PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER JANUARI/ TAHUN 2018
HDPS3603 AWAL SAINS KANAK-KANAK NAMA PELAJAR
: FITRIAH EMIERA BT MOHD BADLI
NO. MATRIKULASI
: 970208115366001
NO. KAD PENGENALAN
: 970206-11-5366
NO. TELEFON
: 01117951733
E-MEL
:
[email protected]
NAMA TUTOR
: PUAN BADRUL MUIN
PUSAT PEMBELAJARAN
:
OUM KUALA TERENGGANU
ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1.
PENGENALAN
2.
OBJEKTIF TUGASAN
3.
TEORI ASAS YANG DIGUNAKAN SALAM PENGAJARAN
3-5 6
SAINS KANAK-KANAK 4.
PENGUASAAN PRANOMBOR DAN CARA MEMBANTU
15-16
KANAK-KANAK MEMAHAMI KONSEP NOMBOR 5.
KESIMPULAN
17
6.
RANCANGAN PENGAJARAN 1
18-20
7.
RANCANGAN PENGAJARAN 2
21-23
8.
REFLEKSI 1
24-25
10.
REFLEKSI 2
26
11.
RUJUKAN
27
12.
LAMPIRAN
PENGENALAN
Sains didefinisikan sebagai ilmu yang boleh diterangkan dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.Menurut Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain, sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Penerapan pendidikan awal sains seharusnya dimulakan pada peringkat lebih awal lagi (Vygotsky, 1984). Ini kerana matlamat pendidikan awal sains kepada kanak-kanak dapat membentuk dan memupuk perkembangan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran (Harlan & Jelly,1989). Bidang ilmu sains membekalkan rangka konsep bagi membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling. Pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap bidang sains adalah penting bagi perkembangan konsep-konsep saintifik serta perkembangan intelek yang lain. Proses Pendidikan Awal Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak “Hands-on” yang
mana
ia
dapat
melibatkan
kanak-kanak
secara
aktif
melalui
interaksi.
Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.
TEORI PEMBELAJARAN AWAL SAINS KANAK-KANAK TEORI JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan pada 9 Ogos 1986 di Nauchatel, Switzerland. Arthur Piaget iaitu bapa kepada Jean Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama Rebbeca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan bermnat kepada ilmu alam. Beliau telah meninggal dunia pada usia 84 tahun. Jean Piaget adalah seorang ahli psikologi yang pertama untuk membuat kajian yang sistematik tentang perkembangan kognitif. Beliau telah mengemukan teori yang menfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Di bawah ialah tiga komponen asas dalam Teori Kognitif Piaget.
Komponen
Huraian
Asas Skema
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu
Contohnya, sewaktu dilahirkan bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakkan pantulan yang di kenali sebagai skema seperti gerakkan menghisap,
memandang,
mencapai,
merasa,
memegang,
serta
menggerakkan tangan dan kaki.
Bagi gerakkan memegang kandungan skema adalah memegang benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang bendabenda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu.
Skema
yang ada pada bayi
akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas dengan persekitarannya Asimilasi
Asimilasi
merupakan
satu
proses
penyesuaian
antara
objek
yang
baru diperolehi dengan skema yang sedia ada.
Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikut sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".
Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
Akomodasi
berfungsi
apabila
skema
tidak
dapat
mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.
Adaptasi
Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran
Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran
PROSES PERALIHAN PIAGET
Asimilasi
Keseimbangan
Situasi
Ketidakseimbangan
Akomodasi
Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalamanpengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan baru dan cara memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semua peringkat ini dalam susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat mana-mana peringkat. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya pada kadar yang berbeza. Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yang berkaitan dengan peringkat yang berbeza pada masa yang sama terutama pada titik perubahan ke peringkat yang baru. (Slavin, pg. 33). Proses perkembangan kognitif Piaget mempunyai empat tahap perkembangan iaitu : a) Tahap sensorimotor (0 hingga 2 tahun). Peringkat ini dikenali sebagai tempoh intelek deria motor. Ini adalah tempoh masa perkembangan daripada egosentrik kepada perbezaan benda-benda di sekitarnya. Pada peringkat ini kanak-kanak mengenali dunia melalui deria-deria dan penerokaan. Kanak-kanak mula faham akan konsep bahawa perbuatan mereka menyebabkan perubahan. Pada tahap ini, kanak-kanak membina pemahaman terhadap dunia dengan mengkoordinasikan pengalaman
deria mereka dengan menggunakan pergerakan
fizikal. Contoh sensorimotor ialah menepuk kedua-dua belah tangan akan menghasilkan bunyi
b) Praoperasi(2 hingga 7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mahir menggunakan symbol-simbol bahasa dan nombor. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di
tahap yang rendah berbanding orang dewasa. Kanak-kanak pada peringkat ini masih belum mahir dalam operasi yang melibatkan proses mental. Contohnya , mengandaikan kotak sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
c) Operasi konkrit(7 hingga 11 tahun) Pada peringkat ini sesorang kanak-kanak mula belajar berfikir secara rasional. Cara pembelajaran yang paling efektif pada peringkat umur ini ialah melalui aktivitiaktiviti yang melibatkan pergerakkan fizikal dan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (phychomotor) dan koordinasi mata-tangan. . Contohnya, dalam membuat pinggan dan cawan dari paper mache.
d) Operasi formal(11 hingga 15 tahun) Pada masa ini perkembangan pola-pola penaakulan, sudah lengkap. Kanak-kanak dapat menghadapi penguasaan pelbagai jenis masalah yang kian bertambah. Kematangan
berfikir
kanak-kanak
mula
berkembang
sepenuhnya.
Mereka
berkeupayaan membuat deduksi, induksi dan berfikir secara abstrak. Contohnya , mengasingkan debu-debu besi dengan butiran pasir menggunakan magnet.
Sub Peringkat Tahap Sensorimotor Sub-peringkat Refleks asas
Umur 0-1bulan
Penerangan
Koordinasi deria dan aksi melalui
Contoh
tindak `balas refleksif
Tabiat petama
1-4bulan
Koordinasi sensasi dengan dua
Percakaran, menghisap dan menggenggam.
Mengulangi
dan reaksi
skema iaitu tabiat(refleks) dan
rangsangan badan yang
sekeliling
reaksi sekeliling
berlaku secara tidak
utama(penghasilan semula sesuatu
sengaja (seperti
kejadian yang berlaku dengan
menghisap ibu jari).
tidak sengaja). Fokus masih
tertumpu pada badan bayi.
Mungkin juga akan mula mengakomodasi aksi ini dengan menghisap ibu jari dengan cara berbeza daripada menghisap putting.
Reaksi sekeliling 4-8bulan
kedua
Bayi mula berorientasikan objek.
Bayi akan mendekut
Mula mengulangi aksi yang
apabila ada orang yang
mendatangkan perasaan seronok.
berdekatan dengan mereka, dan apabila orang tersebut mula pergi, dia akan berdekut sekali lagi.
Koordinasi reaksi 8-12 sekeliling kedua
bulan
Koordinasi penglihatan dan sentuhan koordinasi tangan-mata
Bayi mula menggunakan kayu panjang untuk menarik objek yang menarik yang berada di dalam jarak capaiannya.
Reaksi sekeliling
12-18
ketiga, sesuatu
bulan
Bayi mula menggunakan kayu
Sebuah blok boleh
panjang untuk menarik objek yang
diputakan, jatuh dan
yang baru dan
menarik objek yang berada dalam
melanggar objek-objek
perasaan ingin
jarak capaiannya. Sikap ingin
lain serta
tahu
mencuba mula timbul.
digelongsorkan di atas permukaan lantai.
Skema
18-24
internalisasi
bulan
Kanak-kanak akan mula
Seorang kanak-kanak
memperkembangkan kebolehan
yang tidak pernah
untuk menggunakan simbol
“throwtabtantrum”
primitive dan membentuk
(keadaan di mana
gambaran minda.
kanak-kanak mengamuk) dan melihat kanak-kanak lain melakukannya akan berbuat demikian pada keesokan harinya atau dalam masa terdekat.
TEORI JEROME BRUNER Jerome Bruner dilahirkan pada 1 Oktober 1915 di New York. Bruner adalah salah seorang saintis pergerakan psikologi kognitif dalam United States Beginning (1967). Bruner mengkaji cara kanak-kanak belajar dan mencipta “rangka” yang panjang untuk menggambarkan cara kanak-kanak membina maklumat yang mereka telah kuasai. Bruner berpendapat kanak-kanak aktif dalam proses pembelajaran dan akan menstruktur dan menyusun
semula
pemahaman
mengenai
persekitaran
secara
berterusan. Bruner juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat sesuatu gambaran secara keseluruhan. Oleh itu kanak-kanak
sepatutnya
diajar
untuk
memahami konsep dan bukan mengaplikasikan sesuatu konsep tanpa pemahaman yang signifikan. Pemahaman konsep melibatkan perkembangan mental kanak-kanak. Dalam proses pemahaman konsep, Bruner telah menyatakan bahawa perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:-
a) Peringkat enaktif (0-2 tahun) b) Peringkat ikonik (2-4 tahun) c) Peringkat simbolik (5-7 tahun) (a) Peringkat Enaktif
Pada peringkat ini (0-2 tahun), kanak-kanak akan bergerak ke arah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan masalah, kerana kanak-kanak pada masa ini masih belum pandai berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa. Sesuatu objek itu akan dipegang untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya.
Contohnya, kanak-kanak cuba meletakkan sebatang kayu pada suatu sanggauntuk melihat keseimbangannya.
(b) Peringkat Ikonik
Pada peringkat ini (2-4 tahun), kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Kanak-kanak juga berupaya menyebut objek yang tiada di hadapan matanya, iaitu telah terbentuk “imej mental”.
Contohnya, kanak-kanak tersebut boleh melukiskan kayu yang seimbang di atas sangganya, walaupun objek tersebut tiada di hadapan matanya.
c) Peringkat Simbolik
Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol, seperti perkataan dan bahasa untuk menghuraikan pengalamannya, iaitu bermulanya penaakulan simbolik.
Contohnya, kanak-kanak boleh menerangkan bagaimana kayu yang diletakkan di atas sangga menjadi seimbang.
TEORI LEV VYGOTSKY Vygotsky membesar dan tinggal di Rusia. Oleh itu, hasil karyanya menunjukkan pengaruh marxsis yang banyka menekankan peranan interaksi sosial dan budaya. Vygotsky meninggal dunia akibat batuk kering pada usia 37tahun. Sehubungan itu teorinya tidak pernah melalui perkembangan seperti perkembangan Teori Piaget dan lainlain. Namun demikian, vygotsky pada awal dianggap sebagai genius. Beliau telah menyumbang pandangan tentang perkembangan kognitif yang mengiktiraf kuasa pembangunan dan alam sekitar. Vygotsky (1978) menulis, “setiap fungsi dalam budaya perkembangan kanak-kanak muncul dua kali, iaitu pada peringkat sosial (interpyschological), dan kemudian, pada peringkat individu atau di dalam diri kanak-kanak (intrapyschological).” Ini juga merangkumi pemerhatian secara sukaraela, memori logik dan seterusnya kepada pembentukkan konsep. Semua fungsi yang lebih tinggi berasal sebagai hubungan sebenar antara individu. Konsep Teori Pembinaan Sosial Vygotsky Berikut adalah konsep Teori Pembinaan Sosial Vygotsky a) Perkembangan mental kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh orang dewasa di sekelilingnya mereka. b) Faktor-faktor sosial, budaya dan bahasa turut menyumbang kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Bahasa memainkan peranan utamadi mana orang dewasa menghantar maklumat kepada kanak-kanak dan bahasa itu sendiri menjadi alat kepada adaptasi intelektual. c) Proses pembelajaran kanak-kanak berlaku melalui interkasi sosial dengan seorang tutor/tenaga pengajar yang mahir (MKO-More Knowledgeable Other). d) Konsep MKO adalah berkaitan dengan prinsip kedua paling utama dalam hasil kerja Vygotsky iaitu Zone Of Proximal Development(ZPD). Ini adalah konsep penting berkaitan dengan perbezaan antara apa yang kanak-kanak boleh capai secara bebas dan apa yang kanak-kanak boleh capai dengan panduan dan dorongan daripada rakan kongsi mahir.
PENDEKATAN YANG DISARANKAN UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK SAINS Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah – kaedah lama semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan model-model pengajaran dan
teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi
pendidikan. Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan. Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll (1994) menghuraikan bahawa pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teoriteori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran
terdiri daripada kognitif,
konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi
dalam proses
pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat
menghasilkan satu perubahan tingkahlaku manusia.
yang
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF. Teori adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa,Piaget,Brunner, Ausuble,dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses celik akal, pemprosesan maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada, diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru.
PRINSIP-PRINSIP KOGNITIF: 1.
Bahan –bahan pembelajaran di susun daripada mudah ke susah.
2.
Memahami pembelajaran lebih baik daripada hafazan.
3.
Pengetahuan sedia ada murid digunapakai dan disesuaikan dengan pembelajaran
yang baru. 4.
Isi pelajaran perlu disusun mengikut pola-pola yang tertentu supaya murid lebih
mengingati. 5.
Setiap murid mempunyai perkembangan individu yang berbeza.
PENDEKATAN TEORI KOGNITIF. 1.
Menekankan kepada proses mental dalam yang bermaksud maklumat yang di
terima diproses melalui perbandingan, peniruan dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada, diubahsuai pula dan disusun semula. 2.
Menekankan kepada proses pengamatan, ingatan, pemikiran, dan penyelesaian
masalah.
TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVITISME.
Teori ini adalah berkaitan dengan pengajaran yang berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Pembelajaran terbina daripada hasil pencatuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Proses pembelajaran di bawah teori ini juga menggalakan pelajar berkomunikasi dengan bahan untuk mendapatkan jawapan. Murid di beri peluang meneroka sepuas-puasnya dan mendapatkan jawapan serta kesimpulan sendiri. Tokoh-tokoh yang terkenal terdiri daripada Jean Piaget, Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey. Kesemua tokoh-tokoh ini melihat proses pembelajaran sebagai aktivfiti pembinaan mental yang dicantumkan dengan maklumat baru. Teori ini menekankan kepada penglibatan pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar akan membina pengetahuan sendiri untuk menjana idea dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada. Semua maklumat baru yang ada akan diolah dan disesuaikan dengan satu kerangka maklumat baru yang dinamakan Konstruktivistime.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME 1. Proses pembelajaran yang berlaku adalah proses sesuatu aktiviti yang aktif. 2. Semasa proses pembelajaran berlaku , ianya melibatkan aktiviti sosial dan perkembangan bahasa sesama murid. Contohnya aktiviti yang dijalankan secara kumpulan ketika bermain lego. 3. Murid akan belajar dan mendapat sesuatu input yang baru semasa proses belajar dilangsungkan. 4. Aktiviti yang dijalankan melibatkan perkembangan minda, pergerakan fizikal dan pengetahuan sedia ada murid. 5. Guru sebagai fasilitator dalam proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 6. Pengetahuan dan idea setiap murid akan digunapakai dalam proses pembelajaran. 7.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1. Guru perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap kebolehan murid supaya mudah difahami dan murid memahami objektif yang hendak dicapai oleh guru. 2. Guru perlu bersedia dengan bahan-bahan yang dapat meransang minda murid dan senantiasa diubahsuai mengikut aktiviti yang akan dijalankan. 3. Guru semestinya peka kepada kesesuaian persekitaran pembelajaran terutama dalam bilik darjah supaya dapat mendorong atau memotivasikan murid untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. 4. Proses pembelajaran yang berlaku perlu mengambilkira pengetahuan sedia ada murid dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran yang baru. Contohnya aktiviti makan dan minum yang telah dipelajari dirumah, disekolah guru boleh mengukuhkan lagi dengan menerapkan adap-adap semasa makan. 5. Guru bertindak sebagai pemudah cara dan sentiasa menbantu murid dalam aktiviti pembelajaran. 6. Keadah pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat efektif digunakan dalam proses pembelajaran. 7. Penilaian secara tradisi sangat tidak sesuai digunakan lagi, dan teknik pembelajaran seperti hafazan dan syarahan tidak menjadi begitu efektif berbanding aktiviti berkumpulan.
TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan, pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut keupayaan dan kebolehan masingmasing. Menurut Piaget ada 4 tahap perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak. 1) Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun dimana kanakkanak akan memerhati dan melalui pengalaman akan mempelajari sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja. 2) Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami symbol dan keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak mula fasih bertutur. 3) Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun dimana kanak-kanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah. Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. 4) Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan membuat penaakulan.
Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas, Piaget telah menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut pula dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang merubah struktur kognitif.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PIAGET DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. 1.
Pengetahuan sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran untuk menghasilkan
satu sistem maklumat yang baru. 2.
Isi pelajaran akan dikembangkan dan dikaitkan dengan mengikut peringkat
kognitif kanak-kanak dan tahap keupayaan masing-masing.Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan tema buah-buahan. Murid akan diberi penerangan mengenai jenis –jenis buah-buahan tempatan, serta dikaitkan dengan rasanya. Pada tahap ini murid-murid akan memberikan berbagai cerita atau pendapat berdasarkan pengalaman. 3.
Isi pelajaran akan disusun daripada konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah.
Contoh dalam matapelajaran matematik. Konsep pra nombor akan diajar dulu sebelum mempelajari nombor. 4.
Penglibatan kanak-kanak adalah secara aktif dalam aktiviti kumpulan digalakkan
dan mereka saling berinteraksi antara satu sama lain. Komunikasi dua hala dan bertukar pendapat semasa menjalankan aktiviti menggalakkan perkembangan bahasa. 5.
Motivasi secara instrinsik dipupuk supaya kanak-kanak dapat digerakkan secara
aktif dalam aktiviti. Contohnya dengan memberi pujian , kata-kata galakan, dan sokongan dapat merangsang mereka.
TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY. Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru.
Vygotsky menekan
bahawa perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori
beliau juga ada menyebut mengenai “scaffolding”
iaitu
memberikan sejumlah besar bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya. Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain. KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep “scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masingmasing.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1.
Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi
antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan. 2.
Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu
interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan. 3.
Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia
ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DAN KONSTRUKTIVITSME DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS. 1.
Pengalaman –pengalaman belajar perlu disesuaikan dan dikembangkan dengan
keperluan kognitif kanak-kanak Ini bermaksud sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid agar sesuai dengan isi pelajaran yang akan disampaikan. Contohnya dalam aktiviti kemahiran hidup iaitu komponen berkebun. Bersoal jawab hendaklah berkaitan dengan tanaman atau sayuran yang biasa dilihat oleh kanak-kanak dirumah. Sekiranya kanak-kanak tersebut suka memakan sayuran kacang panjang sudah tertentu ianya akan begitu teruja hendak belajar cara-cara menanam pokok kacang panjang. Isi pelajaran akan lebih bermakna dan kanak-kanak akan mendapat mengembangkan satu maklumat baru yang berkait dengan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. 2.
Pemusatan perhatian seharusnya lebih ditumpukan kepada proses kognitif kanak-
kanak dan tahap keupayaan yang berbeza. Walaupun aktiviti dijalankan dalam kumpulan namun tahap mereka sangat berbeza. Kepakaran guru sangat diperlukan
supaya kanak-kanak tidak berasa dipinggirkan. Contohnya dalam kumpulan murid tersebut diberi tajuk yang sama tetapi aktiviti setiap satunya berbeza. Misalan dalam matapelajaran matematik, dengan tajuk nombor 0-5. Jadi dalam satu kumpulan tersebut ada murid yang akan membilang nilai nombor dengan menggunakan alat pembilang atau yang lain akan menggunakan plastesin untuk membentuk nombor. Sementara yang lain pula akan mewarna atau menyambung garisan putus-putus yang berkaitan dengan nombor tersebut. Dalam proses ini guru dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada setiap orang murid secara individu untuk mencapai objektif pembelajaran. 3.
Keutamaan harus diberikan kepada penglibatan murid yang aktif dan berusaha
sendiri dalam aktiviti pembelajaran. Ini bertujuan memberi ruang kepada murid untuk berinteraksi dengan rakan dan bahan-bahan pembelajaran secara meluas. Contoh dapat dilihat dalam aktiviti kemahiran manipultif. Kanak-kanak akan diberi peluang bermain dengan lego, berbincang dan bekerjasama dengan rakan untuk mencipta sesuatu binaan. Guru perlu menghidupkan suasana pembelajaran tersebut dengan pelbagai kaedah supaya kanak-kanak merasa ada keinginan untuk melakukannya. 4.
Perbezaaan individu perlu diambil kira supaya setiap aktiviti dapat disusun
mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pengalaman sebagai guru Pendidikan Khas, kita perlu mengetahui sedikit sebanyak latar belakang kanak-kanak tersebut. Ianya banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang kanak-kanak autisme yang terlalu sukar untuk difahami. Kadang kala beliau akan menjadi pasif dan terlalu aktif dalam setiap masa. Berbanding dengan seorang kanak-kanak perkembangan lambat (slow learner) yang boleh dikategorikan dalam kumpulan yang boleh belajar. Oleh yang demikian bahan –bahan dan aktiviti pembelajaran yang berkaitan adalah sangat berbeza antara keduanya. Guru perlu tahu kehendak dan mood kanak-kanak ini sebelum memulakan pengajaran. Mood dan kehendak itu pula perlu diubahsuai dengan objektif dan aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa rendah diri dan terasing. 5.
Guru perlu mendorong dan memotivasikan kanak-kanak berkeperluan khas ini
dalam proses pembelajaran. Mendekati mereka dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang akan membuat mereka rasa dihargai dan rasa diterima. Lenggok dan bahasa badan guru bukan sahaja dapat memberikan keyakinan kepada mereka bahkan
melenyapkan sedikit sebanyak rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka. Secara tidak langsung mereka akan mempercayai guru adalah rakan yang baik dan boleh menerima mereka. Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras mereka serta mudah difahami banyak membantu menyampaikan maksud atau hasrat yang hendak disampaikan oleh guru. Selain daripada itu ganjaran dari segi materialistik seperti gula-gula, biskut, kata-kata pujian dan senyuman guru akan turut memotivasikan kanak-kanak tersebut. Objektif pembelajaran akan lebih cepat tercapai jika guru dapat menggunakan barang-barang permainan sebagai bahan bantu mengajar. Kanakkanak akan cepat teransang dan dapat digerakkan untuk melakukan akitviti-aktiviti pembelajaran. 6.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, bantuan akan diberikan sepenuhnya pada
peringkat awal, yang akan dikurangkan secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak tersebut boleh berdikari dengan sendirinya. Contohnya dapat dilihat dengan jelas dalam aktiviti pengurusan diri iaitu memakai pakaian. Pada peringkat pertama guru akan membantu kanak-kanak tersebut memakai pakaian mengikut langkah-langkah betul. Aktiviti ini akan dilakukan secara latihtubi sehingga kanak-kanak tersebut berkeyakinan untuk melakukan sendiri. Akhirnya kanak-kanak tersebut akan diberi ruang dan masa memakai pakaian dengan sendiri sehingga berjaya. Guru pada ketika itu hanya memberikan arahan sahaja supaya kanak-kanak tersebut dapat mengingati semula langkah-langkah yang telah dipelajari. 7.
Bagi kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas penilaian di buat lebih kepada
pemerhatian. Berdasarkan pengalaman saya, penilaian secara pemerhatian banyak membantu guru mengkaji dan memahami perlakuan kanak-kanak tersebut. Pemerhatian boleh dibuat samada secara individu atau ketika kanak-kanak tersebut dalam kumpulan. Perubahan tingkah laku yang ditunjukkan akan memberikan jawapan kepada guru semasa membuat pemerhatian. Perubahan tingkah laku tersebut boleh berlaku juga apabila kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan pengajaran atau bahan media. 8.
Peranan guru pendidikan khas adalah sama dengan tugas guru di arus perdana.
Sebelum menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, perancangan perlu dilakukan dengan teliti supaya objektif dapat dicapai sepenuhnya. Guru mesti memainkan peranannya sebagai pemudah cara atau penolong dalam setiap aktiviti
pembelajaran. Guru perlu mahir memilih bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti yang dirancang. Guru juga berperanan sebagai pembimbing yang sentiasa membantu murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
RUMUSAN. Keseluruhannya teori – teori yang telah dibincangkan di atas telah menyentuhkan banyak perkara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua teori tersebut saling berkait antara perkembangan kognitif dan proses penyelidikan, proses meneroka dan cuba jaya. Perubahan tingkah laku yang positif akan dicapai setelah berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi impak kepada pengukuhan pengetahuan dalam memori. Struktur pengetahuan akan berkembang dengan bertambahnya pengetahuan ke dalam ingatan jangka panjang. Teori – teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Perkembangan kognitif mereka sangat berkait dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk satu pengalaman yang baru. Proses pengajaran dan pembelajaran perlu memberikan ruang kepada kanak-kanak meneroka sendiri bagi meningkatkan lagi keyakinan diri dan proses interaksi dengan rakan dan bahan. Berdasarkan teori yang telah dibincangkan di atas, saya berpendapat adalah sangat perlu bagi guru-guru mengaplikasikan kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid diberi peluang bergerak bebas menjalankan aktiviti dan berinteraksi dengan bahan dan guru. Akhir sekali keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran saling bergantung bersama antara murid, guru