BAGAIMANA MENGURUS KEHIDUPAN DENGAN TERATUR Membuat sesuatu perancangan dengan teratur lazimnya dapat membina keperibadian yang baik. Uruslah masa untuk diri sendiri sama ada di rumah atau di tempat kerja bagi meningkatkan produktiviti gaya hidup anda. Beberapa langkah yang boleh dilakukan:1. Periksa semua barang milik anda: Kenalpasti apa yang anda miliki dan bagaimana anda menyimpannya. Buang, jual semula ataupun memberikannya kepada sesiapa jika anda tidak menggunakannya lagi. 2. Simpan kesemua barangan yang selalu digunakan di tempat yang mudah diambil dan selamat. 3. Simpan barang yang anda gunakan hanya sekali sekala seperti perhiasan perayaan, permainan ataupun peralatan sukan di dalam sebuah kotak. 4. Sediakan sebuah kotak khas untuk barang-barang yang perlu dibaiki. 5. Simpan semua dokumen penting seperti sijil kelahiran, pasport dan sebagainya, di dalam kotak dengan selamat. 6. Sediakan satu fail untuk dokumen peribadi seperti sijil-sijil penghargaan, anugerah, keputusan peperiksaan dan lain-lain lagi. 7. Bawa buku alamat yang lengkap dan sentiasa dikemaskinikan. 8. Sediakan cara sistem yang tetap untuk tugasan kerja rumah. Bahagikan kerja-kerja rumah dan membuat jadual bilakah ia harus disiapkan. 9. Menguruskan masa dengan cekap dengan merancang segala aktiviti pada kalendar dan membuat senarai semak. Termasuklah rutin tugasan harian dan projek jangka panjang atau matlamat hidup anda. 10. Cuba simpan senarai buku untuk dibaca, cerita untuk ditonton, restoran pilihan dan hadiah untuk dibeli. Panduan: •
Letakkan semua barang di tempat asalnya - anggaplah ia sebagai sebahagian daripada barang kesayangan selepas anda menggunakannya. Amalkan tabiat suka mengemas.
•
Uruskan satu perkara dalam satu masa. Ketika anda mengasingkan suratsurat, jangan membacanya secara khusus, biarkan di meja untuk anda baca kemudian.
•
Buanglah surat, kertas yang tidak dipakai dengan segera.