek yang mengeluarkan sinar tersebut. Kajian teori bintang neutron menunjukkan bahawa jisim maksimanya ialah tiga kali-ganda jisim Matahari. Oleh yang demikian, jika punca sinaran-X itu didapati berjisim melebihi tiga kali-ganda jisim Matahari, kita boleh menganggap bahawa objek tersebut ialah lohong hitam.  Lohong hitam:Tempat Persemadian Bintang-bintang Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kandungan dalam Al-Quran melangkaui kemampuan pemikiran manusia dan batasan waktu. Antara isi kandungan kitab abad ke-7 ini menyentuh tentang lohong hitam yang menjadi tempat persemadian bintang-bintang.Firman Allah dalam surah al-Waqiah ayat 75 hingga 76 yang bemaksud: “Dan aku bersumpah dengan mawaaqi’in nujuum. Sesungguhnya sumpah ini adalah sumpah yang besar sekiranya kamu mengetahui;” Dalam ayat di atas, mawaaqi’in nujuum merupakan dua perkataan Bahasa Arab. Mawaaqi’ berasal daripada perkataan waqa’a yang diterjemah oleh Hans Wehr A Dictionary of Modern Written 2

Arabic sebagai to fall down, drop, to tumble yang bermaksud jatuh,tersungkur dan merundum. Jadi, perkataan mawaaqi’ bermaksud ‘place where something drops or falling down’ bermaksud tempat di mana sesuatu jatuh. Nujuum pula jama’ ta’sir(plural) bagi najmi yang bermaksud bintang. Justeru, mawaaqi’in nujuum dapat ditafsirkan sebagai tempat jatuhnya bintang-bintang. Walaupun sahabat Rasulullah, Abdullah bin Abbas mentafsirkan mawaaqi’in nujuum secara abstrak dengan mengatakan mawaaqi’in nujuum bermaksud ‘Al-Qur’an diturunkan ke langit dunia pada malam al-Qadar,namun nujuum ditafsirkan oleh banyak ulama sebagai bintang-bintang di langit.Pendapat ini dikukuhkan lagi oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir dan Sayyed Qutub dalam Fi Zilal al-Quran.Jadi, berkaitkah mawaaqi’in nujuum dengan lohong hitam? Al-Quran benar-benar kitab yang mukjizat yang menjadi panduan hidup kepada seluruh manusia, melangkaui zaman merentasi bumi. Sepatah kalimah dari al_Quran punya pengertian mendalam.Secara zahirnya, ayat ini dilihat oleh bukan jauhari sebagai biasa kerana kurangnya kajian dan pengetahuan mengenai al-Quran, tetapi bagi yang mahu berfikir dan melihat ayat-ayat Pencipta dengan segenap pancaindera, pasti akan terpaku kekaguman. Setelah dikaji,ayat ini berkaitan dengan lohong hitam. Sepintas lalu lohong hitam terhasil apabila bintang-bintang yang besar meledak dan meletup di angkasa. Sebahagian bintang mempunyai saiz yang lebih besar daripada dan sudah tentu letupan yang terjadi sungguh dahsyat sekali. Ledakan yang digelar supernova ini meninggalkan remnanst, saki-baki daripada bintang yang meledak. Remnants ini akan jatuh ke satu garisan pusat sehingga melahirkan satu kawasan yang mempunyai

3

tarikan gravity tinggi yang mampu menarik apa sahaja sahaja termasuk cahaya.

Jadi, berdasarkan pernyataan di atas,jelaslah ‘tempat jatuhnya bintang-bintang’ yang dinyatakan dalam al-Quran adalah garisan tempat remnants jatuh lalu membentuk kawasan bergraviti tersangat tinggi dipanggil lohong hitam.  Lohong hitam:Tapak Semaian Bintang-bintang

Kembali kepada tafsiran mawaaqi’in nujuum.Selain ditafsirkan sebagai “tempat jatuh merudum bintang-bintang” sebahagian ulama seperti Imam Mujahid dan Ibn Jarir menafsirkannya sebagai “tempat terbit dan bersinarnya bintang-bintang di langit” .Hal ini dinyatakan oleh Ibn Kathir dalam Tasir al-Quran al-Azim. Tafsiran ini ada kebenarannya kerana dalam pennemuan terbaru mendapati lohong hitam disamping menghancurkan bintang-bintang, ia menjadi tempat kelahiran bintang-bintang baru. Kajian yang dilakukan di Chandra X-ray Observation juga mengesahkan perkara ini. Pakarpakar sains menemui bukti blacks hole membantu kelahiran bintang-bintang walau pada asalnya mereka tidak mempercayainya. Penemuan ini dilaporkan oleh Bjorn Carey di space.com di bawah tajuk Astronomers Surprised: Star Born Near The Black Hole pada 13 Oktober 2005. Tuntasnya lohong hitam merupakan antara bukti kekuasaan dan keagungan Allah. Bintangbintang gergasi yang bersinar indah dengan mudah dihancurkanNya lalu ditukarkan menjadi satu lohong mengerikan yang mampu menyedut apa sahaja. Matahari,yang juga sebutir bintang bila-bila 4

masa mengikut jejak langkah saudara sebintangnya yang lain, meledak lalu berubah menjadi vakum berkuasa tinggi lalu menyedut semua planet dalam Sistem Suria termasuk Bumi. Jadi nyatalah Hari Kiamat yang digambarkan begitu dahsyat di dalam al-Quran bukan sekadar ayat biasa tetapi kalimahkalimah suci berisi peringatan. Jadi bersama-samalah kita bermuhasabah dan mengambil iktibar alamsemesta

U NI VERS IT I TE KN IK AL MALA YSIA MELA KA( UT eM) (FAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN)

SEMESTER 1 SESI 2009/2010 FALFAFAH DAN SAINS TEKNOLOGI

5

Tajuk: Black Holes; Tapak Persemadian dan Semaian Bintang-bintang NAMA: Radin Hazimah Binti Radin Monawir NO MATRIK: B050910192 NAMA PENSYARAH:EN.RADZUAN NORDIN

6

Related Documents

Black Hole
November 2019 20
Black Hole
June 2020 10
Black Hole
November 2019 17
The Black Hole Print
November 2019 13
Black Hole Singularity
November 2019 19
The Black Hole
November 2019 21