Bidang 5_nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

  • Uploaded by: Beevy GB
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bidang 5_nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia as PDF for free.

More details

  • Words: 882
  • Pages: 14
BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia adalah salah satu perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Antara nilai-nilai yang berkaitan dengan hak asasi manusia ialah melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, menghormati hak golongan kurang berupaya dan melindungi hak pengguna. Semua hak asasi ini perlu dijaga dan dihormati. Ia adalah penting bagi menghindarkan masyarakat daripada bertindak melampaui batas tatasusila.

5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak Definisi Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ciri-ciri 1. Semua kanak-kanak di dunia ini mempunyai hak yang sama tidak mengira agama, bangsa, jantina dan warna kulit. 2. Orang dewasa pula bertanggungjawab untuk melindungi hak kanak-kanak. Sesungguhnya masa depan kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa untuk mencorakkan kehidupannya. 3. Masyarakat tidak boleh bertindak melampaui batas terhadap kanak-kanak. 4. Kita juga perlu memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak. 5. Sikap melindungi kanak-kanak perlu ada dalam diri individu.

5.2 Menghormati Hak Wanita Definisi Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Ciri-ciri 1. Menghormati kaum wanita. 2. Memberikan layanan yang baik dan sama rata kepada kaum wanita. 3. Memberikan galakan kepada golongan wanita agar melibatkan diri dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, sukan, teknologi dan lain-lain. 4. Mengiktiraf golongan wanita di atas sumbangan yang mereka berikan.

5.3 Melindungi Hak Pekerja Definisi Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. Ciri-ciri 1. Menghormati hak-hak pekerja seperti hak mendapat cuti sakit, perlindungan KWSP, caruman PERKESO dan lain-lain. 2. Pihak majikan tidak boleh bertindak melampaui batas ke atas pekerja. 3. Memastikan suasana di tempat kerja adalah selesa agar pekerja dapat bekerja dengan baik. 4. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja. 5. Memastikan semua pekerja mendapat hak yang sama rata tanpa mengira pangkat dan jantina.

5.4

Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya

Definisi Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Ciri-ciri 1. Menghormati golongan kuran gupaya kerana mereka juga adlaah sebahagian daripada masyarakat. 2. Tidak menyisihkan golongan kurang upaya. 3. Memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan kurang upaya. 4. Memberikan layanan yang istimewa dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. 5. Kita perlu memupuk di dalam jiwa kita bahawa tiada seorang pun dilahirkan dengan penuh kesempurnaan.

5.5 Melindungi Hak Pengguna Definisi Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi. Ciri-ciri 1. Sebagai pengguna, kita perlu mengetahui hak untuk mendapatkan keperluan asas. 2. Pengguna berhak untuk mempertahankan hak-hak mereka. 3. Pengguna berhak mendapat perlindungan undang-undang agar tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 4. Kita juga perlu mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai kepenggunaan bagi mempertahankan hak sebagai pengguna. 5. Pihak pengeluar dan peniaga mesti memberikan maklumat yang tepat dan benar kepada pengguna.

1.6 Toleransi Definisi Kesanggupan bertolah ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. Ciri-ciri 1. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri 2. Sentiasa mengutamakan perasaan orang lain 3. Berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara 4. Menghormati dan saling memahami dalam berkomunikasi 5. Bersedia menerima kekurangan dan kelebihan setiap manusia

1.7 Berdikari Definisi Kebolehan dan kesanggupan malakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain Ciri-ciri 1. Melakukan sesuatu tugasan tanpa meminta bantuan orang lain 2. Tidak bergantung kepada orang lain semata-mata dan yakin degnan kebolehan diri 3. Mempunyai pendirian tetap 4. Dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk 5. Berusaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa berputus asa

1.8 Kerajinan Definisi Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara Ciri-ciri 1. Bersifat cekal iaitu tabah hati dalam menghadapi pelbagai rintangan dan halangan 2. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai cita-cita 3. Sanggup memikul tanggungjawab dengan sempurna 4. Tidak putus asa atau lemah semangat apabila mengalami kegagalan 5. Bersabar, tabah dan bertanggungjawab

1.9 Kasih Sayang Definisi Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas Ciri-ciri 1. Menjaga keselamatan dan kesihatan tubuh badan 2. Membenci penganiayaan dan penyeksaan 3. Tidak menganiayai semua makhluk yang bernyawa 4. Sanggup membantu untuk menyelamatkan nyawa orang lain 5. Mempunyai sikap perikemanusiaan dan prihatin yang mendalam

1.10 Keadilan Definisi Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah Ciri-ciri 1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan 2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang kukuh 3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas untuk kebaikan

1.11 Rasional Definisi Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan akan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar Ciri-ciri 1. Boleh memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu tindakan yang akan dibuat 2. Mampu membuat analisis terhadap sesuatu tugas yang dihadapi 3. Tenang dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah 4. Tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu tindakan 5. Tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk 6. Dapat menerima sebarang kritikan dan teguran dengan fikiran yang terbuka

1.12 Kesederhanaan Definisi Bersikap tidak Ciri-ciri 1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang tindakan 2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang kukuh 3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan 4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas untuk kebaikan

SMK Perempuan Likas Sabah

Related Documents


More Documents from "adllndynt "