B17 Pencahayaan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View B17 Pencahayaan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,179
  • Pages: 24
PENCAHAYAAN

1

PENCAHAYAAN  Cahaya ialah satu bentuk tenaga sinaran dan

dapat dihasilkan dengan mengalirkan arus elektrik melalui filamen karbon, rod karbon atau tiub-tiub yang berisi gas.  Tenaga elektrik yang dialirkan itu ditukarkan

kepada bentuk tenaga haba dan kemudiannya menjadi cahaya yang menyinar keluar.

2

Jenis-jenis Pencahayaan  Pencahayaan

yang baik mestilah dapat memenuhi kehendak pengguna dari segi fizikal dan sosialnya.

 Sewaktu menentukan banyaknya cahaya yang

diperlukan oleh sesuatu tempat, faktor-faktor berikut perlu diambil kira: a). Jenis Lampu dan pemantulan. b). Sudut pemasangan lampu. c). Kedudukan lampu – jauh / dekat. d). Warna / cat – Lantai, dinding, siling.

3

Jenis-jenis Pencahayaan  Rekabentuk

dan susunatur lampu dalam bangunan memberikan peranan yang penting bagi mencapai pencahayaan yang baik atau skim pencahayaan yang dikehendaki bersesuaian dengan tempat dan tujuannya.  Oleh itu, rekabentuk dan skim pencahayaan yang baik, mestilah:  a). Dapat memberikan cahaya yang mencukupi.  b). Tidak menyilaukan / memberikan bayang.  c). Cahaya dapat disebarkan secara seimbang.  d). Sesuai dengan kehendak tugasnya.  e). Mempunyai jenis lampu yang betul.

4

Pengenalan jenis Lampu  Lampu-lampu

elektrik boleh dikenali dan dibezakan berdasarkan kepada yang berikut: (a). (b). (c). (d). (e).

5

Bentuk Mentol / Tiub Jenis kemasan. Warna cahaya. Lumen / Watt. Jenis Kepala.

Pengenalan jenis Lampu (sambungan )  (a). Bentuk Mentol / Tiub.

Pengenalan sesuatu jenis lampu boleh dilihat pada bentuk mentol atau tiub itu, contohnya: i. Bentuk silinder panjang Lampu pendarflour. ii. Bentuk silinder bulat-Lampu Pendarflour iii. Bentuk bulat - Lampu pijar. iv. Bentuk cendawan- Lampu pijar berfilamen

6

Pengenalan jenis Lampu (sambungan )  (b). Jenis kemasan.

Lampu biasanya dibuat dalam tiga bentuk kemasan iaitu; i).Jernih - Digunakan apabila cahaya yang terang diperlukan. ( Lampu menghias pintu kedai ) ii).Mutiara - Digunakan bagi mengelakkan bayangbayang wujud. ( Lampu pesta & perayaan ) iii).Argenta - Hasilkan cahaya putih kabut (putih ) dan tidak silau. ( Rumah kediaman )

7

Pengenalan jenis Lampu (sambungan )  (c). Warna Cahaya Lampu.

Warna kemerahan - Lampu filamen. Warna biru kehijauan - Lampu wap merkuri Kuning keemasan - Wap natrium Biru pucat - Lampu Pendarflour Merah, jingga, biru,putih - Lampu neon * Warna-warna lampu ini merujuk kepada warna cahaya asal, bukan warna yang dicat atau diselaput dengan kertas.

8

Jenis-jenis Lampu Umumnya lampu-lampu elektrik yang

digunakan pada hari ini jika disenaraikan adalah terlalu banyak. Bagi memudahkan penyenaraian, lampulampu ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu:

9

1.

Lampu Pijar dan

2.

Lampu Nyahcas.

Jenis-jenis Lampu ( sambungan )  1.

Lampu Pijar.

 Cahaya lampu ini dipancarkan terus hasil pemanasan

unsurnya (dawai ) hingga ke suhu yang tinggi dan habanya yang panas ditukarkan menjadi tenaga cahaya dan menyinar keluar dalam warna putih kemerahan.  Filamen

lampu pijar dibuat dalam bentuk pegas (gegelung ) bagi menambah haba dan cahaya agar lebih terang.

 Lampu pijar juga diisi dengan gas tertentu (argon, 10

nitrogen, kripton) pemeluwapan.

bagi

mengatasi

masalah

Jenis-jenis Lampu ( sambungan ) Diantara lampu-lampu yang termasuk dalam kumpulan lampu pijar ialah:  i.

Lampu Berfilamen ( gegelung ). ii. Lampu berfilamen arka iii. Lampu berfilamen karbon. iv. Lampu berfilamen tungsten. v. Lampu berfilamen bergas. 11

Jenis-jenis Lampu ( sambungan )  2. Lampu Nyahcas.  Lampu ini mengeluarkan

cahaya dengan cara mengalirkan arus (elektron ) melalui wap atau gas tertentu. Cahayanya tidak panas dan keluar dalam bentuk sinar lar.

12

Jenis-jenis Lampu ( sambungan )  Diantara

lampu-lampu Nyahcas ialah: i. ii.

Lampu pendarflour Lampu wap merkuri tekanan tinggi iii. Lampu wap natrium tekanan rendah / tinggi iv. Lampu neon. v. Lampu Xenon 13

Jenis-jenis Lampu Nyahcas  2.1 Lampu Pendarflour.  Lampu ini termasuk dalam kumpulan lampu nyahcas. Cahaya yang dihasilkan oleh aliran elektron ini adalah dalam bentuk cahaya ultraunggu. Cahaya ini lebih sejuk berbanding dengan cahaya yang dihasilkan oleh lampu pijar.  Terdapat dua jenis lampu perdaflour, iaitu:

(a).

jenis katod sejuk – lampu nyahcas yang memerlukan voltan tinggi – ( lampu wap merkuri). (b). Jenis katod panas - lampu nyahcas voltan rendah ( lampu pendaflour biasa).

14

Perbandingan Mutu Lampu 1. Lampu Pijar Biasa.

Kelebihan

Kelemahan

1. Kecil ( padat )

1. Usia pendek.

2. Tidak perlu pencekik

2. Kecekapan – rendah.

3. Kawalan cahaya yang baik.

3. Kesan pancaran haba.

4. Lepasan warna - baik 5. Boleh dimalapkan. 5. Murah. 15

Perbandingan Mutu Lampu (sambungan) 2. Lampu Pendarflour.

Kelebihan

Kelemahan

1. Kecekapan tinggi

1. Kos permulaan – mahal

2. Cahaya penyinaran Sejuk

2. Menghasilkan kelippadam

3. Kurang silauan

3. Cahayanya dipengaruhi suhu sekeliling

4. Tahan lebih lama ( usia panjang ) 5. Dapat memberi banyak

4. Banyak gangguan / jenis kerosakkan

warna

5. Menyebabkan faktor kuasa rendah. 16

Faktor Pemilihan Jenis Lampu  Diantara faktor-faktor yang perlu diambil kira

semasa membuat pemilihan jenis lampu, ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

17

Kemujaraban Fluks cahaya Haba Lampu Saiz Lampu Hayat Lampu Kesan Getaran Warna Lampu Kos penggunaan elektrik.

Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan ) 1. Kemujaraban Fluks cahaya.

Nilai Kemujaraban lampu diperolehi dengan membahagikan jumlah lumen yang dapat dikeluarkan oleh lampu dengan kuasa (watt) yang digunakan. Pada amnya lampu Nyahcas memberikan kemujaraban fluks cahaya yang lebih tinggi berbanding dengan lampu pijar.

18

Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan ) 1.

Haba Lampu. Lampu yang berkuasa rendah mempunyai jumlah haba (bahang) yang rendah berbanding dengan lampu yang berkuasa tinggi. Bahangan lampu nyahcas adalah kurang dari lampu pijar.

19

Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan ) 3.

Saiz Lampu. Terdapat pelbagai jenis saiz bagi lampu-lampu yang sama. Pemilihan yang sepadan dengan keluasan tempat adalah lebih baik. 4.

Hayat Lampu. Pemilihan jenis lampu yang tahan lebih lama adalah lebih baik berbanding yang sering rosak / terbakar. 5.

Kesan Getaran. Lampu yang digunakan di tempat yang bergetar dipilih dari jenis yang tahan getaran.

20

Faktor Pemilihan Lampu ( sambungan ) 6.

Warna Lampu. Warna yang dipilih mestilah yang sesuai, tidak menyilaukan atau memberi bayang. 7.

Kos penggunaan elektrik. Pemilihan jenis lampu mestilah yang berpatutan kadaran kuasanya (watt) agar pengguna tidak menanggung kos bil yang keterlaluan.

21

Istilah-istilah berkaitan  1.

Keamatan berkilau.  Kekuatan cahaya yang keluar dari satu sumber cahaya pada satu arah yang tertentu.  Kekuatan cahaya ini disukat dalam unit kandela atau lumen/watt dan diberi simbol (I).  2.

Fluks berkilau ( Fluks cahaya ).  Ditakrifkan sebagai banyaknya cahaya yang menimpa di sesuatu permukaan yang dipancarkan oleh suatu sumber keamatan berkilau.  Fluks berkilau diukur dalam unit lumen.

22

Istilah-istilah berkaitan (sambungan)  3.

Fotometer.  Fotometer ialah alat yang digunakan bagi menyukat pencahayaan di tempat-tempat yang pencahayaannya hendak diketahui.  4.

Kaedah Lumen.  Adalah satu cara pengiraan untuk menentukan bilangan dan jenis lampu yang diperlukan

23

Peraturan IEE berkaitan

 1.  i.

Lampu Neon.

Tiubnya yang mudah tersentuh – letakkan tanda BAHAYA VOLTAN TINGGI  ii. Pengubah sadap tengah yang digunakan – belitan sekunder dibumikan  iii. Voltan maksima ke bumi pengubah – tidak lebih 5000 V.  iv. Litar akhir pengubahnya hendaklah diasingkan.  v. Suis kawalannya – mestilah suis dua kutub  vi. Kabel voltan tinggi yang digunakan – mesti berperisai.  vii. Penyambungan antara kabel dengan tiub – dibuat daripada kaca berbentuk loceng bagi elak air bertakung. 24

Related Documents