Bangunan Sejarah Lipis

  • Uploaded by: nan
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bangunan Sejarah Lipis as PDF for free.

More details

  • Words: 2,279
  • Pages: 46
BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH MASJID NEGERI (MADRASATHUL FIRDAUS)



• • •

CIRI-CIRI : Rekabentuk Senibina Melayu Nusantara (pengaruh Minangkabau) Bangunan tertua Bandar Kuala Lipis Menara dan bumbung keadaan asal Pengubahsuaian pintu, tiang, tingkap, dinding

1



• •





Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Pada asalnya, atap masjid ini diperbuat daripada papan. Masjid ini telah dijadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia dipindahkan ke Kuantan. Menurut cerita orang tua, salah satu keistimewaaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda, Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Razak bin Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar.

Dato’ Habib (Syed) AlAtas bin Syed Ahmad

Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda pada tahun 1971 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH TOKONG THEAN HOU

CIRI-CIRI : • Di dalam tokong ini juga terdapat sebuah batu yang diukir mengenai sejarah tokong Thean Hou.

4

• Dibina oleh penganut-penganut Buddha di Lipis pada tahun 1898 yang diketuai oleh Kapitan dari keturunan Ong. • Berhala yang berada di dalam tokong ini telah dibawa dari negara China. • Pada tahun 1926, banjir besar telah berlaku mengakibatkan sebahagian daripada tokong ini rosak teruk. Oleh kerana itu, tokong ini telah dibina semula menggunakan struktur konkrit dan dipantau oleh penguasa tempatan pada ketika itu.

batu bersurat yang dibina pada tahun yang sama menceritakan nama-nama penderma yang membiayai pembinaan tokong. Ada yang menderma 2 atau 5 atau 50 wang perak. Kerajaan British pada masa tersebut menyumbang sebanyak 150 wang perak.

Terdapat sebuah ukiran kayu yang dibuat sejak tokong ini didirikan pada tahun 1889

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH PAHANG CLUB

CIRI-CIRI : • Rekabentuk Senibina Tudor • Pengaruh Melayu dan nusantara pada beranda dan bumbung • Susunatur dalaman lebih moden • Struktur kukuh dan baik • Sudut visual dan ciri luaran terpelihara

Rumah Kelab Pahang

Tangga

Rekabentuk dalaman yang moden

7

• Merupakan bangunan terawal yang dibina oleh British iaitu pada tahun 1907 sebagai kediaman Hugh Clifford yang pada ketika itu memegang jawatan ‘Suprintendent’ Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis. • Apabila Residen berpindah ke Rumah Residensi pada tahun 1922, rumah kelab tersebut ini telah didiami oleh Inspektor Polis British hingga tahun 1926. • Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini telah ditinggalkan dan kemudiannya Kerajaan Inggeris telah menjadikan rumah ini sebagai kelab Khas untuk pegawai-pegawai tinggi British sahaja. • Pada tahun 1957, keahlian kelab ini hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British dan Pegawai Tinggi Kerajaan sahaja. Kemudian apabila Malaya merdeka, keahliannya dibuka untuk orang-orang tempatan tidak mengira kaum.

Sir Hugh Clifford

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH PEJABAT POS CIRI-CIRI : • Rekabentuk Art Deco • Ciri-ciri bentuknya bersegi dan bersifat simeteri. • Terdapat sebuah tangga yang berbentuk geometri di bahagian belakang bangunan ini • Keunikan pada bumbung, tingkap dan tangga

9

• Dibina pada tahun 1910. • Pada mulanya, pintu masuk ke pejabat pos ini menghadap ke Jalan Besar. Tetapi setelah banjir besar pada tahun 1971, pintu masuk utamanya telah diubah ke tempat di mana ia berada sekarang. • Bangunan ini telah menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah naiktaraf yang terbaru pada tahun 2002.

Berbasikal semasa menghantar surat

Pos bergerak

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD

CIRI-CIRI : • Bangunanbangunan kayu • Bangunan induk berbentuk D (1929) telah dibina

11

• Sekolah Menengah Clifford pada mulanya dikenali sebagai Government English School dan dimulakan pada tahun 1913 • Perasmian sekolah ini telah dibuat dalam tahun 1929 oleh Sir Hugh Clifford, bekas British Resident Pahang. • Sekolah ini telah mencatatkan sejarah bagi sekolah yang pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936 • Di zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan Ibu Pejabat Kempeitai. Sebuah bilik darjah dijadikan sebagai bilik tahanan. • Antara murid-murid terawal sekolah ini adalah KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah dan Yang Berhormat Dato' Sri Tan Sri Dr. Mohd Ghazali bin Shafie

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam

Mr. V.N. Bartlett – Guru Besar Pertama Sekolah Clifford

Gambar ini menunjukkan sebuah tempat yang dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai kubu untuk menangkis serangan pihak luar

Inilah bilik darjah yang pernah menempatkan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah dan Tun Dr. Mohd Ghazali bin Shafie

Bilik darjah ini dijadikan oleh tentera Jepun sebagai bilik tahanan dan penyeksaan sebelum tahanan dihantar ke Melaka. Kini bilik ini dijadikan bilik darjah pelajar-pelajar Tingkatan Enam.

Mulai tahun 1949 padang ini dijadikan padang utama program rasmi negeri pahang seperti sambutan ulang tahun keputeraan KDYM sultan Abu Bakar , dan Sukan tahunan seluruh sekolah negeri Pahang sehingga ibu negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH GURDWARA SAHIB

CIRI-CIRI : • Reka bentuk Indo Palladian • Keunikan elemen seperti bumbung dan simbol bunga pada pediment dan tiang 16

• Bangunan ini telah dibina pada tahun 1916 semasa pemerintahan Inggeris. • Ia telah dibina oleh masyarakat Sikh yang bertugas sebagai Polis Inggeris, pekerjapekerja stesen keretapi dan askar-askar Inggeris. • Walaupun pada masa sekarang jumlah masyarakat Sikh semakin berkurangan di Lipis, namun bangunan ini masih berdiri untuk menjadi bukti sejarah penempatan pertama masyarakat tersebut di pekan ini

Gambar yang menunjukkan masyarakat Sikh yang bertugas sebagai polis dan tentera British serta sebagai pekerja keretapi.

Tiang Bendera Neshan Sahib dibina pada awal tahun 1916 menandakan di situ terdapat sebuah Gurdwara Sahib. Bendera di situ ditukar pada setiap tahun iaitu pada hari Vasakhi yang biasanya jatuh pada 14 April dan ianya berwarna kuning (daulat).

Kereta keranda dibuat pada awal tahun 1916. Digunakan oleh kaum Sikh di daerah Lipis untuk kegunaan membawa mayat ke tapak pembakaran

Terdapat sebuah perigi lama yang dibuat daripada batu bata pada awal 1916 yang tidak digunakan lagi sekarang ini. Perigi tersebut adalah untuk kegunaan harian seperti mandi, membasuh dan minuman.

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN PENTADBIRAN DAERAH LIPIS

CIRI-CIRI :

Arca

Tiang Arca/ Laluan kaki lima

• Rekabentuk Senibina Neo Classical • Rekabentuk anjung, pediment, tiang rekabentuk barat

20

• Siap dibina pada tahun 1919 dan merupakan pusat pentadbiran utama bagi negeri Pahang Darul Makmur. • Bangunan ini menempatkan Pejabat Residen British dan Pegawai-Pegawai Pentadbir bagi Negeri Pahang, di tingkat atas. • Di tingkat bawah merupakan pejabat kutipan hasil dan perbendaharaan Kerajaan British • Dengan wujudnya jawatan Menteri Besar pada tahun 1952, Pejabat Menteri Besar Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditempatkan di bangunan ini. • Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955 bekas pusat pentadbiran ini dijadikan Pejabat Daerah Lipis, sehinggalah sekarang.

Dato’ Setia Wangsa Sir Mahmud Bin Mat, MCS.OBE. (Menteri Besar Pahang yang pertama di kalangan orang Melayu 1 Feb 1948 - 1 Feb 1951) Nama beliau telah diabadikan kepada SMK Setia Wangsa, Kuala Lipis

Dato’ Haji Abu Samah Bin Haji Ali Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Ketika Kuala Lipis menjadi Ibu Negeri tahun 1940

Gambar yang menunjukkan kawasan bangunan tingkat atas yang menempatkan pegawaipegawai pentadbir Negeri Pahang pada zaman British. Sekarang tingkat ini menempatkan bilik Pegawai Daerah dan bilik-bilik pengawai lain.

Tingkat bawah Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis yang dulunya merupakan pejabat kutipan hasil dan perbendaharaan kerajaan British seperti hasil-hasil emas, bijih timah, hasil-hasil hutan dan getah. Kini telah dijadikan Pejabat Tanah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis.

Bilik yang menempatkan Sir Hugh Clifford menjalankan tugas pentadbiran Daerah Lipis. Sekarang bilik ini dijadikan bilik gerakan Pejabat Daerah Lipis.

Dahulu Unit Penguatkuasa Tanah Lipis merupakan sebuah Mercantile Bank.

Dahulu di bawah bangunan ini dijadikan sebagai tempat tahanan Jepun sebelum dihantar ke Melaka untuk hukuman selanjutnya oleh pihak tentera Jepun. Sekarang tempat ini ialah pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Lipis

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH RUMAH BEKAS KEDIAMAN SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG

CIRI-CIRI :

Birai Hias

• Rekabentuk Senibina Malay Palladian • Bumbung ciri tradisional Melayu • Ukiran dinding, pintu senibina barat 25

• Siap dibina pada tahun 1920 • Rumah ini terletak di atas Bukit Bius • Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dilahirkan serta dibesarkan di rumah ini. • Ayah beliau, allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien, pernah mendiami rumah ini ketika beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Menurut sumber yang boleh Pahang. dipercayai kelahiran YAB Datuk Seri Najib disambut oleh bidan kerajaan Hospital Lipis bernama Puan Fatimah yang lebih dikenali sebagai Mak Da

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussien

Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH RUMAH REHAT BUKIT RESIDEN

CIRI-CIRI :

• Rekabentuk Senibina Neo Classical • Pengaruh Melayu pada bumbung • Bahan binaan batu bata Blausetrade

Blausetrade

Rumah Rehat Bukit Residen

27

• Bangunan Residensi ini bina pada tahun 1922 sebagai rumah kediaman Residen Inggeris. • Penghuni pertama bangunan ini ialah Hugh Clifford, ‘Superintendent of Ulu Pahang’. • Selepas beliau, Residen-residen Inggeris terus menduduki bangunan ini sehingga tercetus perang dunia kedua pada tahun 1942 hingga 1945 • Pada tahun 1958 hingga tahun 1965 bangunan ini dijadikan sebagai Asrama Murid-Murid Lelaki Sekolah Clifford. • Rumah ini terbiar kosong sehingga ke tahun 1983 sebelum dijadikan Rumah Rehat Kerajaan setelah Asrama Bukit Residen ini telah ditutup pada 31 Disember 1965. • Pada 1 Disember 1985, Sudut Muzium Lipis telah diwujudkan disini untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Daerah Lipis.

Di bawah tangga ini terletaknya sebuah terowong dianggarkan 15 kaki panjang sebagai tempat perlindungan dari serangan bom Pada tahun 1958 sehingga tahun 1965, bilik-bilik ini dipercayai dijadikan asrama murid-murid lelaki Sekolah Clifford. Kini, bilik-bilik ini telah dijadikan

Persidangan Mesyuarat Kerajaan yang pertama telah diadakan di Residensi Kuala Lipis, Pahang pada 04.03.1948

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH MALAY HOSTEL

• • • •

CIRI-CIRI : Rekabentuk Senibina Malay Palladian Unsur tradisional melayu (bumbung) Unsur barat (tiang) Bahan binaan konkrit dan kayu 31

• Siap dibina pada tahun 1926 • Dengan terbinanya bangunan hostel ini, Sekolah Menengah Clifford ini dianggap sebagai sekolah berasrama penuh (Boarding School) di Kuala Lipis oleh penduduk di Pahang. • Semasa pendudukan Jepun, bangunan ini merupakan markas terbesar tentera Jepun untuk urusan pentadbiran mereka.

Dahulu kawasan kantin adalah kawasan lapang untuk memancung kepala pesalah.

Gambar yang menunjukkan tentera Jepun

Dahulu kawasan ini merupakan tapak sekolah perempuan Melayu .Guru yang pertama mengajar pada waktu itu ialah Cikgu Wok Aminah. Sekarang merupakan Dewan Sekolah Menengah Clifford

Dahulu bilik ini merupakan bilik asrama untuk KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah. Kini, bilik ini telah menjadi bilik untuk Guru Penolong Kanan dan pejabat pentadbiran Sekolah Clifford.

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH ISTANA HINGGAP

CIRI-CIRI : • Rekabentuk Senibina Palladian • Ciri-ciri seni bina bangunan ini mempunyai reka bentuk Barat dan ia dapat dilihat melalui tiang (coloumn), tingkap dan bumbungnya • Bangunan ini mempunyai 2 tingkat 35

• Pihak British mula mendirikan bangunan ini pada tahun 1926 sebagai kediaman untuk para pegawai British. • Namun, apabila jawatan Menteri Besar diwujudkan pada tahun 1948, bangunan ini telah diindahkan dan dibaik pulih untuk dijadikan kediaman rasmi YAB Menteri Besar Pahang sehingga tahun 1955 • Antara upacara bersejarah yang pernah berlangsung di istana ini ialah Majlis Perkahwinan KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Tengku Ampuan Hajah Afzan binti Tengku Mohamad pada 22 April 1954

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH STESEN KERETAPI

CIRI-CIRI : • Rekabentuk Tradition al Melayu • Bahan binaan ialah kayu dan papan 37

• Perkhidmatan ini mula beroperasi pada tahun 1926.  • Merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis. • Pada tahun 1920, kerajaan British telah membina landasan keretapi yang menghubungkan Kuala Lipis dengan Gemas hingga ke Johor bertujuan untuk memudahkan pengangkutan hasil bijih ke pelabuhan. • Ketika zaman pendudukan Jepun dahulu, landasan keretapi tersebut digunakan sebagai laluan untuk mengangkut tentera Jepun ke Selatan untuk menawan Singapura. • Penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat, • Sebahagian besar hasil-hasil ekonomi Daerah Lipis juga disalurkan melalui perkhidmatan ini misalnya emas.

Pembinaan Jambatan Keretapi merentasi Sungai Kerambit, Pahang Jambatan keretapi Kampung Bukit Betong pada tahun 1922. Jambatan ini pernah dibom oleh tentera British pada tahun 1942 bagi menghalang kemaraan tentera Jepun dari Kota Bahru untuk bergerak ke Selatan

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH ASRAMA JURURAWAT

CIRI-CIRI : • Rekabentuk Art Deco • Keunikan elemen, balkoni dan tiang 40

• Bangunan ini telah dibina pada tahun 1926 dan dijadikan tempat tinggal untuk jururawat dan jururawat pelatih di Hospital Lipis. • Struktur asalnya tidak mempunyai pagar dan kawasan sekeliling bangunan adalah lapang. • Pada zaman penjajahan Jepun, bangunan ini tidak diganggu kerana fungsinya sebagai sebahagian daripada komponen Hospital Lipis. • Asrama ini telah menjalani beberapa perubahan melalui pengubahsuaian sehingga ke bentuk sekarang.

BANGUNAN-BANGUNAN BERSEJARAH KEDIAMAN PEGAWAI DAERAH

• • • •

CIRI-CIRI : Rekabentuk Senibina Malay Palladian Ciri tradisional pada bumbung Ciri barat pada tiang Keunikan elemen bumbung dan anjung

42 42

• Rumah kediaman yang terletak di atas tapak kubu Orang Kaya Haji Wan Daud ini siap pada tahun 1929. • Tapak pembinaan rumah ini pada mulanya menempatkan kediaman W.C.Michell iaitu pentadbir dan juga pembantu kepada Hugh Clifford. • Ketika banjir besar berlaku, rumah ini telah musnah. Oleh itu, pihak British telah membangunkan semula rumah tersebut dan inilah bangunan yang kekal hingga ke hari ini. Rumah ini kemudiannya dijadikan kediaman bagi pegawaipegawai tinggi British iaitu Pegawai Jajahan. • Pegawai Jajahan Melayu pertama yang menduduki rumah ini ialah Mohd Taib bin Andak yang sekarang ini telah bergelar Tan Sri. • Hingga ke hari ini rumah tersebut kekal sebagai Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Lipis.

Kawasan hadapan kediaman Pegawai Daerah menghadap Sungai Jelai merupakan kawasan strategik mengawal pergerakan pengangkutan sungai

Tapak terletaknya sebuah meriam sebagai benteng pertahanan Orang Kaya Haji sebelum kedatangan Inggeris

• Terletak berdekatan Pejabat Pos di tengah Bandar Kuala Lipis. • Menandakan permulaan sukatan jarak bagi Negeri Pahang di mana perkiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Related Documents


More Documents from ""

Jove-50-2632.pdf
April 2020 11
May 2020 8
Week 9 Lab
June 2020 9
Student1 New
June 2020 9