Belajar Cara Belajar

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Belajar Cara Belajar as PDF for free.

More details

  • Words: 833
  • Pages: 6
BELAJAR CARA BELAJAR Belajar Cara Belajar merupakan satu proses teknik pembelajaran sama ada bersama guru atau tidak. Belajar bersama guru ialah seperti di dalam kelas, di mana guru menyampaikan P&P kepada murid. Belajar bersedirian atau bersama rakan dan belajar semasa tidak bersama guru. KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar terdiri daripada 5 aspek kemahiran iaitu: i.

Kemahiran Mendengar Mendengar segala maklumat yang disampaikan oleh sesiapa sahaja yang memberikan maklumat, memberi penjelasan, membuat pertanyaan dan memberi pendapat. Misalnya, murid mendengar penyampaian pengajaran daripada guru . Perkara yang kita dengar ialah pelbagai teks yang didapati daripada: i.

Arahan

ii.

Lakonan

iii.

Puisi

iv.

Berita

v.

Ucapan

vi.

Syarahan

vii.

Lagu

viii.

Taklimat

ix.

Pengumuman

x.

Penerangan Tujuan kita mendengar ialah untuk mendapatkan maklumat, fakta, data,

pengetahuan, penghayatan dan sebagainya. Untuk meningkatkan kemahiran mendengar, kita perlu: i.

Motivasikan diri untuk memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu.

ii.

Menumpukan perhatian pada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis.

iii.

Memandang ke arah guru semasa pengajaran.

ii.

Kemahiran Membaca Membaca maklumat yang diberikan oleh guru samada berbentuk buku, majalah, Cd, surat khabar dan bermacam-macam lagi. Kemahiran membaca boleh dibahagikan kepada: a. Skimming/Luncuran

Sesuai digunakan untuk maklumat ringkas dan pantas. Membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan nota. b. Scanning/ Imbasan

Sesuai digunakan untuk mendapatkan malumat yang lebih dalam. Membaca pendahuluan, rumusan dan kandungan bab, seterusnya memerhatikan kata kunci, konsep, rajah, grafik dan data. Antara kemahiran membaca ialah membaca secara insentif iaitu untuk mendapatkan malumat terperinci, perlu membuat strategi SQ3R. SQ3R ialah seperti di bawah: Survey - pendahuluan, tajuk, ringkasan Question –tajuk jadi soalan – jawab Read – baca perenggan untuk maklumat Recite – ringkaskan, refrasakan perenggan Review – lihat nota semula, pastikan ingat isi Membaca laju juga merupakan kemahiran membaca, membaca laju ini perlu memahami isi kandungan sesuatu topik. Tumpuan sepenuhnya masa membaca laju agar tidak ada kesalahan membaca. Mengesan isi-isi penting melalui tandatanda dalam sesuatu fakta tersebut seperti tulisan condong, bergaris tebal, gambar rajah dan juga peta minda. Seterusnya membuat catatan nota daripada membaca laju. iii.

Kemahiran Menulis Kemahiran menulis adalah seperti segala penyampaian yang diberikan oleh guru, dicatit ke dalam buku dan sebagainya. Antara kemahiran menulis ialah

menulis dengan cepat. Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: a. Kelajuan menulis b. Tulisan yang boleh dibaca

iv.

Kemahiran Mengambil Nota Mengambil nota atau mencatat nota adalah aktiviti merekod fakta,maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mengambil/Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

v.

Kemahiran Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam.

KEMAHIRAN MAKLUMAT Maklumat ialah pengetahuan,data,butiran,fakta, keterangan, atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang Kemahiran maklumat terdiri daripada: a. Kemahiran perpustakaan

Menggunakan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. b. Kemahiran belajar

Belajar sendiri untuk mendapatkan maklumat c. Kemahiran penyelidikan

Membuat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat. d. Kemahiran komunikasi dan penyampaian

Berkomunikasi dengan orang lain utntuk mendapatkan maklumat.

SUMBER MAKLUMAT Sumber maklumat boleh didapati daripada: i.

Sumber berasaskan manusia Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang, tokoh dan sebagainya.

ii.

Bahan audiovisual Contohnya filem, video, aset, cakera laser, mirofilem, mikrofis, pita magnetik

iii.

Sumber berasaskan komputer Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera padat, dan internet.

iv.

Bahan bercetak Contohnya buku, majalah, monograf,surat khabar, jurnal dan laporan.

JENIS SUMBER/BAHAN Jenis sumber/bahan yang boleh digunakan sebagai maklumat semasa blajar ialah Jurnal, Laporan /Statistik, Kertas Kerja, Paten, Standard/Piawaian, Tesis/Disertasi, Katalog Perdagangan, Ensiklopedia, Kamus, Tesaurus, Atlas/Peta, Gazetiar, Brosur/risalah, Akhbar, Majalah/Buletin, Buku teks/rujukan, Buku Tahunan, Monograf, Buku log/diari, Kitab suci, Indeks, Abstrak, Bibliografi, Ulasan/Resensi, Direktori, Biografi, Buku Panduan /Manual, Pangkalan Data, Dalam Talian, Internet dan CD-ROM

STRATEGI METAKOGNISI Menurut Albert Camus, Stategi metakognisi ialah An intellect is someone whose mind watches itself. Manakala, Costa (1981), Metakognisi ialah kebolehan mengetahui apa yang kita ketahui dan yang tidak kita ketahui. Oleh itu, Metakognisi ialah seseorang itu dapat mengetahui sendiri apa yang telah dipelajari dan memahami sesuatu tanpa mempelajarinya. Metakognisi juga merupakan kesedaran tentang hal yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.

Kesedaran diri mengenai fikiran dan pembelajaran merupakan perkara penting dalam aspek metakognisi. Apabila kesedaran ini wujud, murid dapat mengawal fikirannya untuk merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari .

GAYA PEMBELAJARAN Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya pembelajaran merupakan fokus seseorang tentang apa yang ingin dipelajarinya dan memaksimumkan hasil pembeljaran yang dibuat. Gaya pembelajaran terdiri daripada dua iaiatu: 1. Gaya pembelajaran VAK

Gaya pembelajaran VAK ialah Visual, Auditori dan Kinestetik 2. Gaya pembelajaran Dunn & Dunn

Gaya pembelajaran Dunn & Dunn berasaskan beberapa aspek iaitu: a. Alam Sekitar

Contohnya, bunyi, cahaya, suhu, pola b. Emosi

Contohnya, motivasi, ketabahan, tanggung jawab, struktur c. Sosiologi

Contohnya, sendiri, pasangan, rakan Sebaya, pasukan, guru dan pelbagai cara d. Fizikal

Contohnya, persepsi, makan, waktu, gerakan e. Psikologi

Contohnya, Global atau Analitik, Otak Kiri atau Otak Kanan, Impulsive atau Refleksif

Related Documents

Belajar Cara Belajar
October 2019 58
Belajar Cara Belajar
April 2020 29
Cara Belajar
May 2020 23
Cara Belajar
June 2020 20
Cara Belajar Efektif
November 2019 24
Belajar
November 2019 64