Bagaimana Menghasilkan Cerpen

  • Uploaded by: Mohd Effizan Wahid
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bagaimana Menghasilkan Cerpen as PDF for free.

More details

  • Words: 1,744
  • Pages: 68
BAGAIMANA MENGHASILKAN CERPEN

KATA-KATA AZIMAT PERIBADI KREATIF Biasanya insan seni amat berhati-hati, sentiasa menghalusi, sentiasa menilai, rajin berwaras dan bersabar mengeram sesuatu sebelum mencernanya menjadi karya seni. Seniman adalah petani seni yang berfikir, di samping cepat tersentuh oleh sesuatu angin peristiwa atau ribut pengalaman.

DEFINISI CERPEN  Perkataan CERPEN adalah gabungan daripada perkataan “cerita pendek”. • Maknanya sama sahaja dengan CEREKA iaitu gabungan daripada perkataan “cerita rekaan”. • Cuma sedikit perbezaan adalah dari segi makna perluasannya, cereka lebih selesa untuk digunakan kepada cerita yang bercorak futuristik iaitu cerita yang berasaskan imaginasi masa hadapan.

DEFINISI CERPEN • Cerpen lebih umum berbanding cereka yang mungkin dilihat lebih khusus. Cereka jelas adalah cerita rekaan yang berasaskan imaginasi semata-mata (tetapi tetap berlandaskan hubungan dengan realiti) sementara cerpen juga hasil daripada imaginasi tetapi ia harus berkaitan dengan sesuatu yang nyata.

DEFINISI CERPEN • Dalam kata yang lebih jelas, cerpen atau cereka adalah berkisar tentang persoalan kehidupan manusia atau persoalan yang dilihat daripada pemikiran dan pandangan manusia. (SM Zakir)

DEFINISI CERPEN

• “Bukan semua cerita pendek dapat digolongkan sebagai cerpen” (Othman Puteh.)

DEFINISI CERPEN • Cerpen adalah cerita yang membatasi diri dalam membahaskan salah satu unsur fiksyen dalam aspeknya yang terkecil. Kependekan sebuah cerita bukan kerana bentuknya yang jauh lebih pendek dari pada novel, melainkan aspek masalahnya yang sangat dibatasi

DEFINISI CERPEN • Cerpen adalah pengisahan pendek yang memberikan kesan tunggal yang dominan dan memusatkan diri pada satu tokoh dalam satu situasi pada suatu ketika

DEFINISI CERPEN • Cerpen merupakan salah satu bentuk prosa moden selain roman, novel, dan novelet. Cerpen isinya menceritakan satu sisi kehidupan seseorang dan salah satu sifat dari cerpen adalah singkat (Hendy)

DEFINISI CERPEN

Cerpen adalah kisah pendek yang mengandung kisah tunggal (J. S. Badudu)

DEFINISI CERPEN • Cerpen adalah cerita yang menjurus dan konsentrasi berpusat pada satu peristiwa, iaitu peristiwa yang menumbuhkan peristiwa itu sendiri

(Nugroho Notosusanto)

DEFINISI CERPEN • Cerita pendek yang merupakan cerita rekaan (cereka) • Ketunggalan plot • Jumlah watak yang sedikit • Latar yang singkat dan terhad • Gabungan “realiti” dan :imaginasi”

CIRI-CIRI DALAM CERPEN • • • • • •

TEMA WATAK DAN PERWATAKAN PLOT TEKNIK PLOT LATAR SUDUT PANDANGAN

TEMA

- sesuatu yang hendak ditulis - idea utama sebuah cerita - persoalan utama cerita - merupakan unsur pemikiran

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN Watak dan Perwatakan merupakan pelukisan watak dari aspek luaran dan dalaman. Watak: luaran (fizikal) yang dapat dilihat secara luaran, contoh rambut, ketinggian, saiz badan, tabiat dan sebagainya. Perwatakan: dalaman yang dapat ditafsirkan oleh pembaca, contohnya baik hati, pemalu, panas baran dan

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Pelukisan watak itu boleh dilakukan secara langsung atau secara tidak langsung oleh pengarang melalui aksi, tutur kata, atau watak-watak berkenaan.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN • Dalam sesuatu cerita lazimnya terdapat istilah yang berkaitan dengan aspek watak, iaitu watak utama, watak sampingan, watak bundar, watak pipih, watak dinamik, watak statik, protagonis dan antagonis.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN • Sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercayaannya dan ideologi, serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak pipih lazimnya tidak kompleks, tidak berkembang, dan tidak memeranjatkan pembaca.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak bulat amat menarik kerana watak jenis ini menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalamannya, mengubah sikapnya, dan fizikalnya.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak dinamik ialah watak yang mengalami pelbagai konflik, persoalan, dan permasalahan dari awal hingga akhir.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak statik atau kaku tidak mengalami apa-apa perubahan, perkembangan, dan tidak bergerak.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak yang berperanan amat penting disebut watak utama. Watak yang kurang penting dalam cerita disebut watak sampingan.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN • Watak protagonis ialah watak utama dalam sesebuah cereka. Watak ini tidak semestinya orang yang baik, tampan, dan berperikemanusiaan. Dia mungkin diktator, koruptor, penjenayah, dan sebagainya.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN

• Watak antagonis menjadi penentang atau lawan kepada watak protagonis.

PLOT

• Plot ialah sesuatu yang menghubungkan peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap peristiwa dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.

PLOT

• Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.

PLOT • Plot mengemukakan perkara yang terjadi dan sebab perkara itu terjadi. Setiap perkara berhubungan berdasarkan faktor-faktor sebab dan akibat.

PLOT • Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai mengikut kemahuan pengarang.

PLOT • Teknik penyusunan plot yang menarik ialah penyusunan peristiwa secara tidak kronologi. Pengarang haruslah cekap, kreatif, dan bijaksana menyusunnya sehingga mencapai peleraian.

PLOT • Perkembangan konflik.

plot

mengakibatkan

PLOT

• Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu kerumitan (komplikasi).

PLOT

• Permulaan plot ialah peringkat permulaan (eksposisi), iaitu untuk memperkenalkan watak-watak, latar, dan suasana.

PLOT

• Peristiwa berkembang kepada peringkat pertengahan cerita, iaitu kerumitan (komplikasi).

PLOT

• Kerumitan menuju kepada puncak (klimaks) apabila tercapainya konsentrasi yang maksimum.

PLOT

• Kemudian urutan cerita menuju kepada peleraian. Kadang-kadang puncak dijadikan pengakhiran cerita bagi sesetengah cereka.

TEKNIK PLOT • Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik. • Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:

TEKNIK PLOT: IMBAS KEMBALI • Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya. • Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

TEKNIK PLOT: IMBAS MUKA • Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksiaksi watak dalam cerita berkenaan.

• Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

TEKNIK PLOT: SASPENS • Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

TEKNIK PLOT: KONFLIK • Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot. • Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak dengan alam sekitar. • Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat, idea, sikap, atau pemikiran?

TEKNIK PLOT: KEJUTAN • Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca. • Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.

TEKNIK PLOT: DIALOG • Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak. • Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran yang berkaitan dengan tema.

LATAR

• Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.

LATAR

• Latar penting dalam mengembangkan tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.

LATAR

• Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.

LATAR

• Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

LATAR TEMPAT

• Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.

LATAR WAKTU ATAU MASA

• Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

LATAR MASYARAKAT ATAU CITRA MASYARAKAT

• Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

LATAR PERALATAN CERITA DAN WATAK

• Alatan yang digunakan oleh watak dalam sesebuah cerita.

SUDUT PANDANGAN • Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan menjelaskan pihak yang menceritakan sesuatu kisah. Maka sudut pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.

SUDUT PANDANGAN • Menurut Anwar Ridhwan, sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.

SUDUT PANDANGAN ORANG PERTAMA • Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama, secara subjektif. Maknanya pengarang terlibat secara aktif. Teknik ini digunakan untuk menjadikan cerita lebih realistik.

SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA TIDAK TERBATAS • Serba tahu. Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.

SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA TERBATAS • Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan serba sedikit sahaja.

SUDUT PANDANGAN OBJEKTIF • Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya (melaporkan) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.

PROSES MENULIS 1. Latihan berterusan- melihat, menulis, melukis (buku nota kecil, kertas catatan) 2. Mengukuhkan kekuatan/kistemewaan karya. 3. Berani-menerima kritikan dan bersedia memperlihatkan karya untuk tatapan umum. 4. Berguru secara formal dan tidak formal 5. Bergaul dengan pengarang/penulis yang berpengalaman.

TIPS MENDAPATKAN IDEA 1. Idea yang terhasil dari dugaan dan cabaran. 2. Idea dari bahan bacaan buku, internet dll. 3. Idea dari pengalaman sendiri yang kuat. 4. Idea yang tiba-tiba muncul dicatat di buku, tapak tangan, napkin, komputer dll. 5. Idea dari catatan atau bahan yang

PROSES MENGHASILKAN CERPEN PROSES DALAMAN: 1. Proses persediaan -pengumpulan bahan 2. Proses Pengeraman -kemunculan idea pertama yang belum disaring. 3. Proses Iluminasi -idea pertama telah disaring dan dimatangkan. 4. Proses Varifikasi -Idea pertama akan dinilai dan diuji.

PROSES MENGHASILKAN CERPEN

PROSES LUARAN: 1. Proses persediaan -menyedaikan bahan fizikal penulisan, komputer, kertas dll. 2. Proses Pemilihan Bahan -Apa yg hendak ditulis, pemilihan tema, watak, latar dan bentuk penyampaian. 3. Proses Perangkaan -memastikan tiada idea tercicir dan penulisan lancar. 4. Proses Penulisan 5. Proses penyemakan

PERMULAAN DALAM CERPEN • • • •

dengan komen dengan deskripsi (keterangan) dengan laporan dengan dialog

PENGAKHIRAN DALAM CERPEN • penyelesaian secara mendadak (Dues ex Machina) • keadilan puitik (poetic justice) • kejutan atau tidak diduga(surprise ending) • tragedi • penyelesaian gembira (happy ending) • tanda tanya

KESIMPULAN • Niat Menulis-Tujuan dan Matlamat. • Semangat-Menulis dan terus menulis. • Sikap-Keberanian menerima kritikan, jujur dalam penulisan.

KATA-KATA AZIMAT Kita lari, kita ubah, kita cari yang baru, kita “gila-gila” sedikit! Itu pemikiran kreatif. Jadi dalam kesusasteraan, hal ini cukup penting kerana sastera adalah hasil kreativiti. Jadi maksud ubah itu ialah mencari idea yang belum dibuat lagi. -Jaafar Abdul Rahim

SELAMAT BERKARYA

Sekian, terima kasih

Related Documents

Cerpen
November 2019 40
Cerpen
June 2020 33
Cerpen
May 2020 20
Cerpen
June 2020 18
Cerpen
October 2019 33

More Documents from "Rizki maulana"