Adakah Tanggapan Ketidakadilan Menambah atau Mengurangkan Perlakuan Kerja Yang Tidak Produktif Antara Perseorangan Berkaitan Iri Hati? Yochi Cohen-Charash Baruch College and Graduate Center, City University
Jennifer S. Mueller University of Pennsylvania
Kedua-dua penulis mengkaji bagaimana tindakan bersaling (interaksi) di antara tanggapan ketidakadilan and iri hati berepisod meramalkan perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan ke arah orang yang diiri. Di dalam 2 kajian menggunakan golongan and kaedah yang berbeza untuk membangkitkan rasa iri hati, ramalan-ramalan telah dibandingkan berdasarkan pertukaran social dan model-model ciri keadilan. Keputusan yang diperolehi menyokong model pertukaran social tentang keadilan, yang mana ditunjukkan bahawa tahap iri hati dan tanggapan ketidakadilan yang lebih tinggi menyebabkan tahap lebih tinggi dalam perlakuan kerja yang tidak produktif (Kajian 1), terutamanya di kalangan individu-individu yang mempunyai rasa harga diri yang tinggi (Kajian 2). Penunjuk kata: Iri hati, keadilan, perlakuan kerja tidak produktif, harga diri
Para penyedilik telah mengakui bahawa kedua-dua ketidakadilan (contoh, Folger & Baron, 1996; Folger & Skarlicki, 1998)dan iri hati (contoh, Mouly & Sankaran, 2002; Salovey & Rodin, 1984; Silver & Sabini, 1978a) boleh meningkatkan berlakunya perlakuan kerja yang tidak produktif antara perseorangan-perlakuan yang ditujukan untuk mengakibatkan mudarat/keburukan ke atas seseorang (Conlon, Meyer & Nowakowski, 2005; Fox & Spector, 1999; Robinson & Bennet, 1995). Sehingga kini, penyelidikan telah meneliti pengaruh-pengaruh iri hati dan ketidakadilan secara berasingan, ke atas perlakuan kerja yang tidak produktif. Bagaimanapun, oleh kerana pengalaman-pengalaman iri hati (Miner, 1990) and tanggapan ketidakadilan adalah berlaku secara meluas dan kerap kali berlaku seiringan (contoh, Ben-Ze’ev, 1992, Smith, 1991), dan menekankan pengaruh yang penting ke atas kejadian perlakuan kerja tidak produktif (contoh, Cohen-Charash, 2005; Cohen-Charash & Spector, 2001; Colquitt, Conlon, Wesson, Porter & Ng, 2001), pertimbangan tentang pengaruh bersama keduadua ini adalah penting untuk memahami bagaimana untuk mengurangkan perlakuan kerja tidak produktif dalam organisasi. Kajian-kajian semasa memenuhi ruang ini dengan meneliti hipotesis-hipotesis yang bersaing untuk lebih memahami bagaimana interaksi di antara iri hati dan ketidakadilan meramalkan perlakuan kerja yang tidak produktif. Secara khusus, di dalam Kajian 1, kami mengkaji samada ketidakadilan menambah atau mengurangkan perlakuan kerja yang tidak produktif antara perseorangan berkaitan iri hati. Dalam Kajian 2, kami memperhalusi penyelidikan kami dengan meneliti peranan yang dimain oleh sifat harga diri di dalam perhubungan di kalangan tanggapan ketidakadilan, dan perlakuan kerja tidak produktif.
Iri Hati dan Perlakuan Kerja Yang Tidak Produktif Antara Perseorangan Iri hati berepisod (juga dirujuk di sini sebagai iri hati) adalah perasaan negatif yang dirasa “apabila seseorang kekurangan kualiti lebih tinggi, pencapaian, atau pemilikan orang yang lain, samada dia inginkannya atau berharap orang lain itu tidak mempunyai perkara-perkara tadi (Parrott & Smith, 1993, mukasurat 906). Menurut teori seimbang (Heider, 1958), model pengekalan penilaian diri (Tesser, Millar & Moore, 1988), dan teori penilaian (contoh, Lazarus & Cohen-Charash, 2001), iri hati berlaku apabila ‘benda’ yang tidak dipunyai itu berada dalam kawasan kekuasaan yang merupakan teras kepada konsep diri seseorang itu and orang yang iri hati ini membuat tanggapan bahawa orang yang diiri adalah sama dengan beliau. Oleh itu, iri hati dirasai kerana adanya perbandingan soSial yang negatif, apabila si A perasan bahawa orang yang sama tahap dengannya, si B, mempunyai sesuatu (contoh, kebendaan, peribadi) yang si A mahukan tetapi tidak ada padanya, dan benda atau keadaan yang dimahukan ini adalah utama kepada konsep diri si A (contoh, Salovey & Rodin, 1984, 1991).
Yochi Cohen-Charash, Jabatan Psikologi, Baruch College and Graduate Center, City University of New York; Jennifer S. Mueller, Jabatan Pengurusan, Wharton School, University of Pennsylvania. Surat menyurat mengenai artikel ini hendaklah dialamat kepada Yochi Cohen-Charash, Department of Psychology, Baruch College, City University of New York, One Bernard Baruch Way, Box B-8215, New York, NY 10010. E-mail:
[email protected],edu
Tambahan lagi, perbandingan sosial yang negatif ini boleh mengkhusus berbanding dengan lingkupan luas, yang mana orang yang iri hati tidak perlu merasa rendah diri terhadap perbandingan lain dalam semua kawasan kekuasaan. Sebaliknya, rasa iri hati boleh berlaku bila individu-individu mengalami walau satu kerugian secara relatif dengan perbandingan dengan yang lain (contoh, Schoeck, 1969), selagi kerugian/kekurangan ini berada dalam kawasan kekuasaan yang penting kepada rasa diri orang tersebut. Oleh kerana perasaan iri hati melibatkan rasa rendah diri secara relatif berbanding dengan orang lain, dan oleh kerana pengalaman iri hati ini sangat tidak menyenangkan, matlamat orang yang iri hati ini ialah untuk mengurangkan tahap rasa iri hatinya dengan mengurangkan jurang diantara yang iri hati dan yang diiri (Heider, 1958). Secara perlakuan, ini bermakna menyamakan kedudukan orang yang iri hati dengan yang diiri. Menurut Heider, satu cara untuk menyamakan kedudukan ini ialah dengan melukakan/merosakkan orang yang satu lagi. Tentunya, kebanyakan kajian telah menunjukkan bahawa reaksi perlakuan terhadap iri hati ini melibatkan melukakan/merosakkan orang lain (Cohen-Charash, 2005; Mouly & Sankaran, 2002; Salovey & Rodin, 1984; Silver & Sabini, 1978a), yang mana mengakibatkan pengaruh negatif ke atas prestasi kerja, ponteng kerja dan kepuasan ahli kumpulan kerja (Duffy & Shaw, 2000). Dengan melibatkan diri dalam perlakuan kerja tidak produktif (juga dirujuk di sini sebagai perlakuan merosakkan) dapat membantu seseorang yang merasa iri hati itu mencapai tiga matlamat. Pertama, melukakan orang yang diiri dapat mengurangkan kekecewaan orang yang iri hati dengan perasaan megah (Fox & Spector, 1999; Kulik & Brown, 1979; Smith, 1991; Spector, 1975, 1978) dan, oleh itu, bertindak sebagai teknik pengawal-aturan kesan (Baumeister, Smart & Boden, 1996; Bushman, Baumeister &Phillips, 2001). Kedua, melukakan orang yang diiri dapat mengurangkan kelebihan yang boleh mencetus iri yang dipunyai oleh orang yang diiri tadi, dengan itu membantu untuk menyamakan keadaan orang yang merasa iri dan orang yang diiri (Heider, 1958; Silver & Sabini, 1978a). Ketiga, oleh kerana permusuhan memberi kuasa dan dapat mengganti perasaan kekurangan dalam diri (Barth, 1988), melibatkan diri dalam perlakuan yang merosakkan mungkin boleh melindungi rasa harga diri yang tercalar. Tentunya, kajian telah menunjukkan bahawa perlakuan merosakkan ini menyebabkan peningkatan rasa harga diri orang yang iri hati (Fein & Spencer, 1997).
Tanggapan Ketidakadilan dalam Konteks Iri Hati Penulisan tentang keadilan telah berkembang dengan cepat, menghasilkan banyak pandangan-pandangan yang kaya dan terperinci (untuk kajian semula, lihat Colquitt, Greenberg & Zapata-Phelan, 2005). Kebanyakannya, teori dan kajian telah membincangkan and meneliti pelbagai jenis keadilan, seperti keadilan teragih (contoh, hasil yang ditanggap adil yang diterima individu daripada kerajaan), keadilan tatacara (contoh, prosedur yang ditanggap adil yang digunakan kerajaan untuk menghasilkan sesuatu), dan keadilan interaksi (contoh, layanan antara perseorangan yang ditanggap adil yang diterima daripada kerajaan). Baru-baru ini, Companzano and Ambrose (2001; lihat juga Ambrose & Arnaud, 2005) mencadangkan pendekatanlain, mengkaji keadilan sebagai gagasan monistic. Mengikut gagasan monistic, agihan, tatacara dan keadilan antara perseorangan semuanya merupakan hasil yang bukannya tak terangkum (eksklusif) dan berlaku serentak. Contohnya, menerima layanan yang kurang baik berbanding dengan orang lain mencabuli keadilan tatacara peraturan pemalar (Leventhal, 1980), keadilan agihan peraturan kesamaan, dan prinsip-prinsip keadilan
interaksi (Bies & Moag, 1986). Walau bagaimanapun, dalam konteks iri hati, orang berkenaan akan melihat layanan kurang baik ini sebagai kekurangan. Hingga ke tahap di mana orang ini melihat layanan baik sebagai penting untuk konsep dirinya, dan sampai ke tahap orang yang dibandingkan adalah cukup sama taraf dengannya, orang itu mungkin merasa iri hati disebabkan layanan yang diterima tidak sama. Pendekatan monistic ini sesuai terutamanya kepada kajian iri hati dan keadilan kerana iri hati boleh dialami tidak mengira apa jenis tanggapan keadilan. Apa yang perlu untuk rasa iri hati berlaku adalah perbandingan sosial yang tidak disenangi dengan orang lain mengenai sesuatu yang penting bagi rasa diri seseorang. Tentunya,walaupun sebilangan penyelidik yang meneliti keadilan dan iri hati telah memfokus kepada hasil seperti kenaikan pangkat (Schaubroeck & Lam, 2004) atau gred (Lieblich, 1971), teoriteori iri hati tidak membezakan antara pelbagai fokus keadilan. Sebaliknya, mereka hanya merujuk kepada rasa rendah diri dalam golongan (Smith, Parrott, Ozer & Moniz, 1994), dan apabila membincangan ketidakadilan, mereka merujuk kepada layanan tidak adil oleh orang yang diiri dan kekurangan relative (Ben-Ze’ev, 1992). Kurangnya perbedaan di kalangan jenis-jenis ketidakadilan ini dilengkapkan oleh pendekatan monistic. Kenyataan bahawa iri hati dan tanggapan-tanggapan ketidakadilan melibatkan perbandingan social and kerap berlaku serentak(contoh, Ben-Ze’ev, 1992; Smith, 1991) telah menghasilkan perbincangan (contoh, Salovey & Rodin, 1984; Schoeck, 1969; Smith, 1991) dan kajian empirik (contoh, Lieblich, 1971; Schaubroeck & Lam, 2004) tentang perhubungan mereka. Sebilangan penyelidik telah mengandaikan bahawa tidak mengira tanggapan keadilan, rasa iri hati boleh berlaku dalam apa-apa keadaan di mana individu itu merasa negatif mengenai kedudukan rendah dirinya berbanding dengan orang lain (Ben-Ze’ev, 1992; Feather & Sherman, 2002; Heider, 1958; Smith et al., 1994). Contohnya, seseorang mungkin merasa iri hati disebabkan oleh rakan sekerjanya menerima pejabat di sudut, walaupun rakan sekerja itu berhak menerima pejabat mewah ini dan peruntukan pejabat ini adalah adil dan mengikut peraturan syarikat. Dalam kes ini, orang ini merasa iri hatikerana rakan sekerjanya menerima sesuatu yang diinginkannya, tak kira walaupun dia membuat tanggapan bahawa keadaan ini adil. Tetapi, kalaupun orang membuat tanggapan bahawa pejabat sudut itu diterima secara tidak adil (contoh, sebagai sebahagian daripada pakej pekerjaan), orang itu masih merasa iri hati terhadap rakan sekerja, kerana rakan sekerjanya menerima sesuatu yang diinginkan untuk dirinya (cf. Rawls, 1971). Lagipun, tanggapan ketidakadilan mungkin menjadi sumber kepada kelemahan pencetus iri hati yang dialami seseorang. Dalam kes ini, seseorang yang mengalami layanan tidak adil mungkin membuat kesimpulan bahawa dia adalah ahli organisasi yang tidak dihargai (Lind & Tyler, 1988) dibandingkan dengan orang lain yang menerima layanan adil atau lebih baik. Oleh itu, kadang kala, tanggapan ketidakadilan mungkin menjadi penyebab bebas iri hati. Dalam masa yang lain, apabila kelebihan seseorang dicapai dengan cara tidak adil, tanggapan ketidakadilan mungkin menambah perasaan iri hati kerana orang itu mempunyai dua sebab untuk merasa iri hati; kelemahan pencetus iri hati yang awal (contoh, ruang pejabat yang lebih baik) dan kekurangan layanan atau tatacara yang diterima seseorang bila mendapat ruang pejabat yang kurang baik. Dalam kes ini, tanggapan ketidakadilan mungkin menambah lagi kekecewaannya. Dalam beberapa kajian empiric yang meneliti perhubungan antara iri hati dan ketidakadilan (contoh, Lieblich, 1971; Smith et al., 1994) telah menunjukkan bahawa perasaan iri hati lebih tinggi dalam situasi yang tidak adil. Tetapi, perhubungan antara iri hati dan ketidakadilan selalunya sederhana (julat dari .10 [Feather & Sherman, 2002] hingga .66 [Shaubroeck & Lam, 2004]), dan kajian sebelumnya (Cohen-Charash, 2005, Kajian 1) telah mendapati bahawa walaupun berkaitan secara positif, iri hati dan ketidakadilan merupakan gagasan berbeza. Dengan itu, iri hati boleh berlaku dengan adanya, juga dengan tiadanya, tanggapan ketidakadilan.
Iri Hati, Ketidakadilan, dan Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan Penyelidikan telah mengenalpasti tanggapan ketidakadilan sebagai satu penentu penting daripada pelbagai perlakuan kerja tidak produktif, dan secara amnya menunjukkan sesetengah individu mungkin bertindak secara negative kepada kejadian yang ditanggap tidak adil dalam organisasi mereka (Cohen-Charash & Spector, 2001). Tindakbalas-tindakbalas negative kepada ketidakadilan termasuk perlakuan seperti tindakan balas (contoh, Blader, Chang & Tyler, 2001; Skarlicki & Folger, 1997), balas dendam (contoh, Bies & Tripp, 2001), sabotaj (contoh, Ambrose, Seabright & Schminke, 2002), kecurian (J. Greenberg, 1993), tindakan agresif (contoh, Folger & Skarlicki, 1998), dan perlakuan kerja tidak produktif (contoh, Fox, Spector & Miles, 2001; Lim, 2002). Dua rangka kerja secara teori berpotensi untuk berhasil yang boleh menerangkan perkaitan antara iri hati, ketidakadilan, perlakuan merosakkan diarahkan kepada orang yand diiri adalah rangka kerja pertukaran social dan model cirri-ciri keadilan. Sudut Pandangan Pertukaran Sosial Pertukaran sosial membentuk pandangan yang luas tentang perhubungan dan perlakuan, menganggap bahawa perhubungan secara amnya dicirikan oleh pertukaran sumber-sumber nyata (contoh, masa kerja) atau tidak nyata (contoh, gosip; untuk kajian semula, lihat Cropanzano & Mitchell, 2005; Homans, 1961). Andaian yang menyatakan bahawa perhubungan di antara dua entiti adalah dicirikan oleh pertukaran sumbersumber yang saling berbalasan menerangkan tanggapan keadilan seperti dalam keadaan yang adil, pekerja (atau organisasi) menyumbang sumber kepada organisasi (atau kepada pekerja), dan organisasi (atau pekerja) membalas dengan memberi ganjaran kepada pekerja (atau organisasi) sejajar dengan sumbangan mereka (Homans, 1961; Leventhal, 1976). Oleh yang demikian, norma-norma balas membalas menentukan yang sekiranya pekerja menerima sumber yang sedikit daripada organisasi berbanding dengan apa yang sewajarnya mereka terima berdasarkan prestasi mereka, tanggapan ketidakadilan akan menghasilkan, dan dengan itu, menyebabkan pekerja melibatkan diri dengan perlakuan-perlakuan yang boleh mengembalikan keadilan bagi mereka (contoh, merosakkan organisasi; Cropanzano & Mitchell, 2005). Sebagai contoh, sekiranya pekerja nampak bahawa rakan sekerjanya menerima hasil yang lebih baik darinya biarpun prestasi kerja mereka sama, pekerja itu akan menanggap keadaan sebagai tidak adil dan berkemungkinan akan merosakkan sumber tanggapan ketidakadilan itu, samada sumber itu adalah organisasi itu sendiri (contoh, mencuri, lambat datang, perlakuan kerja tidak produktif; J. Greenberg & scott, 1996), penyelia (contoh, perlakuan merosakkan antara perseorangan; Cropanzano, Prehar & Chen, 2002; Masterson, LewisMcClear, Goldman & Taylor, 2000), atau rakan sebaya (contoh, mengumpat dan menyebar khabar angin; L. Greenberg & Barling, 1999). Manakala di dalam konteks situasi yang tidak adil, pertukaran sosial selalunyaterjadi di antara pekerja dan organisasi dan/atau penyelia, apabila keadaan yang tidak adil disertakan dengan perasaan iri hati, terdapat satu pihak tambahan kepada pertukaran perhubungan ini-orang yang diiri. Dalam kes-kes yang demikian, orang yang iri hati mungkin menujukan tindakannya yang merosakkan kepada yang ditanggap sebagai penyebab ketidakadilan (contoh, organisasi, penyelia, atau pekerja lain) dan juga kepada sumber tanggapan rasa rendah diri-orang yang diiri. Perlakuan merosakkan ini bukan hanya akan mencapai matlamat-matlamat pengawal aturan kesan, pengurangan jurang, dan rasa lindungi diri, ianya juga akan berperanan sebagai mekanisma pertukaran sosial untuk membalas balik ke arah orang yang diiri, yang mana ditanggap sebagai menyebabkan kerosakan kepada orang yang iri hati tadi. Khususnya, pengalaman iri hati menjadikan ketidakadilan dan perlakuan merosakkan ditumpukan antara perseorangan. Ini adalah kerana, di dalam fikiran orang yang iri hati tadi, orang yang diiri hendaklah dipersalahkan oleh kerana kelebihan yang ada padanya, walaupun kelebihan dan/atau ketidakadilan itu telah disebabkan oleh organisasi atau penyelianya
(untuk perbincangan tentang kepercayaan ketidakadilan subjektif, lihat Smith et al., 1994). Hujah-hujah ini sejajar dengan model-model perlakuan agresif di tempat kerja (O’Leary-Kelly, Griffin & Glew, 1996), yang menegaskan bahawa pekerja boleh bertindak agresif ke atas mana-mana sasaran yang mudah, tidak semestinya pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kekecewaan mereka. Tambahan lagi, kajian telah menunjukkan bahawa dalam keadaan yang tertentu, pekerja bertindak buruk ke atas rakan sekerja mereka sebagai tindakbalas kepada ketidakadilan tatacara (L. Greenberg & Barling, 1999), bahawa konflik pekerja dengan rakan sekerja menyebabkan perlakuan kerja tidak produktif dalam organisasi dan juga peribadi (Bruk-Lee & Spector, 2006; Fox et al., 2001), dan bahawa ketidakadilan secara interaksi menyebabkan lencongan dalam organisasi dan peribadi (Aquino, Lewis & Bradfield, 1999). Oleh itu, melukakan orang yang diiri adalah satu pertukaran sosial secara langsung, yang mana orang yand diiri ini adalah pihak yang dipersalahkan di dalam keadaan yang tidak adil dan kekurangan orang yang iri hati tadi. Perlakuan buruk ini juga berperanan untuk bertindak jahat secara tidak langsung ke atas organisasi atau penyelia kerana lambat laun dengan melukakan orang yang diiri mungkin memberi kesan kepada prestasi organisasi dan semangat dan prestasi kumpulan kerja (Cohen-Charash, 2005, Kajian 3; Duffy & Shaw, 2000). Tanggapan ketidakadilan boleh juga berinteraksi dengan iri hati untuk meninggikan tahap perlakuan merosakkan. Khususnya, Smith et al. (1994) mendapati bahawa tanggapan ketidakadilan menyebabkan perasaan permusuhan di dalam hati orang yang iri hati dan bahawatanggapan rendah diri/kekurangan menyebabkan perasaan tertekan/murung yang lebih besar dalam hati orang yang iri hati. Dengan itu, berkemungkinan apabila seseorang menanggap bahawa orang yang diiri menerima kelebihan dengan cara yang tidak adil (tidak kira apa sumber ketidakadilan itu), tanggapan ketidakadilan ini mengakibatkan permusuhan dalam orang yang iri hati dan menyebabkan tahap tindakan buruk yang lebih tinggi. Secara alternatif, apabila seseorang menanggap bahawa orang yang diiri menerima kelebihan dengan cara yang adil, tanggapan keadilan ini menyebabkan tanggapan rendah diri/kekurangan yang lebih tinggi and mengakibatkan tekanan/kekecewaan (Smith et al., 1994), keadaan yang telah lama dikaitkan dengan ketidakgiatan dan tahap tindakan agresif rendah (Kasch, Rottenberg, Arrow & Gotlib, 2002). Kesimpulannya, di dalam model pertukaran sosial tentang reaksi buruk kepada iri hati, keadaan yang tidak adil mungkin menambah perlakuan merosakkan ke atas orang lain dalam empat cara asas. Pertama, pengalaman iri hati dalam situasi tidak adil akan mengaktifkan keperluan individu untuk lebih melukakan/merosakkan supaya dapat mengekalkan norma-norma keadilan berbalas (J. Greenberg & Scott, 1996; Leventhal, 1976) dan menyamakan taraf/kepunyaan mereka dengan orang yang diiri (Heider, 1958). Kedua, tanggapan ketidakadilan membentuk pengalaman tambahan yang negatif, pencetus rendah diri, dan merosakkan konsep diri, kerana ianya menandakanseseorang itu sebagai ahli organisasi yang tidak dihargai (Lind & Tyler, 1988), dengan itu meningkatkan perlakuan merosakkan seseorang untuk mengurangkan ancaman ke atas dirinya. Ketiga, ketidakadilan boleh menambah/mudaratkan reaksi negatif terhadap iri hati dengan peranannya meningkatkan keadaan emosi yang negatif (Mikula, Scherer & Athenstaedt, 1998) dan tahap tekanan (J.Greenberg, 2004) dalam diri orang yang iri hati dan, dengan itu, meningkatkan perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri dengan matlamat untuk mengawal reaksi emosi negatif (Spector & Fox, 2005). Keempat, ketidakadilan menyerlahkan aspek permusuhan dalam iri hati, yang menyebabkanperlakuan merosakkan yang lebih kuat terhadap orang yang diiri (Smith et al. 1994). Berasaskan rasional tersebut di atas, kami membuat hipotesis interaksi di antara iri hati dan ketidakadilan yang mana iri hati secara positif berkait dengan perlakuan merosakkan apabila ketidakadilan adalah tinggi, tetapi tidak berkait apabila ketidakadilan adalah rendah (Hipotesis 1).
Model Ciri Keadilan
Rasional teori yang berbeza boleh menghasilkan hipotesis yang bertentangansebagai contoh, bahawa tahap ketidakadilan yang rendah (maknya, tahap keadilan yang tinggi) akan menambah perlakuan kerja tida produktif antara perseorangan sebagai reaksi kepada iri hati. Hipotesis is adalah berdasarkan model ciri keadilan, yang mengikut tanggapan tertentu akan mempengaruhi ciri-ciri yang ada pada seseorang tentang kebolehan diri mereka. Khasnya, pengalaman iri hati mengancam dan memusnahkan tanggapan diri seseorang (Parrott & Smith, 1996; Silver & Sabini, 1978a), kerana ianya membawa maksud pengikhtirafan kedudukan yang rendah seseorang secara relatif dengan orang lain. Tambahan lagi, kajian telah menunjukkan bahawa pengalaman iri hati bertambah buruk/meluap-luap apabila ciri-ciri kegagalan peribadi dan/atau ciri-ciri kejayaan orang lain adalah lebih bersifat dalam daripada luaran dan bahawa ciri-ciri dalaman berhubungkait secara positif dengan ancaman kepada harga diri (Mikulincer, Bizman & Aizenberg, 1989). Oleh yang demikian, individu-individu yang iri hati sepatutnya mengalami ancaman yang lebih ke atas harga diri mereka di dalam situasi yang mereka cirikan kedudukan rendah diri mereka kepada sebab dalaman dan terkawal (contoh, kurang keupayaan dan keramahan) berbanding jika mereka mencirikan kedudukan rendah diri mereka kepada sebab luaran (contoh, situasi tidak adil). Kajian telah nyata menunjukkan bahawa tanggapan ketidakadilan dapat mengalih tanggungjawab ke atas hasil negatif daripada diri seseorang ke sumber luaran, seperti ketidakadilan situasi atau perlakuan orang yang diiri. Peralihan tanggungjawab ini mencegah kerosakan rasa diri seseorang (Brockner, 2002; Brockner et al., 2003; Schroth & Shah, 2000; van den Bos, Bruins, Wilke & Dronkert, 1999). Dengan itu, mengalami iri hati hasil tindak balas kepada situasi yang mana kejadian pencetus irihati adalah adil boleh menimbulkan ancaman yang lebih besar ke atas keadaan harga diri. Ancaman sedemikian ke atas harga diri boleh mencetus reaksi yang tidak diingini, seperti menjadi bertentangan/berlawanan (Heatherton & Vohs, 2000) dan bertindak agresif (Esposito, Kobak & Little, 2005). Malah, baru-baru ini, Barclay, Skarlicki dan Pugh (2005) menunjukkan bahawa pekerja-pekerja membalas orang lain apabila keadilan interaksi dan tatacara adalah tinggi tetapi tidak apabila ianya rendah, oleh itu menyokong model ciri. Kerana itu, hipotesis kami mengenai interaksi di antara iri hati dan ketidakadilan adalah irihati berkait secara positif kepada perlakuan merosakkan apabila ketidakadilan adalah rendah (keadaan adil) tetapi tidak apabila ketidakadilan adalah tinggi (Hipotesis 2). Kami meneliti hipotesis di atas dalam Kajian 1.
Kajian 1 Kaedah Peserta Para peserta dalam kajian ini terdiri daripada 188 individu bekerja yang menjalani kursus di sebuah universiti besar di bahagian timur, mereka menyertai kajian ini untuk mendapatkan mata kredit kursus. Secara kasar separuh daripada para peserta adalah lelaki (50.5%), dan purata umur mereka ialah 21.03 tahun (SD = 3.73). Manakala 20% daripada para peserta bekerja sepenuh masa, 78% bekerja sambilan dan sementara, dan 2% tidak bekerja. Status pekerjaan tidak memberi kesan kepada korelasi antara pembolehubah-pembolehubah yang konkrit/nyata(substantif). Peserta menerima kredit kursus dengan mengambil bahagian di dalam kajian ini dan telah dilayan menurut peraturan etika APA. Khususnya, para peserta telah membaca borang pemberitahuan kebenaran (tetapi untuk mengekalkan ketanpanamaan, telah disuruh untuk tidak menandatanginya) dan menerima disoalsiasat setelah habis kajian.
Peransang-peransang Iri Hati Untuk mencungkil iri hati berepisod, kami memberi para peserta arahan berikut:
Pilih seorang di dalam organisasi anda yang selalu bekerja dengan anda and yang anda selalu bandingkan dengan diri anda. Orang ini hendaklah seorang yang anda tanggap sebagai lebih berjaya daripada anda dalam memperolehi sesuatu yang anda usahakan dan sangat penting kepada nilai diri anda.
Arahan-arahan ini adalah berasaskan kepada penulisan tentang pencungkilan rasa iri hati (contoh, Heider, 1958; Salovey, 1991). Para peserta tidak tahu yang kajian ini berkenaan iri hati, kerana perkataan iri hati tidak diperkatakan dalam bahagian kajian ini.
Pengukuran Iri hati berepisod. Iri hati telah diukur menggunakan skala 9-item (Cohen-Charash, 2005; Cronbach’s α [dalam sampel ini] = .81). Para peserta ditanya untuk meletakkan kadar/mengkelaskan setiap item/butir yang mana dapat menerangkan setepat mungkin bagaimana perasaan mereka terhadap orang yang dibandingkan. Butir-butir tersebut seperti berikut: “Saya kekurangan sebahagian barang yang dimiliki X,” “Saya merasa marah dan kecewa,” “Saya merasa iri hati,” “Saya berdendam (geram, marah dan kecewa) dengan X,” “ Saya mahukan apa yang X miliki,” “Hidup X bertuah/senang lebih dari hidup saya,” “Saya berasa sakit hati (gemas, jengkel),” “Saya berasa benci dengan X,” dan “Saya penuh rasa dendam (geram, berniat jahat) terhadap X.” Skala pengkadaran berjulat dari 1 (tidak ciri langsung) hingga 9 (sangat berciri). Perlakuan kerja tidak produktif (merosakkan) antara perseorangan. Para peserta mengkadarkan pada tahap mana mereka melibatkan diri dengan perlakuan sedemikian dengan skala 12-item (Cohen-Charash, 2005; Cronbach’s α [dalam sampel in] = .87), diambil dari Skala Perlakuan Kerja Tidak Produktif oleh Fox dan Spector (1999). Kami gunakan bahagianpengukuran ini yang secara jelas memeriksa dua jenis perlakuan kerja tidak produktif-iaitu, lencongan politik dan sifat agresif peribadi (Robinson & Bennett, 1995)-dan menambah kepadanya butir-butir yang nampaknya berkaitan dengan situasi iri hati. Butir-butir tersebut seperti berikut: “masuk campur/ganggu dengan prestasi X,” “ cuba mensabotaj reputasi X,” “menyembunyikan dari X maklumat berkenaan kerja,” “membentuk kerjasama untuk menentang X,” “mulakan pertengkaran dengan X,” “tikam belakang X,” “pecahkan tembelang X,” “bersikap jahat terhadap X,” “memberi maklumat salah untuk menipu X,” “memperlambatkan surat menyurat kepada X,” “bercerita tentang keburukan X dengan orang lain,” “melihat X tanpa rasa hormat.” Para peserta telah diminta untuk mengkadarkan setiap butir tadi pada tahap mana yang paling tepat menggambarkan tindakan yang mereka ambil terhadap orang yang dibandingkan, menggunakan skala pengkadaran dari 1 (tidak menggambarkan langsung) hingga 5 (sangat menggambarkan). Ketidakadilan Yang Ditanggap (Tanggapan Ketidakadilan). Tanggapan ketidakadilan telah dikaji menggunakan Smith et al.’s (1994) Skala Kepercayaan Ketidakadilan Objektif (α = .82). Tiga item/butir pada skala tersebut ialah (a) “Hakim yang objektif yang tahu fakta-faktanya akan bersetuju bahawa X tidak berhak untuk berjaya di tempat kerja,” (b) Sesiapa pun akan bersetuju bahawa kelebihan pada X telah dicapai secara tidak adil,” dan (c) X telah mencapai kelebihan ke atas saya melalui tatacara atau tindakan yang tidak dinafikan sebagai tidak adil.” Butir-butir telah dikadar/kelaskan mengikut tahap mana ianya mencirikan tanggapan-tanggapan situasi
oleh para peserta.1 Skala pengkadaran berjulat dari 1 (tidak berciri langsung) hingga 9 (sangat berciri). Kebaikan sosial. Oleh kerana secara semula jadinya iri hati dan perlakuan merosakkan adalah merendahkan martabat diri, kebaikan sosial disukat sebagai pembolehubah kawalan. Skala 13-item benar-palsu (Reynolds, 1982) terdiri daripada kenyataan-kenyataan yang samada benar atau palsu bagi responden (α = .71; item sampel: “Saya sanggup mengaku bila saya membuat silap”). Markah skala berjulat dari 13 hingga 26, dengan markah 13 bererti tiada kebaikan sosial. Pembawaan/kecenderungan iri hati. Pembawaan irihati diguna sebagai satu lagi pembolehubah kawalan dan disukat dengan Skala Pembawaan Iri hati 8-item (Smith, Parrott, Diener, Hoyle & Kim, 1999; α = .89; item sampel: “Saya berasa iri hati setiap hari”). Para peserta mengkadarkan setiap item dengan skala dari 1 (sangat tidak bersetuju) hingga 5 (sangat bersetuju).
Keputusan/hasil Jadual 1 menunjukkan kadar, lencongan piawai, dan korelasi untuk semua pembolehubah kajian. Ianya menunjukkan bahawa kebaikan sosial dan kecenderungan iri hati dengan ketaraberkorelasi dengan semua pembolehubah utama dalam analisis kami; oleh itu, kami mengawal kedua-dua kebaikan sosial dan kecenderungan iri hati dalam model-model kami. Koefisien korelasi Pearson menunjukkan satu hubungan yang positif yang ketara di antara iri hati dan perlakuan kerja tidak produktif (r = .41, p < .001) dan satu hubungan positif yang ketara di antara tanggapan ketidakadilan dan perlakuan kerja tidak produktif (r = .51, p < .001). Untuk meneliti dua hipotesis kami yang bersaing-iaitu, bahawa tahap tanggapan ketidakadilan yang tinggi mempertingkatkan lagi tahap mana individu yang iri hati terlibat dalam perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri (Hipotesis 1) dan bahawa tahap tanggapan ketidakadilan yang rendahmempertingkatkan tahap mana individu yang iri hati terlibat dalam perlakuan merosakkan terhadap orang yang diiri (Hipotesis 2)-kami mengumpul pembolehubah-pembolehubah membentuk interaksi di antara iri hati dan tanggapan ketidakadilan untuk meminimakan ‘multicollinearity’ di kalangan 1
Langkah ketidakadilan objektif Smith et al.’s (1994) telah dibentuk khasnya untuk menilai ketidakadilan dalam situasi-situasi iri hati. Ia juga menjana pandangan keadilan monistic (Cropanzano & Ambrose, 2001) yang digunakan dalam kajian ini kerana ia meneliti tanggapantanggapan ketidakadilan secara keseluruhannya, tidak bergantung kepada mana-mana jenis ketidakadilan. Untuk memerika andaian kami yang mengatakan dalam konteks iri hati, semua jenis ketidakadilan hendaklah berhubungan secara yang sama kepada langkah ketidakadilan objektif (dan ianya telah dicadangkan oleh pengkaji semula yang tidak memberi nama), kami mengkaji hubungan di antara langkah Smith et al. (1994) dan langkah keadilan Colquitt (2001). Kami mengkumpul data dari 349 peserta pelajar di dua buah universiti di Pantai Timur (di satu universiti, peserta menerima kredit kursus, dan di universiti satu lagi mereka menerima $10 untuk penyertaan mereka; dalam kedua-dua kes, peraturan etika APA dipatuhi). Kami menggunakan peransang sama yang digunakan oleh Colquitt (2001) dalam kajian penilaian asalnya, menggubahnya sedikit untuk menyesuaikan situasi iri hati. Khususnya, kami meminta para peserta agar “memikirkan satu kursus yang mereka ambil semester lepas di mana seorang telah mendapat gred yang lebih baik dari anda. Dengan maklumat ini di fikiran anda, kami ingin anda menjawab soalan-soalan berikut.” Lepas itu kami menjalankan dua langkah keadilan (mengubah turutan persembahan untuk mencegah kesan-kesan turutan). Hasil keputusan telah menunjukkan terdapat hubungan/korelasi antara dua langkah; keadilan tatacara: r = .33, p < .01; keadilan agihan: r = .27, p < .01; keadilan antara perseorangan: r = .36, p < .01, keadilan maklumat: r = .39, p< .01. Untuk mengkaji samada perbezaan di antara korelasi-korelasi ini ketara atau tidak, kami menggunakan transformasi-transformasi Z Fisher tetapi tidak menemui perbezaan ketara antara mana-mana pekali koefisien korelasi Pearson tersebut di atas, dengan itu menunjukkna bahawa langkah Smith et al. (1994) juga sama merangkumi pelbagai jenis keadilan yang dikaji oleh langkah Colquitt (2001).
interaksi-interaksi dan komponen individu mereka (Aiken & West, 1991). Hasil analisis regresi dalam hal hipotesis kami ditunjukkan dalam Model 1 – 3, Jadual 2. Seperti tertera dalam Jadual 2, Model 2, set kesan-kesan utama iri hati dan tanggapan ketidakadilan diambil kira untuk satu jumlah nyata pembolehubah dalam perlakuan merosakkan (∆R2 = .14, p < .01). Jadual 2, Model 3 menunjukkan bahawa kesan-kesan utama ini layak dengan kehadiran satu interaksi dua-hala yang nyata (Aiken & West, 1991), yang diambil kira untuk satu jumlah nyata pembolehubah tambahan dalam perlakuan kerja tidak produktif (∆R2 = .03, p < .01) dan menghasilkan berat regresi yang ketara (B = 0.02, p< .01). Walaupun saiz kesan untuk istilah interaksi dikira kecil (Cohen, 1988), saiz kesan sedemikian adalah normatif/standard apabila menguji interaksi-interaksi (Aguinis, Beaty, Boik & Pierce, 2005). Jadual 1 Purata(M), Lencongan Piawai(SD), dan Korelasi di Kalangan Semua Pembolehubahpembolehubah Kajian (Kajian 1) Pembolehubah
M
SD
1
2
3
1. Kebaikan Sosial 2. Kecenderungan Iri hati 3. Tanggapan Ketidakadilan 4. Iri hati Berepisod 5. Perlakuan Merosakkan
19.72 1.81
3.11 0.77
(.71) -.35
(.89)
2.72
1.77
-.24
.29
(.82)
5.64 1.39
3.45 0.54
-.33 -.35
.51 .40
.29 .51
4
5
(.81) .41
(.87)
Nota. N = 188. Kebolehpercayaan α Cronbach untuk skala-skala ditujukan sepanjang pepenjuru. Semua korelasi adalah nyata pada tahap p < .05.
Kami menyingkap bentuk interaksi dua-hala yang ketarayang ditunjukkan dalam Jadul 2, Model 3, seperti yang disyorkan oleh Aiken dan West (1991). Pertama, kami menandakan bentuk interaksi (ditunjukkan dalam Lakaran1). Kami mengira cerun ringkas perlakuan kerja tidak produktifberkenaan iri hati berepisod dan ralat piawai mereka pada tiga tahap (iaitu, kadar, 1 lencongan piawai di atas kadar, dan 1 lencongan piawai di bawah kadar) tanggapan ketidakadilan, seperti yang dicadangkan oleh Cohen dan Cohen (1983). Kemudian, kami menjalankan ujian t berkenaan nilai cerun-cerun ringkas dibahagi dengan ralat piawainya. Jadual 2 Hasil keputusan Analisis Regresi Hieraki (bertatatingkat) Meramalkan Ciri-ciri Pembolehubah pada Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan (Kajian 1) Pembolehubah Malar Kawalan-kawalan Kebaikan Sosial Kecenderungan iri hati Kesan-kesan utama Iri hati berepisod Tanggapan ketidakadilan Interaksi dua-hala Iri hati X Ketidakadilan R2 ∆R2
Model 1 (Langkah 1: Kawalan)
Model 2 (Langkah 2: Kesan Utama)
Model 3 (Langkah 3: Interaksi Dua-hala)
1.70***
1.62***
1.54***
-0.04** 0.24***
-0.03* 0.15**
-0.02* 0.16**
0.02
0.02
0.11***
0.09***
.22***
.36***
0.02** .39***
.22***
.14***
.03**
Nota. N = 188. Nilai-nilai adalah beta tidak standard. * p <.05. ** p <.01. *** p < .001.
Jadual 3 menunjukkan hasil keputusan ini dan menyatakan bahawa cerun-cerun ringkas tersebut (menunjukkan besarnya perhubungan antara iri hati dan perlakuan
merosakkan) adalah ketarapada tahap tinggi dan tahap kadar tanggapan ketidakadilan tetapi tidak pada tahap paling rendah tanggapan ketidakadilan. Makna derun ringkas ini seperti berikut: Untuk tahap-tahap tinggi tanggapan ketidakadilan, jumlah perlakuan merosakkan meningkat 0.07 untuk setiap peningkatan unit tambahan iri hati. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa tanggapan ketidakadilan menambah/memudaratkan lagi pengaruh negatif iri hati ke atas perlakuan merosakkan. Sokongan tidak ada untuk saingan Hipotesis 2, yang mengatakan tanggapan keadilan menambah pengaruh negatif iri hati. Adalah juga menarik mendapati bahawa tiada bukti ditunjukkan yang tanggapan keadilan mengurangkan pengaruh negatif iri hati, sebab kami mendapati bahawa untuk tahap ketidakadilan yang rendah (iaitu, dalam keadaan adil), perhubungan antara iri hati dan perlakuan merosakkan tidak ketara.
Perbincangan Hasil keputusan untuk Kajian 1 memberi sokongan kepada model pertukaran keadilan, menunjukkan apabila tanggapan ketidakadilan adalah sederhana atau tinggi (bertentangan dengan apabila tanggapan ketidakadilan adalah rendah), tahap irihati yang tinggi dikaitkan dengan tahap perlakuan merosakkan yang lebih tinggi terhadap orang yang diiri. Walaupun model ciri keadilan akan memberi maksud bahawa pengalaman irihati boleh memberi ancaman yang lebih besar kepada rasa harga diri dalam situasi adil dan, dengan itu, mengakibatkan tahap perlakuan merosakkan yang lebih tinggi dalam situasi adil berbanding dengan situasi tidak adil, data kami tidak menyokong ramalan ini. Oleh yang demikian, mengikut hasil keputusan Kajian 1, apabila irihati dialami dalam situasi tidak adil, akibatnya reaksi negatif bertambah. Hasil keputusan ini sangat penting kerana kaedah pencetus irihati kami sebenarnya tidak melibatkan perkataan irihati di dalam arahan-arahannya. Ini membuatkan kaedah pencetus konservatif, sebab apabila membandingkan diri mereka dengan orang lain yang lebih berjaya, individu tidak semestinya merasa irihati. Malah, dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka boleh juga merasa gembira untuk nasib baik orang lain (contoh, BenZe’ev, 2000; Heider, 1958), peransang-peransang yang digunakan dalam Kajian 1 tidak memberi perlindungan kepada kemungkinan ini. Bagaimanapun, sebelum membuat kesimpulan bahawa pandangan pertukaran sosial adalah lebih baik daripada model ciri keadilan dalam konteks reaksi terhadap irihati, kami mahu meneliti model-model itu mengggunakan perantara tambahan hubungan antara irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan; sifat harga diri (dirujuk di sini sebagai harga diri). Ini adalah kerna penulisan tentang harga diri merujuk kepada harga diri yang tinggi sebagai mengakibatkan reaksi agresif akibat dari tindakbalas kepada ancaman keegoan (Baumeister et al., 1996), penulisan tentang irihati merujuk harga diri sebagai reaksi kesan kepada irihati (Barth, 1988), dan penulisan tentang harga diri sebagai reaksi kesan kepada tanggapan keadilan dan ketidakadilan (contoh, Brockner, 1985; Brockner et al., 1998; Burton, Mitchell & Lee, 2005). Oleh itu, harga diri berkait rapat dengan reaksi kepada keadilan, reaksi kepada irihati dan perlakuan merosakkan.
(tinggi) (purata)
-1 SD
0
PU PU
1 SD
Irihati Berepisod Lakaran 1. Interaksi antara tanggapan ketidakadilan (PUperceived unfairness) dan irihati berepisod meramalkan perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan dalam Kajian 1.
Jadual 3 Hasil keputusan Ralat Piawai dan Ujian-ujian t untuk Cerun-cerun Ringkas Interaksi-interaksi Dua-hala Termasuk Irihati Berepisod dan Tanggapan Ketidakadilan (Kajian 1) Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan Tanggapan ketidakadilan
Cerun Ringkas
SE
t(66)
Tinggi
0.07
0.03
2.60***
Kadar
0.04
0.02
1.90***
Rendah
0.01
0.02
0.49
** p <.01. .001.
*** p <
Tambahan lagi, memasukkan harga diri sebagai perantara tambahan mungkin membolehkan dengan lebih baik untuk kami mencari sokongan kepada model ciri. Model ciri mencadangkan bahawa ancaman-ancaman kepada haga diri lebih tinggi dalam situasi adil; dengan itu, satu sebab yang mungkin kenapa kita tidak dapat sokongan kepada model ciri dalam Kajian 1 adalah kerana irihati yang dialami dalam situasi adil mungkin hanya dibuktikan mengancam individu yang mempunyai tahap rasa harga diri tertentu sahaja. Oleh yang demikian, dalam Kajian 2, kami juga meneliti harga diri, untuk memberi ujian yang lebih sensitif kepada model ciri. Akhirnya, kami menguji hipotesis kami ke atas sampel yang berbeza, menggunakan kaedah pencetus-irihati yang berlainan untuk memastikan yang keputusan kami membuat tanggapan umum ke semua sampel-sampel yang berbeza dan kaedah-kaedah pencetus irihati.
Kajian 2 Harga Diri, Irihati, dan Perlakuan Merosakkan
Walaupun para penyelidik telah mencadangkan wujudnya perhubungan antara harga diri dan reaksi-reaksi kepada irihati (Barth, 1988), sekarang ini kami tidak mengetahui adanya mana-mana kajian yang secara langsung mengkaji kemungkinan ini. Tetapi, kerana irihati dikira mengancam tanggapan diri seseorang, kita boleh menggunakan penulisan mengenai reaksi terhadap keegoan yang terancam sebagai titik rujuk untuk kajian kami mengenai reaksi kepada irihati. Manakala kepercayaan biasa yang mengatakan individu denganharga diri yang rendah cenderung untuk bertindak agresif terhadap orang lai bila tanggapan diri mereka terancam (Oates & Forrest, 1985), hanya ada sedikit sahaja kajian yang menyokong kenyataan ini, dan lebih banyak kajian yang menyokong kesimpulan bertentangan yang mana menyatakan bahawa individu dengan rasa harga diri yang tinggi adalah mereka yang bertindak dengan ganas akibat keegoan terancam (untuk rujukan semula, lihat Baumeister et al., 1996). Menurut Baumeister et al., perhubungan antara harga diri terancam dan keganasan dibantu oleh perasaan negatif. Khasnya, penulis-penulis ini menegaskan bahawa apabila individu bersetuju dengan maklumbalas negatif tentang diri mereka, mereka mengalami perasaan seperti sedih, cemas dan penolakan. Akan tetapi, apabila individu menolak maklumbalas negatif tentang diri mereka, mereka berasa marah terhadap sumber penilaian negatif tersebut dan cenderung bertindak agresif ke arah sumber itu. Baumeister et al. berhipotesis lagi, bahawa individu dengan harga diri yang tinggi akan lebih sensitif kepada maklumat yang menidakkan kelebihan mereka daripada individu yang harga dirinya rendah. Dengan itu, individu dengan harga diri yang tinggi mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk bertingdak dengan permusuhan kepada maklumbalas negatif. Oleh kerana irihati memberi ancaman kuat kepada harga diri seseorang (contoh, Salovey & Rodin, 1991; Silver & Sabini, 1978a), dan individu dengan harga diri yang tinggi lebih sensitif kepada, dan cenderung bertindak dengan kemarahan & agresif sebagai tindakbalas, ancaman sedemikian (irihati dikira sebahagian daripada kumpulan emosi amarah; Shaver, Schwartz, Kirson & O’Connor, 1987), individu yang tinggi harga dirinya mungkin terlibat dalam jumlah perlakuan merosakkan yang lebih banyak terhadap orang-orang yang diiri apabila mengalami irihati.
Harga Diri, Tanggapan Ketidakadilan, Irihati, dan Perlakuan Merosakkan Beberapa kajian yang mengkaji pengaruh harga diri ke atas tanggapan keadilan dan ke atas reaksi kepada tanggapan keadilan selalunya mendapati bahawa individuindividu dengan harga diri yang tinggi menghargai keadilan dan bertindak terhadapnya lebih daripada individu yang rendah rasa harga diri mereka. Khususnya, adalah didapati bahawa individu dengan harga diri yang tinggi, tetapi tidak dengan individu yang rendah harga diri mereka, merasa kepercayaan, motivasi, kepuasan, dan identiti organisasi yang lebih apabila mereka berpeluang untuk didengari (contoh, Keadilan Tatacara Yang Tinggi, Brockner et al., 1998). Brockner et al., (1998) berhipotesis bahawa keadilan tatacara yang tinggi memberi peluang bagi individu dengan harga diri tinggi untuk menunjukkan nilai diri mereka yang sebenar. Perkara sama, Heuer, Blumenthal, Douglas, dan Weinblatt (1999) mendapati perhubungan yang kuat antara menerima hormat dan tanggapan keadiland di kalangan individu yang tinggi harga diri berbanding dengan individu dengan harga diri yang rendah dan menerangkan hasil-hasil ini dengan mengatakan bahawa individu yang tinggi harga diri percaya bahawa mereka berhak kepada layanan terhormat/baik dan, oleh itu, lebih sensitif terhadap layanan tidak adil.2 Oleh yang demikian, tanggapan ketidakadilan mungkin memudaratkan kecenderungan individu yang tinggi harga dirinya untuk bertindak balas secara negatif terhadap irihati, dan kami berhipotesis adanya interaksi antara irihati, tanggapan ketidakadilan, dan 2
Sebahagian kajian telah mendapati bahawa individu-individu yang rendah tahap harga dirinya lebih memberi perhatian dan lebih bertindak balas kepada ketidakadilan tatacara. Bagaimanapun, kajian-kajian ini telah mengkonsepsikan harga diri sebagai pembolehubah bentuk/keadaan (De Cremer, 2003; Vermunt, van Knippenberg, van Knippenberg, & Blaauw, 2001) dan, oleh itu, tidak semestinya berkait secara teori kepada pertimbangan kami mengenai sifat harga diri dalam penyiasatan sekarang.
harga diri yang mana perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah positif bila harga diri dan tanggapan ketidakadilan adalah tinggi tetapi tidak apabila harga diri dan tanggapan ketidakadilan adalah rendah (Hipotesis 3). Walaupun Hipotesis 3 konsisten dengan model pertukaran sosial keadilan, model ciri keadilan akan memberikan ramalan-ramalan berbeza. Menurut model ciri, tanggapan ketidakadilan mungkin berperanan sebagai penampan terhadap implikasi negatif dari perbandingan tidak disukai/diingini untuk konsep diri seseorang. Ini adalah kerana tanggapan ketidakadilan menyebabkan seseorang menyalahkan orang lain atas rasa rendah diri mereka sendiri, dan oleh itu, ianya tidak sepatutnya memberi ancaman kepada konsep-diri seseorang (contoh, Brockner et al., 2003). Dengan itu, model ciri akan meramalkan satu interaksi antara harga diri, irihati, dan ketidakadilan yang mana perhubungan di antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah positif apabila harga diri adalah tinggi dan tanggapan ketidakadilan rendah (adil) tetapi tidak apabila harga diri adalah tinggi dan tanggapan ketidakadilan juga tinggi (Hipotesis 4). Kami meneliti hipotesis-hipotesis ini dalam Kajian 2.
Kaedah Peserta Para peserta kajian adalah 72 individu daripada pelbagai industri, organisasi, tahap-tahap organisasi/ jawatan, profesion, dan kawasan geografi di United States. Mereka telah diambil melalui orang-orang hubungan (bagi penyelidik) dalam organisasiorganisasi mereka atau dalam kelas-kelas MBA. Majoriti kecil peserta adalah wanita (52%), dan purata umur adalah 36.00 tahun (SD = 10.24). Manakala 78.8% daripda peserta adalah pekerja penuh masa, 909% bekerja sambilan, 1.4% bekerja sementara/kerja bermusim, 1.4% bekerja sendiri, dan 8.5& tidak bekerja. Keputusan menunjukkan tiada perbezaan di antara yang bekerja dan yang tidak bekerja mengenai irihati, ketidakadilan, atau perlakuan merosakkan. Para peserta datang dari pelbagai jenis profesion dan industri, seperti industri kewangan (20%), perkilangan (13%), runcit (10%), kesihatan (9%), perundangan (7%), kerajaan (6%), dan perundingan (6%). Selebihnya datang dari industri antara lainnya seperti telekomunikasi, software, dan hartanah. Purata tempoh kerja para peserta dalam jawatan mereka sekarang ialah 2.5 tahun (SD = 1.28), median gaji mereka berjulat dari $40,000 hingga $50,000. Peserta layak mengambil bahagian dalam ‘raffle’/loteri untuk mendapat hadiah berjumlah $100 sebagai pampasan penyertaan mereka dalam kajian ini. Untuk mengekalkan ketidaknamaan mereka, para peserta menerima borang kebenaran bersama paket soalselidik mereka dan satu poskad berstem yand telah dialamatkan yang mana mereka diminta menulis maklumat bagaimana mereka boleh dihubungi kelak, dan juga dimasukkan ke dalam ‘raffle’ tadi. Para peserta melengkapkan kaji selidik ini pada masa dan tempat yang mereka pilih dan menghantar soal-selidik itu di dalam sampul surat berstem beralamat tersebut. Mereka telah dilayan mengikut peraturan etika APA termasuk membaca kenyataan pemberitahuan kebenaran. Oleh kerana peserta tidak menghabiskan soal-selidik di dalam makmal, adalah mustahil untuk menyoal balas mereka sejurus selepas tamat kajian. Namun demikian, peserta telah digalakkan untuk menghubungi Yochi Cohen-Charash untuk maklumat lanjut mengenai kajian tersebut dan hasil keputusannya.
Peransang-peransang Irihati Para peserta telah diminta menggambarkan satu kejadian yang pernah mereka alami di tempat kerja. Arahannya seperti berikut: Sesetengah emosi yang dialami orang di tempat kerja tidak menyenangkan. Kami ingin anda untuk menumpukan perhatian kepada satu pengalaman yang mungkin kurang menyenangkan: Irihati. Irihati adalah perasaan yang mungkin andsa rasa dalam situasi yang mana anda menginginkan sesuatu
yang ada pada orang lain dan tidak pada anda. Tolong ingat dan gambarkan pengalaman irihati yang telah anda alami di tempat kerja. Tolong hadkan kepada hanya satu situasi sahaja di mana anda begitu sangat irihati terhadap orang itu. Terangkan: 1. Apa yang menjadikan situasi tersebut diselubungi perasaan irihati; 2. Apa yang anda rasai; 3. Bagaimana reaksi anda kepada perasaan itu; 4. Orang yang anda iri/cemburui itu.
Merujuk kepada kejadian ini, para peserta melengkapkan pengukuran kepentingan dalam kajian ini.
Pengukuran Irihati berepisod, melukakan orang lain, tanggapan ketidakadilan, kebaikan sosial, dan kecenderungan irihati telah diukur dengan pengukuran yang digunakan dalam Kajian 1. Alpha Cronbach untuk semua ukuran tertera dalam Jadual 4. Harga diri global diukur dengan Skala Harga Diri Rosenberg (1965), yang terdiri daripda ukuran 10 item, sebagai contoh, perasaan nilai kesamaan secara relatif dengan orang lain dan mempunyai banyak kualiti yang baik. Para peserta mengkelaskan setiap item menggunakan skala 4point berjulat dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 4 (sangat bersetuju).
Hasil Keputusan Jadual 4 menunjukkan kadar, lencongan piawai dan korelasi bagi semua pembolehubah kajian. Kami mengawalkebaikan sosial dan kecenderungan irihati dalam semua analisis kerana kedua-duanya berkorelasi paling tidak pun dengan satu pembolehubah utama dalam analisis ini. Penemuan kali ini menyerupai penemuan kami dari Kajian 1, menunjukkan bahawa irihati (r = .46, p < .001) dan tanggapan ketidakadilan (r = .31, p < .01) kedua-duanya berkorelasi dengan ketara sekali dengan perlakuan merosakkan. Kami menjalankan analisis regresi hierarki untuk menguji hipotesis-hipotesis yang menyatakan tanggapan ketidakadilan, irihati berepisod, dan harga diri semuanya berinteraksi untuk mempengaruhi penglibatan dalam perlakuan merosakkan. Seperti dalam Kajian 1, kami mengumpulkan pembolehubah-pembolehubah membentuk interaksi-interaksi untuk meminimakan multicollinearity (Aiken & West, 1991). Keputusan analisis regresi ditunjukkan dalam Jadual 5. Walaupun koefisien regresi dalam Langkah 3 analisis ini tidak ketara (B = -0.01, p < .10), kami meneliti bentuk interaksi tersebut dan mendapati bahawa ianya menyerupai corak yang sama ditunjukkan dalam Kajian 1. Khususnya, cerun di antara irihati dan perlakuan merosakkan adalah ketara untuk tahap tanggapan ketidakadilan yang tinggi dan purata tetapi tidak ketara untuk tanggapan ketidakadilan yang rendah. Bagaimanapun, Langkah 4 analisis kami menunjukkan bahawa interaksi tiga-hala melayakkan interaksi dua-hala yang mana irihati dan tanggapan ketidakadilan berkait dengan perlakuan merosakkan hanya pada nilai-nilai tertentu harga diri (B = 0.02, p < .05). Tambahan lagi, interaksi tiga-hala dipertanggungjawabkan ke atas sejumlah variance(perbezaan) yang ketara yang meramalkan perlakuan merosakkan (∆R2 = 0.05, p < .05). Walaupun saiz kesan ini dirasakan kecil (Cohen, 1988), ianya normatif untuk menguji interaksi (Aguinis et al., 2005). Untuk mengkaji corak interaksi ini, kami menandakan bentuk interaksi tiga-hala (ditunjukkan dalam Lakaran 2) dan meneroka bentuk tersebut dengan menjana cerun-cerun ringkas perlakuan merosakkan, seperti yang disyorkan oleh Aiken dan West (1991). Kami mengira cerun-cerun ringkas perlakuan merosakkan tentang irihati dan ralat piawaian mereka pada dua tahap (iaitu, 1 lencongan piawai di atas dan 1 lencongan piawai di bawah purata) peramal kedua dan peramal ketiga(iaitu, tanggapan ketidakadilan dan harga diri). Kemudian kami menjalankan ujian-ujian tke atas nilai-nilai cerun-cerun ringkas dibahagi dengan ralat piawaian. Hasil keputusan analisi ini ditunjukkan dalam Jadual 6 dand dilukis dalam Lakaran 2. Hasil keputusan ini menyatakan bahawa perhubungan positif di antara irihati
dan perlakuan merosakkan hanya ketara apabila kedua-dua tanggapan ketidakadiland dan harga diri adalah tinggi. Perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan tidak ketara untuk mana-mana nilai irihati dan tanggapan ketidakadilan yang lain. Dengan itu, kami menemui sokongan untuk Hipotesis 3, yang mana menyatakan perhubungan di antara irihati dan perlakuan merosakkan hanya ketar dan positif bila kedua-dua harga diri dan tanggapan ketidakadilan adalah tinggi. Kami tidak menemui sokongan untuk Hipotesis 4 yang bertentangan yang menyatakan interaksi di antara harga diri tinggi dan ketidakadilan rendah (iaitu, adil) menyumbang kepada perkaitan positif antara irihati dan perlakuan merosakkan. Jadual 4 Purata (M), Lencongan Piawai (SD), dan Korelasi di Kalangan Semua Pembolehubah-pembolehubah Kajian (Kajian 2) Pembolehubah 1. Kebaikan Sosial 2. Kecenderungan Iri hati 3. Tanggapan Ketidakadilan 4. Iri hati Berepisod 5. Harga diri 6. Perlakuan Merosakkan
M
SD
1
2
3
4
5
20.01
2.80
(.72)
1.68
0.65
-.27*
(.89)
4.40
2.36
-.04
-.08
(.85)
8.41 4.23
4.16 0.62
-.11 .32**
.24* -.75***
1.43
0.56
-.19
.31**
6
.41*** .08
(.81) -.13
(.86)
.31**
.46***
-.15
(.90)
Nota. N = 188. Kebolehpercayaan α Cronbach untuk skala-skala ditujukan sepanjang pepenjuru. * p <.05. ** p <.01. ***p < .001.
Jadual 5 Hasil keputusan Analisis Regresi Hieraki (bertatatingkat) Meramalkan Ciri-ciri Pembolehubah pada Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan (Kajian 2) Pembolehubah Malar Kawalan-kawalan Kebaikan Sosial Kecenderungan iri hati Kesan-kesan utama Irihati berepisod Tanggapan ketidakadilan Harga diri global Interaksi dua-hala Irihati X Ketidakadilan Ketidakadilan X Harga Diri Irihati X Harga Diri Interaksi tiga-hala Irihati X Ketidakadilan X Harga Diri R2 ∆R2
1.38**
Model 3 (Langkah 3: Interaksi Duahala) 1.31*
Model 4 (Langkah 4: Interaksi Duahala) 1.50**
-0.02 0.29*
-0.02 0.32*
-0.03 0.30*
0.04** 0.04 0.14
0.05** 0.04 0.16
0.03* 0.05* 0.00
-0.01† -0.05 -0.01
-0.01 -0.02 0.03
Model 1 (Langkah 1: Kawalan)
Model 2 (Langkah 2: Kesan Utama)
1.50** -0.03 0.24*
0.02* .11
.30
.35
.40
.11*
.19**
.04
.05*
Nota. N = 72. Nilai-nilai adalah beta tidak standard. † p <.10. * p <.05. ** p < .01.
Perbincangan
Hasil keputusan sekarang mengulangi penemuan kami dalam Kajian 1, menunjukkan sokongan kepada model pertukaran keadilan dalam organisasi dan menunjukkan bahawa orang yang irihati akan cenderung untuk terlibat dalam perlakuan kerja tidak produktif (perlakuan merosakkan) antara perseorangan terhadap orang lain apabila mereka merasai tahap irihati yang tinggi dalam situasi tidak adil. Dengan meneliti harga diri sebagai perantara tambahan kepada perhubungan antara irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan, kami meluaskan penemuan dalam Kajian 1 yang menunjukkan bahawa harga diri yang tinggi memudaratkan interaksi negatif antara tahap tinggi ketidakadilan dan irihati. Khususnya, individu dengan harga diri yang tinggi lebih cenderun untuk melukakan orang yang diiri dalam situasi tidak adil. Tambahan lagi, kami tidak menemui sokongan untuk model ciri, yang menyatakan individu dengan harga diri tinggi yang merasa irihati akan melukakan orang lain dalam situasi adil sebab situasi-situasi ini memberi ancaman yang lebih kepada harga diri dan meransang motivasi yang lebih untuk menyamakan keadaan/taraf antara individu itu dan orang yang diiri. Walaupun harga diri kami masukkan sebagai perantara tambahan sebagai komponen utama, kami tetap tidak menemui sokongan kepada model ciri, dengan itu mengulangi keputusan yang didapati dalam Kajian 1.
PU (tinggi) SE (tinggi)
-1 SD
+1 SD Irihati Berepisod
Lakaran 2. Interaksi antara tanggapan ketidakadilan (PUperceived unfairness) dan harga diri (SE-self-esteem), dan irihati berepisod meramalkan perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan dalam Kajian 2.
Perbincangan Am Penyelidikan ini adalah yang pertama menunjukkan bagaimana irihati berepisod, ketidakadilan dan harga diri berinteraksi untuk meramalkan perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan. Penemuan-penemuan kami menyokong pandangan pertukaran sosial tentang keadilad dalam organisasi, yang sangat sesuai dalam konteks sekarang ini kerana pertukaran sosial menerangkan kedua-dua reaksi kepada
ketidakadilan dan reaksi kepada irihati. Menurut model pertukaran sosial, satu sebab utama untuk melibatkan diri dalam perlakuan tidak produktif ialah untuk mengembalikan keadilan (contoh, Cropanzano & Mitchell, 2005; Homans, 1961; Leventhal, 1976). Bermakna, apabila pekerja membuat tanggapan bahawa mereka telah dilayan secara tidak adil, mereka mungkin bertindakbalas dengan merosak/memburukkan organisasi dan penyelia mereka dalam pelbagai cara. Jadual 6 Hasil keputusan Ralat Piawai dan Ujian-ujian t untuk Cerun-cerun Ringkas Interaksi-interaksi Tiga-hala Termasuk Irihati Berepisod, Tanggapan Ketidakadilan, dan Harga Diri Global (Kajian 2) Tanggapan ketidakadilan
Harga Diri Global
Perlakuan Kerja Tidak Produktif Antara Perseorangan Cerun Ringkas SE t(178)
Rendah
Tinggi
0.03
0.04
0.65
Rendah
Rendah
0.04
0.06
0.76
Tinggi
Tinggi
0.11
0.05
2.39*
Tinggi
Rendah
-0.01
0.04
-0.17
* p < .05.
Tambahan lagi, rangkakerja pertukaran soial juga sesuai untuk mengkaji reaksireaksi merosakkan terhadap irihati sebagai satu cara untuk menyamakan taraf dengan orang lain. Heider (1958) menekankan keperluan keperluan untuk menyamakan nasib orang yang diiri dengan orang yang irihati sebagai matlamat utama orang yang irihati. Khususnya, irihati di tempat kerja berlaku di antara dua orang yang selalunya berada di dalam perhubungan pertukaran sosial yang timbul di tempat kerja, tugas kerja dan pertalian persahabatan mereka yang sama (Brandes, Dharwadkar & Wheatley, 2004). Jika oranga yang irihati itu percaya bahawa orang yang diiri ini bertanggungjawab ke atas perasaan rendah dirinya (Smith et al., 1994), orang yang irihati ini, sebagai pertukaran, menghalang kejayaan orang yang diiri di masa hadapan. Ini akan dapat dibuat dengan melibatkan diri dalam perlakuan merosakkan, mengambil kesempatan dari kenyataan bahawa sebahagian daripada hubungan kerja di antara orang yang irihati dan orang yang diiri mungkin melibatkan pertukaran maklumat, bantuan dan koordinasi. Perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan ini disasar untuk merosakkan aspek-aspek pertukaran dengan orang lain, kerana ianya melibatkan, antara lainnya, gangguan ke atas prestasi seseorang, menyembunyikan maklumat daripada orang itu, memberi maklumat yang salah kepada orang itu, dan melambatkan semua suratmenyurat dengan orang itu. Tambahan lagi, pertukaran sosial bukan hanya mengenai isu-isu kerja instrumental, tetapi juga memberi kesan kepada kepercayaan , dan persahabatan (Cole, Schaninger & Harris, 2002; Homans, 1961). Oleh yang demikian, memburukkan reputasi orang lain, satu lagi aspek perlakuan kerja tidak produktif, boleh merosakkan prestasi orang itu secara tidak langsung, begitu juga reputasi orang itu dalam organisasi, dan padan dengan rangkakerja pertukaran sosial. Hasil keputusan kami, tidak menunjukkan sokongan untuk model ciri keadilan, bercanggah dengan kajian yang lain (Barclay et al., 2005), yang menyokong model ciri sebagai menerangkan perhubungan antara ketidakadilan dan perlakuan merosakkan. Khasnya, Barclay et al. mendapati bahawa reaksi emosi negatif terhadap ketidakadilan dan perlakuan-perlakuan pembalasan yang diakibatkan dari emosi-emosi negatif ini berlaku apabila tatacara-tatacara dan interaksi-interaksi adalah adil tetapi tidak apabila ianya tidak adil. Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perbezaan dalm hasil keputusan ini. Pertama, walaupun Barclay et al. memeriksa emosi negatif tumpuan
dalaman dan luaran menggunakan markah/mata gubahan/komposit, kami meneliti satu emosi yang spesifik: irihati. Irihati boleh terhasil dari ancaman kepada konsep-diri seseorang, dan dilayan secara tidak adil mungkin menambah ancaman tersebut, kerana layanan tidak adil sedemikian bermaksud individu itu tidak dilayan sama seperti orang yang diiri dan berperanan sebagai satu penyebab ‘bebas’/tak bersandar irihati. Oleh yang demikian, irihati lebih kuat apabila situasi tidak adil berbanding dengan adil. Lagipun, perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan mempunyai beberapa matlamat, sebahagian daripadanya bertumpu kepada irihati (iaitu, mengurangkan jurang di antara orang yang irihati dan orang yang diiri dengan melukakan orang yang diiri itu), yang mungkin tidak berkait dengan ciri-ciri dalaman atau luaran mengenai situasi rendah diri orang yang irihati. Keadaan-keadaan sedemikian mungkin tidak wujud dengan emosi-emosi lain yang dikaji dalam penulisan, seperti rasa bersalah, malu, marah, dan permusuhan. Walaupun irihati, sepertimana rasa bersalah dan malu, dianggap sebagai emosi antara perseorangan yang mengancam diri (Tangney & Salovey, 1999), ianya tersendiri dan berbeza dan berasingan daripada emosi-emosi ini (Berke, 1987). Oleh itu, penemuan-penemuan Barclay et al., mengenai pengaruh bersama rasa bersalah dan malu mungkin tidak dianggap umum/digeneralisasikan kepada irihati. Penerangan kedua yang berkemungkinan menerangkan perbezaan antara penemuan Barclay et al., (2005) dan penemuan kami mungkin berkait dengan konsepsi dan pengukuran ketidakadilan. Barclay et al. mengkaji keadilan tatacara dan interaksi secara berasingan, manakala kami menggunakan pandangan monistric tentang keadilan (Cropanzano & Ambrose, 2001) pada tahap konsepsi dan pengukuran. Kami memilih untuk menggunakan pendekatan monistic (Cropanzano & Ambrose, 2001) dalam kajiankajian ini kerana ianya dirasakan sesuai untuk mengkaji irihati. Ini adalah terutamanya kerana irihati tidak terhad kepada domain-domain (kawasan kekuasaan) yang khusus dan mungkin dialami akibat tanggapan kekurangan dalam hasil/kesudahan, tatacara dan interaksi. Dengan demikian, kami percaya bahawa pengukuran ketidakadilan tidak sepatutnya dihadkan kepada jenis ketidakadilan yang spesifik/tertentu. Lagipun, kajian penilaian kami yang asal (lihat nota kaki 1) telah menunjukkan bahawa semua jenis keadilan yang diukur oleh Colquitt (2001) sama-sama berkait dengan pengukuran ketidakadilan kami bila dikaji dalam konteks irihati. Walau yang demikian, kajian di masa hadapan hendaklah mengkaji samada domain ketidakadilan (contoh, pengagihan, tatacara, antara perseorangan, maklumat) adalah penting apabila cuba untuk menentukan bila individu irihati melukakan orang lain atau bila mengkaji perhubungan antara tanggapan ketidakadilan dan irihati. Kajian pelbagai komponen keadilan dengan berinteraksi dengan irihati untuk meramal perlakuan merosakkan boleh juga bertindak sebagai satu lagi peluang untuk meneliti keterterapan/perkaitan model ciri untuk hubungan-hubungan ini. Iaitu, kajiankajian di mana model ciri ini disokong selalunya menunjukkan tatacara merupakan faktor penentu kepada hasil-hasil ciri (Brockner et al., 2003; Schroth & Shah, 2000; van de Bos et al., 1999). Namun, kajian-kajian lain masih menunjukkan bahawa keadilan interaksi (Barclay et al., 2005) dan keadilan pengagihan (De Cremer, 2002) juga mempunyai pengaruh-pengaruh sama kepada ciri tanggungjawab. Walaupun hasil keputusan ini menyatakan bahawa pelbagai jenis keadilan juga sama meramalkan ciri tanggungjawab di bawah model ciri keadilan (seperti yang dicadangkan oleh pendekatan monistic), ianya masih satu persoalan empirik samada hasil keputusan ini boleh dikaitkan dalam konteks irihati dan perlakuan merosakkan. Oleh yang demikian, penyelidikan di masa hadapan mungkin menemukan sokongan untuk model ciri dengan secara khusu mengkaji keadilan pengagihan, tatacara, dan interaksi, bertentangan dengan pendekatan monistic keadilan yang kami gunakan dalam kajian sekarang.
Bolehkah Keadilan Mengurangkan Reaksi Negatif kepada Irihati? Oleh kerana irihati sentiasa wujud dalam organisasi, adalah berguna untuk menentukan samada keadilan mungkin mengurangkan reaksi negatif kepada irihati.
Tentunya, Kajian 1 menunjukkan bahawa apabila tanggapan ketidakadilan adalah rendah, tidak ada perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan. Iaitu, perhubungan antara irihati dan perlakuan merosakkan hanya positif dalam keadaan yang tahap ketidakadilannya sederhana dan tinggi. Walaupun kami tidak mendapati yang situasi adil mengurangkan kecenderungan individu irihati untuk melukakan orang yang diiri, kami telah mendapati bahawa situasi adil tidak berkaitan dengan perlakuan merosakkan. Kajian 2 mengulangi penemuan ini dengan butir tambahan yang menunjukkan bahawa hanya situasi harga diri dan ketidakadilan yang tinggi sahaja menyebabkan tahap irihati yang tinggi berkait dengan tahap tinggi perlakuan merosakkan. Ini bermakna irihati tidak berkait dengan perlakuan merosakkan bagi individu yang rendah rasa harga dirinya dalam keadaan adil, tetapi irihati hanya berkait dengan perlakuan merosakkan bagi individu dengan rasa harga diri yang tinggi yang menanggap situasi tersebut sebagai tidak adil. Dengan itu, ini mencadangkan bahawa gabungan harga diri tinggi dan ketidakadilan tinggi memudaratkan lagi reaksi negatif kepada irihati, manakala keadaan-keadaan yang lain tidak berkait dengan pengaruhpengaruh negatif irihati.
Had-had, Kekuatan, dan Implikasi-implikasi untuk Kajian Masa Hadapan Satu had berpotensi dalam penyelidikan sekarang ialah kemungkinan kepincangan/cenderung kaedah-sama (common-method bias), akibat dari kenyataan bahawa semua pengukuran-pengukuran adalah dilapor sendiri (Podsakoff, MacKenzie, Lee & Podsakoff, 2003). Namun demikian, penggunaan laporan sendiri dalam kajiankajian ini diasaskan oleh bagaimana keadaan pembolehubah-pembolehubah dikaji (Ellsworth, 1995; Spector, 1994). Pertama, irihati, satu perasaan/emosi, adalah keadaan dalaman yang tidak mempunyai ekspresi muka berkaitan. Oleh yang demikian, manamana laporan tentang irihati yang tidak timbul dari orang yang mengalaminya mungkin tidak sah/sahih. Lagipun, kami berminat dengan tanggapan, bertentangan dengan yang sebenar, keadilan. Mengukur tanggapan ketidakadilan hanya boleh dibuat menggunakan laporan sendiri. Tambahan lagi, oleh kerana banyak daripada perlakuan merosakkan yang diteliti dalam kajian-kajian ini boleh disembunyikan sebagai perlu untuk kerja, perlakuan yang tidak berniat, dan boleh dilakukan apabila tiada saksi, iany sangat susah dan kemungkinan kurang tepat untuk bergantung kepada laporan-laporan perlakuan dari pihak-pihak ketiga. Oleh itu, bergantung kepada data laporan sendiri untuk mengukur perlakuan merosakkan adalah tatacara/prosedur yang perlu. Satu kepincangan/cenderung/penyerongan (bias) berpotensi akibat dari penggunaan data eksklusif laporan sendiri ialah pembolehubah ketiga, seperti kebaikan sosial, akan menyerongkan penemuan-penemuan kajian (contoh, Podsakoff et al., 2003). Untuk mengurang/mengatasi penyerongan kebaikan sosial yang mungkin berlaku akibat dari keadaan tidak diingini pembolehubah utama dalam kajian-kajian ini (iaitu, irihati dan perlakuan merosakkan), kami mengawal kebaikan sosial dan mengekalkan ketidaknamaan soal-selidik (Podsakoff et al., 2003; Spector, 2006). Akan tetapi, walaupun setelah mengawal kebaikan sosial, kami masih tidak menemui perbezaan yang cukup dalam data kami untuk menyokong berulang kali satu set tertentu hipotesis kami. Ini memberikan ujian yang lebih konservatif kepada hipotesis-hipotesis kami oleh kerana keadaan irihati dan reaksi kepadanya yang tidak diingini. Tambahan lagi, sekiranya kepincangan/cenderung kaedah-sama (common-method bias) merupakan masalah, kami menjangka korelasi-korelasi ketara antara semua pembolehubah dalam kajian kami, tidak mengira rasionaldan hipotesis-hipotesis teori kami (Spector, 2006). Akan tetapi, halnya tidak sedemikian. Sebagai contoh, Jadual 4 menunjukkan hanya 8 daripada 15 korelasi adalah ketara, dan yang ketara itu berada dalam arah yang diramalkan. Akhirnya, untuk mengkaji samada perbezaan kaedah-sama adalah memang satu masalah dalam mana-mana dari dua kajian kami, kami menjalankan ujian satu faktor Harman yang disarankan oleh Podsakoff et al., (2003). Ujian ini menilai ke tahap mana pengukuran-pengukuran yang digunakan dalam kajian mempunyai jumlah penyerongan/bias kaedah sama yang melampau yang mereka bebankan ke atas satu
faktor tunggal. Kami jalankan satu analisis tinjauan/jelajah faktor ke atas item-item irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan di mana tiga faktor berbeza timbul. Oleh itu, menurut kajian ini, perbezaan kaedah-sama tidak mengakibatkan sebahagian besar hubung-kait antara pembolehubah-pembolehubah utama. Had berpotensi yang kedua dalam kajian-kajian ini ialah mereka tidak membenarkan kami untuk membuat kesimpulan kebersebaban (sebab & akibat). Namun demikian, had berpotensi ini juga adalah kekuatan bagi kajian-kajian kami. Yang mana, kami dapat mengkaji irihati, ketidakadilan, dan reaksi-reaksi kepadanya, dalam konteks semulajadi-dalam kes ini, di tempat kerja berbanding dengan di dalam makmal. Tentunya, untuk meluaskan pengetahuan tentang perhubungan antara irihati dan ketidakadilan, adalah perlu untuk meneliti secara eksperimen, perhubungan antara irihati, ketidakadilan dan perlakuan merosakkan. Ini adalah arah yang membuahkan eksperimen-eksperimen makmal boleh menjadi instrumental dalam mengkaji perhubungan bersahaja antara tanggapan ketidakadilan dan irihati. Walaupun tanggapan ketidakadilan boleh bertindak sebagai ejen berkesan (Weiss & Cropanzano, 1996) mengakibatkan irihati, pengalaman irihati boleh juga mengakibatkan tanggapantanggapan ketidakadilan (contoh, Smith, 1991) apabila individu cuba memberi alasan kuat berlakunya perasaan irihati dan, oleh itu, mengurangkan implikasi/kesan negatif irihati kepada dirinya (contoh, Silver & Sabini, 1978b). Akhirnya, kajian-kajian yang dilaporkan dalam artikel ini membolehkan kami membuat kesimpulan hanya tentang proses-proses yang sebenarnya berlaku dalam fikiran peserta-peserta kajian. Namun demikian, proses-proses ini tidak dikaji secara langsung dalam kajian kami. Oleh itu, kajian di masa hadapan hendaklah mengikut contoh Barclay et al., (2005) dan mengukur ciri-ciri dan penilaian-penilaian agar boleh memahami bagaimana proses-proses ini berlaku. Pengenalan/pengecaman ciri-ciri tepat yang bertembung secara kebetulan dengan pengalaman-pengalaman irihati boleh membantu untuk mengenalpasti bila organisasi mungkin menukarkan perasaan irihati kepada perlakuan produktif. Di sebalik apa yang tersebut di atas, beberapa cara kajian kami menyumbang kepada penulisan-penulisan tentang keadilan, irihati, pertukaran sosial, dan harga diri. Pertama, kebanyakan penyelidikan yang ada tentang keadilan dan emosi-emosi telah mengkaji bagaimana tanggapan keadilan memberi kesan ke atas emosi-emosi (contoh, Barclay et al., 2005; Krehbiel & Cropanzano, 2000; Mikula et al., 1998; Smith et al., 1994; Weiss, Suckow & Cropanzano, 1999), bagaimana emosi-emosi memberi kesan ke atas tanggapan keadilan (Byrne, Rupp & Eurich, 2003; Byrne, Rupp, Eurich & Mattern, 2004; van de Bos, 2003), samada emosi menjadi pengantara/orang tengah perhubungan di antara tanggapan keadilan dan perlakuan kerja tidak produktif (Fox et al., 2001), atau samada keadilan menjadi pengantara/orang tengah kepada pengaruh emosi ke atas perlakuan (Schaubroeck & Lam, 2004). Kajian kami, setahu kami, adalah yang kedua yang melaporkan interaksi antara keadilan dan emosi (kajian pertama, Pilluta & Murnighan, 1996, mengkaji interaksi antara kemarahan dan keadiland dalam meramalkan penerimaan atau penolakan tawaran-tawaran kata dua), dan ia adalah yang pertama mengkaji interaksi antara irihati dan ketidakadilan sebagai memberi kesan ke atas perlakuan merosakkan, dengan itu menyumbang kepada penulisan-penulisan tentang irihati, keadilan, dan perlakuan kerja tidak produktif, memperkembangkan setiap satu dalam bentuk pembolehubah yang dikaji dan pemahaman proses-proses pada asasasas mereka. Kajian-kajian kami juga mengembangkan rangkakerja pertukaran sosial dalam kajian keadilan dan emosi. Pertama, kami telah menambah satu sasaran yang kurang dikaji kepada kajian tentang reaksi kepada ketidakadilan dalam organisasi, iaitu rakan sejawat. Kebanyakan kajian tentang keadilan yang menggunakan rangkakerja pertukaran sosial meneliti reaksi-reaksi kepada keadilan yang diarahkan kepada penyelia dan/atau organisasi (contoh, Cropanzano et al., 2002; Masterson et al., 2000). Kedua,
kajian kami adalah yang pertama, setahu kami, yang mengkaji reaksi-reaksi kepada irihati dari pandangan pertukaran sosial. Walaupun ini bukanlah fokus kajian kami, kami percaya pendekatan kami kepada reaksi-reaksi kepada irihati boleh membuka aliranaliran tambahan kajian mengenai irihati dalam organisasi dari satu pandangan pertukaran sosial. Walaupun kajian-kajian yang dilaporkan di sini bertumpu kepada perlakuan merosakkan yang diarahkan kepada orang yang diiri, kajian di masa hadapan seharusnya mengkaji reaksi-reaksi merosakkan yang diarahkan kepada organisasi dan penyelia sebagai pertukaran layanan tidak setara yang diterima oleh orang yang irihati dan orang yang diiri. Kaji selidik sudah pun mendapati bahawa irihati antara seseorang dan orang tertentu yang lain adalah berkaitian dengan suasana negatif di dalam kumpulan kerja (Cohen-Charash, 2005). Ini mungkin kerana irihati juga boleh mengakibatkan orang yang irihati memburukkan organisasi apabila perlakuan merosakkan individu itu dihalakan kepada organisasi.
Implikasi/Kesan Praktikal Secara keseluruhannya, hasil keputusan kami mencadangkan bahawa organisasi sepatutnya menumpukan mengurangkan tahap ketidakadilan dan irihati sekaligus sebagai satu cara untuk mengurangkan perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan. Di sebalik kenyataan bahawa ketidakadilan rendah tidak berkait dengan pengaruh irihati negatif, kami telah menunjukkan yang tahap-tahap perlakuan merosakkan adalah lebih rendah apabila tahap-tahap irihati lebih rendah. Lebih khususnya, walaupun hasil keputusan kami mengurangkan pengaruh negatif irihati dengan mengurangkan perlakuan merosakkan sama sekali, tahap ketidakadilan yang lebih rendah sedikit sebanyak menurunkan kecenderungan pekerja-pekerja irihati daripada merosakkan prestasi dan reputasi mereka yang diiri. Hasil keputusan kami juga menunjukkan bahawa pekerja-pekerja dengan rasa harga diri yang tinggi mungkin terutamanya mudah terkena/terpengaruh dengan melukakan rakan-rakan sekerja yang diiri dalam situasi-situasi tidak adil. Oleh yang demikian, organisasi perlu mempertimbangkan amalan-amalan pencegahan dan pemulihan apabila merekabentuk hasil-hasil ganjaran (contoh, ganjaran, pengikhtirafan, pampasan) di kalangan individu dengan harga diri tinggi. Satu amalan sedemikian, menurut kajian-kajian kami, ialah dengan mengekalkan kepatuhan yang ketat ke atas semua peraturan adil (pengagihan, tatacara, antara perseorangan, dan maklumat) untuk memastikan yang pekerja-pekerja dilayan secara adil meskipun mereka mungkin menghadapi perbandingan sosial yang tidak disukai/gemari. Layanan adil sedemikian memerlukan agar organisasi menyimpan bahagian keuntungan dan pelaburan atas individu yang berada dalam perhubungan pertukaran dalam masa menimbang pelbagai pandangan mereka mengenai apa yang merupakan kos dan untung. Oleh itu, tanggapan ketidakadilan tidak seharusnya dihadkan kepada perhubungan antarea pengurusan dan pekerja tetapi juga merangkumi perhubungan antara pekerja-pekerja itu sendiri (Homans, 1961). Satu lagi implikasi dari hasil keputusan kami berkisar tentang organisasi yang mengalakkan dan mengambil/menggaji “bintang”. Organisasi sebegini mengkin mengambil risiko lebih tinggi kerana pekerja akan terlibat dalam perlakuan kerja tidak produktif antara perseorangan terhadap pekerja “bintang” ini, kerana “bintang-bintang” ini mungkin mencetus irihati ke arah diri mereka (Exline & Lobel, 1999; Lockwood & Kunda, 1997). Budaya bintang ini juga mungkin menggalakkan irihati (Lewis & Sherman, 2003; Mouly & Sankaran, 2002) kerana individu yang sama terlibat dalam perbandinganperbandingan sosial yang lebih (Festinger, 1954) dan kerana ganjaran dan pengikhtirafan adalah sangat diinginkan dan sukar didapati. Tambahan lagi, oleh kerana korelasi di antara harga diri dan prestasi secara amnya positif (Judge & Bono, 2001), organisasi yang mengambil/menggaji “orang terbaik”atau “pencapai tinggi”(high achievers) mungkin secara tidak sengaja mengambil/menggaji individu yang mempunyai harga diri tinggi yang, ditunjukkan oleh hasil keputusan kami, lebih cenderung terlibat dalam perlakuan merosakkan sebagai tindakbalas kepada pengalaman irihati. Oleh yang demikian, dalam budaya bintang, walaupun kepatuhan ketat kepada norma-norma
keadilan tidak akan menghapuskan irihati, ia mungkin mengurangkan tahap mana irihati menyumbang kepada individu melukakan orang yang diiri (contoh, Feather, 1999). Satu lagi kesan daripada hasil keputusan kajian-kajian ini adalah untuk organisasi mematuhi strategi mengekalkan rahsia tentang pembahagian ganjaran (Leventhal, 1976). Menyimpan rahsia ganjaran mencegah perbandingan sosial dan, dengan itu, mengurangkan kemungkinan tanggapan ketidakadilan dan irihati. Rahsia juga membuatkan “pencapai tinggi”(high achievers) berasa lebih bagus tentang kelebihan yang mereka miliki, kerana rahsia melindungi mereka daripada irihati dengan orang lain (contoh, Foster, 1972). Akan tetapi, walaupun mengekalkan rahsia dibolehpakai dalam situasi tertentu (contoh, bayaran gaji), ianya tidak selalunya dapat dilaksanakan. Contohnya, adalah mustahil untuk menyembunyi pejabat yang lebih baik, dan jika pengurus tidak mengikhtiraf prestasi baik pekerja secara umum (contoh, dengan anugerah “pekerja bulan ini”), satu pengukuhan penting dihapuskan daripadasenarai mekanisma pengukuhan mereka. Dengan itu, walaupun mengekalkan rahsia mungkin satu cara terus untuk mengurangkan irihati, dan dengannya perlakuan merosakkan, pengekalan rahsia tidak selalunya boleh dilakukan dan ianya tidak mempunyai kelemahan (Leventhal, 1976).
Kesimpulan Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua irihati dan ketidakadilan adalah kuasa pemusnah dalam organisasi, gabungan kedua-duanya tidak merbahaya untuk fungsi hubungan yang sihat pekerja dalam organisasi. Tambahan lagi, satu mekanisma yang mana irihati dan ketidakadilan mungkin bergabung untuk memberi hasil keputusan yang buruk melibatkan pekerja-pekerja tinggi harga diri terancam keegoan mereka akibat tahap irihati dan ketidakadilan yang tinggi. Penyelidikan masa hadapan seharusnya mengkaji peranan yang mungkin dimainkan oleh domain ketidakadilan dan ciri-ciri irihati dalam memahami bila irihati berkait dengan perlakuan kerja tidak produktif. Kajian di masa hadapan juga seharusnya meneliti samada tahap keadilan yang tinggi menggalakkan reaksi produktif kepada irihati. Dalam masa yang sama, kajian-kajian kami memberikan langkah pertama untuk memetakan cara-cara dalam mana irihati dan ketidakadilan bergabung untuk mempengaruhi perlakuan antara perseorangan di dalam organisasi.