SHAH ALAM, 15 Mei – Satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah van sekolah dan sebuah trak tunda telah berlaku di sini awal pagi ini. Pemandu van yang membawa 12 orang murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 18, meninggal dunia di tempat kejadian. Malim Deraman, 36, pemandu van tersebut, meninggal dunia pada pukul 7.40 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital. Dia yang cedera parah di bahagian kepala dijumpai tersepit di tempat duduk hadapan. Dua daripada 12 orang murid yang menaiki van tersebut juga dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke hospital yang berhampiran untuk menerima rawatan. Lima yang lain cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Menurut saksi kejadian, trak tunda itu yang dalam perjalanan ke Klang dilihat hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar van sekolah dari arah bertentangan. Pemandu trak itu walau bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan.
Kemalangan itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas. Pihak polis walau bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan lalu lintas kembali pulih empat puluh minit kemudian.
PETALING JAYA, 12 Mac - Tiga buah rumah hangus
PUCHONG, 17 April – Sebuah kedai emas di sini telah dirompak oleh sekumpulan tiga orang lelaki yang bersenjatakan pistol, petang semalam. Mereka berjaya melarikan barang kemas yang bernilai RM100,000. Kejadian itu berlaku pada pukul 5.00 petang ketika kakitangan kedai emas itu sedang berkemas-kemas untuk menutup kedai. Ketiga-tiga orang perompak yang berpura-pura bertanya sesuatu kepada pengawal keselamatan kemudiannya menarik pengawal itu ke dalam kedai lalu menutup pintu. Mereka kemudiannya mengarahkan dua pekerja kedai itu memasukkan barang kemas yang ada di ruang pameran, ke dalam beg sambil mengacukan pistol. Pengawal keselamatan diikat dan didudukkan di sudut kedai itu dengan mulutnya disumbat dengan kain. Sebelum melarikan diri , perompak itu mengikat pekerja kedai emas itu pula. Kejadian hanya disedari oleh orang ramai lima belas minit kemudian apabila mereka terdengar bunyi pintu kedai itu ditendang dari dalam. Mereka kemudiannya menelefon pihak polis. Polis yang tiba lima minit kemudian memecahkan pintu kedai dan menyelamatkan mangsa rompakan. Polis meminta orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil memberikan maklumat.