MENGKAJI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK AUTISME
NAMA
NO.MATRIK
SITI HAMIZAH ROBIAN
D20071028888
NURUL AINA MOHD YAAKUB NOR AZIAN HAMID
D20071028900
MASITAH AHMAD ZAINUDDIN
D20071028916
D20071028915
DEFINISI Autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Autisme merupakan keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Gangguan ini berkisar pada 3 perkara utama iaitu gangguan interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku berulangan (American Psychiatric Association 1994)
OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak Autisme. Mengenal pasti perkembangan kognitif kanak-kanak Austisme. Mengenal pasti kemahiran komunikasi kanak-kanak Autisme Mengenal pasti keperluan pembelajaran kanak-kanak Autisme. Mengenal pasti keistemewaan kanak-kanak Autisme.
Punca Penyakit Autisme Punca sebenar tidak diketahui dan masih menjadi misteri. Terdapat teori yang mengatakan punca utama adalah faktor genetik. Pengaruh virus semasa hamil spt rubela, toxo, herpes dan pemakanan ibu.
Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme 1. Komunikasi Lambat bertutur, seperti bermasalah pendengaran dengan tidak mengendahkan kata-kata orang lain
2. Interaksi sosial Suka bersendirian dan tiada kontak mata
3. Gangguan deria Tidak suka dipeganag atau dipeluk, tidak tahu erti bahaya
4. Emosi Marah, menangis dan ketawa tanpa sebab serta menyerang dan merosakkan apabila terganggu.
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Austisme Responden pertama, Athirah lebih menguasai kemahiran kognitif berbanding responden kedua, Khusyairi. Athirah dapat menjawab beberapa soalan mudah berkaitan objek yang berada di sekelilingnya tetapi Khusyairi langsung tidak memperlihatkan sebarang kemahiran lisan. Contoh apabila ditanya “siapa nama adik?”, “adik sudah makan ke belum?”, tiada sebarang tindak balas yang diberikan oleh Khusyairi. Dari aspek bukan lisan, Khusyairi tidak memberi tindak balas kontak mata, tiada memek muka dan tiada respon sewaktu disentuh berbanding Athirah.
Keperluan Pembelajaran Kanak-kanak Autisme Khusyairi
Athirah
mengalami masalah perkembangan pembelajaran yang lambat.
mengalami masalah pembelajaran yang sederhana.
Guru melibatkan kerjasama dari ibu bapa Khusyairi untuk mengenal pasti pendekatan yang sesuai.
Guru menerapkan pembelajaran berstruktur dan galakan untuk bertutur.
Khusyairi perlu diajar secara individu.
Melibatkan peneguhan seperti pujian.
Guru melatih komunikasi dengan pergerakan dan isyarat yang sesuai.
Keistimewaan Kanak-kanak Autisme Membuat sesuatu perkara dengan baik dan cepat Mempunyai tahap imaginasi yang tinggi Contohnya kanak-kanak Autisme berjaya melukis sebuah peta negara Afrika yang lengkap seperti dalam atlas. Meniru nyanyian tanpa mengerti maksudnya dan bermain piano hanya dengan menggunakan kemahiran mendengar.
LATAR BELAKANG RESPONDEN
Pakar Autisme Nama: En. Mohamed Fawzi Yusof Umur: 52 tahun. Alamat: 39, Jln Malim 9, Tmn. Malim 35900 Tanjong Malim Perak. Pendidikan: Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) Pengalaman: 28 tahun dalam bidang masalah penglihatan dan masalah pembelajaran Autisma. Sekarang bertugas sebagai pensyarah Pendidikan Khas di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PANDANGAN PAKAR AUTISME • Menunjukkan sikap obses terhadap sesuatu barang yang sangat melampau “obsessed in animated object”. • Tidak boleh mengatakan sesuatu yang diinginkan secara jelas contohnya jika hendak meminta makanan dia akan menarik tangan seseorang ke tempat terletaknya makanan tersebut. • Menganggap bahawa kanak-kanak Autisme ini merupakan kanak-kanak yang memiliki kebolehan yang berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain. • Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang sesuai perlu diterapkan oleh guru Pendidikan Khas dalam mendidik mereka.
Guru Pendidikan Khas Nama: Puan Fauziah Radin Salim. Umur: 50 tahun. Alamat: Kampung Padang, Behrang Stesen. Pengalaman: Mengajar selama 23 tahun dan mempunyai pengalaman 9 tahun dalam Pendidikan Khas. Beliau pernah mengajar di tiga buah sekolah iaitu di Bukit Mertajam, Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim dan sekarang mengajar di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River. Pendidikan: Setelah tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam.
PANDANGAN GURU PENDIDIKAN KHAS • Kanak-kanak Autisme mengalami perkembangan pembelajaran yang agak perlahan. • Contohnya selepas 3 tahun ditempatkan di kelas Pendidikan Khas, barulah kanak-kanak ini dapat bertutur satu persatu namun masih tidak mampu membentuk ayat yang lengkap. • Terdapat juga kanak-kanak Autisme yang sebelum ini tidak dapat memegang pensel dan mewarna boleh belajar memegang pensel secara perlahan-lahan. • Mendidik seorang kanak-kanak Autisme ia memerlukan ciri-ciri kesabaran yang tinggi agar tidak mudah putus asa dan berasa kecewa dengan kerenah mereka.
Ibu Pelajar Autisme Nama: Puan Sarimah Rosli iaitu ibu kepada Khusyairi Bin Mohd Saad. Umur: 38 tahun. Mempunyai 2 orang anak, Khusyairi merupakan anak ke 2. Pekerjaan: Suri rumah tangga.
PANDANGAN IBU KANAK-KANAK AUTISME • Menolak bermain bersama adik-beradik yang lain. • Tidak memahami sesuatu perkara yang dilakukan adalah salah atau betul. • Antara cara yang digunakan untuk mendidik agar tidak bersikap nakal adalah dengan mengasingkannya dengan orang lain.
Pelajar Autisme Tahap Sederhana
• Nama: Nur Athirah Bt Mohamad. • Umur: 12 tahun. • Tahap: Boleh berkomunikasi dengan rakan dan guru pada tahap sederhana.
Pelajar Autisme Tahap Teruk
• Nama: Khusyairi Bin Mohd Saad. • Umur: 10 tahun. • Tahap: Interaksi dengan rakan dan guru sangat rendah.
PERBINCANGAN Autisme ialah satu keadaan yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu sepanjang hayatnya. Keadaan ini menghalang kanak-kanak itu dari memiliki pengetahuan tentang apa yang dilihat, didengar ataupun yang melibatkan deria-deria lain. Ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme perlu menghantar anak mereka ke sekolah khas semasa anak masih kecil lagi.
KESIMPULAN Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dikenalpasti dan keistimewaan yang ada pada kanak-kanak Autisme. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Pendidikan Khas memerlukan latihan yang mendalam untuk bertindak profsional bagi menangani permasalahan kanak-kanak Autisme dan penerimaan ibu bapa mereka.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.