Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah as PDF for free.

More details

  • Words: 65,934
  • Pages: 352
Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah Penulis Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Disemak Oleh Tuan Hassan Tuan Lah

Judul: Beberapa Persoalan Lazim Tentang Thaharah Penulis: Abu Iqbal Mohd Yaakub bin Mohd Yunus [email protected]. H/P: 016-264 0722 Penyemak: Tuan Hassan Tuan Lah www.al-ahkam.net Cetakan Pertama: 2008 © Mohd Yaakub bin Mohd Yunus Dianjurkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ilmu. Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin dengan apa cara jua untuk tujuan komersil tanpa keizinan bertulis daripada penulis. Penerbit: Perniagaan Jahabersa 15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia. Tel: 07-235 1602, 235 1605. Fax: 07-235 1603 http://www.jahabersa.com.my Pencetak: Bin Halabi Press 12/21 Mo.1 Talubo Moung Pattani, Thailand 94000 Tel: 66-73-310296, 310339 Fax: 66-73-334863

2

Kandungan Kata-kata aluan Tuan Hasan Tuan Lah

5

Mukadimah

9

1.

Pendahuluan berkenaan wuduk

19

2.

Apakah keutamaan berwuduk?

23

3.

Hal-hal berkaitan wuduk secara ringkas

33

4.

Bagaimanakah tatacara wuduk Rasulullah?

51

5.

Sucikah air mustakmal digunakan untuk berwuduk?

117

Adakah menyentuh wanita membatalkan wuduk?

131

Adakah memegang kemaluan membatalkan wuduk?

151

Adakah darah dan muntah membatalkan wuduk?

159

Adakah memakan daging unta membatalkan wuduk?

165

6.

7.

8.

9.

10. Bagaimanakah tidur yang membatalkan wuduk?

177

11. Perlukah berwuduk untuk memegang dan membaca al-Qur’an?

187

12. Perlukah berwuduk untuk tawaf di sekeliling Ka’abah?

203

3

13. Bagaimana menyapu khuf menurut sunnah Nabi?

213

14. Bolehkah menyapu jaurab (stoking)?

231

15. Bolehkah menyapu penutup kepala?

237

16. Bolehkah menyapu balutan ketika berwuduk?

245

17. Bagaimanakah tatacara tayamum dan apakah hukum hakam berkaitannya?

253

18. Bagaimanakah tatacara mandi wajib dan apakah hukum-hakam berkaitan dengannya?

293

Penutup

341

Rujukan

347

Biodata

351

4

Kata-Kata Aluan

ِ ِ ‫ ا‬ ِ َ ْ ‫ِْ ِ اِ ا‬ Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, selawat dan salam ke atas Rasulullah, penghulu, imam, qudwah hasanah dan kekasih kita semua. Juga selawat dan salam kita berikan kepada kaum keluarga (ahlil bait) baginda, para sahabat, kaum salaf dan sesiapa yang menjejaki sunnah dan hidayah baginda hingga ke penghujung usia alam buana ini. Saya rasa berbesar hati di atas penghargaan saudara saya, Mohd Yaakub Mohd Yunus yang sudi menjemput saya memberi sepatah dua kata-kata aluan sempena pelancaran buku beliau yang terbaru. Saya secara peribadi amat mengkagumi kegigihan penulis. Walaupun bekerjaya di sektor perbankan yang kita tahu dengan kesibukannya, tetapi masih mampu menghasilkan buku demi buku yang berkualiti serta mampu menandingi kitab-kitab agama yang dihasilkan di Timur Tengah. Topik buku ini ialah topik yang paling popular dalam pasaran buku-buku agama di Malaysia, yakni seputar wuduk, tayamum dan ghusl (mandi). Tetapi kebanyakan buku tersebut hanyalah mengukuhkan satu mazhab sahaja, misalnya mazhab resmi Malaysia, manakala penulis membuka semula sempadan fiqih kepada fiqh yang asli dan original, merentasi mazhab dan Imam selaras dengan era digital dan internet. Umat Islam semakin celik komputer dan internet dan mereka semakin terdedah kepada ledakan maklumat di ruang siber, maka mereka memerlukan fiqih yang lebih global dan terbuka. Manhaj buku ini atau metodenya ialah fiqhus sunnah, iaitu fiqih berasaskan amalan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang

5

digarap dari pelbagai sumber kedua yang mentafsir amalan sunnah tersebut dan penulis kemudian melakukan tarjih dan tahqiq (menimbang semua pendapat dan mengesyorkan apakah pendapat yang paling hampir kepada kebenaran). Sumber sekunder atau kitab-kitab khazanah ilmu-ilmu Islam (turath) itu adalah kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadis, dan syarah kepada kitab hadis, kemudian kitab-kitab induk mazhab-mazhab fiqh yg muktabar (reliable) dan kitab-kitab ulamak-ulamak terkini yang dinamakan muhaqqiqin (yang tekun meneliti dan membuat kajian kepada perselisihan dan kesamaran dalil-dalil hukum fiqih). Penulis juga memilih jalan yang sederhana dan pertengahan. Disamping mengesyorkan pendapat yang paling rajih (lebih benar), beliau tidak menolak pendapat-pendapat dan ketetapan-ketetapan dalam mazhab-mazhab sedia ada. Ini berbeda dengan sesetengah penulis yang mencela pendapat-pendapat Imam dan madzhab. Walaupun tiga sub-topik yang dipilih oleh penulis (wuduk, mandi dan tayamum) sudah terlalu biasa dihidangkan dalam kitabkitab fardhu ’ain di pasaran buku tempatan, tetapi penulis menjanjikan kelainan dan menyegarkan semula topik ini yang begitu kaku dan beku bahkan praktis berwuduk, bertayamum dan mandi sudah menjadi amalan turun temurun tanpa dipedulikan dalil-dalil yang mendokong amalan dan ritual di kamar mandi umat Islam. Saya yakin kehadiran buku ini akan memperkayakan khazanah buku agama berasaskan dalil di tanah air kita dan ia akan memberi banyak manfaat kepada umat Islam berbanding buku agama yang biasa kedapatan di pasaran buku tempatan, antara faedahnya: 1. Menyampaikan hukum-hukum fiqih kepada massa dalam isuisu yang sering diperselisihkan.

6

2. Ia menjadikan fiqh made easy atau menjadikan hukum-hukum fiqih itu mudah dimengerti hatta oleh orang yang tiada asas alQur’an dan al-Hadis sekalipun. 3. Mendedahkan kepada massa konsep pendapat yang lemah dan pendapat yang kuat. 4. Mengangkat kejumudan dan kelesuan umat lantaran lamanya budaya taklid dan bermadzhab. 5. Memberi pendedahan kepada massa bagaimana teknik atau manhaj yang harus digunakan dalam menganalisa perselisihan dalam hukum-hukum fiqih yang melibatkan rantingan. Wuduk, mandi dan tayamum adalah alat thohaarah dan dengannya umat Islam melakukan ibadah. Kualiti solat bermula dengan wuduk, maka penulis telah melakukan sebaiknya. Saya doakan buku ini diterima oleh pencinta ilmu di tanahair dan negara jiran nusantara dan mudah-mudahan fiqh berasaskan dalil dan muqarran (perbandingan) mampu memecah kejumudan dan kesempitan dalam beragama, ini adalah kerana penulis telah membawa kita kepada wuduk, tayamum dan mandi seperti yang dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam 1400 tahun dahulu. Jika masyarakat sebelum ini banyak didedahkan tentang sifat solat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka kali ini kita kena ketahui pula tentang wuduk cara Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

.َ ََ‫ث َ ی‬ َ َ ْ‫" اُ !َ َ َة َأَ ِآُْ ِإذَا َأ‬ ُ َ#ْ$َ‫ ی‬% َ Allah tidak menerima solat salah seorang di antara

7

kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.1

Sekian Tuan Hassan Tuan Lah Panel Fiqh al-Ahkam.net (www.al-ahkam.net)

1

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 225.

8

MUKADIMAH

ِ ِ ‫ ا‬ ِ َ ْ ‫ِْ ِ اِ ا‬ ِ)ِ ‫َ*ُ ُذ‬+‫ َو‬-ُ ُ ِ.ْ/ََْ+‫ُُ َو‬0ِ*ََْ+َ‫ و‬-ُ ُ َ ْ'َ+ ِِ َ ْ َ'ْ‫ن ا‬  ‫َأ‬ "  ِ1ُ‫َ َ ﻡ‬3 ُ‫ ا‬-ِ ِ ْ4َ‫َ) ﻡَ ْ ی‬0ِ)َ ْ5‫ت َأ‬ ِ )َ78َ‫َ) َوﻡِ ْ ﺱ‬0ُِ.ْ+‫ﻡِ ْ ;ُُو ِر َأ‬ % َ -ُ َ ْ‫ اُ َو‬%  ‫ ِإََ ِإ‬% َ ْ‫َ ُ َأن‬4ْ;‫ي َُ َوَأ‬ َ ‫َ َ هَ) ِد‬3 ْ"ِْ1ُ‫َُ َوﻡَ ْ ی‬ .ُُُ‫ َو َرﺱ‬-ُ ُ ْ#َ5 ‫ن ﻡُ'َ ًا‬  ‫@ َُ َوَأ‬ َ ‫;َ ِی‬ Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya kita memohon dan kepada-Nya jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia tidak akan mendapatkan kesesatan. Barangsiapa yang tersesat, maka tidak ada yang dapat memberikannya petunjuk kecuali hanya Dia. Saya bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa. Saya bersaksi bahawasanya Muhammad adalah hamba dan utusanNya.

       #&#'"( $% ! "# ⌧

0☺3456 +-./ )%* 789:; Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekalikali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.2

<=>  C +?@AB  2

Aali-‘Imraan (3) :102

9

KLMD HIJ'. FG A?"D3"E MQMRMS P D3MN =%MFB UVP TP A _ ☯]5^ ☯YZ[⌧\ C   ! *A

0>]5"  0* _ ` DaB-E 78; deB a+?JbD3 c 0⌧\ Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.3

    =   Mf =%a" ># a+?"> h⌧34i 7g9; aZ'J4  aA?D3 M☺h/ F  ? a+? A.#j a+?"> n/"fB  klm q☺e  Sa"o MS"o h""o 7g8; Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara). Supaya Dia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan 3

10

al-Nisaa’ (4) : 1

(ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.4

‫ي‬ ُ َْ‫ي ه‬ ِ َْ4ْ‫ ا‬ َ َْ‫ب اِ َوَأ‬ ُ )َِ‫ آ‬B ِ ‫ق اْ'َِی‬ َ َ ْ!‫ن َأ‬  ‫ِإ‬ ٍEَ5ِْ " F ُ‫ٌ َوآ‬Eَ5ِْ ٍEَHَ ْ'ُ‫" ﻡ‬ F ُ‫َ) َوآ‬4ُ‫َ)ﺕ‬Hَ ْ'ُ‫ﻡُ ِر ﻡ‬J ُ ‫ ا‬F َ;‫ﻡُ'َ  ٍ َو‬ .‫) ِر‬0‫ ا‬Kِ3 ٍEََ َ " F ُ‫ٌ َوآ‬Eََ َ

Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah. Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka.5 Penulis ingin memanjat rasa syukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana dengan limpah kurnia-Nya buku penulis sebelum ini yang bertajuk Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat mendapat sambutan yang menggalakkan. Lantas penulis diajukan satu idea yang bernas daripada sahabat karib, mentor serta guru penulis iaitu Saudara Hafiz Firdaus Abdullah agar mengarang sebuah buku berkaitan dengan wuduk kerana kedua subjek ini iaitu wuduk dan solat adalah saling bertaut di antara satu sama lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َ َ ََ‫ث َ ی‬ َ َ ْ‫" اُ !َ َ َة َأَ ِآُْ ِإذَا َأ‬ ُ َ#ْ$َ‫ ی‬% َ Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.6 4

al-Ahzaab (33) : 70-71 Hadis riwayat imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab Sholat al-‘Iedaini, no: 1560. 6 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 225.

5

11

Maka lanjutan dari saranan tersebut penulis usahakan sebuah buku yang membicarakan perihal tatacara wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun begitu penulis melihat perlu juga dibahaskan di dalam buku yang sama ini tentang tatacara sebenar untuk bertayamum dan mandi wajib mahupun sunat kerana ianya juga saling berkait rapat dengan ritual menyucikan diri sebelum mengerjakan solat. Sememangnya terdapat begitu banyak buku di pasaran yang telah membahaskan tentang perkara-perkara tersebut. Namun begitu penulis berharap kehadiran buku ini akan dapat saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. Menerusi buku ini penulis juga telah menerapkan beberapa metodologi penulisan agar buku ini dapat dipersembahkan dalam format yang mudah dicerna walaupun perbahasannya berciri ilmiah dan dalam beberapa topik penulis telah mengupasnya dengan secara mendalam. Metodologi tersebut adalah seperti berikut :1) Penulis sedaya-upaya akan membahaskan topik-topik tersebut seadil mungkin dengan menggunakan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai neraca kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah memberi jaminan bahawa selagimana kita berpegang kepada keduanya kita tidak akan tersesat. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam :

‫ب‬ َ )َِ‫ِ َ) آ‬4ِ ُْْLَ َ‫ا ﻡَ) ﺕ‬Fِ1َ‫ َ ْ ﺕ‬ ِ ْ‫ُْ َأﻡْ َی‬Lِ3 M ُ ْ‫ﺕَ َآ‬ ِ8ِ#َ+ َE0ُ‫اِ َوﺱ‬ Aku telah meninggalkan kepada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat dengan keduanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya.”7 2) Sengaja penulis bahaskan segala topik dalam buku ini merujuk 7

Hadis riwayat Imam Malik dalam al-Muwattha’, Kitab al-Jami’, hadis no. 1395.

12

kepada kepelbagaian pandangan tanpa menghadkan kepada mazhab Syafi’i sahaja. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan kepada para pembaca kepada pandangan mazhab-mazhab lain dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan dapat memperkayakan ilmu-ilmu fekah masing-masing. Sifat keterbukaan kepada pandangan-pandangan mazhab lain diharapkan akan dapat membasmi sikap taksub mazhab8 dalam

8

Membasmi sikap taksub mazhab bukan bermakna memerangi mazhab-mazhab yang ada dalam Islam. Penulis sentiasa mengiktiraf kewujudan mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara keseluruhannya. Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Sesungguhnya penyeru untuk kembali kepada al-Sunnah tidak bermaksud meninggalkan semua mazhab yang ada baik secara global mahupun secara rinci, bahkan mereka (yang mengajak untuk kembali kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) senantiasa menghargai mazhab-mazhab tersebut dan menghormati para imam mazhab sambil bergantung pada pandangan para imam untuk memahami al-Kitab dan al-Sunnah. Mereka hanya meninggalkan pendapat para imam apabila jelas bertentangan dengan al-Kitab dan al-Sunnah.- Syaikh

Muhammad Nashiruddin al-Albani, Risalah Ilmiah Albani, (edisi terjemahan oleh Abu Musyrifah dan Ummu Afifah, Pustaka Azzam, Jakarta, 2002), ms. 42. Sebenarnya tidak ada salah untuk mengikuti mazhab asalkan pendapat mazhab itu tidak lebih diutamakan dari al-Qur’an dan hadis Nabi shalallahu 'alaihi wasallam. Dalam ertikata lain sekiranya di dalam sesuatu mazhab itu terdapat amalan yang bercanggah dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka hendaklah ditinggalkan pendapat mazhab tersebut. Diakibatkan oleh bisikan syaitan, wujud dikalangan umat Islam yang begitu taksub terhadap mazhab masing-masing sehingga mereka beranggapan hanya mazhab mereka sahaja yang benar dan wajib ditaati dalam apa jua keadaan. Menurut Syaikh Muhammad Sulthan al-Maksumi al-Khajandi rahimahullah:

13

masyarakat kita dan saling menghargai khazanah fekah yang telah ditinggalkan oleh ulamak-ulamak silam. 3) Hendaklah para pembaca menyedari bahawa perbahasan hukum wajib mahupun sunat di dalam buku ini hanyalah bertujuan ilmiah dan agar dapat dijadikan panduan tentang adakah tindakan seseorang meninggalkan sesuatu amalan tersebut dapat menjejaskan keabsahan sesuatu ibadah. Namun begitu sekiranya sesuatu amalan itu memang sabit datangnya daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka bagi Ahlus Sunnah akan sedaya upaya untuk mengerjakannya walaupun ianya sekadar amalan yang sunat mahupun harus sahaja. 4) Perbahasan fekah sentiasa akan mendedahkan para pembaca kepada perbezaan-perbezaan pendapat (ikhtilaf) di antara para ulamak. Bagi penulis pendedahan tersebut adalah satu sikap yang baik dan wajar untuk diketengahkan kepada masyarakat yang semakin dahagakan ilmu. Apatah lagi Qatadah (seorang imam generasi awal) pernah berkata:

Dari sanalah (sikap fanatik mazhab) munculnya saling membenci, saling meninggalkan, saling menghasut dan takbur, hingga urusan umat Islam berantakan dan persatuan menjadi cerai-berai. Jadilah mereka santapan orang-orang Eropah dan penindas. Bukankah setiap imam Ahl al-Sunnah rahimahumullah itu merupakan imam kita dan kita di barisan mereka? Sangat disesalkan orang-orang fanatik ini! Ya Allah, tunjukilah kami dan mereka ke jalan yang lurus. - Syaikh Muhammad Sulthan al-

Ma’shumi al-Khajandi, Perlukah Bermazhab (edisi terjemahan, Penerbit Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999), ms. 86. Penulis menyarankan para pembaca untuk mendapatkan buku karangan Saudara Hafiz Firdaus bertajuk Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam (Edisi Baru) terbitan Perniagaan Jahabersa untuk memahami lebih lanjut tentang perkara ini.

14

Barangsiapa yang tidak mengenal ikhtilaf, maka dia belum mencium fikih (ilmu Fekah) dengan hidungnya.9

Pengarang kitab Shahih Fikih Sunnah ketika mengulas ucapan Qatadah di atas telah berkata: Disebabkan tidak tahunya seseorang terhadap ikhtilaf itu boleh menyebabkan seseorang menolak sebahagian kebenaran. Kebenaran tidak diungguli oleh sebahagian individu – di antara sekian banyak ulamak-, namun ia boleh dimiliki oleh sesiapapun. Kerana itu ada sebuah riwayat daripada ‘Uthman bin Atha’ daripada bapanya, dia berkata: Tidak seharusnya seseorang berfatwa kepada manusia sebelum dia mengetahui ikhtilaf yang terjadi di kalangan manusia (ulamak), kerana jika dia melakukan hal itu, boleh terjadi dia menolak ilmu yang sebenarnya lebih thiqah (terpercaya kebenarannya) daripada ilmu yang dia yakini.10

5) Adakalanya ketika berhadapan dengan perkara yang terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulamak, penulis akan melakukan tarjih (memilih pendapat yang lebih tepat) sekiranya telah jelas bagi penulis akan kekukuhan hujahya berbanding dengan pendapat-pendapat yang lain. Namun begitu ini tidak bermakna penulis telah memperkecilkan pandangan para ulamak yang berpegang kepada pendapat yang penulis 9

Dinukil dari buku karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fikih Sunnah (edisi terjemahan terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 21. 10 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 21.

15

lihat kurang tepat itu. Hanya sahaja sekiranya terdapat sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama, manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah merujuk semula kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Ini selari dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

  #b/    #b/  tHu/

sfIZ> 0*y"o  4x?= vaw-E /4|⌧} t* z{hC =" } tDH* D6eZ"o z{\ 0* 9sfIZ> }*A

0="# _ ZN-M ~abJ> ⌦YaZMN M€>"j 7*‚; q⌧ o" F]5h / Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (AlQuran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.11 Harus juga penulis tekankan di sini bahawa pendapat-pendapat 11

16

al-Nisaa’ (4) : 59

yang telah penulis tarjih bukan bermaksud menjadi keharusan bagi orang lain untuk mengikuti pendapat penulis tersebut. Hanya sahaja penulis telah melakukan tarjih tersebut sesuai dengan kemampuan dan ilmu yang ada pada diri penulis yang sememangnya tidak bebas dari melakukan kesilapan. Usaha penulis ini diharapkan dapat membantu para pembaca untuk melakukan amalan sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, amalan para al-Salafussoleh dan bebas dari amalan-amalan bid’ah. 6) Adakalanya perkara-perkara yang dikhilafkan itu masingmasing memiliki hujah-hujah yang kukuh dan dibangunkan menurut kaedah-kaedah fekah yang benar. Maka dalam keadaan sebegini penulis tidak melakukan tarjih tetapi penulis terbuka kepada pendapat-pendapat tersebut. Bagi para pembaca bolehlah memilih pendapat mana yang mereka yakini lebih tepat. Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata: Adalah wajib ketika terjadi ikhtilaf ulamak, agar mencari dalil dari al-Qur’an, al-Sunnah, ijmak atau qiyas berdasarkan pokok-pokok dalil tadi. Apabila dari dalildalil yang ada adalah sama kuat, maka wajib memilih dalil yang paling mendekati kebenaran menurut al-Qur’an dan al-Sunnah. Jika langkah tersebut belum menunjukkan kejelasan, maka wajib untuk bertawaqquf (berhenti tanpa mentarjih) dan tidak boleh memastikan pada salah satu pendapat melainkan dengan keyakinan.12

Buku yang berada di tangan para pembaca ini penulis berikan judul Beberapa Persoalan Lazim Tentang Wuduk, Tayamum & Mandi. Berbeza dengan buku-buku penulis sebelum 12

Penulis nukil dari buku karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fikih Sunnah jilid 1, ms. 22-23.

17

ini, buku ini penulis usahakan bersama dengan rakan seperjuangan dan guru penulis iaitu Saudara Tuan Hassan Tuan Lah, yang merupakan seorang yang ahli dalam bidang fekah. Beliau merupakan ahli panel fiqh bagi laman web al-Ahkam. Semoga buku ini mencapai objektifnya serta mendatangkan manfaat kepada sesiapa yang membacanya serta dapat menjadikan kita insan yang bersungguh-sungguh dalam mengamalkan sunnahsunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam segala perkara terutamanya dalam bab thohaarah. Penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang banyak mengajar penulis tentang Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Setinggi-tinggi penghormatan juga kepada kedua ibu bapa yang dikasihi, seluruh ahli keluarga yang disayangi, kepada teman seperjuangan di alFikrah dan al-Ahkam, rakan-rakan di Affin Bank Berhad yang telah sudi untuk berkongsi ilmu serta bertukar pandangan dengan penulis. Semoga Allah membalas jasa mereka dengan ganjaran pahala yang lebih baik di dunia dan akhirat. Penulis juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hafiz Firdaus Abdullah, Mohd Khairul Muhammed, Ummu ‘Izzati, Maryati bte Mat Nasir dan Ainul Yakin kerana sudi membaca pruf serta membuat sebarang pembetulan yang perlu terhadap buku ini. Walaubagaimanapun seandainya terdapat apa-apa kesilapan atau kekurangan dalam buku ini, maka ia adalah di atas tanggungjawab penulis. Sebarang pembetulan dan pembaikan dialu-alukan. Ia boleh disampaikan kepada penulis samada melalui telefon: 016-2640722 atau e-mel: [email protected]. Semoga amalan yang baik dan ilmu yang berfaedah ini diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Abu Iqbal Mohd Yaakub Bin Mohd Yunus Rabiulakhir 1428 / Mei 2007 Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur

18

PENDAHULUAN BERKENAAN WUDUK Wuduk diambil dari kata dasar ‫ ا ََ) َء ُة‬al-wadha’ah yang bermaksud bersih atau indah. Adapun ‫ ا َُْ ٍء‬al-Wadhu’ adalah air yang digunakan untuk berwuduk. Definisi wuduk menurut istilah hukum Islam adalah penggunaan air yang menyucikan kepada empat anggota tubuh yang sudah ditentukan dengan cara-cara yang sudah ditetapkan syari’at untuk menghilangkan sesuatu yang menghalangi sahnya solat. Wuduk ini telah disyari’atkan berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ 0* _ ; ˆ d#"?J> d=R a+‰=\ 0* _ ZTQ"o 19

/ |MŠ4vTw +‰\ MF / ‹Z⌧'Mf _tD  NFG +?G | D/ / …Œ 4J> Ž‰45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A   _  G +?  / $‹M#h’e> ‘  Z “”Z⌧ hFG +dJbD3 c  Z F…? "> a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan

20

(mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.13 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َ َ ََ‫ث َ ی‬ َ َ ْ‫" اُ !َ َ َة َأَ ِآُْ ِإذَا َأ‬ ُ َ#ْ$َ‫ ی‬% َ Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kalian yang berhadas hingga dia berwuduk.14 Daripada Abu Sa’id radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

)َ4ُِْ'َ‫ِ ُ َوﺕ‬#ْL‫َ) ا‬4ُ ‫ُ ُر َوﺕَ'ِْی‬4FO‫ َ ِة ا‬P‫ح ا‬ ُ )َْ.ِ‫ﻡ‬ .ُ ِْ‫ا‬ Kunci solat adalah bersuci (wuduk) dan permulaan pengharamannya (melakukan perbuatan-perbuatan selain dari yang disyari’atkan dalam solat) adalah takbiratul ihram serta penghalalannya adalah salam.15

13

Al-Maaidah (5) : 6 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 225. 15 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 3. 14

21

22

APAKAH KEUTAMAAN BERWUDUK? Ibadah wuduk memiliki kedudukan yang tersendiri di sisi Allah 'Azza wa Jalla. Ianya merupakan kunci permulaan bagi satu ibadah yang paling mulia di dalam Islam iaitu solat. Sewajarnya sebelum seseorang mendirikan solat, hendaklah jiwanya dikosongkan dari memikirkan apa jua perkara berkaitan dengan kehidupan seharian yang telah dan bakal dilaluinya. Wuduk di sini dapat berperanan untuk menenangkan jiwa seseorang agar dapat membantunya untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadah solat. Air yang dipergunakan untuk berwuduk bukan sekadar akan menyegarkan tubuh badan seseorang tetapi ianya juga dapat mengembalikan tenaganya sehingga membolehkannya melakukan ibadah solat sesempurna mungkin. Wuduk juga dapat membersihkan anggota-anggota badan yang sentiasa terdedah

23

kerana tidak ditutupi pakaian. Lazimnya sebelum seseorang itu bertemu dengan orang-orang kenamaan, tentu dia akan membersihkan dirinya agar nampak segar dan bertenaga. Solat pada hakikatnya merupakan satu ibadah di mana seseorang sedang bermunajat16 kepada Allah 'Azza wa Jalla secara langsung. Oleh itu adalah lebih wajar bagi seseorang itu untuk membersihkan anggota badannya melalui wuduk sebelum bertemu dengan Allah 'Azza wa Jalla ketika bersolat. Di sini kita dapat melihat bahawa ibadah wuduk ini mempunyai peranan yang positif bukan sahaja dari segi spiritual malah juga dari segi fizikal. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah menyatakan17 bahawa sunnah Rasulullah datang dengan membawa ajaran menghindari kekotoran fizik dan membersihkan tubuh darinya. Sebagaimana dia juga datang dengan membawa ajaran menghindari kekotoran rohani dan membersihkannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

)ًHَ َH ِْRْ0َََْْ3 َ َ ََ3 ِِ‫َ)ﻡ‬0َ‫ َأَ ُآُْ ﻡِ ْ ﻡ‬-ُ ‫َ ُأرَا‬Sَ$َْْ‫ِإذَا اﺱ‬ .ِِ‫ُﻡ‬TَْU ََ5 M ُ ِ#َ‫ن ی‬ َ )َOْT‫ن ا‬  Vِ َ3 Ketika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur maka hendaklah menghirup air ke hidung dan mengeluarkannya kembali sebanyak tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di batang 16

Mendampingi, mendekati dan bergaul dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala menerusi amal ibadah. 17 Penulis nukil dari kitab Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman alBassam, Syarah Bulughul Maram, (edisi terjemahan oleh Thahirin Suparta, M. Faisal dan Adlis Aldizar, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 206-207.

24

hidungnya.18 Baginda shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

‫َ) ِء‬+W ِ ‫ ا‬Kِ3 -ُ َ َ‫ْ ی‬Xِ ْ/َ‫َ َ ی‬3 ِِ‫َْﻡ‬+ ْ ِ‫َ َأَ ُآُْ ﻡ‬Sَ$َْْ‫ِإذَا اﺱ‬ .-ُ ُ َ‫ْ ی‬Mَ‫ َ)ﺕ‬ َ ْ‫ یَْ ِري َأی‬% َ ُ+Vِ َ3 )ًHَ َH )َ4َِْ/َ‫َ ی‬ Ketika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur malamnya maka janganlah dia memasukkan tangannya ke tempat air sehingga dia membasuhnya sebanyak tiga kali. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu di mana tangannya semalam.19 Seterusnya mari kita lihat beberapa kelebihan ibadah wuduk ini sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

1) Anggota-anggota wuduk bercahaya. Ternyata bagi mereka yang sentiasa berwuduk sesuai dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka anggotaanggota wuduk tersebut akan bercahaya di hari akhirat nanti. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‫َ) ِر‬HY ْ ِ‫ ﻡ‬ َ ِZَ'ُ‫ِ \ُ[ا ﻡ‬Eَ‫َِ)ﻡ‬$ْ‫ن یَْ َم ا‬ َ َْ5ُْ‫ ی‬Kِ‫ن ُأﻡ‬  ‫ِإ‬ .‫اْ ُُ ِء‬ Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dengan cahaya di wajah, tangan dan kaki kerana bekas

18

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab Bada al-Khalik, no: 3295. 19 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 278.

25

wuduk.20 Melalui cahaya di anggota-anggota wuduk tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan dapat mengenali umatnya. Apabila para sahabat radhiallahu 'anhum bertanya kepada baginda bagaimana kelak baginda dapat mengenali umatnya yang belum pernah diketemui setelah wafatnya baginda, baginda menjawab:

ْ‫ْ َي‬4َ_

َ َْ ٌEَZَ'ُ‫َْ"ٌ \ُ ` ﻡ‬U َُ ً ُ‫ن َرﺝ‬  ‫ َْ َأ‬M َ ْ‫"َأ َرَأی‬ "‫ََُْ؟‬U ‫ف‬ ُ ِ ْ*َ‫ ی‬% َ ‫ْ ٍ َأ‬4ُ ٍ ْ‫" ُده‬ ٍ َْU Tahukah kamu seandainya seseorang mempunyai kuda yang belang putih di kening dan kakinya yang berada di antara kuda-kuda yang hitam kelam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?

".ِ‫ل ا‬ َ ُ‫ "ََ یَ) َرﺱ‬:‫َ)ُا‬d Para sahabat menjawab: “Tentu wahai Rasulullah!”

)َ+‫ ﻡِ ْ اْ ُُ ِء َوَأ‬ َ ِZَ'ُ‫ن \ُ[ا ﻡ‬ َ ُ‫ُْ یَْﺕ‬4+Vِ َ3" :‫ل‬ َ )َd ".Kَِْ ْ َ5 ٌ‫ن ِرﺝَ)ل‬  ‫َا َد‬gَُ % َ ‫ض َأ‬ ِ َْ'ْ‫ََ ا‬5 ُْ4ُiَ َ3 Baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka sesungguhnya mereka (umat Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam) akan datang kepada ku dalam keadaan putih bercahaya di kening dan kakinya kerana cahaya wuduk dan aku menanti mereka di sebuah telaga.21 20

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 136. 21 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 249.

26

2) Dapat menghapuskan dosa-dosa lalu Ibadah wuduk dapat menghilangkan dosa-dosa kita di masa lampau selagi mana ia tidak termasuk di dalam kategori dosadosa besar. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

)َ‫َ)ی‬Oَjْ‫ْ ا‬Mَ‫َ َﺝ‬U k َ َ ْ1َ ََ3

ُ ِ‫ْﻡ‬lُ ْ‫ْ ُ ا‬#َ*ْ‫ِإذَا ﺕَ َ َ ا‬ " َ ََ\ ‫ذَا‬Vِ َ3 ِِ.ْ+‫َ)یَ) ﻡِ ْ َأ‬Oَjْ‫ْ ا‬Mَ‫َ َﺝ‬U َ َRْ0َْ‫ذَا اﺱ‬Vِ َ3 ِِ3 ْ ِ‫ﻡ‬ ْ ِ‫ج ﻡ‬ َ ُ ْjَ‫ِِ َ ﺕ‬4ْ‫َ)یَ) ﻡِ ْ َوﺝ‬Oَjْ‫ ا‬M ِ ْ‫َ َﺝ‬U َُ4ْ‫َوﺝ‬ ْ ِ‫َ)یَ) ﻡ‬Oَjْ‫ْ ا‬Mَ‫َ َﺝ‬U ِْ‫" یَ َی‬ َ ََ\ ‫ذَا‬Vِ َ3 .َِْ0َْ5 ‫َ) ِر‬.ْ;‫ َأ‬M ِ ْ'َ‫ﺕ‬ ِِ‫ ِ َأْﺱ‬n َ ََ‫ذَا ﻡ‬Vِ َ3 ِْ‫َ) ِر یَ َی‬.ْ_‫ َأ‬M ِ ْ'َ‫ج ﻡِ ْ ﺕ‬ َ ُ ْjَ‫یَ َیِْ َ ﺕ‬ ‫ذَا‬Vِ َ3 .َِْ+‫ج ﻡِ ْ ُأ ُذ‬ َ ُ ْjَ‫َ)یَ) ﻡِ ْ َرأْﺱِِ َ ﺕ‬Oَjْ‫ْ ا‬Mَ‫َ َﺝ‬U ‫ج‬ َ ُ ْjَ‫َ)یَ) ﻡِ ْ ِرﺝَِْْ َ ﺕ‬Oَjْ‫ْ ا‬Mَ‫َ َﺝ‬U َِْْ‫" ِرﺝ‬ َ ََ\ ِ ِZَْ ْ‫ُُْ ِإَ ا‬Tَ‫ن ﻡ‬ َ )َ‫ُ  آ‬H َِْْ‫َ)رِ ِرﺝ‬.ْ_‫ َأ‬M ِ ْ'َ‫ﻡِ ْ ﺕ‬ .ًEَِ3)َ+ ُُ‫َو!َ َﺕ‬ Bila seorang hamba berwuduk lalu berkumur-kumur, keluarlah dosa-dosa dari mulutnya; jika dia membersihkan hidung, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya; begitu juga tatkala dia membasuh muka, dosa-dosa akan keluar dari mukanya sampai dari bawah pinggir kelopak matanya. Jika dia membasuh kedua tangan, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari bawah kukunya, demikian pula halnya bila dia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari kepala bahkan dari kedua telinganya. Begitupun tatkala dia membasuh kedua kaki, keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari dalamnya, sampai bawah kuku-kuku jari kakinya. Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan

27

solatnya menjadi pahala yang bersih baginya.22 3) Dapat meningkatkan darjat seseorang Ibadah wuduk bukan sekadar dapat menghapuskan dosa-dosa seseorang, bahkan ianya dapat meninggikan darjat seseorang di sisi Allah 'Azza wa Jalla. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ِِ oُ َ3َْ‫َ)یَ) َوی‬Oَjْ‫ََ ﻡَ) یَ ْ'ُ اُ ِِ ا‬5 ُْLF‫ َأ ُد‬% َ ‫"َأ‬ "‫ا  َرﺝَ)تِ؟‬ Mahukah saya tunjukkan kepadamu perkara-perkara yang mana dengannya Allah menghapuskan dosadosamu serta mengangkatkan darjatmu?

"ِ‫ل ا‬ َ ُ‫ "ََ یَ) َرﺱ‬:‫َ)ُا‬d Mereka (yakni para sahabat radhiallahu 'anhum) berkata: Mahu Ya Rasulullah,”

َ‫َ) ِإ‬Oُjْ‫ْ َ ُة ا‬Rَ‫ َوآ‬-ِ ‫َ) ِر‬Lَ ْ‫ََ ا‬5 ‫غ اْ ُُ ِء‬ ُ )َ#ْ‫ "ِإﺱ‬:‫ل‬ َ )َd ".‫ َ ِة‬P‫ َ ِة َ*ْ َ ا‬P‫َ) ُر ا‬qِْ+‫اْ ََ)ﺝِ ِ وَا‬ Menyempurnakan wuduk ketika menghadapi segala kesusahan, dan sering melangkah mengunjungi masjid, serta menunggu solat demi solat.23 4) Dapat ganjaran syurga 22

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 102. 23 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 251.

28

Bagi mereka yang menyempurnakan wuduk lalu mengerjakan solat sunat wuduk sebanyak dua rakaat maka akan diberi ganjaran syurga.

ََِْ5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫ُْ َأ‬0َ5 ُ‫ ا‬K َ ِ‫ هُ َیْ َ َة َر‬Kِ‫َ ْ َأ‬5 Kِ0ْH8 َ ‫ل‬ ُ َ ِ )َ‫ "ی‬:ِ ْZَ.ْ‫ْ َ !َ َ ِة ا‬0ِ5 ‫ل‬ ٍ َ ِ#ِ ‫ل‬ َ )َd َ َ‫َوﺱ‬ @ َ َْْ*َ+ ‫ف‬  ‫ َد‬M ُ ْ*ِ َ‫ ﺱ‬K8+Vِ َ3 ‫ﺱْ َ ِم‬W ِ ‫ ا‬Kِ3 َُِْ َ5 " ٍ َ َ5 َ‫ِ َرْﺝ‬ .ِE0َZْ‫ ا‬Kِ3 ‫ي‬  َ َ‫ ی‬ َ َْ Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bersabda kepada Bilal ketika hendak solat Subuh: “Wahai Bilal, katakanlah kepada ku, amalan apakah yang telah engkau lakukan dalam Islam yang paling engkau harapkan? Sesungguhnya aku mendengar bunyi terompahmu di hadapanku di dalam syurga?”

ْ4َOَ‫ َْ َأﺕ‬K8+‫ِْي َأ‬0ِ5 َ‫َ َ ً َأرْﺝ‬5 M ُ ِْ َ5 )َ‫ "ﻡ‬:‫ل‬ َ )َd ‫ُ ِر‬4FO‫@ ا‬ َ ِgَ ِ M ُ َْ! %  ‫َ) ٍر ِإ‬4َ+ ْ‫" َأو‬ ٍ َْ ِEَ5)َ‫ ﺱ‬Kِ3 ‫ُرًا‬4َi ".K َ 8َ!‫ َأنْ ُأ‬Kِ r َ ُِ‫ﻡَ) آ‬ Bilal menjawab: “Aku tidak melakukan sesuatu amalan yang paling aku harapkan, hanya sahaja setiap kali aku bersuci [berwuduk], samada pada waktu malam ataupun siang hari, aku sering mengerjakan solat setelah berwuduk.”24 5) Bersuci adalah sebahagian dari iman Berwuduk adalah termasuk dalam bab bersuci [al-Thohaarah] 24

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJama’ah, no: 1149.

29

dan bersuci itu adalah sebahagian dari iman sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.‫ن‬ ِ )َ ‫ِی‬W‫ْ ُ ا‬Oَ; ‫ُ ُر‬4FO‫ا‬ Bersuci itu adalah separuh dari keimanan.25 Demikianlah beberapa keutamaan ibadah wuduk yang sempat penulis perturunkan untuk manfaat para pembaca semua. Namun begitu keutamaan-keutamaan di atas hanya akan dapat kita kecapi apabila kita memperbaguskan atau menyempurnakan ibadah wuduk tersebut. Hal ini dapat kita perhatikan melalui banyak hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang menekankan perkara tersebut dengan lafaz baginda “Barangsiapa yang berwuduk lalu dia menyempurnakan wuduknya”. Mari kita lihat beberapa contoh hadis-hadis tersebut: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

-ِ ِ ََ‫ ﻡِ ْ ﺝ‬-ُ )َ‫َ)ی‬OَU ْMَ‫َ َﺝ‬U ‫ اْ ُُ َء‬ َ ََْ َ3 َ َ َ‫ﻡَ ْ ﺕ‬ .-ِ ‫َ) ِر‬.ْ_‫ َأ‬M ِ ْ'َ‫ج ﻡِ ْ ﺕ‬ َ ُ ْjَ‫َ ﺕ‬ Barangsiapa yang berwuduk, kemudian dia menyempurnakan wuduknya, maka keluarlah dosadosanya dari jasadnya hingga keluar dari kukukukunya.26

" ُ ِ#ْ$ُ‫ ی‬ ِ ََْ*ْ‫ُ  !َ َرآ‬H ‫ اْ ُُ َء‬ َ ََْ َ3 َ َ َ‫ﻡَ ْ ﺕ‬ .ُE0َZْ‫ْ َُ ا‬Mَ#َ‫ِِ َوﺝ‬4ْ‫ِِ َو َوﺝ‬#َْ$ِ )َ ِ4ََْ5 25

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 223. 26 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 245.

30

Barangsiapa yang berwuduk dan dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia solat dua rakaat dan dia lakukan kedua rakaat itu dengan sepenuh hati dan wajahnya, maka wajib baginya masuk ke syurga.27 Ternyata kesempurnaan wuduk hanya akan dapat dicapai sekiranya seseorang itu mencontohi sifat wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang merupakan contoh ikutan atau teladan yang paling sempurna. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

t* a+?">

0⌧\ "> †L4fu/ } 9sfB

0⌧\ FM☺˜> —=]5⌧  RaZ ZN-M

`abJ> ☯YZ™⌧\  Z⌧\"j 7:8; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).28 Oleh itu penulis berpendapat perlu untuk memperjelaskan beberapa persoalan berkaitan dengan ibadah wuduk ini bersesuaian dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit agar ianya mendatangkan manfaat kepada kita semua di dunia dan juga di akhirat.

27

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 151. 28 al-Ahzaab (33) :21

31

32

HAL-HAL BERKAITAN WUDUK SECARA RINGKAS Penulis tidak bercadang untuk membahaskan setiap perkara berkaitan wuduk secara mendalam kerana telah terdapat banyak kitab fekah yang telah membicarakannya dijual di pasaran. Buku ini hanya akan menumpukan beberapa perkara berkaitan wuduk yang sering menjadi tanda-tanya di kalangan masyarakat di Malaysia dan juga beberapa sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan wuduk yang jarang-jarang diamalkan. Namun begitu penulis akan mengetengahkan juga hukum-hakam berkaitan dengan wuduk di dalam bab ini dengan seringkas mungkin.

Rukun-Rukun Wuduk Ibadah wuduk mempunyai rukun-rukun yang mana sekiranya ianya tidak dilakukan akan menyebabkan wuduk seseorang itu tidak sah iaitu:

33

1) Membasuh muka dengan mengalirkan air dari puncak dahi di anak rambut sehingga ke dagu dan dari pinggir telinga kiri hingga ke pinggir telinga kanan 2) Membasuh kedua tangan sampai ke siku. 3) Mengusap seluruh kepala dengan air. 4) Membasuh kedua kaki sehingga ke paras mata kaki atau buku lali. Terdapat juga beberapa perkara yang dianggap rukun tetapi masih diperselisihkan di kalangan para ulamak: 1) Niat di dalam hati dan dimulai dengan membaca s ِ ‫ِْ ِ ا‬. 2) Berkumur-kumur dan membersihkan hidung dengan air (istinsyaq & istintsar). * Penulis akan membentangkan kesemua perkara di atas berserta dengan dalil dalam bab “Bagaimanakah Tatacara Wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”.

Perkara Yang Digalakkan Semasa Berwuduk Perkara yang disunatkan ketika berwuduk bersesuaian dengan tatacara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ialah: 1) 2) 3) 4) 5) 6)

Menggosok gigi (bersiwak). Membasuh tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Menyilang-nyilangi janggut Membasuh kedua cuping telinga. Menyela jemari tangan dan jemari kaki. Tayamun iaitu mendahulukan basuhan anggota yang sebelah kanan. 7) Muwalat iaitu berturut-turut membasuh anggota demi anggota.

34

8) Meratakan air ke anggota wuduk dengan melebihi sedikit dari paras yang disyari’atkan. Contohnya apabila membasuh tangan dilebihkan sedikit melepasi paras siku dan apabila membasuh kaki dengan melepasi di atas buku lali. 9) Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga (3) kali dan dilarang lebih dari bilangan tersebut. 10) Tertib atau berurutan. 11) Tidak boros menggunakan air. 12) Membaca doa sesudah berwuduk. 13) Menunaikan solat sunat dua rakaat setelah berwuduk * Penulis akan membentangkan kesemua perkara di atas berserta dengan dalil dalam bab “Bagaimanakah Tatacara Wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”.

Perkara Yang Membatalkan Wuduk 1) Apa juga yang keluar dari salah satu dari kedua jalan (qubul dan dubur). Termasuk yang disebutkan di bawah ini: a) Buang air kecil (kencing). b) Buang air besar (berak). Dalil untuk kedua perkara di atas adalah keumuman lafaz ...atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang air… dalam surah al-Maaidah ayat ke 6:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / 35

;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ 0* _ ; ˆ d#"?J> d=R a+‰=\ 0* _ ZTQ"o / |MŠ4vTw +‰\ MF / ‹Z⌧'Mf _tD  NFG +?G | D/ / …Œ 4J> Ž‰45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A   _  G +?  / $‹M#h’e> ‘  Z “”Z⌧ hFG +dJbD3 c  Z F…? "> a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang

36

dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.29 c) Buang angin (kentut) Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َ َ ََ‫ث َ ی‬ َ َ ْ‫" !َ َ ُة ﻡَ ْ َأ‬ ُ َ#ْ$ُ‫ ﺕ‬% َ Allah tidak akan menerima solat seseorang apabila dia berhadas sehingga dia kembali wuduk.

‫ث یَ) َأَ) هُ َیْ َةَ؟‬ ُ َ َ'ْ‫ت ﻡَ) ا‬ َ َْ‫ْ َﻡ‬1َ ْ ِ‫ل َرﺝُ"ٌ ﻡ‬ َ )َd Seorang lelaki dari Hadramaut bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurairah?

ٌ‫َُ)ءٌ َأوْ َُاط‬3 :‫ل‬ َ )َd Jawabnya: Angin (kentut) yang mendesis mahupun yang keluar dengan suara yang deras.30 2) Keluar mani iaitu air putih pekat yang terpancut selepas terangsang. 29

Al-Maaidah (5) : 6 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, No: 135.

30

37

Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata: Mani, wadi dan mazi, adapun mani maka wajib mandi, sedangkan wadi dan mazi, maka cucilah kemaluanmu atau kemaluan-kemaluanmu- dan berwuduklah seperti wuduk untuk solat.31 3) Keluar mazi iaitu air jernih pekat yang keluar semasa terangsang. Ali bin Abu Talib radhiallahu 'anh berkata: Aku adalah lelaki yang paling banyak keluar air mazi lalu aku perintahkan seorang lelaki bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menggunakan nama anak perempuannya (Fathimah). Lalu dia bertanya kepada baginda lantas beginda menjawab:

‫ك‬ َ َ َ‫ﺕَ َْ وَا\ِْ"ْ َذآ‬ Berwuduklah dan basuhlah kemaluanmu.32 4) Keluar wadi iaitu air kekuningan cair yang keluar selepas membuang air kecil tanpa terangsang disebabkan kepenatan. Hukum air wadi adalah sama seperti mazi, wajib dibasuh kemaluannya lalu berwuduk. Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata: 31

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Sunannya dan menurut Syaikh Kamal as-Sayyid Salim sanadnya sahih. Penulis nukil dari Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 196. 32 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, No: 269.

38

Mani, wadi dan mazi, adapun mani maka wajib mandi, sedangkan wadi dan mazi, maka cucilah kemaluanmu atau kemaluan-kemaluanmu- dan berwuduklah seperti wuduk untuk solat.33 5) Tidur nyenyak. (Akan dibahaskan secara berasingan) Berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh dia berkata:

)0ُ‫َ) ِإذَا آ‬+ُ ُ‫ََِْ َوﺱَ َ یَْﻡ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ن َرﺱ‬ َ )َ‫آ‬ ْ ِ‫ ﻡ‬%  ‫ ِإ‬  ِ4ِ)ََ‫َ َأی) ٍم َو‬EَHَ َH )َ0َ3)َ.ِU ‫ع‬ َ wِ ْ0َ+ % َ ْ‫ًَا َأن‬.َ‫ﺱ‬ .‫َْ ٍم‬+‫ل َو‬ ٍ َْ‫ٍ َو‬xِ‫ِ ْ ﻡِ ْ \َ)ﺉ‬Lَ‫ٍ َو‬Eَ)َ0َ‫ﺝ‬ Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan apabila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali bila berjunub, tetapi agar membukanya apabila membuang air besar atau kecil dan jika tidur.34 6) Hilang akal kerana gila, pengsan, pitam, mabuk samada disebabkan arak atau ubat. Daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah radhiallahu 'anh, dia berkata:

‫ض‬ ِ َ َ‫َ ْ ﻡ‬5 Kِ0ِH8 َ'ُ‫ ﺕ‬% َ ‫ َأ‬M ُ ُْ$َ3 َEَTِ‫َ)ﺉ‬5 ََ5 M ُ َْU‫َد‬ 33

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Sunannya dan menurut Syaikh Kamal as-Sayyid Salim sanadnya Shahih. Penulis nukil dari Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, 196. 34 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 89.

39

" َ ُ$َH !ََ :ْMَ)َd .َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫َرﺱ‬ :)َ0ُْd ‫)سُ؟‬0‫ َأ!َ ا‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ا‬ .r ِ َ1ْjِ ْ‫ ا‬Kِ3 ‫ ﻡَ) ًء‬Kِ ‫ َ*ُا‬:‫ل‬ َ )َd .@ َ َ+‫ُِو‬qَْ0َ‫ هُْ ی‬% َ .‫ق‬ َ )َ3‫ُ  َأ‬H ََِْ5 K َ ِ ْ\َُ3 ‫ُ َء‬0َِ r َ َ‫ه‬gَ َ3 " َ ََْ\)َ3 )َ0َْ*َ.َ3 :ْMَ)َd ُْ‫ ه‬% َ :)َ0ُْd ‫)سُ؟‬0‫ َأ!َ ا‬:َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل !َ ا‬ َ )َ$َ3 Kِ3 ‫ ﻡَ) ًء‬Kِ ‫ َ*ُا‬:‫ل‬ َ )َd .ِ‫ل ا‬ َ ُ‫@ یَ) َرﺱ‬ َ َ+‫ُِو‬qَْ0َ‫ی‬ K َ ِ ْ\َُ3 ‫ُ َء‬0َِ r َ َ‫ُ  َذه‬H " َ ََْ\)َ3 َ َ*َ$َ3 :ْMَ)َd .r ِ َ1ْjِ ْ‫ا‬ .‫ق‬ َ )َ3‫ُ  َأ‬H ََِْ5 ‫ل‬ َ ُ‫@ یَ) َرﺱ‬ َ َ+‫ُِو‬qَْ0َ‫ هُْ ی‬% َ :)َ0ُْd ‫)سُ؟‬0‫ َأ!َ ا‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 " َ ََْ\)َ3 َ َ*َ$َ3 r ِ َ1ْjِ ْ‫ ا‬Kِ3 ‫ ﻡَ) ًء‬Kِ ‫ َ*ُا‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 .ِ‫ا‬ .‫ق‬ َ )َ3‫ُ  َأ‬H ََِْ5 K َ ِ ْ\َُ3 ‫ُ َء‬0َِ r َ َ‫ُ َذه‬H "Saya pernah masuk ke rumah Aisyah dan bertanya kepadanya: Bolehkah kamu ceritakan kepadaku tentang sakit yang dideritai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Aisyah menjawab: Tentu! Ketika sakitnya semakin berat, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: Apakah orang ramai sudah mengerjakan solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau. Lantas baginda berkata: Letakkan air ke dalam bekas. Lalu kami lakukan perintah baginda itu. Baginda mandi seterusnya cuba bangun untuk menunaikan solat berjemaah lalu pengsan. Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Letakkan air ke dalam bekas. Aisyah berkata lagi: Baginda duduk dan mandi, kemudian cuba bangun untuk menunaikan solat

40

berjemaah lalu pengsan. Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Letakkan air ke dalam bekas lalu baginda duduk dan mandi, kemudian cuba bangun untuk menunaikan solat berjemaah lalu pengsan. 35 7) Menyentuh kemaluan tanpa berlapik jika disertai syahwat. (Akan dibahaskan secara berasingan) Busrah binti Shofwan radhiallahu 'anha mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َْ َََْ3 -ُ َ َ‫ َذآ‬X  َ‫ﻡَ ْ ﻡ‬ Sesiapa yang menyentuh zakarnya maka berwuduklah dia.36 8) Makan daging unta. (Akan dibahaskan secara berasingan) Daripada Jabir bin Samurah bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫َِ؟‬0َ/ْ‫َأَأﺕَ َُ ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬ Apakah kita harus berwuduk kerana makan daging kambing?

.َْ َ‫َ َ ﺕ‬3 M َ ْ7ِ; ْ‫ََ َْ َوِإن‬3 M َ ْ7ِ; ْ‫ ِإن‬:‫ل‬ َ )َd 35

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alAzan, no: 687. 36 Hadis riwayat Imam Abu Dawud, di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, No: 154.

41

Baginda menjawab: Jika kamu mahu berwuduklah, dan jika kamu mahu, kau tidak perlu berwuduk.

‫ِ"ِ؟‬W ِ ‫ َأﺕَ َُ ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬:‫ل‬ َ )َd Orang tersebut bertanya lagi: Apakah kami harus berwuduk kerana makan daging unta?

." ِ ِW ِ ‫ََ َْ ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬3 ,َْ*َ+ :‫ل‬ َ )َd Baginda menjawab: Ya, berwuduklah kerana memakan daging unta.37 9) Menyentuh wanita dengan tujuan berseronok-seronok atau merasai keghairahan ketika bersentuhan hingga merangsang syahwatnya dan mengeluarkan air mani atau mazi. (Akan dibahaskan secara berasingan)

Perkara yang tidak membatalkan wuduk Terdapat beberapa perkara yang tidak membatalkan wuduk tetapi dianggap oleh sesetengah pihak sebagai membatalkan, antaranya seperti berikut: 1) Menyentuh perempuan tanpa beralas. (Akan dibahaskan secara berasingan) 2) Keluar darah dari jalan yang bukan kebiasaannya, seperti terluka kerana berbekam, hidung berdarah, kudis berdarah atau terkena sesuatu yang tajam semasa bersolat seperti panah, paku dan sebagainya. (Akan dibahaskan secara berasingan) 37

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, no: 360.

42

3) Muntah. (Akan dibahaskan secara berasingan) 4) Orang yang berwuduk tetapi ragu-ragu samada ia sudah batal atau belum. Bagi seseorang yang telah berwuduk lalu dia was-was samada dia telah berhadas (terbatal wuduknya) maka dia tetap berada dalam keadaan asalnya iaitu suci dari hadas (tidak batal wuduknya). Sekiranya keraguan itu timbul ketika sedang bersolat maka hendaklah dia tetap meneruskan solatnya sehinggalah dia benar-benar yakin bahawa wuduknya telah batal. Daripada ‘Abdullah bin Zaid bahawasanya dia mengadu tentang seorang lelaki yang merasakan sesuatu (terkentut) dalam solat. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

َ ِZَ‫ !َْﺕً) َأوْ ی‬oَ َ َْ‫َ ِفْ َ ی‬Pْ0َ‫ ی‬% َ ْ‫َِ"ْ أَو‬.ْ0َ‫ ی‬% َ .)ً'‫رِی‬ Janganlah dia berpaling ( menghentikan solatnya) sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau.38 5) Ketawa terbahak-bahak sewaktu solat. Telah sepakat para ulamak bahawa tertawa dalam apa jua keadaan pun di luar solat tidak membatalkan wuduk. Namun mereka berbeza pendapat tentang ketawa dengan terbahakbahak ketika bersolat. Namun yang lebih tepat ianya membatalkan solat tetapi tidak membatalkan wuduk. Dalil yang sabit tentang hal ini adalah hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu 'anh secara mauquf bahawa dia ditanya tentang seseorang yang tertawa dalam solat lalu dia berkata:

38

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 137.

43

Hendaklah dia mengulangi solat dan tidak mengulangi wuduk.39 Inilah juga pendapat bagi mazhab Syafi’i, Maliki, Ahmad, Ishak dan Abu Tsaur. 6) Menyentuh kemaluan tanpa syahwat. (Akan dibahaskan secara berasingan) Daripada Thalqi bin ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kِ3 ‫ل اِ ﻡَ) ﺕََى‬ َ ُ‫ "یَ) َرﺱ‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 ‫ي‬ ` ‫ُ َ َ ِو‬+َ َ‫ﺝَ) َء َرﺝُ"ٌ آ‬ %  ‫ " َوهَ"ْ هُ َ ِإ‬:‫ل‬ َ )َd "‫ َةِ؟‬P‫ ا‬Kِ3 -ُ َ َ‫ َذآ‬X  َ‫" ﻡ‬ ٍ ُ‫َرﺝ‬ "‫ْ@َ؟‬0ِ‫ٌ ﻡ‬Eَ*ْ1َ ْ‫@ َأو‬ َ ْ0ِ‫ٌ ﻡ‬Eَ/ْ1ُ‫ﻡ‬ Telah datang seorang lelaki dari pedalaman (Arab Badwi) lalu dia bertanyakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Nabi Allah, bagaimana pandanganmu tentang seseorang yang menyentuh kemaluannya setelah dia berwuduk?” Nabi menjawab: “Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?”40 7) Memandikan serta mengusungkan jenazah. Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

.َْ َََْ3 ََُ َ ْ َ‫َِْ"ْ َوﻡ‬/ََْ3 M َ 8َ ْ‫" ا‬ َ َ\ ْ َ‫ﻡ‬ 39

Hadis riwayat Imam al-Bukhari secara ta’liq, al-Baihaqi serta alDaraquthni. 40 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 165

44

Barangsiapa memandikan mayat maka hendaklah dia mandi, dan barangsiapa (hanya) membawanya maka hendaklah dia berwuduk.41 Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim: Barangsiapa memandikan mayat atau mengusungnya maka wuduknya tidak batal menurut pendapat yang lebih tepat (rajih). Hanya sahaja sebahagian ulamak menganjurkan orang yang memandikan mayat untuk mandi dan orang yang membawanya untuk berwuduk berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah (di atas).42

Perkara Yang Diwajibkan Berwuduk Diwajibkan berwuduk untuk melakukan dua perkara ini iaitu: 1) Solat Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

...‫ُ ٍِر‬4ُi ِ َْ/ِ ٌ‫" !َ َة‬ ُ َ#ْ$ُ‫ ﺕ‬% َ

41

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alJana’iz, no: 2749. 42 Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 216.

45

Allah tidak menerima solat tanpa bersuci…43 2) Tawaf di sekeliling Kaabah. (Akan dibahaskan secara berasingan) Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

...ٌ‫ !َ َة‬M ِ َْ#ْ)ِ ‫ف‬ ُ ‫َا‬O‫ا‬ Tawaf di Ka’abah adalah solat...44 Perkara Yang Disunatkan Berwuduk. 1) Ketika berzikir, membaca al-Qur’an atau menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala. Temasuklah di dalam hal ini apabila membaca kitab-kitab hadis, buku-buku agama atau menghadiri majlis-majlis ilmu. Dalilnya: Daripada Muhajir bin Qunfaz radhiallahu 'anh, sesungguhnya beliau pernah datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda sedang membuang air kecil, lalu dia memberi salam kepada baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwuduk. Kemudian baginda meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian bersabda:

ْ‫ َأو‬.ٍ ْ4ُi ََ5 %  ‫" ِإ‬  َ‫ َوﺝ‬w َ5 َ‫ُ َأنْ َأذْآُ َ ا‬Mْ‫ آَ ِه‬K8+‫ِإ‬ ‫َ) َر ٍة‬4َi ََ5 :‫ل‬ َ )َd Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Nama Allah 43

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 224. 44 Hadis riwayat al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab Manasik alHajj, no: 2873.

46

kecuali di dalam keadaan suci (tidak berhadas).45 2) Ketika hendak tidur Daripada al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu 'anh dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

...‫ َ ِة‬Pِ ‫ك‬ َ ‫ََ َْ ُوُ َء‬3 @ َ َ*َZْ1َ‫ ﻡ‬M َ َْ‫ِإذَا َأﺕ‬ Apabila kamu hendak tidur, maka berwuduklah sebagaimana wuduk ketika hendak solat…46 3) Bagi orang yang berjunub (hadas besar) disunatkan berwuduk ketika hendak makan, minum dan mengulangi jimak (persetubuhan). Daripada Abi Sa’id, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

...َْ َََْ3 ‫ُ  َأرَا َد َأنْ یَ*ُ َد‬H َُْ‫ِإذَا َأﺕَ َأَ ُآُْ َأه‬ Jika salah seorang daripada kalian mendatangi (menyetubuhi) isterinya, lalu ingin mengulanginya maka hendaklah dia berwuduk.47 4) Sebelum memulakan mandi wajib (junub) atau mandi sunat maka disunatkan untuk memulakannya dengan berwuduk.

45

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 16. 46 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 247. 47 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, no: 308.

47

K  ِ#0‫ن ا‬  ‫ََِْ َوﺱَ َ َأ‬5 ُ‫ !َ ا‬K 8 ِ#0‫ج ا‬ ِ ْ‫َ َزو‬EَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْ َ5 ‫ِ َ ََأ‬Eَ)َ0َZْ‫" ﻡِ ْ ا‬ َ ََْ\‫ن ِإذَا ا‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫!َ ا‬ " ُ ِUُْ‫ُ  ی‬H ‫ َ ِة‬Pِ َُ ََ‫ُ  یََ َُ آَ َ) ی‬H ِْ‫" یَ َی‬ َ ََ/َ3 r F ُPَ‫ُ  ی‬H -ِ ِ َ*َ; ‫ل‬ َ ُ!‫َ) ُأ‬4ِ " ُ 8َjَُ3 ‫ اْ َ) ِء‬Kِ3 َُ*ِ)َ!‫َأ‬ ََ5 ‫ اْ َ) َء‬k ُ ِ.ُ‫ُ  ی‬H ِْ‫ف َِ َی‬ ٍ َ ُ\ ‫ث‬ َ َ َH ِِ‫ََ َرأْﺱ‬5 .ِ8ُ‫ آ‬-ِ ِ ِْ‫ﺝ‬ Daripada ‘Aishah, isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa apabila baginda mandi junub, baginda memulainya dengan mencuci kedua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air, setelah itu menggosokkannya di sela-sela rambutnya, kemudian baginda menyiram kepalanya sebanyak tiga kali cedokan, setelah itu meratakan air ke seluruh tubuhnya.48 5) Setelah memakan apa yang telah disentuh oleh api. Daripada Zaid bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.‫) ُر‬0‫ْ ا‬Mَ‫اْ ُُ ُء ﻡِ ) ﻡ‬ Berwuduklah setelah menjamah makanan yang tersentuh oleh api (dimasak).49 6) Memperbaharui wuduk untuk setiap solat walaupun wuduk pada solat sebelumnya belum batal. 48

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusul, no: 248 49 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, no: 351.

48

Daripada Buraidah, dia berkata:

...‫" !َ َ ٍة‬ 8 ُLِ َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ن ا‬ َ )َ‫آ‬ Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk setiap kali hendak solat…50 7) Bersegera untuk berwuduk setiap kali berhadas kecil. Dalilnya adalah dari hadis Bilal bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendengar suara sandal Bilal di Syurga lalu baginda bertanya kepada Bilal:

ُ ْPَ$ْ‫َا ا‬gَ‫ِ َ ْ ه‬ Dengan amalan apa kamu mendahuluiku sampai kepadanya (syurga)? Bilal berkata:

)َ‫ َوﻡ‬ ِ ََْ*ْ‫ َرآ‬M ُ َْ! %  ‫ ِإ‬Fxَd M ُ ْ+‫ل اِ ﻡَ) َأ ذ‬ َ ُ‫یَ) َرﺱ‬ .‫ت‬ ُ َْ َ‫ ﺕ‬%  ‫ ِإ‬Fxَd ٌ‫ َ َث‬Kِ0َ)َ!‫َأ‬ Wahai Rasulullah, tidaklah saya mengumandangkan azan kecuali dengan disertai solat dua rakaat dan tidak pernah aku berhadas kecuali aku terus berwuduk. Lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

)َ ِ4ِ

50

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 56.

49

Kerana itulah..51 8) Berwuduk kerana muntah. Daripada Ma’dan bin Abu Thalhah daripada Abu Darda’, dia berkata:

ََ ََ3 َ َOْ3َ َ3 ‫َ) َء‬d َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫َأ‬ Bahawasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah muntah lalu baginda berbuka dan berwuduk.52

51

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab AlManaaqib, no: 3622. 52 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 80.

50

BAGAIMANAKAH TATACARA WUDUK RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM? Sebagaimana yang kita semua telah maklum ibadah wuduk memiliki banyak kelebihannya dan untuk seseorang itu memperolehi kelebihan-kelebihan tersebut maka dia perlu terlebih dahulu menyempurnakan tatacara wuduknya. Kesempurnaan dalam berwuduk hanya akan dapat dicapai sekiranya seseorang itu bersungguh-sungguh mencontohi sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Di dalam bab ini penulis akan cuba membentangkan satu persatu secara mendalam tentang tatacara berwuduk sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis baginda yang sabit. Perbahasan di dalam bab ini merangkumi perkara yang fardhu dan sunat tentang wuduk. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Seorang Muslim selayaknya mematuhi syari’at tanpa

51

memandang apakah perkara itu fardhu ataupun sunat. Yang terpenting dia melakukan kerana mematuhi syari’at Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana mengikuti Nabi-Nya dan mencari pahala. Pembahasan mengenai hukum hanya diperlukan saat ingin meninggalkannya, apakah yang akan ditinggalkannya itu sesuatu yang wajib atau sunat. Demikian kewajipan seorang hamba yang serius beribadah. Adapun dalam kajian ilmiah dan mengetahui hukum-hukumnya maka perlu mengetahui antara yang fardhu dan yang sunat.53

1) Bersiwak (Menggosok Gigi) Siwak adalah sebatang kayu kecil (kayu sugi) dari pokok Araak yang dipergunakan untuk menggosok gigi. Syaikh Fahd alSyuwayyib berkata: Bersiwak itu disunnatkan sekerap mungkin berdasarkan keterangan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bahawasanya baginda bersiwak setiap kali hendak mengerjakan solat, ketika hendak membaca al-Qur’an, ketika hendak tidur dan bangun tidur, ketika mulut berubah bau baik dalam keadaan tidak berpuasa atau sedang berpuasa, atau di awal siang (pagi) atau pada petang hari.54 53

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, (edisi terjemahan oleh Thahirin Suparta, M. Faisal dan Adlis Aldizar, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 217. 54 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam

52

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

" 8 ُ‫ْ َ آ‬0ِ5 ‫ك‬ ِ ‫َا‬8)ِ ُْ4ُ‫ﻡَْﺕ‬J َ Kِ‫ََ ُأﻡ‬5   ُ;‫ َأنْ َأ‬% َ َْ .‫!َ َ ٍة‬ Kalau sekiranya tidak memberatkan umatku maka aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali berwuduk.55 Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Dari hadis ini dapat diketahui bahawa bersiwak tidak wajib dan hanya berbentuk pilihan (sunnah). Ini adalah kerana jika bersiwak itu wajib, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam akan memerintahkan umatnya untuk bersiwak, baik dalam keadaan sulit mahupun senang.56

Ada yang menimbulkan persoalan adakah bersiwak itu boleh digantikan dengan berus dan ubat gigi sebagaimana yang lazim digunakan pada zaman ini. Dr. Yusuf Qaradhawi berkata: Saya melihat bahawa menggunakan berus gigi moden yang disertai ubat gigi, telah cukup untuk menggantikan siwak. Bahkan siwak secara moden, itu mengandungi banyak bahan yang membantu membersihkan gigi lebih Berwuduk, (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah, Jakarta, 2005), ms. 69. 55 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 22. 56 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, (edisi terjemahan oleh Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005) jilid 1, ms. 34.

53

baik dari siwak model lama. Tambahan pula Islam sangat menumpukan perhatiannya kepada maksud syari’at (maqasid syari’ah) walaupun sarananya berbeza. Lebih khusus lagi, sangat tidak mungkin bagi kita mengharuskan penduduk bumi agar memakai pohon Araak dalam bersiwak dan membersihkan mulut bagi mendapat keredhaan Tuhan kita. Ini adalah kerana pohon-pohon itu tidak mungkin untuk diperolehi di sesetengah negara.57

Oleh itu sewajarnya kita untuk berusaha untuk bersiwak mahupun memberus gigi sebelum kita berwuduk kerana perbuatan ini dicintai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

2) Hadirkan niat untuk berwuduk di dalam hati Dalil wajibnya niat adalah hadis daripada ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anh, dia berkata:

ِ َ#ْ0ِ ْ‫ََ ا‬5 ُْ0َ5 ُ‫ ا‬K َ ِ‫ب َر‬ ِ )Oَjْ‫ ا‬ َ ْ َ َ ُ5 M ُ ْ*ِ َ‫ﺱ‬ )َ +‫ل ِإ‬ ُ ُ$َ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ َرﺱ‬M ُ ْ*ِ َ‫ل ﺱ‬ َ )َd ‫ََى‬+ )َ‫ئ ﻡ‬ ٍ ِ ْ‫" اﻡ‬ 8 ُLِ )َ +‫ت َوِإ‬ ِ )80)ِ ‫ل‬ ُ )َ ْ5J َ‫ا‬ Aku mendengar Umar bin Khattab radhiallahu 'anh berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”58 57

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 145-146. Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Bada’ al-Wahyu, hadis no. 1. 58

54

Niat adalah keinginan atau azam untuk mengerjakan ibadah (dalam konteks ini ibadah wuduk) semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Niat ini tempatnya di hati dan tidak perlu dilafazkan.59 Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani: Niat tidak boleh dilafazkan dengan lisan kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah melakukannya. Di samping itu, Allah mengetahui apa yang dibisikkan oleh hati seseorang, sehingga tidak perlu niat itu dilafazkan.60

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata: Tempat niat itu di dalam hati, bukan diucapkan dengan lidah, sesuai kesepakatan para imam Muslimin dalam semua urusan ibadah seperti wuduk, solat, zakat, puasa, haji, membebaskan hamba atau tawanan, berjihad di jalan Allah dan ibadah-ibadah lainnya. Jika sekiranya lidahnya mengucapkan sesuatu yang

59

Sila rujuk buku penulis bertajuk Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat di dalam bab Tidak Melafazkan Niat Sebelum Memulakan Solat. Penulis telah membahaskan dengan panjang lebar tentang isu niat ini bersertakan dalil-dalil dan keterangan-keterangan daripada para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Walaupun perbincangan di dalam buku tersebut berkisar tentang amalan melafazkan niat ketika solat namun ianya berkaitan dengan ibadah-ibadah lain termasuk berniat sebelum berwuduk. 60 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi terjemahan oleh Abu Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 67.

55

berbeza dengan isi hatinya, maka yang diterima adalah apa yang diniatkan oleh hatinya, bukan apa yang diucapkan. Dan sekiranya dia melafazkan niatnya tetapi di dalam hati tidak terjadi niat, maka yang demikian itu belum mencukupi menurut kesepakatan para Imam Muslimin. Kerana niat itu adalah sejenis maksud dan kesungguhan kehendak.61

Oleh itu lafaz niat seperti ََ*‫ اْ ُُْ َء ِِ َﺕ‬M ُ ‫َْی‬+َ (Sengaja aku berwuduk kerana Allah Ta’ala) atau selainnya sebagaimana yang lazim diamalkan di Malaysia sewajarnya tidak dilafazkan apatah lagi lafaz-lafaz tersebut tidak pernah wujud di dalam mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit mahupun dari kitab-kitab Imam al-Syafi’i rahimahullah sendiri. Memadailah kita menghadirkan azam di dalam hati kita bahawa kita sedang berwuduk kerana Allah 'Azza wa Jalla tanpa dilafazkan. 3) Membaca  ِ ‫ ِْ ِ ا‬saat berwuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memerintahkan kita untuk memulakan wuduk dengan membaca s ِ ‫ِْ ِ ا‬ sebagaimana sabdanya:

.ََِْ5 ِ‫ْآُْ اﺱْ َ ا‬gَ‫ ُوُ َء ِ َ ْ َْ ی‬% َ Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya.62 61

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah, Jakarta, 2005), ms. 34-35. 62 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Thohaarah, no: 25 dan Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-

56

َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K 8 ِ#0‫ب ا‬ ِ )َ'ْ!‫ َأ‬k ُ ْ*َ r َ ََi ْ"َ‫ "ه‬:َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ل َرﺱ‬ َ )َ$َ3 ‫َوُءًا‬ :‫ل‬ ُ ُ$َ‫ اْ َ) ِء َوی‬Kِ3 -ُ َ َ‫ ی‬oَ ََ َ3 ".ٌ‫ُْ ﻡَ)ء‬Lْ0ِ‫ َأَ ٍ ﻡ‬oَ َ‫ﻡ‬ ".ِ‫ُا ِْ ِ ا‬7َ َ‫"ﺕ‬ Beberapa sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mencari air wuduk, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Apakah salah seorang daripada kalian ada mempunyai air?” Kemudian baginda meletakkan tangannya di dalam air itu dan bersabda: “Berwuduklah kalian dengan menyebut nama Allah.”63 Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum membaca s ِ ‫ِْ ِ ا‬ semasa memulakan wuduk samada wajib atau sunat. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah ianya hanyalah sunat. Beliau berkata: Saya menyukai seseorang memulai wuduknya dengan membaca s ِ ‫ِْ ِ ا‬. Namun jika terlupa, dia boleh membacanya apabila dia teringat walaupun wuduk itu hampir selesai. Apabila dia meninggalkan membaca s ِ ‫ِْ ِ ا‬, baik terlupa atau sengaja, maka wuduknya tidak rosak,

Thaharah, no: 92. Ulamak berbeza pendapat tentang status hadis ini. Syaikh Syu’aib al-Arna’uth dan pengarang kitab Shahih Fikih Sunnah mendha’ifkannya. Namun begitu Syaikh al-Albani rahimahullah di dalam kitabnya Irwa’ al-Ghalil (jilid 1, ms. 122) telah menetapkan hadis ini berstatus hassan. Perbezaan pendapat di kalangan ulamak hadis tentang status hadis ini menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat tentang wajib atau sunat membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬ketika hendak berwuduk. 63 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 77.

57

insya Allah.64

Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim juga sependapat dengan Imam al-Syafi’i dalam hal ini. Beliau berkata: Membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬secara umum merupakan perkara ibadah yang baik dan dianjurkan. Dalam masalah wuduk ada beberapa hadis dha’if (walaupun disahihkan oleh sebahagian ulamak). Di antaranya adalah hadis yang menyatakan:

.ََِْ5 ِ‫ْآُْ اﺱْ َ ا‬gَ‫ ُوُ َء ِ َ ْ َْ ی‬% َ Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya.65 Hadis-hadis lainnya sangat lemah, sehingga tidak layak untuk dijadikan hujah. Oleh kerananya Imam Ahmad berkata: “Aku tidak mengetahui ada hadis yang sanadnya bagus dalam bab ini”. Saya katakan tidak diwajibkan bacaan s ِ ‫ ِْ ِ ا‬diperkuatkan oleh perawi yang meriwayatkan sifat wuduk Rasulullah, mereka tidak menyebut adanya membaca s ِ ‫ِْ ِ ا‬. Ini adalah pendapat al-Thauri, Malik, Syafi’i, Ashabu ra’yi dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad.66

64

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 45. Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Thohaarah, no: 25 dan Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThaharah, no: 92. 66 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah (edisi terjemahan terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 187. 65

58

Namun begitu terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad rahimahullah yang menyatakan membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬ketika berwuduk, mandi wajib dan tayamum hukumnya wajib. Perbezaan pendapat ini wujud kerana bagi mereka yang menyatakan ianya sunat menganggap hadis tentang membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬ketika hendak memulakan wuduk itu dha’if (lemah) sedangkan bagi mereka yang menyatakan ianya wajib melihat hadis tersebut berstatus sahih. Syaikh Fahd al-Syuwayyib berkata: Adapun yang memperkuat pendapat kami di atas, ialah perintah baginda “Berwuduklah kalian dengan menyebut nama Allah”. Sedangkan golongan yang menyatakan hukumnya sunnah muakkadah, beralasan bahawa hadis yang berkaitan dengan masalah ini adalah dha’if (iaitu hadis: Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya). Namun kerana hadis tersebut adalah sahih, sebagaimana yang telah kami jelaskan, maka alasan mereka itu tidak berlaku dan alasan kamilah yang dapat dipegang. Wallahu A’lam. Maka hukum membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬itu menjadi wajib. Adapun orang yang lupa membacanya, maka hendaklah dia membacanya ketika teringat.67

Syaikh al-Albani rahimahullah juga berpendapat membaca ِ ِْ s ِ ‫ ا‬ketika hendak memulakan wuduk hukumnya wajib kerana hadis ... ‫ ُوُ َء‬% َ tersebut berstatus sahih. Ianya mempunyai tiga jalur periwayatan dan banyak hadis pendukung lain yang telah beliau sentuh dalam Shahih Sunannya (hadis no: 90). Menurut Syaikh al-Albani sewajarnya kita mengambil hukum tentang hal ini menurut zahir hadis tersebut iaitu wajib membaca ِ ِْ 67

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 38.

59

s ِ ‫ا‬. Menurut beliau: Ini adalah kerana tidak ada dalil yang membenarkan keluar dari makna zahir ini kepada pernyataan bahawa perintah ini hanyalah suatu anjuran (sunat). Hukum wajib ini juga adalah pendapat golongan zahiriyah, Ishaq, salah satu dari dua riwayat Imam Ahmad dan pilihan Shadiq Khan dan al-Syaukani. Itulah yang benar, insya Allah.68

Apapun jua penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat. Namun begitu membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬bukan satu perkara yang menyukarkan bagi sesiapapun hatta untuk kanak-kanak yang masih bersekolah tadika. Oleh itu usahakanlah untuk membaca s ِ ‫ ِْ ِ ا‬ketika hendak berwuduk kerana ianya adalah amalan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan akan diberikan ganjaran kepada sesiapa jua yang ingin mencontohi baginda walaupun perkara itu nampak seperti kecil. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

s"[ a‹M☺# FM☺"o 7g; nDZ ›ZJbMN šLIB"j

s"[ a‹M☺# F  7; nDZ œZ⌧ KLIB"j Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!69

68

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 1, ms. 96. 69 al-Zalzalah (99) : 7-8

60

4) Jumlah Basuhan Untuk Anggota Wuduk Disunnatkan untuk membasuh setiap anggota wuduk (kecuali kepala) sebanyak tiga kali. Ini sebagaimana sebuah riwayat daripada Humran dia berkata:

ِْ‫ََ یَ َی‬5 ‫غ‬ َ َ ْ3َ َ3 ‫َ) ِ َُ ٍء‬5‫ن َد‬ َ ).َ5 َ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ‫ُ َرأَى‬+‫َأ‬ Kِ3 َُ0ِ َ‫" ی‬ َ َUْ‫ُ  َأد‬H ‫ت‬ ٍ ‫ث ﻡَا‬ َ َ َH )َ ُ4َََ/َ3 ِِ‫َ)ﺉ‬+‫ﻡِ ْ ِإ‬ " َ ََ\  ُH َ َRْ0َْ‫ وَاﺱ‬ َ َTْ0َْ‫ وَاﺱ‬k َ َ ْ1َ َ‫ُ  ﺕ‬H ‫اْ َُ ِء‬  ُH ِِ‫ ِ َأْﺱ‬n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H )ًHَ َH

ِ َْ$َ3ِْ ْ‫ً) َویَ َیِْ ِإَ ا‬Hَ َH َُ4ْ‫َوﺝ‬ ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ ا‬M ُ ْ‫ " َرَأی‬:‫ل‬ َ )َd  ُH )ًHَ َH " ٍ ْ‫" ِرﺝ‬  ُ‫" آ‬ َ ََ\ ".Kِ‫َ'ْ َ ُوُﺉ‬+ َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 Bahawa aku melihat ‘Uthman bin ‘Affan pernah meminta air (dalam bejana) untuk berwuduk. Lalu menuang air dari bejana itu ke tapak tangannya dan mencuci ke duanya 3 kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung (untuk membersihkannya) dan mengeluarkannya. Kemudian membasuh muka 3 kali. Kemudian membasuh tangan kanannya sehingga ke siku sebanyak 3 kali, lalu tangan kirinya begitu juga. Kemudian mengusap kepalanya. Kemudian membasuh kaki kanannya hingga mata kaki (buku lali) sebanyak 3 kali, lalu kaki kirinya begitu juga. Kemudian dia berkata: “Aku melihat Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk seperti wuduk ku ini.”70 Namun begitu terdapat juga riwayat yang menunjukkan 70

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 164.

61

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya membasuh anggota wuduknya sebanyak 1 kali dan 2 kali. Imam Bukhari rahimahullah berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah menjelaskan bahawa fardhu wuduk itu adalah satu kali-satu kali, namun baginda shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah berwuduk (membasuh anggota wuduk) dua kali-dua kali dan tiga kali tetapi baginda shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah melakukan lebih dari tiga kali. Di samping itu para ulamak tidak menyukai berlebihan dalam wuduk dan melebihi apa yang dilakukan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.71

Dalil yang menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah membasuh anggota wuduk sebanyak 1 kali dan 2 kali adalah seperti berikut:

ََِْ5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ "ﺕَ َ َ ا‬:‫ل‬ َ )َd ‫س‬ ٍ )#َ5

ِ ْ‫َ ْ ا‬5 ".‫َوﺱَ َ ﻡَ  ًة ﻡَ  ًة‬ Daripada Ibnu ‘Abbas (radhiallahu 'anh), dia berkata: “Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berwuduk satu kali-satu kali.”72

َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫ َزیْ ٍ َأ‬ ِ ْ ِ‫ْ ِ ا‬#َ5 ْ َ5

ِ َْ‫ ﻡَ ﺕ‬ ِ َْ‫ﺕَ َ َ ﻡَ ﺕ‬ 71

Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 2. 72 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 157.

62

Telah diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Zaid (radhiallahu 'anh), bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah berwuduk dua kali-dua kali.73 Tentang perbezaan jumlah basuhan anggota wuduk ini alHafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata: Sesungguhnya fardhu atau kewajipan dalam berwuduk adalah mencuci anggota wuduk sebanyak 1 kali...sedangkan selebihnya adalah sunat.74

Oleh itu tidaklah semestinya anggota-anggota wuduk itu dibasuh sebanyak 3 kali. Sekiranya dengan hanya membasuh 1 kali dan diyakini air tersebut telah diratakan keseluruh anggota wuduk terbabit maka ianya dianggap sudah memadai.75 5) Berhemat menggunakan air ketika berwuduk Terdapat sesetengah pihak yang begitu boros menggunakan air ketika berwuduk sehingga basah kuyup baju mereka. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫ُ ِر‬4O‫ ا‬Kِ3 ‫ن‬ َ ‫َْمٌ یَ*َُْو‬d ِE‫ﻡ‬J ُ ‫ ا‬-ِ gِ َ‫ ه‬Kِ3 ‫ن‬ ُ ُLََ‫ُ ﺱ‬+‫ِإ‬ .‫َ) ِء‬5F ‫وَا‬ Nanti akan muncul di kalangan umat ini satu golongan 73

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 158. 74 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 6. 75 Sewajarnya hal ini diberi perhatian kepada seluruh umat Islam terutamanya ketika mereka berwuduk di masjid-masjid yang mana ketika itu terdapat begitu ramai ahli jemaah lain yang sedang beratur. Sekiranya dengan berwuduk sebanyak sekali telah memadai untuk meratakan air ke anggota-anggota wuduk, maka cukuplah dengan berwuduk hanya sekali demi untuk keselesaan pera jemaah yang lain. Wallahu a’lam.

63

yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.76 Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya menggunakan 1 mud air (540 gram / 0.7 liter atau air yang berada di dalam bekas sebesar 40 cm persegi) untuk berwuduk. Daripada Anas radhiallahu 'anh, dia berkata:

" ُ َِْ/َ‫ن ی‬ َ )َ‫" َأوْ آ‬ ُ ِْ/َ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ن ا‬ َ )َ‫آ‬ .8 ُ ْ)ِ َُ ََ‫ِ َأﻡَْا ٍد َوی‬Eَْ َU َ‫ع ِإ‬ ِ )P)ِ Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam biasa mandi dengan satu sha’77 (empat mud) sampai lima mud air dan berwuduk dengan satu mud.78 Oleh itu hendaklah kita menjimatkan penggunaan air ketika berwuduk walaupun kita sedang berwuduk di tepi sungai yang mengalir. 6)

ُ ُ َ َ‫( ا‬mendahulukan bahagian kanan) ketika berwuduk. Disunatkan mendahulukan bahagian kanan anggota wuduk ketika berwuduk. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.ُْLِ0ِ‫َ)ْ َءُوا ِ ََ)ﻡ‬3 ُْ‫ِإذَا ﺕَ َْﺕ‬ Ketika kalian berwuduk maka mulailah dengan sebelah

76

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 88. 77 Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi 1 sha’ bersamaan dengan 2.156kg atau 2.75 liter air. Sila rujuk Fikih Thaharah, ms. 204. 78 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 201.

64

kanan kalian.79 Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

ِِF*َ0َ‫ ﺕ‬Kِ3

ُ F َ‫ُُ ا‬#ِZْ*ُ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ن ا‬ َ )َ‫آ‬ .ِ8ُ‫ِِ آ‬+َْ; Kِ3‫ َو‬-ِ ‫ُ ِر‬4ُi‫ِِ َو‬F‫َوﺕَ َﺝ‬

Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sangat suka mendahulukan bahagian kanan ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan dalam semua urusan baginda.80 Walaubagaimanapun bagi mereka yang mendahulukan anggota kiri ketika berwuduk, wuduk tersebut tidak batal. Imam alNawawi rahimahullah berkata: Semua ulamak bersepakat bahawa mendahulukan bahagian kanan ketika berwuduk adalah sunat. Siapa yang meninggalkannya maka dia telah kehilangan keutamaannya meskipun wuduknya tetap sah.81

Anjuran untuk mendahulukan bahagian kanan hanya khusus untuk anggota wuduk tangan dan kaki. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Anjuran mendahulukan bahagian kanan dilakukan saat membasuh kedua tangan dan kedua kaki. Berbeza dengan muka kerana anggota wuduk yang hanya satu harus dibasuh seluruhnya bersamaan. Demikian juga bahagian 79

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 396. 80 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 168. 81 Dinukil daripada kitab Fathul Baari, jilid 2, ms. 118.

65

kepala, ia dibasuh seluruhnya secara bersamaan.82

7) Hendaklah menggosok anggota wuduk. Anggota-anggota wuduk itu hendaklah digosok yakni dengan menjalankan tangan untuk mencuci anggota wuduk. Sekiranya hanya dilalukan air ke atas anggota wuduk, maka wuduk tersebut tetap sah namun begitu tidak mendapat keutamaan dalam mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Dalil menggosok anggota wuduk adalah seperti berikut: Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Zaid (radhiallahu 'anh), dia berkata:

َ ََ ََ3 8 ُ‫ ﻡ‬B ِ ُُRِ K َ ِ‫ََِْ َوﺱَ ُأﺕ‬5 ُ s‫ !َ ا‬K َ #0‫ن ا‬  ‫َأ‬ .َُِ5‫@ ِذرَا‬ ُ ُِْ‫" ی‬ َ َ*َZَ3 Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dibawakan sepertiga mud air, kemudian berwuduk, lalu menggosok kedua lengannya.83

:‫ل‬ ُ ُ$َ‫" ی‬ َ َ*َZَ3 َ َ َ‫ََِْ َوﺱَ َ ﺕ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬ ".@ ُ َُْ‫َا ی‬gَLَ‫"ه‬ Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk, kemudian baginda bersabda: “Beginilah cara menggosok.”84

82

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 249. 83 Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah di dalam Shahih Ibnu Khuzaimah, no: 118. 84 Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 15846.

66

8) Membasuh kedua pergelangan tangan sebanyak tiga kali. Adalah disunnatkan membasuh tapak tangan sehingga ke pergelangan tangan ketika berwuduk.

‫َ) ِء‬+W ِ ‫ ا‬Kِ3 -ُ َ َ‫ْ ی‬Xِ ْ/َ‫َ َ ی‬3 ِِ‫َْﻡ‬+ ْ ِ‫َ َأَ ُآُْ ﻡ‬Sَ$َْْ‫ِإذَا اﺱ‬ .-ُ ُ َ‫ْ ی‬Mَ‫ َ)ﺕ‬ َ ْ‫ یَْرِي َأی‬% َ ُ+Vِ َ3 )ًHَ َH )َ4َِْ/َ‫َ ی‬ Ketika salah seorang daripada kalian bangun dari tidur malamnya maka janganlah dia memasukkan tangannya ke tempat air sehingga dia membasuhnya sebanyak tiga kali. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu di mana tangannya semalam.85

َ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ‫ُ َرأَى‬+‫ َأ‬-ُ َ َ#ْU‫ن َأ‬ َ )َ ْRُ5 ََْ‫ن ﻡ‬ َ ‫ن ُ َْا‬  ‫َأ‬ ‫ث ﻡَِا ٍر‬ َ َ َH ِْ.َ‫ََ آ‬5 ‫غ‬ َ َ ْ3َ َ3 ‫َ) ٍء‬+Vِ ِ )َ5‫ن َد‬ َ ).َ5 ...)َ ُ4َََ/َ3 Humran (hamba ‘Uthman radhiallahu 'anh yang telah dimerdekakan), mengkhabarkan bahawa dia telah melihat ‘Uthman bin ‘Affan meminta dibawakan sebuah bejana (berisi air), lalu dia menuangkan air ke telapak tangannya seraya membasuh kedua telapak tangannya tiga kali...86

85

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 278. 86 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 159. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah: Hadis ini merupakan keterangan mencuci kedua tangan sebelum memasukkannya ke dalam bejana (bekas air untuk berwuduk), meskipun bukan kerana bangun tidur sebagai tindakan berhati-hati. (al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 82)

67

Menurut Syaikh menunjukkan:

‘Abdullah

al-Bassam,

istilah

ِْ.َ‫آ‬

Batasnya adalah dari hujung jari sehingga pergelangan tangan.87

Membasuh telapak tangan sebelum berwuduk adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tangan yang akan dipergunakan untuk menggosok angota wuduk yang lain itu bersih dari apa jua bentuk kekotoran. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Sunnah ini sangat sesuai dengan fitrah dan akal. Ini adalah kerana kebiasaannya tangan itu ada debu atau yang serupa dengan debu. Maka sudah seharusnya kalau dimulai dengan membersihkannya sehingga kemudian ianya boleh dipergunakan untuk mencuci muka dan anggota lainnya. Dan yang sangat ditekankan untuk melakukan itu adalah saat bangun tidur.88

9) Berkumur-kumur, memasukkan dihembuskan semula. (3 kali).

air ke hidung dan

Antara sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang semakin dilupakan di Malaysia adalah berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung secara serentak. Sebenarnya hal ini juga dianjurkan oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah. Beliau berkata: Saya lebih menyukai orang berwuduk yang memulainya dengan berkumur-kumur dan memasukkan air ke 87

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 214. 88 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 200.

68

hidungnya tiga kali setelah membasuh kedua (telapak) tangannya, iaitu dengan cara mengambil air dengan telapak tangannya untuk mulut dan hidungnya, kemudian memasukkan air itu ke dalam hidungnya sampai batas yang terlihat bahawa air itu masuk ke bahagian dalam hidungnya. Namun apabila dia berpuasa, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dengan lembut, agar air itu tidak masuk ke bahagian kepalanya. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung adalah sunnah kerana dengannya bau mulut dan hidung akan hilang.89

Dalil-dalil berkaitan dengan berkumur-kumur memasukkan air ke hidung adalah seperti berikut:

seraya

َ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ‫ُ َرأَى‬+‫ن َأ‬ َ ).َ5

ِ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ََْ‫ن ﻡ‬ َ ‫َ ْ ُ َْا‬5 )َ ُ4َََ/َ3 ِِ‫َ)ﺉ‬+‫ََ یَ َیِْ ﻡِ ْ ِإ‬5 ‫غ‬ َ َ ْ3ََ3 ‫َ) ِ َُ ٍء‬5‫ن َد‬ َ ).َ5 k َ َ ْ1َ َ‫ُ  ﺕ‬H ‫ اْ َُ ِء‬Kِ3 َُ0ِ َ‫" ی‬ َ َUْ‫ُ  َأد‬H ‫ت‬ ٍ ‫ث ﻡَا‬ َ َ َH :‫ل‬ َ )َd  ُH ...)ًHَ َH َُ4ْ‫" َوﺝ‬ َ ََ\  ُH َ َRْ0َْ‫ وَاﺱ‬ َ َTْ0َْ‫وَاﺱ‬ َ ْ'َ+ َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬Kِ#0‫ ا‬M ُ ْ‫" َرَأی‬ ".Kِ‫ُوُﺉ‬ Bahawa aku melihat ‘Uthman pernah meminta air (dalam bejana) untuk berwuduk. Lalu menuang air dari bejana itu ke tapak tangannya dan mencuci ke duanya 3 kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung (untuk membersihkannya) dan mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihat Rasulullah 89

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 35.

69

berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”90

ِْ‫ََ یَ َی‬5 ‫َ) ِء‬+W ِ ‫غ ﻡِ ْ ا‬ َ َ ْ3‫ُ َأ‬+‫ َزیْ ٍ َأ‬ ِ ْ ِ‫ْ ِ ا‬#َ5 ْ َ5 ‫ٍ وَاِ َ ٍة‬E.َ‫ ﻡِ ْ آ‬ َ َTْ0َْ‫ وَاﺱ‬k َ َ ْ1َ‫" َأوْ ﻡ‬ َ ََ\  ُH )َ ُ4َََ/َ3 ِ‫ل ا‬ ِ ُ‫َا ُوُ ُء َرﺱ‬gَLَ‫ل ه‬ َ )َd  ُH ... )ًHَ َH @ َ ِ‫" َذ‬ َ َ*َ.َ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫!َ ا‬ Daripada ‘Abdullah bin Zaid bahawa dia menuangkan air dari bejana ke atas kedua tangannya lalu membasuh keduanya. Kemudian membasuh atau berkumur-kumur dan mengeluarkan air dari hidung dari satu telapak tangan, dia lakukan hal ini sebanyak tiga kali… lalu berkata: “Demikianlah wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.91

َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫ هُ َیْ َ َة َأ‬Kِ‫َ ْ َأ‬5 ِْRْ0ََِْ  ُH ‫ِِ ﻡَ) ًء‬.ْ+‫ َأ‬Kِ3 ْ"َ*ْZََْ3 ُْ‫ل ِإذَا ﺕَ َ َ َأَ ُآ‬ َ )َd Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang dari kalian berwuduk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya, kemudian mengeluarkan semula air tersebut.92 Daripada Laqith bin Shabirah, dia bertanya:

".‫ اْ ُُ ِء‬ ِ َ5 Kِ+ِْ#ْU‫ل اِ َأ‬ َ ُ‫"یَ) َرﺱ‬ 90

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wuduk, no: 164. 91 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wuduk, no: 191. 92 Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 85.

70

“Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang berwuduk.”

Kِ3 ْِ)َ‫ َو‬oِ ِ)َ!J َ‫ ا‬ َ َْ ْ"8َU‫ِْ اْ ُُ َء َو‬#ْ‫ "َأﺱ‬:‫ل‬ َ )َd ".)ً ِ‫ن !َ)ﺉ‬ َ ُLَ‫ َأنْ ﺕ‬%  ‫ق ِإ‬ ِ )َTْ0ِْ‫ﺱ‬% ِ‫ا‬ Rasulullah menjawab: “Sempurnakan wuduk dan selang-selangilah antara jari-jemarimu dan bersungguhsungguhlah dalam memasukkan air ke dalam hidung kecuali ketika kamu sedang berpuasa.93

َِْ‫ُ ُ ِإ‬qْ0َ+ ٌ‫ ﺝُُس‬ ُ ْ'َ+‫ " َو‬... :‫ل‬ َ )َd ٍ َْU ُ ْ#َ5 Kِ0َH َ َ َRَ+‫ َو‬ َ َTْ0َْ‫ وَاﺱ‬k َ َ ْ1َ َ3 َُ َ3 ‚ َ َ َ3 َ0ْ ُْ‫ ا‬-ُ َ َ‫" ی‬ َ َUْ‫َ َد‬3 -ُ  َ‫ "ﻡَ ْ ﺱ‬:‫ل‬ َ )َd  ُH ‫ت‬ ٍ ‫ث ﻡَا‬ َ َ َH ‫َا‬gَ‫" ه‬ َ َ*َ3 ‫ِ اَُْْى‬-ِ َِ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ُ ِر َرﺱ‬4ُi َ‫ُ َ ِإ‬qْ0َ‫َأنْ ی‬ ".-ُ ‫ُ ُر‬4ُi ‫َا‬gَ4َ3 Diriwayatkan daripada ‘Abdu Khair, dia berkata: “Kami duduk memperhatikan ‘Ali (radhiallahu 'anh) sedang berwuduk, maka dia memasukkan tangannya yang kanan ke dalam bejana, dia memenuhi mulutnya dengan air kemudian berkumur dan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) dan menggerak-gerakkan hujung hidungnya dengan tangan kirinya. Dia melakukannya tiga kali, kemudian berkata: “Barangsiapa yang merasa senang memperhatikan wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka inilah cara baginda berwuduk.”94 Berdasarkan hadis-hadis di atas dapat kita rumuskan seperti 93

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alShaum, hadis no 718. 94 Hadis riwayat Imam al-Darimi di dalam Sunan al-Darimi, Kitab al-Thohaarah, no: 696.

71

berikut: 1) kَ َ ْ1َ‫ ﻡ‬adalah berkumur-kumur dengan menggerakgerakkan air di dalam mulut bertujuan untuk mencucinya. ََTْ0ِْ‫ ِاﺱ‬adalah memasukkan air ke dalam hidung dengan menghirupnya bersama nafas hingga ke bahagian hidung yang paling dalam. ََRْ0ِْ‫ ِاﺱ‬pula adalah mengeluarkan air tersebut setelah melakukan َTْ0ِْ‫ِاﺱ‬. 2) Adalah disunnahkan berkumur-kumur dilakukan serentak dengan memasukkan air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya dan diulang sebanyak tiga kali. 3) Hendaklah bersungguh-sungguh memasukkan air ke dalam hidung kecuali apabila sedang berpuasa. 4) Hendaklah memasukkan air ke dalam hidung dengan menggunakan tangan kanan dan mengeluarkan air tersebut menggunakan tangan kiri. Tentang hukum berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya maka ulamak berbeza pendapat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat, mereka menyatakan bahawa perbuatan tersebut tidak termasuk di dalam perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala berkaitan wuduk iaitu:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ 72

_ ; ˆ d#"?J> Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…95 Bagi mereka yang menyatakan ianya wajib maka mereka juga menggunakan dalil yang sama seperti di atas namun mereka beranggapan bahawa mulut dan hidung adalah termasuk di dalam anggota yang disebut muka. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Mereka (yang menyatakan wajib) beralasan seperti berikut: 1)

Ketekunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam melakukan kedua perbuatan tersebut merupakan bukti kewajipannya. Jika keduanya hanya sunat tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah meninggalkannya meskipun sekali sahaja, untuk memperjelaskan kepada umatnya bahawa kedua pekerjaan itu boleh (ditinggalkan yakni tidak wajib). Suatu pekerjaan yang disertai dengan perintah memberi pemahaman bahawa pekerjaan itu wajib. Allah telah memerintahkan kedua pekerjaan tersebut dalam firmanNya “basuhlah muka kamu” di mana mulut dan hidung termasuk bahagian muka.

2) Hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah 95

Al-Maaidah (5) : 6

73

shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ُْ0ِ‫ُ  ﻡ‬% َ ‫ِي‬g‫ اْ ُُْ ِء ا‬ َ ِ‫ق ﻡ‬ ُ )َTْ0ِْ‫ﺱ‬% ِ ْ‫ُ َوا‬Eَ1َ ْ1َ ‫ا‬ Berkumur dan menghirup air ke dalam hidung termasuk (pekerjaan) wuduk yang wajib. (Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar di dalam kitab al-Syafi) 3) Hadis riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

 ُH ‫ اْ َ) ِء‬ َ ِ‫ِ َیِْ ﻡ‬jْ0َ ِ ِْTْ0َََْْ3 ُْ‫ِإذَا ﺕَ َ َ َأَ ُآ‬ .ِْRَْ0َِ Jika salah satu di antara kalian berwuduk maka hendaklah menghirup air ke dalam hidung melalui kedua hidungnya kemudian mengeluarkannya.96 4) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Daruquthni daripada Laqith bin Shabirah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ْkِ ْ1َ َ3 ‫ت‬ َ َْ َ‫ِإذَا ﺕ‬ Jika kamu berwuduk maka berkumurlah.97 5)

96

Perintah membasuh muka atau wajah dalam ayat

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 237. 97 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 123.

74

“basuhlah muka kamu” adalah juga untuk berkumur dan menghirup air ke dalam hidung. Ini kerana mulut dan hidung merupakan sebahagian dari wajah. Keduanya adalah anggota tubuh luar yang termasuk dalam kategori wajah. Yang paling kuat adalah pendapat mazhab yang terakhir (iaitu wajib) kerana kekuatan dalil-dalilnya dan tidak ada yang menentangnya.98

Di atas dasar sabitnya dalil serta kesungguhan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta para sahabat radhiallahu 'anhum dalam mengerjakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung lalu mengeluarkannya, maka sewajarnya bagi mereka yang tidak menganggap ianya wajib agar tetap berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ini. Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata: Bagi mereka yang mengatakan bahawa itu adalah tidak wajib dan menganggapnya sebahagian dari wajah, sangat dianjurkan untuk melakukannya dengan bersungguhsungguh kecuali bagi orang yang berpuasa. Dan sangat dianjurkan untuk mengeluarkan yang ada di hidung setelah dihirup. Demikian banyak hadis yang menunjukkan sifat wuduk Nabi bahawa baginda selalu berkumur-kumur dan menghirup air ke dalam hidung…99

Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah memperjelaskan tentang hikmah disyari’atkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Menurut beliau: 98

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 218. 99 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 198-199.

75

Lalu para ulamak menyebutkan hikmah perbuatan ini adalah untuk mengetahui sifat air yang akan digunakan untuk berwuduk. Sebab warna dapat diketahui dengan penglihatan, rasa dapat diketahui melalui lidah (mulut) dan bau dapat diketahui melalui penciuman (hidung).100

10) Membasuh muka dengan sempurna Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o ... Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu …101

َ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ‫ُ َرأَى‬+‫ن َأ‬ َ ).َ5

ِ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ََْ‫ن ﻡ‬ َ ‫َ ْ ُ َْا‬5 )َ ُ4َََ/َ3 ِِ‫َ)ﺉ‬+‫ََ یَ َیِْ ﻡِ ْ ِإ‬5 ‫غ‬ َ َ ْ3ََ3 ‫َ) ِ َُ ٍء‬5‫ن َد‬ َ ).َ5 k َ َ ْ1َ َ‫ُ  ﺕ‬H ‫ اْ َُ ِء‬Kِ3 َُ0ِ َ‫" ی‬ َ َUْ‫ُ  َأد‬H ‫ت‬ ٍ ‫ث ﻡَا‬ َ َ َH :‫ل‬ َ )َd  ُH ...)ًHَ َH َُ4ْ‫" َوﺝ‬ َ ََ\  ُH َ َRْ0َْ‫ وَاﺱ‬ َ َTْ0َْ‫وَاﺱ‬ َ ْ'َ+ َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬Kِ#0‫ ا‬M ُ ْ‫" َرَأی‬ ".Kِ‫ُوُﺉ‬ Telah diriwayatkan daripada Humran (hamba abdi ‘Uthman), bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan 100 101

76

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 83 Al-Maaidah (5) : 6

minta dibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air dari bejana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihat Rasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”102 Berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di atas telah sepakat para ulamak akan kefardhuan membasuh muka atau wajah ketika berwuduk. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah tentang muka atau wajah adalah: Tempat tumbuhnya rambut kepala (yakni anak rambut) sampai kepada dua telinga, tulang rahang dan dagu. Bukanlah dinamakan muka apabila melewati tempat tumbuh rambut kepala (di dahi) dan dua tepi dahi itu termasuk bahagian kepala. Demikian halnya bahagian yang botak dari kepala, botak itu bukanlah bahagian dari muka.103

Bagi mereka yang memiliki janggut pada wajah mereka maka adalah sunnah untuk menyela-nyela janggutnya dengan air. Dalilnya adalah seperti berikut:

102

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wuduk, no: 164. 103 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms 35-36.

77

Daripada ‘Uthman radhiallahu 'anh, dia berkata:

.ََُْ'ِ " ُ 8َjُ‫ن ی‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬ Bahawasanya Nabi shallallahu menyela-nyela janggutnya.104

'alaihi

wasallam

Daripada Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata:

gَ َU‫ن ِإذَا ﺕَ َ َ َأ‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫َأ‬ :‫ل‬ َ )َd‫" ِِ ِ'ََُْ َو‬ َ َjَ3 ِِLَ0َ M َ ْ'َ‫ََُ ﺕ‬Uْ‫َ َد‬3 ‫[) ﻡِ ْ ﻡَ) ٍء‬.َ‫آ‬ .""  َ‫ َوﺝ‬w َ5 K8‫ َر‬Kِ+َ َ‫َا َأﻡ‬gَLَ‫"ه‬ Bahawasanya apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk, baginda mengambil secedok air dengan telapak tangannya, kemudian baginda memasukkannya di bawah rahangnya, lalu menyelanyela janggutnya kemudian bersabda: “Beginilah Tuhanku 'Azza wa Jalla memerintahkanku.”105 Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam menyela-nyela janggut ketika berwuduk adalah: Dengan menyisir janggut (dengan jari-jari tangan) dan mengalirkan air di celah-celahnya agar air dapat masuk ke tengah-tengah rambut (janggut yang tumbuh di dagu) dan sampat ke kulit.106 104

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 29. 105 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 124. 106 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 249.

78

Ulamak membezakan di antara janggut yang nipis dan janggut yang tebal. Bagi janggut yang nipis maka hendaklah menyelanya dengan air sehingga terkena kulit. Apabila janggut lebat dan bahagian kulit tidak kelihatan dan tertutup maka memadailah dengan mengusap-usap air sehingga ke hujung janggut. Menurut Imam al-Syafi’i107 rahimahullah: Apabila janggut yang tumbuh pada diri seseorang tidak lebat dan menutup sedikit mukanya, maka dia harus membasuh mukanya seperti ketika janggut belum tumbuh (iaitu dengan mengenakan air ke kulit). Namun apabila janggut itu lebat sehingga mengambil tempat pada wajahnya, maka tindakan yang lebih berhati-hati (alIhtiyath) ialah dengan membasuh semuanya.108

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Hukum menyela-nyela janggut ini ada dua, wajib dan sunnah Menyela-nyela janggut yang wajib adalah ketika rambut janggut nipis sehingga kulitnya kelihatan. Kulit dan rambut janggut yang tumbuh di sini dihukumi sebagai bahagian luar sehingga wajib dibasuh sambil disela-sela. Menyela-nyela

janggut

yang

sunnah

adalah

ketika

107

Imam al-Syafi’i rahimahullah menganggap perbuatan menyelanyela janggut ini hanyalah sunat sahaja. Wallahu A’lam 108 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms 36.

79

janggut tebal sehingga bahagian kulitnya tidak kelihatan dan tertutup. Dalam keadaan ini menyela-nyela bahagian dalam rambut (janggut) dan bahagian dasarnya (terkena kulit) adalah sunat kerana dianggap bahagian dalam. Adapun hukum membasuh bahagian rambut janggut yang luar adalah wajib sebagai kepanjangan dari mengusap wajah. Perincian di atas dan penjelasannya didasarkan pada hasil penelitian terhadap cara wuduk yang di syari’atkan. Hasilnya menunjukkan bahawa bahagian wajah yang nampak wajib dibasuh, termasuk kulit dan rambut janggut yang nipis. Adapun bahagian wajah yang tertutup kerana ketebalan janggut, seperti janggut rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka yang disyariatkan adalah menyela-nyelanya.109

Oleh itu sewajarnya kita tetap untuk mengamalkan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menyela-nyela janggut ketika berwuduk walaupun majoriti umat Islam di Malaysia beranggapan ianya hanyalah amalan sunat. Ini adalah kerana telah sabit perintah daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan kesunnahan amalan tersebut dan tentu sekali mengamalkannya tidak akan merugikan kita walau sedikitpun. 11) Membasuh tangan hingga ke siku dengan memulakan tangan kanan (3 kali). Telah sepakat para ulamak akan kefardhuan membasuh tangan ketika berwuduk. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: 109

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 249.

80

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ... ;oZM☺J> Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…110 Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Saya tidak mengetahui bahawa ada perbezaan pendapat tentang membasuh siku, seolah-olah mereka memahami bahawa makna ayat ini adalah: “Maka basuhlah mukamu

dan tanganmu sampai kalian membasuh siku.” Jadi tidak cukup sekadar membasuh kedua tangan tanpa membasuh di celah-celah jari-jemari sehingga siku pun turut dibasuh, dan hendaknya dimulai dari sebelah kanan lalu pindah ke sebelah kiri. Saya memandang makruh apabila memulai membasuh anggota wuduk yang sebelah kiri namun dia tidak harus mengulanginya apabila telah melakukannya.111

Tentang termasuknya siku sebagai anggota yang perlu dibasuh, Na’im bin ‘Abdullah al-Mujmar telah berkata:

110 111

Al-Maaidah (5) : 6 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 36-37.

81

َ َ0ْ ُْ‫ ا‬-ُ َ َ‫" ی‬ َ ََ\  ُH ... َُ ََ‫ َأَ) هُ َیْ َ َة ی‬M ُ ْ‫َرَأی‬ Kِ3 ‫ع‬ َ َ ْ;‫ اَُْْى َ َأ‬-ُ َ َ‫ُ  ی‬H ِ ُ1َ*ْ‫ ا‬Kِ3 ‫ع‬ َ َ ْ;‫َأ‬ ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ َرﺱ‬M ُ ْ‫َا َرَأی‬gَLَ‫ "ه‬:‫ل‬ َ )َd  ُH ... ِ ُ1َ*ْ‫ا‬ ".َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 Aku melihat Abu Hurairah radhiallahu 'anh berwuduk… kemudian dia membasuh tangan kanannya hingga masuk ke bahagian lengan bahagian atas, lalu membasuh tangan kirinya hingga masuk ke lengan bahagian atas… Abu Hurairah berkata: “Seperti inilah aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk.”112 Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim: Tambahan pula perkataan tDH* dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

tDH*

4x-h☺# "j* L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ... ;oZM☺J> Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku…113

112 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 246. Hadis ini juga dipergunakan sebagai dalil disunatkan untuk meratakan air ke anggota wuduk dengan melebihi sedikit dari paras yang disyari’atkan. Contohnya apabila membasuh tangan dilebihkan sedikit melepasi paras siku dan apabila membasuh kaki melepasi di paras buku lali. 113 Al-Maaidah (5) : 6

82

Bererti “bersama dengan” seperti dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

 #3\o" $% tDH* a+” KJ/ a+?>J/ dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpunkannya) bersama harta kamu.114 dan

_tDH* qLI# a+žheC  a+?I# serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada115 ertinya bersama kekuatan kamu. Al-Mubarrid berkata: Jika batasan termasuk dari bahagian yang dibatasi maka itu termasuk di dalamnya.116

Maka dari penjelasan di atas jelaslah bagi kita bahawa siku termasuk bahagian yang perlu dibasuh ketika berwuduk. Disunatkan juga bagi kita untuk membasuh di celah jari-jemari tangan serta memastikan air mengenai celah-celah cincin atau jam yang dipakai. Daripada Laqith bin Shabirah, dia bertanya:

".‫َ ْ اْ ُُ ِء‬5 Kِ+ِْ#ْU‫ل اِ َأ‬ َ ُ‫"یَ) َرﺱ‬ 114

al-Nisaa’ (4) : 2 Hud (11) : 52 116 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 178. 115

83

“Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang berwuduk.”

... oِ ِ)َ!J َ ‫ ا‬ َ َْ ْ"8َU‫ِْ اْ ُُ َء َو‬#ْ‫ "َأﺱ‬:‫ل‬ َ )َd Rasulullah menjawab: “Sempurnakan wuduk selang-selangilah antara jari-jemari mu …117

dan

Tentang maksud oِ ِ)َ!J َ‫ ا‬ َ َْ ْ"8َU‫ َو‬Menurut Syaikh ‘Abdullah alBassam: Renggangkanlah jari-jari dan alirkan air di antara celahcelahnya. Yang dimaksudkan dengan jari di sini adalah jari tangan dan jari kaki. Keterangan ini didasarkan menerusi riwayat Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh:

‫ت‬ َ َْ َ‫ "ِإذَا ﺕ‬:‫ل‬ َ )َd َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫َأ‬ ".@ َ َْْ‫@ َو ِرﺝ‬ َ ْ‫ یَ َی‬oِ ِ)َ!‫ َأ‬ َ َْ ْ"8َjَ3 Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Jika kamu berwuduk maka renggangkanlah dan basuhlah celah-celah antara jari kedua tanganmu dan kedua kakimu.118 Walaupun kita telah membasuh telapak tangan pada permulaan berwuduk tadi, namun apabila membasuh tangan kita tetap wajib sekali lagi membasuh telapak tangan tersebut secara sempurna. Ketahuilah bahawa membasuh kedua telapak tangan pada peringkat awal berwuduk hukumnya hanyalah sunat sedangkan menyempurnakan membasuh tangan adalah wajib 117

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alShaum, hadis no 718. 118 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 37.

84

dan anggota tangan di dalam berwuduk adalah di mulai dari kuku sehingga siku yang mana telapak tangan termasuk di dalamnya. Hendaklah juga kita memastikan bahagian kulit yang terlindung kerana memakai cincin, gelang, jam tangan dan lain-lain juga dibasahi air ketika berwuduk. Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali berkata: Di antara kesalahan yang mereka lakukan (ketika berwuduk) ialah tidak menggerak-gerakkan cincin ketika membasuh telapak tangan dan tidak menggerak-gerakkan jam tangan ketika membasuh tangan sehingga kulit di kedua tempat tersebut kering. Oleh kerana itu wajib menggerakkan keduanya sehingga terbasuh kulit yang berada di bawah keduanya. Imam alBukhari rahimahullah menyatakan:

.َ َ َ‫َ)ﺕَ ِ ِإذَا ﺕ‬jْ‫ ا‬oَ َِْ‫" ﻡ‬ ُ ِْ/َ‫ ی‬ َ ْ‫ ﺱِْ ِی‬ ُ ْ‫ن ا‬ َ )َ‫َوآ‬ Ibnu Sirin wuduk.119

biasa

membasuh

tempat

cincin

saat

Dan sanadnya disahihkan oleh al-Hafidz120 (Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah) seraya menyatakan: “Kerana adakalanya air tidak sampai kepadanya jika sempit.121

119

Diriwayatkan daripada Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Bab Membasuh Mata Kaki. 120 Sila rujuk Fathul Baari, jilid 2, ms. 107. 121 Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 105.

85

12) Menyapu seluruh kepala dari hadapan ke belakang bersekali dengan kedua telinga menggunakan dua tangan. Kepala adalah anggota wuduk yang telah disepakati oleh para ulamak sebagai bahagian yang fardhu ketika berwuduk. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J ... a+?…f<Z*A Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah kepala kamu…122 Namun mereka berbeza pendapat samada yang perlu disapu adalah sebahagian dari kepala atau seluruh kepala. Ini adalah kerana +?…f<Z*A boleh ditafsirkan sebagai sebahagian mahupun keseluruhan. Bagi Imam al-Syafi’i dan Abu Hanifah rahimahumallah ayat di atas menunjukkan bahawa menyapu sebahagian kepala dengan air sudah memadai. Imam al-Syafi’i berkata: Adalah masuk akal bahawa pada ayat ini dijelaskan tentang barangsiapa telah menyapu sedikit dari kepalanya, maka sesungguhnya dia dianggap telah 122

86

Al-Maaidah (5) : 6

menyapu kepala. Ayat ini juga tidak memiliki kemungkinan arti lain selain dari yang telah disebutkan, yang mana hal itu merupakan makna yang terkuat. Makna yang tidak dianggap kuat adalah menyapu kepala seluruhnya.123

Imam al-Syafi’i rahimahullah menguatkan dengan riwayat daripada Mughirah bin Syu’bah:

pendapatnya

َِِِ!)َ0ِ n َ ََ َ3 َ َ َ‫ََِْ َوﺱَ َ ﺕ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬ .

ِ ْ.ُjْ‫ََ ا‬5‫ِ َو‬Eَ‫ََ اْ*ِ َ)ﻡ‬5‫َو‬ Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu ubun-ubunnya dan juga di atas serbannya serta di atas khuf.124 Namun begitu menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam pula: Huruf ‫ ب‬di dalam ayat ini tidak menunjukkan bahawa yang disapu hanya sebahagian. Kerana fungsi huruf ‫ب‬ tersebut adalah ilshaaq (menunjukkan keseluruhan). Siapa yang beranggapan bahawa ‫ ب‬tersebut berfungsi tab’iidh (sebahagian) maka dia sama sahaja seperti telah menyalahkan para pakar bahasa arab.125

Selanjutnya Syaikh Fahd al-Syuwayyib pula berkata:

123

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 37. Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 274. 125 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 225. 124

87

Al-Syaukani rahimahullah dalam Nail al-Authar mengatakan, bahawa huruf ‫ب‬ tidak terbukti dipergunakan untuk menyatakan sebahagian dan Sibawaih (ulamak pakar bahasa) telah membantahnya dalam 15 tempat di dalam kitabnya.126

Pendapat menyapu seluruh kepala ini juga merupakan pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad rahimahumallah. Menurut Imam al-Bukhari rahimahullah: Imam Malik rahimahullah pernah ditanya: “Apakah mencukupi jika menyapu sebahagian kepala sahaja?” Maka beliau (Imam Malik) berhujah dengan hadis ‘Abdullah bin Zaid radhiallahu 'anh:

‫َ  ِم‬$ُ ِ ‫ِ َ) َوَأدَْ َ َ ََأ‬4ِ " َ َ#ْdَ َ3 ِْ‫ َرأْﺱَُ َِ َی‬n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H... ‫ن‬ ِ )َLَ ْ‫ُ  َر دهُ َ) ِإَ ا‬H -ُ )َ.َd َ‫ِ َ) ِإ‬4ِ r َ َ‫َرأْﺱِِ َ َذه‬ ...ُْ0ِ‫ِي َ ََأ ﻡ‬g‫ا‬ … lalu (baginda) mengusap kepalanya dengan kedua tangannya. Baginda menggerakkan kedua tangannya ke arah hadapan dan ke belakang; dimulai daripada bahagian depan kepalanya kemudian menggerakkan kedua tangannya sampai ke belakang (tengkuknya), lalu mengembalikan keduanya ke tempat baginda memulainya…127

126

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 38. 127 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 185.

88

Inilah sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam menyapu kepalanya yakni setelah membasahkan tapak tangannya baginda meletakkan kedua tangannya di atas bahagian hadapan kepala dengan tangan tersebut melitupi seluruh kepala lalu menyapunya ke arah belakang sehingga kebatasan terakhir rambut di tengkuk lalu menyapunya semula ke arah hadapan dan berhenti di tempat pemulaan baginda meletakkan kedua tangannya. Berkenaan hadis Mughirah iaitu hadis yang menunjukkan baginda hanya menyapu bahagian ubun-ubun yang dijadikan dalil untuk menyapu sebahagian kepala ianya sebenarnya khusus untuk mereka yang memakai serban dan kemudian hendaklah dia menyempurnakannya dengan menyapu serban sebagaimana zahir hadis tersebut. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz ‘Abdullah bin Baz rahimahullah berkata: Tidak ada dalam hadis Mughirah keterangan yang menyatakan bahawa menyapu kepala secara keseluruhan saat berwuduk bukanlah fardhu apabila seseorang tidak memakai serban. Akan tetapi sesungguhnya hadis itu hanya memberi keterangan bolehnya menyapu bahagian kepala yang nampak dan melanjutkan dengan menyapu serban di saat memakainya. Adapun di saat seseorang tidak memakai serban, maka yang wajib dilakukannya adalah dengan menyapu kepala secara keseluruhannya sebagai pengamalan hadis ‘Abdullah bin Zaid.128

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pula berkata di dalam Zaadul Ma’ad (jilid 1, ms. 193):

128

Sebagaimana komentar beliau terhadap kitab Fathul Baari, jilid 2, ms. 179.

89

Tidak ada satu hadis yang sahih bahawa baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) hanya menyapu sebahagian kepalanya sahaja. Tetapi jika (baginda) menyapu ubunubunnya, maka baginda menyempurnakan pada serbannya.129

Selanjutnya mari kita melihat beberapa hadis lain yang menjelaskan tentang tatacara menyapu kepala: a) Menyapu Kepala Hanya Satu Kali Imam al-Bukhari memperuntukkan satu bab khusus bertajuk Menyapu Kelapa Sekali di dalam Shahih alBukhari dan di bawah bab itu terdapat sebuah hadis dimana ‘Abdullah bin Zaid menceritakan tentang wuduk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

َُ‫ َرأْﺱ‬n َ ََ‫ "ﻡ‬:‫ل‬ َ )َd ٌrَْ‫َ) ُوه‬0َH َ ‫ل‬ َ )َd َ‫َ) ﻡُﺱ‬0َH َ ."‫ﻡَ  ًة‬ Musa telah menceritakan kepada kami, dia berkata telah menceritakan kepada kami Wuhaib, dia berkata: “Baginda (shallallahu 'alaihi wasallam) menyapu kepalanya sekali.”130

129

Penulis nukil daripada kitab Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya (edisi terjemahan oleh Ahmad Syaikhu, Darul Haq, Jakarta 2005), ms. 106. Boleh juga dirujuk pendapat Imam Ibnul Qayyim ini di dalam Mukhtasar Zaadul Ma’ad Bekal Menuju Akhirat, Peringkas Muhammad Abdul Wahhab atTamimi, (edisi terjemahan oleh Kathur Suhardi, Pustaka Azzam, 1999) ms. 17. 130 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 192.

90

...ََ َ‫ُْ ﺕ‬0َ5 ُ‫ ا‬K َ ِ‫َِ[) َر‬5 M ُ ْ‫ل َرَأی‬ َ )َd ََْ Kِ‫ َأ‬ ِ ْ

ِ َ ْ ‫ْ ِ ا‬#َ5 ْ َ5 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫َا ﺕَََ َرﺱ‬gَLَ‫ل ه‬ َ )َd  ُH ‫ ِ َأْﺱِِ وَاِ َ ًة‬n َ ََ‫َوﻡ‬ Daripada ‘Abdul Rahman bin Abi Laila, dia berkata: Aku melihat ‘Ali radhiallahu 'anh berwuduk… dan beliau menyapu kepalanya sekali lalu (‘Ali) berkata: Inilah cara wuduk Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.131 Hadis daripada ‘Ali radhiallahu 'anh ini merupakan dalil ke atas sunnahnya menyapu kepala hanya sekali dan menurut pengarang kitab Tuhfat al-‘Ahwadzi bi Sharh Jami’ al-Tirmidzi ianya merupakan pendapat jumhur. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Hadis ‘Ali radhiallahu 'anh di atas menunjukkan bahawa mengusap kepala hanya dilakukan sekali, tidak berulangulang sebagaimana saat membasuh anggota wuduk yang lain.132

131

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 100. Hadis yang senada juga diriwayatkan daripada Abi Hayyah oleh Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab al-Thohaarah, no: 45, dan daripada ‘Abdi Khair oleh Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab al-Thohaarah, no: 91 yang mana kedua-dua riwayat tersebut juga berpunca dari Saidina ‘Ali radhiallahu 'anh. Manakala satu lagi riwayat daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh yang diriwayatkan oleh Imam alNasa’i di dalam Sunannya no: 100 dengan lafaz (ً‫َِْ ﻡَ ة‬+‫ ِ َأْﺱِِ َوُأ ُذ‬n َ ََ‫ ) َوﻡ‬yang menunjukkan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyapu kepalanya berserta kedua telinganya sebanyak satu kali. 132 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 249. Namun begitu menurut Syaikh al-Albani rahimahullah di dalam Tamamul Minnah (Jilid 1, ms 98) terdapat hadis yang bersanad hasan menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah juga menyapu kepala sebanyak tiga kali. Menurut beliau walaupun terdapat banyak hadis yang lebih kuat yang menunjukkan sapuan hanya

91

b) Menyapu Kedua Telinga Adalah disunnahkan untuk menyapu telinga sesudah menyapu kepala tanpa mengambil air yang baru. Ini adalah satu kali tetapi penambahan dari perawi yang terpercaya dapat diterima. Hadis menyapu kepala sekali tersebut bagi beliau tidak bercanggah dengan hadis mengusap tiga kali tetapi menurut beliau pembicaraan di sini adalah bersangkutan masalah sunnah iaitu lazim dikerjakan dan kadangkadang ditinggalkan. Namun menurut Syaikh Ben Bazz rahimahullah ketika memberi komentar terhadap kitab Fathul Baari (jilid 2, ms. 206) hadis yang menunjukkan sapuan kepala lebih dari sekali adalah syadz kerana tambahan tersebut menyalahi riwayat perawi yang lebih thiqah (kuat) sehingga tidak dapat dijadikan pegangan. Untuk mengkompromikan hadis menyapu kepala sekali dan tiga kali alHafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Dalil terkuat yang menunjukkan tidak ada pengulangan dalam menyapu kepala adalah hadis masyhur yang disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dari selainnya dari jalur periwayatan ‘Abdullah bin Amru bin al-Ash mengenai sifat wuduk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, di mana baginda bersabda setelah selesai berwuduk:

.َ ََ_‫َْ َأﺱَ) َء َو‬$َ3 ‫َا‬gَ‫ََ ه‬5 ‫ﻡَ ْ زَا َد‬ “Barangsiapa yang menambahkan dari yang demikian ini, sungguh dia telah berlaku buruk lagi zalim.” Sementara dalam riwayat Sa’id bin Manshur terhadap hadis di atas terdapat ketegasan, bahawa baginda shallallahu 'alaihi wasallam menyapu kepalanya satu kali. Hal ini menunjukkan bahawa menyapu kepala lebih dari satu kali tidaklah disukai. Adapun riwayat-riwayat yang menerangkan adanya pengulangan dalam menyapu kepala – apabila terbukti kebenarannya- maka harus difahami bahawa maksudnya adalah meratakan sapuan, di mana pemahaman seperti itu untuk mengompromikan dengan riwayat-riwayat yang menyatakan tidak adanya pengulangan dalam menyapu kepala. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 207)

92

kerana telinga termasuk dalam bahagian kepala. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.‫س‬ ِ ْ‫ن ﻡِ ْ ا أ‬ ِ )َ+‫ ُذ‬J ُ‫ا‬ Kedua telinga adalah sebahagian daripada kepala.133 Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyapu telinganya dengan menggunakan air yang sama ketika baginda menyapu kepalanya dengan memasukkan jari telunjuknya ke bahagian dalam telinga untuk menyapu bahagian dalam serta ibu jarinya pula dipergunakan baginda untuk meyapu bahagian luar telinga baginda. Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radhiallahu 'anhuma tentang wuduk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

َِْ+‫ ُأ ُذ‬Kِ3

ِ ََْ)#‫َ*َِْ ا‬#ْ!‫" ِإ‬ َ َUْ‫َ َد‬3 ِِ‫ ِ َأْﺱ‬n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H... ...َِْ+‫ََ _َ)هِ ِ ُأ ُذ‬5 َِْ‫َ)ﻡ‬4ْVِ ِ n َ ََ‫َوﻡ‬ …kemudian baginda menyapu kepalanya dan memasukkan kedua jari telunjuknya ke dalam telinga baginda dan menyapu bahagian luar kedua telinganya dengan kedua ibu jarinya…134 Ternyata Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak menggunakan air yang baru untuk mengusap telinganya. Inilah tatacara yang sah daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.135 133

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 35. 134 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no:116. 135 Tentang sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin Zaid radhiallahu 'anh yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah yang

93

Secara ringkasnya tatacara yang sahih daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan menyapu kepala menurut Syaikh Sa’id al-Qahthani: Membasuh kepala sekali dimulai dengan membasahi kedua tapak tangan dengan air, lalu membasahi kepala bahagian depan, kemudian menarik tangan ke belakang hingga kepala bahagian belakang, kemudian menariknya kembali ke kepala bahagian depan. Setelah itu dilanjutkan dengan memasukkan jari telunjuk ke lubang telinga, sedangkan ibu jari menggosok telinga bahagian luar.136

13) Membasuh kaki hingga ke buku lali dengan memulakan dari kaki kanan (3 kali). Sebagaimana kepala, kaki juga merupakan anggota wuduk yang telah disepakati oleh para ulamak sebagai bahagian yang fardhu ketika berwuduk. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menggunakan air untuk mengusap kedua telinganya bukan dari air yang digunakannya untuk menyapu kepala; ianya telah dinilaikan syadz oleh al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah di dalam Bulughul Maram (Sila rujuk no:39 di dalam Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram [edisi terjemahan: Syarah Bulughul Maram] karya Syaikh ‘Abdullah al-Bassam). 136 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 69-70.

94

tDH*

tDH*

a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A a+dD3RaB/ ... _ ; ˆ d#"?J>

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi kedua mata kaki (buku lali)…137 Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Saya tidak mendengar adanya perbezaan pendapat tentang ˆ d#"?J> (kedua mata kaki) yang disebut Allah 'Azza wa Jalla pada wuduk, iaitu bahawa kedua mata kaki yang dimaksudkan ialah (tulang) yang menonjol, dan keduanya merupakan tempat bertemunya pergelangan betis dan kaki (iaitu buku lali). Kedua (buku lali) harus disapu (diratakan dengan air), seolah-olah maknanya menjadi, “Basuhlah kakimu sehingga membasuh kedua mata kakimu.” Tidak cukup bagi seseorang apabila dia membasuh kedua tapak kakinya, baik bahagian atas mahupun bahagian bawah, pinggiran (bahagian tepi kaki) dan kedua mata kakinya (yakni buku lali), kecuali hingga merata (iaitu air) ke setiap bahagian berdekatan dengan mata kaki dan berhubungan dengan pangkal betis.138

137 138

Al-Maaidah (5) : 6 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 39.

95

Jelas Imam al-Syafi’i amat menitik beratkan agar bahagian buku lali dan sekitarnya diratakan dengan air kerana sememangnya ramai yang melalaikannya. Apatah lagi terdapat ancaman daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bagi mereka yang tidak meratakan air sehingga ke seluruh kaki. Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amru radhiallahu 'anh, dia berkata:

‫ْ َ ٍة‬.َ‫ ﺱ‬Kِ3 )0َ5 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ƒ ا‬ َ َjَ‫ﺕ‬ َُ ََ+ )َ0َْ*َZَ3 َ ْPَ*ْ‫َ) ا‬0ْ$َ‫َْ َأرْه‬dَ‫َ) و‬0َ‫َ َدْ َرآ‬3 )َ‫َ)ه‬+َْ3)َ‫ﺱ‬ ٌ"ْ‫ " َوی‬:ِِ‫َْ !َْﺕ‬5َ ِ ‫َ)دَى‬0َ3 )َ0ُِ‫ََ َأرْﺝ‬5 n ُ َْ َ+‫َو‬ .)ًHَ َH ْ‫ َأو‬ ِ َْ‫" ﻡَ ﺕ‬.‫) ِر‬0‫ب ﻡِ ْ ا‬ ِ )َ$ْ5‚ َ ِ Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sengaja tertinggal di belakang kami dalam satu perjalanan yang pernah kami lakukan. Lalu baginda pun menyusul kami sementara waktu Asar mendapati kami (telah tiba). Saat itu kami berwuduk seraya menyapu kaki-kaki kami. Maka baginda menyeru dengan suara keras: “Wail139 bagi tumit-tumit dari api neraka.” Baginda menyatakannya dua atau tiga kali.”140 Diriwayatkan daripada Muhammad bin Ziyad, dia berkata:

ْ ِ‫ن ﻡ‬ َ ُ7َ ََ‫س ی‬ ُ )0‫َ) وَا‬0ِ F ُ َ‫ن ی‬ َ )َ‫ َأَ) هُ َیْ َ َة َوآ‬M ُ ْ*ِ َ‫ﺱ‬ َ! ِ ِ‫َ)ﺱ‬$ْ‫ن َأَ) ا‬  Vِ َ3 ‫ُا اْ ُُ َء‬/ِ#ْ‫ "أَﺱ‬:‫ل‬ َ )َd ‫َ َ ِة‬4ْOِ ْ‫ا‬ ".‫) ِر‬0‫ب ﻡِ ْ ا‬ ِ )َ$ْ5‚ َ ِ ٌ"ْ‫ " َوی‬:‫ل‬ َ )َd َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ا‬ Aku mendengar Abu Hurairah –yang pada saat itu 139

Wail adalah sebuah lembah di neraka jahannam. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 163. 140

96

bersama kami melewati orang-orang yang sedang berwuduk dari satu bejanamengatakan: “Sempurnakanlah wuduk kerana sesungguhnya Abu Qassim (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) bersabda: “Wail bagi tumit-tumit dari neraka.”141 Sebagaimana yang pernah penulis perjelaskan sebelum ini, celah-celah jari-jemari kaki juga hendaklah dibersihkan ketika berwuduk. Diriwayatkan daripada al-Mustaurid radhiallahu 'anh, dia berkata:

@ َ َ‫ََِْ َوﺱَ َ ِإذَا ﺕَ َ َ َد‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ ا‬M ُ ْ‫َرَأی‬ .-ِ ِ َPْ0ِjِ َِْْ‫ ِرﺝ‬oَ ِ)َ!‫َأ‬ Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam apabila berwuduk baginda menggosok jari-jari kakinya dengan (jari) kelingkingnya.142 14) Berwuduk mengikut tertib. Jumhur ulamak berpendapat bahawa berwuduk secara tertib merupakan suatu perkara yang wajib. Ini adalah kerana dalildalil daripada hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sentiasa menunjukkan baginda menuruti tertib iaitu membasuh muka, tangan, kepala dan kaki. Hal ini diperkuatkan lagi dengan keumuman lafaz sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

ِِ "  َ‫ َوﺝ‬w َ5 ُ‫اْ َءُوا ِ َ) َ ََأ ا‬ 141

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 165. 142 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 38.

97

Mulailah (kalian) dari yang Allah 'Azza wa Jalla mulai.143 Oleh itu berwuduk juga hendaklah dikerjakan secara tertib sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ 0* _ ; ˆ d#"?J> d=R a+‰=\ 0* _ ZTQ"o / |MŠ4vTw +‰\ MF / ‹Z⌧'Mf _tD  NFG +?G | D/ / …Œ 4J> Ž‰45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A   _  G +?  / $‹M#h’e> ‘  Z “”Z⌧ hFG +dJbD3 c  Z F…? "> 143

98

Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 14707.

a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.144 Dengan berdalilkan ayat di atas Imam al-Syafi’i rahimahullah berkata: Rasul shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk sebagaimana yang diperintahkan kepadanya, dan memulai dengan apa yang dimulai (diperintahkan) oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dengan demikian –Wallahu A’lam- orang yang berwuduk hendaknya memperhatikan dua perkara iaitu: Memulai dengan apa yang dimulai (diperintahkan) oleh 144

Al-Maaidah (5) : 6

99

Allah Subhanahu wa Ta'ala, kemudian yang dimulai oleh Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam, dan hendaknya menyempurnakan apa yang diperintahkan kepadanya. Barangsiapa memulai dengan tangannya sebelum muka, atau kepalanya sebelum kedua tangannya, atau kedua kakinya sebelum kepalanya, maka menurut saya hendaklah dia mengulang wuduknya sehingga dia membasuh sesuai dengan urutan (tertib). Wuduknya tidak sah –menurut saya- kecuali bila dikerjakan sesuai urutannya (tertib).145

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Menerusi ayat ini Allah membuat urutan pertama kali dengan membasuh wajah, kedua tangan, mengusap muka dan membasuh kaki. Dengan begitu urutan yang dilakukan ketika berwuduk hendaklah disesuaikan dengan urutan pada ayat tersebut. Urutan yang dijelaskan ayat tersebut adalah wajib dilakukan. Jika dilakukan tidak sesuai urutan tersebut maka wuduknya dinilai tidak sah meskipun ada yang menilainya sah.146

Wajibnya berwuduk mengikut tertib ini juga merupakan mazhab Imam al-Syafi’i dan mazhab yang masyhur daripada Imam Ahmad. Pendapat ini diambil daripada ‘Uthman, Ibnu ‘Abbas daripada para sahabat, dan dalam sebuah riwayat daripada ‘Ali. Pendapat ini juga dikatakan oleh Qatadah, Abu 145

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 43. Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 252. 146

100

Tsaur, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih.147 Namun begitu para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebenarnya tidak sepakat tentang wajibnya wuduk dilakukan secara tertib. Menurut Dr. Yusuf Qaradhawi: Sedangkan (ulamak) yang lain mengatakan bahawa tidak ada kewajipan untuk tertib. Ini dikatakan oleh alBaghawi dengan mengutip sekian banyak pendapat ulamak. Sebagaimana hal ini disebutkan oleh Ibnul Mundzir daripada ‘Ali dan Ibnu Mas’ud. Pendapat ini juga merupakan pendapat Said bin al-Musayyab, al-Hassan, Atha’, Makhul, al-Nakha’i, al-Zuhri, Rabiah, al-Auza’i, Abu Hanifah dan Malik serta sahabat dan murid keduanya. Pendapat ini juga merupakan pendapat alMuzanni dan Abu Dawud. Pendapat ini pulalah yang menjadi pilihan Ibnul Mundzir.148

Hujah yang dipergunakan oleh para ulamak yang menyatakan tertib itu tidak wajib adalah: 1) Hadis yang diriwayatkan daripada Miqdam bin Ma’di Karib al-Kindi radhiallahu 'anh, dia berkata:

ََ ََ3 ‫ََِْ َوﺱَ َ ِ َُ ٍء‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ َرﺱ‬K َ ِ‫ُأﺕ‬ َِْ5‫" ِذرَا‬ َ ََ\  ُH )ًHَ َH َُ4ْ‫" َوﺝ‬ َ ََ\  ُH )ًHَ َH ِْ.َ‫" آ‬ َ ََ/َ3 ِِ‫ ِ َأْﺱ‬n َ ََ‫ً) َوﻡ‬Hَ َH  َ َTْ0َْ‫ وَاﺱ‬k َ َ ْ1َ‫ُ  ﻡ‬H )ًHَ َH )ًHَ َH .)ًHَ َH )ًHَ َH َِْْ‫" ِرﺝ‬ َ ََ\‫ِ َ) َو‬4ِ0ِi)َ‫َِْ _َ)هِ ِهِ َ) َو‬+‫َوُأ ُذ‬ Dibawakan 147 148

kepada

Rasulullah

shallallahu

'alaihi

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 193. Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 193.

101

wasallam air untuk berwuduk, maka baginda berwuduk: membasuh kedua telapak tangannya tiga kali, kemudian membasuh wajahnya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangannya tiga kali-tiga kali, kemudian berkumur dan istinsyaq tiga kali, dan membasuh kepala serta telinga bahagian luar dan dalamnya dan membasuh kedua kakinya tiga kali-tiga kali.149 150 Jelas di dalam hadis di atas berkumur dan istinsyaq yang sepatutnya urutannya sebelum membasuh wajah telah dikerjakan oleh baginda setelah membasuh kedua tangannya. Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah hadis ini menunjukkan tidak wajibnya tertib.151 2) Tentang surah al-Maaidah ayat ke 6, menurut Dr Yusuf al149

Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16558 Bagi mereka yang berpegang kepada pendapat pertama mereka tidak melihat hadis ini sebagai dalil yang dapat menghilangkan kewajipan tertib. Dr. Muhammad bin Umar berkata: 150

Hadis Miqdam tidak menunjukkan hukum apa pun selain membolehkan berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung setelah membasuh tangan dan sebelum menyapu kepala. Jadi ianya bukan dalil yang membolehkan dilakukan urutan yang berbeza dengan urutan yang tertera dalam al-Qur’an. Tidakkah anda lihat dalam hadis tersebut tertera membasuh telapak tangan tiga kali, lantas membasuh wajah tiga kali, lantas membasuh kedua tangan tiga kali, kemudian menyapu kepala serta telinga, dan terakhir membasuh kedua kaki. Inilah tertib yang tertera dalam teks ayat (al-Qur’an) tanpa diselingi apa pun. Lantas bagaimana mungkin ada hadis yang menunjukkan tidak wajib berwuduk dengan tertib tersebut? – Rujuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah

dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul (edisi terjemahan oleh Ali Nur, Darus Sunnah Press, 2007 Jalarta), ms. 79. 151 Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 94-95.

102

Qaradhawi: Sedangkan mereka yang menyatakan tertib itu tidak wajib, mereka berdalil dengan menggunakan ayat wuduk itu sendiri (al-Maaidah (5) : 6), yakni athaf (sambungan urutan anggota wuduk) dengan huruf waw (‫ = و‬dan) tidak menunjukkan bahawa adanya keharusan untuk mengikut urutan tersebut (tertib).152 Sebagaimana jika seseorang mengatakan kepada seseorang pembantunya: “Jika engkau pergi pasar belilah roti dan kurma” maka ini tidak bermaksud bahawa pembantu itu mesti membeli roti terlebih dahulu kemudian disusuli dengan kurma. Apapun yang dia beli terlebih dahulu maka dia bererti telah memenuhi perintah tuannya.

152

Hal ini telah dibantah oleh Dr. Muhammad bin Umar yang

berkata: Huruf ‘athaf waw (‫ = و‬dan) dalam bahasa Arab tidak menunjukkan tertib tetapi menunjukkan muthlaqul jam’u. Namun begitu kita juga beriman bahawa al-Qur’an al-Karim memiliki keistimewaan-keistimewaan dan al-Qur’an merupakan firman Allah yang Maha Halus, Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tidak akan mencantumkan sesuatu terlebih dahulu kecuali untuk suatu hikmah yang terkandung di dalamnya. Jadi makna waw ‘athaf (‫ )و‬di sini tidak menunjukkan tertib urutan, tetapi maknanya menunjukkan keistimewaan dan peraturan alQur’an. Sehingga makna ‘athaf di sini dapat difahami jika kita perhatikan nas tersebut beserta nas sebelum dan sesudahnya. Dengan demikian perhatian tidak hanya terfokus kepada makna yang ditunjukkan oleh huruf ‘athaf dari sisi ilmu nahu dan balaghah sahaja. – Rujuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah

dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, ms. 80.

103

Demikian juga dengan berwuduk, kerana ia sifatnya adalah bersuci. Maka tidak ada kewajipan tertib di sana, sebagaimana orang mandi junub, juga mendahulukan yang kanan atas yang kiri, atau siku atas mata kaki. Sebab apabila seseorang yang sedang hadas maka membasuh semua anggota tubuhnya sekaligus maka hadasnya akan hilang.153

Apapun jua pendapat yang dipegang, bagi penulis mencontohi apa yang lazimnya dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam iaitu mengikuti tertib sesuai dengan dalil dari al-Qur’an adalah lebih wajar untuk kita amalkan. Ini adalah kerana hadis yang menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dengan tidak menurut tertib jarang-jarang dikemukakan berbanding dengan riwayat-riwayat yang menunjukkan tertib yang lebih banyak dan masyhur. 15) Al-Muwalah ( ‫ )ا‬iaitu berturut-turut membasuh anggota wuduk. Al-Muwalah adalah bergilir-gilir membasuh dan mengusap anggota wuduk dengan tidak memisahkannya dalam tempoh waktu yang lama. Rata-rata umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa al-Muwalah ini hukumnya wajib. Dalil bagi mereka yang mewajibkan al-Muwalah adalah:

ََِْ5 ُ‫ !َ ا‬K 8 ِ#0‫ب ا‬ ِ )َ'ْ!‫ َأ‬k ِ ْ*َ ْ َ5 ٍ ِ)َU ْ َ5 " 8 َPُ‫ََِْ َوﺱَ َ َرأَى َرﺝُ ً ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َوﺱَ َ َأ‬ ‫َ) اْ َ) ُء‬4ْ#ِPُ‫رْهَ ِ َْ ی‬8 ‫َْ ُر ا‬d ٌEَ*ْ ُ ِِ‫َ َﻡ‬d ِ ْ4َ_ Kِ3‫َو‬ 153

Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 193. Sila juga rujuk pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam alMajmu’ Fatawa, jilid 1, ms. 441-451.

104

‫ََِْ َوﺱَ َ َأنْ یُ*ِ َ اْ ُُ َء‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ ا‬-ُ َ َ‫َ َﻡ‬3 .‫ َ َة‬P‫وَا‬ Daripada Khalid daripada sebahagian sahabat bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihat seorang lelaki sedang solat, namun baginda mendapati bahawa di bahagian tepi kakinya ada yang tidak terkena air lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan mengulangi solatnya.154 Menerusi hadis ini mereka berhujah bahawa sekiranya alMuwalah itu tidak wajib nescaya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan hanya menyuruh sahabat tersebut membasuh kakinya dan tidak mengulangi wuduk sepenuhnya. Namun begitu menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi,155 Imam al-Nawawi rahimahullah telah menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis dha’if dan tidak boleh dijadikan hujah. Seterusnya mereka juga berhujah dengan sebuah hadis daripada ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh:

-ُ َ َPَْ َ3 ِِ‫َ َﻡ‬d ََ5 ٍ ُ.ُ_ oَ َِْ‫ك ﻡ‬ َ َ ََ3 َ َ َ‫ن َرﺝُ ً ﺕ‬  ‫َأ‬ ْ َِْ َ3 ْoِ‫ "ارْﺝ‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ا‬ ".‫ك‬ َ ‫ُوُ َء‬ Sesungguhnya seorang lelaki berwuduk kemudian beliau meninggalkan kawasan yang kecil sebesar kuku di kakinya (tidak terkena air). Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melihatnya dan bersabda: “Ulangi dan perbaiki

154

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 149. 155 Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 195.

105

wudukmu.”156 Menerusi hadis ini mereka beranggapan bahawa perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk mengulangi wuduk menunjukkan bahawa al-Muwalah itu wajib kerana sekiranya tidak wajib tentu baginda akan hanya menyuruh lelaki tersebut membasuh bahagian kaki sahaja. Namun demikian menurut Dr. Yusuf Qaradhawi157 hadis ini juga tidak menunjukkan dengan jelas tentang wajibnya berturut-turut membasuh atau mengusap anggota wuduk. Apatah lagi terdapat riwayat yang lain menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya memerintahkan untuk membasuh apa yang tertinggal sahaja. Menurut Imam al-Nawawi hadis yang menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengarahkan untuk mengulangi wuduk menunjukkan hal tersebut adalah sunat (mustahab) dan hadis yang menunjukkan perintah baginda hanyalah untuk membasuh apa yang tidak sempurna menunjukkan ianya diperbolehkan dan tidak diwajibkan. Imam al-Syafi’i rahimahullah juga berpegang kepada pendapat al-Muwalah itu tidak wajib. Menurut beliau: Tidak jelas bagi saya dalil yang mewajibkan mengulangi wuduk dari awal, walaupun ianya (wuduk yang tidak dihabiskan tersebut) diputuskan dalam waktu lama selama tidak terjadi kepadanya hadas…Sesungguhnya saya tidak menemukan dalil yang mengharuskan wuduk dengan berturutan (al-Muwalah), sebagaimana dalil yang saya temui dalam hal mendahulukan sebahagian anggota 156

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 243. 157 Dr. Yusuf Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 195.

106

wuduk yang lain atas sebahagian yang lain.158

Tentang pendapat bahawa al-Muwalah ini tidak wajib dikuatkan lagi dengan sebuah hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu 'anh:

n َ ََ‫َُ َویَ َیِْ َوﻡ‬4ْ‫" َوﺝ‬ َ ََ/َ3 َ َ َ‫ُ  ﺕ‬H ‫ق‬ ِ F‫ ا‬Kِ3 ‫ل‬ َ )َ َ ِZَْ ْ‫" ا‬ َ َU‫ َد‬ َ ِ )َ4ََْ5 K َ 8َPُِ ‫َ) َز ٍة‬0َZِ K َ ِ5‫ُ  ُد‬H َُ‫َرأْﺱ‬ .)َ4ََْ5 َ!  ُH ِْ.ُU ََ5 n َ ََ َ3 Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membuang air kecil di pasar, kemudian baginda berwuduk maka baginda membasuh wajahnya, kemudian kedua tangannya, kemudian mengusap kepalanya. Lalu baginda dipanggil untuk mensolatkan jenazah, maka ketika baginda shallallahu 'alaihi wasallam masuk ke masjid kemudian baru mengusap ke dua khufnya, lalu mensolatkan (jenazah tersebut).”159 Imam al-Syafi’i rahimahullah juga telah membawa satu riwayat bahawa Ibnu ‘Umar juga pernah melakukan perkara yang sama dengan hadis di atas. Melalui riwayat tersebut Imam al-Syafi’i berkata: Perbuatan ini menunjukkan tidak adanya kesinambungan dalam berwuduk dan mungkin sahaja air wuduknya telah kering. Bahkan air wuduk itu boleh kering pada jarak lebih dekat daripada jarak antara masjid dan pasar itu. Saya dapati bahawa ketika dia meninggalkan tempat

158

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 44. Hadis riwayat Imam Malik di dalam al-Muwatta’, Kitab Thohaarah, no: 66. 159

107

wuduknya untuk menuju ke masjid, dia telah mengerjakan perbuatan selain wuduk dan memutuskan kesinambungan wuduk itu sendiri.160

Bagi penulis walaupun al-Muwalah itu hanyalah sunat, namun hendaklah kita sentiasa menjaganya kerana tatacara sebeginilah yang lazimnya dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Namun begitu ianya bukanlah perkara yang wajib sehinggakan sekiranya ianya ditinggalkan akan menjadikan wuduk kita terbatal. Wallahu A’lam. 16) Membaca doa sebaik sahaja selesai berwuduk. Adalah disunatkan untuk membaca doa sebaik sahaja selesai berwuduk. Di antara doa-doa yang sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seperti berikut: Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Tidaklah salah seorang di antara kamu berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya lalu dia mengucapkan:

"ُُُ‫ْ ُ اِ َو َرﺱ‬#َ5 ‫ن ﻡُ'َ ًا‬  ‫ اُ َوَأ‬%‫ ِإََ ِإ‬% َ ْ‫َ ُ َأن‬4ْ;‫"َأ‬ (Saya bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu hamba dan rasul-Nya) kecuali akan dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari mana saja dia suka.161 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 160

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 44. Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 234. 161

108

Barangsiapa yang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya lalu dia mengucapkan:

‫ن‬  ‫َ ُ َأ‬4ْ;‫@ َُ َوَأ‬ َ ‫ ;َِی‬% َ -ُ َ ْ‫ اُ َو‬%  ‫ ِإََ ِإ‬% َ ْ‫َ ُ َأن‬4ْ;‫"َأ‬

َ ِ‫ ﻡِ ْ اا‬Kِ0َْ*ْ‫ُ  اﺝ‬4‫ ا‬.ُُُ‫ َو َرﺱ‬-ُ ُ ْ#َ5 ‫ﻡُ'َ ًا‬ "

َ ‫ِی‬84َOَُ ْ‫ ﻡِ ْ ا‬Kِ0َْ*ْ‫وَاﺝ‬ (Saya bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah tidak ada sekutu bagi-Nya dan Nabi Muhammad itu hamba dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikan aku termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku termasuk orang-orang yang selalu bersuci) kecuali akan dibukakan baginya lapan pintu syurga dan dia boleh masuk dari mana saja dia suka.162 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang berwuduk kemudian ketika selesai dari wuduknya dia membaca:

"@ ِ َْ‫ب ِإ‬ ُ ُْ‫ُ  َوَأﺕ‬4‫@ ا‬ َ َ+)َ'ْ#ُ‫"ﺱ‬ (Maha suci Engkau ya Allah dan aku bertaubat kepadaMu) maka akan ditulis doanya tersebut pada kepingan yang nipis dan ditatah, sehingga tidak akan rosak pada hari kiamat.163

162

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 50. 163 Hadis riwayat al-Sunni di dalam bab Amalul Yaum Wal Lailah, no: 30 dan Syaikh al-Albani mengsahihkannya di dalam Shahih al-Jami’, no: 6046.

109

Di dalam sebuah kitab bertajuk Panduan Fardhu ‘Ain tulisan seorang tokoh agama yang terkenal di Malaysia beliau telah mengajar beberapa doa yang perlu dibaca apabila membasuh atau menyapu setiap anggota wuduk seperti muka, tangan, kepala dan kaki. Sebagai contohnya ketika membasuh muka menurut beliau disunatkan membaca: Ya Tuhan kami putihlanlah mukaku dengan cahayamu pada hari putihnya muka-muka wali-wali Engkau dan janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh engkau.164 Sebenarnya terdapat beberapa variasi dalam bacaan doa ketika membasuh anggota-anggota wuduk namun begitu kesemuanya tidak sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Menurut pengarang kitab al-Sunan wa al-Mubtada’aat alMuta’alliqah bi al-Adzkaar wa al-Sholawaat, Syaikh Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry rahimahullah: Setiap hadis yang menjelaskan bacaan (doa) ketika berwuduk adalah dusta, hanyalah rekaan dan tidak pernah diucapkan oleh rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan semuanya bukan hadis sahih.165

Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah: Semua doa-doa ini dan yang semisalnya (yakni doa ketika berwuduk) telah disebut sebahagian ulamak yang datang kemudian (ulamak khalaf yang bukan daripada generasi

164

Panduan Fardhu ‘Ain, At-Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997,

ms. 27. 165

Syaikh Muhammad ‘Abdussalam, Bid’ah Bid’ah Yang Dianggap Sunnah, (edisi terjemahan oleh Achmad Munir Awood Badjeber & Imam Sulaiman, Qisthi Press, 2004, Jakarta) ms. 20.

110

al-Salafussoleh) khususnya daripada kalangan alSyafi’iyah seperti al-Syairazi dalam al-Muhadzdzab. AlNawawi berkata: “Tidak berdasar! Dan tidak pernah disebutkan oleh para ulamak terdahulu.”166

Menurut Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pula: Adapun zikir (doa) yang dibaca oleh orang awam saat berwuduk, maka yang demikian itu sama sekali tidak ada dasarnya daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tidak pula daripada sahabat dan tabi’in ataupun imam yang empat. Di dalamnya ada hadis palsu yang dinisbahkan kepada Rasulullah.167

Oleh itu sewajarnya kita meninggalkan amalan-amalan bid’ah sebegini demi menjaga ketulenan ibadah kita apatah lagi telah terdapat perintah daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam supaya menolak segala bentuk amalan bid’ah. Ini adalah sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

ٍ  َ'ُ‫َُى هَُى ﻡ‬4ْ‫َْ ُ ا‬U‫ب اِ َو‬ ُ )َِ‫ آ‬B ِ ‫َْ َ اْ'َِی‬U ‫ن‬  Vِ َ3 .ٌEََ َ ٍEَ5ِْ " F ُ‫َ) َوآ‬4ُ‫َ)ﺕ‬Hَ ْ'ُ‫ﻡُ ِر ﻡ‬J ُ ‫ ا‬F َ;‫َو‬ Sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (alQur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan

166

Ibnu Taymiyyah, al-Majmu’ al-Fatawa, jilid 1 ms 462 dan 465. Penulis nukil dari Fikih Thaharah, ms 213. 167 Lihat kitab al-Inshaf Ma’a Syarh al-Kabir ‘ala al-Muqni’, jilid 1, ms. 292. Penulis nukil daripada kitab Fikih Thaharah, ms 213.

111

(bid’ah) adalah sesat.168 Ternyata semua amalan yang tidak ada contohnya daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

.‫ُ َ َر `د‬4َ3 ِِ3 X َ َْ )َ‫َا ﻡ‬gَ‫َ) ه‬+ِ ْ‫ َأﻡ‬Kِ3 ‫ث‬ َ َ ْ‫ﻡَ ْ َأ‬ Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.169

.‫ُ َ َر `د‬4َ3 )َ+ُ ْ‫ََِْ َأﻡ‬5 X َ َْ ً َ َ5 " َ ِ َ5 ْ َ‫ﻡ‬ Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia.170 Mungkin ada yang berkata apa salahnya perbuatan tersebut kerana ianya nampak baik. Jawapan kami kepada mereka adalah setiap bid’ah itu tetap sesat walaupun nampak seperti baik. Daripada ‘Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma:

.ٌEَ0ََ ‫س‬ ُ )0‫هَ) ا‬Y‫ٌ َوِانْ ر‬Eََ َ ٍEَ5ِْ " F ُ‫آ‬ “Setiap bid’ah itu sesat, walaupun manusia memandangnya (perbuatan bid’ah tersebut) hasanah

168 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alJama’ah, no: 867. 169 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alSulh, no: 2697. 170 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alAqdhiyah, no: 1718.

112

(baik).”171 Imam al-Syafi’i rahimahullah pernah berkata:

.َ َ.َ‫َْ آ‬$َ3 ‫ع‬ َ َ َ; ْ َ‫ع َوﻡ‬ َ َ َ; َْ$َ3

َ َْ'َْ‫ﻡَ ْ ِاﺱ‬ Sesiapa yang menganggap baik (apa yang diciptakan dalam agama), dia telah mencipta syarak, sesiapa yang mencipta syarak, maka dia telah kafir.172

Kesimpulannya tidak ada istilah bid’ah hasanah (bid’ah yang baik atau terpuji) di dalam perkara bersangkutan dengan ibadah kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: " F ُ‫ َوآ‬... .ٌEََ َ ٍEَ5ِْ “dan setiap yang diada-adakan (bid’ah) adalah sesat”173. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan segala bentuk amal ibadah yang Dia inginkan hamba-hambaNya persembahkan kepada-Nya sebelum Dia mewafatkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini sebagaimana firman-Nya:

Žo3M☺J\/

`abJ> a+?" e a+?"> a+?JbD3 c Žh☺L'J(/ Že…8B |9zM☺#.  e N+ D34fŽŸ +?"> _ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama 171

Diriwayatkan oleh Imam al-Lalaka’i di dalam Syarah Usul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, Ibnu Nashir di dalam al-Sunnah dan oleh Ibnu Baththah di dalam al-Ibanah. 172 Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i, al-Risalah, ms. 507. Penulis nukil daripada kitab Bid’ah dan Percanggahannya karya Ustaz Rasul Dahri, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 1998, ms. 75. 173 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alJama’ah, no: 867.

113

kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.174 Telah berkata Imam al-Syaukani rahimahullah: Jika sekiranya Allah telah menyempurnakan agama-Nya sebelum diambil (nyawa) Nabi-Nya apa perlunya seseorang itu mengada-adakan lagi suatu amalan yang baru (amalan bid’ah) sedangkan Allah telah menyempurnakan agama-Nya? Jika yang diada-adakan itu bukan kerana agama, maka apa perlunya bersibuk-sibuk dengan amalan yang bukan urusan agama? 175

17) Mengerjakan Solat Sunat setelah berwuduk Adalah disunatkan bagi seseorang untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat setelah berwuduk. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Bilal ketika waktu solat Subuh:

K8+Vَِ3 ‫ﺱْ َ ِم‬W ِ ‫ ا‬Kِ3 َُِْ َ5 " ٍ َ َ5 َ‫ َِرْﺝ‬Kِ0ْH8 َ ‫ل‬ ُ َ ِ )َ‫"ی‬ ".ِE0َZْ‫ ا‬Kِ3 ‫ي‬  َ َ‫ ی‬ َ َْ @ َ َْْ*َ+ ‫ف‬  ‫ َد‬M ُ ْ*ِ َ‫ﺱ‬ “Ya Bilal, katakanlah kepada ku pekerjaan apa yang amat engkau pentingkan sekali selama dalam Islam, kerana saya dengar bunyi tapak kasutmu di hadapanku dalam syurga.” 174

al-Maaidah (5) : 3 Imam al-Syaukani, al-Qaul al-Mufid, ms. 38. Penulis nukil daripada kitab Bid’ah & Percanggahannya karya Ustaz Rasul Dahri ms. 53.

175

114

‫ُرًا‬4َi ْ4َOَ‫ َْ َأﺕ‬K8+‫ِْي َأ‬0ِ5 َ‫َ َ ً َأرْﺝ‬5 M ُ ِْ َ5 )َ‫ "ﻡ‬:‫ل‬ َ )َd Kِ r َ ُِ‫ُ ِر ﻡَ) آ‬4FO‫@ ا‬ َ ِgَ ِ M ُ َْ! %  ‫َ) ٍر ِإ‬4َ+ ْ‫" َأو‬ ٍ َْ ِEَ5)َ‫ ﺱ‬Kِ3 ".K َ 8َ!‫َأنْ ُأ‬ Jawab Bilal: “Tidak satu pun pekerjaan yang lebih saya utamakan hanyalah setiap kali saya melakukan wuduk, baik di waktu siang mahupun malam, maka saya solat dengan wuduk tersebut sebelum aku melakukan solat yang lain.”176 Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir, telah bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

K8َPَُ3 ‫ُ ُم‬$َ‫ُ  ی‬H -ُ ‫ ُوُ َء‬ ُ ِْ'َُ3 َُ ََ‫ﻡَ) ﻡِ ْ ﻡُِْ ٍ ی‬ .ُE0َZْ‫ْ َُ ا‬Mَ#َ‫ َوﺝ‬%  ‫ِِ ِإ‬4ْ‫ِِ َو َوﺝ‬#َْ$ِ )َ ِ4ََْ5 ٌ"ِ#ْ$ُ‫ ﻡ‬ ِ ََْ*ْ‫َرآ‬ “Sesiapa daripada kalangan orang Islam yang berwuduk dan melakukannya dengan sempurna lalu solat dua rakaat dengan segenap hati dan wajahnya, wajiblah (pastilah) syurga baginya.”177 Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫ث‬ ُ 8 َ'ُ‫ ی‬% َ

ِ ََْ*ْ‫ُ  !َ َرآ‬H ‫َا‬gَ‫ ه‬Kِ‫َ'ْ َ ُوُﺉ‬+ ََ َ‫ﻡَ ْ ﺕ‬ .ِِ#ْ+‫َ  َم ﻡِ ْ َذ‬$َ‫ِ َ َُ ﻡَ) ﺕ‬.ُ\ َُْ.َ+ )َ ِ4ِ3 Sesiapa yang wuduk seperti wudukku ini, kemudian dia solat dua rakaat dengan khusyuk, diampuni dosa-

176

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJama’ah, no: 1149. 177 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 234.

115

dosanya yang terdahulu.178 Demikianlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam berwuduk yang sewajarnya kita contohi kerana bagindalah contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat Islam. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: t* a+?">

0⌧\ h"> †L4fu/ } 9sfB

0⌧\ FM☺˜> —=]5⌧  RaZ ZN-M

`abJ> ☯YZ™⌧\  Z⌧\"j 7:8; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).179

178

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 160. 179 al-Ahzaab (33) :21

116

SUCIKAH AIR MUSTAKMAL DIGUNAKAN UNTUK BERWUDUK? Sebagaimana yang lazim kita pelajari daripada ustaz-ustaz atau buku-buku tentang Fardhu ‘Ain, air mustakmal itu tidak boleh dibuat bersuci. Sekiranya air mustakmal itu digunakan untuk berwuduk nescaya wuduk kita itu dianggap terbatal. Wuduk yang batal akan menjejaskan keabsahan solat seseorang. Oleh sebab itu permasalahan air mustakmal harus kita perhatikan dengan serius kerana solat adalah perkara yang pokok di dalam Islam. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

ِِ‫َ)ﻡ‬0َ‫ َ ُة َو ِذرْ َو ُة ﺱ‬P‫ ا‬-ُ ‫َ ُ ُد‬5‫ﺱْ َ ُم َو‬W ِ ‫ﻡْ ِ ا‬J َ‫س ا‬ ُ ْ‫َرأ‬ .‫َ) ُد‬4ِZْ‫ا‬ Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad.180

180

Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi di dalam Sunan Tirmidhi, kitab al-Iman, no: 2541.

117

DEFINISI AIR MUSTAKMAL. Air mustakmal adalah air yang suci tetapi tidak menyucikan. Ustaz Ismail Kamus menyatakan bahawa air mustakmal: Iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas samada hadas yang kecil (berwuduk) atau hadas besar (mandi wajib). Ini bermakna air yang telah dibasuhkan kepada anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air itu tidak sampai dua kolah, maka air itu dikira sebagai air mustakmal iaitu tidak boleh dibuat bersuci. Ia hanya boleh dibuat minum atau makan sahaja atau membasuh benda-benda yang bukan najis. Begitu juga sekiranya air basuhan wajib tertitik ke dalam air yang tidak sampai dua kolah, ia dikira mustakmal.181

Dalam Ensiklopidi Hukum Islam, Bab Air, air mustakmal didefinasikan sebagai: Air yang kurang dari dua kolah (216 liter) yang terpisah atau mengalir dari atau pada anggota tubuh seseorang yang berwuduk atau mandi wajib. Contohnya ialah terjatuhnya semula air yang sedang digunakan bagi berwuduk ke dalam bekas simpanan air yang digunakan sebagai sumber air wuduk atau air yang sama (tidak mengalir dari sumber yang baru) yang digunakan bagi mengulang-basuh keseluruhan anggota wuduk.182 181

Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus, Panduan Fardhu ‘Ain, AtTafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997, ms. 20. 182 Hafiz Firdaus Abdullah, Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan, Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000, ms. 29.

118

Dalam ertikata lain sekiranya kita sedang berwuduk atau mandi maka percikan air dari anggota badan kita termasuk dalam bekas air seperti kolah, baldi, tong dan bekas takungan air yang lain yang kandungan airnya kurang dari dua kolah, maka air di dalam bekas tersebut dihukumkan sebagai mustakmal. Maka tidak sah berwuduk dengan air tersebut. Benarkah dakwaan ini? Mari kita lihat perbahasan seterusnya.

ADAKAH TUBUH SEORANG MUKMIN ITU NAJIS? Kebiasaannya yang menyebabkan air itu tidak suci dan tidak boleh berwuduk dengannya adalah disebabkan ianya telah tercampur dengan unsur-unsur najis. Maka adakah tubuh seorang mukmin itu dianggap sebagai najis sehingga sekiranya terpercik air dari anggota tubuhnya ia boleh menjejaskan kesucian sumber air untuk berwuduk? Untuk menjawab persoalan ini mari kita lihat sebuah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh:

 ِ ‫َِی‬i k ِ ْ*َ Kِ3 َُِ$َ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬  ُH " َ ََْ\)َ3 r َ َ‫ه‬gَ َ3 ُْ0ِ‫ ﻡ‬M ُ َْ0َjْ+)َ3 .ٌrُ0ُ‫ِ َوهُ َ ﺝ‬Eَ0‫اْ َِی‬ )ً#ُ0ُ‫ ﺝ‬M ُ ْ0ُ‫ "آ‬:‫ل‬ َ )َd ".‫ یَ) َأَ) هُ َیْ َ َة‬M َ ْ0ُ‫ آ‬ َ ْ‫ "َأی‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 ‫ﺝَ) َء‬ :‫ل‬ َ )َ$َ3 ".‫َ) َر ٍة‬4َi ِ َْ\ ََ5 )َ+‫@ َوَأ‬ َ َِ)َ‫ َأنْ ُأﺝ‬M ُ ْ‫َ ِه‬Lَ3 ".X ُ ُZْ0َ‫ ی‬% َ َ ُِْ ْ‫ن ا‬  ‫ن اِ ِإ‬ َ )َ'ْ#ُ‫"ﺱ‬ Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjumpa dengannya di salah satu jalan kota Madinah, sedangkan waktu itu dia di dalam keadaan junub. Maka dia pun menyelinap pergi daripada Rasulullah lalu mandi, kemudian datang kembali. Ditanyakan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ke mana dia tadi lalu dijawabnya bahawa dia sedang di dalam keadaan junub dan tidak hendak menemani baginda di dalam keadaan

119

tidak suci itu. Maka bersabdalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: “Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidak mungkin najis.”183 Imam al-Bukhari rahimahullah memasukkan hadis ini di dalam bab “Keringat Orang Junub dan Seorang Muslim Tidak Najis.” Jelas melalui hadis di atas, ia membuktikan tubuh seorang mukmin itu bukanlah najis walaupun di dalam keadaan berjunub. Oleh itu tidak ada alasan untuk menyatakan bahawa sekiranya terpercik air daripada tubuh seorang mukmin lalu jatuh ke dalam bekas air ianya akan menghilangkan kesucian air tersebut. Jelas apabila barang yang suci bertemu barang yang suci ianya tidak akan memberi pengaruh apa-apa.184 Tambahan lagi menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah: Ibnu Hibban (rahimahullah) telah menyebutkan hal ini di dalam satu bab yang tersendiri di dalam kitabnya, sebagai bantahan terhadap orang yang berpendapat bahawa orang yang junub dan berniat mandi wajib, lalu air percikan mandi wajibnya itu jatuh ke dalam bekas maka airnya menjadi najis.185

RASULULLAH TIDAK MENGHARAMKAN PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL UNTUK BERWUDUK 183

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ghusl, no: 283. 184 Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur 1990, Jilid 1, ms. 37. 185 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahihnya, Tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Pustaka Azzam, Jakarta 1997, Jilid 2, ms. 469.

120

Terdapat beberapa riwayat yang sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa air mustakmal itu adalah suci dan boleh digunakan untuk berwuduk.

‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ‫ُ َرأَى‬+‫ن َأ‬ َ ).َ5

ِ ْ ‫ن‬ َ )َ ْRُ5 ََْ‫ن ﻡ‬ َ ‫َ ْ ُ َْا‬5 ِِ‫َ)ﺉ‬+‫ََ یَ َیِْ ﻡِ ْ ِإ‬5 ‫غ‬ َ َ ْ3َ َ3 ‫َ) ِ َُ ٍء‬5‫ن َد‬ َ ).َ5

َ ْ  ُH ‫ اْ َُ ِء‬Kِ3 َُ0ِ َ‫" ی‬ َ َUْ‫ُ  َأد‬H ‫ت‬ ٍ ‫ث ﻡَا‬ َ َ َH )َ ُ4َََ/َ3 ...)ًHَ َH َُ4ْ‫" َوﺝ‬ َ ََ\  ُH َ َRْ0َْ‫ وَاﺱ‬ َ َTْ0َْ‫ وَاﺱ‬k َ َ ْ1َ َ‫ﺕ‬ َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ ا‬M ُ ْ‫ " َرَأی‬:‫ل‬ َ )َd  ُH ".Kِ‫َ'ْ َ ُوُﺉ‬+ Telah diriwayatkan daripada Humran (hamba abdi ‘Uthman), bahawasanya dia melihat ‘Uthman bin Affan minta dibawakan sebuah bejana, lalu menuangkan air dari bejana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam tempat wuduk itu (bejana) lalu berkumur-kumur seraya memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali…Kemudian dia (‘Uthman bin Affan) berkata: “Aku melihat Rasulullah berwuduk sebagaimana wuduk ku ini…”186 Dari hadis ini jelas kita melihat bahawa ‘Uthman al-Affan radhiallahu 'anh telah mencelup tangannya ke dalam sebuah bejana berisi air dan terus menggunakan air tersebut untuk membasuh anggota wuduk yang lain. Sekiranya air mustakmal itu tidak suci untuk berwuduk pasti dia akan menyuruh Humran untuk menggantikan air di dalam bejana tersebut kerana ianya tidak sah lagi untuk digunakan untuk berwuduk. Lantas ‘Uthman radhiallahu 186

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wuduk, no: 164.

121

'anh mensabitkan perbuatannya shallallahu 'alaihi wasallam.

kepada

ajaran

Rasulullah

M ُ ْ‫ْ َرَأی‬Mَ)َd ُْ‫َ َﺕ‬#ْU‫َْا َء َأ‬.َ5

ِ ْ‫ ٍذ ا‬8 َ*ُ‫ ﻡ‬M َ ْ0ِ oَ 8َ‫ن ُر‬  ‫َأ‬ n َ ََ َ3" :ْMَ)َd َُ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫َرﺱ‬ ".ُْ0ِ‫" ﻡ‬ َ َ#ْd‫ ﻡَ) َأ‬n َ ََ‫َرأْﺱَُ َوﻡ‬ Rubaiyi’ binti Mu’awwidz mengkhabarkan bahawa dia melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk. Katanya: “Baginda menyapukan kepalanya dengan air yang tersisa dari kedua belah tangannya.”187 Hadis ini secara jelas menunjukkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membasuh kepalanya dengan lebihan air yang ada ditangannya tanpa mengambil sumber air yang baru. Jika air mustakmal itu tidak menyucikan tentu baginda shallallahu 'alaihi wasallam akan mengambil air yang baru untuk menyapu kepalanya.

ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫َ) وَا‬+‫" َأ‬ ُ َِْ\‫ َأ‬M ُ ْ0ُ‫ْ آ‬Mَ)َd َEَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْ َ5 .ِ ِ3 )َ0‫ƒ َأیِْی‬ ُ َِْjَ‫َ) ٍء وَاِ ٍ ﺕ‬+‫ََِْ َوﺱَ َ ﻡِ ْ ِإ‬5 Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Aku pernah mandi janabah bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana dan tangan kami bergiliran memasuki bejana itu.188 Ukuran jumlah air dalam bejana ini diterangkan oleh ‘Aisyah radhiallahu 'anha melalui sebuah riwayat yang lain. 187

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThaharah, no: 110. 188 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 261.

122

ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫َ) وَا‬+‫" َأ‬ ُ َِْ\‫ َأ‬M ُ ْ0ُ‫ْ آ‬Mَ)َd َEَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْ َ5 ‫ق‬ ُ َ َ.ْ‫ل َُ ا‬ ُ )َ$ُ‫ح ی‬ ٍ َ َd ْ ِ‫َ) ٍء وَاِ ٍ ﻡ‬+‫ََِْ َوﺱَ َ ﻡِ ْ ِإ‬5 Daripada ‘Aisyah dia berkata: Aku mandi bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari satu bejana dari sebuah bejana yang disebut al-Faraq.189 Ulamak berbeza pendapat tentang ukuran al-Faraq. Ada yang menyatakan ianya 16 rithil atau 3 sha’ (lebih kurang 6.5kg atau 8.25 liter) air dan lain-lain.190 Apapun jua ukuran tersebut ianya tetap kurang dari ukuran dua kolah. Apa yang jelas bagi kita Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mandi wajib bersama ‘Aisyah191 dan mereka berdua telah mencelupkan tangan mereka ke dalam bejana atau al-Faraq tersebut tanpa menggantikannya dengan air yang baru. Ini menunjukkan air mustakmal tetap suci untuk digunakan untuk bersuci.

189

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 250. 190 Sila rujuk perbahasan al-Hafidz Ibnu Hajar ketika mensyarah no: 250 di dalam Fathul Baari, jilid 2, ms. 399-400. 191 Hadis ‘Aisyah ini (no: 261) menunjukkan bolehnya suami isteri mandi bersama ketika mandi wajib dan juga boleh saling melihat tubuh masing-masing. Menurut al-Hafidz: Al-Dawudi berhujah dengan hadis ini untuk membolehkan seorang suami melihat aurat isterinya demikian juga sebaliknya. Ini diperkuatkan lagi dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban melalui Sulaiman bin Musa ketika ditanya tentang seorang suami melihat kemaluan isterinya, maka dia berkata: Aku bertanyakan hal ini kepada ‘Aisyah kemudian dia menyebutkan hadis ini dengan maknanya. Ini merupakan nas dalam masalah tersebut. Wallahu A’lam. – Ibnu Hajar al-

‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 400.

123

Selanjutnya Imam al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan sebuah athar secara mu’allaq192:

" ِ ْ1َ.ِ ‫ُا‬7َ ََ‫ْ ِ اِ َأهَُْ َأنْ ی‬#َ5

ُ ْ ُ ‫َوَأﻡَ َ ﺝَِی‬ .ِِ‫ﺱَِاآ‬ “Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh memerintahkan keluarganya untuk berwuduk dengan sisa air yang dia gunakan untuk bersiwak (membersihkan gigi dengan kayu sugi)”193 Mengikut amalan kebiasaan di Malaysia ternyata sisa air yang dipakai untuk mencelupkan kayu siwak/sugi194 adalah termasuk dalam jenis air mustakmal yang tidak boleh lagi digunakan untuk berwuduk. Ternyata Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh seorang sahabat yang hidup sezaman dengan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah menyelisihi amalan yang lazim diamalkan di Malaysia ini. 192

Hadis yang diriwayatkan secara mu’allaq adalah hadis yang terputus dari awal-awal sanadnya seorang perawi atau lebih. Melalui athar ini Imam al-Bukhari rahimahullah tidak menunjukkan sanad athar tersebut melainkan secara terus meriwayatkannya daripada Jarir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh. Namun begitu menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah sanad athar tersebut telah diriwayatkan juga oleh Imam-Imam yang lain: Riwayat dan silsilahnya (sanad athar tersebut – pen) disebutkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan al-Daruquthni serta lainnya dari jalur Qais bin Abu Hazim dari Jarir bin ‘Abdullah. (Fathul Baari

Penjelasan Kitab Shahihnya, tahqiq Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Pustaka Azzam, Jakarta 1997, Jilid 2, ms. 196. Selepas ini kitab ini hanya akan disebut sebagai Fathul Baari sahaja) 193 Athar Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, Bab “Mempergunakan Sisa Air Wuduk Orang Lain.” 194 Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah menunjukkan bahawa Jarir bin ‘Abdullah telah membenamkan hujung kayu suginya tersebut. Sila rujuk Fathul Baari Jilid 2, ms. 196.

124

ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫َ) َرﺱ‬0ََْ5 ‫ج‬ َ َ َU ‫ل‬ ُ ُ$َ‫َ ی‬Eَ.َْ'ُ‫َأَ) ﺝ‬ " َ َ*َZَ3 َ َ ََ3 ‫ ِ َُ ٍء‬K َ ِ‫َُﺕ‬3 ‫َ)ﺝِ َ ِة‬4ْ)ِ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 .ِِ ‫ن‬ َ ُ'َ َََ3 ِِ‫" َوُﺉ‬ ِ ْ1َ3 ْ ِ‫ن ﻡ‬ َ ‫ُو‬gُUَْ‫س ی‬ ُ )0‫ا‬ Abu Juhaifah berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menemui kami waktu tengahari, lalu dibawakan air kepada beliau untuk berwuduk maka manusia mengambil sisa air wuduknya, kemudian menyapukan ke badan mereka..”195 Berkenaan dengan hadis ini al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Di sini terdapat keterangan yang sangat 196 jelas mengenai sucinya air mustakmal.” Apa yang dapat kita simpulkan dari riwayat-riwayat di atas adalah air mustakmal itu suci lagi menyucikan tanpa timbulnya keraguan. Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata: Hukumnya (air mustakmal) suci lagi menyucikan sebagaimana halnya air mutlak tanpa berbeza sedikitpun. Hal itu adalah disebabkan asalnya yang suci, sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yang mengeluarkannya dari kesucian itu.197

BENARKAH

IMAM

AL-SYAFI’I

MENOLAK

195

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 187 196 Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, Jilid 2, ms. 196. 197 Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur 1990, Jilid 1, ms. 36.

125

PENGGUNAAN AIR MUSTAKMAL DALAM WUDUK? Setelah penulis merujuk kitab al-Umm karangan Imam alSyafi’i rahimahullah tentang al-Thohaarah (bersuci) jilid 1, halaman 32 hingga 44, ketika beliau membicarakan hukum penggunaan air yang kurang dari dua kolah198, ternyata 198

Pengkhususan ukuran dua kolah sebagai ukuran untuk memastikan kesucian air adalah bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar, dia berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ditanya tentang air yang bertakung di tengah padang pasir tenpat minum haiwan buas dan haiwan ternak. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab:

.B َ َ#َjْ‫ َْ یَ'ْ ِ"ْ ا‬ ِ َُْd ‫ن اْ َ) ُء‬ َ )َ‫ِإذَا آ‬ “Air yang mencapai dua koleh tidak boleh dinajiskan oleh apa pun.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 67. Daripada hadis ini ada yang berpendapat bahawa air yang tidak mencapai ukuran dua kolah sekiranya sesuatu unsur najis terjatuh ke dalamnya, air tersebut tetap dianggap najis walupun tidak terjadi perubahan terhadap air tersebut dari segi warna, bau dan rasanya. Namun begitu hal ini telah di bantah oleh Dr. Muhammad bin Umar yang berpendapat: Penyebutan dua kolah (dalam hadis tersebut) secara khusus demi menyesuaikan dengan pertanyaan, bukan demi pengkhususan hukum. Ini adalah kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyebutkan ukuran tersebut pada permulaan sabda baginda, tetapi baginda menyebutkannnya ketika ada sahabat yang bertanya tentang air yang bertakung di tempat minum binatang-binatang buas. Apabila pengkhusususan itu disebutkan sebagai jawapan atas sesuatu pertanyaan, maka pengkhususan tersebut tidak dapat dijadikan hujah. Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata: “Menurut majoriti ulamak,

126

perbincangan beliau lebih berkisar tentang air yang kurang dari dua kolah tersebut bercampur dengan najis. Maka di dalam keadaan ini hukum air tersebut adalah tidak menyucikan dan tidak sah digunakan untuk berwuduk. Sedangkan bagi air yang umat Islam di Malaysia definasikan sebagai mustakmal maka beliau menganggap ianya suci lagi menyucikan. Telah tertulis di dalam kitab al-Umm: Al-Rabi’ berkata: “Peluh orang Kristian, orang berjunub dan wanita yang sedang haid itu suci. Demikian juga peluh orang majusi dan peluh setiap binatang ternak itu apabila pengkhususan bukan disebabkan pengkhususan hukum maka tidak dapat dijadikan hujah. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a+\M ">/  #3‰J" $%  > D3J* "bh–MN Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. – al-Israa’ (17) : 31 Pengkhususan takutkan kepapaan adalah sebab larangan, kerana sebab inilah yang banyak terjadi. Bukan bererti hukum haram membunuh anak hanya pada saat takut kepapaan. – Rujuk Ensiklopedi

Tarjih Masalah Thaharah dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, ms. 51. Beliau menambah lagi: Sekiranya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ingin membezakan antara ukuran air yang menjadi najis, jika terkena najis, dan ukuran yang tidak ternajis kecuali jika berubah sifatnya tentu baginda akan bersabda: “Jika air tidak mencapai dua kolah maka akan dinajisi dan apabila mencapai dua koleh maka air tersebut tidak akan dinajisi kecuali jika sifatnya berubah” atau dengan lafaz lain yang mempunyai maksud yang sama. – Rujuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah dan Shalat karya Dr

Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, ms. 53.

127

suci. Air sisa minuman binatang ternak dan binatang buas seluruhnya itu suci kecuali anjing dan babi. Al-Rabi’ berkata dan itu adalah kata al-Syafi’i bahawa: “Apabila seorang meletakkan air, lalu dia mengerjakan perbuatan sunat dengan bersugi dan dia membenamkan sugi itu di dalam air, kemudian dia mengeluarkannya, nescaya dia dapat berwuduk dengan air itu. Kerana yang terdapat pada sugi itu adalah air liurnya. Dan kalau dia meludah atau berkahak atau berhingus dalam air, nescaya tidak menajiskan air itu. Binatang ternak itu sendiri minum di dalam air dan kadang-kadang bercampuran air liur dengan air maka tidaklah menajiskan air kecuali binatang itu anjing dan babi. Begitu juga kalau berpeluh, lalu peluhnya jatuh dalam air, nescaya tidak menajiskan. Kerana keringat manusia dan binatang ternak itu tidak najis. Dan sama sahaja dari tempat manapun peluh itu, dari bawah bahu atau lainnya.199

Selarilah pandangan Imam al-Syafi’i rahimahullah dengan hadis-hadis yang sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang keabsahannya menggunakan air mustakmal untuk berwuduk. Berkenaan dengan hukum penggunaan air mustakmal ini Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata:

199

Al-Imam al-Syafi’i rahimahullah, Al-Umm (Kitab Induk) (Edisi Terjemahan oleh Prof TK. H. Ismail Yakub, Victorie Agencie, Kuala Lumpur 1989), jilid 1, ms. 38.

128

Sebahagian fuqaha berpendapat bahawa di sana ada air yang suci namun tidak menyucikan yang mereka sebutkan sebagai air mustakmal…Namun tidak ada dalil manapun yang menunjukkan akan kebenaran pendapat ini bahkan dalil sebaliknya (sucinya air mustakmal) ditunjukkan dengan sangat jelas.200

Pengarang Kitab Shahih Fikih Sunnah pula berkata: Dalam hal ini (penggunaan air mustakmal) para ulamak berbeza pendapat, apakah ia tetap suci atau tidak? Pendapat yang paling kuat menyatakan bahawa ia masih tetap dianggap air yang dapat menyucikan selagi tidak keluar dari nama air mutlak dan tidak bercampur dengan suatu najis yang sampai mempengaruhi salah satu sifatnya (iaitu warna, bau dan rasa). Ini adalah pendapat Ali bin Abu Thalib, Ibnu ‘Umar, Ibnu Umamah, segolongan ulamak salaf, yang masyhur dari mazhab Malik, salah satu riwayat daripada Syafi’i dan Ahmad, pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Mundzir dan pendapat yang dipilih oleh Syaikh al-Islam (Ibnu Taymiyyah).201

Adalah harapan penulis dengan penjelasan yang serba ringkas ini akan dapat menghilangkan keraguan tentang kesucian air mustakmal untuk digunakan ketika berwuduk. Maka air yang di dalam baldi, tong drum, kolah dan sebagainya yang biasa kita gunakan di rumah untuk menyimpan air adalah dibenarkan untuk dipergunakan untuk berwuduk walaupun telah terpercik dengan air dari badan kita. Air di dalam bekas tersebut adalah sama hukumnya 200

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms.52. Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 160. 201

129

dengan air mutlak selagi tidak bercampur dengan najis atau berubah bau, warna dan rasanya.

130

ADAKAH MENYENTUH WANITA MEMBATALKAN WUDUK? Ulamak berbeza pendapat tentang adakah menyentuh wanita membatalkan wuduk. Menurut Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim: Dalam masalah ini ada tiga pendapat di kalangan para ulamak: Pertama: Lelaki menyentuh perempuan secara mutlak membatalkan wuduk. Ini adalah pendapat Syafi’i yang disepakati oleh Ibnu Hazm dan merupakan perkataan Ibnu Mas’ud serta Ibnu ‘Umar. Kedua: Tidak membatalkan wuduk secara mutlak menurut mazhab Abu Hanifah, Muhammad bin Hassan al-Syaibani dan merupakan perkataan Ibnu ‘Abbas, Thawus, alHassan, Atha’ dan dipilih oleh Ibnu Taymiyyah. Inilah pendapat yang kuat. Ketiga: Menyentuh perempuan dapat membatalkan wuduk jika disertai syahwat. Ini adalah pendapat Malik dan Ahmad pada riwayat yang masyhur darinya.202

Apapun jua rata-rata umat Islam di Malaysia berpegang 202

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 210-211.

131

kepada pendapat yang pertama iaitu pendapat yang dipegang oleh Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah. Imam alSyafi’i berkata: Apabila seseorang lelaki menyentuhkan tangan isterinya, atau bersentuhan sebahagian tubuhnya kepada sebahagian tubuh isterinya di mana tidak ada pembatas antara dia dan isterinya, baik dengan nafsu berahi atau tidak, maka wajib atas keduanya berwuduk.203

Dalil yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi’ rahimahullah adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ 0* _ ; ˆ d#"?J> d=R a+‰=\ 0* _ ZTQ"o / |MŠ4vTw +‰\ MF / ‹Z⌧'Mf _tD  NFG +?G | D/ / …Œ 4J> 203

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, (edisi terjemahan oleh Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005) jilid 1, ms. 25.

132

Ž‰45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A   _  G +?  / $‹M#h’e> ‘  Z “”Z⌧ hFG +dJbD3 c  Z F…? "> a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.204 204

Al-Maaidah (5) : 6

133

  AZJ" $%   4x-./ DL_D3„i> _| z⌧ ?CZ "?f

0>"   ☺D3#" CZ*A  )%* €R $% _| z⌧ ‹‹b*dMf 0* _ #3…5 -J4" / |MŠ4vTw z{\ MR / ‹Z⌧'Mf _tD  NFG +?G | D/ / …Œ 4J> z{45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o €e" a+?‡R<*A  0* ? a+?  / B'⌧† ¡'  0⌧\ 7Š; Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu

134

sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.205 Bagi Imam al-Syafi’i rahimahullah ayat “atau kamu sentuh wanita” menjadi bukti bahawa tersentuh kulit di antara lelaki dan wanita itu membatalkan wuduk. Sebelum kita meneruskan perbincangan ini ada baiknya sekiranya kita memahami bagaimanakah manhaj atau pegangan Imam al-Syafi’i yang juga di kenali dengan gelaran al-Nashir al-Sunnah (Seorang Pembela Sunnah) dan hal-hal yang bersangkutan ibadah. Imam alSyafi’i berkata: Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan Ahlul Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati.206

Selanjutnya Imam al-Syafi’i rahimahullah juga berkata: Setiap hadis yang datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya sendiri dari aku.207

205

al-Nisaa’ (4) : 43 Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim di dalam al-Hilyah, al-Harawi, Ibnul Qayyim di dalam al-I’lam dan al-Fullani. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 59. Di mukasurat yang seterusnya buku ini hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi. 207 Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam Adabu Asy-Syafi’i, ms. 93-94. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi, ms. 58. 206

135

Masih terdapat banyak lagi kata-kata Imam al-Syafi’i rahimahullah yang senada dengan apa yang telah penulis turunkan di atas. Oleh itu melalui risalah ringkas ini penulis akan sedaya upaya mengupas isu ini dengan merujuk kepada dalil-dalil yang sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

TAKRIFAN SEBENAR PEREMPUAN.

BERSENTUH

DENGAN

Bersentuh di dalam kedua ayat al-Qur’an di atas sebenarnya bukan merujuk kepada bersentuh antara kulit tetapi ianya sebenarnya merujuk kepada jimak (persetubuhan). Terdapat beberapa ayat di dalam al-Qur’an yang juga menggunakan istilah bersentuh tetapi ianya hanya mengarahkan kepada makna jimak.

F TF#‡☺-J3" 0* TF#‡¢5M☺" 0/ ;‹ad" TF” K 4x-h8Z"o h"   4i"o =$‚ Z"o 0/ £%* z{h8Z"o / •'# C '# LMJ !Db*A 0/ _ 7M"?G=> ¤ZJ/  '#" $% _ ?CJ@‰3> $‹h‚⌧'J> <]5"  0* _ a+?=¢ A

0#3M☺#" M☺*A 7:Šg; YZ…i A Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (jimak) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka

136

mereka berhak mendapat separuh daripada maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.208

tH 0? _t¦/ hŽ">" |9R45]5h☺ a+"> ⌦+ D3† “/ a+"> ⌦Y]§L¨ 7:9; %b94 A Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh (dijimak) oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?"209 Jelas kedua-dua ayat di atas merujuk bersentuh sebagai berjimak. Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh yang merupakan pakar tafsir al-Qur’an di kalangan para sahabat juga mentafsirkan bersentuh di dalam surah al-Nisaa’ dan al-Maaidah yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi’i sebagai dalil untuk menguatkan hujahnya sebagai jimak. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Sedangkan makna menyentuh yang kemudian dijadikan dalil bahawa itu adalah hubungan badan (jimak) di dalam ayat di atas (iaitu di dalam surah al-Nisaa’ dan alMaaidah), adalah seperti yang ditafsirkan oleh Ibnu 208 209

Al-Baqarah (2) : 237 Maryam (19) : 20

137

‘Abbas (radhiallahu 'anh).210

Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah memiliki penjelasan yang begitu baik tentang surah al-Maaidah ayat ke 6 dan beliau telah membuktikan bahawa firman Allah Subhanahu wa Ta'ala “kamu sentuh perempuan” itu bermaksud jimak. Ayat tersebut dimulakan dengan pembahagian thohaarah asli kepada dua iaitu berwuduk untuk hadas kecil dan mandi wajib untuk hadas besar. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: “…apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…” menetapkan tentang diwajibkan berwuduk apabila berhadas kecil untuk bersolat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: “…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…” menerangkan bahawa apabila kita berhadas besar diwajibkan mandi wajib. Selanjutnya ayat tersebut menceritakan tentang thohaarah pengganti apabila tidak ada air yakni dengan bertayamum. Jika di awal ayat tersebut Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membahagi thohaarah asli untuk hadas besar dan hadas kecil, tentu sekali thohaarah pengganti yakni tayamum juga akan meliputi perbahasan untuk hadas besar dan hadas kecil agar ianya sesuai dengan balaghah (sastera bahasa) al-Qur’an. Antara contoh-contoh yang Allah 'Azza wa Jalla pamerkan untuk thohaarah pengganti adalah: 1) dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), 2) atau dalam perjalanan, 210

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, (edisi terjemahan oleh Samson Rahman, Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2004) ms. 239.

138

3) atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, 4) atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), Perkara (1), (2) dan (3) adalah hadas kecil manakala perkara (4) sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melibatkan terjadinya hadas besar yakni berjimak. Oleh itu Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah membuat kesimpulan: Yang tepat bahawa ayat ini (al-Maaidah (5) : 6) menunjukkan bahawa firman-Nya: atau kamu sentuh perempuan maksudnya jika kamu menyetubuhi (berjimak) wanita agar ayat ini meliputi dua sebab yang mengharuskan bersuci (thohaarah) iaitu hadas besar dan hadas kecil. Dan berwuduk meliputi empat anggota badan, sedangkan mandi (wajib) meliputi seluruh badan. Sedangkan thohaarah pengganti iaitu tayamum meliputi dua anggtota tubuh sahaja baik tayamum untuk hadas kecil mahupun besar.211

Oleh itu ayat-ayat tersebut sebenarnya hanya menjelaskan bahawa sekiranya terjadi jimak atau persetubuhan di antara lelaki dan wanita maka hal tersebut membatalkan wuduk.

PETUNJUK DARI SUNNAH NABI SHALLAllahU 'ALAIHI 211

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 291.

139

WASALLAM Terdapat beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang menunjukkan sekadar bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita ianya tidak membatalkan wuduk. Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dia berkata:

َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ یَ َيْ َرﺱ‬ َ َْ ‫َ) ُم‬+‫ َأ‬M ُ ْ0ُ‫آ‬ .K  َْ‫ ِرﺝ‬M ُ ْ1َ#َ$َ3 Kِ+wَ َ َ\ َ َZَ‫ذَا ﺱ‬Vِ َ3 َِِْ#ِd Kِ3 ‫ي‬ َ َ ْ‫َو ِرﺝ‬ Aku tidur di hadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sedang kakiku di arah kiblatnya. Maka apabila baginda hendak bersujud, baginda mencolekku, maka aku lantas melipat kakiku.212 Menurut Imam Abu Ja’far al-Thobari hadis di atas menjadi bukti yang kukuh bahawa fiman Allah Subhanahu wa Ta'ala “kamu sentuh perempuan” itu bermaksud jimak. Menurut beliau: Pendapat yang paling dekat dengan kebenaran adalah pendapat yang mengatakan bahawa makna firman Allah “kamu sentuh perempuan” itu adalah jimak bukan bermakna bersentuhan. Ini berdasarkan hadis sahih daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam behawasanya baginda mencium sebahagian isterinya lalu keluar untuk melaksanakan solat tanpa mengambil wuduk kembali.213 212

Hadis riwayat Imam Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alSholah, no: 382. 213 Tafsir al-Thobari, jilid 5, ms. 105. Dinukil dari kitab Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah dan Shalat karya Dr Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, ms. 96.

140

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha dia berkata:

‫ش‬ ِ ‫َِا‬.ْ‫ً ﻡِ ْ ا‬Eََْ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ت َرﺱ‬ ُ َْ$َ3 Kِ3 َ ُ‫َ َﻡَِْ َوه‬d

ِ ْOَ ََ5 ‫ْ یَِي‬Mَ*َdَ َ3 َُُْ َْ)َ3 .ِ ِZَْ ْ‫ا‬ Pada suatu malam aku kehilangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka aku mencarinya dengan tanganku, kemudian tanganku mengenai telapak kaki baginda yang sedang tertegak dalam keadaan bersujud.214 Maka dari kedua hadis di atas jelaslah bahawa sekadar bersentuhan kulit sahaja tidaklah membatalkan wuduk. Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa di dalam kedua-dua peristiwa di atas persentuhan tersebut sebenarnya berlaku di dalam keadaan berlapik namun ini di sanggah oleh Dr. Yusuf alQaradhawi. Menurut beliau: Penafsiran bahawa memegangnya dengan menggunakan pembatas (berlapik) adalah sebuah penafsiran yang jauh terpesong dari zahir hadis.215

Hal ini akan menjadi semakin jelas apabila kita meneliti hadis seterusnya. Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

 ُH ِِ‫َِ)ﺉ‬+ k َ ْ*َ " َ #َd َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬ .َْ ََ‫ َ ِة َوَْ ی‬P‫ج ِإَ ا‬ َ َ َU Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mencium 214

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alShalah, no: 486. 215 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 236.

141

sebahagian isteri-isterinya berwuduk lagi.216

lalu

pergi

solat

tanpa

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menciumnya sedang baginda berpuasa.” Kemudian Nabi bersabda:

.َ ِ‫)ﺉ‬P‫ِ ُ ا‬Oْ.َ‫ ﺕ‬% َ ‫ اْ ُُ َء و‬k ُ ُ$ْ0َ‫ ﺕ‬% َ َEْ#ُ$ْ‫ن ا‬  ‫ِإ‬ Ciuman ini tidaklah merosakkan (membatalkan) wuduk dan tidak pula membatalkan puasa.217 Menerusi hadis-hadis di atas maka terdapat para ulamak yang menguatkan hujah mereka bahawa menyentuh perempuan samada disertai dengan syahwat mahupun tidak, ianya tidak membatalkan wuduk. Ini adalah kerana kebiasaannya bercium itu disertai dengan syahwat. Sekiranya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ingin membezakan bahawa ciuman yang bersyahwat itu membatalkan wuduk sementara ciuman yang biasa tidak membatalkan wuduk pasti ada riwayat darinya yang menggambarkan tentang perbezaan tersebut. Namun hadis di atas dibiarkan di dalam bentuk yang umum. Menurut Syaikh Sa’id alQahtani: Menyentuh perempuan berdasarkan pendapat yang kuat tidak membatalkan wuduk, baik disertai syahwat 216

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Thohaarah, no: 79, Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 495 dan Imam Ahmad di dalam Musnadnya, no: 24584. 217 Menurut Syaikh Sayyid Sabiq hadis ini dikeluarkan oleh Ishak bin Rahawaih dan al-Bazzar dengan sanad yang cukup baik. Menurut Abdul Hak, tidak ada cacat untuk tidak mengamalkannya. Penulis nukil dari kitab Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms. 113.

142

mahupun tidak, selama tidak disertai keluarnya mani atau madzi kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah suatu ketika mencium sebahagian isterinya, lalu solat tanpa memperbaharui wuduknya.218

Menurut Fahd al-Syuwayyib, penulis kitab al-Ta’lieqaat al-Salafiyah’ ala Sunannya berkata: Perkataan ghomazani (mencolek) atau seperti di dalam hadis al-Nasai massani bi rijilih (menyentuhku dengan kakinya), adalah maklum bahawa hal itu bererti menyentuh tanpa syahwat. Maka pengarang menjadikannya sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak membatalkan wuduk. Adapun jika menyentuh dengan syahwat, maka alasan bahawa tidak batal kerananya ialah kembali kepada asal, iaitu tidak ada dalil yang menunjukkan tentang ianya membatalkan, sehinggalah orang yang berpendapat hal itu membatalkan dapat menunjukkan dalilnya. Dan ini cukup menjadi alasan hal itu tidak membatalkan. Bahkan akan tampak dalil yang mengindikasikan tidak membatal wuduk, iaitu hadis mengenai qublah (mencium), yang menurut kebiasaan bahawa mencium itu tidak terbebaskan dari adanya syahwat.219

218

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi terjemahan oleh Abu Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 86. 219 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, (edisi terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah, Jakarta, 2005), ms. 95-96.

143

Selanjutnya Fahd al-Syuwayyib berkata: Apabila suami dan isteri merasa aman dari keluarnya suatu cairan, maka menyentuh itu tidak membatalkan wuduknya tetapi yang lebih utama adalah mengambil sikap berhati-hati kerana ada kalanya dia tidak dapat menjamin tidak keluarnya sesuatu cairan di dalam keadaan ini (adanya syahwat). Wallahu A’lam.220

Inilah beberapa petunjuk yang dapat kita ambil dari hadishadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan perbahasan samada menyentuh wanita itu membatalkan wuduk ataupun tidak. Hadis-hadis tersebut jelas menunjukkan ianya tidak batal malah sebenarnya tidak wujud petunjuk daripada baginda bahawa hal tersebut boleh membatalkan wuduk. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu’ alFatawa, jilid 21, ms. 235-236: Adapun wajib wuduk nyata kerana menyentuh wanita dengan tanpa syahwat maka yang demikian adalah pendapat yang paling lemah. Pendapat ini tidak dikenal dari salah seorang sahabat manapun. Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi bahawa dia memerintahkan kaum muslim untuk berwuduk kerana disebabkan hal tersebut. Padahal ini adalah masalah yang sering terjadi yang hampir-hampir kaum muslim tidak dapat menghindarkan diri darinya. Sebab seorang lelaki selalu mengambil sesuatu daripada isterinya dan mengambilnya

220

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 97.

144

dengan tangannya. Dan yang serupa itu yang terjadi kepada kebanyakan manusia. Maka andaikata wuduk diwajibkan disebabkan kerana itu (iaitu bersentuhan lelaki dan wanita - pen) pastilah Rasulullah memerintahkan sekali ataupun dua kali dan akan tersebar luas di tengah para sahabat. Andaikata Rasulullah melakukan itu maka pasti akan ada hadis yang ditulis mengenai hal ini walaupun hadis ahad221. Maka ketika tidak ada satu hadis pun yang memerintahkan masalah ini dari salah seorang dari kaum muslimin bahawa Rasulullah memerintahkan seorang dari kaum muslimin –padahal ini sering kali terjadi- boleh kita fahami bahawa hal itu tidak wajib.222

KESIMPULAN Setelah membentang serta membahaskan semua pandangan ُ َ‫ َا‬bermaksud satu. Hadis ahad ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua orang perawi sahaja, khasnya di tingkatan pertama, yakni tingkatan para sahabat. Ini berbeza dengan hadis mutawatir di mana ia adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi (melebihi 4) sehingga tidak mungkin mereka berbuat silap dalam meriwayatkannya. Hadis ahad yang sabit daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi dasar hukum dalam agama menurut mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Silalah rujuk artikel-artikel berikut dalam buku Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah (buku 1) terbitan Perniagaan Jahabersa) susunan Saudara Hafiz Firdaus Abdullah: 1) Kedudukan Hadis Ahad: Dari zaman awal Islam sehingga kini oleh Hafiz Firdaus Abdullah. 2) Mazhab Imam al-Syafi‘i Terhadap Sunnah dan Hadis oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus. 222 Dinukil daripada kitab Fikih Thaharah karya Dr Yusuf alQaradhawi, ms. 239. 221

145

yang ada di dalam mazhab-mazhab fekah berkaitan isu samada menyentuh wanita membatalkan wuduk ataupun tidak, Dr Yusuf alQaradhawi membuat kesimpulan seperti berikut223: Kami menyatakan bahawa pendapat yang paling kuat dalam masalah ini adalah tidak batalnya wuduk secara mutlak. Sebab yang menjadi sandaran orang-orang mengkritik pandangan ini adalah ayat yang mulia ini.224 Padahal tidak ada dilalah (indikasi) yang menunjukkan hal itu (yakni menyentuh wanita membatalkan wuduk – pen) di dalam ayat tersebut. Pandangan ini sama dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas (radhiallahu 'anh), Sang Tarjuman al-Qur’an (pakar tafsir al-Qur’an) dan orang yang Rasulullah doakan semoga Allah mengajarkan takwil (tafsiran). Pandangan ini sangat sesuai dengan penutup ayat ini:

Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.225 Syaikh Shalih Fauzan pula berkata: Akan tetapi pendapat yang kuat adalah tidak membatalkan (wuduk apabila menyentuh wanita) secara mutlak, kecuali bila keluar sesuatu cairan dari orang yang menyentuh dan disentuh, seperti madzi dan sebagainya. Di dalam keadaan seperti ini, wuduk orang yang 223 224 225

146

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 240. Iaitu surah al-Nisaa’ ayat ke 43 dan Surah al-Maaidah ayat ke 6. Al-Maaidah (5) : 6

bersangkutan batal disebabkan sesuatu yang keluar darinya dan bukan kerana memegang.226

Penulis berpendapat sewajarnya kita menangani isu ini dengan minda yang bersih dari sifat fanatik mazhab. Apatah lagi Imam al-Syafi’i rahimahullah sendiri menganjurkan kita untuk lebih mengutamakan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari pendapat beliau sendiri dan sekiranya terdapat sunnah Nabi yang bertentangan dengan pandangan beliau maka tolaklah pendapat beliau. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

  #b/    #b/  tHu/

sfIZ> 0*y"o  4x?= vaw-E /4|⌧} t* z{hC =" } tDH* D6eZ"o z{\ 0* 9sfIZ> }*A

0="# _ ZN-M ~abJ> ⌦YaZMN M€>"j 7*‚; q⌧ o" F]5h / Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (AlQuran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar 226

Syaikh Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi, Jakarta, 2004) ms.153.

147

beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.227 Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah dirujuk semula kepada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan mencerminkan sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan hari akhirat. Tambahan pula antara manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam membuat pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Umm alMukminun ‘Aishah radhiallahu 'anha:

%  ‫ ِإ‬ ِ ْ‫ َأﻡْ َی‬ َ َْ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ َ ا‬8ُU )َ‫ﻡ‬ .َْHَْ‫َْ) َر َأیَْ َهُ َ) ﻡَ) َْ ی‬U‫ا‬ Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa.228 Penulis melihat hukum batalnya wuduk apabila bersentuhan di antara lelaki dan wanita agak memberatkan serta menyukarkan umat Islam terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kesukaran ini akan kelihatan lebih jelas lagi apabila kita terpaksa berasak-asak di dalam keadaan jumlah orang yang begitu ramai 227

al-Nisaa’ (4): 59 Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab alHudud, hadis no. 6786. 228

148

seperti ketika melaksanakan ibadah haji atau umrah. Untuk meringankan kesukaran ini maka ada pihak yang mengambil pendirian untuk bertaklid kepada mazhab Imam Ahmad hanya ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Saranan penulis kenapa tidak kembali sahaja kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sememangnya memudahkan umatnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam:

َ. ‫ِی‬8َ*ُ‫ُا ﻡ‬Rَ*ْ#ُ‫ َوَْ ﺕ‬ َ ‫ِی‬8َُ‫ُْْ ﻡ‬Rِ*ُ )َ +Vِ َ3 Sesungguhnya kalian diutus untuk memberikan kemudahan dan tidak diutus untuk menyulitkan.229 Baginda juga telah memerintahkan kita mempermudahkan segala urusan sebagaimana sabdanya:

untuk

‫ُوا‬8َ*ُ‫ ﺕ‬% َ ‫ُوا َو‬8َ‫ی‬ Permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan.230 Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada kita semua akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang datangnya dari Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum akan mengandungi unsur-unsur dosa. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan kemudahan kepada hamba-hambaNya dan tidak mahu memberati kita semua. Ini sebagaimana Firman-Nya:

+d*A

‘

 Z

...

229

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, No: 220. 230 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al’Ilm, No: 69.

149

 Z $% Z45eJ> ... YhT#J> +d*A …(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…231

231

150

al-Baqarah (2) : 185

ADAKAH MEMEGANG KEMALUAN MEMBATALKAN WUDUK?

151

Sudah menjadi amalan yang lazim bagi umat Islam di Malaysia untuk mengulangi wuduk sekiranya tersentuh kemaluan (termasuk dubur) samada lelaki mahupun wanita dengan tapak tangan. Ini juga merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam alSyafi’i rahimahullah. Beliau berkata: Apabila seseorang menyentuh kemaluannya dengan tapak tangannya, di mana tiada pembatas di antara tangan dan kemaluannya maka wajib ke atasnya berwuduk kembali. Hukumnya sama sahaja samada sentuhan tersebut secara sengaja mahupun tidak sengaja… Demikian juga apabila dia menyentuh dubur atau qubulnya, menyentuh dubur isterinya atau menyentuh dubur anak kecil, maka wajib atasnya mengambil wuduk… Apabila kemaluannya tersentuh oleh punggung telapak tangannya, dengan lengannya atau sesuatu yang bukan tapak tangan, maka dia tidak wajib mengulangi wuduk… Semua yang telah kami katakan tentang wajib berwuduk ke atas lelaki yang menyentuh kemaluannya, demikian juga berlaku bagi wanita yang menyentuh kemaluannya; atau seorang wanita menyentuh kemaluan suaminya atau suami yang menyentuh kemaluan isterinya, keduanya tidak ada perbedaan.232

Namun begitu, permasalahan ini sebenarnya banyak diperbincangkan oleh para ulamak sehingga terdapat tiga pendapat: 1) Menyentuh kemaluan sama sekali tidak membatalkan wuduk. 2) Menyentuh kemaluan membatalkan wuduk dalam apa jua keadaan.

232

152

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 29.

3) Hanya sentuhan yang memiliki unsur syahwat sahaja yang membatalkan wuduk. Insya-Allah melalui risalah ringkas ini penulis akan membawa kesemua hujah-hujah yang dipegang oleh ketiga-tiga golongan.

MENYENTUH KEMALUAN MEMBATALKAN WUDUK

SAMA

SEKALI

TIDAK

Pendapat ini telah diriwayatkan daripada Saidina ‘Ali, Ibnu Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, ‘‘Ammar, Hudzaifah, Imran bin al-Hushain dan Abu al-Darda radhiallahu 'anhum. Ini juga merupakan pendapat Rabiah, al-Tsauri, Ibnu Mundzir, Imam Abu Hanifah dan juga salah satu qaul Imam Ahmad rahimahumullah. Hujah utama yang dipergunakan oleh mereka adalah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Thalqi bin ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

Kِ3 ‫ل اِ ﻡَ) ﺕََى‬ َ ُ‫ "یَ) َرﺱ‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 ‫ي‬ ` ‫ُ َ َ ِو‬+َ َ‫ﺝَ) َء َرﺝُ"ٌ آ‬ %  ‫ " َوهَ"ْ هُ َ ِإ‬:‫ل‬ َ )َd "‫ َةِ؟‬P‫ ا‬Kِ3 -ُ َ َ‫ َذآ‬X  َ‫" ﻡ‬ ٍ ُ‫َرﺝ‬ "‫ْ@َ؟‬0ِ‫ٌ ﻡ‬Eَ*ْ1َ ْ‫@ َأو‬ َ ْ0ِ‫ٌ ﻡ‬Eَ/ْ1ُ‫ﻡ‬ Telah datang seorang lelaki dari pedalaman (Arab Badwi) lalu dia bertanyakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pandanganmu tentang seseorang yang menyentuh kemaluannya ketika bersolat?” Nabi menjawab: “Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?”233 233

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 165

153

Mereka berpendirian hadis ini jauh lebih kuat serta baik sanadnya jika hendak dibandingkan dengan hadis yang menyatakan menyentuh kemaluan membatalkan wuduk sebagaimana yang telah diperkatakan oleh Ibnul Madini. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Mereka (yang berpegang kepada pendapat tidak batal) berkata: “Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tubuh manusia maka wuduk tidak batal kerana menyentuhnya sebagaimana anggota tubuh yang lain.234

Dr Yusuf al-Qaradhawi juga memperkuat pendapat ini dengan menyatakan: Kami menguatkan pendapat pertama bahawa memegang zakar itu tidak membatalkan wuduk walau apapun alasannya. Jika memegangnya dengan penuh syahwat maka dianjurkan untuk berwuduk.235

Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat hadis-hadis yang menyuruh untuk berwuduk kembali setelah memegang kemaluan hanyalah suatu anjuran (mustahab) sahaja dan bukan wajib. Pendapat ini juga selari dengan pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah: Yang nampak dari semua hadis di atas adalah bahawa perintah mengulangi wuduk kerana memegang zakar itu adalah anjuran dan bukan perintah wajib. Demikian Imam Ahmad menerangkan hal ini dengan jelas di dalam satu dari dua riwayat daripadanya… Dengan demikian hadis dan athar boleh diertikan bahawa yang demikian itu 234 235

154

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, 241. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, 244.

adalah anjuran. Dan tidak ada nasakh terhadap sabdanya “Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?”. Menyatakan bahawa perintah itu adalah anjuran adalah jauh lebih utama daripada menyatakan bahawa (hadis) itu telah dinasakh.236

MENYENTUH KEMALUAN MEMBATALKAN WUDUK DI DALAM APA JUA KEADAAN Pendapat ini turut dipersetujui oleh ‘Umar al-Khaththab, Ibnu ‘Umar, Abu Ayyub, Abu Hurairah, Zaid bin Khalid, ‘Aisyah, Sa’id bin Musayyib, Atha’, Urwah, Sulaiman bin Yasar, al-Zuhri, al-Awza’i, Imam al-Syafi’i, salah satu dari pendapat Imam Ahmad dan pendapat yang masyhur dari Imam Malik. Dalil-dalil yang membelakangi pendapat mereka adalah seperti berikut: Busrah binti Shofwan (radhiallahu 'anha) mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َْ َََْ3 -ُ َ َ‫ َذآ‬X  َ‫ﻡَ ْ ﻡ‬ Sesiapa yang menyentuh zakarnya maka berwuduklah dia.237 Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anh dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

236

Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah, Majmu’ Fatawa, jilid 21. ms. 241. Penulis nukil daripada kitab Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 244. 237 Hadis riwayat Imam Abu Dawud, di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, No: 154.

155

)َ4َ0َْ‫َُ َو‬0َْ X َ َْ‫َْﺝِِ َو‬3 َ‫ ِإ‬-ِ ِ َِ ُْ‫َ َأَ ُآ‬1َ3َ‫ِإذَا أ‬ .‫ََِْ اْ ُُْ ُء‬5 r َ ِ‫َْ َوﺝ‬$َ3 ٌَْ‫ ﺱ‬% َ ‫َ)بٌ َو‬Zِ Apabila salah seorang dari kalian menyentuh kemaluan dengan tangannya dan tiada penghalang di antaranya dan tangannya, tidak juga ada kain yang menutupinya, maka dia wajib berwuduk.238 Mereka menetapkan apabila hadis berbentuk larangan bertembung dengan hadis menetapkan kebolehan, maka hendaklah hadis yang menetapkan larangan itu diunggulkan di atas sikap berhati-hati dan merupakan pilihan yang lebih selamat. Ada juga yang beranggapan hadis daripada Busrah binti Shofwan ini lebih kuat dari hadis daripada Thalqi bin ‘Ali dan hadis Busrah ini juga telah memansuhkan hukum yang terdapat di dalam hadis Thalqi. Menurut Sa’id al-Qahtani: Ketika membahaskan kitab Bulughul Maram, Syaikh Ben Bazz rahimahullah telah mengomentar hadis yang diriwayatkan dari Thalqi yang membolehkan seseorang menyentuh kemaluannya lalu berkata: “Di awal-awal munculnya Islam, menyentuh kemaluan tidak membatalkan wuduk, tetapi kemudian ketentuan tersebut dimansuhkan oleh hadis yang diriwayatkan daripada Busrah. Kami berpendapat hadis yang diriwayatkan dari Busrah lebih kuat dari hadis yang diriwayatkan daripada Thalqi bin ‘Ali. Ketentuan di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Busrah itulah yang benar. Oleh itu menyentuh kemaluan membatalkan 238

Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Shahih al-Jami’ no: 359. Namun begitu Syaikh Ahmad Muhammad Syakir pula mendha’ifkan hadis ini.

156

wuduk.239

MENYENTUH KEMALUAN MEMBATALKAN WUDUK

DISERTAI

SYAHWAT

Golongan ketiga ini pula berpendapat kedua-dua hadis Busrah dan Thalqi radhiallahu 'anhuma itu adalah sahih. Maka mereka menafsirkan memegang kemaluan yang membatalkan wuduk seperti yang diriwayatkan oleh Busrah radhiallahu 'anha itu adalah pemegangan yang disertai syahwat. Manakala hadis Thalqi radhiallahu 'anh pula menunjukkan menyentuh kemaluan tanpa disertai syahwat tidak membatalkan wuduk. Menurut Syaikh alAlbani rahimahullah: Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam “Bukankah kemaluan itu tidak lain hanyalah sekerat (sebahagian) dari daging (tubuh) orang itu?” ada isyarat bahawa menyentuh yang tidak mewajibkan wuduk ialah menyentuh yang tidak disertai nafsu. Dalam keadaan seperti ini sentuhan dapat disamakan dengan menyentuh anggota tubuh yang lain. Berbeda dengan sentuhan yang disertai nafsu, ini tidak boleh disamakan dengan menyentuh anggota tubuh yang lain, yang biasanya tidak disertai nafsu. Ini masalah yang jelas –sebagaimana anda tahu- maka hadis di atas (dari Thalqi radhiallahu 'anh) bukan dasar dalil bagi mazhab Hanafi (pendapat golongan pertama) yang menyatakan tidak batalnya wuduk kerana menyentuh ini secara mutlak, tetapi dalil bagi pendapat yang menyatakan bahawa menyentuh tanpa disertai nafsu tidak membatalkan. Adapun menyentuh dengan nafsu 239

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 84.

157

membatalkan 'anha).240

berdasar

hadis

Busrah

(radhiallahu

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Kedua hadis (Basrah dan Thalqi) di atas sahih. Selagi keduanya dapat digabungkan maka itu lebih baik daripada menggugurkan salah satunya… Penggabungan kedua hadis itu boleh dilakukan dengan dua cara: 1)

Menyentuh zakar membatalkan wuduk jika dilakukan tanpa penghalang. Jika menyentuhnya dengan menggunakan penghalang maka tidak membatalkan wuduk. Pemahaman ini didukung oleh riwayat:

.‫ َ ِة‬P‫ ا‬Kِ3 -ُ َ َ‫ ُ َذآ‬X ّ َ َ‫" ی‬ ُ ُ‫ا ﺝ‬ Seorang lelaki menyentuh zakarnya ketika solat Solat bukan waktu (tepat) untuk menyentuh zakar tanpa penghalang 2) Jika dia menyentuhnya dengan syahwat maka hal itu membatalkan wuduk. Jika sebaliknya, maka tidak membatalkan wuduk. Penggabungan cara kedua ini lebih beralasan dan lebih mendekati kebenaran. Sebab zakar hanya sepotong bahagian tubuh. Selama menyentuhnya dengan sentuhan 240

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, (edisi terjemahan oleh Afifuddin Said, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) jilid 1, ms. 112-113.

158

biasa yang tidak disertai dengan syahwat, maka sekadar menyentuh seperti itu tidak membatalkan wuduk. Penyebab batalnya wuduk yang sebenarnya adalah sesuatu yang keluar dari salah satu dua jalan akibat menyentuh zakar. Tanpa syahwat, sesuatu itu tidak akan keluar. Berbeza jika menyentuh diiringi dengan syahwat, maka hal itu menjadikan dugaan kuat keluarnya madzi yang membatalkan wuduk.241

KESIMPULAN Pendapat-pendapat di atas memiliki kekuatan hujah tersendiri dan datangnya daripada para al-Salafussoleh242 serta ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang muktabar. Maka sewajarnya kita berlapang dada terhadap ketiga-tiga pendapat tersebut. Wallahu A’lam.

ADAKAH DARAH DAN MUNTAH MEMBATALKAN WUDUK? Majoriti umat Islam di Malaysia beranggapan bahawa 241

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, (edisi terjemahan oleh Thahirin Suparta, M. Faisal dan Adlis Aldizar, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006) jilid 1, ms. 310-311. 242 Al-salafussoleh adalah golongan yang diiktiraf sebagai generasi terbaik bagi umat Islam. Mereka adalah para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, para tabi’in dan tabi’ut at-tabi’in. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam alBukhari rahimahullah (Shahihnya, Kitab al-Manaqib, no: 3650):

.ُْ4َ+َُ‫ ی‬ َ ‫ِی‬g‫ُ  ا‬H ُْ4َ+َُ‫ ی‬ َ ‫ِی‬g‫ُ  ا‬H Kِ+َْd Kِ‫َْ ُ ُأﻡ‬U Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ut at-Tabi’in).

159

darah, nanah serta muntah itu membatalkan wuduk. Para ulamak sebenarnya berbeza pendapat tentang hal ini. Imam Malik dan al-Syafi’i rahimahumallah berpendapat bahawa keluarnya perkara-perkara yang disebut di atas sama sekali tidak membatalkan wuduk meskipun di dalam jumlah yang banyak. Sementara Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad rahimahumallah berpendapat bahawa ianya membatalkan wuduk sekiranya keluar di dalam jumlah yang banyak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Menurut pandangan kami pendapat yang kuat adalah tidak batalnya wuduk yang disebabkan oleh masalahmasalah di atas, baik sedikit ataupun banyak. Perkara yang menjadi penyebab batalnya wuduk adalah masalah ta’abbudi yang tidak ditetapkan kecuali oleh syariat, baik melalui al-Qur’an ataupun hadis sahih, padahal tidak ada dalil manapun di sana. Dalam hal ini tidak boleh menggunakan qiyas. Sebab alasan batalnya sesuatu perkara tidak boleh bergantung kepada akal semata.243

Pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini sebenarnya selari dengan Imam al-Nawawi rahimahullah yang juga menyatakan bahawa tidak terbukti ada riwayat sahih yang menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan wuduk kerana hal-hal tersebut. Tambah al-Nawawi lagi ini adalah pendapat Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Ibnu Abi Aufa, Jabir, Abu Hurairah, ‘Aisyah, Ibnul Musayyib, Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar, Qasim bin Muhammad, Thawus, Atha’, Makhul, Rabi’ah, Malik, Abu Tsaur 243

160

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 250.

dan Dawud. Al-Baghawi berkata: “Ini adalah pendapat majoriti 244 sahabat dan tabi’in.” Imam al-Bukhari rahimahullah telah meriwayatkan:

Kِ3 ‫ن‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َ ْ ﺝَ)ِ ٍ َأ‬5 oَ َ‫َ َآ‬3 ‫َُ ا  ُم‬3wَ َ0َ3 ٍ ْ4َِ ٌ"ُ‫ َرﺝ‬K َ ِ‫َ ُﻡ‬3 ‫ع‬ ِ )َd8 ‫ت ا‬ ِ ‫ْ َو ِة ذَا‬wَ\ ‫ل‬ َ ‫ ﻡَ) زَا‬:

ُ ََ'ْ‫ل ا‬ َ )َd‫ َو‬.ِِ‫ !َ َﺕ‬Kِ3 َ1َ‫َ َ َوﻡ‬Zَ‫َوﺱ‬ ُ  َ'ُ‫َ) ُوسٌ َوﻡ‬i ‫ل‬ َ )َd‫ َو‬.ِْ4ِ‫ ﺝَِاَ)ﺕ‬Kِ3 ‫ن‬ َ FَPُ‫ن ی‬ َ ُ ُِْ ْ‫ا‬ .ٌ‫ ا  ِم ُوُء‬Kِ3 X َ َْ :‫َ) ِز‬Zِ'ْ‫" ا‬ ُ ْ‫َ)ءٌ َوَأه‬Oَ5‫ َو‬K † َِ5

ُ ْ .َْ ََ‫َ) ا  ُم َوَْ ی‬4ْ0ِ‫ج ﻡ‬ َ َ َjَ3 ‫ْ َ ًة‬Rَ َ َ ُ5

ُ ْ‫َ َ ا‬Pَ5‫َو‬

ُ ْ‫ل ا‬ َ )َd‫ َو‬.ِِ‫ !َ َﺕ‬Kِ3 َ1َ َ3 )ً‫َ َدﻡ‬3ْ‫ َأو‬Kِ‫ َأ‬ ُ ْ‫ق ا‬ َ wَ َ‫َو‬ " ُ َْ\ %  ‫ََِْ ِإ‬5 X َ َْ ُ ِZَْ'َ‫ِ َ ْ ی‬3

ُ ََ'ْ‫ُ َ َ وَا‬5 .ِِ ِ‫ﻡَ'َ)ﺝ‬ Disebutkan dari Jabir bahawasanya Nabi pada perang Dzat al-Riqa’, saat itu ada seseorang yang di panah hingga darah keluar dari tubuhnya namun beliau tetap rukuk, sujud dan meneruskan solatnya. Al-Hassan berkata: “Kaum Muslimin senantiasa solat di dalam keadaan luka-luka.” Thawus, Muhammad bin Ali, Atha’ serta ulamak Hijaz berkata: “Darah tidak menyebabkan batal wuduk.” Ibnu ‘Umar pernah memecahkan bisulnya hingga keluar darah namun beliau tidak mengulangi wuduknya. Sementara Ibnu Abu Aufa pernah mengeluarkan ludah yang bercampur darah namun beliau tetap meneruskan solatnya. Ibnu ‘Umar dan alHassan berkata tentang seseorang berbekam: “Tidak ada 244

Sila rujuk al-Majmu’ Syarh Muhazzab, jilid 2, ms. 54. Penulis nukil dari Fikih Thaharah, ms. 252

161

baginya kecuali mencuci di tempat bekam.”245 Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah: Imam al-Bukhari memaksudkan riwayat ini sebagai bantahan bagi ulamak mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa darah dapat membatalkan wuduk.246

Telah diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh pada perang Dzat al-Riqa’ Nabi shallallahu 'alaihi wasallam singgah di suatu lembah, lalu baginda bertanya: “Siapa yang bersedia menjaga kita pada malam ini?” Berdirilah seorang lelaki dari kalangan Muhajirin serta seorang lelaki dari kalangan Anshar. Maka keduanya berjaga malam di pinggiran seraya membahagi tugas mengawal. Lelaki dari kalangan Muhajirin tidur terlebih dahulu, sementara lelaki dari kalangan Anshar berdiri melakukan solat. Saat itu lelaki dari pihak musuh datang dan melihat lelaki Anshar sedang solat. Tanpa berfikir panjang lalu dia memanah lelaki Anshar itu dan anak panah tersebut tepat terbenam di tubuhnya. Lelaki Anshar itu mencabut anak panah tersebut dan terus mengerjakan solat, lalu lelaki dari pihak musuh kembali memanah untuk kali yang kedua dan lelaki Anshar kembali mengulangi perbuatannya seperti yang pertama tadi. Seterusnya dia dipanah lagi untuk kali yang ketiga. Dia kembali mencabut anak panah itu dari tubuhnya lalu rukuk kemudian sujud sehingga selesai (solat). Setelah itu dia membangunkan sahabatnya. Ketika sahabatnya 245

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, Bab Orang Yang Berpendapat Tidak ada Wuduk Kecuali Kerana Sesuatu Yang Keluar Dari Dua Jalan (Qubul dan Dubur). 246 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 154.

162

melihat darah yang mengucur dari badannya, dia berkata: “Mengapa engkau tidak membangunkan aku pada kali pertama engkau dipanah?” Lelaki Anshar menjawab: “Aku sedang membaca satu surah dan aku tidak mahu memutuskannya (bacaan ayat tersebut).247 Berkenaan dengan hadis ini Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: Petunjuknya di sini (dari hadis tersebut) adalah bahawa darah telah keluar dengan banyak dari dia (pemuda Anshar tersebut), namun dia tetap meneruskan solatnya. Andaikata keluarnya darah itu membatalkan wuduk tentu sahaja tidak boleh bagi orang itu untuk rukuk, sujud dan menyelesaikan solat. Rasulullah mengetahui hal itu dan tidak mengingkarinya.248

Berkenaan dengan perbincangan samada muntah membatalkan wuduk, Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata: Pendapat para ulamak dalam masalah ini sama seperti pendapat mereka dalam masalah keluarnya darah dan yang benar adalah tidak membatalkan wuduk kerana tidak adanya hadis yang sahih yang mewajibkan wuduk kerana muntah dan juga berpedoman kepada hukum asal 247

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 170. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi melalui jalur periwayatan yang lain dan dalam riwayat tersebut telah menyatakan nama lelaki Anshar itu sebagai Abbad bin Bisy dan lelaki Muhajirin tersebut adalah ‘Ammar bin Yassir. Adapun surah yang dibaca oleh lelaki Anshar tersebut adalah surah alKahfi (Fathul Baari, jilid 2, ms. 154) 248 Dinukil daripada buku Fikih Thaharah, ms. 253.

163

segala sesuatu adalah suci. Adapun hadis Ma’adan bin Abi Thalhah dari Abi Darda

ََ ََ3 َ َOْ3َ َ3 ‫َ) َء‬d َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫َأ‬ Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah muntah lalu baginda berbuka dan berwuduk.249 tidak diragukan lagi bahawa riwayat tersebut tidak menyimpulkan kewajipan berwuduk lantaran muntah, kerana hal itu hanya sekadar perbuatan dan suatu perbuatan secara maksimumnya hanya menunjukkan anjuran (bukan kewajipan). Wallahu A’lam.250

Dengan ini jelas bagi kita bahawa pendapat yang tepat adalah darah, muntah dan sejenisnya tidak membatalkan wuduk baik sedikit mahupun banyak kerana tidak ada dalil yang menunjukkan hal-hal itu membatalkan wuduk. Untuk itu hukum asalnya adalah tetap dalam keadaan suci iaitu tidak batal. Tentang wujudnya hadis bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengulangi wuduk kerana muntah maka status hadis tersebut masih diperselisihkan kesahihannya dan sekiranya sahih maka perbuatan Rasulullah itu tidak menunjukkan hukum wajib tetapi memberi petunjuk ianya sekadar sunat sahaja. Inilah mazhab sebenar Imam 249

Menurut Syaikh Kamal as-Sayyid Salim hadis ini berstatus Shahih Mauquf dan di riwayatkan oleh al-Bukhari secara ta’liq, dan dinyatakan maushul oleh al-Baihaqi serta Daraquthni. Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 80. 250 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 215.

164

al-Syafi’i rahimahullah. Wallahu a’lam.

ADAKAH MEMAKAN DAGING UNTA MEMBATALKAN WUDUK? Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum memakan daging unta adakah ianya membatalkan wuduk ataupun tidak.

165

Pendapat pertama mengatakan ianya membatalkan wuduk berdalilkan hadis di bawah: Daripada Jabir bin Samurah bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫َِ؟‬0َ/ْ‫َأَأﺕَ َُ ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬ Apakah kita harus berwuduk kerana makan daging kambing?

.َْ َ‫َ َ ﺕ‬3 M َ ْ7ِ; ْ‫ََ َْ َوِإن‬3 M َ ْ7ِ; ْ‫ ِإن‬:‫ل‬ َ )َd Baginda menjawab: Jika kamu mahu berwuduklah, dan jika kamu mahu, kamu tidak perlu berwuduk.

‫ِ"ِ؟‬W ِ ‫ َأﺕَ َُ ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬:‫ل‬ َ )َd Orang tersebut bertanya lagi: Apakah kami harus berwuduk kerana makan daging unta?

." ِ ِW ِ ‫ََ َْ ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬3 ,َْ*َ+ :‫ل‬ َ )َd Baginda menjawab: Ya, berwuduklah kerana memakan daging unta.251

ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫" َرﺱ‬ َ ِ7ُ‫ ﺱ‬:‫ل‬ َ )َd ‫ب‬ ٍ ‫َ) ِز‬5

ِ ْ ‫ََا ِء‬#ْ‫َ ْ ا‬5 ." ِ ِVِ ْ‫َ ْ اْ ُُ ِء ﻡِ ْ ُ'ُ ِم ا‬5 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 Dari al- Barra’ bin ‘Aazib, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya apakah harus berwuduk kerana memakan daging unta.

251

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, no: 360.

166

.)َ4ْ0ِ‫ُا ﻡ‬7َ َ‫ ﺕ‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 Baginda menjawab: Berwuduklah kerananya.

.ِ َ0َ/ْ‫َ ْ ُ'ُ ِم ا‬5 " َ ِ7ُ‫َوﺱ‬ Dan baginda ditanya pula tentang memakan daging kambing.

.)َ4ْ0ِ‫ُا ﻡ‬7َ َ‫ ﺕ‬% َ :‫ل‬ َ )َ$َ3 Jawab baginda: Tidak berwuduk kerananya.252 Pendapat inilah yang dipilih oleh Imam Ahmad, Ishaq, Abi Khaitsumah, Ibnu Mundzir, al-Baihaqi, al-Nawawi, Ibnu Hazm, Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah, Ibnul Qayyim, al-Syaukani, para ulama salaf Najd dan tokoh-tokoh hadis yang lebih mengutamakan perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari pendapat akal.253 Imam al-Nawawi rahimahullah berkata: Imam al-Syafi’i dalam qaul qadiim (pendapat lamanya ketika menetap di Iraq) berpendapat memakan daging unta membatalkan wuduk. Pendapat ini yang paling kuat jika dilihat dari sisi dalil dan ini pendapat yang aku unggulkan.254

Hikmah hukum batalnya wuduk kerana memakan daging unta menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam adalah:

252

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 156. 253 Rujuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 319 dan Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 208. 254 Rujuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 319.

167

Unta mempunyai kekuatan syaithoniyyah (syaitan) sebagaimana disinggung oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam sabdanya:

Ia (unta) sebahagian dari jin. Untuk itu memakannya dapat menimbulkan kekuatan syaithoniyyah yang hanya dapat dihilangkan dengan berwuduk. Hal tersebut diperkuatkan lagi dengan sikap kebiasaan pengembala unta yang sombong dan tinggi hati. Sikap ini disebabkan oleh seringnya kebersamaan mereka bersama unta. Berbeza halnya dengan pengembala kambing yang cenderung rendah hati dan tenang. Mungkin inilah rahsia mengapa para Nabi kebiasaannya pernah mengembala kambing.255

Pendapat kedua pula menyatakan memakan daging unta sama sekali tidak membatalkan wuduk. Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah: Ini adalah pendapat jumhur ulamak. Ini dikisahkan dari Abu Bakar al-Shiddiq, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Ka’ab, Abu Thalhah, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Abbas, Amir bin Rabi’ah, Abu Umamah. Pendapat ini juga merupakan pendapat jumhur tabi’in, Malik, Abu Hanifah dan Syafi’i (dalam qaul jadid nya).256 255

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 316-317. 256

168

Rujuk Fikih Thaharah, ms. 246.

Mereka berpendapat hukum memakan daging unta ini telah dimansuhkan oleh hadis daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh yang berkata:

َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ ﻡِ ْ َرﺱ‬ ِ ْ‫ﻡْ َی‬J َ ‫ِ َ ا‬UY ‫ن‬ َ )َ‫آ‬ ‫) ُر‬0‫ْ ا‬Mَ‫ك اْ ُُ ِء ﻡِ ) ﻡ‬ ُ َْ‫ﺕ‬ Hukum terakhir di antara dua hal (tersebut) daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah meninggalkan wuduk setelah memakan sesuatu yang disentuh api (dimasak).257 Hadis di atas bersifat umum bagi semua daging yang dimasak termasuklah daging unta. Bagi mereka perkara-perkara yang membatalkan wuduk adalah disebabkan sesuatu yang keluar dari badan (seperti kentut, membuang air kecil mahupun besar, keluar air mani dan lain-lain) dan bukannya kerana sesuatu yang masuk (seperti makan daging unta ini). Mereka juga melihat hadis-hadis yang memerintahkan untuk berwuduk kerana memakan daging unta sebenarnya bermaksud membasuh tangan dan mulut. Ini adalah kerana daging unta adalah lebih berbau berbanding dengan daging-daging yang lain dan ianya sangat berlemak. Imam al-Syairazi rahimahullah pula berkata: Sekiranya memakan daging babi (yang jelas hukumnya haram) tidak membatalkan wuduk maka makan daging yang halal pasti lebih tidak membatalkan.258 257

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 185. 258 Rujuk Fikih Thaharah, ms. 247.

169

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menguatkan pendapat ke dua ini dan dia berkata: Di antara dalil jumhur ulamak yang paling menonjol adalah bahawa pendapat ini (tidak batalnya wuduk kerana memakan daging unta) adalah kerana ianya merupakan pandangan al-Khulafa’ al-Rasyideen secara keseluruhan; Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali dan pendapat para ulamak di kalangan sahabat bahkan ini juga merupakan pendapat majoriti sahabat sebagaimana dikatakan oleh al-Nawawi. Dengan demikian sangat tidak masuk akal jika memakan daging unta itu membatalkan wuduk, namun kemudian tidak diketahui oleh mereka padahal mereka adalah orang-orang yang berdampingan dengan Rasulullah dan orang yang paling dekat dengannya, mereka adalah orang-orang yang paling mengerti sunnahnya. Lalu bagaimana mungkin mereka hidup selama tiga puluh tahun setelah wafatnya dan mereka tidak mengetahui hukum yang banyak bersangkutan dengan kehidupan mereka sehari-hari yakni tentang memakan daging unta. Oleh sebab itulah Imam al-Nawawi (di dalam al-Majmu’, jilid 2, ms. 260) berkata; pandangan yang paling menyejukkan hati adalah pendapat para khulafa’ dan jumhur sahabat.259

KESIMPULAN Sebagaimana yang kita sedia maklum hal ini termasuk dalam perkara yang diperselisihkan oleh para ulamak dan 259

170

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 247-248.

sebagaimana yang telah sedia maklum adalah manhaj penulis untuk berlapang dada dalam hal-hal sebegini. Hanya sahaja penulis melihat hujah batalnya wuduk kerana memakan daging unta adalah lebih bertepatan dengan perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang termaktub dalam hadis Jabir bin Samurah dan al-Barra’ bin ‘Aazib radhiallahu 'anhuma. Bila adanya perintah dari Allah Subhanahu wa Ta'ala serta Rasul-Nya maka hendaklah kita dengar dan taat. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

= 

ƒ  #3☺  $% Ž M"3 „i> )%* ©5J' . 3"?. M€ª ">u/ MQM#4f  =Qo¬ m3  !/

0 MN Yo a+#‡ 7:;

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.260 Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak mengutamakan atau meninggikan logik akal berbanding dengan al-Qur’an dan alSunnah. Ini adalah kerana akal tidak dapat berdiri sendiri untuk memahami syariah, kerana akal itu lemah dan terbatas. Sebagaimana pendengaran, penglihatan dan kekuatan manusia itu terbatas, demikian pula dengan akalnya. Oleh itu akal harus tunduk kepada al-Qur’an dan al-Sunnah. Selanjutnya 260

penulis

bentangkan

bantahan

terhadap

al-A’raaf (7) : 42

171

pendapat golongan yang menyatakan makan daging unta tidak membatalkan wuduk. Namun penulis ingin peringatkan tujuan penulis ini tidak sedikitpun untuk memperkecilkan sesiapa jua yang berpegang kepada pandangan tersebut. Satu lagi ciri-ciri Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah tidak mengagungkan mana-mana imam ataupun ulamak yang mereka ambil seluruh ucapannya kecuali Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Walaubagaimanapun Ahlus Sunnah tetap menghormati seluruh imam-imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah terutamanya imam-imam mazhab yang empat. Bagi Ahlus Sunnah pendapat ataupun ucapan selain daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah tidak terpelihara dari kesilapan maka mereka menimbangnya dengan al-Qur'an dan al-Sunnah. Jika ia sesuai dengan keduanya maka ianya akan diterima sebagai hujah dan sekiranya tidak maka ianya akan terbatal. Berikut adalah bantahannya: PERTAMA: Tentang dakwaan Imam al-Nawawi bahawa pendapat memakan daging unta tidak membatalkan wuduk merupakan pendapat Khulafa’, jumhur sahabat dan tabi’in. Yang sebenar riwayat-riwayat dari para salaf hanyalah mengkhabarkan tentang tidak perlunya berwuduk apabila memakan daging yang dimasak secara umum. Sedangkan daging unta membatalkan wuduk sekiranya ia dimakan saat ianya mentah mahupun dimasak. Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: Pengakuan ini merupakan kesalahan al-Nawawi. Syaikh alIslam (Ibnu Taymiyyah rahimahullah) telah mengingatkannya di dalam al-Qawa’id al-Nuraniyyah (ms. 9), beliau berkata: Adapun orang yang menukilkan daripada al-Khulafa’ alRasyideen dan majoriti sahabat bahawa mereka tidak

172

berwuduk kerana (makan) daging unta, telah melakukan kesalahan. Ini adalah salah faham terhadap apa yang dia nukilkan. Dia menduga mereka tidak berwuduk kerana (makan) daging yang sudah disentuh oleh api (dimasak). Padahal yang dimaksudkan adalah bahawa setiap sesuatu yang tersentuh api, menurut mereka, tidak menyebabkan kewajipan wuduk. Perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam agar berwuduk kerana (makan) daging unta bukan kerana daging itu tersentuh api. Sebagaimana dinyatakan misalnya: Fulan tidak berwuduk kerana menyentuh kemaluan, tetapi dia berwuduk kerana keluar mazi.261

Menurut Syaikh al-Albani athar-athar yang sebenarnya datang dari para sahabat termasuk al-Khulafa’ al-Rasyideen sebenarnya sama sekali tidak menyebutkan tentang memakan daging unta melainkan disebutkan daging secara umum. Menurut Syaikh al-Albani: Kerana itu Imam al-Thahawi dan al-Baihaqi mencantumkan athar-athar ini dalam bab Wuduk Kerana (makan) Sesuatu Terkena Api. Al-Baihaqi tidak mencantumkan (athar-athar tersebut) pada bab Berwuduk Kerana (makan) Daging Unta.262

KEDUA: Tentang riwayat dari ‘Ali bin Abi Thalib dan Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhuma yang telah berkata: Berwuduk 261

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 115. 262 Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 116.

173

kerana sesuatu yang keluar, bukan kerana sesuatu yang masuk, menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Keduanya menyatakan hal itu dalam masalah meninggalkan wuduk kerana sesuatu yang disentuh oleh api (dimasak).263

Manakala riwayat daripada Ibnu Mas’ud radhiallahu 'anh bahawa beliau makan daging unta dan tidak berwuduk. Menurut Imam al-Baihaqi rahimahullah: Hadis ini munqati’ (terputus)264 dan mauquf265. Hadis seperti ini tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan hadis yang sah daripada Nabi shallallahu

'alaihi wasallam.266

KETIGA: Berkaitan dengan dakwaan hadis Jabir bin 263

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 116. 264 Munqathi’ bermaksud yang memutuskan. Menurut istilah ianya bermakna hadis yang pada sanadnya gugur seorang rawi sebelum sahabat atau gugur dua orang rawi di dua tempat dengan syarat tidak berturutturut. Hadis munqathi’ tergolong dalam kategori hadis dha’if (lemah) yang tidak boleh dijadikan hujah. 265 Mauquf bermaksud yang diberhentikan. Menurut istilah ianya adalah perkataan atau perbuatan sahabat atau taqrir (persetujuan) yang disandarkan kepada sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Hadis mauquf ini ada yang shahih, hassan dan dha’if. Riwayat mauquf ini tidak dijadikan dasar hukum bagi agama kecuali terdapat ijmak dikalangan para sahabat. 266 Rujuk Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 116.

174

‘Abdullah radhiallahu 'anh yang telah memansuhkan hukum batalnya wuduk kerana memakan daging unta, Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata: 1) Hadis Jabir bersifat umum, adapun (hadis) yang menyatakan batalnya wuduk kerana makan daging unta bersifat khusus. Yang umum dibawa pada yang khusus, dan keumuman tersebut dapat dikecualikan apabila ada dalil yang mengkhususkannya267 dan tidak dapat dikatakan nasakh (dalil yang memansuhkan) kerana masih berkemungkinan (hadis-hadis) ini digabungkan. 2) Perintah yang ada di dalam masalah wuduk kerana makan daging unta adalah hukum yang khusus berkaitan dengannya, baik daging (unta) tersebut dimasak dengan api atau tidak, bukan kerana (daging unta itu) tersentuh api sahaja yang mengharuskan berwuduk. Hukum ini (batalnya wuduk kerana makan daging unta) di luar pembahasan yang ada dalam riwayat-riwayat tersebut yang mengharuskan berwuduk kerana menyentuh (memasak daging tersebut) dengan api, juga kerana hukum wuduk dari hal tersebut telah dinasakh

267

Inilah juga merupakan rahimahullah yang berkata:

pandangan

Imam

al-Nawawi

Hadis tentang tidak berwuduk dari makanan yang tersentuh api bersifat umum, dan hadis yang memerintahkan berwuduk dari (apabila dimakan) daging unta bersifat khusus dan yang khusus itu didahulukan daripada perkara yang khusus. – Dinukil

dari kitab Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 123.

175

(dimansuhkan hukumnya).268

Yang sebenarnya hadis Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh hanyalah memansuhkan hukum yang terdapat dalam hadis daripada Zaid bin Tsabit, dia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‫) ُر‬0‫ْ ا‬Mَ‫اْ ُُ ُء ﻡِ ) ﻡ‬ Berwuduklah setelah makan-makanan yang tersentuh oleh api (dimasak).269 KEEMPAT: Tentang dakwaan yang menyatakan bahawa maksud wuduk dalam hadis Jabir bin Samurah dan al-Barra’ bin ‘Aazib radhiallahu 'anhuma hanya perintah untuk membasuh mulut dan tangan agar hilang bau daging unta yang kurang menyenangkan adalah dakwaan yang batil. Ini adalah kerana mengertikan lafaz pada makna syar’i lebih didahulukan dari makna bahasa. Dari segi bahasa wuduk bermakna kebersihan manakala dari segi syarak ianya bermakna menggunakan air pada tempat-tempat yang tertentu (wajah, kedua tangan, kepala dan kedua kaki) untuk menghilangkan sesuatu yang menghalangi sahnya solat. Oleh itu istilah wuduk dalam hadis tersebut haruslah dimaknakan dengan takrifan syarak bagi wuduk. Sebagai penutup bicara dalam bab ini penulis ingin mengemukakan kata-kata Imam al-Syafi’i rahimahullah dalam bab ini: “Jika hadis berkaitan daging unta sahih tentu aku berpendapat sesuai dengan itu.”270 268

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 209. 269 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, no: 351. 270 Rujuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 318.

176

Ternyata hadis-hadis daripada Jabir bin Samurah dan alBarra’ bin ‘Aazib radhiallahu 'anhuma itu sahih sebagaimana diperakui oleh ulamak-ulamak hadis termasuk Imam al-Baihaqi dan Imam al-Nawawi rahimahumallah yang bermazhab Syafi’i271.

BAGAIMANAKAH TIDUR YANG MEMBATALKAN WUDUK? Sebelum

kita

membicarakan

hukum

tidur

yang

271

Ternyata keikhlasan dalam bermazhab yang diperlihatkan oleh kedua-dua tokoh hadis ini sememangnya patut dipuji. Sebagai contohnya Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim telah berkata: Pendapat yang menyatakan wajibnya berwuduk kerana makan daging unta lebih kuat dalilnya.- Dinukil dari kitab Syaikh Wahid

Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 124-125. Walaupun mereka berdua ini bermazhab Syafi’i tetapi ternyata sekiranya ada dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyalahi mazhabnya itu, mereka akan mengunggulkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Malah perkara sebegini sebenarnya telah diperintahkan sendiri oleh Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Idris al-Syafi’i rahimahullah pada banyak tempat. Beliau pernah berkata: Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahl al-Hadis, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati. - Dinukil

daripada buku Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000), ms. 59. Selanjutnya Imam al-Syafi’i rahimahullah juga pernah berkata: Bila kalian menemukan dalam kitabku sesuatu yang berlainan dengan hadis Rasulullah, peganglah hadis Rasulullah itu dan tinggalkanlah pendapatku itu. - Dinukil daripada buku Sifat

Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ms. 59.

177

membatalkan wuduk sewajarnya kita dapat membezakan tidur (‫ْم‬0‫)ا‬ dan mengantuk (Xَ*F0‫)ا‬. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah: Keduanya (yakni mengantuk dan tidur) itu berbeza, iaitu barangsiapa yang fungsi inderanya berkurang, di mana dia mendengar perkataan teman disekitarnya namun tidak mengerti maknanya maka orang seperti ini dinamakan mengantuk. Apabila lebih dari keadaan tersebut maka dinamakan tidur. Di antara tanda-tanda tidur adalah mimpi baik yang singkat ataupun berlangsung lama… Ibnu al-Tin berkata: “ََ.َU (anggukan kepala) adalah Xَ*F0‫( ا‬mengantuk)”.272

Dari sini dapat kita fahami bahawa perasaan mengantuk sehingga menyebabkan seseorang itu tersengguk-sengguk sampai mengakibatkan kepalanya menempel ke dada bukanlah tidur yang membatalkan wuduk.

ََِْ5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ب َرﺱ‬ ُ )َ'ْ!‫ن َأ‬ َ )َ‫ل آ‬ َ )َd X ٍ َ+‫َ ْ َأ‬5  ُH ُْ4ُ‫ ُرءُوﺱ‬ َ ِ.ْjَ‫ِ َ َة َ ﺕ‬U‡‫َ) َء ا‬Tِ*ْ‫ن ا‬ َ ‫ُِو‬qَْ0َ‫َوﺱَ َ ی‬ .‫ن‬ َ ُ7َ ََ‫ ی‬% َ ‫ن َو‬ َ FَPُ‫ی‬ Daripada Anas, dia berkata: Suatu ketika para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menunggu solat Isyak sehingga tersengguk-sengguk kepala mereka kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melewatkannya. Setelah baginda bersiap untuk menunaikan solat, mereka bangun tanpa memperbaharui wuduk.273 272

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 254. Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 172 273

178

M ِ ْ0ِ َEَ+ُ َْ‫ ﻡ‬Kَِ)َU َ ْ0ِ5 ًEََْ M F ِ :‫ل‬ َ )َd ‫س‬ ٍ )#َ5

ِ ْ‫َ ْ ا‬5 ََِْ5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫َ) َم َرﺱ‬d ‫َ) ِإذَا‬4َ M ُ ُْ$َ3 ‫ث‬ ِ ‫اْ'َ) ِر‬ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫َ) َم َرﺱ‬$َ3 Kِ0ِqِ$ْ‫َ َی‬3 َ َ‫َوﺱ‬ ِ8$ِ; ْ ِ‫ ﻡ‬Kِ0ََ*َZَ3 ‫ َِِي‬gَ َUَ َ3 ِ َْ‫ی‬J َ ‫ِِ ا‬#ْ0َ‫ ِإَ ﺝ‬M ُ ْ ُ$َ3 :‫ل‬ َ )َd .Kِ+‫ِ ُأ ُذ‬Eَ ْ'َTِ gُ ُUَْ‫ ی‬M ُ َْ.ْ\‫ ِإذَا َأ‬M ُ َْ*َZَ3

ِ َ ْ‫ی‬J َ‫ا‬ .ًEَ*ْ‫ْ َ َة َرآ‬Tَ5 ‫َ ِإَْى‬Pَ3 Daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata: Aku bermalam di rumah ibu saudaraku Maimunah (isteri Nabi). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun untuk menunaikan solat malam. Lalu aku bangun berdiri di sebelah kirinya. Kemudian baginda menarik tanganku hingga menjadikan aku berada di sebelah kanannya. Setiap kali kepalaku tersengguk kerana mengantuk, baginda akan menarik telingaku. Dia (‘Ibnu ‘Abbas) berkata: Baginda melakukan solat itu sebanyak 11 rakaat.274 Manakala dalil bagi wajibnya berwuduk apabila tidur adalah berdasarkan hadis Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh, dia berkata:

)0ُ‫َ) ِإذَا آ‬+ُ ُ‫ََِْ َوﺱَ َ یَْﻡ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ن َرﺱ‬ َ )َ‫آ‬ ْ ِ‫ ﻡ‬%  ‫ ِإ‬  ِ4ِ)ََ‫َ َأی) ٍم َو‬EَHَ َH )َ0َ3)َ.ِU ‫ع‬ َ wِ ْ0َ+ % َ ْ‫ًَا َأن‬.َ‫ﺱ‬ .‫َْ ٍم‬+‫ل َو‬ ٍ َْ‫ٍ َو‬xِ‫ِ ْ ﻡِ ْ \َ)ﺉ‬Lَ‫ٍ َو‬Eَ)َ0َ‫ﺝ‬ Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali 274

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alSholatu al-Musafirni wa Qasruha, no: 763.

179

bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.275 Jelas melalui hadis ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkategorikan tidur bersama-sama dengan buang air besar atau kecil yang turut membatalkan wuduk. Namun yang hangat diperbincangkan oleh para ulamak adalah tidur yang bagaimana sebenarnya dianggap membatalkan wuduk. Berikut penulis akan bentangkan pendapat-pendapat para ulamak berkaitan dengan tidur dan batalnya wuduk.276 PENDAPAT PERTAMA: Tidur sama sekali tidak membatalkan wuduk. Pendapat ini dipegang oleh sekelompok sahabat seperti Ibnu ‘Umar, Abu Musa al-Asy’ari dan Sa’id bin Musayyab. Ianya juga merupakan pandangan Sa’id bin jubair, Makhlul, Ubaidah al-Salmani, al-Auza’i dan lain-lain

َ! ِ‫ل ا‬ ِ ُ‫ب َرﺱ‬ ُ )َ'ْ!‫ن َأ‬ َ )َ‫ آ‬:‫ل‬ َ )َd @ ٍ ِ)َ‫ ﻡ‬ ِ ْ X ِ َ+‫َ ْ َأ‬5 % َ ‫ن َو‬ َ FَPَُ3 ‫ن‬ َ ُ‫ُﻡ‬$َ‫ُ  ی‬H ‫ن‬ َ ُ‫َ)ﻡ‬0َ‫ََِْ وَﺱَ َ ی‬5 ُ‫ا‬ .‫ُن‬7َ ََ‫ی‬ Daripada Anas bin Malik, dia berkata: Dahulu sahabatsahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidur lalu solat dengan tidak berwuduk lagi.277 275

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 89. 276 Pendapat-pendapat ini penulis rangkumkan dari kitab Shahih Fikih Sunnah karya Syaikh Kamal as-Sayyid Salim, Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu Hajar, Fikih Thaharah karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Syarah Bulughul Maram oleh Syaikh ‘Abdullah al-Bassam. 277 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 73.

180

PENDAPAT KEDUA: Tidur samada sekejap mahupun lama secara mutlak membatalkan wuduk. Ibnu Mundzir telah menukilkan pendapat ini dari sebahagian sahabat dan tabi’in dan ini juga merupakan pandangan Abu Hurairah, Abu Rafi’, ‘Urwah bin Zubair, Atha’, al-Hassan al-Bashri, Ibnul al-Musayyib, Zuhri, alMuzani, Ibnu Hazm, Abu Ubaid dan Ishaq bin Rahawaih. Syaikh al-Albani juga dalam kitab Tamamul Minnah278 telah menguatkan pendapat ini. Hujah golongan ini adalah seperti berikut: Daripada Shofwan bin Ghassal radhiallahu 'anh dia berkata:

)0ُ‫َ) ِإذَا آ‬+ُ ُ‫ََِْ َوﺱَ َ یَْﻡ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ن َرﺱ‬ َ )َ‫آ‬ ْ ِ‫ ﻡ‬%  ‫ ِإ‬  ِ4ِ)ََ‫َ َأی) ٍم َو‬EَHَ َH )َ0َ3)َ.ِU ‫ع‬ َ wِ ْ0َ+ % َ ْ‫ًَا َأن‬.َ‫ﺱ‬ .‫َْ ٍم‬+‫ل َو‬ ٍ َْ‫ٍ َو‬xِ‫ِ ْ ﻡِ ْ \َ)ﺉ‬Lَ‫ٍ َو‬Eَ)َ0َ‫ﺝ‬ Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan bila sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak membuka sepatu selama tiga hari hingga malam kecuali bila junub, tetapi agar membukanya apabila buang air besar atau kecil dan jika tidur.279 Di sini hukum tidur disamakan dengan membuang air kecil dan besar. Maksud tidur di sini adalah secara umum dan ianya termasuk tidur yang panjang mahupun pendek. PENDAPAT KETIGA: Kelompok ini membezakan tidur 278

Rujuk Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq,, jilid 1, ms. 110. 279 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 89.

181

yang sekejap dan lama. Hanya tidur yang lama membatalkan wuduk. Ini merupakan pendapat Imam Malik, salah satu daripada riwayat Imam Ahmad, al-Zuhri, Rabi’ah dan al-Auza’i. Hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang dipergunakan oleh golongan pertama mereka fahami sebagai tidur yang sekejap sahaja. Oleh itu bagi mereka pendapat bahawa tidur secara mutlak tidak membatalkan wuduk adalah tidak benar. PENDAPAT KEEMPAT: Tidur yang hanya membatalkan wuduk adalah tidur ketika dalam posisi baring atau bersandar kepada sesuatu. Tidur dalam posisi lain seperti duduk, rukuk, sujud atau berdiri maka wuduknya tidak batal baik dia tidur di luar solat atau ketika bersolat. Ini merupakan pandangan Hamad, Sufyan al-Thawri, Imam Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Imam Daud dan Imam al-Syafi’i. PENDAPAT KELIMA: Tidur yang membatalkan wuduk hanyalah tidur orang yang rukuk atau sujud. Ini dikatakan sebagai pendapat Imam Ahmad. PENDAPAT KEENAM: Tidur yang membatalkan wuduk hanyalah tidur orang yang bersujud. Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Imam Ahmad. PENDAPAT KETUJUH: Tidur ketika berada dalam solat sama sekali tidak membatalkan wuduk. Tidur di luar solat membatalkan wuduk. Pendapat ini juga dikatakan pendapat Imam Abu Hanifah. PENDAPAT KELAPAN: Apabila seseorang itu tidur di dalam keadaan punggungnya rata kepada lantai maka ianya tidak membatalkan solat baik tidurnya itu ketika dalam solat mahupun di luar solat atau tidur yang lama mahupun seketika sahaja. Ini

182

merupakan mazhab Imam al-Syafi’i.280 Telah berkata Imam alSyafi’i: Apabila seseorang tidur pada posisi duduk tegak, maka saya melihat bahawa dia tidak wajib berwuduk, sebab orang yang tidur dalam posisi terlentang (baring) tidak sama dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk. Ini adalah kerana tidur dengan posisi terlentang akan terasa lebih nyenyak, sehingga akalnya akan terasa lebih tidak berfungsi jika dibandingkan dengan orang yang tidur dalam keadaan duduk. Apabila dia telah tergeser dari posisi duduk tegak saat tidur, maka dia wajib megulangi wuduknya, kerana orang 280

Ini juga merupakan pendapat lama Syaikh al-Albani rahimahullah namun beliau telah menarik kembali dari pandangan ini kerana satu peristiwa yang telah berlaku terhadap dirinya. Beliau berkata: Saya pernah berfatwa bahawa orang yang tertidur dalam posisi duduk tidak perlu berwuduk kecuali jika dia bersandar pada lambung sehingga seorang lelaki (yang duduk di sebelahku) pada hari Jumaat, lalu dia tertidur kemudian dia mengeluarkan angin (terkentut). Saya berkata: Berdiri lalu berwuduklah! Orang itu menjawab: Saya tidak tidur. Saya berkata: Benar, tetapi anda telah mengeluarkan angin yang membatalkan wuduk. Kemudian dia bersumpah: Demi Allah bahawa angin itu bukan keluar dari dirinya tetapi dari anda. Maka saya tinggalkan keyakinan tentang tidurnya orang yang duduk dan menjaga sampai tertidur atau kacaunya kesedaran hati. - Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah

Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 111.

183

yang tidur dalam keadaan duduk itu menekan dirinya (bahagian punggungnya) pada lantai dan hampir tidak terkeluar sesuatu (kentut) kecuali dia akan menyedarinya.

Tambah Imam al-Syafi’i lagi: Yang mewajibkan seseorang berwuduk kembali kerana tidur ialah hilangnya fungsi akal, baik tidur ringan mahupun tidur nyenyak. Adapun orang yang fungsi akalnya tidak hilang, baik tidur dengan posisi terlentang, dengan kepala yang tersengguk-sengguk kerana mengantuk atau adanya bisikan hati, maka hal itu tidak mewajibkan berwuduk kembali, sehingga dia yakin bahawa dia telah berhadas.281

KESIMPULAN Apabila kita menghimpunkan segala dalil-dalil dan hujahhujah di atas lalu kita cuba menyatukan kesemua pendapatpendapat ini maka dapatlah kita simpulkan bahawa tidur yang membatalkan wuduk adalah tidur nyenyak sehingga menghilangkan kawalan seseorang terhadap pancainderanya dalam apa jua posisi samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain. Namun perasaan mengantuk sehinggakan kepalanya tersengguksengguk yang mana seseorang itu tidak hilang kawalan pancainderanya secara total dalam apa jua posisi dia berada samada duduk, baring, meniarap, sujud, rukuk, berdiri dan lain-lain tetap tidak membatalkan wuduk. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz ‘Abdullah bin Baz rahimahullah berkata: 281

184

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 24-25.

Pendapat yang benar dalam masalah ini bahawa tidur merupakan saat umum mengakibatkan hadas, maka rasa mengantuk dan tidur ringan tidaklah membatalkan wuduk. Akan tetapi tidur yang membatalkan wuduk adalah tidur yang dapat meghilangkan rasa (indera) secara sempurna. Dengan demikian hadis-hadis yang disebutkan mengenai hal-hal ini dapat dipadukan.

Wallahu A’lam.282

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim pula berkata: Tidur yang nyenyak sehingga seseorang itu tidak sedarkan diri, tidak mendengar suara (di sekelilingnya), tidak terasa sesuatu jika sesuatu jatuh dari tangannya atau jika ada air liur keluar dari mulutnya dan lain-lain adalah tidur yang membatalkan wuduk. Sebab tidur sebegini menunjukkan (berkemungkinan) terjadinya hadas, samada dalam posisi berdiri, duduk, berbaring, rukuk atau sujud, tidak ada bezanya semua posisi itu. … Tidur ringan yang berupa rasa mengantuk sehingga apabila seseorang itu masih dapat merasa hal-hal yang kami sebutkan di atas, maka bagaimanapun keadaan tidur seperti itu tidak membatalkan wuduk dengan alasan hadis tertidurnya para sahabat sehingga kepala mereka tersengguk-sengguk dan hadis Ibnu ‘Abbas ketika solat bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Dengan demikian terkumpullah seluruh dalil-dalil tersebut dalam

282

Ini merupakan penjelasan beliau dalam kitab Fathul Baari, jilid 2, ms. 256.

185

bab ini, segala puji dan kurnia hanya milik Allah.283

Bagaimana pula jika seseorang itu berada dalam keraguan samada tidurnya itu membatalkan wuduk atau tidak. Menurut pendapat Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dalam Majmu al-Fatawa (jilid 21, ms. 230) yang lebih zahir sebagai hukumnya adalah tidak batal, sebab kesuciannya telah kukuh dengan keyakinan sehingga tidak dapat dihilangkan dengan keraguan.284

283

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 201-202. 284 Rujuk Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 201-202.

186

PERLUKAH BERWUDUK UNTUK MEMEGANG DAN MEMBACA AL-QUR’AN? Lazimnya rata-rata umat Islam berpendapat bahawa wajib untuk kita suci dari hadas kecil (yakni dengan berwuduk) mahupun hadas besar (yakni dengan mandi wajib) sebelum memegang atau membaca al-Qur’an. Ini juga merupakan pandangan yang dipegang oleh Imam al-Syafi’i rahimahullah serta ketiga-tiga Imam mazhab yang lain dan jumhur (majoriti) para ulamak.

187

DALIL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEWAJIBKAN BERWUDUK SERTA BANTAHAN TERHADAPNYA Dalil yang paling utama dipergunakan untuk mewajibkan berwuduk dan juga menyucikan diri dari hadas besar ketika hendak memegang al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

7g; ­0=? ­3 ‰\ t* )%* 'n ¢5M☺ )% 7g‚;

0ZTQ"m☺J> 90šIB FG —‹ ®¯" 79; ˆ£"š M#J> Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang disucikan; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.285 Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ini sebenarnya menunjukkan bahawa al-Qur’an itu dipelihara oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di Lauh Mahfuz sebelum diturunkan kepada umat manusia yang hanya boleh disentuh oleh para malaikat. Pendapat ini lebih sesuai menurut balagah (gaya bahasa) al-Qur’an kerana dhamir hu di dalam (la yamassuhu) merujuk kepada (Kitabin Maknun) yakni bermaksud di langit di Lauh Mahfuz dan bukan al-Qur’an. Inilah tafsiran Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh. Mari kita lihat beberapa komentar para ulamak berkaitan ayat di atas. Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi:

285

188

al-Waqi’ah (56) : 78-80

Makna nash al-Qur’an tadi adalah bahawa Allah telah menjaga al-Qur’an itu di dalam Lauh Mahfuz di sisi-Nya. Yang tidak disentuh atau dipegang oleh sesiApapun kecuali para malaikat yang Allah sucikan dan dekat kepada Allah yang tidak mungkin disentuh oleh syaitan.

a+” K |;a €\°   •#bm ‰45L±   7F  4xQ.* 7:88;

0> klh☺55> 7:8:; Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu (al-Qur’an) yang dibawa oleh Malaikat.286 Yang menguatkan pendapat ini adalah bahawa Allah Ta’ala berfirman al-Muthahharun yang bermaksud makhluk-makhluk yang disucikan dan tidak menyatakan al-Mutathahhirin iaitu orang-orang yang membersihkan diri sebagaimana yang kebiasaannya disebutkan untuk manusia, sebagaimana yang Allah firmankan tentang manusia:

¢3 ²  0* ¢3 ²

ˆ*AI@‰> 7:::; ƒ Z*‡Q"m -☺J> Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang 286

al-Syu’araa’ (26) : 211-212

189

sentiasa membersihkan diri.287 Dengan demikian, tidak ada petunjuk yang kuat di dalam ayat tersebut bagi larangan menyentuh al-Qur’an (bagi yang tidak berwuduk).288

Seterusnya penulis akan membawa pendapat dua orang ulamak yang berpendapat wajib berwuduk sebelum memegang alQur’an namun mereka menolak penggunaan surah al-Waqi’ah di atas sebagai dalilnya. Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah: Maksud dari “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhlukmakhluk yang disucikan”, Kitabin Maknun itu bermaksud Lauhul Mahfuz, dan al-Muthahharun bermakna para malaikat. Sekiranya ayat itu adalah tentang bersuci tentulah bunyinya Muthahhirun atau Muthathahhirun sehingga tidak boleh menyatakan dilarang menyentuh alQur’an kecuali dia suci (dari hadas) dengan dalil ayat tersebut…289

Syaikh Shalih Fauzan pula berkata: …ayat ini “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhlukmakhluk yang disucikan” bukan dalilnya (yang mewajibkan berwuduk ketika menyentuh al-Qur’an), akan tetapi yang

287

al-Baqarah (2) : 222 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 222. 289 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 292. 288

190

dimaksudkan adalah kitab yang terpelihara (Kitabin Maknun) iaitu di Lauhul Mahfuz, dan yang dimaksudkan dengan al-Muthahharun adalah para malaikat. Sekiranya yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang-orang yang suci (manusia) maka yang akan disebutkan la yamassuhu illal Mutthahhirun atau la yamassuhu illal Muthathahhirun dan bukan hamba-hamba yang disucikan (malaikat).290

Jelas kedua-dua Syaikh al-‘Utsaimin dan Syaikh Shalih Fauzan tidak menafsirkan surah al-Waqi’ah sebagaimana tafsiran sesetengah pihak yang mewajibkan berwuduk ketika hendak memegang atau membaca al-Qur’an. Kedua mereka sepakat bahawa dalil yang lebih tepat untuk menyokong hujah mereka adalah sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Amr bin Hazm radhiallahu 'anh, dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ٌِ‫َ)ه‬i %  ‫ْ'َƒ إ‬Pُ ْ‫ ا‬% َ ‫ن َو‬ َ Yُْ$ْ‫ ا‬X  َ َ‫ ی‬% َ Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.291 Status hadis di atas masih diperbincangkan di kalangan ulamak hadis.292 Sekiranya hadis tersebut berstatus sahih, perkataan Thoohirun atau orang yang suci yang terdapat di dalam hadis di atas boleh mengandungi pelbagai makna. Inilah yang kita namakan 290

Syaikh Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho Syahudi, Jakarta, 2004) ms.153. 291 Hadis riwayat Imam Ibn Hibban, al-Hakim dan Baihaqi. 292 Hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah di dalam al-Irwa’ (jilid 1, ms. 158). Namun begitu menurut pengarang kitab Shahih Fikih Sunah (jilid 1, ms. 219) hadis ini dha’if kerana memiliki sanad-sanad yang lemah.

191

lafaz Musytarak. Thoohirun di dalam hadis di atas boleh ditafsirkan sebagai suci dari hadas kecil ataupun besar, suci dari najis dan aqidah yang suci dari syirik, munafik dan kekafiran. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Kalimat Thoohirun (orang yang suci) dalam hadis merupakan lafaz musytarak yang dapat diertikan dengan empat makna: 1)

Maksud kata tersebut adalah seorang muslim, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

M☺.* . |IQ%¤ •\*Yh§☺J> Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis.293 Ayat ini menjelaskan bahawa orang Islam itu suci. Yang dimaksudkan suci di sini adalah kesucian aqidah. 2) Maksud Thoohirun (orang yang suci) di dalam hadis adalah orang yang suci dari najis. Sebagaimana sabda Rasulullah dalam masalah kucing bahawa kucing bukan haiwan najis. 3) Maksud Thoohirun (orang yang suci) di dalam hadis adalah orang yang suci dari hadas besar. Sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad dan penyusun kitab sunan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َ Eَ)َ0َZْ‫ ا‬X َ َْ ٌ‫ْء‬Kَ; ‫ن‬ ِ Yُْ$ْ‫َ ْ ا‬5 -ُ wُ ِZْ'‫ َی‬% َ 293

192

Al-Tawbah (9) : 28

Tidak ada apapun yang menghalangi dari al-Qur’an kecuali al-Janabah (berada dalam keadaan junub)294 294

Hadis ini diperselisihkan statusnya. Bagi mereka yang menganggapnya sahih, hadis tersebut dijadikan sebagai bukti bahawa mereka yang berada dalam keadaan janabah tidak dibenarkan memegang atau membaca al-Qur’an sehinggalah dia menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Memang terdapat para ulamak yang membezakan mereka yang berada dalam keadaan haid dan janabah. Haid adalah satu keadaan yang mana seseorang tidak ada pilihan melainkan sekiranya putaran waktu telah cukup maka darah haid pasti akan keluar. Apatah lagi seseorang yang haid hanya boleh menyucikan diri apabila darah tersebut berhenti dan ini juga tidak dapat ditentukannya sendiri. Berbeza dengan janabah yang mana seseorang boleh membuat pilihan samada ingin melakukan jimak ataupun tidak dan dia juga boleh membuat pilihan samada untuk segera menyucikan diri ataupun melewatkannya. Wallahu A’lam. Namun begitu Syaikh al-Albani rahimahullah telah mendhai’fkan hadis tersebut dalam Tamamul Minnah, jilid 1, ms. 130. Ini adalah kerana ‘Abdullah bin Salimah telah meriwayatkan hadis ini secara bersendirian dan beliau pada hari-hari terakhir hidupnya telah berubah akalnya seperti diperakui oleh al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah dalam at-Taqrib. Menurut Syaikh al-Albani beliau telah meriwayatkan hadis ini setelah akalnya menjadi lemah. Terdapat sebuah lagi hadis yang dijadikan hujah untuk mengharamkan seseorang yang janabah dari membaca al-Qur’an yakni hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata: Saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk kemudian membaca sedikit dari al-Qur’an dan bersabda:

.َEَ‫ی‬Y % َ ‫َ َ َو‬3 r ُ ُ0ُZْ‫َ َﻡ) ا‬3 r ٍ ُ0ُZِ X َ َْ ْ َ ِ ‫َا‬gَ‫ه‬ Beginilah bagi orang yang tidak junub. Adapun orang yang sedang junub tidak (melakukannya) dan tidak juga (membaca al-Qur’an walaupun dengan) satu ayat. – Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 830. Di dalam Tamamul Minnah, jilid 1, ms. 131, Syaikh al-Albani berkata jalur periwayatan hadis ini memiliki dua kecacatan yakni terdapat perawi

193

4) Maksud kata Thoohirun (orang yang suci) di dalam hadis merujuk kepada orang yang sudah berwuduk. Sebagaimana diriwayatkan di dalam kitab Shahihain bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َ َ ََ‫ث َ ی‬ َ َ ْ‫" اُ !َ َ َة َأَ ِآُْ ِإذَا َأ‬ ُ َ#ْ$َ‫ ی‬% َ Allah tidak menerima solat salah seorang di antara kalian yang berhadas hingga dia berwuduk. Menurut kaedah Usul Fekah sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz musytarak) tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut. Ternyata hadis ini tertulis di dalam sepucuk surat yang ditulis untuk ‘Amr bin Hazm ketika dia diutus ke Yaman. Pada saat itu Yaman adalah sebuah negara yang penduduknya masih terdiri daripada orang Islam dan kafir. Maka hadis tersebut merujuk kepada larangan al-Qur’an dari disentuh yang dha’if dan hadis tersebut juga mauquf sehingga tidak layak dijadikan hujah mahupun penguat bagi hadis ‘Abdullah bin Salimah sebelum ini. Oleh itu Syaikh al-Albani menguatkan pendapat tidaklah menjadi kesalahan bagi orang yang berada dalam janabah untuk membaca mahupun memegang al-Qur’an kerana tidak terdapat dalil yang sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang melarangnya. Apabila tidak ada dalil yang sabit maka ianya kembali kepada hukum asalnya yakni diperbolehkan. Penulis juga lebih cenderung kepada pendapat ini. Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Bara’ah Ashliyah (pembebasan asal) itu bersama orang-orang yang berpendapat dibolehkan menyentuh al-Qur’an bagi muslim yang junub. Dalam bab ini tidak diterima dalil sahih yang membolehkan keluar dari bara’ah ashliyah, maka renungkanlah. -

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 129.

194

oleh golongan kafir. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Di sini (lafaz Thoohirun) ada qarinah (pentunjuk) kata yang menunjukkan kepada makna yang sebenarnya di dalam ayat tersebut, yakni bahawa yang dimaksudkan dengan orang yang suci adalah orang mukmin. Dengan dalil dari hadis yang sahih:

.X ُ ُZْ0َ‫ ی‬% َ َ ُِْ ْ‫ن ا‬  ‫ن اِ ِإ‬ َ )َ'ْ#ُ‫ﺱ‬ “Maha Suci Allah, orang mukmin itu tidak mungkin najis.”295 Dan firman Allah yang mengatakan:

M☺.* . |IQ%¤ •\*Yh§☺J> Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis.296 Dengan demikian, makna hadis itu adalah; janganlah seorang yang musyrik diberi peluang untuk menyentuh alQur’an. Ini adalah kerana dia menyentuh tanpa memberi rasa hormat kepadanya, tidak mengakuinya bahkan sebaliknya dia merendahkannya. Dan ini sangat sesuai dengan larangan mengirimkan al-Qur’an ke wilayah musuh kerana khuatir ianya jatuh ke tangan mereka yang kemudian diperlakukan dengan tidak sopan dan penuh permusuhan.297

295

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ghusl, no: 283. 296 Al-Tawbah (9) : 28 297 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 224.

195

Seterusnya terdapat sebuah riwayat daripada ‘Abdullah ibnu ‘Umar, dia berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.‫ن‬ ِ Yُْ$ْ‫ً) ﻡِ ْ ا‬7َْ; r ُ ُ0ُZْ‫ ا‬% َ ‫ َو‬k ُ ِ‫ْ َأْ اْ'َ)ﺉ‬$َ‫ ﺕ‬% َ Janganlah orang yang didatangi haid atau berjunub membaca walau sedikit daripada al-Qur’an.298 Namun begitu hadis di atas adalah dha’if (lemah) dan tidak boleh dijadikan hujah. Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah: Adapun hadis Ibn Umar: “Tidak boleh membaca sesuatu apa jua daripada al-Qur’an seorang yang dalam keadaan junub atau haid” , maka ia diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang dha‘if, didha‘ifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedha‘ifan yang terdapat padanya adalah jelas.299

Oleh itu penulis merasakan sudah memadai dengan bantahan di atas untuk menguatkan bahawa dalil-dalil di atas tidak selayaknya dipergunakan untuk dijadikan hujah untuk mewajibkan wuduk mahupun menyucikan diri dari hadas besar sebelum menyentuh al-Qur’an.

DALIL YANG MENUNJUKKAN TIDAK DIWAJIBKAN 298

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 121 dan oleh Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab al-Thohaarah wa Sunanuha, no: 588. 299 Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jilid. 2, ms. 123-125.Penulis nukil dari buku Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa karangan Hafiz Firdaus Abdullah terbitan Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 2005.

196

BERWUDUK UNTUK MEMEGANG DAN MEMBACA ALQUR’AN Memegang atau membaca al-Qur’an merupakan amalan yang lazimnya dikerjakan oleh generasi sahabat Nabi baik lelaki mahupun wanita. Generasi mereka yang merupakan generasi terbaik bagi umat Islam ini juga terkenal dengan gelaran Generasi al-Qur’an. Dalam erti kata lain al-Qur’an sentiasa dibaca, difahami dan diamalkan oleh para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum. Sekiranya sebelum membaca mahupun memegang al-Qur’an wajib hukumnya untuk menyucikan diri dari hadas besar mahupun kecil, pasti Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan memperjelaskannya kepada para sahabat dan pasti riwayat tentang hal ini akan tersebar kepada orang ramai. Namun tidak ada satu riwayat pun yang sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang mana baginda memerintahkan perkara tersebut. Oleh itu tidak diwajibkan untuk berwuduk tatkala hendak memegang dan membaca al-Qur’an. Di samping itu terdapat pula beberapa hadis yang sabit dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang boleh dijadikan dalil tentang bolehnya membaca al-Qur’an tanpa berwuduk. Menurut Syaikh alAlbani: Membaca al-Qur’an tanpa berwuduk adalah satu perkara yang diperbolehkan, kerana tidak ada suatu nash dalam al-Kitab ataupun al-Sunnah yang melarang membaca alQur’an tanpa bersuci. Dan tidak ada perbezaannya di dalam hal ini di antara seorang lelaki yang telah bersuci atau belum dan perempuan yang sedang haid ataupun tidak. Sebahagian dalilnya adalah hadis ‘Aishah di dalam Shahih Muslim bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berzikir kepada Allah dalam segala keadaan. Yang dilarang bagi wanita haid adalah solat. Larangan ini mengandungi hikmah yang sangat dalam, iaitu agar dia beribadah kepada Allah dalam keadaan suci sebagaimana sebelum datang haid. Kita tidak boleh mempersempitkan

197

daerah ibadah yang dulunya (sebelum haid) disyari’atkan bersama dengan solat. Jika kemudian dia dilarang solat, ini bukan bererti dia dilarang daripada melakukan ibadah yang lain. Kita harus melapangkan apa yang telah Allah lapangkan bagi manusia.300

Mari kita lihat dalil-dalil tersebut. Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

" 8 ُ‫ََ آ‬5 َ‫ْآُ ُ ا‬gَ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ن ا‬ َ )َ‫آ‬ .ِِ+)َْ‫َأ‬ Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sentiasa berzikir kepada Allah dalam segala keadaan.301 Hadis ini menunjukkan bahawa dibolehkan berzikir termasuklah membaca al-Qur’an walaupun di dalam keadaan tidak berwuduk mahupun tidak suci dari hadas besar. Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: Kami keluar (mengerjakan haji) bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Tidaklah ada apa yang kami fikirkan melainkan ibadah haji. Ketika kami tiba di Sarif aku kedatangan haid. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda bertanya: “Apakah yang menyebabkan kau menangis?” Aku menjawab: “Aku inginkan 300

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Fatwa-Fatwa Albani (edisi terjemahan oleh Adni Kurniawan, Pustaka At Tauhid, Jakarta, 2002), ms. 69-70. 301 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid, No: 373.

198

sekiranya aku tidak berhaji tahun ini” Baginda bertanya: “Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)?” Aku menjawab: “Ya!” Baginda bersabda:

‫ج‬ F )َ'ْ‫" ا‬ ُ َ*ْ.َ‫ ﻡَ) ی‬Kَِ*ْ3‫ َد َم ا‬Y ‫ت‬ ِ )َ0َ ََ5 ُ‫َُ ا‬#ََ‫ْءٌ آ‬Kَ; ‫َا‬gَ‫ه‬ .‫ُِي‬4ْOَ‫ َ ﺕ‬M ِ َْ#ْ)ِ Kِ3ُOَ‫ ﺕ‬% َ ْ‫\َْ َ َأن‬ Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain tawaf di bait (Ka’abah) sehinggalah engkau di dalam keadaan suci.302 Di dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melarang ‘Aishah radhiallahu 'anha memasuki masjid atau membaca al-Qur’an yang kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang mengerjakan ibadah haji. Jika larangan tersebut memang benar wujud maka pasti Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan memperjelaskan hal itu kepada ‘Aishah radhiallahu 'anha. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah memerintahkan perempuan haid untuk keluar pergi ke musholla303 302

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Hajj, No: 1211. 303 Apakah itu musholla dan apakah perbezaanya dengan masjid? Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah berkata: Adapun perbezaan di antara musholla dan masjid adalah bahawa musholla berada di tempat terbuka (seperti padangpen) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin. Sedangkan masjid berada di dalam sebuah tempat (bangunan-pen) yang tertutup, sehingga terkadang seorang khatib hanya dapat melihat sebahagian sahaja para hadirin. Shalat ‘Ied disunnahkan untuk dilakukan di musholla, dan tidak dilakukan di

199

semasa solat hari raya. Ummu ‘Athiyah radhiallahu 'anha telah berkata:

‫ت‬ ِ ‫ َو َذوَا‬ َ ِ‫ وَاْ*ََاﺕ‬k َ ُ'ْ‫ج ا‬ َ ِ ْjُ0َ3 ‫ج‬ َ ُ ْjَ+ ْ‫َ) َأن‬+ِْ‫ُأﻡ‬ ",‫ُُو ِر‬jْ‫ت ا‬ ِ ‫ َذوَا‬ َ ِ‫ "َأوْ اْ*ََاﺕ‬:‫ن‬ ٍ َْ5

ُ ْ‫ل ا‬ َ )َd .‫ُُو ِر‬jْ‫ا‬ ُْ4َ‫ْ َﺕ‬5‫ َو َد‬ َ ِ ُِْ ْ‫َ ا‬Eَ5)َ َ‫ن ﺝ‬ َ َْ4ْTََ3 k ُ ُ'ْ‫َ َﻡ) ا‬3 .ُْ‫َ)ه‬Pُ‫ ﻡ‬ َ ْwِ َْ*َ‫َوی‬ Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanitawanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat.304

masjid kecuali apabila di dalam keadaan darurat (seperti hujan, angin kencang dan lainnya-pen). - Al-Hafidz Ibnu Hajar al-

‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms.282. Menurut Sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dikerjakan di musholla dan bukan di masjid. Daripada Abu Sa’id al-Khudri (radhiallahu 'anh), dia berkata:

ِ ْOِ.ْ‫ج یَْ َم ا‬ ُ ُ ْjَ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ن َرﺱ‬ َ )َ‫آ‬ .‫ َ ُة‬P‫ْ َُأ ِِ ا‬#َ‫ْ ٍء ی‬Kَ; ‫ل‬ ُ ‫ََ و‬3 .َPُ ْ‫ْ'َ ِإَ ا‬J َ ‫وَا‬ Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju musholla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 956. 304 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al‘Iedaini, no: 981.

200

Wanita-wanita yang sedang haid tersebut berada di belakang seluruh umat Islam dan mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama. Hal ini menunjukkan perempuan haid boleh bertakbir dan berzikir mengingati Allah. Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim: Dapat diketahui sekarang bahawa tidak ada dalil yang menunjukkan wajibnya berwuduk untuk menyentuh alQur’an, ini adalah mazhab Abu Hanifah, Daud, Ibnu Hazm, Ibnu ‘Abbas, sekelompok kaum salaf dan pendapat ini pula yang dipilih oleh Ibnu Mundziri. Wallahu A’lam.305

Dari sini dapat kita fahami bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa pendapat tidak wajibnya berwuduk untuk menyentuh al-Qur’an merupakan satu pendapat yang bertentangan dengan mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah satu dakwaan yang tidak benar.

KESIMPULAN Maka dengan penjelasan ringkas ini penulis lebih cenderung untuk menyokong pendapat golongan yang menyatakan tidak diwajibkan berwuduk mahupun menyucikan diri dari hadas besar sebelum memegang atau membaca al-Qur’an. Hanya sahaja berwuduk sebelum memegang atau membaca al-Qur’an adalah bersifat anjuran (mustahab) kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyukai sekiranya kita berada di dalam keadaan suci apabila hendak menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dari Muhajir bin Qunfaz, sesungguhnya beliau pernah 305

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 220.

201

datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda sedang membuang air kecil, lalu dia memberi salam kepada baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwuduk. Kemudian baginda meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian bersabda:

ْ‫ َأو‬.ٍ ْ4ُi ََ5 %  ‫" ِإ‬  َ‫ َوﺝ‬w َ5 َ‫ُ َأنْ َأذْآُ َ ا‬Mْ‫ آَ ِه‬K8+‫ِإ‬ ‫َ) َر ٍة‬4َi ََ5 :‫ل‬ َ )َd Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Nama Allah kecuali di dalam keadaan suci (tidak berhadas).306 Oleh itu disunatkan untuk kita berwuduk bukan sahaja ketika membaca al-Qur’an, malah ketika membuka kitab-kitab hadis, buku-buku agama, menghadiri majlis-majlis ilmu, berdoa, ketika berzikir atau di dalam apa sahaja aktiviti yang banyak menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla.

306

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 16.

202

PERLUKAH BERWUDUK UNTUK TAWAF DI SEKELILING KA’ABAH? Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji mahupun umrah mereka pasti akan melakukan tawaf di sekeliling Ka’abah yang merupakan salah satu rukun bagi ibadah tersebut sebagaimana yang telah diperintah oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui Rasul-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

#oImbJ> ŽJe €J>*A 7:‚; ;e-M#J> … dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu".307 307

al-Hajj (22) : 29

203

Telah terjadi perdebatan di kalangan para ulamak samada wajibkah berwuduk untuk melakukan tawaf ataupun ianya hanyalah berbentuk satu anjuran. PENDAPAT PERTAMA : Wajib berwuduk ketika hendak tawaf mengelilingi Ka’abah. Kelompok ini berhujahkan kepada hadis-hadis di bawah:

:‫ل‬ َ )َd َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫س َأ‬ ٍ )#َ5

ِ ْ‫َ ْ ا‬5 ِِ3 ‫ن‬ َ ُ َLََ‫ُْ ﺕ‬L+‫ َأ‬%  ‫ َ ِة ِإ‬P‫" ا‬ ُ ْRِ‫ ﻡ‬M ِ َْ#ْ‫ل ا‬ َ َْ ‫ف‬ ُ ‫َا‬O‫ا‬ .ٍ َْjِ %  ‫ ِإ‬  َ َLََ‫َ َ ی‬3 ِِ3 َ َLَ‫َ َ ْ ﺕ‬3 Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata: Tawaf mengelilingi Ka’abah adalah sama seperti perbuatan solat, hanya sahaja dibenarkan berbicara di dalamnya, bagi sesiapa yang berbicara di dalamnya maka janganlah berbicara kecuali perkara yang baik-baik.308 Hadis yang pertama menunjukkan ibadah tawaf adalah menyamai ibadah solat maka bagi sesiapa yang ingin mengerjakannya hendaklah dia berwuduk kerana ia termasuk dalam ibadah yang baginya seseorang bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: Kami keluar (mengerjakan haji) bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Tidaklah ada apa yang kami fikirkan melainkan ibadah haji. Ketika kami tiba di Sarif 308

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alHajj, no: 883.

204

aku kedatangan haid. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam masuk menemuiku dan aku sedang menangis. Maka baginda bertanya: “Apakah yang menyebabkan kau menangis?” Aku menjawab: “Aku inginkan sekiranya aku tidak berhaji tahun ini” Baginda bertanya: “Apakah engkau sedang bernifas (berhaid)?” Aku menjawab: “Ya!” Baginda bersabda:

‫ج‬ F )َ'ْ‫" ا‬ ُ َ*ْ.َ‫ ﻡَ) ی‬Kَِ*ْ3‫ َد َم ا‬Y ‫ت‬ ِ )َ0َ ََ5 ُ‫َُ ا‬#ََ‫ْءٌ آ‬Kَ; ‫َا‬gَ‫ه‬ .‫ُِي‬4ْOَ‫ َ ﺕ‬M ِ َْ#ْ)ِ Kِ3ُOَ‫ ﺕ‬% َ ْ‫\َْ َ َأن‬ Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan untuk anak-anak perempuan Adam, oleh itu kerjakanlah setiap yang dikerjakan oleh orang yang sedang menunaikan ibadah haji selain tawaf di bait (Kaabah) sehinggalah engkau di dalam keadaan suci.309 Hadis kedua ini pula menunjukkan pula seseorang itu perlu suci dari hadas besar sebelum mengerjakan ibadah tawaf sebagaimana solat. Menurut ‘Aisyah radhiallahu 'anha:

‫ف‬ َ )َi  ُH َ َ َ‫ُ ﺕ‬+‫َ ِ َم َأ‬d

َ ِ ِِ ‫ْ ٍء َ ََأ‬Kَ; ‫ل‬ ُ ‫ُ َأ و‬+‫َأ‬ .M ِ َْ#ْ)ِ Bahawa ketika Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sampai ke Makkah, pertama kali yang baginda lakukan adalah berwuduk kemudian melakukan tawaf.310 309

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Hajj, No: 1211. 310 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alHajj, no: 1642.

205

Hadis ini lalu digabungkan dengan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam agar mengambil tatacara perlaksanaan ibadah haji daripada baginda menunjukkan wajibnya untuk berwuduk sebelum melakukan tawaf. Pendapat yang menyatakan wajibnya berwuduk ketika hendak tawaf mengelilingi Ka’abah merupakan pegangan bagi jumhur (majoriti) ulamak. PENDAPAT KEDUA: Tidak wajib berwuduk ketika hendak melakukan tawaf mengelilingi Ka’abah. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata di dalam kitab Majmu Fatawa (jilid 26, ms. 298): Sudah jelas menurutku bahawa bersuci dari hadas (kecil) tidak disyaratkan pada waktu tawaf dan tidak diwajibkan melainkan dianjurkan bersuci dari hadas kecil (iaitu dengan berwuduk) kerana dalil-dalil syar’i menunjukkan tidak diwajibkan padanya. Di dalam syari’at juga tidak ada dalil yang mewajibkan untuk bersuci dari hadas kecil pada waktu tawaf.311

Hujah kelompok ini adalah seperti berikut: 1)

Tidak ada hadis yang shahih menunjukkan wajibnya berwuduk ketika hendak tawaf. Mereka menyatakan hadis Ibnu ‘Abbas itu sebenarnya berstatus mauquf yakni hanyalah perkataan Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh. Di antara ulamak yang berpandangan sedemikian rupa adalah Imam al-Tirmidzi, al-Baihaqi, Ibnu Taymiyyah dan alHafidz Ibnu Hajar.

311

Dinukil dari Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 218.

206

2)

Sekiranya hadis tersebut marfu’ atau shahih, tawaf dan solat merupakan dua ibadah yang sama sekali berbeza dan mempunyai struktur hukum yang tersendiri. Solat sebagaimana yang disabdakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah:

)َ4ُِْ'َ‫ِ ُ َوﺕ‬#ْL‫َ) ا‬4ُ ‫ُ ُر َوﺕَ'ِْی‬4FO‫ َ ِة ا‬P‫ح ا‬ ُ )َْ.ِ‫ﻡ‬ .ُ ِْ‫ا‬ Kunci solat adalah bersuci (wuduk) dan permulaan pengharamannya (melakukan perbuatan-perbuatan selain dari yang disyari’atkan dalam solat) adalah takbiratul ihram serta penghalalannya adalah salam.312 Sedangkan tawaf tidak ada takbiratul ihram pada awalnya dan tidak juga diakhiri dengan salam. 3)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya mewajibkan wuduk ketika hendak solat sahaja.

‫ج‬ َ َ َU َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫س َأ‬ ٍ )#َ5

ِ ْ‫َ ْ ا‬5 .‫آَُوا َُ اْ ُُ َء‬gَ َ3 ‫َ*َ) ٍم‬Oِ K َ ِ‫َُﺕ‬3 ‫َ َ ِء‬jْ‫ﻡِ ْ ا‬ Daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menuju tempat pembuangan air atau beliau makan dalam keadaan berhadas maka diingatkan kepada baginda tentang berwuduk.

.َ َ َ‫َ َﺕ‬3 K َ 8َ!‫ ُأرِی ُ َأنْ ُأ‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 Jawab baginda: Sekiranya aku hendak bersolat maka aku 312

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 3.

207

berwuduk.313 4)

Manakala hadis ‘Aisyah radhiallahu 'anha hanya menunjukkan wanita yang sedang haid tidak dibenarkan untuk melakukan tawaf. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum bahawa telah sepakat Imam-Imam mazhab yang empat bahawa dilarang untuk tawaf bagi mereka yang sedang haid dan junub.

5)

Berkaitan dengan hadis ‘Aisyah radhiallahu 'anha yang berbunyi “…pertama kali yang baginda lakukan adalah berwuduk kemudian melakukan tawaf.” Ianya merupakan pendalilan yang tidak begitu tepat kerana ia tidak menyebut secara pasti baginda berwuduk kerana tawaf. Mungkin sahaja baginda berwuduk kerana ingin melakukan solat sunat tawaf.314

313

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, No: 374. 314 Dalil menujukkan disyari’atkan solat sunat Tawaf adalah sebuah hadis daripada Ibnu ‘Umar r.a, dia berkata:

 ُH )ً*ْ#َ‫ ﺱ‬M ِ َْ#ْ)ِ ‫ف‬ َ )َOَ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫َ ِ َم َرﺱ‬d :‫ل‬ َ )َd‫ َو‬.‫َ) وَاْ َْ َو ِة‬.P‫ ا‬ َ َْ ‫ف‬ َ )َi‫ َو‬ ِ ََْ*ْ‫َ)مِ َرآ‬$َ ْ‫ƒ ا‬ َ َْU َ! .ٌEَ0ََ ٌ‫ل اِ ِإﺱْ َة‬ ِ ُ‫ َرﺱ‬Kِ3 ُْLَ ‫ن‬ َ )َ‫َْ آ‬$َ Rasulullah s.a.w. datang dan thawaf di ka’abah sebanyak tujuh kali lalu solat dua rakaat di belakang makam Ibrahim kemudian sa’i di antara Shafa dan Marwah. Lalu dia (Ibnu ‘Umar) berkata: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.(al-Ahzaab (33) : 21) – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Hajj, no: 1623.

208

Berkenaan hukum berwuduk sebelum tawaf Syaikh Kamal as-Sayyid Salim berkata: Kami tidak menemukan dalil yang shahih yang mengharuskan berwuduk bagi orang yang tawaf, jumlah kaum Muslimin yang melaksanakan tawaf pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak terhitung jumlahnya sementara tidak ada keterangan yang menyatakan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan salah seorang daripada mereka untuk berwuduk ketika hendak melakukan tawaf, padahal kemungkinan di antara mereka ada yang batal wuduknya ketika melaksanakan tawaf, atau kebanyakan dari mereka memulai tawaf tanpa wuduk khususnya pada saat hari yang sangat penuh sesak seperti semasa thawaf qudum dan ifadhah. Dengan tidak adanya dalil yang mewajibkan wuduk untuk orang yang tawaf dan tidak ada ijmak ulamak mengenai hal itu padahal ianya diperlukan, maka menunjukkan tidak wajibnya wuduk bagi orang yang melakukan tawaf.315

KESIMPULAN Bukanlah menjadi satu perkara yang tersembunyi bagi sekalian penuntut ilmu bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sentiasa berusaha untuk menyucikan dirinya dari hadas (yakni dengan berwuduk) sekiranya baginda ingin menyebut nama Allah 'Azza wa Jalla.

315

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 217.

209

Daripada Muhajir bin Qunfaz, sesungguhnya beliau pernah datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan baginda sedang membuang air kecil, lalu dia memberi salam kepada baginda, akan tetapi baginda tidak menjawabnya sehinggalah baginda berwuduk. Kemudian baginda meminta keuzuran (beralasan) dan kemudian bersabda:

ْ‫ َأو‬.ٍ ْ4ُi ََ5 %  ‫" ِإ‬  َ‫ َوﺝ‬w َ5 َ‫ُ َأنْ َأذْآُ َ ا‬Mْ‫ آَ ِه‬K8+‫ِإ‬ ‫َ) َر ٍة‬4َi ََ5 :‫ل‬ َ )َd Sesungguhnya aku tidak suka menyebut Nama Allah kecuali di dalam keadaan suci (tidak berhadas).316 Begitu juga tidak tersembunyi bagi sekalian penuntut ilmu bahawa ibadah tawaf dihiasi dengan zikir-zikir, doa-doa dan juga bacaan-bacaan ayat al-Qur’an.317 316

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 16. 317 Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata: Disunatkan pula memperbanyakkan zikir dan doa dengan memilih mana-mana yang dirasanya baik tanpa mengikat diri dengan sesuatu doa tertentu atau mengikuti apa yang diajarkan oleh muthawwif (mereka yang menjadi petunjuk tawaf). Dalam hal ini tidak ada bentuk zikir tertentu yang diwajibkan oleh syarak. Mengenai pendapat sesetengah pihak tentang doa dan zikir tertentu yang diharuskan bagi putaran pertama, kemudian kedua, ketiga dan seterusnya, maka ianya tidak berdasar dan tidak dihafalkan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (tidak berdasarkan hadis-hadis baginda). Maka orang yang tawaf boleh berdoa apa sahaja yang dirasai baik, berupa kepentingan dunia dan akhirat, buat diri dan kaum keluarganya.

– Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 5, ms. 135. Seterusnya di dalam kitab Fikih Sunnah, Syaikh Sayyid Sabiq membawa beberapa zikir-zikir serta doa daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

210

Daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

dia

berkata

‫َ) وَاْ َْ َو ِة‬.P‫ ا‬ َ َْ‫ َو‬M ِ َْ#ْ)ِ ‫ف‬ ُ ‫َا‬O‫" ا‬ َ ِ*ُ‫ َ) ﺝ‬+‫ِإ‬ .ِ‫ِ ِذآْ ِ ا‬Eَ‫َ)ﻡ‬dW ِ ‫ِ َ) ِر‬Zْ‫ ا‬K ُ ْ‫َو َرﻡ‬ Diadakan tawaf di Ka’abah, sa’i antara Shafa dan Marwah dan melempar di jumrah-jumrah itu tiada lain hanyalah untuk membangkitkan zikir kepada Allah.318 Oleh itu sewajarnya bagi mereka yang ingin mengerjakan ibadah tawaf untuk berwuduk sebelum mengerjakannya dalam rangka untuk mencapai kesempurnaan dalam beribadah walaupun mereka cenderung kepada pendapat yang tidak mewajibkannya. Wallahu A’lam.

wasallam yang diamalkan secara umum tanpa batasan menurut putaran yang tertentu. Sewajarnya peringatan Syaikh Sayyid Sabiq ini diberi perhatian bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah haji mahupun umrah. 318 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alManasik, no: 1612

211

212

BAGAIMANA MENYAPU KHUF MENURUT SUNNAH NABI? ƒ 8 ُjْ‫ َا‬adalah sejenis sandal yang diperbuat dari kulit yang menutupi dua mata kaki. Termasuk dalam istilah khuf adalah kasut yang dipakai seharian baik yang diperbuat dari kulit, getah, kain kanvas dan lain-lain. Penulis merasakan perlu untuk membincangkan tentang hukum-hakam berkaitan dengan menyapu khuf kerana ianya merupakan pengganti kepada membasuh kedua kaki ketika berwuduk. Mungkin ada yang berpendapat isu ini tidak perlu diperbincangkan di Malaysia kerana umat Islam di sini tidak lagi memakai khuf atau kasut ketika bersolat. Namun begitu bagi penulis hukum-hakam menyapu khuf masih penting untuk diperbincangkan kerana: 1) Memakai kasut dalam bersolat adalah sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash, dia berkata:

213

)ًِ3)َ K8َPُ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ َرﺱ‬M ُ ْ‫َرَأی‬ .ً ِ*َْ0ُ‫َوﻡ‬ Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersolat dengan kaki telanjang (tidak memakai kasut) dan memakai kasut.319 Solat dengan memakai kasut masih dapat dilakukan ketika bermusafir, ketika bersolat di dalam bilik hotel dan situasi lain yang mungkin sesuai. Apatah lagi sekiranya kita berada di tempat yang tidak disediakan tempat berwuduk dan kita perlu berwuduk dari tempat basuh tangan, maka adalah lebih mudah sekiranya kita hanya menyapu air di atas kasut dari kita mengangkat kaki lalu meletakkannya di atas tempat membasuh tangan tersebut sebagaimana yang lazim dilakukan. 2) Hukum-hakam berkaitan dengan menyapu khuf ini adalah sama dengan menyapu kaos (al-Jaurab) kaki atau apa yang dipakaikan di kaki yang bahannya diperbuat dari kain kapas dan lain-lain yang sesuai. Di Malaysia ini kaos kaki lebih dikenali sebagai stoking. Tentu sekali menyapu stoking sebagai pengganti membasuh kaki adalah satu kemudahan yang perlu diketahui oleh kita semua. Insya-Allah penulis akan memperuntukkan satu bab khusus berkenaan menyapu stoking kerana inilah yang lebih mungkin untuk kita semua amalkan pada banyak situasi.

DALIL DISYARI’ATKAN MENYAPU KHUF Menyapu khuf ini disyari’atkan berdasarkan dalil dari alQur’an dan al-Sunnah dan telah sepakat (ijmak) seluruh ulamak 319

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alSholah, no: 557.

214

akan keharusan menyapu khuf samada ketika bermusafir mahupun bermukim sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwuduk. Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah: Orang-orang yang diakui keahliannya telah ijmak dibolehkannya menyapu khuf –baik dalam perjalanan mahupun ketika menetap, disebabkan sesuatu kepentingan ataupun bukan- bahkan juga bagi perempuan yang menetap, serta pada waktu seseorang tidak berpergian.320

Dalil dari al-Qur’an adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ   4x-h☺# "j*    L_D3„i> tDH* a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ ... _ ; ˆ d#"?J> Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali…321 320

Penulis nukil daripada buku Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990), jilid 1, ms. 129. 321 Al-Maaidah (5) : 6

215

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah: Kata ُ ُLَُ‫( َوَأرْﺝ‬kedua belah kaki kamu) dalam firman Allah tersebut memiliki dua macam bacaan yang datang dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, di antaranya dibaca ُْLََ‫ َوَأرْﺝ‬iaitu dengan fathah huruf ‫ ل‬sebagai athaf atau mengikuti bacaan dari kata ُْLَ‫( ُوﺝُْه‬wajah-wajah kalian). Dengan demikian bererti “kedua kaki” harus dibasuh, seperti halnya membasuh wajah. Adapun bacaan kedua adalah dengan dibaca kasrah huruf ‫ ل‬menjadi ُْLُِ‫ َوَأرْﺝ‬sebagai athaf atau mengikuti bacaan ُْLِ‫( ُر ُءوْﺱ‬kepala kalian). Maka dengan bacaan seperti ini bererti kaki dapat disapu.322

Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani: Pada ayat di atas, kata ُْLُِ‫( َوَأرْﺝ‬kedua belah kaki kamu), bila dibaca jar maksudnya kaki yang tertutup, sedangkan bila dibaca ُْLَُ‫ َوَأرْﺝ‬nashob maksudnya kaki yang terbuka.323

Dalil dari hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pula begitu banyak dan bertaraf mutawatir. Menurut Muhyiddin rahimahullah: Sementara itu sejumlah ahli hadis telah menegaskan bahawa perbuatan menyapu di atas khuf dinukil melalui 322

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 102-103. 323 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 93.

216

jalur mutawatir. Sebahagian mereka mengumpulkan para perawi hadis tersebut sehingga melebihi jumlah lapan puluh orang, di antaranya sepuluh orang yang dijamin masuk syurga.324

Di antara hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang mensyari’atkan penyapuan khuf untuk berwuduk adalah:

ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫َ ْ َرﺱ‬5 َEَ#ْ*ُ;

ِ ْ ‫ِ َ ِة‬/ُ ْ‫َ ْ َأِِ ا‬5 )َ4ِ3 ‫دَا َو ٍة‬Vِ ِ ‫ِ َ ُة‬/ُ ْ‫َ*َُ ا‬#‫َ)ﺕ‬3 َِِ‫ج ِ'َ)ﺝ‬ َ َ َU ُ+‫ََِْ َوﺱَ َ َأ‬5 n َ ََ‫ََ َ َ َوﻡ‬3 َِِ‫غ ﻡِ ْ َ)ﺝ‬ َ َ َ3

َ ِ ََِْ5 r  َPَ3 ٌ‫ﻡَ)ء‬ .

ِ ْ.ُjْ‫ََ ا‬5 Daripada al-Mughirah bin Syu’bah bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar untuk buang hajat, maka al-Mughirah mengikutinya sambil membawakan bejana berisi air. Dia menuangkan kepada baginda shallallahu 'alaihi wasallam setelah selesai buang hajat, lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.325

HUKUM-HUKUM BERKAITAN MENYAPU KHUF Terdapat beberapa hukum-hakam yang berkaitan dengan menyapu khuf iaitu: 1) Hendaklah memakai khuf ketika berada dalam keadaan suci 324

Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 230. 325 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 203.

217

dari hadas.

K 8 ِ#0‫ ا‬oَ َ‫ ﻡ‬M ُ ْ0ُ‫ "آ‬:‫ل‬ َ )َd ِِ‫َ ْ َأ‬5 ‫ِ َ ِة‬/ُ ْ‫ ا‬ ِ ْ ‫ُْ َو َة‬5 ْ َ5 ِْ.ُU ‫ع‬ َ wِ ْ+J َ M ُ ْ‫َ َهْ َی‬3 ٍ َ.َ‫ ﺱ‬Kِ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫!َ ا‬ ".)َ ِ4ََْ5 n َ ََ َ3

ِ َْ‫َ)هِ َﺕ‬i )َ ُ4َُْUْ‫ َأد‬K8+Vِ َ3 )َ ُ4ْ5‫ " َد‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 Daripada Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin Syu’bah), dia berkata: “Aku pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar). Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Biarkan keduanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”326 Maka hendaklah kita memakai khuf tersebut setelah kita bebas dari hadas kecil mahupun besar yakni setelah menyempurnakan wuduk ataupun mandi wajib. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Apabila telah menyempurnakan wuduk, maka hendaklah seseorang itu memasukkan kakinya ke dalam khuf. Bila dia berhadas setelah itu, maka boleh baginya menyapu kedua khufnya.327

2) Hendaklah khuf itu itu bersih dari sebarang najis Khuf yang dipakai itu hendaklah suci dari najis ketika hendak menyapu bahagian atasnya dengan air. Sekiranya khuf tersebut bernajis maka ketika mengusapnya dengan air maka ia akan mengotori bahagian lainnya sehingga tidak selayaknya ianya 326

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 206. 327 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 48.

218

dianggap menyucikan. Dalilnya adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh:

ِِ)َ'ْ!َ ِ K8َPُ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫َ َ) َرﺱ‬0َْ ‫َْ ُم‬$ْ‫@ ا‬ َ ِ‫ََ ) َرأَى َذ‬3 -ِ ‫َ ْ یََ) ِر‬5 )َ ُ4َ*ََ َ3 َِْْ*َ+ oَ ََU ْ‫ِإذ‬ .ُْ4َ)َ*ِ+ ‫َْا‬$ْ‫َأ‬ Pada suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjadi imam bagi kami, tetapi ketika sedang bersolat baginda membuka sandalnya lalu meletakkanya di sebelah kiri. Apabila para sahabat melihat kejadian itu, mereka pun membuka sandal mereka.

".ُْLِ)َ*ِ+ ‫َ) ِء‬$ْ‫ََ ِإ‬5 ُْLََ َ )َ‫ "ﻡ‬:‫ل‬ َ )َd Setelah solat, baginda bersabda: “Mengapa kamu membuka sandal kamu?”

".)َ0َ)َ*ِ+ )َ0َْ$َْ َ3 @ َ َْْ*َ+ M َ َْ$ْ‫ك َأ‬ َ )َ0ْ‫ " َرَأی‬:‫َ)ُا‬d Mereka menjawab: “Kami melihat Tuan membuka sandal Tuan, lalu kami pun membuka sandal kami.”

" َ ‫ِْی‬#ِ‫ن ﺝ‬  ‫ "ِإ‬:َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ل َرﺱ‬ َ )َ$َ3 ْ‫رًا َأو‬gَ َd )َ ِ4ِ3 ‫ن‬  ‫ َأ‬Kِ+َ َ#ْUَ َ3 Kِ+)َ‫ََِْ َوﺱَ َ َأﺕ‬5 ُ‫!َ ا‬ ُْqْ0ََْ3 ِ ِZَْ ْ‫ "ِإذَا ﺝَ) َء َأَ ُآُْ ِإَ ا‬:‫ل‬ َ )َd‫" َو‬.‫ل َأذًى‬ َ )َd " 8 َPُْ‫ََْ َْ'ُْ َو‬3 ‫رًا َأوْ َأذًى‬gَ َd َِْْ*َ+ Kِ3 ‫نْ َرأَى‬Vِ َ3 ".)َ ِ4ِ3 Baginda bersabda: “Tadi Jibril shallallahu 'alaihi wasallam datang kepada ku lalu memberitahukan kepadaku bahawa pada sandal tersebut ada kotoran lalu aku membuka keduanya. Baginda bersabda lagi: Jika seseorang di antara kamu datang ke masjid hendaklah

219

dia memeriksa kedua sandalnya. Jika dia melihat ada kotoran padanya, hendaklah dia menggosokkannya (ke tanah) terlebih dahulu, kemudian barulah dia gunakan sandalnya untuk solat.”328 Maka hukum yang sama juga perlu diperhatikan ketika hendak menyapu khuf. Hendaklah terlebih dahulu dipastikan bahawa ianya bebas dari sebarang najis. 3) Menyapu Khuf hanya diperbolehkan ketika hadas kecil sahaja. Tidak boleh menyapu khuf di dalam keadaan hadas besar. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan dari Shofwan bin ‘Assaal radhiallahu 'anh, dia berkata:

ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ن َرﺱ‬ َ )َ‫ل آ‬ َ )َd ‫ل‬ ٍ )َ5

ِ ْ ‫ن‬ َ ‫َْا‬.َ! ْ َ5 َEَHَ َH )َ0َ3)َ.ِU ‫ع‬ َ wِ ْ0َ+ % َ ْ‫ًَا َأن‬.َ‫) ﺱ‬0ُ‫َ) ِإذَا آ‬+ُ ُ‫ََِْ َوﺱَ َ یَْﻡ‬5 .‫َْ ٍم‬+‫ل َو‬ ٍ َْ‫ٍ َو‬xِ‫ِ ْ ﻡِ ْ \َ)ﺉ‬Lَ‫ٍ َو‬Eَ)َ0َ‫ ﻡِ ْ ﺝ‬%  ‫ ِإ‬  ِ4ِ)ََ‫َأی) ٍم َو‬ Kami diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila berada di dalam keadaan musafir agar tidak melepaskan kedua khuf kami selama tiga hari tiga malam kecuali ketika dalam keadaan janabah (perkaraperkara) yang menyebabkan perlunya mandi wajib), tetapi tidak melepaskannya meskipun setelah habis buang air besar, air kecil ataupun tidur.329 Apabila telah berada di dalam keadaan hadas besar hendaklah 328

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alSholah, no: 555. 329 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 89 dan juga Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab al-Thohaarah wa Sunanuha, no: 471.

220

dibuka kedua khuf tersebut dan tidak boleh menyapu keduanya lagi sehingga suci dari hadas besar tersebut dengan mandi wajib (janabah). Setelah itu maka bolehlah memakai khuf semula dan sekiranya ingin bersuci dari berhadas kecil (yakni berwuduk) maka bolehlah menyapu khuf semula. 4) Menyapu khuf hendaklah mengikut kadar masa yang ditetapkan Sebagaimana yang telah kita sedia maklum menyapu khuf ini dibenarkan bagi mereka yang bermukim dan bermusafir.330 Ini adalah berdasarkan hadis dari ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh, dia berkata:

‫َ َأی) ٍم‬EَHَ َH َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫" َرﺱ‬ َ َ*َ‫ﺝ‬ .ِ ِ$ُ ِْ ًEََْ‫ِ ِ َویَْﻡً) َو‬3)َُ ِْ

 ُ4َِ)ََ‫َو‬ 330

Penulis masih teringat ketika menghadiri satu Majlis Minum petang sempena lawatan Yvonne Ridley ke Malaysia anjuran Pertubuhan al-Khaadem pimpinan Ustaz Hussain Yee di sebuah hotel di Lembah Kelang. Setelah selesai majlis itu maka para hadirin berpusu-pusu mengerjakan solat Asar. Keadaan di bilik mandi agak kelam kabut kerana terlalu ramai yang ingin berwuduk di tempat membasuh tangan. Ramai yang bersusah payah meletakkan kaki di atas tempat basuh tangan tersebut dan ini juga melambatkan lagi proses mengambil wuduk tersebut. Maka seorang saudara kita berbangsa Afrika menganjurkan bagi mereka yang memakai stoking dalam keadaan suci dari hadas kecil untuk menyapu bahagian atas stoking tersebut sebagai gantian membasuh kedua kaki. Maka dengan lantang seorang pemuda Melayu membantah dengan keras dengan menyatakan: “Kami bermazhab Syafi’i dan dalam mazhab kami menyapu khuf hanya dibenarkan ketika bermusafir sahaja.” Sekiranya pemuda yang mengaku bermazhab Syafi’i itu berusaha sedikit untuk membuka kitab al-Umm tentu beliau akan ketemui bahawa Imam alSyafi’i rahimahullah sebenarnya membenarkan penyapuan khuf bagi mereka yang bermukim dan bermusafir. Insya-Allah penulis akan perturunkan pendapat Imam al-Syafi’i tersebut.

221

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberikan batasan (yakni dalam mengusap khuf) bagi orang yang bermusafir adalah tiga hari tiga malam, sedangkan bagi orang-orang yang bermukim selama sehari semalam.331 Imam al-Syafi’i rahimahullah pula di dalam al-Umm telah membawa sebuah riwayat dari ‘Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫ث‬ َ َ ْ‫ُ  َأ‬H ِْ.ُU X َ ِ#َ‫ِ ِ ِإذَا ﺕَ َ َ َو‬3)َُ ِْ ˆ َ U‫ُ َر‬+‫َأ‬ )ً‫ِ ِ یَْﻡ‬$ُ ِْ‫ َو‬  ُ4َِ)ََ‫َ َأی) ٍم َو‬EَHَ َH n َ َْ َ‫ُوُءًا َأنْ ی‬ .ًEََْ‫َو‬ Bahawasanya baginda pernah memberi keringanan terhadap orang yang melakukan perjalanan apabila berwuduk untuk menyapu kedua khuf selama tiga hari tiga malam dan untuk orang yang mukim selama sehari semalam.332 Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Apabila dia bermukim, boleh baginya menyapu khuf sampai kepada waktu di mana dia berhadas pada keesokan harinya, dan itu adalah sehari semalam, tidak lebih dari itu. Namun apabila dia bermusafir, maka dia boleh menyapu kedua khufnya untuk tiga hari tiga malam.333

331

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 276. 332 Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 548. 333 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 51-52.

222

Dari sini dapat kita fahami bahawa sekiranya seseorang yang bermukim itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka pada 1.15 petang hari Rabu batas waktu untuk menyapu khufnya telah tamat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk untuk solat Zuhur pada jam 1.20 petang hari Rabu maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya. Bagi mereka yang bermusafir pula sekiranya seseorang itu memakai khuf selepas mengambil wuduk untuk solat subuh pada hari Selasa dan dia mengusap khufnya ketika ingin mengerjakan solat zuhur pada pukul 1.15 petang. Maka dia boleh manyapu khufnya selagi dia suci dari hadas besar sehingga 1.15 petang pada hari Jumaat. Sekiranya dia ingin mengambil wuduk untuk solat Jumaat pada jam 1.20 petang maka dia perlu membuka khufnya dan membasuh kedua kakinya. Mungkin timbul persoalan bagaimana sekiranya seseorang itu bermusafir lalu musafirnya selesai sebelum tamat tempoh tiga hari dan kini dia dianggap sebagai bermukim, bagaimana dengan tempoh penyapuan khufnya? Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim berkata: Apabila seseorang musafir mengusap khufnya, dan dia baru satu hari atau lebih dalam perjalanan (lalu tamat musafirnya), maka dia harus melepaskan khufnya dan mencuci kedua kakinya ketika berwuduk. Kemudian apa yang berlaku baginya adalah hukum (memakai khuf) bagi orang mukim.334

334

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 229

223

5) Hendaklah menyapu di bahagian atas khuf Bahagian khuf yang disyari’atkan untuk disapu adalah di bahagian atasnya.

.

ِ ْ.ُjْ‫ََ ا‬5 n َ ََ‫ َوﻡ‬...َEَ#ْ*ُ;

ِ ْ ‫ِ َ ِة‬/ُ ْ‫َ ْ َأِِ ا‬5 Daripada al-Mughirah bin Syu’bah… lalu baginda shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu bahagian atas kedua khufnya.335 Dari ‘Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

n ِ َْ ْ)ِ َْ‫ƒ َأو‬ 8 ُjْ‫" ا‬ ُ َ.ْ‫ن َأﺱ‬ َ )َLَ ‫ي‬ ِ ْ‫ ِ)أ‬ ُ ‫ی‬8 ‫ن ا‬ َ )َ‫َْ آ‬ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ َرﺱ‬M ُ ْ‫َْ َرَأی‬d‫ َو‬-ُ َ ْ5‫ﻡِ ْ َأ‬ .ِْ.ُU ِ ِ‫ََ _َ)ه‬5 n ُ َْ َ‫ی‬ Kalau seandainya agama itu berdasarkan akal, tentulah bahagian bawah khuf lebih sepatutnya disapu daripada bahagian atasnya. Sungguh saya telah lihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyapu pada bahagian atas dari khufnya.336 Penyapuan di atas khuf disunatkan untuk dilakukan serentak keduanya iaitu tangan kanan menyapu khuf di sebelah kanan dan tangan kiri menyapu khuf di sebelah kiri secara bersama. Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah: Sebab cara seperti inilah yang ditunjukkan oleh sunnah 335

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 203. 336 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 206.

224

sesuai dengan hadis Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh di atas, yang di dalamnya disebutkan:

)َ ِ4ََْ5 n َ ََ َ3 ... … maka baginda mengusap kedua kakinya (yang sedang memakai khuf).337 Dan tidak dikatakan: “Baginda memulai dengan yang kanan” misalnya. Tetapi Mughirah mengatakan “… maka baginda mengusap kedua kakinya”. Maka dari zahir hadis ini menyebut seperti ini.338

Tetapi Syaikh ‘Abdullah al-Bassam memiliki pandangan yang berbeza dengan Syaikh al-‘Utsaimin dalam hal ini. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Pendapat yang kuat adalah mendahulukan yang kanan (ketika menyapu khuf)…kerana menyapu khuf adalah gantian hukum dari membasuh kedua kaki, sementara dalam membasuh disunnahkan mendahulu yang kanan. Di samping itu kerana hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha secara eksplisit menerangkan tentang kesukaan Rasulullah mendahulukan bahagian kanan ketika bersuci. Perlu diingat bahawa mengusap kedua khuf termasuk dalam bersuci. Untuk itu disunnahkan mengusap khuf kanan dengan tangan kanan dan mengusap khuf bahagian kiri dengan tangan kiri sambil merenggangkan jari-jari 337

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 203. 338 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 118.

225

tangan. Meskipun begitu bagaimanapun (samada menyapu serentak kedua khuf ataupun mendahulukan khuf sebelah kanan) cara mengusap maka itu sudah dianggap mencukupi. Para ulamak sepakat bahawa menyapu khuf cukup dilakukan sekali, tidak disunnahkan berulangkali.339

6) Membuka khuf menamatkan batas waktu penyapuan Membuka khuf menyebabkan batas waktu penyapuannya tamat serta merta. Sekiranya dia berhadas kecil setelah membuka khufnya dan ingin berwuduk maka dia perlu untuk membasuh kedua kakinya.

K 8 ِ#0‫ ا‬oَ َ‫ ﻡ‬M ُ ْ0ُ‫ "آ‬:‫ل‬ َ )َd ِِ‫َ ْ َأ‬5 ‫ِ َ ِة‬/ُ ْ‫ ا‬ ِ ْ ‫ُْ َو َة‬5 ْ َ5 ِْ.ُU ‫ع‬ َ wِ ْ+J َ M ُ ْ‫َ َهْ َی‬3 ٍ َ.َ‫ ﺱ‬Kِ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫!َ ا‬ ".)َ ِ4ََْ5 n َ ََ َ3

ِ َْ‫َ)هِ َﺕ‬i )َ ُ4َُْUْ‫ َأد‬K8+Vِ َ3 )َ ُ4ْ5‫ " َد‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 Dari Urwah bin Mughirah dari bapanya (Mughirah bin Syu’bah), dia berkata: “Aku pernah bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu perjalanan jauh (safar). Aku pun bermaksud melepaskan kedua khuf baginda, maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Biarkan ke duanya, kerana aku memasukkan keduanya dalam keadaan suci.”340 Keengganan baginda shallallahu 'alaihi wasallam untuk membuka khufnya menunjukkan baginda tidak mahu kehilangan kemudahan (rukhshah) menyapu di atas keduanya 339

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 279. 340 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 206.

226

ketika berwuduk. Bagaimana pula bagi seseorang yang mengusap khuf, kemudian dia membukanya dalam keadaan belum berhadas? Apakah status wuduknya dan apakah batasan jumlah menyapu khufnya (iaitu 3 hari bagi musafir dan 1 hari bagi yang bermukim) telah tamat? Maka para ulama berbeza pendapat kepada empat golongan.341 PENDAPAT PERTAMA : Hendaklah dia mengulangi wuduk. Mereka melihat menyapu khuf merupakan pengganti bagi membasuh kaki ketika berwuduk, jika telah terbuka khuf yang diusapnya, maka batallah kesucian pada kedua kakinya dan batal pula seluruhnya (wuduk). Ini merupakan pendapat alNakha’i, al-Auza’i, Ahmad, Ishaq dan Imam al-Syafi’i dalam pendapat lamanya (Qaul Qadiim). PENDAPAT KEDUA : Memadai baginya untuk mencuci kakinya sahaja setelah membuka khuf tersebut. Ini adalah pendapat al-Thawri, Abu Hanifah dan sahabatnya, Abu Tsaur dan Imam al-Shafi’i melalui pendapat barunya (Qaul Jadiid). PENDAPAT KETIGA : Hendaklah dia segera mencuci kakinya dan jika dia melewatkannya maka dia perlu mengulangi wuduknya, Ini adalah pendapat Malik dan al-Laits. PENDAPAT KEEMPAT : Dia tidak perlu berwuduk semula dan tidak juga perlu membasuh kaki. Ini adalah satu riwayat daripada al-Nakha’i, dan dipegang oleh al-Hassan al-Bashri, Atha’, Ibnu Hazam dan dipilih oleh al-Nawawi, ibnu Mundzir dan Ibnu Taymiyyah. Inilah pendapat yang benar kerana – sepatu yang ada padanya- dalam keadaan bersih – benar-benar 341 Sila rujuk perbahasan Syaikh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim dalam kitabnya Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 233

227

bersih- berdasarkan sunnah yang sabit dan tidak batal jika melepaskan sepatunya kecuali ada keterangan yang jelas dari al-sunnah atau ijmak. Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah: Apabila seseorang membuka khufnya dalam keadaan masih memiliki wuduk (suci dari hadas kecil) dan telah menyapunya, maka wuduknya tidak batal. Apabila seseorang menyapu khufnya maka telah sempurnalah perbuatan bersucinya menurut dalil syarak, dan apabila dia membuka khufnya maka kesucian yang telah ditetapkan oleh dalil syarak tidak mungkin dibatalkan kecuali berdasarkan dalil syarak pula, dan tidak ada dalil yang menyebutkan bahawa apabila sesuatu diusap baik khuf atau jaurab akan membatalkan wuduk. Maka dengan demikian, wuduknya masih ada.342

Maka jelaslah bagi kita semua bahawa membuka khuf dalam keadaan suci dari hadas tidak membatalkan wuduk. Hanya sahaja batasan hari yang sah untuk menyapu khuf bermula pada ketika dia memakai semula khufnya yang dibuka tadi. 7) Menyapu khuf yang koyak Para ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu khuf yang terkoyak serta berlubang. 1) Imam Ahmad dan Imam al-Syafi’i rahimahumallah melarang menyapu khuf yang telah terkoyak meskipun lubang tersebut kecil sahaja. 342

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 118.

228

2) Imam Abu Hanifah rahimahullah pula membenarkan penyapuan khuf yang koyak dilakukan sekiranya lubangnya kecil yakni tidak sampai ukuran tiga jari. 3) Manakala Imam Malik rahimahullah membenarkan khuf yang terkoyak itu disapu selagimana koyakkan tersebut tidak terlalu besar. Nilai ukuran kebesaran koyakan tersebut bergantung kepada kebiasaan yang berlaku. 4) Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah juga memiliki pandangan yang seakan sama dengan Imam Malik. Bagi beliau diperbolehkan menyapu di atas khuf yang koyak serta berlubang selagimana masyarakat masih memandang ianya sebagai khuf. Pendapat ini juga adalah selari dengan pegangan al-Thawri, Ishaq, Ibnu al-Mundziri dan al-Auza’i. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah: Ini adalah pendapat yang paling sahih. Pendapat ini sesuai dengan qiyas dalam kaedah Usul Fekah dan teksteks Imam Ahmad yang memaafkan terbukanya sedikit aurat, sedikit najis dan lain-lain, kerana sunnah membolehkan menyapu khuf secara mutlak. Banyak hadis dalam kitab sahih yang menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyapu kedua khufnya, begitu juga para sahabat, berdasarkan apa yang mereka ketahui dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sehingga berpendapat tentang bolehnya menyapu khuf. Seperti yang dimaklumi, biasanya khuf mereka tidak ada yang tidak berlubang atau terkoyak. Kebanyakan mereka adalah orang-orang miskin yang tidak mempunyai

229

kesempatan membeli khuf yang baru.343

Demikianlah perbincangan tentang menyapu khuf sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Semoga kita mengambil kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala sediakan untuk kita kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

َ‫ْﺕ‬lُ‫ َأنْ ﺕ‬-ُ َ ْLَ‫ُُ آَ َ) ی‬PَU‫ْﺕَ ُر‬lُ‫ َأنْ ﺕ‬r F ِ'ُ‫ن اَ ی‬  ‫ِإ‬ .َُُِPْ*َ‫ﻡ‬ Bahawa Allah menyukai jika dilaksanakan sesuatu yang telah diizinkan-Nya (diberi keringanan) sebagaimana Allah membenci (terhadap seseorang) yang melakukan perlanggaran maksiat (perkara yang dilarang-Nya).344

343

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 286. 344 Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, hadis no. 5600.

230

BOLEHKAH MENYAPU JAURAB (STOKING)? Sebagaimana yang telah penulis bahas sebelum ini telah sepakat di kalangan ulamak Ahlus Sunnah wal Jamaah tentang pensyari’atan menyapu khuf atau kasut sebagai pengganti membasuh kaki ketika berwuduk. Namun begitu mungkin ramai yang belum terdedah dengan hukum-hakam disebalik menyapu jaurab. Apakah itu jaurab? ‫ب‬ َ ‫َْ َر‬Zْ‫ َا‬adalah sesuatu yang dipakai oleh seseorang pada kedua kakinya baik yang diperbuat dari bahan kapas, wol, bahan sintetik, polyster dan lain-lain lagi. Jaurab yang lazimnya dipakai di Malaysia adalah stoking. Ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu jaurab dan ianya terbahagi kepada tiga pendapat. PENDAPAT PERTAMA: Boleh menyapu jaurab sebagaimana menyapu khuf secara mutlak. Menurut Dr. Yusuf alQaradhawi: Ibnu Mundzir berkata kebolehan mengusap jaurab ini diriwayatkan daripada sembilan sahabat Rasulullah; ‘Ali, ‘‘Ammar, Ibnu Mas’ud, Anas, Ibnu ‘Umar, al-Bara’, Bilal, Ibnu Abi Awfa dan Sahl bin Sa’ad. Abu Dawud menambahkan; ‘Amar bin Huraits. Dia berkata; diriwayatkan dari ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas. Inilah juga pendapat Atha’, al-Hassan, Said bin al-Musayyab, al-

231

Thawri, Ibnul Mubarak, Ishaq, Ya’qub dan Muhammad.345

Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim pula berkata: Ini juga merupakan pendapat Ibnu Hazm, Ibnu Taymiyyah dan dipilih oleh Ibnu ‘Utsaimin serta alSyinqithi dan inilah pendapat yang kuat.346

PENDAPAT KEDUA: Boleh menyapu jaurab tetapi ianya harus tebal dan menutupi anggota wuduk. Ini merupakan pendapat al-Hassan, Ibnul Musayyib, Ahmad dan para fuqaha mazhab Hanafi, Syafi’i dan Hanbali. PENDAPAT KETIGA: Tidak boleh menyapu jaurab secara mutlak. Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam al-Syafi’i rahimahumullah. Menurut mereka jaurab adalah berbeza dengan khuf maka tidak boleh menyamakan hukum menyapu jaurab dengan khuf. Bagi mereka tidak ada hadis yang mengkhabarkan tentang menyapu jaurab. Bagi ulamak yang membolehkan menyapu jaurab mereka berdalilkan kepada sebuah hadis dari al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh:

ََ5 n َ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ َوﻡ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ﺕَ َ َ ا‬ .

ِ َْْ*0‫ وَا‬ ِ َْ‫َْ َر‬Zْ‫ا‬ Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu kedua jaurabnya dan

345

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 273. Abu Malik Kamal ibnu Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah , jilid 1, ms. 234-235. 346

232

sandalnya.347 Mereka juga berpendapat bahawa jaurab dan khuf adalah sama kerana kedua-duanya ada sesuatu yang dipakai serta menutupi kaki. Dari al-Azraq bin Qais, dia berkata: “Aku pernah melihat Anas bin Malik (radhiallahu 'anh) berhadas maka dia membasuh mukanya, dua tangan (yakni berwuduk) dan menyapu dua jaurab kakinya yang diperbuat dari kain benang bulu. Aku bertanya: Engkau mengusapnya?” Dia (Anas) menjawab: “Keduanya adalah khuf, hanya sahaja diperbuat dari wol.”348 Setelah membawa pendapat ulamak berkaitan menyapu jaurab, Dr. Yusuf Qaradhawi lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkan menyapu jaurab secara mutlak. Beliau berkata: Pada pandangan saya pendapat yang paling kuat adalah memberi kelapangan dan kemudahan dalam masalah ini. Sebab tujuan disyari’atkan menyapu kedua khuf dan kedua jaurab adalah memberi keringanan, kemudahan dan kelapangan kepada manusia… Walaupun kebanyakan jaurab pada masa kini nipis, namun ianya kuat dan bukan menjadi suatu kemestian bahawa jaurab itu boleh dipakai untuk berjalan di atas tanah. Sebab umumnya manusia tidak berjalan hanya dengan 347

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 92. 348 Riwayat ini dinukil dari buku Shahih Fiqih Sunnah karya Syaikh Abu Malik Kamal ibnu Sayyid Salim, jilid 1, ms. 235. Menurut beliau hadis ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir, Riwayat al-Dulabi dalam al-Kuni (1/181).

233

menggunakan jaurab. Sebab memakainya bersama kasut.

mereka

sentiasa

Cukuplah bagi kita dalil bahawa sekian banyak sahabat Rasulullah –sebahagian menghitung jumlah mereka sehingga mencapai lapan belas orang- memfatwakan kebolehan menyapu jaurab. Satu hal yang tidak boleh disangkal bahawa bahan dan bentuk jaurab senantiasa berkembang sesuai dengan perkembangan zaman. Walaupun dengan perbezaan ini janganlah sampai ianya menghapuskan keringanan yang Rasulullah berikan kepada kita.349

Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pula menambah: Seperti halnya jaurab, boleh juga menyapu segala apa yang menutupi kedua kaki, seperti pembalut dan lain-lain, yakni apa jua yang dibalutkan kepada kaki kerana kedinginan atau takut melecet atau kerana luka dan sebagainya.350

Bagaimana pula bagi seseorang yang telah berwuduk dengan menyapu jaurab (stoking), lalu cuaca menjadi dingin sehingga memerlukannya untuk memakai satu lagi stoking di atas stoking yang awal tadi lalu dia berhadas dan ingin berwuduk semula, stoking mana yang perlu di sapu? Jawapan yang akan diberikan adalah dengan memberi beberapa situasi memakai dua pasang stoking secara umum agar perbahasannya lebih

349

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 273. Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms. 131. 350

234

menyeluruh:351 SITUASI 1: Sekiranya dia berwuduk lalu memakai dua pasang stoking, maka apabila dia berhadas dan hendak berwuduk semula, dibenarkan baginya untuk mengusap stoking yang paling atas dari kedua stoking yang dipakai tersebut. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, yang kuat menurut mazhab Maliki, Hanbali dan Syafi’i dan pendapat lamanya (qaul qadiim). SITUASI 2: Setelah dia berwuduk lalu dia memakai dua pasang stoking dan di ketika yang lain setelah dia berhadas dia telah mengusap stoking pada bahagian atas sekali. Setelah itu dia membuka stoking pada bahagian atas dan memakai hanya sepasang sahaja, maka diperbolehkan baginya sekira berhadas untuk menyapu stoking yang berada di bahagian bawah tadi. SITUASI 3: Sekiranya telah berwuduk dan memakai sepasang stoking, tidak berapa lama setelah itu dia memakai sepasang lagi stoking di atas yang pertama tadi sebelum berhadas, maka dia dibenarkan mengusap stoking yang mana sahaja yang mudah baginya. SITUASI 4: Jika dia telah berwuduk dan memakai stoking lalu mengusapnya,. Setelah itu dia memakai sepasang lagi stoking sedangkan pada masa itu dia masih suci dari hadas. Maka sah baginya mengusap stoking yang berada di atas kerana dia memakai stoking ke dua dalam keadaan kakinya suci. SITUASI 5: Namun apabila dia telah berhadas kemudian dia memakai stoking keduanya maka dia tidak boleh mengusap stoking yang berada di atas, melainkan dia perlu membuka stoking ke dua lalu mengusap stoking yang pertama dia pakai. Setelah itu 351

Penulis ringkaskan dari kitab Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms.

236

235

dia pakai semula stoking kedua dan jika dia berhadas semula maka kini boleh baginya untuk menyapu stoking pada bahagian atas.

KESIMPULAN Oleh itu sekiranya seseorang itu memakai stoking dalam keadaan suci dari hadas besar mahupun kecil maka sekiranya dia ingin berwuduk semula pada ketika yang lain, maka diperbolehkan baginya untuk menyapu di atas stoking tersebut sebagai gantian kepada membasuh kedua kaki. Hukumnya adalah sama sebagaimana menyapu khuf. Inilah kemudahan yang Allah 'Azza wa Jalla kurniakan kepada hamba-hamba-Nya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berkaitan dengan berwuduk:

‘  Z   hFG +dJbD3 c $‹M#h’e>  Z F…? "> “”Z⌧ a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.352

352

236

Al-Maaidah (5) : 6

BOLEHKAH MENYAPU PENUTUP KEPALA? Terdapat beberapa penutup kepala yang lazimnya dipakai oleh umat Islam di Malaysia. Di dalam risalah ini penulis akan membincangkan tiga jenis penutup kepala iaitu:1) Serban (ِEَ‫ َاْ*ِ َ)ﻡ‬atau ‫ِ َ) ِر‬jْ‫)َا‬ 2) Kain tudung wanita 3) Kopiah atau Ketayap Apakah boleh menyapu ketiga-tiga jenis penutup kepala di atas sebagai pengganti menyapu kepala ketika berwuduk? InsyaAllah penulis akan membincangkannya satu-persatu.

HUKUM MENYAPU SERBAN Ulamak berbeza pendapat tentang menyapu serban. Ada yang membenarkannya dan ada yang melarangnya. Namun pendapat yang lebih tepat adalah diperbolehkan menyapu serban sebagai menggantikan menyapu kepala ketika berwuduk. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi:

237

Di antara mereka yang menyatakan boleh (iaitu menyapu serban) adalah Abu Bakar, ‘Umar bin al-Khaththab, Anas dan Abu Umamah. Sebagaimana pandangan ini juga diriwayatkan dari Sa’ad bin Malik (Ibnu Abi Waqqash) dan Abu al-Darda’. Pendapat ini juga merupakan pendapat ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz, al-Hassan, Makhul, Qatadah Ibnul Mundzir dan yang lainnya. Pendapat ini juga merupakan pendapat fuqaha’ dari pelbagai wilayah yang antaranya al-Awza’i (dalam sebuah riwayat darinya), juga Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur, Dawud, al-Thabarani dan Ibnu Khuzaimah.353

Dalil yang dijadikan hujah bagi mereka adalah hadis daripada ‘Amr bin Umayyah al-Dhamiri, dia berkata:

َِِ‫ِ َ)ﻡ‬5 ََ5 n ُ َْ َ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ ا‬M ُ ْ‫َرَأی‬ .ِْ.ُU‫َو‬ Aku melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedang mengusap khuf dan serbannya.354 Daripada Bilal, dia berkata:

ِ ْ.ُjْ‫ََ ا‬5 n َ ََ‫ََِْ َوﺱَ َ ﻡ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫َأ‬ .‫ِ َ) ِر‬jْ‫وَا‬ Bahawa Rasulullah mengusap khuf dan khimarnya.355 353

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 279. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 205. 355 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 275. 354

238

Namun begitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam al-Syafi’i rahimahumullah berpendapat tidak memadai sekadar menyapu serban sahaja tetapi hendaklah disapu juga bahagian depan (ubun-ubun) kepala. Malah bagi mereka menyapu ubun-ubun itu wajib sedangkan menyapu serban hanya sekadar tambahan (sunat). Mereka berpegang kepada hadis mengusap sebahagian kepala ketika berwuduk yang datang daripada Mughirah bin Syu’bah:

َِِِ!)َ0ِ n َ ََ َ3 َ َ َ‫ََِْ َوﺱَ َ ﺕ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬ .

ِ ْ.ُjْ‫ََ ا‬5‫ِ َو‬Eَ‫ََ اْ*ِ َ)ﻡ‬5‫َو‬ Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berwuduk dan menyapu ubun-ubunnya dan juga di atas serbannya serta di atas khuf.356 Menerusi hadis di atas ada ulamak yang berpendapat bahawa disunatkan menyapu bahagian kepala yang tidak tertutup dengan serban dan setelah itu bolehlah disapu ke atas seluruh atau sebahagian besar serban. Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah berkata: Seseorang boleh manyapu semua atau sebahagian besar daripadanya (yakni serban) dan disunatkan pula menyapu bahagian kepala yang kelihatan seperti ubun-ubun dan bahgian tepi kepala dan telinga.357

356

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alThohaarah, no: 274. 357 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 125. Ini juga merupakan pendapat Syaikh Ben Bazz rahimahullah ketika mengomentar kitab Fathul Baari seperti yang telah

239

Ternyata kesemua pendapat di atas didirikan berdasar hujah yang sahih. Maka bolehlah diamalkan mana-mana pendapat yang dianggap lebih tepat dan sesuai dengan suasana di Malaysia. Sedangkan pendapat ulamak yang melarang menyapu serban adalah pendapat yang lemah tanpa dalil yang sabit daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. MENYAPU KAIN TUDUNG KEPALA WANITA Para ulamak juga berbeza pendapat tentang hukum menyapu tudung kepala bagi para wanita. Namun begitu haruslah kita fahami bahawa keizinan Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk menyapu khuf, stoking dan serban adalah bertujuan untuk memberi rukhshah (kemudahan) demi menghindari kesulitan. Ternyata sebagaimana sulitnya bagi pihak lelaki untuk membuka serbannya, ia juga menyulitkan bagi pihak wanita untuk menanggalkan tudung kepala setiap kali hendak berwuduk. Maka para ulamak mengqiyaskan hukum menyapu kain tudung kepala ketika berwuduk sama seperti menyapu serban. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Kes yang sama dengan khuf adalah serban dan kain tudung kepala wanita menurut ulamak yang memperbolehkan menyapu kedua jenis (penutup kepala) tersebut. Pendapat yang kuat adalah membolehkannya.358

Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah: Adapun untuk para wanita, mereka dibolehkan mengusap dikemukakan ketika membicara tentang tatacara Nabi menyapu kepalanya dalam berwuduk. 358 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 283.

240

kain tudung kepala mereka menurut pendapat yang masyhur dari mazhab Imam Ahmad apabila kain tudungnya itu menutupi hingga ke bahagian bawah lehernya, kerana yang demikian itu telah dilakukan oleh sebahagian sahabat perempuan radhiallahu 'anhum.359

Sebagaimana disunatkan mengusap di bahagian depan kepala (ubun-ubun) ketika menyapu serban, maka ada juga ulamak yang menganjurkan untuk menyapu sedikit dari rambut sebelum menyapu tudung kepala. Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah berkata: Jika seorang wanita mengkhuatirkan hawa dingin dan keadaan lain yang serupa, dia boleh menyapu kain tutup kepalanya. Sesungguhnya Ummu Salamah radhiallahu 'anha pernah mengusap kain tudung kepalanya. Sebaiknya, selain mengusap kain tudung kepalanya, dia juga menyapu sedikit rambutnya. Tetapi jika dia tidak terdesak untuk melakukannya (untuk menyapu kain tudung kepala), maka tentang persoalan ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulamak.360

Antara manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam membuat pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana yang dikhabarkan oleh Umm al-Mukminun ‘Aishah radhiallahu 'anha:

359

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 125. 360 Ibnu Taymiyyah, Majmu al-Fatawa, jilid 21, ms. 218. Penulis nukil daripada kitab Shahih Fiqih Sunnah karya Syaikh Abu Malik Kamal Ibnu Sayyid Salim, jilid 1, ms 239.

241

)‫ ِإ‬ ِ ْ‫ َأﻡْ َی‬ َ َْ َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ َ ا‬8ُU )َ‫ﻡ‬ َْHَْ‫َْ) َر َأیَْ َهُ َ) ﻡَ) َْ ی‬U‫ا‬ Tidaklah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah di antaranya selagi tidak mengandungi dosa.361 Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang datangnya daripada Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para sahabat Nabi radhiallahu 'anhum mengandungi unsur-unsur dosa. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan kemudahan kepada hamba-hamba-Nya dan tidak mahu memberati kita semua. Ini sebagaimana Firman-Nya:

+d*A ‘  Z  Z $% Z45eJ> . YhT#J> +d*A …(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…362

MENYAPU KOPIAH ATAU KETAYAP Hendaklah kita fahami bahawa hukum asal yang wajib dalam berwuduk adalah menyapu kepala. Namun begitu syarak membenarkan ianya diganti dengan menyapu serban mahupun kain tudung kepala wanita kerana terdapat unsur kesukaran jika membukanya. Oleh itu apa jua yang dipakai di atas kepala dan menyukarkan pemakai untuk membukanya maka diperbolehkan 361

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alHudud, hadis no. 6786. 362 al-Baqarah (2) : 185

242

untuk menyapunya. Atas dasar ini ada di kalangan para ulamak yang membenarkan penyapuan dilakukan pada topi yang dipakai di musim dingin. Namun begitu dalam konteks memakai kopiah atau ketayap kesukaran tersebut tidak wujud. Maka jumhur ulamak tidak membenarkan menyapu kopiah, ketayap, songkok, tarbus (topi ala Mesir) dan lain-lain penutup kepala yang tidak menyulitkan untuk memakai serta membukanya. Menurut Syaikh al-‘Utsamin rahimahullah: Ada pun Simagh (penutup kepala yang biasa dipakai orang Arab) atau peci (kopiah, ketayap atau songkok) sama sekali tidak termasuk dalam kriteria serban yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam… Yang jelas apabila tarbus itu tidak sulit untuk melepasnya, maka tidak boleh menyapu di atasnya. Kerana ia sama dengan peci atau kopiah dari beberapa segi. Hukum asal, adalah wajib menyapu kepala sehingga jelas bagi seseorang bahawa sesuatu yang dikenakannya itu boleh disapu di atasnya.363

Namun begitu terdapat juga ulamak yang membenarkannya seperti Ibnu Hazm dan Ibnu Taymiyyah rahimahumallah dengan mengqiyaskannya kepada al-‘Imaamah atau serban. Mereka berpendapat bahawa dalam menyapu kepala ketika berwuduk adalah tidak wajib untuk air tersebut menyentuh kulit kepala. Yang terkena hanyalah rambut dan bukan kepala. Rambut posisinya sama dengan penghalang kepada kepala. Oleh itu apa sahaja yang dipakai di atas kepala maka dibenarkan untuk menyapunya walaupun tidak wujud kesukaran untuk melepas dan membukanya. 363

Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, ms. 125-126.

243

Apa yang lebih patut kita ikuti adalah hukum asal dalam berwuduk yakni diwajibkan menyapu kepala sekiranya tidak ada kesukaran yang dihadapi dalam perlaksanaannya. Wallahu A’lam.

244

BOLEHKAH MENYAPU BALUTAN KETIKA BERWUDUK? Apa yang dimaksudkan dengan al-Jabirah adalah sesuatu yang dijadikan pengikat pada anggota badan yang patah atau tergeliat mahupun balutan kepada anggota yang luka, melecur dan lain-lain bentuk kecederaan dan balutan tersebut diperbuat dari kain, bahan plastik, simen, kayu dan selainnya. Ulamak berbeza pendapat tentang hukum menyapu air di atas balutan yang menyeliputi anggota wuduk yang perlu dibasuh. PENDAPAT PERTAMA: Mereka mewajibkan menyapu di atas balutan tersebut sebagai ganti kepada membasuhnya. PENDAPAT KEDUA: Golongan ini pula berpendapat tidak perlu disapu kerana telah gugur hukum wajib membasuh ke atasnya dalam rangka memberi kemudahan (rukhshah).

PENDAPAT MEREKA YANG MENYAPU DI ATAS BALUTAN

MENSYARI’ATKAN

Terdapat beberapa hadis dha’if yang dijadikan hujah bagi mereka yang mewajibkan menyapu di atas balutan ketika

245

berwuduk. Walaupun hadis dha’if tidak boleh dijadikan hujah bagi menetapkan sesuatu hukum, namun ianya mempunyai jalan periwayatan yang banyak sehinggakan ianya saling menguatkan di antara satu sama lain. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah: Disyari’atkan menyapu balutan atau benda lainnya yang digunakan untuk mengikat anggota yang sakit berdasarkan hadis yang diterima berkenaan hal tersebut. Walaupun hadis-hadis itu dha’if, tetapi ia mempunyai berbagai sumber yang saling menguatkan antara satu sama lain dan menyebabkannya boleh diterima sebagai dalil.364

Di antara hadis-hadis tersebut adalah: Daripada Jabir radhiallahu 'anh tentang seorang lelaki yang terluka kepalanya kemudian dia mandi (janabah) lalu meninggal dunia. Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

@  َ; r َ ِPْ*َ‫ِ َ َأوْ ی‬Pْ*َ‫ِِ َأنْ یَََ  َ َوی‬.ْLَ‫ن ی‬ َ )َ‫ َ) آ‬+‫ِإ‬ َ ِ‫" ﺱَ)ﺉ‬ َ ِْ/َ‫َ) َوی‬4ََْ5 n َ َْ َ‫ُ  ی‬H ًEَdِْU ُِِْ‫ََ ﺝ‬5 َ‫ﻡُﺱ‬ .-ِ ِ ََ‫ﺝ‬ Sesungguhnya dia cukup bertayamum dan mengikat lukanya dengan sepotong kain kemudian menyapunya dan membasuh sisa badannya yang lain.365

364

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 174. Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 284. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam Bulughul Maram, no: 115 sanadnya dha’if dan juga didha’ifkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Dha’if Abu Dawud, no: 236. 365

246

Daripada Ali radhiallahu 'anh, dia berkata:

ََِْ5 ُ‫ !َ ا‬K 8 ِ#0‫ ا‬M ُ َْ ََ3 ‫ي‬  َ ْ+‫ََ َتْ ِإَْى َز‬Lْ+‫ا‬ .ِ ِ‫َ)ﺉ‬#َZْ‫ََ ا‬5 n َ َْ‫ َأنْ َأﻡ‬Kِ+َ َ‫َ َﻡ‬3 َ َ‫َوﺱ‬ Salah satu bahagian bawah tulang lenganku retak lalu aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kemudian baginda memerintahku untuk menyapu pembalutnya sahaja.366 Sebuah athar mauquf367 daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu 'anh: Barangsiapa yang mempunyai luka yang sudah dibalut dengan kain, maka dia berwuduk dan menyapu balutan tadi dan membasuh daerah sekitar balutan-balutan tersebut368

366

Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah wa Sunanuha, no: 649. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al‘Asqalani di dalam Bulughul Maram, no: 114 sanadnya dha’if dan juga didha’ifkan oleh Syaikh al-Albani di dalam Tamamul Minnah, jilid 1, ms. 155-156. 367 ‫ف‬ ُ ُْdَْ‫ ﻡ‬secara bahasa ertinya yang diberhentikan. Namun begitu menurut istilah ianya bermaksud perkataan atau perbuatan atau taqrir (persetujuan) yang disandarkan kepada seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Riwayat mauquf tidak boleh dijadikan dasar bagi hukum agama kecuali terjadi kesepakatan di antara para sahabat. Riwayat mauquf boleh dihukumkan ‫ع‬ ُ ْ3َْ‫ ﻡ‬marfu’ (sanadnya bersambung sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) apabila perkataan para sahabat itu disandarkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ataupun ianya mempunyai dasarnya dari agama dan bukan hasil ijtihad sendiri dari seorang sahabat. 368 Hadis riwayat Imam Ibnu Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Menurut Imam Ibnu Hazm rahimahullah:

247

Terdapat juga ulamak yang menggunakan kaedah qiyas dalam mensyari’atkan menyapu balutan. Menurut Syaikh Ben Bazz rahimahullah hadis-hadis menyapu balutan ini boleh digabungkan dengan hadis-hadis yang membolehkan menyapu khuf bagi menunjukkan dibolehkan menyapu balutan. Sekiranya menyapu khuf dibenarkan bagi mereka yang sihat tentu sekali menyapu balutan bagi mereka yang tercedera adalah lebih patut dibenarkan dalam rangka memberi kemudahan.369 Menyapu balutan ini memiliki perbezaan berbanding dengan menyapu khuf, serban atau kain tudung wanita: 1) Menyapu balutan boleh digunakan untuk bersuci dari hadas besar dan hadas kecil sedangkan menyapu khuf, serban atau kain tudung wanita hanya untuk bersuci dari hadas kecil.

Perihal athar Ibnu ‘Umar yang lalu bahawa ini hanya perbuatan dari Ibnu ‘Umar sendiri. Ini bukan jawapan (hujah) bagi menyapu pembalut. Telah juga diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar bahawa beliau memasukkan air ke dalam kedua matanya ketika berwuduk dan mandi, dan itu tidak disyari’atkan apalagi diwajibkan (Tamaamul Minnah, jilid 1, ms 157) 369

Apa yang perlu diperhatikan qiyas hanya boleh dilakukan apabila suatu yang far’u (cabang) iaitu peristiwa yang tidak ada nas akan hukumnya (dalam hal ini menyapu balutan) disamakan dengan ashal (pokok) iaitu suatu peristiwa yang sudah ada nas tentang hukumnya (dalam hal ini menyapu khuf) yang jelas (hukum ashal). Apabila far’u dan ashal memiliki ‘illat yang sama iaitu suatu sifat yang terdapat pada keduadua ashal dan far’u barulah qiyas dapat dilakukan. Ternyata menyapu khuf dan balutan mempunyai struktur hukum yang berbeza. Menyapu khuf adalah satu perkara yang optional (berbentuk pilihan) manakala hukum menyapu balutan menurut jumhur ulamak adalah wajib. Oleh itu tidak boleh kita menqiyaskan menyapu balutan dengan hadis-hadis menyapu khuf.

248

2) Batas waktu menyapu balutan adalah sehingga luka atau patah itu sembuh sedangkan menyapu khuf dan semisalnya hanya sehari semalam bagi mereka yang bermukim dan tiga hari tiga malam bagi mereka yang bermusafir. 3) Mengusap balutan harus mengenai seluruhnya menurut mazhab Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Sedangkan menurut Imam Hanafi cukup mengusap sebahagian besar balutannya. Berbeza halnya dengan menyapu khuf, serban dan kain tudung hanya sebahagian sahaja. 4) Tidak disyaratkan untuk kain balutan tersebut suci. Berbeza dengan khuf, serban dan kain tudung wanita. 5) Menyapu balutan disebabkan kekhuatiran akan menyebabkan kecederaan semakin parah manakala menyapu khuf, serban atau kain tudung wanita boleh dilakukan di dalam keadaan yang sihat. Mengusap atau menyapu khuf, serban atau kain tudung wanita berbentuk pilihan manakala menyapu pembalut luka bersifat terpaksa.370 Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah pula telah menggariskan beberapa langkah dalam menyucikan anggota wuduk yang tercedera: 1) Luka yang terbuka (tidak dibalut) dan tidak membahayakan jika dibasuh, maka pada keadaan ini dia wajib membasuhnya. 2) Luka yang terbuka tetapi membahayakan jika dibasuh tetapi tidak mengapa jika disapu, maka pada keadaan seperti ini dia wajib menyapunya, tidak wajib membasuhnya. 370

Penulis gabungkan pendapat Syaikh Abdullah al-Bassam di dalam Syarah Bulughul Maram dan Dr. Yusuf Qaradhawi di dalam Fikih Thaharah.

249

3) Luka yang terbuka dan membahayakan jika dibasuh dan disapu, maka pada keadaan ini hendaklah dia bertayamum. 4) Luka yang dibalut dengan kain pembalut atau sejenisnya yang diperlukan, maka pada keadaan ini, dia cukup menyapu balutan tersebut tanpa harus membasuhnya untuk berwuduk. Haruslah kita fahami bahawa membuka balutan tersebut setelah seseorang itu menyapunya untuk bersuci tidaklah membatalkan wuduk seseorang kerana dia telah melakukannya secara sempurna sesuai dengan tuntutan syari’ah. Wuduk tersebut hanya terbatal disebabkan perkara-perkara yang membatalkan wuduk menurut hadis-hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit. Demikianlah pendapat serta hukum-hukum berkaitan menyapu balutan bagi ulamak yang mewajibkannya.

PENDAPAT MEREKA YANG MENOLAK PENSYARI’ATAN MENYAPU DI ATAS BALUTAN Bagi para ulamak yang menolak pensyari’atan menyapu balutan mereka melihat hadis-hadis yang dijadikan hujah oleh mereka yang mewajibkannya kesemuanya memiliki kecacatan yang teruk sehingga tidak boleh saling menguatkan di antara satu sama lain dan tidak boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum. Oleh itu hukum membasuh bahagian yang dibalut kerana kecederaan itu telah gugur. Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah: Hadis-hadis ini -kerana begitu sangat lemahnya- tidak

250

dapat dikuatkan oleh banyaknya jalur periwayatan.371

Seterusnya Syaikh al-Albani membahaskan secara ringkas kelemahan hadis-hadis tersebut lalu beliau membawa pendapat Imam Ibnu Hazm rahimahullah: Oleh sebab itu, Ibnu Hazm memilih tidak disyari’atkan menyapu pembalut. Beliau berkata: Dalilnya adalah firman Allah:

©5J' . ‘ 3"? $% _ MQM#4f )%* Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.372 Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

.ُْْ*َOَْ‫ُْ ﻡَ) اﺱ‬0ِ‫َْﺕُا ﻡ‬3 ٍ ْ‫ُْ ِ َﻡ‬Lُ‫ َوِإذَا َأﻡَْﺕ‬... … dan jika aku menyuruh kamu melakukan sesuatu maka lakukanlah sesuai dengan kemampuanmu.373 Maka berdasarkan dalil al-Qur’an dan al-Sunnah ini, gugurlah semua perbuatan yang seseorang tidak mampu melakukannya, sedangkan kompensasi harus sesuai dengan syari’at dan syari’at hanya ditetapkan oleh al371

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 155. 372 Al-Baqarah (2) : 286 373 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al‘Itishom bil Kitab was Sunnah, no: 7288.

251

Qur’an dan al-Sunnah, padahal baik al-Qur’an mahupun al-Sunnah tidak mengganti membasuh anggota yang tidak mampu dibasuh dengan mengusap pembalut dan ubat. Dengan ini gugurlah pendapat di atas (yakni wajib menyapu balutan).374

Menurut Syaikh al-Albani rahimahullah inilah pendapat yang yang lebih menepati kebenaran dan penulis juga lebih cenderung kepada pendapat ini kerana ianya lebih mencerminkan kemudahan dalam bersuci sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

+d*A ‘  Z  Z $% Z45eJ> . YhT#J> +d*A …(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran…375

374

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 157. 375 al-Baqarah (2) : 185

252

BAGAIMANAKAH TATACARA TAYAMUM DAN APAKAH HUKUM HAKAM BERKAITANNYA? Tayamum adalah menyucikan diri secara simbolik sebagai ganti kepada mandi dan berwuduk apabila ketiadaan air. Tayamum menurut bahasa (etimologi) bermaksud al-Qashdu (ُ ْPَ$ْ‫ )َا‬atau sengaja melakukan. Dari segi syarak tayamum bermaksud sengaja menepuk kedua tapak tangan ke tanah untuk mengusap wajah dan kedua tapak tangan berdasarkan tatacara yang telah ditentukan dengan niat untuk menghilangkan hadas kerana ketiadaan air atau wujud halangan untuk mendapatkan air agar sah melakukan solat dan ibadah yang serupa. Tayamum ini telah disyari’atkan berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

ƒ  "j* tDH*

    4x-h☺# L_D3„i> a+?M‡R #3…5J†"o tDH* a+?  / ;oZM☺J> "]5J a+?…f<Z*A tDH* a+dD3RaB/ 0* _ ; ˆ d#"?J> d=R a+‰=\ 253

0* _ ZTQ"o / |MŠ4vTw +‰\ MF / ‹Z⌧'Mf _tD  NFG +?G | D/ / …Œ 4J> Ž‰45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A   _  G +?  / $‹M#h’e> ‘  Z “”Z⌧ hFG +dJbD3 c  Z F…? "> a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan

254

(kepayahan), tetapi dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.376 Daripada Imran bin Hussain radhiallahu 'anh, dia berkata: Kami pernah bermusafir bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Waktu itu baginda solat mengimami kami. Tatkala solat selesai, ada seorang lelaki yang solat sendirian memisahkan diri dari orang ramai. Baginda bertanya kepadanya:

‫َْمِ؟‬$ْ‫ ا‬oَ َ‫ ﻡ‬K َ 8َPُ‫ن َأنْ ﺕ‬ ُ َ ُ3 )َ‫@ ی‬ َ َ*َ0َ‫ﻡَ) ﻡ‬ Wahai fulan mengapa kamu tidak solat bergabung dengan orang ramai? Orang tersebut menjawab:

.‫ ﻡَ) َء‬% َ ‫ٌ َو‬Eَ)َ0َ‫ ﺝ‬Kِ0َْ)َ!‫َأ‬ Malam tadi saya junub tetapi saya tidak mendapatkan air. Baginda menjawab:

.@ َ ِ.ْLَ‫ُ ی‬+Vِ َ3 ِ ِ*P)ِ @ َ ََْ5 Kamu boleh bersuci dengan tanah dan hal itu sudah cukup bagimu.377 Dari kedua dalil di atas dapat kita fahami bahawa tayamum 376

al-Maaidah (5) : 6 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 344. 377

255

bukan sekadar dapat menyucikan seseorang dari hadas kecil tetapi juga hadas besar dan hal ini telah disepakati (ijmak) oleh seluruh ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Sedangkan ijmak semua mazhab dan semua aliran dalam Islam sepakat dan para fuqaha kaum Muslimin sejak zaman sahabat dan tabi’in telah sepakat tentang diwajibkan tayamum dengan syarat-syaratnya.378

Tayamum juga merupakan satu anugerah istimewa daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala khusus bagi umat Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Diriwayatkan oleh Jabir radhiallahu 'anh bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

r ِ ْ5F )ِ ‫ت‬ ُ ِْPُ+ Kِْ#َd ٌَ‫ َأ‬  ُ4َOْ*ُ‫َ ًْ) َْ ی‬U M ُ ِOْ5‫ُأ‬ )َ F‫َ َی‬3 ‫ُرًا‬4َi‫ًِا َو‬Zَْ‫ض ﻡ‬ ُ ْ‫ر‬J َ ‫ ا‬Kِ ْMَِ*ُ‫ْ ٍ َوﺝ‬4َ; ‫ﻡَِ َ َة‬ Kِ ْMِ‫" َوُأ‬ 8 َPَُْ3 ‫ َ ُة‬P‫ َأدْ َرآَُْ ا‬Kِ‫" ﻡِ ْ ُأﻡ‬ ٍ ُ‫َرﺝ‬ ‫ن‬ َ )َ‫َ َوآ‬Eَ5)َ.T‫ ا‬M ُ ِOْ5‫ َوُأ‬Kِْ#َd ٍ َJ َ "  ِ'َ‫ِ ُ َوَْ ﺕ‬+)َ/َ ْ‫ا‬ .ًE‫َ)ﻡ‬5 ‫س‬ ِ )0‫ ِإَ ا‬M ُ ْRِ*ُ‫ً َو‬E!)َU ِِ‫َْﻡ‬d َ‫ ِإ‬B ُ َ*ْ#ُ‫ ی‬K F ِ#0‫ا‬ Aku telah diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku; aku ditolong dengan ditimbulkan ketakutan (pada diri musuh) selama satu bulan perjalanan, dijadikan tanah untukku sebagai masjid dan sesuatu yang menyucikan; maka sesiapapun di antara umatku yang bertemu dengan waktu solat hendaklah dia solat, dihalalkan bagiku binatang ternak 378

256

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 334.

sedang bagi orang-orang sebelumku tidak dihalalkan, aku diberi hak untuk memberi syafaat, dan yang kelima jika Nabi-Nabi lain dikirim kepada kaumnya sematamata maka aku dikirimkan kepada seluruh umat manusia.379

HIKMAH DISYARI’ATKAN TAYAMUM ِApabila telah sabit perintah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala tentang sesuatu ibadah maka hendaklah kita patuh kepada perintah tersebut secara total samada hikmah yang membelakangi ibadah tersebut diketahui mahupun tidak. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

sa"

0⌧\ M☺.* "j*

ˆ="☺J> } tDH*  e A?4"b> !/fB > 0/ a+Q"¢ A _ =#"/ =#☺Mf +#‡ M€ª ">u/ 7*8;

0"3J'☺J>  klm F  ]J "² n/"fB  J@‰   +#‡ M€ª ">u"o 7*:; 0 Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orangorang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya, supaya menjadi hakim 379

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 335.

257

memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya supaya tidak terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.380 Ini bukan bermakna kita langsung tidak dibenarkan mencari hikmah di sebalik perintah Allah 'Azza wa Jalla kerana terdapat banyak anjuran di dalam al-Qur’an untuk memikirkan hikmah di sebalik kejadian seluruh alam semesta, akan tetapi kita tidak perlu untuk memaksa diri untuk mencari hikmah-hikmah tersebut. Kita tetap perlu menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya walaupun hikmahnya tidak dapat dicapai oleh akal kita. Namun begitu hikmah utama berkaitan tayamum ini adalah ianya bertujuan untuk memudahkan hamba-hamba-Nya untuk menyucikan diri dari hadas kecil mahupun besar apabila hendak melaksanakan ibadah atau solat ketika ketiadaan air atau air wujud tetapi timbul kemudaratan apabila digunakan. Allah Subhanahu wa Ta'ala juga menggantikan air dengan al-Sho’iid (ُ ِْ*َPْ‫ )َا‬atau tanah (akan diperjelaskan perbahasan ulamak tentang al-Sho’iid) yang merupakan sarana yang paling mudah untuk menghilangkan kesulitan tersebut kerana ianya tidak sukar didapati. Bertayamum dengan al-Sho’iid juga dapat membentuk rasa rendah diri apabila menyapu wajah dengan tanah.

PERBAHASAN TENTANG AL-SHO’IID Para ulamak berselisih pendapat tentang batasan objek yang termasuk dalam istilah al-Sho’id. Tentang perbezaan pendapat 380

258

al-Nuur (24) : 51-52

makna al-Sho’iid ini Dr. Yusuf al-Qaradhawi pula telah berkata: Namun di sana terjadi perbezaan pendapat mengenai pengertian al-Sho’iid. Apa maksudnya? Di antara fuqaha ada yang berkata bahawa yang disebut dengan al-Sho’iid dalam ayat itu adalah tanah dan tidak boleh bertayamum kecuali dengannya. Ini adalah pandangan Imam al-Syafi’i, Ahmad dan Dawud. Ini juga merupakan pendapat di kalangan ahli bahasa. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis sahih dalam Shahih Muslim: “Telah dijadikan bagi ku bumi itu masjid dan

tanahnya adalah suci.” Abu Hanifah, Malik dan murid keduanya, Atha’, al-Awza’i dan al-Thawri berkata yang disebutkan al-Sho’iid adalah semua jenis bumi berupa tanah, pasir, batu, kapur dan marmar. Sehinggakan Imam Malik turut menyertakan ais (sebagai al-Sho’iid). Sedangkan sesuatu yang meleleh dan rosak kerana api, atau terbakar sehingga menjadi debu, maka ia tidak termasuk dari jenis bumi.381 Mazhab Malik membolehkan bertayamum dengan menggunakan barang-barang yang dilombong kecuali barang-barang berharga seperti emas, perak dan permata seperti yaqut dan zamrud. Diperbolehkan (untuk bertayamum dengan) besi, timah hitam, batu serawak, alkohol, garam dan serupa dengannya jika tempatnya 381

Al-Ikhtiyar fi Syarh al-Mukhtaar, jilid 1, ms. 20.

259

berada di dalam bumi dan belum beralih tangan menjadi milik manusia.382 Mereka mendasarkan pendapatnya ini pada apa yang dikatakan oleh sebahagian ahli bahasa juga bahawa yang dimaksudkan dengan al-Sho’iid itu adalah bahagian luar bumi baik tanah atau bukan. Penggunaan al-Qur’an perkataan al-Sho’iid mungkin menunjukkan kepada hal ini:

q">MS b#] ...tanah yang licin tandus383 dan

SZR b#] …tanah yang tandus384 385

Oleh itu secara mudahnya kita dapat bahagikan perbahasan ulamak tentang al-Sho’iid kepada dua: PENDAPAT PERTAMA: Al-Sho’iid adalah permukaan bumi secara mutlak, samada tanah pasir, gunung, kerikil atau debu tanah. Fairuz Abadi dalam al-Qamus (ms. 266) menyatakan: “AlSho’iid adalah tanah, debu atau permukaan bumi.” Ini merupakan pendapat mazhab Abu Hanifah, Abu Yusuf, Malik, Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Hazm. PENDAPAT KEDUA: Al-Sho’iid adalah debu dan tidak boleh diertikan dengan selainnya. Ini adalah pendapat Imam alSyafi’i, mazhab Hanbali dan Abu Tsaur. Namun begitu Imam al382 383 384 385

260

Al-Syarh al-Shaghir/Dardir, jilid 1, ms. 195-196 al-Kahfi (18) : 40 al-Kahfi (18) : 8 Dr. Yusuf al-Qaradhwi, Fikih Thaharah, ms. 345.

Syafi’i rahimahullah hanya membataskan al-Sho’iid kepada tanah yang berdebu. Menurut beliau: Setiap sesuatu yang dinamakan al-Sho’iid (tanah) yang tidak bercampur dengan najis, maka ia adalah tanah yang baik (al-Sho’iid Thoyyiban – ً َ ُ َِْْ‫ )َا‬yang boleh dipakai untuk bertayamum. Sebaliknya setiap sesuatu yang terhalang untuk dinamakan tanah, maka ia tidak boleh dipakai untuk bertayamum, dan lafaz al-Sho’iid tidaklah digunakan kecuali untuk tanah yang berdebu.386

Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim: Pendapat yang lebih kuat menurutku adalah yang pertama, iaitu boleh bertayamum dengan apa sahaja secara mutlak dinamakan bumi atau yang mengandungi sesuatu dari bumi seperti debu dan sejenisnya.387

Imam al-Shafi’i rahimahullah juga turut membenarkan untuk bertayamum dengan debu yang melekat pada dinding. Menurut beliau: Apabila seseorang mengambil debu dari dinding, maka dia boleh bertayamum dengannya. Apabila dia meletakkan tangannya kepada dinding dan debu itu melekat pada tangannya, lalu dia bertayamum, maka tayamumnya dianggap telah memadai.

386

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 72. Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 245 387

261

Apabila debu itu bercampur dengan kapur, jerami halus, tepung gandum atau yang lainnya, maka dia tidak boleh bertayamum dengannya sampai debu itu benar-benar tidak bercampur dengan sesuatu Apapun.388

Selanjutnya berkaitan bertayamum pada dinding Syaikh al‘Utsaimin rahimahullah berkata: Dinding biasanya diperbuat dari tanah yang bersih. Maka jika dindingnya diperbuat dari tanah, samada dari batu mahupun batu bata maka ia boleh digunakan untuk bertayamum. Jika dindingnya berlapis kayu atau cat tapi ada debunya maka tidak mengapa bertayamum padanya. Hukumnya sama dengan bertayamum pada tanah, kerana debu itu termasuk sebahagian dari tanah. Tetapi jika dindingnya tidak berdebu maka ia tidak boleh digunakan sebagai tempat bertayamum.389

Oleh itu kita simpulkan tentang al-Sho’iid menerusi penjelasan Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pula berkata: Boleh tayamum dengan tanah yang suci, begitupun (diperbolehkan juga untuk bertayamum) dengan segala yang sejenis seperti pasir, batu dan bata berdasarkan firman Allah Ta’ala maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih 390.

388

Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 73. Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, ms. 300-301. 390 al-Maaidah (5) : 6 389

262

Sedangkan ahli-ahli bahasa telah sepakat bahawa yang dimaksudkan dengan al-Sho’iid itu ialah permukaan bumi, baik ia berupa tanah mahupun yang lainnya.391

Tidak disyaratkan hanya tanah yang berdebu. Diperbolehkan juga untuk bertayamum di atas tanah yang basah berdasarkan keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A  G +?  / maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu.392 Menurut Syaikh al-‘Utsaimin rahimahullah: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya juga pernah melakukan safar ke daerah yang hanya mengandungi pasir, hujan pun membasahi tempat itu dan mereka bertayamum sebagaimana yang Allah perintahkan. Jadi pendapat yang kuat bahawa bila seseorang bertayamum di atas tanah maka tayamumnya sah baik tanahnya berdebu ataupun tidak.393

PERKARA-PERKARA TAYAMUM

YANG

MEMBOLEHKAN

391

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, Jilid 1, ms. 170. al-Maaidah (5) : 6 393 Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, ms. 300. 392

263

Diperbolehkan untuk bertayamum bagi mereka yang berhadas kecil mahupun berhadas besar, samada ketika bermusafir ataupun bermukim, sekiranya berhadapan dengan situasi-situasi seperti yang akan diperjelaskan nanti. Dalilnya boleh bertayamum bagi musafir sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

adalah

|MŠ4vTw +‰\ 0* / ‹Z⌧'Mf _tD  / NFG +?G | D/ MF / …Œ 4J> Ž‰45M☺ "> a+D3"o ]5G> ☯  …Q b#] ☺T☺b -"o "]5J"o de" a+d‡R<*A   _  G +?  / $‹M#h’e> ‘  Z “”Z⌧ hFG +dJbD3 c  Z F…? "> a+\Z*‡Q"me> n ‰M☺#. I+‰e> a+d3M#"> a+?JbD3 c 7; •Z?h–D‹ dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu. Allah tidak mahu

264

menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.394 Berkaitan dengan rahimahullah berkata:

ayat

di

atas

Imam

al-Syafi’i

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menunjukkan hukum diperbolehkan tayamum pada dua keadaan: Pertama : Dalam perjalanan dan sulit mendapatkan air. Kedua: Bagi orang yang sakit baik di tempat pemukiman atau dalam perjalanan. Hal ini menunjukkan bahawa orang yang musafir wajib berusaha terlebih dahulu untuk mendapatkan air, berdasarkan firman-Nya:

..sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum...395 Selanjutnya dalil tentang bolehnya tayamum bagi mereka yang bermukim (tidak musafir) adalah hadis daripada Abul Juhaim radhiallahu 'anh, dia berkata:

" ٍ َ َ‫ْ ِ ﺝ‬7ِ ِ ْ'َ+ ْ ِ‫ََِْ َوﺱَ َ ﻡ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫" ا‬ َ َ#ْd‫َأ‬ ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ََِْ ا‬5 ‫ََْ یَ ُ د‬3 ََِْ5 َ ََ3 ٌ"ُ‫َُِ َرﺝ‬$ََ3 ِْ‫ِِ َویَ َی‬4ْ‫ ِ َﺝ‬n َ ََ َ3 ‫َِا ِر‬Zْ‫ََ ا‬5 " َ َ#ْd‫ََِْ َوﺱَ َ َ َأ‬5 .‫ََِْ ا َ َم‬5 ‫ُ  َر د‬H 394

al-Maaidah (5) : 6 al-Maaidah (5) : 6. Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 66-67. 395

265

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam datang dari Bi’r Jamal lalu ada seseorang bertemu dengan baginda dan mengucapkan salam namun baginda tidak membalasnya hingga beliau menghadap ke tembok lalu mengusap wajah dan kedua tangan baginda (yakni bertayamum) kemudian barulah membalas salam orang tersebut.396 Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini dalam bab Tayamum Ketika Mukim (Tidak Bermusafir) Jika Tidak Terdapat Air Dan Khuatir Waktu solat Habis. Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: Apabila tidak ada air ketika sedang mukim kerana tiada air dalam lingkungan mereka atau air tertahan pada suatu tempat maka boleh tayamum dan solat dengan tayamum tersebut. Ini merupakan pendapatnya Malik, al-Tsauri, al-Auza’i, dan al-Syafi’i.397

Situasi-situasi yang membenarkan bertayamum adalah seperti berikut: 1) Apabila ketiadaan air

seseorang

untuk

Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

☯  …Q a+D3"o... b#] ☺T☺b -"o ...de"

… sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan

396

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 337. 397 Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, jilid 1, ms. 234. Penulis nukil dari artikel Tayammum tulisan al-Ustadz Abu Ishaq Muslim alAtsary di dalam majalah Salafy, edisi 41, ms. 38.

266

tanah yang bersih …398 Tentang ketiadaan air ini timbul perbincangan para ulamak. Adakah perlu untuk berusaha mencari air terlebih dahulu atau memadai sekiranya ketika hendak solat itu air tiada maka terus bertayamum tanpa perlu mencarinya. Imam al-Syafi’i rahimahullah bersandarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas berpendapat perlu terlebih dahulu berusaha mencari sumber air. Namun begitu menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Pandangan yang tepat di sini adalah apa yang sesuai dengan pengertian ketiadaan air yang terikat dengan upaya mendirikan solat. Jika waktu solat tiba dan seseorang ingin mendirikan solat tersebut lalu dia dapati ketiadaan air untuk berwuduk atau untuk mandi (wajib) di rumahnya atau di masjid atau di tempat yang berdekatan itu, maka itulah yang menjadikan alasan baginya untuk bertayamum. Bukan maksud ketiadaan air di sini dengan tidak menemuinya setelah mencarinya di sekitarnya dan bertanya ke sana ke mari. Namun maksudnya adalah dia tidak memiliki pengetahuan atau keyakinan adanya air pada saat itu dan tidak mungkin baginya untuk mendapatkannya dengan cara membeli dan yang serupa dengannya. Ini boleh dikatakan bahawa dia tidak mendapatkan air dalam pengertian ahli bahasa. Sedangkan kewajipan kita adalah menempatkan firman

398

al-Maaidah (5) : 6

267

Allah seperti ini jika tidak ada penjelasan syar’i.399

Pandangan beliau ini dikuatkan dengan perbuatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bertayamum di tembok400 ketika berada di Madinah tanpa baginda mencari sumber air mahupun bertanya ke sana kemari. Selanjutnya ianya disokong juga dengan sebuah hadis dari Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh, dia berkata: Ada dua orang lelaki sedang bermusafir sehingga tiba waktu solat. Pada saat itu keduanya tidak mendapatkan air lalu keduanya bertayamum dengan debu yang suci, kemudian keduanya solat. (Setelah solat) keduanya terjumpa air. Salah satu dari keduanya mengulangi solat dan berwuduk sedangkan yang seorang lagi tidak mengulangi solatnya. Setelah itu keduanya bertemu dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menanyakan hal tersebut. Kepada lelaki yang tidak mengulangi solat dan wuduknya baginda bersabda:

.@ َ ُ‫@ !ََ)ﺕ‬ َ ْ‫َأﺕ‬wَ ْ‫َ َوَأﺝ‬E0F‫ ا‬M َ ْ#َ!‫َأ‬ Kamu telah menjalankan sunnah dan mendapat ganjaran di atas solatmu. Sementara kepada yang seorang lagi baginda bersabda:

.

ِ َْ‫ﺝْ ُ ﻡَ ﺕ‬J َ ‫@ا‬ َ َ

399

Dr, Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 340. Ini sebagaimana sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Tayammum, no: 337 yang telah penulis sertakan sebelum ini. 400

268

Kamu mendapatkan dua ganjaran.401 Ternyata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah menyatakan bagi sahabat yang tidak mengulangi solatnya apabila bertemu dengan sumber air telah mengamalkan sunnahnya. Ini membuktikan bahawa tidak perlu untuk mencari air ke sana ke mari apabila tiba waktu solat. Justeru itu Imam al-Syaukani rahimahullah berkata: Kewajipan untuk mencari air hingga akhir waktu solat tidak ada dalil apapun yang menunjukkan tentang hal itu baik dari al-Qur’an, al-Sunnah, Qiyas ataupun ijmak.402

Oleh itu sekiranya tiba waktu solat dan kita tidak menemui sumber air untuk berwuduk ataupun mandi wajib pada ketika itu, maka diperbolehkan bagi kita untuk bertayamum. 2) Apabila terdapat bekalan air tetapi ianya tidak mencukupi Sekiranya bekalan air tidak mencukupi pada masa sekarang ataupun mungkin pada masa akan datang sekiranya menggunakan air tersebut untuk berwuduk atau mandi wajib, maka diperbolehkan seseorang itu bertayamum dan menyimpan air tersebut untuk kegunaan harian seperti minum, memasak, menyucikan diri dari najis, memberi haiwan tunggangan minum dan lain-lain lagi yang dianggap penting bagi seseorang meneruskan perjalanannya. Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah403 telah memperkuatkan pandangan ini dengan berkata: 401

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThoharaah, no: 286 402 Sila rujuk al-Sail al-Jarrar, jilid 1, ms. 128. Penulis nukil dari kitab Fikih Thaharah karya Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ms. 340. 403 Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 169.

269

Dari Ali radhiallahu 'anh bahawa dia berfatwa mengenai seorang lelaki dalam perjalanan yang ditimpa janabat sedangkan dia hanya membawa sedikit air dan khuatir akan ditimpa kehausan:

Hendaklah dia bertayamum dan jangan mandi.404

Imam Ibnu Mundzir rahimahullah berkata: Sejauh pengetahuan saya, para ulamak sepakat bahawa seorang musafir yang mempunyai air tetapi kalau dia gunakan air tersebut untuk berwuduk dia khuatir akan kehausan, maka dia boleh bertayamum.405

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Sebab apa diutamakan minum di atas wuduk sedangkan menjaga agama itu adalah suatu kewajipan dan menjaga jiwa dan kehidupan itu juga merupakan kewajipan bahkan kewajipan menjaga agama didahulukan dari menjaga kehidupan. Oleh sebab itulah seseorang mengorbankan jiwanya demi agamanya. Namun di sini ianya sedemikian rupa kerana wuduk itu terdapat penggantinya yang berupa tayamum sementara air tidak ada gantinya bagi orang yang sedang kehausan. Ini merupakan sebuah bentuk keindahan dalam syari’at. Dan yang serupa dengan 404

Hadis riwayat Imam Daruquthni. Ibnu Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, jilid 1, ms. 315-316 dan Ibnu Taymiyyah, Syarah al-‘Umdah, jilid 1, ms. 428. Penulis nukil dari buku Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 143. 405

270

minuman adalah segala sesuatu yang menjadi keperluan seperti (menggunakan air sebagai) adunan, masakan yang sangat diperlukan.406

3) Apabila air terlalu dingin sehingga membahayakan diri seseorang. Di benarkan bertayamum apabila air terlalu dingin sehingga menjejaskan kesihatan seseorang. Namun begitu sekiranya dia mampu untuk memanaskan air tersebut atau mengupah orang lain untuk memanaskannya maka tidak diperbolehkan bagi dia untuk bertayamum. Sekiranya waktu untuk solat semakin hampir tamat dan memanaskan air tersebut menyebabkan dia gagal untuk solat dalam waktu, maka diperbolehkan baginya untuk bertayamum. Diperbolehkan untuk bertayamum apabila air terlalu dingin adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Amru bin Ash radhiallahu 'anh, dia berkata: Saya bermimpi basah pada suatu malam yang dingin saat perang Dzatis Salasil. Saya merasakan sekiranya saya mandi (junub) maka ianya akan membahayakan diriku. Oleh kerana itu saya bertayamum lalu solat subuh bersama para sahabat yang lain. Tatkala kami pulang dari perang para sahabat menceritakan kepada Nabi apa yang telah saya alami itu. Nabi bersabda kepada saya:

‫ٌ؟‬rُ0ُ‫ ﺝ‬M َ ْ+‫@ َوَأ‬ َ ِ)َ'ْ!َ ِ M َ َْ! ‫َ ُْو‬5 )َ‫ی‬ Wahai ‘Amru, kamu solat dengan rakan-rakanmu dalam keadaan junub? Saya pun menyampaikan alasan yang menyebabkan saya tidak mandi pada waktu itu. Saya berkata:

406

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 342.

271

ُْLِ ‫ن‬ َ )َ‫ن اَ آ‬  ‫ُْ ِإ‬Lَُ.ْ+‫ُُْا َأ‬$َ‫ ﺕ‬% َ ‫ل َو‬ ُ ُ$َ‫ اَ ی‬M ُ ْ*ِ َ‫ ﺱ‬K8+‫ِإ‬ .)ً ِ‫َر‬ Sesungguhnya saya dengar Allah berfirman: “dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”407 Mendengar jawapan saya Rasulullah tertawa dan tidak berkata sepatah pun.408 4) Apabila terhalang kepada bekalan air yang berhampiran Seseorang diperbolehkan untuk bertayamum sekiranya terhalang untuk pergi ke kawasan bekalan air kerana adanya musuh, kebakaran, perompak atau apa-apa jua perkara yang boleh menggugat keselamatan diri, harta atau kehormatannya. Hal yang sama juga dibenarkan bagi mereka yang uzur dan tidak mampu untuk mengambil air dan tidak ada pula orang lain yang dapat membantu. Hal ini bersesuaian dengan konsep di dalam Islam yang mana ia adalah agama yang mudah dan tidak memberatkan penganutnya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

⌧“Y…•Te. 7; ?CYhTbo3> Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.409 Islam juga melarang umatnya untuk sengaja meletakkan diri 407

al-Nisaa’ (4) : 29 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 283. 409 al-A’laa (87) : 8 408

272

mereka ke dalam posisi yang membahayakan keselamatan diri masing-masing. Firman-Nya:

o3# $% ... tDH* aA?  *A ... 5 "?#3@☺> … dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan …410 5) Apabila terdapat kecederaan yang akan semakin parah atau lambat sembuh sekiranya terkena air Ini bersandarkan kepada hadis daripada Jabir radhiallahu 'anh, dia berkata: Suatu hari ketika kami pergi untuk suatu perjalanan kebetulan salah seorang di antara kami ditimpa sebuah batu yang melukai kepalanya. Kemudian orang itu bermimpi (yang mengeluarkan air mani), lalu dia bertanya kepada para sahabatnya: Apakah ada keringanan bagi saya untuk bertayamum. Para sahabatnya menjawab: Tidak ada bagi anda keringanan, kerana anda boleh mendapatkan air. Maka orang itu pun mandilah dan kebetulan meninggal dunia. Kemudian setelah kami berada di hadapan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kami sampaikanlah peristiwa tersebut kepadanya. Maka baginda bersabda:

K 8 ِ*ْ‫َ) ُء ا‬.ِ; )َ +Vِ َ3 ‫ ﺱَ َُا ِإذْ َْ یَ*َْ ُا‬% َ ‫ُْ اُ َأ‬4َََd -ُ ََُd 410

al-Baqarah (2) : 195

273

...َ  َََ‫ِِ َأنْ ی‬.ْLَ‫ن ی‬ َ )َ‫ َ) آ‬+‫ل ِإ‬ ُ ‫َا‬lF‫ا‬ Mereka telah membunuhnya dan semoga Allah membunuh mereka! Mengapa mereka tidak mahu bertanya jika mereka tidak tahu? Ubat bagi kebodohan adalah bertanya! Cukuplah bagi orang tersebut bertayamum…411 Oleh itu kesimpulannya seseorang diperbolehkan untuk bertayamum apabila terdapat halangan untuk menggunakan air baik kerana tidak terdapat bekalan air mahupun kerana terdapat halangan atau mudarat apabila menggunakan air.

TATACARA BERTAYAMUM Berkenaan dengan tatacara tayamum Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah telah berkata: Hendaklah orang yang bertayamum itu berniat terlebih dahulu. Mengenai ini telah dibicarakan dalam soal basmallah dan berwuduk. Kemudian membaca memukulkan kedua tapak tangan ke tanah yang suci lalu menyapukannya ke muka, begitu pun kedua belah tapak tangannya sampai ke pergelangan.412

Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Sa’id bin ‘Abdurrahman bin Abza dari ayahnya, dia berkata: Seseorang mendatangi ‘Umar bin al-Khaththab dan berkata: Aku berjunub dan tidak menemukan air. 411

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 284. 412 Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms.170.

274

Maka ‘‘Ammar bin Yaasir berkata kepada ‘Umar bin alKhaththab: Apakah anda tidak ingat ketika kita dalam suatu perjalanan (saya dan engkau) maka engkau tidak solat, adapun aku berguling-guling di tanah kemudian solat. Kemudian aku menyebutkan hal itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka baginda shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

ََِْ5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ب ا‬ َ َ َ1َ3 ‫َا‬gَLَ‫@ ه‬ َ ِ.ْLَ‫ن ی‬ َ )َ‫ َ) آ‬+‫ِإ‬ َُ4ْ‫ِ َ) َوﺝ‬4ِ n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H )َ ِ4ِ3 ‹ َ َ.َ+‫ض َو‬ َ ْ‫ر‬J َ ‫ِْ ا‬.َLِ َ َ‫َوﺱ‬ ِْ.َ‫َوآ‬ Hanya sahaja cukup bagimu begini. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya.413 Penjelasan tentang tatacara untuk bertayamum adalah seperti berikut: 1) Niat dalam hati Dalil wajibnya niat adalah hadis daripada ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi radhiallahu 'anh , dia berkata:

ِ َ#ْ0ِ ْ‫ََ ا‬5 ُْ0َ5 ُ‫ ا‬K َ ِ‫ب َر‬ ِ )Oَjْ‫ ا‬ َ ْ َ َ ُ5 M ُ ْ*ِ َ‫ﺱ‬ )َ +‫ل ِإ‬ ُ ُ$َ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ َرﺱ‬M ُ ْ*ِ َ‫ل ﺱ‬ َ )َd ‫ََى‬+ )َ‫ئ ﻡ‬ ٍ ِ ْ‫" اﻡ‬ 8 ُLِ )َ +‫ت َوِإ‬ ِ )80)ِ ‫ل‬ ُ )َ ْ5َ ْ‫ا‬ 413

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 338.

275

Aku mendengar ‘Umar bin al-Khattab berkata di atas mimbar: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Tiap-tiap amal perbuatan harus disertai dengan niat, balasan bagi setiap amal manusia sesuai dengan apa yang diniatkan….”414 Niat adalah keinginan atau azam untuk mengerjakan ibadah (dalam konteks ini ibadah wuduk) semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Niat ini tempatnya di hati dan tidak perlu dilafazkan sebagaimana yang telah penulis bahaskan sebelum ini. 2) Membaca  ِ ‫( ِْ ِ ا‬Bismillah) Disunnatkan membaca sebagaimana berwuduk.

bismillah

sebelum

bertayamum

3) Menepuk tangan ke tanah dengan sekali tepukan Menerusi hadis daripada ‘‘Ammar ini jelas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya memerintahkan untuk menepuk kedua tapak tangan dengan sekali tepukan untuk muka dan kedua tapak tangan sekaligus. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Hanya sahaja cukup bagimu begini. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya.415 414

Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab Bada’ al-Wahyu, hadis no. 1. 415 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 338.

276

Namun begitu terdapat juga pandangan dari para ulamak bahawa hendaklah bertayamum dengan dua kali tepukan kedua tapak tangan ke tanah. Pukulan yang pertama untuk menyapu wajah dan yang kedua untuk menyapu kedua tapak tangan. Mereka berhujah dengan sebuah hadis dari Ibnu ‘Umar radhiallahu 'anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

َ‫ ِإ‬ ِ ْ‫ٌ َِْ َی‬Eََ َ‫ َو‬,ِْ‫ٌ ِْ َﺝ‬Eََ َ :‫ن‬ ِ )َََ َ ُ F ََ‫ا‬ .

ِ َْ$َ3ِْ ْ‫ا‬ Tayamum itu dua pukulan, yang pertama untuk wajah dan yang kedua untuk kedua tangan sehingga ke siku.416 Namun begitu hadis ini bercanggah dengan hadis ‘‘Ammar yang telah penulis keluarkan sebelum ini. Mengenai percanggahan ini Syaikh ‘Abdullah al-Bassam telah memberi ulasan seperti berikut: a) Hadis ‘‘Ammar terdapat dalam kitab al-Bukhari dan Muslim, sedangkan hadis Ibnu ‘Umar hanya terdapat di dalam kitab Sunan al-Daruquthni di mana penyusunnya tidak komited dengan hadis-hadis sahih bahkan banyak sekali terdapat di dalamnya hadis-hadis dha’if, maka hadis Ibnu ‘Umar tidak boleh dibandingkan dengan hadis 416

Hadis mauquf riwayat Imam al-Daruquthni. Menurut al-Albani rahimahullah hadis-hadis yang meriwayatkan dua kali tepukan kesemua terdapat kecacatan dan kelemahan. Berkenaan dengan hadis-hadis tersebut al-Khallal rahimahullah berkata: “Hadis-Hadis itu sangat dha’if dan tidak terdapat di dalam kitab-kitab sunan kecuali hadis Ibnu ‘Umar.” Imam Ahmad rahimahullah pula berkata: “Tidak benar bahawa hadis tersebut berasal daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.”

277

‘‘Ammar dari segi kesahihannya. b) Hadis ‘‘Ammar dimarfu’kan417 kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun hadis Ibnu ‘Umar, bukan perkataan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sekalipun hal itu tidak perlu diberikan pendapat lagi dan dibezakannya di antara hadis marfu’ dan mauquf418. c)

Semua riwayat hadis yang menjelaskan sifat tayamum dengan dua kali pukulan ada yang mauquf, ada yang tidak sampai kepada Nabi dan ada pula yang dha’if dan tidak boleh dijadikan dalil dan hujah. … Oleh kerana itu yang sahih dalam bab ini dan yang boleh dijadikan pedoman adalah hadis ‘‘Ammar. Hadis ini (yakni hadis ‘‘Ammar) ditetapkan oleh Bukhari di dalam kitab Shahihnya, dia berkata bab Tayamum Untuk Muka dan Kedua Tapak Tangan. Ibnu Hajar berpendapat dalam Fathul Baari bahawa hanya inilah yang wajib dan mencukupi.419

Oleh itu memadai menepuk kedua tangan hanya sekali untuk menyapu wajah dan kedua tapak tangan. Syaikh ‘Abdullah al417

Hadis marfu’ adalah hadis yang sanadnya bersambung sehingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam 418 ‫ف‬ ُ ُْdَْ‫ ﻡ‬secara bahasa ertinya yang diberhentikan. Namun begitu menurut istilah ianya bermaksud perkataan atau perbuatan atau taqrir (persetujuan) yang disandarkan kepada seorang sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Riwayat mauquf tidak boleh dijadikan dasar bagi hukum agama kecuali terjadi kesepakatan di antara para sahabat. 419 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 430.

278

Bassam berkata: Tayamum dengan satu kali tepukan (ke tanah) mencukupi untuk wajah dan kedua tangan.420

4) Meniup tapak tangan Di dalam hadis ‘‘Ammar juga menunjukkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam setelah menepuk kedua tangannya ke tanah maka baginda meniup kedua tapak tangan tersebut. …Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan kedua tapak tangannya dan meniupnya…421 Tiupan disini adalah tiupan yang ringan untuk menipiskan debu tanah yang terdapat di kedua tapak tangan. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah: Meniup debu tersebut dijadikan landasan dalil disukainya menipiskan debu seperti yang diterangkan dan gugurnya anjuran mengusap anggota tayamum secara berulangulang. Ini adalah kerana mengusap anggota tayamum berulang-ulang bertentangan dengan usaha menipiskan debu (dengan meniup).422

5) Menyapu muka dan kedua tapak tangan Berbeza dengan berwuduk, bertayamum hanya melibatkan dua 420

Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 427. 421 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 338. 422 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 6

279

anggota iaitu wajah dan kedua tangan sehingga ke pergelangan. Bertayamum juga tidak berulang-ulang seperti wuduk. Memadai dengan menyapu anggota tayamum sekali sahaja. Ini adalah sebagaimana sabda-sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di bawah: Hanya sahaja cukup bagimu begini. Lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memukul tanah dengan kedua tapak tangannya dan meniupnya, kemudian mengusap muka dan kedua tangannya dengan keduanya.423

ًEََْ ِ8.َLِ ‫ب‬ َ َ َ1َ3 ‫َا‬gَLَ‫ ه‬oَ َ0ْPَ‫ِ@َ َأنْ ﺕ‬.ْLَ‫ن ی‬ َ )َ‫ َ) آ‬+‫ِإ‬ ِِ)َ ِTِ ِ8.َ‫ْ َ آ‬4َ_ )َ ِ4ِ n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H )َ4َ1َ.َ+  ُH ‫ض‬ ِ ْ‫ر‬J َ ‫ََ ا‬5 .َُ4ْ‫ِ َ) َوﺝ‬4ِ n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H ِ8.َLِ ِِ)َ ِ; َ ْ4َ_ ْ‫َأو‬ Cukuplah bagimu melakukan seperti ini. Lalu baginda menepuk tanah sekali tepukan dengan kedua tapak tangannya, kemudian mengibaskannya, lalu mengusap punggung tangannya dengan tangan kirinya atau punggung tangan kirinya dengan tapak tangan kanannya, kemudian baginda mengusap wajahnya dengan kedua tangannya.424 Pengajaran yang dapat diambil dari kedua hadis di atas: a) Perbezaan di antara yang mana didahulukan di antara wajah dan tapak tangan menunjukkan tidak diwajibkan tertib ketika bertayamum. Kedua-duanya boleh didahulukan 423

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 338. 424 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 347.

280

samada wajah mahupun kedua tapak tangan. Ketika mensyarahkan hadis Shahih al-Bukhari, no : 347, al-Hafidz Ibnu Hajar berkata: Lafaz di atas juga memberi keterangan bahawa tertib (urutan) tidaklah disyaratkan ketika tayamum.425

b) Mengusap tangan memadailah hanya sehingga ke pergelangan tangan. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

.‫ن‬ ِ ).َLْ‫@ اْ َﺝُْ وَا‬ َ ِْ.ْLَ‫ی‬ Cukup bagi kamu (menyapu) wajah dan kedua tapak tangan.426 Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah: Dari lafaz ini dapat difahami, bahawa menyapu lebih dari kedua tapak tangan hukumnya tidak wajib sebagaimana yang telah diterangkan. …Ada pun alasan yang dikemukakan oleh mereka yang mensyaratkan mengusap sampai kedua siku ketika tayamum kerana hal itu merupakan syarat dalam wuduk, maka dijawab dengan menyatakan: “Sesungguhnya qiyas (analogi) yang demikian itu bertentangan dengan nas (teks hadis) maka dianggap keliru.”427

425

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 642. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 341. 427 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 616617. 426

281

Apatah lagi hadis-hadis yang mengisyaratkan bertayamum sehingga ke siku atau ke ketiak terdapat kelemahan di dalamnya.428 Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Adapun riwayat yang menyebutkan sampai ke siku serta pertengahan lengan kebenarannya masih diperdebatkan. Sedangkan riwayat yang menyebutkan sampai ke ketiak, maka Imam al-Syafi’i dan ulamak lainnya menjelaskan: “Jika hal itu ditetapkan berdasarkan perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka setiap tatacara tayamum yang terbukti berasal merupakan ketentuan

428

Diantara hadis-hadisnya adalah: Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jauhaim yang diantara lafaznya adalah: Sampai baginda berdiri dan menggosok tembok tersebut dengan tongkatnya, kemudian dia meletakkan kedua tangannya di atas tembok tersebut lalu manyapu wajah dan kedua lengannya, kemudian menjawab salam orang tersebut – Hadis munkar ( ِ َLْ0ُ ْ‫ )َا‬riwayat Imam al-Syafi’i dalam Musnadnya dan Imam al-Baihaqi. Hadis munkar adalah hadis yg diriwayatkan perawi yang dha’if bertentangan dengan riwayat dari perawi yang thiqah. Hadis daripada ‘‘Ammar bin Yaasir radhiallahu 'anh bahawa suatu ketika terjadilah sesuatu, para sahabat menyapu debu (bertayamum) untuk solat subuh, di saat itu, mereka bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka mereka kembali menepuk debu dengan tapak tangan mereka lalu mereka menyapu tangan mereka semuanya sampai bahu dan ketiak bahagian dalam tangan mereka – Hadis mudhtharib (‫ب‬ ُ ِ َOْ1ُ ْ‫)َا‬ riwayat Imam Abu Dawud, Ibnu Majah (564) dan al-Nasa’i di dalam kitab Sunan mereka. Hadis mudhtharib adalah hadis yang diriwayatkan dari jalur yang berbeza-beza serta sama dalam tingkat kekauatannya di mana satu jalur dengan lainnya tidak memungkinkan untuk disatukan atau digabungkan dan tidak memungkinkan pula untuk dipilih salah satu yang terkuat. Hadis mudhtharib termasuk dalam kategori hadis dha’if dan tidak boleh dijadikan hujah dalam menetapkan hukum sesuatu perkara.

282

yang menghapuskan tatacara sebelumnya. Sedangkan bila ditetapkan berdasarkan perbuatannya, maka yang harus diamalkan adalah yang ditetapkan berdasarkan perintah daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam.429

Menurut Imam Ahmad rahimahullah: Sesiapa yang menyatakan bahawa tayamum sehingga kedua siku, maka itu adalah sesuatu yang ditambah olehnya.430

Ada pun tentang firman Allah Subhanahu wa Ta'ala …sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu…431 ianya bukanlah hujah menunjukkan bahawa bertayamum hendaklah menyapu sehingga ke siku. Akan tetapi Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh menyatakan ianya diibaratkan seperti batasan pemotongan tangan bagi hukuman hudud terhadap pencuri iaitu sehingga ke pergelangan tangan sahaja. c) Hendaklah menyapu keseluruhan tapak tangan serta punggung tapak tangan tersebut sehingga ke bahagian pergelangan. Namun begitu diperbolehkan juga dengan hanya menyapu di bahagian punggung tapak tangan kerana bahagian tapak tangan tersebut telah terkena debu ketika menepuk serta menyapu wajah. Ini sebagaimana perbuatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

َ ْ4َ_ ْ‫ِ َ)ِِ َأو‬Tِ ِ8.َ‫ْ َ آ‬4َ_ )َ ِ4ِ n َ ََ‫ُ  ﻡ‬H )َ4َ1َ.َ+... 429

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 615. Penulis nukil dari kitab tulisan Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam bertajuk Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 430-431. 431 al-Maaidah (5) : 6 430

283

...ِ8.َLِ ِِ)َ ِ; …lalu mengusap punggung tangannya dengan tangan kirinya atau punggung tangan kirinya dengan tapak tangan kanannya…432 Demikianlah sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam bertayamum yang sewajarnya kita contohi kerana bagindalah contoh ikutan yang terbaik bagi seluruh umat Islam. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

t* a+?">

0⌧\ h"> †L4fu/ } 9sfB

0⌧\ FM☺˜> —=]5⌧  RaZ ZN-M

`abJ> ☯YZ™⌧\  Z⌧\"j 7:8; Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).433

PERKARA YANG TAYAMUM

BOLEH

DILAKUKAN

DENGAN

Tayamum itu adalah sebagai pengganti berwuduk atau pun 432

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 347. 433 al-Ahzaab (33) :21

284

mandi wajib ketika tiada air. Oleh itu apa sahaja yang diperbolehkan bagi seseorang ketika telah berwuduk atau mandi wajib maka ianya juga diperbolehkan bagi mereka yang telah bertayamum seperti solat fardhu mahupun sunat, membaca alQur’an, tawaf di Ka’bah, berzikir, membaca kitab-kitab hadis atau buku-buku agama, menghadiri majlis ilmu dan lain-lain. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Tayamum boleh membuat seseorang Muslim boleh melakukan apa sahaja yang dibolehkan bagi seseorang yang berwuduk seperti melakukan solat fardhu, solat sunnah atau solat jenazah. Sebagaimana boleh baginya untuk melakukan tawaf di Baitullah, memegang al-Qur’an, membaca al-Qur’an, berzikir kepada Allah. Hingga bagi mereka yang tidak mewajibkan perkara-perkara di atas kerana sesungguhnya disunnahkan untuk mengambil wuduk yang bererti pula disunnahkan juga untuk bertayamum.434

Selagimana tayamum tersebut tidak batal maka diperbolehkan untuk melakukan hal-hal tersebut. Sebagai contoh seseorang solat Maghrib dengan bertayamum. Apabila masuk waktu solat Isyak ternyata tayamum tersebut belum terbatal, maka dia boleh mengerjakan solat Isyak tersebut tanpa memperbaharui tayamum. Syah Waliyullah al-Dahlawi rahimahullah berkata dalam kitabnya al-Hujjah al-Balighah: Tidak saya dapatkan dalam hadis sahih yang menunjukkan bahawa seorang yang bertayamum harus bertayamum setiap kali akan melakukan solat fardhu.435 434 435

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 350. Penulis nukil dari kitab Fikih Thaharah, ms. 350.

285

Hal ini adalah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

‫ِْ اْ َ) َء‬Zَ‫ُ ُر اْ ُِْ ِ َوِإنْ َْ ی‬4َi r َ 8O‫*ِ َ ا‬P‫ن ا‬  ‫ِإ‬ ...

َ ِ0ِ‫ْ َ ﺱ‬Tَ5 Tanah itu mensucikan orang Islam walau dia tidak mendapatkan air selama sepuluh tahun…436

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM Apa sahaja perbuatan atau perkara yang membatalkan wuduk maka ianya juga membatalkan tayamum. Ini adalah kerana tayamum dengan debu hanya merupakan pengganti berwuduk dengan air. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata: Maka barangsiapa yang menyatakan bahawa ada sesuatu yang membatalkan (tayamum) selain dari itu (yakni perkara yang membatalkan wuduk), maka janganlah diterima kecuali dia boleh mendatangkan dalil. Namun kami tidak mendapatkan dalil yang boleh dijadikan hujah untuk itu. Maka kewajipan kita adalah membatasi hanya pada hal-hal yang membatalkan wuduk.437

Hanya sahaja tayamum tidak boleh dilakukan seseorang apabila bekalan air itu wujud, mencukupi serta tiada halangan untuk mempergunakannya untuk berwuduk mahupun mandi wajib. Dr 436

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 115. 437 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 352. Beliau menukil pendapat ini dari kitab al-Raudhah al-Nadiyah, jilid 1, ms. 61.

286

Yusuf Qaradhawi berkata: Boleh kita tambahkan di sini apabila hilangnya sebab yang membolehkan seseorang bertayamum seperti menemui bekalan air setelah dia tidak mendapatkannya sebelum itu, atau dia mampu mempergunakan air setelah sebelumnya dia tidak sanggup melakukannya, atau bahaya memakainya telah hilang, atau dia mampu menghangatkannya dan seterusnya. Oleh sebab itu seperti ada suatu ungkapan yang tersebar di kalangan kaum muslimin: “Jika air tiba maka batallah tayamum.” Sebab tayamum itu sebagai pengganti air. Maka jika yang digantikan telah ada, gugurlah yang menjadi penggantinya.438

Namun begitu setelah seseorang itu bertayamum lalu mengerjakan solat sehingga selesai, setelah itu beliau terjumpa sumber air sedangkan waktu solat tadi masih ada, maka dia tidak perlu mengulangi solat tersebut. Hanya sahaja sekiranya dia ingin mengerjakan solat yang lain samada yang fardhu mahupun sunat maka hendaklah dia berwuduk dengan air. Namun begitu jika sekiranya dia menemui sumber air sebelum dia memulakan solat atau solat belum selesai, maka dia perlu berwuduk ataupun mandi wajib. Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata: Apabila seseorang melakukan solat dengan tayamum kemudian dia menemukan air, atau bila dia dapat menggunakannya setelah solat selesai, tidaklah wajib dia mengulangi (solatnya) walaupun waktu solat masih ada…Tetapi bila dia menemui sumber bekalan air atau dapat menggunakannya setelah mulai solat tetapi belum 438

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 352.

287

mengakhirinya, maka tayamumnya itu terbatal dan dia harus mengulangi bersuci dengan memakai air.439

Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh, dia berkata: Ada dua orang lelaki sedang bermusafir sehingga tiba waktu solat. Pada saat itu keduanya tidak mendapatkan air lalu keduanya bertayamum dengan debu yang suci, kemudian keduanya solat. (Setelah solat) keduanya terjumpa air. Salah satu dari keduanya mengulangi solat dan berwuduk sedangkan yang seorang lagi tidak mengulangi solatnya. Setelah itu keduanya bertemu dengan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menanyakan hal tersebut. Kepada lelaki yang tidak mengulangi solat dan wuduknya baginda bersabda:

.@ َ ُ‫@ !ََ)ﺕ‬ َ ْ‫َأﺕ‬wَ ْ‫َ َوَأﺝ‬E0F‫ ا‬M َ ْ#َ!‫َأ‬ Kamu telah menjalankan sunnah dan mendapat ganjaran di atas solatmu. Sementara kepada yang seorang lagi baginda bersabda:

.

ِ َْ‫ﺝْ ُ ﻡَ ﺕ‬J َ ‫@ا‬ َ َ 440

Kamu mendapatkan dua ganjaran.

Daripada Abu Dzar radhiallahu 'anh, bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

439

Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 172. Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThoharaah, no: 286. 440

288

.ٌَْU @ َ ِ‫ن َذ‬  Vِ َ3 َُ‫َ َﺕ‬Tَ ُِ َُْ3 ‫ذَا َوﺝَ َ اْ َ) َء‬Vِ َ3... …Jika seseorang menemukan air, hendaklah dibasuhkannya ke kulitnya, kerana demikian lebih baik.441 Begitu pula bagi orang yang berada di dalam keadaan junub ataupun wanita yang sedang haid lalu tamat haidnya lantas ingin mengerjakan solat dengan bertayamum dengan sebab-sebab yang valid, maka tidak perlu mereka mengulangi solat apabila bertemu dengan sumber air. Hal ini berdasarkan hadis daripada Imran bin Hussain radhiallahu 'anh, dia berkata: Kami pernah bermusafir bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Waktu itu baginda solat mengimami kami. Tatkala solat selesai, ada seorang lelaki yang solat sendirian memisahkan diri dari orang ramai. Baginda bertanya kepadanya:

‫َْمِ؟‬$ْ‫ ا‬oَ َ‫ ﻡ‬K َ 8َPُ‫ن َأنْ ﺕ‬ ُ َ ُ3 )َ‫@ ی‬ َ َ*َ0َ‫ﻡَ) ﻡ‬ Wahai fulan mengapa kamu tidak solat bergabung dengan orang ramai? Orang tersebut menjawab:

.‫ ﻡَ) َء‬% َ ‫ٌ َو‬Eَ)َ0َ‫ ﺝ‬Kِ0َْ)َ!‫َأ‬ Malam tadi saya junub tetapi saya tidak mendapatkan air. Baginda menjawab:

441

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 115.

289

.@ َ ِ.ْLَ‫ُ ی‬+Vِ َ3 ِ ِ*P)ِ @ َ ََْ5 Kamu boleh bersuci dengan tanah dan hal itu sudah cukup bagimu.442 APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA TIADA AIR ATAU AL-SHO’IID Seseorang itu mungkin akan berhadapan dalam satu keadaan ketiadaan air mahupun tanah untuk berwuduk atau tayamum sedangkan dia perlu menunaikan solat yang fardhu maka hendaklah dia tetap menunaikan solat tersebut tanpa menyucikan diri dari hadas dan tidak perlu dia mengulangi solat tersebut setelah terjumpa alat untuk bersuci. Pandangan ini dikuatkan dengan sebuah hadis daripada Urwah bin Zubair radhiallahu 'anh dia berkata:

ْMَLََ4َ3 ‫ِ َ َد ًة‬d ‫َ) اﺱَْ*َ) َرتْ ﻡِ ْ َأﺱْ َ) َء‬4+‫َ َأ‬EَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْ َ5 )َ‫َ َﺝَ َه‬3 ً ُ‫ََِْ َوﺱَ َ َرﺝ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ُ ُ‫ َرﺱ‬B َ َ*َ#َ3 @ َ ِ‫َْا َذ‬LَTَ3 ‫َْا‬Pَ3 ٌ‫ُْ ﻡَ)ء‬4َ*َ‫ ﻡ‬X َ َْ‫ َ ُة َو‬P‫ُْ ا‬4َْ‫َ َدْ َرآ‬3 َEَ‫ی‬Y ُ‫ل ا‬ َ wَ ْ+َ َ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ِإَ َرﺱ‬ .ِ F َ‫ا‬ Bahawasanya A'isyah radhiallahu 'anha pernah meminjam sebentuk kalung dari Asma binti Abu Bakar radhiallahu 'anha lalu kalung itu hilang di perjalanan. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh beberapa orang mencari dan akhirnya mereka menemuinya kembali. Di dalam mereka mencari kalung itu masuklah waktu solat. Oleh kerana di ketika itu tiada 442

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no: 344.

290

air maka merekapun solat tanpa berwuduk. Sekembalinya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mereka menerangkan hal tersebut. Maka di ketika itu turunlah ayat (mensyari'atkan) tayamum. 443 Hadis di atas menunjukkan bahawa para sahabat tersebut telah mengerjakan solat tanpa berwuduk dan apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui peristiwa tersebut baginda tidak menyuruh mereka mengulangi solat tersebut. Ini menunjukkan solat tersebut adalah sah. Berkaitan dengan hadis di atas Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah menjelaskan: Kita lihat para sahabat melakukan solat sewaktu mereka tidak menemukan apa yang dapat dijadikan alat untuk bersuci. Dan sewaktu mereka laporkan hal itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda tidak menyalahkan mereka dan tidak pula menyuruh mereka mengulangi (solat tersebut). Berkata al-Nawawi: “Ucapan itu merupakan alasan yang terkuat.”444

Mungkin ada yang beranggapan peristiwa di dalam hadis tersebut berlaku sebelum turunnya ayat tentang tayamum sebagai ganti berwuduk. Namun begitu ianya tetap sah untuk dijadikan hujah sekiranya seseorang itu berhadapan dengan situasi yang sama iaitu tidak memiliki alat untuk menyucikan diri dari hadas. Syaikh Sa’id al-Qahtani pula berkata: Pada asalnya seseorang wajib bersuci menggunakan air. Akan tetapi apabila dia terhalang dari menggunakan air baik kerana sakit mahupun kerana lainnya, dia boleh 443

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alTayammum, no:336. 444 Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 176

291

bertayamum menggunakan tanah. Namun bila menggunakan tanah juga terdapat halangan, maka dia boleh mengerjakan solat tanpa bersuci terlebih dahulu. Allah Ta’ala berfirman:

 

 "o ...z{#"m -4f

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu…445 Allah juga berfirman:

aA?JbD3 c $‹M#MR  ... hF ; ‡> t* ...“”Z⌧ …dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama…446 Dalam hal ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ُْْ*َOَْ‫ُْ ﻡَ) اﺱ‬0ِ‫َْﺕُا ﻡ‬3 ٍ ْ‫ُْ ِ َﻡ‬Lُ‫َوِإذَا َأﻡَْﺕ‬ Bila aku perintahkan sesuatu kepada kalian, maka lakukan semampu kalian.447

Walaubagaimanapun apa yang ingin penulis tekankan di 445

al-Taghabun (64) : 16 al-Hajj (22) : 78 447 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alI’tishom bi al-Kitab wa al-Sunnah, no:7288. 446

292

sini adalah bahawa kemaafan hukum ini adalah bagi seseorang yang benar-benar tidak dapat berwuduk atau bertayamum setelah segala usaha yang sewajarnya telah dilaksanakan semampu mungkin dan bukan kerana sikap malas atau perbuatan mengabaikan perintah agama. Begitulah perbahasan berkaitan dengan tayamum dan hukum-hakam berkaitan dengannya menurut al-Qur’an dan alSunnah.

BAGAIMANAKAH TATACARA MANDI WAJIB DAN APAKAH HUKUM-HAKAM BERKAITAN DENGANNYA? Mandi atau al-Ghusl (" ِ ُْ/ْ‫ )َا‬secara bahasa bermakna mengalirkan air kepada sesuatu. Manakala menurut syarak pula alGhusl bermakna mengalirkan air yang suci ke seluruh anggota tubuh dengan cara yang telah ditetapkan disertai dengan niat, di mana niat itulah yang membezakan antara mandi untuk ibadah atau hanya sekadar kebiasaan. Dalil disyari’atkan mandi wajib adalah firman-firman Allah Subhanahu wa Ta'ala seperti berikut:

293

d=R

a+‰=\ 0*... ...ZTQ"o

…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…448

7F  M€ .#3 }45L± #‡ a‹#  7´e…"M☺J> >®Mµh"o CPj/ t* ]5G> $%  7´e…"M☺J> _| z⌧ TF#‡AZJ" "j*y"o 

0aZQhm hF ¶k#‡#o"o 0aZTQ"m" _ ‘ +\Z / PJb⌧ ¢3 ²  0* ¢3 ²

ˆ*AI@‰> 7:::; ƒ Z*‡Q"m -☺J> Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.449 448 449

294

al-Maa-idah (5) : 6 al-Baqarah (2) : 222

PERKARA-PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI Di antara perkara-perkara yang menyebabkan seseorang perlu melakukan mandi wajib adalah seperti berikut:1) Keluarnya air mani Apabila terkeluar atau terpancut air mani dari kemaluan maka diwajibkan mandi. Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

‫ َ) اْ َ) ُء ﻡِ ْ اْ َ) ِء‬+‫ِإ‬ 450

Sesungguhnya air itu kerana air.

Maksud hadis di atas adalah kita wajib mandi apabila keluarnya air mani bagi lelaki mahupun perempuan. Air mani lelaki itu likat dan berwarna putih manakala air mani wanita itu cair dan berwarna kuning. Daripada Ummu Salamah Ummul Mukminin, dia berkata: “Telah datang Ummu Sulaim (Isteri Abu Thalhah) kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran. Apakah wanita harus mandi jika bermimpi (melakukan persetubuhan)? Maka Rasulullah bersabda:

.‫َ*َْ ِإذَا َرَأتْ اْ َ) َء‬+ 450

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 343.

295

Ya, jika dia melihat air (mani).451 Dari sini dapat kita fahami bahawa wanita yang bermimpi melakukan hubungan intim dalam tidurnya memungkinkan untuk keluarnya cairan (air mani) sebagaimana lelaki. Namun begitu mimpi yang tidak menyebabkan keluarnya air mani maka tidak diwajibkan baginya mandi kerana menurut sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di atas hendaklah seseorang itu benar-benar melihat bekas air mani tersebut.452 451

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 282. 452 Sekiranya seseorang bermimpi melakukan hubungan intim namun tiada kesan yang menunjukkan air mani telah terkeluar, maka tidak perlu baginya mandi wajib. Sekiranya sesorang lelaki mahupun wanita setelah terjaga dari tidur dan didapatinya terdapat kesan cairan pada badan mahupun pakaiannya maka terdapat tiga kemungkinan: 1) Cairan tersebut adalah air mani maka hendaklah dia mengerjakan mandi wajib sekalipun dia tidak pasti bahawa dia bermimpi melakukan hubungan intim mahupun tidak. 2) Cairan tersebut adalah air mazi maka ianya adalah najis maka hendaklah dia mencucinya tetapi tidak diwajibkan mandi. 3) Cairan tersebut tidak dikenalpasti samada air mani atau air madzi. Di dalam situasi sebegini terdapat dua situasi. a) Sekiranya sebelum tidur, seseorang itu telah melakukan perbuatan yang menaikkan nafsu, memikirkan sesuatu yang meransangkan syahwatnya atau perkara-perkara lain yang sejenisnya maka cairan tersebut adalah air mazi. Maka ianya najis dan hendaklah dia mencucinya tanpa perlu mandi wajib. b) Namun sekiranya sebelum tidur seseorang itu tidak melakukan sebarang aktiviti yang merangsangkan nafsunya maka diwajibkan baginya mandi wajib dan mencuci apa jua bahagaian yang terkena cairan tersebut sebagai langkah berhati-hati. Namun begitu terdapat juga ulamak yang berpandangan bahawa di dalam keadaan sebegini maka dia tidak perlu mandi wajib dan memadai baginya untuk mencuci mana-mana bahagian yang terkena cairan

296

Para ulamak sepakat akan wajibnya mandi setelah keluarnya air mani yang disertai syahwat baik ketika sedar mahupun tidur. Namun begitu mereka berbeza pendapat tentang adakah perlu mandi wajib apabila keluar air mani tanpa syahwat, kerana sakit atau selainnya. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Barangsiapa melihat air yang memancar baik terasa nikmat atau tidak, maka wajib baginya mandi.453

Namun begitu menurut pengarang kitab Shahih Fikih Sunnah: Barangsiapa yang keluar air maninya tanpa syahwat; kerana sakit, udara dingin atau lainnya, maka tidak diwajibkan mandi ke atasnya menurut pendapat yang lebih kuat di antara dua pendapat ini dan inilah merupakan pendapat majoriti ulamak kecuali Syafi’i dan Ibnu Hazm. Para ulamak bersepakat mengenai kewajipan mandi yang disebabkan oleh keluarnya air mani kerana syahwat pada saat sedar dan yang disebabkan oleh mimpi.454

Pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga selari dengan pandangan Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim di atas. Beliau berkata: tersebut. Ini adalah pada asalnya dia berada di dalam keadaan suci. Perkara yang yakin tidak boleh dihilangkan oleh perkara yang terdapat unsur keraguan. 453 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 55. 454 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 245.

297

Jika mani keluar tanpa syahwat, baik kerana sakit atau kerana cuaca dingin atau penyebab lainnya maka tidak ada kewajipan baginya untuk mandi wajib.455

2) Melakukan Persetubuhan Mandi wajib juga dikenali sebagai mandi janabah. Ini adalah kerana seseorang itu diwajibkan mandi sekiranya dia berada di dalam keadaan janabah. Menurut Imam al-Syafi’i rahimahullah: Allah 'Azza wa Jalla mewajibkan mandi yang disebabkan oleh janabah. Sudah masyhur pula pada lisan orang Arab bahawa janabah bererti bersetubuh (jimak), walaupun dalam bersetubuh itu tidak disertai air yang terpancar (keluar air mani). Rabi’i berkata: Yang dimaksudkan adalah tidak inzal (tidak keluar air mani). Sunnah menunjukkan bahawa janabah adalah bersetubuh antara lelaki dan wanita sehingga zakar lelaki memasuki ke dalam kemaluan wanita atau terlihat keluarnya air mani walaupun tidak jimak.456

Dalil-dalil yang menunjukkan persetubuhan itu mewajibkan seseorang mandi wajib adalah: Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

455 456

298

Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 295. Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 54.

d=R

a+‰=\ 0*... ...ZTQ"o

…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…457 Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

." ُ َْ/ْ‫ ا‬r َ َ‫َْ َوﺝ‬$َ3 )َ‫َ َه‬4َ‫ُ  ﺝ‬H oِ َْ‫ر‬J َ ‫َ) ا‬4ِ#َ*ُ;

َ َْ X َ ََ‫ِإذَا ﺝ‬ Jika lelaki duduk di antara empat anggota tubuh wanita458 lalu bersungguh-sungguh melakukannya (hubungan intim) maka wajib atasnya mandi.459 Dan di dalam lafaz Imam Muslim terdapat penambahan:

.ْ‫ل‬wِ ْ0ُ‫ َوِإنْ َْ ی‬... Meskipun tidak mengeluarkan air mani.460 457

al-Maaidah (5) : 6 Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam oِ َْ‫ر‬J َ ‫َ) ا‬4ِ#َ*ُ; atau empat anggota tubuh wanita bermaksud: 458

Kedua tangan dan kaki wanita. Sedangkan duduknya lelaki di antara kedua tangan dan kaki wanita saat berhubungan intim merupakan salah satu sifat hubungan intim yang layak meskipun dengan sifat lainnya diperbolehkan selama berhubungan intim pada tempat yang diperbolehkan. (Syaikh

‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 382) 459 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 291. 460 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid, no: 348.

299

Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

َْ$َ3 ‫ن‬ َ )َِjْ‫ن ا‬ ُ )َِjْ‫ ا‬X  َ‫ َوﻡ‬oِ َْ‫ر‬J َ ‫َ) ا‬4ِ#َ*ُ;

َ َْ X َ ََ‫ِإذَا ﺝ‬ ." ُ ُْ/ْ‫ ا‬r َ َ‫َوﺝ‬ Jika lelaki duduk di antara empat anggota tubuh wanita lalu kemaluannya bertemu dengan kemaluan isterinya, maka keduanya wajib mandi.461 Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah: Pengertian hadis di atas adalah bahawa wajibnya mandi tidak harus dengan keluarnya air mani.462

Daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha bahawa ada seorang yang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang seorang lelaki yang bersetubuh dengan isterinya kemudian bermalas-malasan, apakah keduanya wajib segera mandi? Pada saat itu ‘Aisyah sedang duduk maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

." ُ َِْ/َ+  ُH -ِ gِ َ‫َ) َوه‬+‫@ َأ‬ َ ِ‫" َذ‬ ُ َ*ْ3J َ K8+‫ِإ‬ Sesungguhnya aku pernah melakukan hal itu, aku dan ini (‘Aisyah), kemudian kami mandi.463 Jelas melalui hadis-hadis di atas menunjukkan sekiranya 461

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 349. 462

Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 480. 463 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid, no: 350.

300

terjadinya persetubuhan di antara lelaki dan pasangan wanitanya, maka hendaklah dia mengerjakan mandi wajib meskipun air mani tidak terkeluar. Namun begitu hal ini tidak disepakati oleh para ulamak. Terdapat juga di kalangan para ulamak yang beranggapan bahawa hanya persetubuhan yang menyebabkan terkeluarnya air mani sahaja yang menyebabkan wajibnya mandi. Jika persetubuhan tersebut tidak mengeluarkan air mani maka memadai bagi mereka untuk hanya mencuci kemaluan dan berwuduk seperti wuduk solat. Dalil-dalil yang dijadikan sandaran mereka adalah seperti berikut: Daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anh, daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

‫ َ) اْ َ) ُء ﻡِ ْ اْ َ) ِء‬+‫ِإ‬ Sesungguhnya air itu kerana air.464 Imam Daud al-Dzahiri rahimahullah berkata: Tidak wajib (mandi) selama tidak keluar air mani berdasarkan hadis: “Sesungguhnya air itu kerana air.”465

Sementara itu terdapat juga beberapa hadis lain yang menunjukkan tidak perlu mandi wajib sekiranya berjimak tanpa mengeluarkan air mani.

464

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Haid,

no: 343. 465

Penulis nukil dari kitab Fikih Thaharah, ms 296 dan Shahih Fikih Sunnah, ms. 246.

301

Yahya berkata: Abu Salamah bercerita kepadaku bahawa Atha’ bin Yasar menyatakan Zaid bin Khalid al-Juhani memberitahukan kepadanya bahawa dia bertanya kepada ‘Uthman bin Affan:

‫ََْ یُ ْ ِ؟‬3 َُ‫" اﻡْ ََأﺕ‬ ُ ُ‫ ا ﺝ‬oَ َ‫ ِإذَا ﺝَ)ﻡ‬M َ ْ‫َأ َرَأی‬ Apa pendapatmu jika seseorang menggauli isterinya dan tidak sampai mengeluarkan air mani.?

.-ُ َ َ‫" َذآ‬ ُ ِْ/َ‫ َ ِة َوی‬Pِ َُ ََ‫ یََ َُ آَ َ) ی‬:‫ن‬ ُ )َ ْRُ5 ‫ل‬ َ )َd ‘Uthman berkata: Dia berwuduk seperti wuduk solat dan mencuci kemaluannya.

.َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ ﺱَ ِ*ُُْ ﻡِ ْ َرﺱ‬:‫ن‬ ُ )َ ْRُ5 ‫ل‬ َ )َd ‘Uthman berkata: Aku mendengarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

daripada

‫ اْ*َا ِم‬ َ ْ َ َْwF ‫ وَا‬r ٍ ِ)َi Kِ‫ َأ‬ َ ْ K  َِ5 @ َ ِ‫َ ْ َذ‬5 M ُ َْ ََ3 ُْ4ْ0َ5 ُ‫ ا‬K َ ِ‫ َر‬r ٍ ْ*َ‫ آ‬ َ ْ K  َ‫َْ ِ اِ َوُأ‬#ُ5

َ ْ َEَ'َْi‫َو‬ .@ َ ِgَ ِ -ُ ‫َ َﻡَُو‬3 Maka aku bertanya-tanya kepada ‘Ali bin Abi Thalib, alZubair bin al-Awwam, Thalhah bin Ubaidillah dan Ubai bin Ka’ab, mereka memerintahkan melakukan hal itu.

ِ َْwF ‫ ا‬ َ ْ ‫ُْ َو َة‬5 ‫ن‬  ‫َ َأ‬Eَ ََ‫ َأُ ﺱ‬Kِ+َ َ#ْU‫ل یَ'َْ َوَأ‬ َ )َd ِ‫ل ا‬ ِ ُ‫@ ﻡِ ْ َرﺱ‬ َ ِ‫ َذ‬oَ ِ َ‫ُ ﺱ‬+‫ َأ‬-ُ َ َ#ْUَ‫ب أ‬ َ F‫ن َأَ) َأی‬  ‫ َأ‬-ُ َ َ#ْU‫َأ‬ .َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫!َ ا‬ Yahya berkata Abu Salamah memberitahuku bahawa ‘Urwah bin al-Zubair memberitahu kepadanya bahawa Abu Ayub memberitahukan bahawa dia mendengar demikian daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi

302

wasallam.466

:‫ل‬ َ )َd ُ+‫ َأ‬r ٍ ْ*َ‫ آ‬ ُ ْ K F َ‫ ُأ‬Kِ+َ َ#ْU‫ل َأ‬ َ )َd ‫ب‬ َ F‫ َأُ َأی‬Kِ+َ َ#ْU‫َأ‬ .ْ‫ل‬wِ ْ0ُ‫ََْ ی‬3 ‫" اْ ََْأ َة‬ ُ ُ‫ ا ﺝ‬oَ َ‫ل اِ ِإذَا ﺝَ)ﻡ‬ َ ُ‫یَ) َرﺱ‬ Diriwayatkan daripada Abu Ayyub, dia berkata: Aku diberitahukan oleh Ubai bin Ka’ab bahawa dia berkata: Wahai Rasulullah, (apa hukumnya) jika seorang lelaki menggauli isterinya dan tidak (sampai) keluar air mani?

.K8َPُ‫ُ  یََ َُ َوی‬H ُْ0ِ‫ اْ ََْأ َة ﻡ‬X  َ‫" ﻡَ) ﻡ‬ ُ ِْ/َ‫ ی‬:‫ل‬ َ )َd Baginda berkata: Hendaknya dia mencuci apa yang menyentuh wanita itu kemudian berwuduk dan solat.

)0َ )َ +‫ِ ُ َوِإ‬U‡‫ك ا‬ َ ‫" َأْ َطُ َوذَا‬ ُ َْ/ْ‫ْ اِ ا‬#َ5 ُ‫ل َأ‬ َ )َd ِْ4ِ3َ ِْU% ِ Abu ‘Abdillah (Imam al-Bukhari) berkata: Mandi lebih hati-hati dan lebih selamat. Demikian keputusan terakhir, hanya sahaja kami jelaskan perkara ini kerana perselisihan yang terjadi di antara mereka.467 Ternyata kedua-dua pandangan ini didirikan di atas dalil-dalil yang sahih dan bagi penulis ianya termasuk di dalam perkara khilafiyah (perkara yang diperselisihkan di kalangan para ulamak). Sewajarnya kita menghormati kedua-dua pandangan tersebut dan tidak berkeras untuk menetapkan pegangan masing-masing terhadap pihak lain. Hanya sahaja penulis 466

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 292. 467 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 293.

303

berpandangan hadis-hadis yang menunjukkan tidak diwajibkan mandi sekiranya persetubuhan tersebut tidak mengeluarkan air mani telah dimansuhkan oleh hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah dan ‘Aishah radhiallahu 'anhuma seperti yang telah penulis bawakan di atas. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah: Jumhur ulamak berpendapat bahawa hubungan badan yang tidak mengeluarkan air mani yang cukup berwuduk sahaja (tidak perlu mandi wajib) telah dimansuhkan dengan hadis Abu Hurairah dan ‘Aisyah yang telah disebutkan pada bab sebelumnya (Hadis no: 291). Dalil penghapusannya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya daripada al-Zuhri daripada Sahal bin Sa’ad, dia berkata: Ubai bin Ka’ab berkata kepadaku bahawa fatwa yang mereka katakan iaitu air (mandi) kerana sebab air (keluarnya mani) adalah keringanan yang diberikan Rasulullah pada permulaan Islam, lalu baginda memerintahkan untuk mandi setelah itu. Riwayat ini disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. AlIsma’ili berkata, “Riwayat ini sahih memenuhi persyaratan Imam al-Bukhari,”

Seterusnya al-Hafidz mengisyaratkan kelemahan hadis tersebut namun begitu beliau berkata: Akan tetapi secara umum jalur periwayatan tersebut boleh dijadikan dalil dan (riwayat tersebut) jelas-jelas untuk menghapuskan hukum yang ada dalam hadis ‘Uthman. Di samping itu, hadis yang mewajibkan mandi meskipun tidak keluar air mani adalah lebih kuat dari hadis Sesungguhnya air itu kerana air kerana yang pertama

304

adalah ucapan langsung sedangkan hadis yang tidak mewajibkan mandi meskipun tidak keluar air mani adalah hasil pemahaman terhadap hadis itu. Atau kemungkinan hadis kedua ini mengandungi makna tekstual, namun konteks hadis yang pertama lebih tegas. Ibnu Abi Syaibah dan lainnya meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas bahawa hadis Sesungguhnya air itu kerana air khusus untuk orang yang mimpi bersetubuh. Ini adalah tafsiran yang mengkompromikan di antara kedua hadis tersebut tanpa ada pertentangan. 468

Imam al-Syafi’i rahimahullah juga telah memberi perbahasan yang menarik berkaitan perkara ini. Beliau telah menyebutkan kata junub dalam bahasa Arab bererti jimak (bersetubuh) meskipun tidak mengeluarkan air mani. Jika dikatakan si fulan telah junub kerana fulanah, bererti dia telah berhubungan badan dengannya walaupun tidak sampai keluar air mani. Imam alSyafi’i juga berkata: Para ulamak tidak berbeza pendapat bahawa zina yang mendapat hukuman adalah hubungan badan walaupun tidak mengeluarkan air mani.469

Oleh itu penulis lebih cenderung dengan mazhab Syafi’i dalam hal ini dan wajib mandi setelah melakukan persetubuhan walaupun tidak mengeluarkan air mani merupakan pandangan yang lebih berhati-hati. Namun begitu ini sama sekali tidak 468

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 483-

484. 469

Penulis nukil daripada kitab Fathul Baari karya al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, jilid 2, ms. 484 dan Fikih Sunnah karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 139.

305

bermakna penulis melihat mereka yang berpandangan bahawa mandi hanya diwajibkan setelah persetubuhan yang mengeluarkan air mani itu sebagai golongan yang tidak berhatihati. Penulis menghormati pandangan tersebut dan adalah manhaj penulis untuk menetapkan perkara khilafiyah sebagai khilafiyah. 3) Terhentinya Haid dan Nifas Haid secara bahasa bermaksud mengalir. Secara syari’at haid adalah darah yang berwarna hitam pekat dan berbau busuk, yang keluar dari kemaluan wanita yang telah baligh mengikut putaran waktu tertentu. Nifas pula adalah darah yang keluar dari kemaluan wanita setelah melahirkan anak. Warna darah nifas adalah sama seperti haid. Istihadhah pula adalah darah yang keluar dari kemaluan wanita yang bukan pada waktu haid mahupun nifas dan warnanya pula adalah merah bersinar. Darah istihadhah adalah darah penyakit di mana bagi wanita yang mengalaminya dianggap suci dan tidak perlu baginya untuk mandi wajib. Telah sepakat para ulamak bahawa setelah berhentinya darah haid mahupun nifas maka diwajibkan bagi wanita untuk menyucikan diri dengan mengerjakan mandi wajib. Dalil-dalil berkaitan haid adalah seperti berikut: Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: M€ .#3 }45L± 7F  #‡ a‹#  7´e…"M☺J> >®Mµh"o CPj/

306

t* ]5G> $%  7´e…"M☺J> _| z⌧ TF#‡AZJ" "j*y"o 

0aZQhm hF ¶k#‡#o"o 0aZTQ"m" _ ‘ +\Z / PJb⌧ ¢3 ²  0* ¢3 ²

ˆ*AI@‰> 7:::; ƒ Z*‡Q"m -☺J> Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.470 Telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawasanya Fathimah binti Abi Hubaisy mengalami istihadhah, maka dia bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan Nabi bersabda:

Kِ5َ َ3 ُEَ1َْ'ْ‫ْ ا‬Mََ#ْd‫ذَا َأ‬Vِ َ3 .ِEَ1َْ'ْ)ِ ْMََْ‫ِْقٌ َو‬5 @ ِ ِ‫َذ‬ .K8َ!‫ َو‬Kَِِْ\)َ3 ْ‫ َ َة َوِإذَا َأدَْ َت‬P‫ا‬ Yang demikian itu adalah penyakit dan bukan haid. Apabila telah datang waktu haid maka tinggalkanlah 470

al-Baqarah (2) : 222

307

solat; dan apabila telah berlalu (waktu haid tersebut) maka mandilah dan laksanakan solat.471 Sebenarnya darah nifas juga merupakan darah haid hanya sahaja darah nifas itu keluar setelah sesorang wanita itu melahirkan anak. Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim: Secara ijmak hukum nifas adalah sama dengan hukum haid dan pernah disebutkan daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa baginda pernah mengiktibarkan nifas dengan haid dan sebaliknya.472

Bukti menunjukkan hal tersebut adalah adalah seperti peristiwa yang diriwayatkan oleh ‘Aishah radhiallahu 'anha: Kami berangkat tanpa ada maksud selain mengerjakan ibadah haji. Ketika kami telah berada di suatu tempat yang bernama Sarif aku mengalami haid, maka Rasulullah masuk menemuiku sedangkan aku dalam keadaan menangis.

.M ِ ِْ.ُ+‫@ َأ‬ ِ َ )َ‫ ﻡ‬:‫ل‬ َ )َd

Baginda bertanya: Ada apa denganmu? Apakah engkau sedang nifas?

!َْ*َ+ :M ُ ُْd

Aku menjawab: Benar!473 471

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alHaid, no: 320. 472 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 249. 473

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alHaid, no: 294.

308

Oleh itu bagi wanita yang telah berhentinya darah nifas maka dia juga perlu menyucikan dirinya dengan mandi wajib. Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani: Ijmak ulamak menyebutkan bahawa wanita yang telah berhenti dari nifas wajib mandi sebagaimana wanita yang yang telah berhenti dari haid.474

4) Kematian Orang Islam yang meninggal dunia wajib dimandikan kecuali mereka yang syahid di medan pertempuran. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi: Di antara yang mewajibkan mandi adalah kematian. Ini adalah sesuatu yang telah disepakati (ijmak) umat bahawa mayat hendaklah dimandikan baik lelaki mahupun perempuan, besar ataupun kecil, kecuali seseorang yang mati syahid di jalan Allah. Orang yang mati syahid hendaklah dia dibiarkan seperti apa yang sedia ada padanya dan hendaklah dia dikafankan dengan pakaian yang dipakainya saat mati syahid.475

Dalilnya adalah seperti berikut: Daripada Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anh, dia berkata: Ketika seseorang berdiri bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di ‘Arafah, tiba-tiba dia terjatuh dari 474

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 114. 475 Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms. 300.

309

kenderaannya hingga lehernya patah. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

% َ ‫ َو‬-ُ ُO80َ'ُ‫ ﺕ‬% َ ‫ َو‬ ِ ََْْH Kِ3 -ُ ُ08.َ‫ ِ َ) ٍء َوﺱِْ ٍر َوآ‬-ُ ُِْ\‫ا‬ .)ً8#َُ‫ِ ﻡ‬Eَ‫َِ)ﻡ‬$ْ‫ُُ یَْ َم ا‬Rَ*ْ#َ‫ن اَ ی‬  ِVَ3 َُ‫ُوا َرأْﺱ‬8 َjُ‫ﺕ‬ Mandikanlah dia dengan air dan sidr (daun bidara) dan kafankanlah dia dengan dua pakaian (ihramnya), dan janganlah kalian memberinya wangi-wangian serta jangan pula menutupi kepalanya, kerana sesungguhnya Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dalam keadaan bertalbiyah.476 Daripada Ummu ‘Athiyyah al-Anshariyah radhiallahu 'anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masuk menemui kami ketika puterinya meninggal dunia lalu bersabda:

@ َ ِ‫ َذ‬  ُْ‫@ ِإنْ َرَأی‬ َ ِ‫َ َ ﻡِ ْ َذ‬Rْ‫َ ًْ) َأوْ َأآ‬U ْ‫ً) َأو‬Hَ َH )َ4َ0ِْْ\‫ا‬ .‫ِ َ) ٍء َوﺱِْ ٍر‬ Mandikanlah dia tiga kali atau lima kali atau lebih banyak dari itu jika kamu beranggapan hal itu perlu dengan menggunakan air dan sidr (daun bidara).477 5) Orang Kafir Masuk Islam Telah sabit dalil-dalil menunjukkan adanya saranan daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang perlunya bagi 476

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJana’iz, hadis no 1266. 477 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJana’iz, hadis no 1253.

310

orang kafir yang bertukar agamanya ke agama Islam untuk mandi wajib. Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, dia berkata:

s ُ ‫ !َ ا‬K F #ِ0َ‫ْ َ ﻡَ) َأﺱَْ َ ا‬0ِ5 ‫ل‬ ٍ )َH‫ ُأ‬ ِ ْ َEَ‫ُ َ)ﻡ‬H ِEPِd ْKِ3 ." َ ِْ/َ‫ََِْ َوﺱَ َ َأنْ ی‬5 Dalam kisah Tsumamah bin Utsal ketika memeluk Islam, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkannya untuk mandi.478 Daripada Qais bin ‘Ashim, dia berkata:

Kِ+َ َ‫َ َﻡ‬3 ‫ﺱْ َ َم‬W ِ ‫ََِْ َوﺱَ َ ُأرِی ُ ا‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ ا‬M ُ َْ‫َأﺕ‬ ‫" ِ َ) ٍء َوﺱِْ ٍر‬ َ َِْ\‫َأنْ َأ‬ Suatu ketika saya datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk masuk Islam lalu baginda memerintahkan saya mandi dengan air dan daun bidara.479 Tentang hikmah diperintahkan mandi bagi orang kafir yang memeluk Islam menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani: Hal itu kerana seseorang yang masuk Islam bererti telah 478

Hadis riwayat Imam Abdur Razaq dan juga al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani di dalam Bulughul Maram, no: 98, Bab al-Ghusli wa Hukmul Junubi, no: 98. Menurut pensyarah kitab Bulughul Maram iaitu Syaikh ‘Abdullah al-Bassam hadis ini sahih, diriwayatkan oleh al-Baihaqi melalui Abdur Razaq, sanadnya sahih daripada perawi hadis Bukhari-Muslim, juga berasal dari keduanya. Hadis ini dinilai sahih juga oleh Ibnu Khuzaimah. 479 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 301.

311

membersihkan batinnya dari najis syirik, maka hikmah diperintahkannya mandi adalah agar orang tersebut juga membersihkan badannya dari najis yang lahir.480

Ada juga yang beranggapan tujuan diperintahkan orang yang baru memeluk Islam untuk mandi adalah kerana secara umumnya mereka ketika kafir tidak suci dari janabah. Namun begitu para ulamak berbeza pendapat tentang hukumnya samada wajib mahupun sunat dan ianya boleh dibahagikan kepada tiga pendapat. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam: Pendapat Pertama: Imam Malik dan Ahmad berpendapat wajibnya mandi ketika seseorang masuk Islam, baik pada masa kufurnya ada sebab lain yang mewajibkannya mandi ataupun tidak. Pendapat ini adalah mazhab Abu Tsaur dan Ibnul Mundzir. Mereka berpedoman pada hadis bab ini (Tsumamah bin Utsal) dan hadis yang diriwayatkan Ahmad dan al-Tirmidzi bahawa Qais bin Ashim ketika masuk Islam diperintahkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk mandi dan perintah ini wajib. Syaikh alAlbani mengatakan bahawa sanad hadisnya sahih. Pendapat Kedua: Menurut Imam Syafi’i tidak diwajibkan mandi kecuali jika pada masa kufurnya ada hal yang menyebabkan wajibnya mandi. Pendapat Ketiga: Sedangkan Imam Hanafi berpendapat bahawa orang kafir yang masuk Islam tidak diwajibkan 480

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 110.

312

mandi, mereka berpedoman bahawa Islam membatalkan sesuatu yang sebelumnya (ketika kafir) dan seandainya setiap orang yang masuk Islam diperintahkan untuk mandi maka pastilah diriwayatkan dengan hadis yang mutawatir481. Adapun hadis Qais bin Ashim menunjukkan sunat. Sementara al-Khaththabi menyatakan bahawa ini adalah pendapat majoriti ulamak.482

Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam tentang pendapat kedua: Ia adalah pendapat yang tidak didukung oleh dalil kerana tidak ada hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan tentang orang yang masuk Islam seperti itu.483

Kini yang tinggal hanya pendapat yang menyatakan wajib serta sunat secara mutlak. Menurut Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim: Pendapat yang paling kuat dalam masalah ini adalah apabila orang kafir (baik kafir asli mahupun kafir murtad) hendak masuk Islam, maka diwajibkan mandi secara mutlak.484

ٌِ‫ ﻡََُاﺕ‬bermaksud berturut-turut. Menurut istilah hadis mutawatir adalah hadis yang diriwayatkan oleh ramai orang dan kemudian diterima pula oleh ramai orang yang semisalnya yang menurut adat mustahil mereka bersepakat untuk berdusta. 482 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 391-392. 483 Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 392. 484 Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 251. 481

313

Tentang pandangan Islam membatalkan sesuatu yang sebelumnya (yakni ketika kafir) adalah berlandaskan dalil berikut: Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

NF ˜> ‹# 0* 'Z⌧'$ž xQ"> aZ⌧'J4 Q ‰° 0* MD3Mf h"  hŽ$‚  h""o e# 7Š; ƒˆ>-E Žf Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.485 Hadis ‘Amru bin al-Ash secara marfu’ (sanad bersambung kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam)

.َُْ#َd ‫ن‬ َ )َ‫ْ ِ ُم ﻡَ) آ‬4َ‫ﺱْ َ َم ی‬W ِ‫ا‬ Islam menggugurkan sebelumnya.486

apa-apa

yang

terjadi

Pada dasarnya dalil-dalil di atas bersifat mutlak atau umum. Sedangkan hadis-hadis yang menunjukkan perintah untuk 485

al-Anfaal (8) : 38 Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alImaan, no: 121, 486

314

mandi itu adalah bersifat khusus. Kaedah ushul fiqh menyatakan lafaz mutlak tetap pada kemutlakannya selama tidak ada dalil yang mengikatnya baik berupa nas mahupun petunjuk (dalalah). Penulis berpandangan perintah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk mandi bagi orang kafir yang masuk Islam telah mengikat kemutlakan dalil-dalil tersebut. Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim berkata: Pengambilan ayat dan hadis di atas sebagai dalil masih harus diulang kaji kerana yang dimaksudkan melalui ayat dan hadis tadi adalah pengampunan dosa-dosa. Para ulamak bersepakat bahawa seorang yang masuk Islam yang memiliki tanggungan hutang atau qishash, maka keislamannya tidak dapat menggugurkan tanggungan tadi.487

Tentang pandangan yang menyatakan seandainya setiap orang yang masuk Islam diperintahkan untuk mandi maka pastilah diriwayatkan dengan hadis yang mutawatir, dapat kita sanggahi dengan menyatakan bahawa perintah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kepada satu orang juga berlaku kepada seluruh manusia. Menurut Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim: Kewajipan mandi nampak sangat jelas kerana perintah Rasulullah kepada sebahagian sahabat (tentu) telah disampaikan kepada sahabat yang lainnya. Oleh kerana itu anggapan bahawa tidak ada perintah kepada sebahagian sahabat yang lain tidak boleh dijadikan

487

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 251.

315

pegangan.488

6) Mandi Pada Hari Jumaat Hikmah untuk mandi pada hari Jumaat adalah bagi menyegarkan badan supaya dapat menambah kekhusyukkan ketika mengerjakan solat Jumaat. Walaupun begitu perintah ini juga ditujukan kepada kaum wanita. Di samping itu mandi pada hari Jumaat juga bertujuan untuk menghilangkan bau-bau badan yang boleh menggangu pihak lain ketika mengerjakan solat Jumaat. Oleh itu waktu yang paling utama untuk mandi pada hari Jumaat adalah sebelum berangkat ke masjid untuk mengerjakan solat Jumaat. Namun begitu menurut Imam alSyafi’i rahimahullah ianya boleh dikerjakan setelah terbit fajar pada hari Jumaat. Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata: Imam al-Syafi’i berpendapat bahawa mandi Jumaat akan mendapat pahala jika dilakukan setelah terbit fajar.489

Tambah al-Hafidz Ibnu Hajar lagi: Apabila diketahui bahawa hikmah diperintahkan mandi dan memelihara kebersihan semasa solat Jumaat adalah demi menjaga ketenangan jamaah agar tidak terganggu dengan bau yang tidak enak, maka barangsiapa yang khuatir kebersihan dan keharuman tubuhnya hilang pada siang hari, dia lebih dianjurkan untuk mengakhirkan mandinya hingga menjelang berangkat solat Jumaat.490

488

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 251. 489 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 5, ms. 43. 490 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 20.

316

Namun begitu para ulamak berbeza pendapat tentang hukum mandi pada hari Jumaat ini samada wajib atau sunat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa hukum mandi pada hari Jumaat ini adalah wajib, mereka memandang meninggalkannya adalah satu perbuatan yang berdosa. Ini merupakan pendapat Abu Hurairah, ‘Ammar bin Yasir, Abu Sa’id al-Khudri, alHassan, Imam Malik, Imam Ahmad dan Ibu Hazm. Dalil-dalil yang dipergunakan oleh mereka adalah seperti berikut: Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ٍ َِْ'ُ‫" ﻡ‬ 8 ُ‫ََ آ‬5 ٌrِ‫ِ وَاﺝ‬Eَ*ُ ُZْ‫" یَْ ِم ا‬ ُ ُْ\

Mandi hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang bermimpi (sudah akhil baligh).491 Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu 'anh, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.ْ"َِْ/ََْ3 َEَ*ُ ُZْ‫ِإذَا ﺝَ) َء َأَ ُآُْ ا‬ Apabila salah seorang daripada kamu hendak melaksanakan solat Jumaat maka hendaklah mandi terlebih dahulu.492 Daripada ‘Amr bin Sulaim, dia berkata: Saya menyaksikan (mendengarkan) Abu Sa’id, dia berkata: Saya menyaksikan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

491

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJumu’ah, no: 879. 492 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJumu’ah, no: 877.

317



 ََْ‫" ﻡُ'َِْ ٍ َوَأنْ ی‬ 8 ُ‫ََ آ‬5 ٌrِ‫ِ وَاﺝ‬Eَ*ُ ُZْ‫" یَْ َم ا‬ ُ ُْ/ْ‫ا‬ .َ َ‫ً) ِإنْ َوﺝ‬#ِi X  َ َ‫َوَأنْ ی‬ Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi orang yang sudah baligh, begitu juga menggosok gigi dan memakai wangi-wangian jika memungkinkan.493 Tentang pendapat wajibnya mandi pada hari Jumaat Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah berkata: Inilah pendapat yang benar yang tidak selayaknya beralih darinya sebab hadis-hadis sandarannya lebih kuat sanadnya dan lebih tegas maknanya dari hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh para penentangnya untuk menetapkan hukum sunat.494

Namun begitu jumhur ulamak termasuk Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Abbas radhiallahu 'anhuma daripada kalangan para sahabat berpandangan bahawa hukum mandi pada hari Jumaat hanyalah sunat dan tidak diwajibkan. Imam kita Muhammad bin Idris alSyafi’i rahimahullah berkata: Adapun mandi Jumaat dalil-dalil yang ada pada kami menunjukkan bahawa ia diperintahkan atas dasar pilihan (hukum sunat).495

Pada dasarnya dalil-dalil yang dijadikan landasan oleh 493

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJumu’ah, no: 880. 494 Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, jilid 1, ms. 135. 495 Imam al-Syafi’i, Ringkasan Kitab al-Umm, jilid 1, ms. 57.

318

golongan kedua ini adalah sama seperti mereka yang menyatakan mandi pada hari Jumaat itu wajib. Hanya sahaja perkataan ٌrِ‫( وَاﺝ‬diwajibkan) yang terdapat pada hadis Abu Sa’id496 hanya menunjukkan perintah yang ditekankan (sunah mu’akkad) dan bukan wajib yang apabila ditinggalkan seseorang itu berdosa. Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar pengarang kitab al-Ghaniyah iaitu Ibnu Suraj telah berkata: Imam al-Syafi’i sendiri di dalam kitab al-Risalah (setelah menyebutkan kedua hadis daripada Ibnu ‘Umar dan Abi Sa’id) menyatakan: “Kata ٌrِ‫ وَاﺝ‬yang terdapat pada hadis di atas memiliki dua maksud yang berkemungkinan Pertama: wajib yang apabila tidak dikerjakan maka seseorang tidak akan mendapatkan pahala bersuci untuk solat Jumaat. Kedua: wajib yang berbentuk anjuran untuk menjaga kemuliaan akhlak dan kebersihan ketika masuk masjid.497

Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar: Imam al-Syafi’i lebih cenderung kepada maksud yang kedua berdasarkan cerita ‘Uthman bin ‘Affan dan ‘Umar al-Khaththab.498

Mari kita lihat riwayat tersebut. Daripada Ibnu ‘Umar radhiallahu 'anh, bahawa ketika 496

Sila rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 879) yang telah penulis paparkan sebelum ini. 497 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 29. 498 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 29.

319

‘Umar al-Khaththab berdiri di atas mimbar untuk menyampaikan khutbah Jumaat, tiba-tiba seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam daripada kaum Muhajirin (yakni ‘Uthman al-‘Affan) masuk, maka ‘Umar memanggil (dan bertanya):

‫ِ؟‬-gِ َ‫ٍ ه‬Eَ5)َ‫ُ ﺱ‬E‫َأی‬ Jam berapa ini? Orang muhajirin itu berkata:

ََْ3

َ ‫ اْذِی‬M ُ ْ*ِ َ‫ َ ﺱ‬Kِْ‫ْ ِإَ َأه‬rَِ$ْ+‫ََْ َأ‬3 M ُ ِْ/ُ; K8+‫ِإ‬ .‫ت‬ ُ َْ َ‫َأ ِزدْ َأنْ ﺕ‬ Aku sangat sibuk sampai ketika pulang ke rumah aku mendengar azan dan tidak sempat melakukan apa-apa kecuali hanya berwuduk. ‘Umar berkata:

ُ‫ل اِ !َ ا‬ َ ُ‫ن َرﺱ‬  ‫ َأ‬M َ ْ َِ5 َْd‫ً) َو‬1ْ‫وَاْ ُُ ُء َأی‬ ."ُْ/ْ)ِ ُ ُ‫ن یَْﻡ‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 Hanya wuduk? Tidakkah kamu mengetahui bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan untuk mandi (sebelum melaksanakan solat Jumaat).499 Menurut Imam al-Syafi’i sekiranya mandi pada hari Jumaat itu wajib, pasti ‘Umar akan menyuruh ‘Uthman mandi terlebih dahulu, namun ini tidak berlaku. Hal itu membuktikan bahawa 499

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alJumu’ah, no: 878.

320

mereka berdua sedia memahami bahawa mandi pada hari Jumaat itu tidaklah diwajibkan tetapi ianya hanyalah berbentuk anjuran daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Menerusi hadis ini jugalah timbulnya kesepakatan di kalangan para ulamak bahawa solat Jumaat tanpa mandi terlebih dahulu hukumnya sah baik bagi mereka yang menganggapnya wajib mahupun sunat. Berkenaan dengan hadis ‘Abdullah ibnu ‘Umar radhiallahu 'anh500 huruf ‫ ف‬pada perkataan ْ"َِْ/ََْ3 membuktikan mandi pada hari Jumaat hanyalah berbentuk anjuran. Menurut alHafidz Ibnu Hajar: Makna huruf ‫ ف‬dalam hadis ini sama dengan makna huruf ‫ ف‬dalam firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

  "j*  = 

sfIZ> z{JbM’ . hCM ˆ A ‡""o ... €"M] 4x?·JQ%¤ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya…501 502

Ternyata perintah untuk bersedekah di dalam ayat di atas hanyalah bersifat anjuran dan bukan wajib.

500

Sila rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 877) yang telah penulis paparkan sebelum ini. 501 al-Mujaadalah (58) : 12 502 Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari, jilid 2, ms. 17.

321

Tambahan pula pada hadis ‘Amr bin Sulaim503 perintah untuk mandi pada hari Jumaat itu diletakkan sebaris dengan bersiwak (menggosok gigi) dan memakai minyak wangi yang merupakan perbuatan yang sunat. Apatah lagi ianya disambungkan dengan huruf ‫ و‬yang menunjukkan persamaan hukum. Menurut alQurthubi dan Ibnu al-Manayyar rahimahumallah tidak dibenarkan menyatukan hukum wajib dengan hukum sunat dalam satu kalimat.504 Oleh itu hukum mandi pada hari Jumaat adalah sama dengan bersiwak serta memakai minyak wangi yakni sunat. Ibnu Daqiq al-‘Ied rahimahullah pula berkata: Majoriti ulamak berpendapat bahawa mandi Jumaat itu hukumnya sunat mereka mengertikan bentuk perintah itu hanya menunjukkan disukai (anjuran) dan bentuk wajib itu menunjukkan penekanan sebagaimana lahiriah hadis: Daripada Samurah bin Jundub radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

" َ ََْ\‫ْ َوﻡَ ْ ا‬Mَ ْ*ِ+‫َ) َو‬4ِ#َ3 ِEَ*ُ ُZْ‫ﻡَ ْ ﺕَ َ َ یَْ َم ا‬ ." ُ َ1ْ3‫" َأ‬ ُ ُْ/ْ)َ3 Barangsiapa berwuduk pada hari Jumaat, maka hal itu sudah cukup baginya. Akan tetapi, barangsiapa mandi maka hal itu lebih utama.505

503

Sila rujuk hadis riwayat Imam al-Bukhari (no: 880) yang telah penulis paparkan sebelum ini. 504 Rujuk Fathul Baari, jilid 5, ms. 32. 505 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alJumu’ah, no: 457. Hadis ini turut diriwayatkan oleh al-Nasa’i, Abu

322

Demikianlah perbahasan tentang hukum mandi pada hari Jumaat. Penulis terbuka kepada kedua-dua pendapat kerana ianya didirikan atas hadis-hadis yang sabit dan kaedah-kaedah fekah yang benar. Hanya sahaja bagi penulis hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mandi pada hari Jumaat agar kita mendapat ganjaran pahala kerana mengerjakannya. Apatah lagi bagi umat Islam di Malaysia, kita sedikitpun tidak memiliki sebarang kesulitan untuk mandi pada hari Jumaat sekurang-kurangnya pada awal pagi sebelum bertolak ke tempat kerja. Menurut Syaikh Sa’id al-Qahtani: Syaikh Ben Bazz (rahimahullah) berpendapat mandi pada hari Jumaat hukumnya sunah mu’akkad (sangat dianjurkan) dan agar lebih selamat, setiap Muslim hendaklah selalu mandi pada hari Jumaat agar terlepas dari pendapat yang menyatakan bahawa mandi jumaat hukumnya wajib.506

Manakala Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah rahimahullah juga memiliki pandangan yang sederhana berkaitan hukum mandi pada hari Jumaat: Beliau berkata: Mandi itu hukumnya sunat tetapi wajib bagi orang yang memiliki bau yang tidak sedap dan memiliki keringat yang menganggu orang-orang yang solat dan para malaikat, maka orang itu tidak boleh menghadiri (solat) Jumaat serta berkumpul dengan kaum Muslimin dalam keadaan demikian (bau tak sedap) sampai dia menghilangkannya Dawud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad. Syaikh al-Albani menilai hadis ini hassan di dalam kitab Shahih Abu Dawud. 506 Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, ms. 129.

323

dengan cara mandi dan bersih-bersih.507

MANDI-MANDI YANG DISUNATKAN Berikut adalah secara ringkasnya beberapa perkara yang disunatkan untuk mandi iaitu apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tidaklah pula ianya berdosa mahupun tercela. 1) Mandi pada pagi Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha Adalah disunnahkan untuk mandi pada pagi Hari Raya iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Hari Raya. Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang mandi; apakah harus mandi setiap hari? Maka beliau menjawab: Tidak harus. Namun, yang harus mandi ialah pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari ‘Ied al-Adha dan ‘Ied alFithri.508 Menurut Imam al-Nawawi rahimahullah di dalam kitab Majmu’nya (jilid 1, ms. 7): Imam al-Syafi’i dan rakan-rakannya mengatakan: “Untuk melaksanakan solat ‘Ied al-Fithri dan ‘Ied al-Adha dianjurkan mandi. Tidak ada perbezaan pendapat di

507

Penulis nukil dari kitab Syarah Bulughul Maram, jilid 1, ms. 398. Hadis riwayat Imam al-Syafi’i di dalam Musnad al-Syafi’i, jilid 1, ms.118-119. 508

324

dalam masalah ini.”509

2) Setelah Memandikan Jenazah Setelah memandikan jenazah adalah disunnahkan untuk mandi. Dalilnya adalah seperti berikut: Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

.َْ َََْ3 ََُ َ ْ َ‫َِْ"ْ َوﻡ‬/ََْ3 M َ 8َ ْ‫" ا‬ َ َ\ ْ َ‫ﻡ‬ Barangsiapa yang memandikan jenazah, hendaklah mandi sesudahnya dan barangsiapa yang mengusungnya hendaklah berwuduk.510 3) Setelah Menguburkan Mayat Orang Musyrik Setelah menguburkan mayat orang yang mati dalam keadaan syirik kepada Allah 'Azza wa Jalla maka disunatkan bagi kita untuk mandi. Ini adalah berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh. Dia datang kepada Nabi dan berkata:

.‫ت‬ َ )َ‫ ﻡ‬r ٍ ِ)َi )َ‫ن َأ‬  ‫ِإ‬

Sesungguhnya Abi Thalib telah mati. Nabi bersabda:

.-ِ ‫ََا ِر‬3 ْrَ‫اذْه‬ 509

Dinukil dari artikel karangan Abu Ihsan al-Atsari bertajuk Mendulang Sunnah Nabi Pada Hari Raya ‘Iedul Fitri yang diterbitkan oleh majalah As-Sunnah, edisi 08/VII/1424H/2003M, ms. 23. 510 Hadis riwayat Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab al-Jana’iz, no: 3161.

325

Pergilah dan kuburkanlah dia. Ali berkata lagi:

.)ً‫ْ ِآ‬Tُ‫ت ﻡ‬ َ )َ‫ُ ﻡ‬+‫ِإ‬ Dia meninggal dalam keadaan musyrik. Nabi kembali menyahut:

.-ِ ‫ََا ِر‬3 ْrَ‫اذْه‬ Pergilah dan kuburkanlah dia. Setelah menguburkannya, saya kembali kepada baginda. Baginda bersabda kepadaku:

.ْ"َِْ\‫ا‬ Mandilah.511 4) Setelah Terjaga Dari Pengsan Adalah disunatkan untuk mandi setelah tersedar dari pengsan. Ini adalah sebagaimana diriwayatkan daripada Ubaidillah bin Abdullah bin Utbah radhiallahu 'anh, dia berkata:

‫ض‬ ِ َ َ‫َ ْ ﻡ‬5 Kِ0ِH8 َ'ُ‫ ﺕ‬% َ ‫ َأ‬M ُ ُْ$َ3 َEَTِ‫َ)ﺉ‬5 ََ5 M ُ َْU‫َد‬ " َ ُ$َH !ََ :ْMَ)َd .َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫َرﺱ‬ :)َ0ُْd ‫)سُ؟‬0‫ َأ!َ ا‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ا‬ .r ِ َ1ْjِ ْ‫ ا‬Kِ3 ‫ ﻡَ) ًء‬Kِ ‫ َ*ُا‬:‫ل‬ َ )َd .@ َ َ+‫ُِو‬qَْ0َ‫ هُْ ی‬% َ .‫ق‬ َ )َ3‫ُ  َأ‬H ََِْ5 K َ ِ ْ\َُ3 ‫ُ َء‬0َِ r َ َ‫ه‬gَ َ3 " َ ََْ\)َ3 )َ0َْ*َ.َ3 :ْMَ)َd 511

Hadis riwayat Imam al-Nasa’i di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 190.

326

ُْ‫ ه‬% َ :)َ0ُْd ‫)سُ؟‬0‫ َأ!َ ا‬:َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫ل !َ ا‬ َ )َ$َ3 Kِ3 ‫ ﻡَ) ًء‬Kِ ‫ َ*ُا‬:‫ل‬ َ )َd .ِ‫ل ا‬ َ ُ‫@ یَ) َرﺱ‬ َ َ+‫ُِو‬qَْ0َ‫ی‬ K َ ِ ْ\َُ3 ‫ُ َء‬0َِ r َ َ‫ُ  َذه‬H " َ ََْ\)َ3 َ َ*َ$َ3 :ْMَ)َd .r ِ َ1ْjِ ْ‫ا‬ .‫ق‬ َ )َ3‫ُ  َأ‬H ََِْ5 ‫ل‬ َ ُ‫@ یَ) َرﺱ‬ َ َ+‫ُِو‬qَْ0َ‫ هُْ ی‬% َ :)َ0ُْd ‫)سُ؟‬0‫ َأ!َ ا‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 " َ ََْ\)َ3 َ َ*َ$َ3 r ِ َ1ْjِ ْ‫ ا‬Kِ3 ‫ ﻡَ) ًء‬Kِ ‫ َ*ُا‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 .ِ‫ا‬ .‫ق‬ َ )َ3‫ُ  َأ‬H ََِْ5 K َ ِ ْ\َُ3 ‫ُ َء‬0َِ r َ َ‫ُ َذه‬H "Saya pernah masuk ke rumah Aisyah dan bertanya kepadanya: Bolehkah kamu ceritakan kepadaku tentang sakit yang dideritai oleh Rasulullah s.a.w? Aisyah menjawab: Tentu! Ketika sakitnya semakin berat, Nabi s.a.w bertanya: Apakah orang ramai sudah mengerjakan solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau. Lantas baginda berkata: Letakkan air ke dalam bekas. Lalu kami lakukan perintah baginda itu. Baginda mandi seterusnya cuba bangun untuk menunaikan solat berjemaah lalu pengsan. Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Letakkan air ke dalam bekas. Aisyah berkata lagi: Baginda duduk dan mandi, kemudian cuba bangun untuk menunaikan solat berjemaah lalu pengsan. Kemudian baginda sedar lantas bertanya: Adakah orang ramai sudah solat? Kami menjawab: Belum. Mereka sedang menunggu engkau wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Letakkan air ke dalam bekas lalu baginda duduk dan mandi, kemudian cuba bangun untuk

327

menunaikan solat berjemaah lalu pengsan. 512 Melalui riwayat di atas kita dapati Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah pengsan sebanyak tiga kali dan setiap kali baginda terjaga maka baginda akan mandi walaupun pada ketika itu baginda terpaksa bersusah-payah untuk melakukannya kerana keuzuran. 5) Setelah Berbekam Adalah disunatkan untuk mandi setelah berbekam. Ini adalah berlandaskan hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha, dia berkata:

oٍ َْ‫" ﻡِ ْ َأر‬ ُ َِْ/َ‫ن ی‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َأ‬ " ِ ُْ\ ْ ِ‫ِ َوﻡ‬Eَ‫َ)ﻡ‬Zِ'ْ‫ِ َوﻡِ ْ ا‬Eَ*ُ ُZْ‫ِ َویَْ َم ا‬Eَ)َ0َZْ‫ﻡِ ْ ا‬ .M ِ 8َ ْ‫ا‬ Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa mandi kerana empat perkara iaitu kerana junub, ketika hendak solat Jumaat, sesudah berbekam dan setelah memandikan jenazah.513 6) Ketika Hendak Mengulangi Persetubuhan Adalah disunatkan untuk mandi apabila hendak mengulangi persetubuhan setelah selesai melakukannya pada pertama kalinya. Ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Rafi’ radhiallahu 'anh, dia berkata: 512

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alAzan, no: 687. 513 Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 294.

328

Suatu hari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menggilirkan [melakukan hubungan seks] dengan isteri-isterinya dan baginda mandi setiap kali hendak mengulangi persetubuhan. Abu Rafi’ berkata: Aku bertanya:

.‫ْ*َُُ \ُْ ً وَاًِا‬Zَ‫ ﺕ‬% َ ‫ل اِ َأ‬ َ ُ‫یَ) َرﺱ‬ Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak cukup mandi sekali sahaja (setelah persetubuhan terakhir)? Baginda menjawab:

.r ُ َْi‫َا َأزْآَ َوَأ‬gَ‫ه‬ Apa yang aku lakukan itu adalah lebih bersih dan lebih harum.514 7) Ketika Hendak Ihram Haji Atau Umrah Disunatkan untuk mandi bagi mereka yang ingin memakai pakaian untuk ihram. Dalil bagi disyari’atkan hal ini adalah hadis yang diriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit radhiallahu 'anh, dia berkata:

." َ ََْ\‫هْ َِِ وَا‬W ِ ‫َ  َد‬Zَ‫ََِْ َوﺱَ َ ﺕ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ُ َرأَى ا‬+‫َأ‬ Sesungguhnya aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam (ketika hendak ihram) menanggalkan pakaian berjahit dan mandi terlebih dahulu.515

514

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 189. 515 Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alHajj, no: 760.

329

8) Ketika Hendak Masuk Makkah Adalah disunatkan untuk mandi ketika hendak memasuki kota Makkah. Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Nafi’, dia berkata:

‫َ اْ'َ َ ِم‬+ْ‫" َأد‬ َ َU‫ُ َ) ِإذَا َد‬4ْ0َ5 ُ‫ ا‬K َ ِ‫ُ َ َ َر‬5

ُ ْ‫ن ا‬ َ )َ‫آ‬ ِِ K8َPُ‫ُ  ی‬H ‫ًِى‬i ‫ِي‬gِ M ُ ِ#َ‫ُ  ی‬H ِEَِ#ْ‫َ ْ ا‬5 @ َ َْ‫َأﻡ‬ ََِْ5 ُ‫ اِ !َ ا‬K  ِ#َ+ ‫ن‬  ‫ث َأ‬ ُ 8 َ'ُ‫ وَی‬." ُ َِْ/َ‫ َوی‬n َ ْ#FP‫ا‬ .@ َ ِ‫" َذ‬ ُ َ*ْ.َ‫ن ی‬ َ )َ‫َوﺱَ َ آ‬

Apabila Ibnu ‘Umar radhiallahu 'anhuma memasuki daerah yang paling dekat ke wilayah tanah haram dia berhenti mengucapkan talbiyah kemudian bermalam di Dzi Thuwa lalu solat subuh di sana dan mandi. Dia menceritakan bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah melakukan seperti itu.516 9) Ketika Hendak Wukuf di ‘Arafah Adalah disunatkan bagi jemaah haji yang hendak wukuf di ‘Arafah untuk mandi terlebih dahulu. Dalilnya adalah: Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh pernah ditanya tentang mandi; apakah harus mandi setiap hari? Maka beliau menjawab: Tidak harus. Namun, yang harus mandi ialah pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari ‘Ied al-Adha dan ‘Ied alFithri.517 516

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alHajj, no: 1573. 517 Hadis riwayat Imam al-Syafi’i di dalam Musnad al-Syafi’i, I/118119.

330

10) Bagi Wanita Istihadhah Yang Ingin Mengerjakan Solat Adalah disunatkan bagi wanita yang istihadhah (mengeluarkan darah bukan pada hari-hari haid mahupun nifas) mandi setiap kali ingin mengerjakan solat atau satu kali mandi untuk solat Zuhur dan Asar, dan satu kali untuk solat Maghrib dan Isyak, dan sekali lagi untuk solat subuh. Ini berdasarkan hadis ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

‫ل‬ ِ ُ‫ْ ِ َرﺱ‬4َ5 Kِ3 ْMَ1ِ'ُْ‫Œ اﺱ‬ ٍ ْ'َ‫ ﺝ‬M َ ْ0ِ َEَ#ِ#َ ‫ن ُأ م‬  ‫َأ‬ .‫" !َ َ ٍة‬ 8 ُLِ " ِ ُْ/ْ)ِ )َ‫َ َﻡَ َه‬3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 ُ‫اِ !َ ا‬ Sesungguhnya Ummu Habibah binti Jahsyin mengeluarkan darah istihadhah pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda menyuruhnya mandi pada setiap kali (dia) akan (mendirikan)solat…518 Dalam satu riwayat daripada ‘Aisyah radhiallahu 'anha disebutkan:

ََِْ5 ُ‫ل اِ !َ ا‬ ِ ُ‫ْ ِ َرﺱ‬4َ5 ََ5 ٌ‫ْ اﻡْ ََأة‬Mَ1ِ'ُْ‫اﺱ‬ " َ َِْ/َ‫ْ َ َوﺕ‬4Fq‫ َ ا‬8Ulَ ُ‫ْ َ َوﺕ‬Pَ*ْ‫" ا‬ َ 8Zَ*ُ‫َُﻡِ َتْ َأنْ ﺕ‬3 َ َ‫َوﺱ‬ ‫َ) َء‬Tِ*ْ‫" ا‬ َ 8Zَ*ُ‫ب َوﺕ‬ َ ِ ْ/َ ْ‫ َ ا‬8Ulُ ُ‫ َوَأنْ ﺕ‬,ً ُْ\ )َ ُ4َ .ً ُْ\ n ِ ْ#FP‫َ َ ِة ا‬Pِ " َ َِْ/َ‫ َوﺕ‬,ً ُْ\ )َ ُ4َ " َ َِْ/َ‫َوﺕ‬ Seorang wanita pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengeluarkan darah istihadhah. Lalu 518

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 250.

331

dia disuruh menyegerakan Asar dan mengakhirkan Zuhur serta mandi satu kali untuk kedua solat itu, mengakhirkan Maghrib dan menyegerakan Isyak serta mandi satu kali untuk keduanya dan mandi satu kali untuk solat Subuh.519 TATACARA MANDI MENURUT SUNNAH NABI Sebagaimana yang sedia maklum segala amal ibadah diwajibkan bagi kita untuk mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kerana dia merupakan contoh ikutan bagi kita yang tiada tolok bandingnya. Oleh itu berikutnya penulis akan menggariskan tatacara mandi menurut hadis-hadis baginda shallallahu 'alaihi wasallam yang sabit.

K  ِ#0‫ن ا‬  ‫ََِْ َوﺱَ َ َأ‬5 ُ‫ !َ ا‬K 8 ِ#0‫ج ا‬ ِ ْ‫َ َزو‬EَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْ َ5 ‫ِ َ ََأ‬Eَ)َ0َZْ‫" ﻡِ ْ ا‬ َ ََْ\‫ن ِإذَا ا‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫!َ ا‬ " ُ ِUُْ‫ُ  ی‬H ‫ َ ِة‬Pِ َُ ََ‫ُ  یََ َُ آَ َ) ی‬H ِْ‫" یَ َی‬ َ ََ/َ3 r F ُPَ‫ُ  ی‬H -ِ ِ َ*َ; ‫ل‬ َ ُ!‫َ) ُأ‬4ِ " ُ 8َjَُ3 ‫ اْ َ) ِء‬Kِ3 َُ*ِ)َ!‫َأ‬ ََ5 ‫ اْ َ) َء‬k ُ ِ.ُ‫ُ  ی‬H ِْ‫ف َِ َی‬ ٍ َ ُ\ ‫ث‬ َ َ َH ِِ‫ََ َرأْﺱ‬5 .ِ8ُ‫ آ‬-ِ ِ ِْ‫ﺝ‬ Daripada ‘Aishah, isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa apabila baginda mandi junub, baginda memulainya dengan mencuci kedua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat, kemudian baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air, setelah itu menggosokkannya di sela-sela rambutnya, kemudian baginda menyiram kepalanya sebanyak tiga kali cedokan, setelah itu meratakan air ke seluruh 519

Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya, Kitab alThohaarah, no: 252.

332

tubuhnya.520

‫ل‬ ِ ُ‫ ِ َﺱ‬M ُ ْ*َ‫ " َو‬:ُEَ+ُ َْ‫ْ ﻡ‬Mَ)َd" :‫ل‬ َ )َd ‫س‬ ٍ )#َ5

ِ ْ‫َ ْ ا‬5 ََ5 ‫غ‬ َ َ ْ3َ َ3 ِِ " ُ َِْ/َ‫ََِْ َوﺱَ َ ﻡَ) ًء ی‬5 ُ‫اِ !َ ا‬ ِِ0ِ َِ ‫غ‬ َ َ ْ3‫ُ  َأ‬H )ًHَ َH ْ‫ َأو‬ ِ َْ‫ُ َ) ﻡَ ﺕَْ ِ ﻡَ ﺕ‬4َََ/َ3 ِْ‫یَ َی‬  ُH ‫ض‬ ِ ْ‫ر‬J َ )ِ -ُ َ َ‫@ ی‬ َ َ‫ُ  َد‬H -ُ َ ِ‫َاآ‬gَ‫" ﻡ‬ َ ََ/َ3 ِِ)َ ِ; ََ5 َُ‫" َرأْﺱ‬ َ ََ\‫َُ َویَ َیِْ َو‬4ْ‫" َوﺝ‬ َ ََ\  ُH  َ َTْ0َْ‫ وَاﺱ‬k َ َ ْ1َ‫ﻡ‬ " َ ََ/َ3 ِِ‫َ)ﻡ‬$َ‫َ' ﻡِ ْ ﻡ‬0َ‫ُ  ﺕ‬H -ِ ِ ََ‫ََ ﺝ‬5 ‫غ‬ َ َ ْ3‫ُ  َأ‬H )ًHَ َH ".َِْ‫َ َﻡ‬d Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas dia berkata: “Maimunah berkata: “Aku meletakkan air untuk mandi (junub) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda menuangkannya ke kedua tangannya kemudian mencucinya dua atau tiga kali, kemudian baginda menuang (air) dengan tangan kanan ke tangan kiri, lalu membasuh kemaluannya. Kemudian baginda menggosok tangannya ke tanah, lalu berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung serta mengeluarkannya, kemudian baginda membasuh wajah dan kedua tangannya, dan membasuh kepalanya tiga kali, kemudian baginda menyiram seluruh tubuhnya, setelah itu baginda berpindah tempat dan mencuci kedua kakinya.” 521

F ُ;‫ اﻡْ ََأةٌ َأ‬K8+‫ل اِ ِإ‬ َ ُ‫ یَ) َرﺱ‬M ُ ُْd :ْMَ)َd َEَ ََ‫م ﺱ‬8 ‫َ ْ ُأ‬5 @ ِ ِ.ْLَ‫ َ) ی‬+‫ ِإ‬% َ :‫ل‬ َ )َd .ِEَ)َ0َZْ‫" ا‬ ِ ُْ/ِ ُُ1ُ$ْ+َ َ3 Kِ‫ْ َ َرأْﺱ‬.َ 520

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusul, no: 248 521 Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusul, no: 265

333

.

َ ِ1ِ.ُ‫ُ  ﺕ‬H ‫ت‬ ٍ )ََRَ ‫ث‬ َ َ َH @ ِ ِ‫ََ َرأْﺱ‬5 KِRْ'َ‫َأنْ ﺕ‬ Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha, dia berkata: Ya Rasulullah, aku adalah wanita yang suka menyanggul rambut supaya kemas. Adakah aku perlu menguraikannya setiap kali mandi junub? Jawab baginda: Tidak, memadai hanya engkau tuangkan ke kepalamu dengan tiga cedokan air.522 Menerusi hadis-hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa tatacara Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mandi wajib adalah seperti berikut: a) Berniat dengan berazam di dalam hati bahawa mandian ini adalah mandi wajib atau mandi sunat yang telah disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Niat itu tidak perlu dilafazkan dan tidak ada lafaz yang tertentu berkaitan dengan niat yang datang daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini telah penulis bahaskan ketika memperjelaskan bab niat ketika wuduk. b) Mencuci kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan sebanyak dua atau tiga kali. Ianya bertujuan untuk membersihkan segala kotoran-kotoran yang mungkin ada padanya. Tangan juga merupakan alat untuk mengambil air serta menggosok badan maka sewajarnya ianya dibersihkan terlebih dahulu. c) Mencuci kemaluan dari kotoran yang mungkin ada di sekitarnya dengan menggunakan tangan kiri dan kemudian hendaklah membersihkan tangan tersebut dengan sabun atau 522

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, Kitab alHaidh, no: 330.

334

yang sejenis dengannya seperti debu, tanah mahupun dengan menggosokkan tangannya ke dinding atau lantai untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran dari tangannya. Bagi wanita yang mandi kerana bebas dari haid mahupun nifas maka dianjurkan baginya untuk membersihkan kemaluannya dengan sepotong kapas yang dibubuhkan wangian seperti sabun dan lain-lain untuk menghilangkan bau busuk yang mungkin ada. d) Berwuduk secara sempurna sebagaimana berwuduk untuk solat. Di dalam riwayat Maimunah radhiallahu 'anha ketika berwuduk tersebut kaki dikecualikan dahulu dan hanya dibasuh setelah membasuh seluruh tubuh. Keduanya samada mengakhirkan membasuh kaki atau tidak merupakan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang boleh diamalkan.523 523

Tentang bilakah mencuci kedua-dua kaki semasa mandi wajib, menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim ianya terbahagi menjadi empat pendapat: 1)

Dianjurkan mengakhirkan mencuci kedua kaki pada saat mandi, dalilnya adalah hadis dari Maimunah radhiallahu 'anha dan inilah pendapat majoriti ulamak

2)

Sebelum mandi dianjurkan untuk berwuduk dengan sempurna. Dalilnya adalah hadis ‘Aisyah radhiallahu 'anha. Ini adalah kerana hadis ‘Aisyah memberitakan tentang mandi yang biasa dilakukan oleh Nabi, berbeza dengan hadis Maimunah radhiallahu 'anha yang memberitakan tentang salah satu cara mandi baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Ini adalah pendapat Imam al-Syafi’i, Malik dan Ahmad.

3)

Pendapat lain daripada Imam Ahmad adalah seseorang boleh memilih di antara mendahulukan mencuci kedua kaki bersamaan dengan wuduk atau mengakhirkannya.

4)

Pendapat lain dari Imam Malik adalah apabila seseorang mandi di tempat yang tidak bersih lebih baik dia mengakhirkan mencuci kedua kakinya dan jika dia madi di tempat yang bersih lebih baik dia mendahulukannya bersamaan dengan wuduk.

335

e) Membasahkan jari-jemari dan kemudian menggosokkannya di celah-celah rambut sehingga basah kulit kepala. f) Menjirus air ke kepala sebanyak tiga kali cedokan atau bagi mereka yang memiliki pancuran air (shower) hanya lalukan kepala di bawahnya sebanyak tiga kali. Manakala bagi wanita yang berambut panjang dan bersanggul, tidak perlu baginya untuk membuka sanggulnya.524 Memadai dengan hanya menjiruskan air ke kepalanya juga sebanyak tiga kali. g) Meratakan air ke seluruh badan dan meratakannya ke seluruh celah-celah rambut dan kulit dengan memulakannya pada Saya (Syaikh Kamal as-Sayyid Salim) katakan: Pendapat yang terakhir adalah pendapat yang lebih rajih (kuat). Wallahu A’lam. - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fikih

Sunnah, jilid 1, ms. 264-265. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam membasuh kedua kaki pada akhir sekali bertujuan: Kerana setiap kotoran dan sisa endapan yang turun dari badan mengenai kedua kaki, maka kedua kaki harus dibersihkan untuk menghilangkan sesuatu yang melekat dan turun mengalir pada keduanya. - Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah

Bulughul Maram, jilid 1, ms. 409. Namun begitu ada juga ulamak yang membezakan mandi kerana junub dan haid dalam hal ini. Bagi wanita yang mandi ketika suci dari haid handaklah menguraikan rambut yang bersanggul. Menurut bekas mufti Arab Saudi, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah: 524

Yang benar adalah bahawa tidak wajibnya menguraikan rambut (yang diikat) ketika mandi kerana haid berdasarkan hadis riwayat Ummu Salamah dalam Shahihnya… Pendapat Majoriti ulamak adalah jika air sudah sampai ke semua rambut bahagian luar dan dalamnya tanpa menguraikan rambut maka tidak wajib diuraikan. - Syaikh ‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah

Bulughul Maram, jilid 1, ms. 412.

336

bahagian kanan.525 h) Tidak membazirkan air kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mandi dengan air berukuran lebih kurang 1 sha’ (berukuran 2.156kg atau 2.75 liter) air.526 Namun begitu

525

Dalil untuk memulakan dengan bahagian kanan terlebih dahulu adalah daripada ‘Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:

ِِF‫ِِ َوﺕَ َﺝ‬F*َ0َ‫ ﺕ‬Kِ3

ُ F َ‫ُُ ا‬#ِZْ*ُ‫ََِْ َوﺱَ َ ی‬5 ُ‫ !َ ا‬K F ِ#0‫ن ا‬ َ )َ‫آ‬ .ِ8ُ‫ِِ آ‬+َْ; Kِ3‫ َو‬-ِ ‫ُ ِر‬4ُi‫َو‬ Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat suka mendahulukan bahagian kanan ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan dalam semua urusan baginda. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alWuduk, no: 168. 526

Dalil bagi penggunaan air mencupi sekurang-kurangnya 1 sha’ adalah seperti berikut:

ُU‫َ) َوَأ‬+‫ َأ‬M ُ َْU‫ل َد‬ ُ ُ$َ‫َ ی‬Eَ ََ‫ َأَ) ﺱ‬M ُ ْ*ِ َ‫ ﺱ‬:‫ل‬ َ )َd ˆ ٍ ْ.َ

ُ ْ ِ ْLَ ُ‫َأ‬ ُ‫ !َ ا‬K 8 ِ#0‫" ا‬ ِ ُْ\ ْ َ5 )َ‫ُه‬U‫َ) َأ‬4ََ ََ3 َEَTِ‫َ)ﺉ‬5 ََ5 َEَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْMَ)َ3‫ْ َوَأ‬Mَََْ\)َ3 ‫ع‬ ٍ )َ! ْ ِ‫َ'ًْا ﻡ‬+ ‫َ) ٍء‬+Vِِ ْMَ5َ َ3 َ َ‫ََِْ َوﺱ‬5 .ٌ‫َ)ب‬Zِ )َ4َ0َْ‫َ) َو‬0َ0َْ‫َ) َو‬4ِ‫ََ َرأْﺱ‬5 Abu Bakar bin Hafsh berkata, saya mendengar Abu Salamah berkata: Aku dan saudara ‘Aisyah berkunjung ke rumah ‘Aisyah lalu saudaranya bertanya tentang cara mandi Rasulullah. Maka dia (‘Aisyah) minta dibawakan bejana (berisi air) sekitar 1 sha’ kemudian dia mandi dan menyiram kepalanya sementara di antara kami ada hijab. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Ghusl, no: 251.

-ُ َ ْ0ِ5‫ َو‬-ُ ُ‫ْ ِ اِ هُ َ َوَأ‬#َ5

ِ ْ ِ ِ)َ‫ْ َ ﺝ‬0ِ5 ‫ن‬ َ )َ‫ُ آ‬+‫َ ٍ َأ‬.ْ*َ‫َ) َأُ ﺝ‬0َH َ .ٌ‫@ !َ)ع‬ َ ِ.ْLَ‫ ی‬:‫ل‬ َ )َ$َ3 ." ِ ُْ/ْ‫َ ْ ا‬5 -ُ َََُ3 ٌ‫َْم‬d 337

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah menggunakan air yang lebih banyak seperti al-Faraq (3 sha’ iaitu 6.5kg atau 8.25 liter air) dan 5 mud ( 2.7kg atau 3.5liter air). Namun apa yang ingin penulis tekankan di sini adalah berpada-pada menggunakan air ketika mandi wajib mahupun sunat kerana 1 sha’ (2.15kg / 2.75 liter air) sebenarnya sudah memadai. Niat dan meratakan air ke seluruh badan merupakan rukun bagi mandi wajib manakala menggosok-gosok anggota tubuh527 serta perkara-perkara lain yang penulis bentangkan di atas merupakan perkara yang disunatkan. Inilah tatacara sebenar mandi wajib mengikut sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan kita. Bagi mereka yang telah menyempurnakan mandi wajib ini maka tidaklah perlu baginya untuk berwuduk sekiranya hendak melaksanakan solat meskipun jika saat dia mandi dia hanya meratakan air ke seluruh badannya dan tidak berwuduk. Dalilnya adalah:

% َ ‫ن‬ َ )َ‫ََِْ َوﺱَ َ آ‬5 ُ‫ !َ ا‬K  ِ#0‫ن ا‬  ‫َ َأ‬EَTِ‫َ)ﺉ‬5 ْ َ5

527

Diriwayatkan daripada Abu Ja’far bahawasanya dia dan bapanya berada dekat Jabir bin ‘Abdullah, sementara di hadapan Jabir terdapat sekelompok orang mereka bertanya tentang mandi maka Jabir menjawab: Cukup dengan 1 sha’. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alGhusl, no: 252. Menurut Syaikh Kamal bin as-Sayyid Salim: Pendapat yang lebih kuat adalah bahawa menggosok-gosok badan ketika mandi hukumnya adalah sunnah dan bukan wajib… Oleh kerana itu apabila seseorang berdiri di bawah pancuran air (shower) dan air mengenai seluruh tubuhnya, maka mandinya telah sah… - Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih

Fikih Sunnah, jilid 1, ms. 267-268.

338

." ِ ُْ/ْ‫یََ َُ َ*ْ َ ا‬ Daripada ‘Aisyah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak berwuduk setelah mandi junub.528 Begitu juga sekiranya terdapat dua sebab yang memerlukan seseorang untuk mandi seperti junub dan mandi sunat hari Jumaat, memadai baginya untuk mandi sekali sahaja. Begitu juga jika wanita yang junub lalu dia didatangi haid sebelum mandi junub maka dia hanya perlu mandi sekali sahaja iaitu setelah suci dari haid.

528

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, Kitab alThoharaah, no: 100.

339

PENUTUP Demikianlah perbahasan mengenai wuduk, tayamum serta

340

mandi wajib mahupun sunat dan hal-hal berkaitan dengannya. Adalah harapan penulis yang menggunung tinggi agar buku ini akan dapat meningkatkan keazaman semua pihak untuk bersungguh-sungguh dalam mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam perkara-perkara yang telah penulis perbincangkan menerusi buku ini dan juga seluruh amal ibadah yang lain. Mencontohi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah bukti yang jelas bagi menunjukkan kecintaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya:

4x-=\ 

0*

a‹#

0f€…"# B.#*€"o ‘ +?a€*d4" aA?"> aZ'J4  ‘ ? aA? A.#j 7Š8; ‚xb IB ⌦B'⌧†

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Mengasihani.”529

kamu Allah kamu. Maha

Semoga dengan kesungguhan kita dalam mencontohi atau berittiba’ kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kita akan termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan segala dosa kita diampunkan oleh-Nya. Apakah itu ittiba’? Ittiba’ dari segi bahasa bermaksud mengikuti atau mencontohi. Bila dikatakan Ittiba’ al-Rasul ianya bermakna mencontohi baginda shallallahu 'alaihi wasallam, mengikuti jejaknya dan menjadikannya sebagai contoh teladan 529

ali ‘Imraan (3): 31

341

yang baik. Ittiba’ dari segi syari’at bermaksud mencontohi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam hal-hal berkaitan akidah, ibadah, akhlak, dakwah, politik, syari’at dan muamalah dengan beramal seperti amalannya menurut cara yang baginda lakukan baik dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai wajib, sunat, harus, makruh mahupun haram dengan disertai niat dan kehendak di dalamnya untuk mencapai keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Untuk kita lebih memahami konsep ittiba’ mari kita melihat kaedah-kaedah yang membelakanginya: a) Agama Islam adalah agama yang ilmiah. Ianya ditegakkan di atas dasar dalil-dalil dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ianya bukan satu agama yang didirikan menurut rekaan akal manusia dengan sewenang-wenangnya. b) Hendaklah kita pastikan kesahihan sesuatu perkara berkaitan dengan hukum-hukum Islam sebelum kita mengamalkannya. Oleh itu setiap amal ibadah yang tidak didirikan atas dalil-dalil yang sah maka ianya terbatal. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

‫ُ َ َر `د‬4َ3 ِِ3 X َ َْ )َ‫َا ﻡ‬gَ‫َ) ه‬+ِ ْ‫ َأﻡ‬Kِ3 ‫ث‬ َ َ ْ‫ﻡَ ْ َأ‬ “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia.”530

‫ُ َ َر `د‬4َ3 )َ+ُ ْ‫ََِْ َأﻡ‬5 X َ َْ ً َ َ5 " َ ِ َ5 ْ َ‫ﻡ‬ “Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan 530

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab alShulh, no: 2697.

342

agama), maka tertolaklah ia.”531 c) Ittiba’ al-Rasul ialah mengamalkan segala yang dibawa oleh baginda dan meninggalkan segala larangannya. Jika baginda shallallahu 'alaihi wasallam telah menetapkan sesuatu hukum maka tidak boleh sesiapapun yang menentangnya atau mengutamakan pandangan orang lain melebihi perintah baginda tersebut. d) Apa juga bentuk-bentuk peribadatan yang ditinggalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak pernah dikerjakan oleh baginda padahal ianya boleh diamalkan pada masa baginda masih hidup, maka mengerjakannya adalah bid’ah dan meninggalkannya adalah sunnah. Ini adalah kerana Islam telah sempurna sebelum baginda wafat. Sekiranya sesuatu ibadah itu tidak wujud pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan ianya dianggap bukan sebahagian dari agama semasa itu maka sehingga kini ibadah itu juga dianggap tidak termasuk sebahagian dari Islam. Imam Malik rahimahullah berkata: Sesiapa yang membuat bid’ah dalam Islam dan menganggapnya baik (hasanah) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman:

a+?"> Žo3M☺J\/ `abJ> a+?" e “Pada hari kamu.”532

ini

aku

telah

sempurnakan

agama

531

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sunannya, Kitab alAqdhiyah, no: 1718. 532 al-Maaidah (5) : 3

343

Apa yang pada hari tersebut bukan sebahagian dari agama, maka ia tidak menjadi sebahagian dari agama pada hari ini.533

e) Segala perkara yang diperlukan dalam kehidupan seharian manusia telah diperjelaskan oleh syari’at. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

M€JbD3  =J>C . = baK ]3 ‰…?J> C#‡ /4|⌧} ;¸‹?˜> ?CYh§¨ =M☺h B 7‚; ˆ☺345☺o3> “Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiaptiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.”534 f) Syarat-syarat berkaitan ittiba’ adalah seperti berikut: 1) SEBAB: Setiap ibadah yang dihubungkaitkan dengan sesuatu sebab yang tidak disyari’atkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala maka ianya termasuk dalam perkara bid’ah dan tertolak. Sebagai contohnya berpuasa sempena dengan Mawlidul Rasul. Puasa pada asalnya adalah ibadah, namun tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa berpuasa pada tanggal 12 Rabiulawal itu adalah sunat, maka mengkhususkan hari tersebut dengan berpuasa adalah bid’ah. 533

Diriwayatkan oleh Imam al-Syathibi di dalam al-I’tishom, jilid 1,

ms. 49. 534

344

al-Nahl (16) : 89

2) JENIS: Setiap ibadah yang dikerjakan memerlukan untuk menggunakan sesuatu jenis barang maka hendaklah jenis barang tersebut bertepatan dengan syarak. Contohnya menyembelih ayam sebagai haiwan korban pada hari raya Aidiladha adalah bid’ah. Ini adalah kerana haiwan yang dibolehkan untuk disembelih sebagai ibadah korban adalah unta , lembu, kambing dan biri-biri. 3) KADAR: Setiap ibadah yang mempunyai kadar tertentu yang ditetapkan oleh syarak maka hendaklah kita menepati kadar tersebut tanpa menambahi mahupun menguranginya. Sebagai contohnya bilangan rakaat solat subuh adalah 2. Oleh itu menambahkannya menjadi 3 rakaat adalah bid’ah. 4) TATACARA: Kita juga hendaklah menuruti tatacara yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya bagi sesuatu ibadah. Sekiranya kita menambahi atau mengurangi sesuatu perbuatan mahupun bacaan yang tidak dibenarkan oleh syarak dalam wuduk atau solat secara sengaja maka solat tersebut terbatal. Sebagai contoh kita menetapkan doa-doa tertentu yang tiada contohnya daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang perlu dibaca untuk setiap anggota wuduk. 5) WAKTU: Kita juga hendaklah menepati waktu yang telah ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu ibadah. Contohnya menyembelih haiwan korban sebelum mengerjakan solat hari raya Aidiladha membatalkan ibadah korban tersebut. 6) TEMPAT: Kita hendaklah mematuhi penetapan tempat untuk mengerjakan sesuatu ibadah tertentu seperti yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Ibadah haji hendaklah dikerjakan di tempat-tempat yang telah ditetapkan iaitu di Makkah dan kawasan sekitarnya. Oleh

345

itu mengerjakan ibadah haji di Malaysia adalah terbatal. Ittiba’ al-Rasul ini merupakan agenda utama yang hendak diterapkan oleh penulis serta rakan-rakan seperjuangan dalam gerakan Tajdid menerusi buku-buku, risalah-risalah, forum-forum dan kuliyah-kuliyah kami. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta'ala memperkenankan permohonan kami dan hanya kepada Dialah kami memohon pertolongan dan perlindungan sebagaimana firman-Nya:

 )•/ a+D3#" a+">/ €o3 n/" + M☺55> +d">   ? 7¹aB-E F } º•e FG 789g; sYZ…i . $% ­•tH Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan.535

535

346

al-Baqarah (2): 107

RUJUKAN 1)

‘Abdullah ‘Abdurrahman al-Bassam, Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, (edisi terjemahan dengan tajuk Syarah Bulughul Maram, Pustaka Azzam, Jakarta, 2006)

2)

Abdul Hakim bin Amir Abdat, Al Masaa-il : MasalahMasalah Agama, (Darul Qolam, Jakarta, 2001)

3)

Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Kitab AlUmm, (Edisi terjemahan dengan tajuk Al-Umm (Kitab Induk), Victorie Agencie, Kuala Lumpur 1989)

4)

Abu ‘Abdullah Muhammad bin Idris al-Syafi’i, Mukhtasar Kitab al-Umm fiil Fiqhi, diringkaskan dan diteliti oleh Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail (edisi terjemahan dengan tajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005)

5)

Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fiqh asSunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah (edisi terjemahan dengan tajuk Shahih Fikih Sunnah terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006)

6)

Abu Ruwais al-Syubrawi @ Mohd Noor bin Tahir, Wuduk & Solat Menurut Sunnah & Mazhab Syafie, (Karya Bestari Sdn Bhd, Shah Alam, 2007)

7)

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, Tahqiq ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz, (edisi terjemahan dengan tajuk Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari, Pustaka Azzam, Jakarta 1997)

8)

Hafiz

Firdaus

Abdullah,

Menelan

Air

Liur

Tidak

347

Membatalkan Puasa, (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2005) 9)

Hafiz Firdaus Abdullah, Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan, (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2000)

10)

Hafiz Firdaus Abdullah, Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam (edisi baru), (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru 2004)

11)

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad, Peringkas Muhammad ‘Abdul Wahhab al-Tamimi, (edisi terjemahan dengan tajuk Zaadul Maad Bekal Menuju ke Akherat, Pustaka Azzam, Jakarta, 1999)

12)

Ismail Kamus, Panduan Fardhu ‘Ain, (At-Tafkir Enterprise, Kuala Lumpur 1997)

13)

Majalah As-Sunnah, Edisi 03/IX/1426H/2005M

14)

Majalah Salafy, Edisi 41/1423H/2002

15)

Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa alMubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ashShalawaat, (edisi terjemahan dengan tajuk Bid’ah Bid’ah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta, 2004)

16)

Muhammad Nashiruddin al-Albani, Shifatu Shalaati anNabiyyi Shallallahu 'alaihi wasallam min at-Takbiiri atTasliimi Ka-annaka Taraaha, (edisi terjemahan dengan tajuk Sifat Shalat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, Media Hidayah, Yogyakarata, 2000)

17)

Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah fitTa’liq ‘Ala Fiqhus Sunnah, (edisi terjemahan dengan tajuk

348

Terjemah Tamamul Minnah Koreksi dan Komentar Ilmiah Terhadap Kitab Fiqhus Sunnah Karya Syaikh Sayyid Sabiq, Maktabah Salafy Press, Gajah Mada 2002) 18)

Muhammad Nashiruddin al-Albani, Majmu’ah Fatawa alMadina al-Munawwarah, (edisi terjemahan dengan tajuk Fatwa-Fatwa Albani, Pustaka At Tauhid, Jakarta, 2002)

19)

Muhammad Nashiruddin al-Albani, Maqalaat Albani, (edisi terjemahan dengan tajuk Risalah Ilmiah Albani Pustaka Azzam, Jakarta, 2002)

20)

Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Shifat Wuduk an-Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, (edisi terjemahan dengan tajuk Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwuduk, Darus Sunnah, Jakarta, 2005)

21)

Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin, Majmu’ Fatawa Arkanil Islam, (edisi terjemahan dengan tajuk Majmu’ Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah : Bab Ibadah, Pustaka Arafah, Solo, 2002)

22)

Muhammad Sulthan al-Ma’shumi al-Khajandi, Halil Muslim bi at-Tiba’ Mazhab Mu’ayyan bin Mazahibi al-Arba’ah (edisi terjemahan dengan tajuk Perlukah Bermazhab, Penerbit Aras Sarana Widia, Jakarta, 1999)

23)

Muhammad bin Umar bin Salim Bazamul, At-Tarjih fi Masaa’il at-Thohaarah wal ash-Sholah (edisi terjemahan dengan tajuk Ensiklopedi Tarjih Masalah Thaharah dab Shalat, Darus Sunnah Press, Jakarta, 2007)

24)

Rasul bin Dahri, Bid’ah dan Percanggahannya, (Perniagaan Jahabersa, Johor Bahru, 1998)

349

25)

Rasul bin Dahri, Mencontohi Sifat Wuduk Nabi (s.a.w.), (tanpa nama penerbit dan tanpa tahun)

26)

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Thuhur al-Muslim fi Dhau’i al-Kitab wa al-Sunnah Mafhumun wa Fadha’il wa Adaabun wa Ahkaamun, (edisi terjemahan dengan tajuk Thaharah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004)

27)

Sa’id bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani, Shalaatul Mariidh: Bab min Kitaab Shalaatil Mu’min dan ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz, Ahkaamu Shalaatil Mariidh wa Thohaaratihi, (edisi terjemahan dengan tajuk Panduan Shalat dan Bersuci Bagi Orang Sakit Menurut Sunnah Yang Shahih, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, 2005)

28)

Sayyid Sabiq, Fiqhu as-Sunnah, (edisi terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990)

29)

Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, Fatawaa asySyaikh Shalih bin Fauzan bin ‘Abdullah al-Fauzan, disusun oleh Fayiz Musa Abu Syaikhah, (edisi terjemahan dengan tajuk Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, Jakarta, 2004)

30)

Wahid Abdussalam Bali, Al-Kalimat al-Nafi’ah fil Akhtha’ asy-Sya’iah, (edisi terjemahan dengan tajuk 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, Darul Haq, Jakarta 2005)

31)

Yusuf al-Qaradhawi, Fiqhu al-Thohaarah, (edisi terjemahan dengan tajuk Fikih Thaharah, Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2004)

350

BIODATA MOHD YAAKUB BIN MOHD YUNUS dilahirkan di Bentong, Pahang Darul Makmur pada tahun 1973 tetapi dibesarkan di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Kuliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu & Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pengkhususan beliau adalah dalam bidang Organizational Communication. Beliau pernah menjawat jawatan Presiden bagi Forum Pelajar-Pelajar Komunikasi UIAM dan juga telah terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi Jabatan Komunikasi UIAM pada tahun 1997. Di UIAM beliau telah terdedah kepada masyarakat Islam yang datang dari pelbagai negara dan berpegang kepada pelbagai mazhab. Pensyarah-pensyarah yang datang dari seluruh dunia Islam sedikit sebanyak telah mencorak pemikiran beliau untuk terbuka terhadap perbezaan pendapat yang wujud di antara mazhab-mazhab di dalam Islam. Setelah tamat pengajian di UIAM, beliau telah menghadiri kelas-kelas agama yang dipimpin oleh para ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah di tanah air. Melalui bimbingan serta tunjuk ajar mereka beliau mendapati bahawa umat Islam bukan hanya perlu terbuka kepada perbezaan pendapat yang timbul di antara mazhab-mazhab, tetapi juga harus berusaha untuk berpegang kepada pendapat yang lebih tepat menurut al-Qur’an dan al-Sunnah sebagaimana difahami oleh generasi al-Salafussoleh. Ini mendorong beliau untuk meningkatkan penyelidikan dan kefahaman tentang agama Islam supaya bertepatan dengan Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Alhamdulillah kini beliau telah berjaya menulis beberapa buah buku, membentang kertas kerja di seminar serta forum, menyumbang artikel di majalah-majalah serta akhbar-akhbar di dalam rangka untuk melakukan amar ma’ruf (mengajak ke arah kebaikkan) dan nahi mungkar (menjauhkan dari perkara yang

351

bertentangan dengan syarak). Beliau pada masa ini bertugas di Bahagian Perbankan Perusahaan, Affin Bank Berhad. Di antara buku-buku beliau yang telah diterbitkan adalah: a) Kaedah Memahami Nama-Nama dan Sifat-Sifat Allah, Jahabersa, 2004. b) Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah Sedekah Allah, Jahabersa, 2005. c) Beberapa Persoalan Lazim Tentang Solat, Jahabersa, 2006. d) Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis Terhadap Dakwaan Yang Ditimbulkan oleh Akhbar Utusan Malaysia, Jahabersa, 2006. e) Menyambut Ramadan dan Aidilfitri Menurut Sunnah Rasulullah S.A.W., Karya Bestari, 2007. f) 25 Persoalan Semasa: Huraian & Penyelesaian, Karya Bestari, 2007 g) Persiapan Menghadapi Kematian, Karya Bestari, 2007

352

Related Documents