Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
BAGAIMANA KITA MENYERU KE ARAH ISLAM PENGENALAN Di akhir abad ini kita melihat ( )الصحوة السالمايةdi seluruh ufuk alam yang akan kita lihat purnamanya, sabda Rasulullah S.A.W :
ماا مان نبي بعثه ال فى أماة قبلي إل كان له مان أماته حواريون وأصحاب يأخذون بسانته ويقتدون بأماره ثثثم إنها تخلف مان بعدهم خلوف يقولون ماا ل يفعلون ويفعلون ماا ل يؤمارون فمان جاهدهم بيده فهو ماؤمان ومان جاهدهم بلساانه فهو ماؤمان ومان جاهدهم بقلبه فهو ماؤمان ورآء ذلك مان اليماان حبة خردل Maksudnya : “Tidak ada seorang nabi pun yang Allah utuskan di kalangan umat sebelum ku kecuali ada dari kalangan umatnya penolong-penolong dan pembantu-pembantu yang berpegang dengan sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian lahir selepas mereka golongan-golongan yang berkata apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang dengan tangannya, dia seoarng mukmin, sesiapa yang berjuang dengan lidahnya dia seorang mukmin dan sesiapa yang yang berjuang dengan hatinya dia seorang mukmin. Dan tidak ada keimanan selepas itu walau pun sebesar biji sawi”.
TAKRIF DAKWAH Dakwah berasal daripada perkataan ()دعا إلى الشىء Maknanya mendorong dan membimbing kepada sesuatu atau dengan makna ( )السؤالiaitu meminta. Firman Allah S.W.T : -
Al-Baqarah :68-
Ia juga bermaksud meminta bantuan ( )الساتغاثةseperti Firman Allah : -
Al-A’raf : 56 –
Dakwah kepada Allah ialah dakwah untuk mengajak manusia kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang diwahyukan daripada Tuhannya : 1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
-
Fussilat : 42 –
SUMBER-SUMBER RUJUKAN DAKWAH 1.
Al-Quran
2.
Sunnah Nabawiyyah dan Sirah
3.
Sirah Salaf Al Soleh (perjalanan kehidupan orang-orang soleh di zaman dahulu)
4.
Istinbat fuqaha’ (hukum-hukum yang diijtihadkan oleh ahli feqah)
5.
Pengalaman
RUKUN DAKWAH 1.
Maudu’ dakwah
2.
Pendakwah
3.
Mad’u (orang yang di dakwah)
4.
wasail dan uslub dakwah
Maudu’ Dakwah Agama Islam yang mempunyai beberapa ciri dan tabiatnya yang unggul seperti : 1. Rabbani 2. Syumul 3. Umum dan universal 4. Menerima pembaharuan dan anugerah ()العطاء والتجدد 5. Perseimbangan di antara maddi dan ruhani 6. Keadilan yang mutlak 7. Memudahkan, ringan dan dapat diterima akal Firman Allah :
قل هذه سابيلى أدعو إلى ال على بصيرة أنا ومان اتبعن Ulama tafsir menyatakan bahawa البصيرةdengan makna برهان عقلى وشرعى وبماعرفة
وتحقق. Oleh itu para pendakwah perlu mengetahui Islam serta tabiatnya dengan sejelas2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
jelasnya untuk dikemukakan kepada mad’u. InsyaAllah kita akan kemukakan tabiat dakwah Islam dalam kertas kerja akan datang dalam program KPT. Pendakwah Mereka merupakan lelaki dan perempuan yang mukallaf pada syara’ ditugaskan untuk memikul amanah dakwah berdasarkan dalil-dalil yang banyak. Antaranya firman Allah : -
Al-‘Asr : 1-4 –
Kewajipan indivudu ini dapat dilaksanakan dalam dua bentuk : 1.
Individu
2.
Jamaah dalam erti kata melaksanakan kewajipan ini sebagai seorang anggota jamaah yang menyeru kepada Allah. Firman Allah : -
Ali Imran : 1-4 –
Ibnu Kathir berkata : “Dimaksudkan daripada ayat ini bahawa hendaklah ada satu golongan daripada umat ini menceburi dan memikul urusan ini meskipun ia merupakan kewajipan setiap individu daripada ayat ini sebagai”. Thabit dalam hadis Sahih Muslim :
مان رأى مانكم مانكرا فليغيره بيده فإن لم يساتطع فبلساانه فإن لم يساتطع فبقلبه وذلك أضعف اليماان Maksudnya : “Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dia ubahkan dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu juga maka dengan hatinya sahaja . Dan ini adalah selemah-lemah iman”. Para pendakwah perlu mengambil berat dalam mengislahkan diri mereka sehingga melahirkan sifat-sifat berikut : 3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
1.
Aqidah yang sempurna
2.
Ibadah yang sah
3.
Akhlak yang mantap
4.
Ilmu pengetahuan yang luas
5.
Kekuatan tubuh badan
Kita perlu mengetahui betapa pentingnya Islah nafsi kerana Hassan Al-Banna pernah berkata :
الدعاة اليوم غيرهم بالماس فهم ماثقفون ماجهزون مادربون إحصائبون ول سايماا غى البلد الغريبة حيث تختص بكل فكرة كتيبة مادربة توضح غاماضها وتكشف ماحاسانها وتبتكر لها وساائل النشر وطرائق الدعاعية وتلتماس لها فى نفوس الناس أيسار السانبل وأهونها وأقربها إلى القناع والتباع Mustafa Masyhur berkata : “Baikilah dirimu dan serulah orang lain kepada Islam”. Di mana ada orang berkata : “Saya tidak baik, macam mana hendak dakwah orang lain”. Ingatlah firman Allah Ta’ala : -
Al-‘Ankabut : 69 –
Said Hawa berkata : “Sesiapa yang faham dengan sebenar-benarnya ayat tersebut dari segi kedudukannya dan kandungannya serta mengerti maknanya dan beramal dengan intipatinya, dia akan memperolehi kebaikan yang banyak”. Bagaimana kita hendak berdakwah kalau kita tidak berakhlak dan tidak cukup persediaan dan bagaimana pula kita hendak meninggal kerja dakwah ini sedangkan ia adalah tugas seorang muslim dan kita tidak tahu bila kita akan mati ? Mad’u Risalah Islam adalah untuk seluruh manusia ‘aqil baligh yang ditaklifkan untuk menerima dan menyahut seruannya.
4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
وماا ارسالناك إل كآفة للناس بشيرا ونذيرا Golongan-golongan mad’u Doktor Abdul Karim Zaisen membahagikan mereka kepada : 1.
Al Malak (pembesar) Ahli tafsir berkata mereka adalah orang-orang yang mulia, pemimpin-pemimpin,
ketua-ketua dan pihak berkuasa di satu-satu kaum. Golongan ini dihadapi oleh para rasul di sepanjang zaman. Allah menceritakan dakwah nabi Nuh dengan firmannya :
لقد أرسالنا رسالنا نوحا إلى قوماه فقال يا قوم اعبدوا ال 2.
Orang ramai Ibn Kathir berkata : “Kebenaran biasanya diikuti oleh golongan-golongan yang
lemah di kalangan manusia. 3.
Golongan munafiqin
4.
Muslim yang menderhaka kepada Allah Mereka perlu ditarbiah untuk merawat penyakit hati dan jiwa Hassan Al-Banna pula menyatakan bahawa dihadapan kita terdapat salah satu
daripada 4 golongan ini : 1.
Mukmin Individu yang beriman dengan dakwah ini, membenarkan dasar-dasar kita. Dan merasa tenang serta penuh kebaikan terhadap dasar-dasar kita. Golongan ini kita menyeru agar bersegera menyertai kita dan bekerja bersama-sama kita sehingga bertambah jumlah para pejuang.
2.
Mutaraddid Individu yang tidak jelas padanya kebenaran, tidak mengenali keikhlasan dan faedah pada kata-kata kita.()ماتوقف ماتردد
3.
Naf’ie (mencari kepentingan) Individu yang tidak mahu mencurahkan bantuan dan pertolongan kecuali apabila dia mengetahui faedah dan kemewahan akan kembali kepadanya.
5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Mutahamil ()ماتحامال
4.
Individu yang buruk sangka penuh dengan rasa ragu dan syak, dia tidak melihat kita kecuali denagn kacamata hitam dan tidak menceritakan tentang kita kecuali dengan kata-kata yang pedas yang meragukan. Matlamat-matlamat Dakwah Syeikh Abu A’la Al Maududi membahagikan kepada 3 tuntutan penting : 1.
Dakwah kita untuk sepanjang masa dan khusus untuk muslimin agar mereka mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan dengan sesuatu pun dan tidak mengambil tuhan yang lain daripadaNya.
2.
Dakwah kita untuk mereka yang mencahirkan keredhaanNya kepada Islam sebagai Ad Din agar mengikhlaskan cara hidup mereka kepada Allah dan membersihkan diri mereka daripada sifat-sifat nifak dan kerja-kerja yang bercanggah dengan Islam.
3.
Dakwah kita untuk seluruh penghuni muka bumi agar dapat dilakukan perubahan umum pada dasar kehakiman sekarang yang dikuasai oleh tahgut dan penjahat yang memenuhkan muka bumi dengan kerosakan dan menvabut kepimpinan pemikiran dan keilmuan daripada tangan mereka sehingga orangorng yang beriman kepada Allah mengikut agama yang benar, takut berlaku keburukan dan kerosakkan di atas muka bumi ini.
Uslub Dan Wasail Berdakwah Dakwah
kepada
Allah
memerlukan
ilmu
dan
kelayakan
tertentu
dalam
menyampaikan Risalah Islam dengan mengambil kira suasana dan realiti manusia, keilmuan tentang cara bagaimana hendak menyampaikan Islam adalah uslub dakwah. Manakala wasail dakwah ialah alat-alat yang digunakan untuk membantu para daie dalam berdakwah. InsyaAllah kita akan memperjelaskan minhaj bagaimana para daie hendak berdakwah kepada Islam dalam kertas kerja yang khusus tetapi cukuplah kita memahami firman Allah :
6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Pelbagai uslub dakwah dapat digunakan, antara yang terbaik seperti berikut : 1.
Penyampaian yang baik
2.
Uslub yang elok
3.
Dorongan kepada kebenaran
4.
Menggunakan hikmah dan teguran yang baik
5.
Berbincang dengan beradab
6.
Menjaga keadaan sekeliling
7.
Menggunakan sistem maklumat terkini dan teknologi canggih.
Oleh itu para daie semestinya mengetahui apa yang dikatakan dan bijaksana dalam berdakwah. Wahai saudara pendakwah ! Kalau kita yang Allah anugerahkan sedikit ilmu tidak mampu beramal, maka tunggulah janji Allah yang benar dengan kehancuran di dunia dan penyesalan di akhirat dan ingatlah firman Allah : -As Syura : 15 – Maksudnya : “Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammadkepada
beragama
yang
betul),
serta
tetap
teguhlah
engkau
menjalankannya
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sebaliknya katakanlah : “aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu”. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas dan nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi Pembalasan)”. Al Ustaz Doktor Wahbah Az Zuhayky menyatakan bahawa ayat ini merangkumi sepuluh perintah dan larangan di mana setiap daripadanya mempunyai sifat yang tersendiri. Tidak ada yang seumpamanya melainkan ayat Kursi. Ia juga mempunyai sepuluh tajuk. Seluruh perintah dan larangan ini ditujukan kepada Nabi Muhammad dan ummatnya.
7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM
Sementara doktor As Siba’ie Rahimahullah pula menyatakan bahawa keburukan yang menimpa agama ini di sepanjang zaman adalah disebabkan dua golongan. Iaitu golongan yang buruk kefahamannya dan golongan yang ingin mengambil kesempatan untuk manfaat diri mereka. Inilah yang menyesatkan orang-orang mukmin dan memberi peluang kepada glongan yang engkar untuk berhujjah. Wallahu a’lam.
8