Batu/terumbu Karang

  • Uploaded by: cgazmi
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Batu/terumbu Karang as PDF for free.

More details

  • Words: 301
  • Pages: 1
Apakah itu Batu Karang? Author: azmi-smp oum

Malaysia adalah sebuah negara yang dikelilingi laut dan mempunyai kawasan pantai yang luas dan panjang. Di kawasan tersebut terdapat pulau pulau dan terumbu karang yang mengelilinginya. Di sana terdapat berbagai jenis batu karang dan hidupan terumbu. Dalam artikel ini kita cuba menghuraikan tentang haiwan batu karang yang seni itu. Batu karang adalah haiwan walaupun ianya kelihatan seolah-olah batu batan tidak bernyawa yang kerap kali dilihat memutih di atas pantai disepak ombak. Namun pada hakikatnya batu karang adalah sebahagiannya batu kerana hanya sebahagian luarnya yang nipis sahaja yang didiami oleh haiwan hidup selebihnya adalah rangka batu. Boleh juga kita andaikan batu karang sebagai satu pokok besar yang mana bahagian dalamnya yang keras itu menjadi penyokong dan bahagian luarnya adalah haiwan yang hidup dan membesar. Seperti mana juga pokok, kebanyakan batu karang menetap secara kekal pada sesuatu tempat dalam terumbu. Serpihan batu karang mati yang memutih di atas pantai adalah batu karang mati yang telah sekian lama dihempas ombak dan dibawa arus terutama sewaktu musim tengkujuh. Sebab itu lah kadangkala kita lihat pasir dipantai surut dan kadang kala pula bertimbun penuh, cth; Jeti Taman Laut Pulau Redang. Ianya tertakluk kepada edaran pasir mengikut arus dan musim. Batu karang umumnya hidup di dataran terumbu luar dan di air yang lebih dalam. Walaupun struktur atau bentuk batu karang adalah berbeda-beda, namun haiwan batu karang yang hidup di permukaannya adalah hampir sama. Kesemuanya kelihatan seperti buran buran kecil, atau obor-obor terbalik. Mereka mempunyai sesungut yang menampakkan batu karang kelihatan pudar sewaktu sesungut dijulurkan keluar. Setiap haiwan batu karang ini dipanggil polip, tetapi satu cabang batu karang atau satu bungkah batu karang yang hidup di terumbu itu sebenarnya terdiri dari koloni ribuan polip polip halus yang hidup berhimpit2 diantara satu sama lain lantas kelihatan kepada kita seolah-olah ianya satu haiwan.

Related Documents

Terumbu Karang
May 2020 27
Karang Gigi.docx
June 2020 19
Karang Taruna.docx
April 2020 19
Karang Taruna
July 2020 23
Karang Taruna.docx
June 2020 16
Opini Termbu Karang
December 2019 20

More Documents from ""

Batu/terumbu Karang
June 2020 16