Bantahan Hukum Leverage Forex

  • Uploaded by: izzafey
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bantahan Hukum Leverage Forex as PDF for free.

More details

  • Words: 4,889
  • Pages: 19
Bantahan Hukum Leverage Forex : Ulasan Saya Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Dalam jawapan hukum forex trading yang saya sediakan sebelum ini, telah saya nyatakan secara jelas di ruangan bawah sekali seperti berikut :Semua pemain forex, nota dan jawapan saya inin adalah jawapan yang dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik carajual dan beli, boleh dimaklumkan kepada di ruangan komentar kerana info tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat. Saya tiada masa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika ini. Sekian .

Hasilnya Alhamdulillah saya mendapat beberapa komentar melalui pelbagai cara. Namun dari banyak-banyak info yang saya tuliskan, hanya satu isu sahaja yang cuba diulas oleh pemain-pemain forex tegar, iaitu bab Leverage. Mereka mendakwa pandangan saya tentang leverage adalah kurang tepat, sebahagian mereka dalam ayat mengutuk menyuruh saya kerja bank terlebih dahulu untuk faham (agak lucu juga permintaan ini), dan disamping menyatakan saya tidak faham.

Tidak mengapalah, memang kita semua sedang belajar. saya tidak menafikan saya juga sedang belajar dari hujjah mereka. Namun perlu diingat, leverage yang saya huraikan bukan secara umum tetapi adalah leverage dalam bab forex trading yang terbabit sahaja. Justeru perlu dibaca dalam konteksnya. Hakikatnya, saya memang mengharapkan respon mereka untuk memahamkan saya dengan lebih mendalam kerana saya sebenarnya tidak punyai masa dan sukar untuk menyemak sendiri kerana saya tidak pernah terlibat sertai apa yang mereka sertai. Justeru saya bergantung kepada penerangan mereka yang terlibat. Hujah Forex Trader & Ulasan Saya Namun, setelah membaca guru-guru dan ahli rujuk FOREX trading yang berhujjah menolak artikel asal saya berkenaan leverage, nampaknya hujjah mereka GAGAL MENGUBAH FIKIRAN DAN KEPUTUSAN AWAL SAYA, malah saya semakin yakin dengan hipotesis awal saya, namun masih terbuka untuk perbincangan ilmiah jika ada hujjah atau fakta kukuh diberikan selepas ini. Mari kita sama-sama menyelusuri hujjah mereka dan pandangan Islam tentang ‘ijtihad' mereka ini. Hujjah FOREX TRADER 1 : Menyamakan leverage dengan deposit beli rumah dan jual sebelum bayar penuh. Anda hanya perlu membayar 10% deposit (adakalanya zero deposit) dan selebihnya anda meminjam daripada bank. Selepas selesai segala urusan guaman dan lain-lain, anda mempunyai kawalan terhadap rumah tersebut sama ada untuk menyewa, mengubah suai malah menjualnya kembali. Sekiranya rumah tersebut bernilai RM 100,000 , maka dengan RM 10,000 sahaja ia sudah mencukupi untuk anda memiliki rumah tersebut. Inilah yang dinamakan leverage dan konsep ini adalah sama digunakan dalam saham (short selling), pasaran hadapan dan options. Sumber

Respond UZAR 1) Menyamakan pembelian rumah secara deposit dengan leverage gandaan 1:100 dalam forex trading adalah perbandingan yang kurang tepat. Ini kerana bagi pembelian rumah itu perjanjian jual dan beli (S &P) telah ditandatangani antara pembeli dan penjual. Menurut Fiqh Islam dengan termeterainya aqad itu, pembeli sudah memiliki penuh hak ke atas rumah tersebut walaupun ia masih tidak membayar penuh lagi harga rumah, Islam mengiktiraf pembelian secara bayaran tangguh yang dinamakan Bai' at-Taqsit . Lalu dalam tempoh bayaran masih belum dilunaskan itu pembeli sememangnya dibenarkan untuk menjualnya kepada pihak ketiga dan mengambil untung. Bai at-Taqsit adalah harus menurut majoriti sahabat nabi s.a.w, tabien, ulama silam dan kontemporari (Al-Umm, 3/15; Nailul Awtar, 5/173, Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 259) Ia berbeza dengan leverage, tiada jual beli termeterai. Hanya pinjaman dari pihak syarikat forex kepada pesertanya. Ini terbukti apabila seorang ia disebutkan seorang blogger bab pelaburan yang kerap dirujuk oleh pemain forex trading menyatakan dalam webnya, takrif leverage sebagai : The use of credit or borrowed funds to improve one's speculative capacity and increase the rate of return from an investment, as in buying securities on margin. sumber : disini Borrowed fund, beerti ia dipinjamkan oleh syarikat. Justeru isu penting di sini ; dalam hal jual beli rumah, ia jenis leverage yang harus kerana asasnya kontrak jual beli dan asset telah menjadi milik pembeli. Isu dalam konsep pinjaman dari proses leverage Dalam hal leverage forex, ia hanya PINJAMAN DARI SYARIKAT FOREX KEPADA AHLINYA. Oleh kerana ia hanya pinjaman, wujud pula isu hukum kedua di sini iaitu :a- Pertama : Tiada pemindahan sebenar wang ke akauan peserta sebelum dijual. Katalah wang asal si pemain forex hanyalah USD 100, maka di leverage sehingga menjadi USD 100,000 melalui kontrak pinjaman. Masalah di sini adalah pemilikan ke atas wang yang diberi pinjam tadi tidak dibuat dalam bentuk yang sebenar, tapi hanya atas angin sahaja, tiada sebarang jumlah sebenar yang wujud. Justeru. Tiada sebarang ‘transfer of real money' berlaku

dalam account pemain forex, hasilnya tiada pemilikan fizikal (hakiki) dan 'hukmi' ke atas wang, tetapi ia telah dijual sehingga mendapat untung. Inilah yang saya maksudkan bercanggah dengan dalil larangan menjual sesuatu yang belum menjadi sebenarnya samada secara hakiki atau hukmi. Ia dinyatakan dengan terang oleh forex trader dalam ruang komentar di artikel saya iaitu :Saya seorang pemain forex (demo account shj,bknnya real). Berkenaan dengan leverage itu, saya bersetuju dengan kenyataan "broker memberi pinjam untuk pelaburan forex", tapi yang saya faham pinjaman itu bukannya secara kekal. Maknanya duit dalam akaun kita masih sama (kalau deposit 1k, maka akan tertulis 1k, bukannya 100k). Jelas dari ayat ini menunjukkan pinjaamn itu bukan pemindahan dan bukan wang sebenar, ia hanya wang HANTU yang tidak dimilki secara sah hakiki atau hukmi oleh si forex trader. Ia berbeza dengan kes jual rumah tadi, kerana pemilikan dan aqad "sell & Purchase" telah termeterai. Pemilikan secara hukmi telah terpindah kepada pembeli walaupun ia belum membayar sepenuhnya. JIKA PEMAIN FOREX masih berdegil dan mendakwa pemindahan sebenar telah berlaku, baiklah boleh abaikan ulasan pertama saya ini, namun pinjaman akan tersangkut dalam isu seterusnya di bawah.

b- Kedua : Jika benar pinjaman dimiliki dengan sah , mengapa jika tiada risiko? Pihak pemain forex memberikan komen di ruangan komentar saya dengan kata mereka :Dengan USD 100 trader boleh berjual beli dengan kuasa USD 100,000. Jika berlaku kerugian dalam urusniaga, jumlah maksima yang trader rugi hanya USD 100. USD 100,000 tersebut lansung tidak terusik Ini tanpa sengaja sebenarnya adalah seolah satu pengakuan tentang hukum haramnya leverage forex dalam bentuk sebegini, ia menunjukkan bahawa jumlah USD 100,000 yang KONONNYA telah dipinjamkan kepada pemain forex dan masuk ke dalam pemilikan trader hanyalah omongan kosong. Jika benar-benar ia tepat mengikut hukum Shariah, sepatutnya jumlah pinjaman USD 100,000 telah masuk sepenuhnya dalam milik si trader dan jika berlaku kerugian sepatutnya semuanya terkesan dan bukan hanya USD 100 modal asal sahaja. Bila ia disebutkan tidak terkesan, ini bermakna, si trader sebenar TIDAK MILIKI USD 100,000, kerana itu ia tidak hilang kerana ia bukan wang miliknya. Hasilnya, pinjaman yang dikatakan dalam leverage ini hanyalah bayang-bayang sahaja, dan trader menjual sesuatu yang bukan miliknya yang diharamkan oleh baginda Nabi s.a.w. Ia juga BERBEZA DENGAN LEVERAGE RUMAH TADI c-

Ketiga : Isu Memberi Pinjaman Dengan Syarat Menjual

Isu seterusnya dalam bab syarikat FOREX memberi pinjam wang melalui leverage sehingga USD 100,000 adalah; Syarikat forex sebenarnya memberikan ‘pinjaman bersyarat' iaitu dengan mengikat pinjaman USD 100,000 yang diberikan hanya dikhaskan untuk berjual beli matawang melalui syarikat mereka. Maka ini adalah haram kerana riba iaitu si pemberi pinjaman mengambil manfaat atas si peminjam (pemain forex) dengan mensyaratkannya mesti jual beli guna mereka,. Jika pemain FOREX ingin menyatakankannya halal, sepatutnya sebagai peminjam kita bebas menggunakan wang yang diperolehi untuk apa jua tujuan yang kita sukai malah kita boleh keluarkan semua wang pinjaman yang diberi melalui leverage itu.

Namun dalam hal pinjaman leverage ini, semua kemudahan tersebut pastikan TIADA!. Inilah bercanggah dengan nas

‫آ ض  ّ ً  ا‬ Ertinya : Setiap pinjaman yang (mensyaratkan) manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, azZayla'ie, 4/60 ) [1] Dalam konteks di atas, syarikat forex telah mensyaratkan manfaat baginya. Lebih dahsyat dari ityu, ia juga bercanggah dengan dalil ini :-

$      ‫" ! ا  و‬#‫ ! ا‬ Ertinya : "Nabi s.a.w melarang dari menjalankan dua urusniga dalam satu" ( Riwayat Abu Daud, 2/246 ; Al-Hakim, Ibn Hibban ; Al-Hakim & Ibn Hazm : Sohih ; Ahmad : Perawinya Thiqat , Majma Az-Zawaid, 4/84) Para ulama hadis dan fiqh berbeza pandangan dalam menghuraikan erti hadis ini TETAPI mereka bersepakat bahawa yang termasuk dalam kategori haram dari hadis di atas adalah memberikan pinjam sambil mensyaratkan membeli aset darinya. Contohnya si pemberi pinjam berkata :"Saya pinjamkan duit USD 100,000 ini kepada kamu dengan syarat kamu mesti beli computer saya" Sebagaimana di sebutkan oleh Imam Al-Mawardi

‫ ا") ا(ي &ط  ض‬#‫* ا‬+ Ertinya : "tempat yang haramnya adalah setiap jualan dan mensyaratkan pinjaman ( atau sebaliknya)" ( Al-Hawi, hlm 431) Iaitu menggabungkan aqad pinjam dan aqad jual beli, ini disepakati haramnya oleh ulama. (Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Al-Mughni, 6/334; Majmu' al-fatawa, Ibn Taymiah, 4/39) Inilah yang berlaku dalam leverage forex atas dasar pinjam dan syarat mesti jual dan trader tiada kebebasan untuk tiba-tiba keluarkan duit USD 100,000 itu untuk digunakan bagi perkara lain. Mereka diberi pinjam dengan syarat melaksanakan jual beli melalui syarikat pemberi pinjam sahaja.

Hujjah FOREX TRADER 2 : Qiyas Kepada fadhilat Lailatul Qadr & Pahala Solat Jemaah Seorang individu yang kerap dirujuki oleh forex trader berkata bahawa asas leverage boleh dilihat dalam beberapa bentuk ibadah khusus, ia berkata :Malah dalam Islam, sudah disebut dalam Quran, ada satu malam yang ganjaran ibadah pada malam itu adalah lebih baik dari beribadah 1000 bulan. Seorang yang bersolat berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda. Inilah antara contoh leverage dalam ibadah. Ulasan UZAR Itu adalah pandangan penulis blog itu secara umum di dalam ibadah, tiada sebarang masalah dalam hal ibadah yang disebut khusus kelebihannya oleh Allah dan RasulNya, NAMUN jika terdapat mana-mana forex trader cuba menggunakan hujjah ini serta menyamakan atau men'qias'kan leverage dalam ibadah itu dengan leverage dalam forex. Maaf saya katakan, hujah sebegini adalah terlalu amat lemah dan sebenarnya tidak relevan dalam isu yang sedang dibincangkan ini. Dianalogikan dan disamakan gandaan pahala dengan gandaan duit ? Bagaimana boleh disamakan gandaan pahala yang ditentukan khas oleh Allah swt dengan gandaan leverage menggunakan duit pinjaman bersyarata tanpa hak milik jelas bagi gandakan untung duit sedangkan ianya bentuk transaki yang bertentangan dengan hukum Shariah, Adakah ia sama dan apakah illatnya ??? Ia terlalu lemah dan malah salah dalam penggunaan, terutamanya apabila bab fadhilat dan pahala tidak boleh dianalogikan dan` diqiyaskan menurut sepakat ulama Usul Fiqh, kerana tiada illah yang bersifat muta'adi dalam hal fadhilat dan pahala. Percubaan qiyas fadhilat bagi satu amalan ibadah khusus yang disebut secara specific oleh Nabi kepada satu ibadah lain adalah tertolak menurut ulama Usul Fiqh kerana ia adalah fadhilat yang dari jenis tidak ‘ma'qul al-ma'na' (Syar al-Talwih ‘ala at-Tawdih, 2/122; Al-Mahsul, Ibn Arabi, 1/95)

Apatah lagi ingin diqiyaskan kepada leveraging oleh forex trader. Ia amat-amat tertolak. Ia disebutkan dengan jelas di dalam kitab Usul Fiqh

‫ه‬4  ‫س‬- 6 , ‫ه‬# +  - . ‫ ا‬$* /0‫ ا‬$/0‫ة ا‬2‫ا‬  C ; #+ =  ‫? أ‬# + ‫ إذ‬, ‫زا‬89 ‫! ;ر  اس‬0/ $ ‫م ا‬2  ‫! ;ر  اس‬#D/0‫! ا‬0/- !E ‫ء‬#D‫ ا‬.‫م س و‬0 G"/-  ‫آات‬L‫ ا‬MN ‫ و‬, ‫اد اآ ت‬2‫رات  أ‬20‫ ا‬: D+‫ د;ل  ; و‬2  !# +  ‫ح‬2#- . ‫أة ا‬2"0‫ت ا‬0P*‫) ا‬0‫ رات و‬P‫ود وا‬2*‫ ا‬-‫د‬+‫و‬   9 .  C ; ‫ه‬4  ‫س‬- 6 , Hujjah FOREX TRADER 1 : Jika tidak boleh leverage lebih dari 1:1, maka hanya bank yang boleh buat Ulasan UZAR Ia bukan hujjah yang perlu dibincang dan tidak ada kena mengena dengan perbincangan hukum, jika tak mampu untuk berforex dengan duit sendiri iaitu 1 : 1. maka jangan berforex, ketidakmampuan individu untuk menyertai forex tidak mengubah hukum leverage 1:20, 1:100, 1:1000 yang bermasalah di atas. Ini kerana forex bukan makanan asasi yang akan mati tanpanya.

Kalau sebelum ini saya utarakan jawapan oleh Syeikh Taqi Uthmani, kali ini say acpy paste pula soalan dan jawapan dari Prof. Dr Monzer Kahf, pakar ekonomi Islam Question I have heard that online trading with broker either in currency or stocks is prohibited on margin, but why is that so, as it is on spot, and borrowing money is not prohibited, so if one borrows money to buy currency without paying interest, as the brokers offer Muslims interest-free accounts for Muslims, instead they charge a small commission for the service on each open position, as otherwise the interest is payable if the position is not closed before 5 pm EST. Thus, for Muslims the commission is charged even if the position is opened after 5 pm EST, but there is no physical delivery of the borrowed money, as its through the broker, and the trader doesn't receive it, but is liable for it and all risks of profit and loss are of the trader, and it makes it easier as a trader may open a position and close within 10 minutes, if he has taken a quick profit, so otherwise, if he waits for delivery and return,it may take days,

so due to the development of technology, if we can trade online, with convenience, what's wrong with it? Because when we open a position, we actually borrow money on contract, but don't get a physical delivery, as it will take time, what I don't get in my hands, but is really given to me through contract, so is it not acceptable and online trading through margin is haram? Then how Muslims can make money, because otherwise one does need 100,000$ actually to buy those stocks or currencies, but in this way, the problem is solved, so is online trading on margin haram? Answer In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger. For trading currencies, please refer to the answer given to brother ‘Arqam' in this session. Trading currencies on margins is not permitted in the Shari`ah.

.

Trading stocks (only those stocks that satisfy the known criteria for permissibility of owning and trading) on margins, if no interest is involved, then it is permissible. I am afraid that this commission you mentioned hides interest charge, I therefore, need more information about the commission structure and component t to make sure that it does not hide any interest open : http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=Ta4O7M

Question Is online forex trading allowed? The procedure of a normal interest-based trade is: you buy one currency against dollar (electronically through a broker) for instance buy pound and sell dollar. Your account is in dollars and you deposit $500 and get to trade on a margin. Each trade is for 100000 currency units- in our case we buy 100000 pounds for $500 margin. You don't get a physical delivery, but you are liable for the payment and will enjoy all the risks and benefits. You realize your profit or loss by selling back the pounds you bought. If the buy and sell takes place the same day, you don't get charged any interest. If you don't close your position, everyday you are charged $5 per 100,000 currency units. To normal customers, these trades have no commission or charges. Now, for Muslim

investors, what the companies do, instead of charging daily interest, they charge a $20 per trade( buy and sell ) as a commission. This commission allows the investor to have a grace period of 3 days for closing the trade instead of 1 day in the normal scenario. However, after the 3rd day, everyday the commission is charged for all open positions. 1. Please tell, whether or not the procedure for Muslim investor devised by these companies is halal? 2. Can we only day trade (buying and selling the same day) so no interest is involved. 3. What does Islam says about trading forex on margin? In what circumstance would a Muslim be allowed to perform margin-based trade? Answer by Prof Dr Monzer Kahf In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful. All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger. Online forex trading is essentially forbidden because of the requirement of full delivery or both currencies at the time of the contract. This requirement is mentioned in a correct saying of the Prophet. Consequently, any contract in which you pay an amount that is smaller than the exact value of the other currency (margin) is not permitted. Also, any contract that has a time lag in the delivery of either currency is not permitted. This leaves out, as permissible, day trading and spot trading if they are done with full cash payment. Allah Almighty knows best.

Sekian Zaharuddin Abd rahman http://www.zaharuddin.net/

Pelaburan Dan Meniaga FOREX Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Soalan Saya ingin minta pihak ustaz untuk menerangkan tentang pelaburan tukaran matawang asing dan juga perniagaan Forex. Bagaimana pula jika saya melakukan transaksi sendiri dengan berbekalkan analisa sendiri atau yang disediakan oleh broker dengan melayari internet. Kemudian memperolehi untung dari jualan dan belian matawang asing ini. Terima kasih

Jawapan Bagi menjawab soalan ini, anda perlu memahami dua jenis perkara iaitu :1- Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui FOREX. 2- Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh anda sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja. Pertama : Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan FOREX : Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya

yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan. Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :a- Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang banyak hadis antara yang paling utama adalah :'

‫ وا‬,  ‫ وا‬,  ‫ وا‬, ‫اه ه‬ ‫ اء‬,   ً  ,  ‫ وا‬,  ‫ وا‬,  "‫ا آ‬$ ‫ * ه) ا('&ف‬+‫ذا ا‬-$ ,  ‫ ! ًا‬, ‫اء‬ ./0 Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) . b- Nabi bersabda :-

‫ هَ َء َوهَ َء‬9‫ ِرً إ‬ ِ ‫ َه‬4 ِ ‫ق‬ ُ ‫ =ل ا ْ َ ِر‬3ِ 4‫ل ا‬ َ ُ‫ن َر‬-$ Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209) c- Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

ً&!ْ ‫ق َد‬ ِ ‫ ِ ْ َ ِر‬ ِ ‫ َه‬4 ‫ ا‬Bِ ْ َ CD 3ِ 4‫@?> رل ا‬ Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762)

Hadis-hadis di atas menyebut perihal displin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa matawang (bank note) juga adalah sama displinnya dengan emas dan perak disebabkankan nilai dan fungsinya sebagai 'medium of exchange'. Justeru setiap displin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga TERPAKAI pada urusan transaksi matwang. Demikian keputusan Majlis Fiqh Antrabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah AAOIFI. FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam Riba Nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrument yang tidak halal di sisi Shariah. Instrumen-instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd alMuhtar ala ad-durr, 4/531). Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Institusi Kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, Namun semua mereka hanya terlibat dalam FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-WA'D atau 'Unilateral Promise' dan ia telah disepakati keharusannya. Apa yang pasti, Majlis Shariah mereka telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja. Justeru MELABUR MODAL ( BEERTI ANDA MELABUR DAN KEMUDIAN TUNGGU UNTUNG SAHAJA) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara FOREX adalah tidak halal di sisi Islam. Ia adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

KEDUA : Hukum FOREX TRADING yang dijalankan sendiriBagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertama-tamanya ia tertakluk kepada :a- Kesohihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi keran terdapat unsur gharar.

b- Jika platform tersebut punyai wibawa dan lessen serta info yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akata berkaiatan dengan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang Negara. Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual matawang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah ‘spot'. Namun mari kita sama-sama cuba mehami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat pandangan Islam tentangnya. Setakat apa yang diterangkan oleh individu yang terlibat dan yang tahu berkenaan cara forex trading memlali internet ini. Ia seperti berikut :1) Ia mempunyai minimum modal. Sebagai contoh USD 1, USD 100 dan lainlain, ia berbeza mengikut polisi syarikat forex trading masing-masing. 2) Dengan modal itu, pihak syarikat platform forex trading ini akan membukakan satu akaun khas buat peserta. Setelah itu, pihak peserta akan menentukan samada untuk membuka kaunter jualan matawangnya di dalam akaun atau membuka kaunter belian. Gambaran mudahnya adalah :Katalah modalnya USD 100 yang dibeli dengan tukaran semasa hari tersebut USD 1 = RM 3.6, dan dibuka kaunter ‘selling' melalui platform syarikat tersebut.

Sebagai contoh, pada esok harinya apabila dilakukan analisa terhadap pegerakan nilai matawang, didapati nilai USD mengukuh berbanding Ringgit iaitu USD 1 = RM 4 Tatkala itu, ia akan menekan button jual USD 100 dan memperolehi RM 400. Ini bermakna ia telah beroleh keuntungan sebanyak RM 40 berbanding harga belian asalnya tadi. Pihak syarikat FOREX ini MESTILAH memasukkan seluruh RM 400 itu sebaik sahaja transaksi jual beli dilakukan, TIDAK DIBENARKAN DILEWATKAN ATAU DIMASUKKAN SEBAHAGIAN SAHAJA, jika dalam contoh di atas, hanya RM 40 dimasukkan, manakala baki modal sebanyak RM 360 hanya akan dimasukkan sejurus peserta menutup akaun pada hari tersebut. Isu Shariah : Jika ini tidak berlaku, maka ia lulus dari sudut Shariah, namun jika kelewatan berlaku, isu Shariah di sini adalah berlaku penangguhan dalam penyerahan matawang ringgit. Ini menjadikan ia bercangah dengan arahan Nabi s.a.w :Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu:

‫ هَ َء َوهَ َء‬9‫ ِرً إ‬ ِ ‫ َه‬4 ِ ‫ق‬ ُ ‫ =ل ا ْ َ ِر‬3ِ 4‫ل ا‬ َ ُ‫ن َر‬-$ Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata : Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)" (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209) Manakala pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis :-

ً&!ْ ‫ق َد‬ ِ ‫ ِ ْ َ ِر‬ ِ ‫ َه‬4 ‫ ا‬Bِ ْ َ CD 3ِ 4‫@?> رل ا‬ Ertinya : "Rasulullah s.a.w melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang"( Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762) Imam An-Nawawi telah menyebut dengan terang bahawa para ulama telah bersepakat wajibnya syarat serah terima dalam satu masa atau ‘Taqabud' samada secara hakiki (fizikal) atau hukmi (melalui mediuam internet tetapi

punyai bukti seperti resit atau nota elektronik yang menunjukkan transaski sah) ( Syarah Sohih Muslim) Cadangan : Mesti dipastikan bahawa semasa transkasi jual beli dilakukan, kesemua modal dicampur untung dimasukkan di dalam akaun kita tanpa sebarang tangguh, dan secara automatik juga kita boleh mengeluarkan wang tersebut tanpa sebarang halangan. 3) Terdapat syarikat yang mensyaratkan minimum modal yang tinggi seperti USD 1000 dan lain-lain jumlah. Untuk itu mereka menawarkan apa yang dinamakan 'leverage' yangmana modal peserta akan digandakan. Sebagai contoh, katalah modal sebenar anda adalah USD 100. Maka anda dikehendaki memilih atau secara pilihan memlih gandaan yang dikehendaki. Seperti 1 : 10 beerti modal anda akan digandakan kepada 10 kali menjadi USD 1000 atau jika memilih 1:100, beerti modal anda menjadi USD 10000. Dengan jumlah baru inilah matawang anda akan di pasarkan di pasaran. Hukum Leverage : Takrif Leverage : The use of various financial instruments or borrowed capital, such as margin, to increase the potential return of an investment. Leverage can be created through options, futures, margin and other financial instruments. For example, say you have $1,000 to invest. This amount could be invested in 10 shares of Microsoft stock, but to increase leverage, you could invest the $1,000 in five options contracts. You would then control 500 shares instead of just 10. (Rujukan) Jika benarlah apa yang saya gambarkan ini, transaksi forex menggunakan Leverage ini adalah HARAM kerana ia dikira menjual matawang yang tidak di dalam milik anda. Milik sebenar anda hanyalah USD 100 tetapi yang dijual adalah 10,000. Ia berdasarkan apa yang disebut oleh Nabi s.a.w :

‫ك‬ َ َ &ْ D ِ F  ْBِ Gَ َ Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Malah saya juga hampir pasti, wang yang digandakan oleh syarikat itu dikira sebagai pemberian pinjaman dan sudah tentu mereka akan mengambil sedikit keuntungan samada diketahui atau tidak diketahui oleh peserta. Jika ini berlaku, sekali lagi riba telah berlaku. Bagi mengelakkan perkara yang ditegah oleh Islam dari berlaku di sini, penggunaan leverage 1:1 sahaja yang dibenarkan. Wallahu'alam. 4) Diberitakan juga pihak syarikat menasihatkan peserta agar menggunakan modalnya kurang dari 30 % bagi mengurangkan risiko semasa trading dijalankan. Dan jika terdapat masalah kemungkinan rugi atau apa yang dinamakan 'margin call', pihak peserta dibenarkan untuk membuka kaunter satu lagi samada jual atau beli bagi menyeimbangkan kemungkinan rugi. Pandangan : Wallahu'alam, jika semunya dilaksanakan dengan jelas dan perancangan yang betul. Setakat ini saya tidak nampak adanya masalah Shariah dalam tindakan ini, kerana apa yag dilakukan adalah membuka kaunter baru, kalau sebelum ini ia membuka kaunter jual sahaja, maka apabila di posisi jual didapati boleh membawa kerugian, ia dengan segera mebuka kaunter beli, bagi memperolehi keuntungan pula. Semuanya adalah harus jika dilaksanakan menurut syarat di atas tadi, tiada leverage, tiada tangguh, dan wang yang telah diperolehi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Wallahu'alam. Kesimpulan Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini boleh dikira halal, namun ia bukanlah sesuatu yang disukai oleh polisi ekonomi di dalam Islam, pertamanya kerana menurut pandangan ekonomi dalam Islam, matawang adalah 'medium of exchange' sahaja dan ia bukanlah komoditi yang wajar diniagakan bagi memperolehi untung dari perbezaan nilainya. Kita tahu nilai matwang kini tidak lagi bersandarkan emas atau perak, wang kertas hari ini (fiat money) tidak mempunyai nilai tersendiri (seperti logam emas dan perak) kecuali nilainya datang dari pasaran global yang ditentukan oleh 'demand and supply' di pasaran dunia. Justeru, menjadikan cara ini bagi memberikan anak dan isteri makan bukanlah satu bentuk kerjaya yang terpuji di dalam Islam. Malah ia sebenarnya membantu sistem kapitalis dan menguatkan sistem ekonomi yang mereka anjurkan. Justeru, fikirkanlah....

Jika anda tidak ingin menerima padnagan saya, tidak mengapa tetapi bacalah pendapat ulama besar kewangan Islam sedunia iaitu Syeikh Mufti Taqi Uthmani dalam hal ini:

Forex Currency Trading By Mufti Muhammad Taqi Usmani Posted: 11 Zul Qa'Dah 1424, 22 November 2007

Q.) Is Forex Currency Trading halal? I have attached a document detailing the aspects of the business.

A.) I went throught the papers sent by you. I am of the opinion that these transactions are not compliant with Shariah. The very condition that you cannot take delivery of the purchased currency makes it impermissible. Morever, there are other elements according to my knowledge that makes this trade unlawful in Shariah, such as, forward sales, short sales etc. This is in addition to the fact that the currencies are originally a medium of exchange and should only be exchanged for personal use in different countries. To make them a tradable commodity only for earning a profit is also against the basic philosophy of Islamic economics. I would therefore not advise you to indulge in this trade. Sila Buka Sumber : Forex Trading

Adakah anda mengenali siapa Syeikh Mufti Taqi Uthmani, sila buka di sini untuk mengenalinya .

Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 7 Januari 2008

28 Zulhijjah 1428 p/s : Semua pemain forex, nota dan jawpaan saya inin adalah jawapan yang dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik carajual dan beli, boleh dimaklumakn kepada di ruangan komentar kerana info tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat. Syaa tiada masa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika ini. Sekian

SUMBER: http://www.zaharuddin.net/content/view/655/100/ http://www.zaharuddin.net/content/view/649/101/

Related Documents

Leverage
May 2020 14
Leverage
June 2020 13
Leverage
May 2020 14
Forex
May 2020 35
Forex
May 2020 21

More Documents from "ryan lee"