Bacaan Mekanis

  • Uploaded by: Tun Mohd Hilmi
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bacaan Mekanis as PDF for free.

More details

  • Words: 619
  • Pages: 3
MOHAMAD HILMI BIN MOHD DAN INSTITUT PERGURUAN RAJA MELEWAR PPISMP 2009 http://mohdhilmi.com & http://bakalguru.com

BACAAN MEKANIS (BERSUARA) Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca. Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah boleh melakukan perkara-perkara berikut;

(a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas, (b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain, (c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata yang tepat dan sempurna, (d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir dan tercapai tujuannya, (e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat. Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna. Tujuan Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan; (a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. (b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul. (c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus. (d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul. (e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain. (f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara. (g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai. (h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan. (i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan. Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis; (a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid. (b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu. (c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru. (d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan. (e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir. (f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.

Related Documents

Bacaan Mekanis
December 2019 29
Bacaan
June 2020 26
Bacaan Wudu.docx
November 2019 33
Bacaan Bm.docx
December 2019 21
Bacaan Sholat.docx
December 2019 24
Bacaan Shalat.docx
April 2020 18

More Documents from "masbadai"

Bacaan Mekanis
December 2019 29
Nazam
December 2019 39
Konsep Kesediaan Membaca
December 2019 24
Sajak Jenis Sajak
December 2019 46
Laporan Berat Molekul.docx
November 2019 48