Bab 1 Hafazan Al-quran.pdf

  • Uploaded by: Husna Zakaria
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 1 Hafazan Al-quran.pdf as PDF for free.

More details

  • Words: 5,295
  • Pages: 25
SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

BAB 1: PENGENALAN HAFAZAN AL-QURAN

HASIL PEMBELAJARAN 

Menerangkan pengertian hafazan al-Quran



Menjelaskan hukum dan adab hafazan al-Quran



Menghuraikan kepentingan hafazan al-Quran

DEFINISI HAFAZAN AL-QURAN Pengertian “hafazan” diambil dari perkataan “ hafaz” yang bererti sudah masuk betul ingatan, dapat mengucapkan pelajaran ( ayat al-Quran dan lain-lain ) dengan ingatan semata-mata, tanpa melihat buku, kitab dan sebagainya..Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan.

Menghafaz al-Quran bukan bermakna mengingat ayat-ayatnya sahaja, malah ia mempunyai maksud yang lebih daripada itu.Tidak ada bahasa lain yang dapat menterjemahkan perkataan hafaz atau (hifz) dalam Bahasa Arab. Hifz dari segi bahasa bermaksud menjaga dan memelihara.Justeru, orang yang menghafaz al-Quran ialah orang yang memelihara alQuran daripada hilang.Ia menyimpannya di dalam dada dan ia membacanya selalu supaya tidak lupa dan tidak hilang. Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra ayat 9:

َ َ َ َ ُ َ ُۡ َ َ ۡ ۡ ُ ِ ََُ ََُۡ َ َّ‫تَّأنَّل ُه ۡمَّأ ۡج ٗرا‬ َِّ َٰ‫ِينَّ َي ۡع َملونَّٱلصَٰل َِح‬ ََّ ‫ِيَّٱَّل‬ ََّ ‫ّشَّٱل ُمؤ ِمن‬ َّ ‫إِنََّّهَٰذاَّٱلق ۡر َء‬ ِ ‫انَّ َي ۡهدِيَّل ِل ِِت‬ ِ ‫َِّهَّأقومَّويب‬ ٗ ‫َكب‬ َّ ٩َّ‫ريا‬ ِ

9. Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat benar (agama Islam), CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

dan menyampaikan berita yang menggembirakan bagi orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal yang salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Selain

daripada

itu,

Nabi

Muhammad

s.a.w

bersabda

yang

bermaksud:

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Taala, maka baginya satu kebajikan dan satu kebajikan itu digandakan dengan sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Riwayat Ibnu Mas’ud).

Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang. Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah dialami semenjak lahir lagi (Ab. Fatah Hasan, 1994:13).

HUKUM DAN KELEBIHAN HAFAZAN AL-QURAN Al-Quran yang terdiri daripada 114 surah dan 30 juzuk merupakan satu-satunya kitab suci yang boleh dihafaz secara keseluruhan. Ini adalah suatu kelebihan kepada umat baginda Rasulullah S.A.W. dan penghafazan al-Quran adalah rahmat daripada Allah S.W.T. Jika dibandingkan dengan buku-buku lain yang sama tebal dan besarnya, menghafaz satu buku, setengah buku atau pun seperempat buku adalah sukar dan hampir-hampir mustahil. Allah S.W.T. menyifatkan penghafaz al-Quran sebagai hamba-hamba pilihannya. Hal ini dinyatakan menerusi firmanNya dalam Surah Fatir ayat 31-32: “Dan apa yang telah Kami wahyukan kepada mu iaitu al-Kitab (al-Quran) itulah yang benar, dengan membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Mengetahui lagi Maha Melihat (keadaan) hamba-hambanya. Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.”

Daripada ayat-ayat di atas, tidak ada satu pun isyarat yang menyatakan bahawa menghafaz al-Quran itu hukumnya wajib. Oleh yang demikian menghafaz al-Quran bukanlah sesuatu yang wajib ke atas setiap muslim.

Menurut Ismail Masyhuri al-Hafiz (1993: 87-90), diantara kelebihan-kelebihan lain yang diperolehi oleh penghafaz al-Quran adalah selalu dilindungi oleh Allah S.W.T, menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia, tidak merasa takut pada hari kiamat dan doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Selain itu juga, mereka yang menghafaz al-Quran juga merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka. Allah S.W.T juga mengurniakan nikmat kelebihan ilmu yang dikurniakan kepada para nabi kepada para huffaz serta diberikan kelebihan pada hari akhirat kelak untuk memberikan syafaat kepada 10 orang daripada ahli keluarganya.

Selain itu, kedudukan mereka yang menghafaz al-Quran juga tinggi di sisi Allah S.W.T dan mereka akan diberikan kelebihan sebagai pemimpin kepada ahli-ahli syurga. Mereka juga akan ditempatkan bersama para malaikat dan diangkat darjat mereka di dalam syurga kelak. Kelebihan para huffaz ini juga, mereka akan terlepas daripada menerima azab seksa daripada Allah S.W.T pada hari pembalasan nanti.

Walau bagaimanapun memandangkan betapa pentingnya menghafaz al-Quran bagi menjaga keaslian dan kesuciannya maka ulama telah bersepakat bahawa menghafaz alQuran itu hukumnya fardu kifayah. Imam Badr al-Din Muhammad bin 'Abdillah al-Zarkasyi di dalam bukunya al-Burhan fil Ulum al-Quran (Juzuk 1: 271) menyatakan: “Mempelajari al-Quran hukumnya adalah fardu kifayah, demikian juga memeliharanya (iaitu menghafaznya) maka ia juga wajib (kifayah) bagi setiap umat.”

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Abdul Aziz Abdul Rauf (1994:90) di dalam bukunya Kiat Sukses Menjadi Hafidz al-Quran Da'yah seperti berikut:

"Sesungguhnya menghafaz al-Quran di luar kepala (maksudnya dengan lancar) itu adalah fardu kifayah.”

Menurut pandangan al-Sharbini (1995: 12) menghafaz al-Quran adalah suatu fardhu kifayah dan ia termasuk suatu usaha untuk melengkapkan pengetahuan agama daripada ilmu-ilmu syara’

seperti

menghafaz

al-Quran.

Imam

an-Nawawi

menambah,

orang

yang

melaksanakan fardhu kifayah adalah lebih istimewa daripada orang yang menunaikan tanggungjawab fardhu ain kerana ia telah melepaskan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat. Fardhu kifayah lebih utama daripada fardhu ain kerana orang yang melaksanakannya telah menyelesaikan permasalahan ummah dan telah menggugurkan bebanan ummah sedangkan fardhu ain hanyalah terbatas ke atas individu pelaksananya sahaja.

Hukum fardu kifayah ini bermakna sekiranya sudah ada di antara kaum muslimin di suatu tempat yang menghafaz al-Quran, maka lepaslah tanggungjawab kesemua masyarakat tersebut dari kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada seorang pun yang menghafaznya maka seluruh kaum muslimin pada tempat tersebut akan menerima dosa. KELEBIHAN HAFAZAN AL-QURAN Allah S.W.T telah menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal Al-Quran seperti yang digambarkan di dalam himpunan hadis-hadis ini nanti, di samping dapat membuka pintu rezeki dan kekayaan.



Dijadikan sebagai keluarga Allah

Daripada Anas r.a. ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia. Rasulullah S.A.W ditanya : Siapakah mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Iaitu ahli Quran (orang yang membaca

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

atau menghafal Al-Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.



Ditempatkan di Syurga Yang Tinggi

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a., dari Nabi S.A.W, baginda bersabda : Di akhirat kelak, para ahli

Al-Quran diperintahkan : Bacalah dan naiklah ke syurga dan bacalah Al-

Quran dengan tartil (tertib) seperti engkau membacanya dengan tartil di dunia. Tempat tinggalmu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca.



Dianugerahkan Kearifan

Daripada Anas r.a., bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda : Para pembaca Al-Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni syurga.



Mengagungkan Allah

Daripada Abu Musa al-Asya’ari r.a., ia berkata bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda : Di antara perbuatan mengagungkan Allah adalah menghormati orang Islam yang telah tua, menghormati orang yang menghafal Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak membiarkan Al-Quran tidak diamalkan serta menghormati kepada penguasa yang adil.



Hatinya Tidak Diseksa

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda : Bacalah AlQuran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang menghafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah hidangan Allah. Siapa yang memasukkannya, ia akan aman dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN



Berhak Menjadi Imam Dalam Solat

Daripada Ibnu Mas’ud r.a., dari Rasulullah S.A.W yang bersabda : Yang menjadi imam dalam solat suatu kaum hendaklah yang paling pandai membaca Al-Quran.



Disayangi Rasulullah S.A.W

Daripada Jabir bin Abdullah r.a., bahawa Nabi S.A.W menyatukan dua orang daripada orang-orang yang gugur dalam perang Uhud dalam satu liang lahad. Kemudian Nabi S.A.W menyoal : Dari mereka berdua, siapakah paling banyak menghafal Al-Quran? Apabila ada orang yang menunjukkan salah seorang daripadanya, maka Nabi memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad.



Dapat Memberikan Syafaat Kepada Ahli Keluarga

Daripada Ali bin Abi Thalib, ia berkata : Barangsiapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberikannya hak syafaat untuk 10 orang ahli keluarganya di mana mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk neraka.



Memakai Mahkota Kehormatan

Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda : Orang yang menghafal Al-Quran, kelak pada hari kiamat nanti akan datang Al-Quran yang akan berkata : Wahai Tuhan, pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru. Maka orang tersebut diberikan mahkota kehormatan. Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan, tambahkanlah pakaiannya. Maka orang itu diberi pakaian kehormatannya. Lalu Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan, redailah dia. Maka kepadanya dikatakan : Bacalah dan naiklah. Untuk setiap ayat, ia diberi tambahan satu kebajikan.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN



Bekalan Yang Paling Baik

Daripada Jabir bin Nufair, katanya Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya kamu tidak akan kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada sesuatu yang berasal daripadaNya iaitu Al-Quran.



Memperoleh Pahala Khusus

Daripada Buraidah al-Aslami r.a., ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Pada hari kiamat nanti, Al-Quran akan menemui penghafalnya ketika penghafal itu keluar dari kuburnya. Al-Quran akan wujud sebagai seseorang dan ia bertanya kepada penghafalnya : Apakah engkau mengenaliku? Penghafal itu menjawab : Aku tidak mengenalimu. Al-Quran berkata : Aku adalah kawanmu, Al-Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu tidak tidur pada waktu malam. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua dagangan. Maka penghafal Al-Quran itu diberi kekuasaan di tangan kanannya dan diberi bekalan di tangan kirinya serta di atas kepalanya diletakkan mahkota perkasa. Manakala kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi baik yang harganya tidak dapat dibayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang tuanya bertanya : Kenapa kami diberi dengan pakaian begini? Kemudian dibalas : Kerana anakmu menghafal Al-Quran. Kemudian kepada penghafal Al-Quran tersebut diperintahkan : Bacalah dan naiklah ke tingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya. Maka ia pun terus naik selagi ia tetap membaca, sama ada bacaannya cepat atau perlahan (tartil).



Dijamin masuk Syurga

Sabda Rasulullah S.A.W daripada Aisyah r.a. ia berkata, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda : “Jumlah tingkat syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al-Quran. Maka tingkat syurga yang dimasuki oleh penghafal Al-Quran adalah tingkat yang paling atas, di mana tiada tingkat lagi selepas itu.” CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

ADAB-ADAB HAMLAH AL-QURAN

Adab Hamlah Al-Quran menekankan tentang bagaimana seseorang muslim dapat menjaga tingkah laku, tutur cara dan perbuatan dengan Al-Quran selain mengamalkan setiap tuntutan dan garis panduan yang tertulis di dalamnya. Adab Hamlah Al-Quran dapat dinyatakan mengikut pembahagiannya seperti adab dengan Al-Quran (sebelum, semasa dan selepas), adab dengan muallim, adab dengan sahabat, dengan dirinya sendiri dan adab dengan tempat.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kalian ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tarmizi).

ADAB-ADAB SEBELUM MEMBACA AL-QURAN Sebelum kita memulakan bacaan Al-Quran, kita digalakkan berwudhuk terlebih dahulu. Ia adalah bertujuan membersih pakaian lahiriah dan anggota jasmani lahiriah serta batiniah bagi memastikan kita mendapat ketenangan dan kekhusyukan semasa membaca Al-Quran.

Sekiranya kita membaca Al-Quran dalam keadaan tidak berwudhuk dan tidak menghadap kiblat, kita akan tetap mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Akan tetapi, para ulamak Salaf iaitu ulamak yang hidup pada zaman sahabat dan pengikutnya lebih mengutamakan berwudhuk dan menghadap kiblat sebelum memulakan bacaan ayat suci AlQuran.

Sebenarnya, kita boleh membaca Al-Quran sambil berdiri, duduk, tidur, berbaring di lantai kerana kita sememangnya digalakkan membaca Al-Quran pada setiap masa tidak kira di

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

mana jua. Tetapi, kita dilarang sama sekali duduk bersilang kaki atau menyandar ke dinding kerana perbuatan tersebut menunjukkan keangkuhan terhadap Kitab Suci Al-Quran. Sebagaimana dalam firman Allah SWT:

191.

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam

keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan Ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, Maka peliharalah kami dari seksa neraka. (Surah Ali-Imran: 191) Selain itu, terdapat juga riwayat hadith yang menjelaskan: “Sebaik-baik duduk adalah duduk menghadap kiblat.” (Riwayat Imam Nawawi, buku Etika Mempelajari Al-Quran)

Apabila kita berwudhuk, hati menjadi yakin untuk berzikir dan membaca Al-Quran yang mana dapat member petunjuk kepada kita. Oleh yang demikian, kita akan mendapat rahmat dan barakah melalui bacaan Al-Quran. Allah SWT turut berfirman: 12. Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak, (Surah Maryam: 12)

Di samping itu, untuk mendapat kemuliaan isi dan hikmah Al-Quran, kita mestilah membacanya dengan kekuatan serta kebersihan hati dan jiwa. Sebagaimana dalam firman Allah SWT: Sesungguhnya Al-Quran Ini adalah bacaan yang sangat mulia,Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh),Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.Diturunkan dari CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Rabbil 'alamiin.Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-Quran ini? (Surah AlWaqi’ah: 77-81)

Sebelum membaca Al-Quran, kita hendaklah memastikan tempat untuk membaca Al-Quran adalah tempat yang suci dan bersih. Para ulama’ berpendapat bahawa sunat untuk membaca Al-Quran di masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia selain dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf. Di samping itu, kita hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

Kita hendaklah bersugi dan membersihkan mulut kerana mulut adalah tempat mengeluarkan suara bagi menyebut ayat-ayat Al-Quran. setelah sudah bersiap sedia untuk memulakan bacaan Al-Quran, maka kita digalakkan memulakannya tanpa ragu-ragu lagi.

ADAB-ADAB SEMASA MEMBACA AL-QURAN Semasa membaca Al-Quran, kita hendaklah menundukkan sedikit kepala dan berada dalam keadaan yang tenang. Orang yang membaca Al-Quran juga dimakruhkan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang lain semasa membaca Al-Quran. Oleh itu, kita mestilah mengelakkan melakukan perkara-perkara yang melalaikan sehingga selesai membacanya. Selain itu, kita mestilah menjauhi daripada gelak ketawa, bersorak, bergurau, melihat sesuatu yang melalaikan atau melihat perbuatan yang sia-sia dan boleh mengganggu pembacaan kita terhadap Al-Quran.

Bacaan ayat suci Al-Quran seeloknya dimulai dengan membaca isti’azah. Lafaz isti’azah ini juga dikenali sebagai ta’awudz. Isti’azah adalah bertujuan memohon perlindungan kepada Allah SWT supaya hati dan jiwa manusia tidak terkena gangguan serta godaan syaitan. Dengan itu, tidak ada lagi sebarang keraguan dan kebimbangan semasa membaca AlQuran serta lebih mudah untuk memahami makna ayat-ayat suci Al-Quran.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Allah SWT berfirman: Apabila kamu membaca Al Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. (Surah An-Nahl: 98) Memohon perlindungan ialah mengharapkan pemeliharaan dan penjagaan daripada Allah SWT daripada segala kejahatan syaitan serta daripada perbuatan sesiapa sahaja yang berniat jahat. Apabila kita membaca lafaz isti’azah, mereka tidak akan dapat menyesatkan umat yang beriman dan memegang petunjuk Al-Quran yang benar di sisi Allah SWT.

Iblis atau syaitan tidak akan dapat mengganggu manusia yang mempunyai pegangan iman yang kuat terhadap agama Allah SWT. Allah SWT menegaskan dalam firmanNya: Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. (Surah An-Nahl: 99)

Terdapat di dalam sebuah hadith, Nabi Muhammad SAW membaca isti’azah apabila bangun untuk solat malam: “ Aku berindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.”

Menurut Profesor T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam tafsir An-Nur berendapat: “Membaca ta’awudz itu di permulaan membaca Al-Quran, kerana sama dengan suruhan berwudhuk sebelum membaca Al-Quran.” Manusia yang dapat digoda oleh syaitan iaitu manusia yang lalai disebut al-mufsidin manakala manusia yang suka membuat kerosakan dengan huruhara disebut al-fasad.

Allah SWT telah menyeru kepada umatNya yang beriman dan kepada semua kaum Adam

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

a.s seperti dalam firmanNya: Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu (Adam dan Hawa) dari syurga, (Surah Al-A’raf: 27) Selepas membaca lafaz isti’azah, kita dikehendaki membaca Al-Quran dengan lafaz basmalah. Ia sangat dituntut kerana dalam segala pekerjaan yang baik telah disunnahkan dan diajarkan agar dimulai dengan lafaz basmalah iaitu: “ Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Umat Islam sentiasa mengamalkan bacaan basmalah semasa melakukan setiap pekerjaan seperti menyembelih haiwan, makan, minum, dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebelum memulakan bacaan Al-Quran, kita mestilah membaca lafaz basmalah agar kita lebih diberkati oleh Allah SWT.

Di samping itu, ketika membaca ayat-ayat Al-Quran ataupun semasa mendengar seseorang membaca Al-Quran, kemudian bertemu ayat-ayat sajadah, kita digalakkan untuk melakukan sujud Tilawah atau sujud Syukur. Ia dilaksanakan dengan takbir iaitu takbiratul ihram dalam keadaan duduk dan diakhiri dengan salam.

Terdapat juga para ulamak yang berpendapat apabila membaca ayat-ayat tasbih, kita hendaklah membaca tasbih dan takbir. Manakala apabila membaca ayat doa dan istighfar, kita hendaklah berdoa meminta sesuatu dan juga beristighfar. Sekiranya membaca ayatayat yang memberikan harapan kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah SWT agar dijauhi daripada sebarang musibah dan bencana yang membahayakan diri kita, keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Ibnu Abbas r.a pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW membaca ayat:

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

“Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi.” (Surah Al-A’la: 1) Maka, Baginda SAW membaca: “Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.”

Oleh yang demikian, semasa membaca ayat tauzih atau tasbih, ucapkanlah tasbih atau tahmid kerana ayat tersebut menunjukkan keagungan dan kesucian Allah SWT.

Seperti dalam firman Allah SWT: Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Surah Al-A’raf: 205)

Menurut Syaltut, iaitu Rektor Universiti A-Azhar Kairo-Mesir, di dalam tafsir AlQuranul Karim menulis tentang hikmah sujud tilawah.

Antaranya berdasarkan firman Allah SWT:

206. Sesungguhnya malaikat-malaikat yang ada di sisi Tuhanmu tidaklah merasa enggan menyembah Allah dan mereka mentasbihkan-Nya dan Hanya kepada-Nya-lah mereka bersujud (Surah Al-A’raf: 206)

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT meminta kaum mukminin supaya bersujud apabila mereka membaca atau mendengarnya. Sujud ini dikenali sebagai sujud Tilawah iaitu sujud di antara dua takbir. Syarat yang diperlukan untuk melakukan sujud ini adalah sepertimana syarat di dalam solat iaitu bersuci,niat dan menghadap kiblat.

Melalui sujud tilawah, kita dapat melahirkan kepatuhan kepada Allah SWT sebagaimana di dalam firmanNya: Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayangnya di waktu pagi dan petang hari. (Surah Ar-Ra’du: 15)

Selain melakukan sujud tilawah, kita juga diingatkan untuk membaca Al-Quran dengan bacaan tartil. Tartil ialah bacaan yang teratur dan tertib susunan huruf-huruf dan ayatayatnya. Bacaan ini sangat baik kerana ia bertepatan dengan ilmu Makharijal Huruf dan ilmu Tajwid Al-Quran.

Anas bin Malik r.a menerangkan, sekiranya Rasulullah SAW membaca basmalah dengan tartil iaitu dengan memanjangkan mad, huruf demi huruf, ayat demi ayat dibaca dengan terpisah secara tenang dan khusyuk. Hal ini menunjukkan sesungguhnya Rasulullah SAW sangat memuliakan dan mengagungkan wahyu Allah SWT.

Semasa membaca Al-Quran, kita hendaklah menghayati dan memahami isi serta makna yang terkandung di dalam Al-Quran. Oleh itu, kita tidak boleh membaca Al-Quran secara tergesa-gesa atau terburu-buru untuk segera mengkhatamkan Al-Quran. Rasulullah SAW sendiri menghabiskan al-Quran dalam masa tiga hari adalah paling cepat.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Di samping itu, haruslah membaca Al-Quran dengan hati yang ikhlas, penuh penghayatan untuk merenungkan dan berfikir tentang isi serta makna ayat-ayat Al-Quran supaya kita mendapat hasil yang bermanfaat selepas membaca Al-Quran. Dengan itu, ayatayat Al-Quran tersebut dapat member harapan dan kegembiraan kepada kita yang akan mendorong perasaan menjadi bersyukur kepada Allah SWT dan menimbulkan rasa takut terhadap ayat-ayat yang memberikan peringatan dan ancaman azab seksaan.

Seterusnya, kita juga digalakkan menangis ketika membaca Al-Quran keranan ia amat dituntut oleh Islam. Semasa menghayati ayat Al-Quran, akan timbul rasa hiba di hati memikirkan ayat-ayat yang berunsur ancaman serta janji-janji Allah SWT kepada orangorang yang melanggar perintahNya.

Kita juga dituntut untuk membaca Al-Quran dengan suara yang merdu, baik, berlagu, susunan huruf dan ayat yang betul, tekanan suara dan gelombang suara yang teratur. Akan tetapi, kita dilarang sama sekali untuk membaca Al-Quran dengan berlagu yang boleh menimbulkan riya’ iaitu seseorang yang menunjuk-nunjuk bacaannya dan ingin dipuji mengenai suaranya yang merdu.

Di samping itu, semasa membaca Al-Quran hendaklah dengan suara yang rendah. Ia dapat mengelakkan daripada perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Namun begitu, pembacaan yang nyaring adalah dituntut selagi ia tidak mengganggu orang lain di sekeliling. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperindahkan dan mentertibkan bacaan supaya tidak dibaca terlalu panjang sehingga boleh merosakkan susunan ayat Al-Quran.

Allah SWT juga berfirman untuk memberi jaminan ayat-ayat Al-Quran adalah mudah dibaca dan dihafal. Seperti dalam firmanNya:

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk (membaca) Al Quran Karena hendak cepat-cepat (menguasai)nya.Sesungguhnya atas tanggungan kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan (membuatmu pandai) membacanya.Apabila kami Telah selesai membacakannya Maka ikutilah bacaannya itu.Kemudian, Sesungguhnya atas tanggungan kamilah penjelasannya. (Surah Al-Qiyaamah:16-19)

Rasulullah SAW juga menganjurkan kita supaya memperbaiki nada suara semasa membaca Al-Quran dengan cara belajar irama dan lagu dengan baik, bacaan yang baik iaitu menyebut makhraj huruf beserta tajwidnya. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Hiasilah Al-Quran dengan suaramu (yang baik).” (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Nasa’I dan Hakim)

Semasa membaca Al-Quran, kita hendaklah mejauhkan diri daripada menganggu suasana jamaah yang lain terutamanya orang lain yang sedang mendirikan solat. Oleh itu, kita mestilah membaca Al-Quran dengan khusyuk dan tenang dengan suara yang perlahan sambil menghayatinya dengan sepenuh hati. Allah SWT berfirman:

204. Dan apabila dibacakan Al Quran, Maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah Al-A’raf: 204)

ADAB-ADAB SELEPAS MEMBACA AL-QURAN Selepas selesai membaca Al-Quran, kita hendaklah membaca lafaz )‫(صدق هللا العظيم‬. Selepas itu, kita haruslah berdoa untuk memohon keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Dalam sebuah riwayat dijelaskan, bahawa sahabat apabila khatam membaca al-Quran, mereka berkumpul untuk berdoa dan mengucapkan: “Semoga rahmat turun atas selesainya membaca

al-Quran.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a dijelaskan bahawa apabila dia sudah khatam membaca Al-Quran, dia mengumpulkan keluarganya dan berdoa. (Hadis Riwayat: Abu Dawud)

Kemudian kita digalakkan untuk mengucup Al-Quran sebanyak tiga kali untuk melahirkan rasa sayang dan hormat kepada Al-Quran. selain itu, kita mestilah menyimpan dan meletakkan Al-Quran di tempat yang tinggi dan bersih. Kemudian, kita wajib mengamalkan dan mengambil iktibar daripada bacaan ayat-ayat Al-Quran tersebut dan dijadikan panduan di dalam kehidupan seharian.

ADAB-ADAB BELAJAR AL-QURAN

Mempelajari Al-Quran adalah sangat dituntut ke atas setiap umat Islam. Terlebih dahulu kita perlu mengetahui tujuan sebenar kita mempelajari Al-Quran. Pertama sekali adalah untuk mencari dan mendapatkan rahmat serta keredhaan daripada Allah SWT. Bagi mendapat rahmat Allah, kita mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT untuk belajar mengenai ilmu ini. Sabda Nabi Muhammad SAW: ‫َخي ُر ُك ْم َمنْ َت َعلَّ َم القُرانَ َو َعلَّ َم ُه‬

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.” (Riwayat Bukhari) Menurut perspektif Islam, seseorang pelajar mestilah mempunyai beberapa ciri sebagai seorang pelajar Islam. Ianya bertujuan untuk memperolehi keberkatan daripada Allah SWT. Adab antara pelajar dengan guru sangat penting dalam mewujudkan keharmonian hubungan dan juga dapat mempercepatkan serta memudahkan proses penimbaan ilmu pengetahuan.

Terdapat beberapa adab-adab belajar Al-Quran yang telah digariskan menurut perspektif Islam. Antaranya ialah seseorang pelajar Al-Quran itu mestilah menyucikan hati lahiriah dan juga menjauhi sifat-sifat mazmumah yang tercela. Ilmu Al-Quran adalah merupakan ilmu yang boleh mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi, kita hendaklah memastikan hati kita suci daripada sifat-sifat yang dibenci oleh Allah sebelum memulakan pelajaran ilmu Al-Quran.

ADAB DENGAN DIRI Al-Quran adalah sebagai mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya dikira satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah.

Al-Quran berfungsi sebagai petunjuk ke jalan yang lurus, cahaya dan pembersih hati, peringatan, rahmat kepada yang mengamalkannya penyembuh penyakit rohani dan jasmani, pemberi khabar gembira kepada orang yang beriman, pemberi ancaman kepada orang yang ingkar, hujjah dan syafaat kepada pembaca yang menunaikan haknya serta meninggikan darjat ahlinya di dunia dan di akhirat.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Muslim dari Abu Umamah: ‫اقرأوا القران فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا الصحابه‬ Terjemahan: Bacalah al-Quran! Kerana pada Hari Kiamat al-Quran akan datang sebagai penolong bagi pembacanya.

Membaca al-Quran, baik mengetahui ertinya ataupun tidak adalah termasuk ibadah, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya. Bacaan al-Quran juga memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang benderang serta kepada keluarga rumahtangga tempat al-Quran itu dibaca.

Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa tiap-tiap orang yang membaca al-Quran dalam sembahyang akan mendapat pahala lima puluh kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya. Membaca al-Quran di luar sembahyang dengan berwuduk pula, pahalanya dua puluh lima kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya dan membaca al-Quran di luar sembahyang dengan tidak berwuduk, pahalanya sepuluh kali kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang diucapkannya.

Al-Quran bukan sahaja dipelajari dan dibaca oleh murid-murid di sekolah, para ulama untuk mendalami hukum malah perlu dibaca oleh setiap Muslim di mana-mana sahaja seperti di rumah, masjid, pertemuan atau tempat suci. Keyakinan mendapat pahala dari bacaan alQuran mendorong umat Islam mendalami tentang pengajian yang berkaitan bidang alQuran. Membaca al-Quran adalah ibadah yang sangat mulia dan diredhai Allah. Ia mengandungi banyak petunjuk, penghibur dan pendidikan jiwa. Semakin banyak diulang membaca al-Quran, semakin meresap ke dalam jiwa dan tidak membosankan. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menjaga adab-adab apabila membacanya agar setiap amalan kita diterima Allah. Kita mestilah melakukan sesuatu bersandarkan niat kerana Allah. Apabila ingin membaca dan menghafal ayat al-Quran, ikhlaskan niat kerana Allah kerana niat membezakan ibadah dan adat ataupun rutin. Dengan berniat kerana Allah, moga

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

mendapat pahala dan keberkatan.

Sebelum membaca al-Quran, hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membacanya adalah zikir yang paling afdal daripada segala zikir yang lain. Sesiapa yang hendak membaca al-Quran disunatkan berwuduk walaupun boleh membacanya dalam keadaan tidak berwuduk. Wanita yang dalam keadaan haid atau nifas harus membaca alQuran untuk belajar atau mengajar kerana darurat.

Mengikut mazhab Syafie, perkara yang wajib dengan ada wuduk apabila menyentuh atau membawa kitab al-Quran termasuk helaian kertasnya biarpun sudah terpisah daripada kitab tersebut, menyentuh atau membawa rehal yang dikhususkan untuk meletakkan kitab alQuran, menyentuh atau membawa beg atau sarung yang ada al-Quran di dalamnya sekiranya beg atau sarung itu memang dikhususkan untuk mengisi kitab al-Quran. Manakala tidak haram tanpa ada wuduk apabila menyentuh atau membawa kitab al-Quran yang huruf terjemahannya lebih banyak daripada huruf Al-Quran, menyentuh atau membawa beg yang ada al-Quran di dalamnya dan beg itu bukan dikhususkan untuk mengisi kitab al-Quran. Jika dibawa beg itu, maka diniatkan membawa beg bukan membawa al-Quran.

Rasulullah ketika berwuduk selalu mencuci giginya dengan sebatang siwak atau sugi. Seseorang mengeluarkan suara menyebut ayat al-Quran melalui mulut. Membaca al-Quran dalam keadaan mulut bernajis adalah terlarang dan sesetengah ulama mengatakan haram dan sebahagian lagi mengatakan makruh. Hadith Rasulullah: Terjemahan: Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya alQuran maka peliharalah dengan bersugi.

Mulut kita juga bukan hanya perlu dijaga dengan bersugi malah menjaga mulut daripada CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

memakan makanan-makanan yang haram dan perkataan-perkataan keji. Disunatkan juga untuk menghilangkan bau badan yang tidak enak dan memakai pakaian yang bersih, cantik, kemas dan menutup aurat serta berwangi-wangian sebelum membaca al-Quran untuk mendapatkan ketenangan serta kekhusyukan.

Apabila membaca al-Quran, haruslah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah. Seluruh perasaan dan perhatian hendaklah ditumpukan pada bacaan itu agar dapat menyelami makna dan maksud-maksud ayat yang dibaca.

Seseorang itu hendaklah menjauhkan diri dari ketawa, bermain-main dan bercakap kosong ketika ingin membaca al-Quran. Kita hendaklah mengikhlaskan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Ganjaran yang diberikan Allah bergantung kepada niat dan perlakuan. Sebelum menghafal, fikiran mestilah dikosongkan dan diri kita benar-benar bersedia untuk menghafal. Hafalan tidak boleh dilakukan semasa berasa bosan atau fikiran terganggu. Kemudian, beristighfar, membaca selawat dan berdoa. Sebelum memulakan hafalan, digalakkan membaca ayat 164 Surah al-Baqarah.

Selain daripada untuk hukum dan petunjuk, Al-Quran bertujuan untuk tadabbur dan tafakkur dan akan menghasilkan perasaan serta sikap untuk melaksanakan perintah Allah.

Adab yang seterusnya adalah memperelok bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik iaitu lunak dan merdu. Walaupun begitu, membaca al-Quran dengan suara rendah lebih selamat daripada riya' dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Sekiranya seseorang tidak bimbang dirinya akan timbul perasaan riak serta tidak menggangu orang lain yang sedang solat maka membaca al-Quran dengan suara yang tinggi atau nyaring itu lebih utama kerana kebanyakan bacaan yang diamalkan ialah dengan suara yang tinggi. Selain itu, membaca dengan suara yang tinggi akan menghidupkan hati dan menarik CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

perhatian untuk memikirkan ayat-ayat yang dibacanya dan ia juga akan mengurangkan rasa mengantuk.

Di samping itu, sekiranya terasa mengantuk dan menguap, hendaklah berhenti membaca kerana apabila seseorang itu sedang membaca al-Quran, dia sedang bermunajat kepada Allah dan menguap akan menghalang munajat disebabkan perbuatan menguap itu datang daripada syaitan.

ADAB DENGAN TEMPAT Pemilihan tempat yang sesuai iaitu tempat suci dan bersih layak dengan ketinggian AlQuran. Para ulama berpendapat sunat membaca Al-Quran di masjid di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktikaf. Minda seseorang itu lebih tenang daripada gangguan serta menghalang pergaduhan dan bualan keduniaan. Waktu yang sesuai juga haruslah dipilih waktu di mana Allah nampak bagi hamba-hamba-Nya dan turun rahmat contohnya pada sepertiga malam. Kemudian, duduk menghadap kiblat, menundukkan kepala, tidak duduk secra bersilang kaki, tidak bersandar ataupun duduk seperti duduknya orang-orang yang sombong (takabbur). Sekiranya membaca Al-Quran dalam keadaan tidak berwuduk dan tidak menghadap kiblat, tetap mendapat pahala tetapi para ulama salaf lebih mengutamakan adab tersebut. Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 191: Maksud: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi.

Selain itu, tempat-tempat untuk membacakan al-Quran dilarang di dalam tandas dan bilik air. Menurut Al-Halimi, tidak baik al-Quran itu dibacakan di tepi-tepi jalan secara nyaring begitu juga dalam bilik air. Imam Nawawi pula membolehkan kita membaca al-Quran di

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

jalan-jalan secara perlahan-lahan sahaja.

Al-Quran haruslah diletakkan di tempat yang tinggi dan jangan sesekali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah kerana ia merupakan kitab suci dan mulia.

KEPENTINGAN HAFAZAN AL-QURAN

Terdapat beberapa kepentingan menghafaz al-Quran. Antaranya ialah:

1. Menjaga kemutawiran al-Quran.

Kemutawiran al-Quran bermaksud al-Quran itu sampai kepada kita dengan diriwayatkan oleh sebilangan ramai dan mereka mempunyai sifat dan ciri-ciri yang amanah sehingga tidak diragukan atas kedustaan atau kepalsuan al-Quran itu sendiri. Ulama telah bersepakat bahawa menghafaz al-Quran itu hukumnya adalah fardu kifayah.Seseorang yang berusaha menjadi seorang hafiz bermakna ia telah bersusah payah untuk mengambil bahagian dalam usaha menjaga kemutawiran al-Quran.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 120: Maksudnya: “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka……..” 2. Meningkatkan kualiti umat.

Hafalan al-Quran membantu seseorang dalam mempelajari dan memahami seluruh ilmu berkaitan dengan islam dari segi akidah, syariah dan akhlak. Tujuannya untuk meningkatkan kualiti keilmuan umat islam agar mampu menjadikan al-Quran sebagai garis panduan dalam kehidupan. Semakin seseorang itu membaca, mempelajari dan menghafaz berbagai ayat atau surah semakin berkualitilah kehidupannya dalam menjalankan syariat islam.

CATATAN:

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

3. Menjaga terlaksananya sunah-sunah Rasulullah SAW

Sebahagian ibadah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w berkait rapat dengan hafalan al-Quran. Terdapat banyak hadis yang menerangkan bacaan yang disunatkan dan digalakkan di dalam sembahyang berkaitan dengan sunah-sunah tertentu dalam al-Quran. Misalnya dalam solat jumaat, Nabi Muhammad s.a.w sering membaca surah Al-A’la dan Al-Ghasyiyah atau kadang kala membaca surah AlJumuah dan Al-Munafiqun. Jadi jelaslah kepada kita, menghafaz al-Quran bererti juga satu usaha menjamin terlaksananya sebahagian sunah-sunah Rasulullah s.a.w.

4. Menjauhkan seorang mukmin dari perkara yang melalaikan.

Orang mukmin yang sejati adalah seorang yang berjaya dan mampu menjauhkan diri dari perkara-perkara yang tidak berfaedah. Al-Quran juga menerangkan bahawa ciriciri mukmin yang beruntung atau berjaya adalah yang mampu menjauhkan diri dari perkara yang melekakan.

Firman Allah s.w.t surah Al-Mukminun ayat 1-3: Maksudnya: “ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman ( iaitu ) orangorang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari ( perbuatan dan perkataan ) yang tiada berguna”.

5. Memelihara kesucian moral dan sosial dalam masyarakat.

Di zaman yang penuh cabaran ini, masyarakat memerlukan suatu jalan bagi membendung masalah social dalam masyarakat hari ini.Aktiviti penghafazan alQuran dapat menangani gejala keruntuhan moral dan sosial. Sebagaimana firman Allah s.w.t surah Saba’ ayat 15: Maksudnya:…………( negerimu ) adalah negeri yang terbaik dan ( Tuhanmu ) adalah

CATATAN:

tuhan

yang

maha

pengampun”.

SHQ 328 HAFAZAN AL-QURAN

Seseorang yang asyik dengan pengajian dan penghafazan al-Quran akan terselamat daripada kelalaian dan kemaksiatan kerana penumpuan hati manusia tidak mampu mengumpul dua perkara bertentangan dalam satu masa.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ahzab ayat 4: Maksudnya: “ Allah tidak sekali-kali menjadikan dua hati bagi seorang dalam dirinya…….”.

CATATAN:

Related Documents


More Documents from "api-3811808"