Assment Master-teori Motivasi

  • Uploaded by: Nor Anisa Musa
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assment Master-teori Motivasi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,150
  • Pages: 4
alternatif LANGKAH PENYELESAIAN

Setelah kaunselor berjaya mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada pelajar, kaunselor berusaha mendekati pelajar dengan berusaha untuk mencari titik persamaan sesama mereka. Kaunselor meyakinkan pelajar , bahawa setiap orang yang berada di sekeliling pelajar adalah aset berharga yang membantu dirinya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Justeru itu, kaunselor menekankan ke dalam diri pelajar bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaian dan setiap penyakit itu ada ubatnya selagi pelajar mahu berusaha untuk mengubah diri ke arah kebaikan sebagaimana janji Allah SWT didalam al-Quran yang bermaksud:" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya"…… Berdasarkan pandangan ahli psikologi terkenal Carl Rogers, kaunselor seterusnya meyakinkan kepada pelajar bahawa setiap insan itu dilihat sebagai manusia yang baik dan mulia. Menurut Howard Gardner (1943), setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Justeru kaunselor menekankan bahawa sudah menjadi tugasnya untuk berusaha bersama-sama membantu pelajar menyelesaikan masalahnnya kerana tidak ada seorang pun dalam dunia ini yang dilahirkan untuk sengaja suka-suka mencari masalah. Langkah seterusnya, kaunselor meminta pelajar menyenaraikan sifat positif dan negatif yang ada pada dirinya di samping menuliskan lima sebab kenapa dia bertindak ganas terhadap rakannya. Setelah beberapa ketika, pihak kaunselor meminta pelajar membaca secara kuat apa yang telah ditulisnya sebentar tadi. Pihak kaunselor mendapati bahawa pelajar masih mempunyai sifat- sifat positif yang perlu diketengahkan bagi menghapus sikap negatif pelajar. Setelah beberapa ketika pihak kaunselor meminta pelajar meluahkan apakah dia merasa tenang dan bahagia setelah dia memukul pelajar terbabit? Apakah pelajar masih mahu meneruskan perlakuan memukul rakan lain bagi memuaskan hatinya? Untuk kesekian kalinya, dengan nada lembut dan tenang , kaunselor memberitahu kepada pelajar bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiaannnya. Kaunselor meminta pelajar menilai semula dan berfikir dengan meletakkan diri pelajar ke dalam keadaan rakan yang dibuli dan memikirkan kesan akibat perbuatan itu. Kaunselor menegaskan bahawa pelajar masih beruntung kerana

masih mempunyai ibu yang menyayangi dirinya serta sanggup menyediakan apa saja yang diminta oleh anaknya. Kaunselor berusaha untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang ke dalam diri pelajar dengan menegaskan bahawa, pasti ibunya merasa terkejut dan sedih dengan perlakuan anaknya. Menurut Abraham Maslow, dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita memang perlukan kasih sayang daripada orang lain , kerana tanpa kasih sayang kita akan tinggal berseorangan dan terasing. Justeru itu, kaunselor meminta pelajar sendiri membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya adakah dengan cara itu dia akan memperoleh kasih sayang atau sebaliknya? Sebagai seorang pelajar, perkara begini harus dihindari kerana kesannya amat buruk dan boleh menjejaskan proses pembelajaran seterusnya boleh menjerumuskan pelajar ke arah permasalahan social yang lebih serius. Kesan terhadap tingkah laku buli ini dapat membawa kepada tahap yang lebih memudaratkan .Manakala mangsa buli lazimnya tidak dapat menumpukan perhatian mereka terhadap kerja dan tugasan di sekolah. Mangsa buli juga mengalami tekanan yang hebat (Azizi et.,al 2008) Sesungguhnya masalah disiplin seperti buli berpunca daripada kurangnya penerapan nilai murni dalam diri seseorang. Nilai murni seperti menghormati ibu bapa, menghormati guru, bertolak ansur dengan rakan dan sentiasa bersifat peramah adalah di antara nilai diri yang mampu mewujudkan keharmonian, perpaduan serta mampu membina negara bangsa yang dinamis yang menjadi aspirasi negara sepertimana tercatat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Amalan dan tindakan yang positif harus dikekalkan dan diteruskan sebagai pegangan dalam kehidupan. Kaunselor menyarankan beberapa langkah agar pelajar dapat menumpu perhatian kearah melakukan kegiatan yang sihat dan positif antaranya dengan mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah seperti melibatkan diri dalam sukan, kelab dan persatuan serta aktiviti-aktiviti sukarela dirumah anak yatim mahupun di rumah orang-orang tua dan sebagainya. Selain itu, kaunselor menegaskan kepada pelajar agar lebih mendekatkan diri kepada Allah kerana dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang. Pelajar disarankan untuk memperbanyakkan istighfar, selawat, solat taubat serta berdoa agar dilembutkan hati dan diberi hidayah oleh Allah SWT seterusnya dapat menghindar perlakuan –perlakuan yang berunsur negatif.

Perasaan marah, dendam, bersifat kurang ajar, sombong, mementingkan diri sendiri, kurang didikan agama serta tidak bersifat toleransi adalah antara punca yang boleh mencetuskan pertengkaran sesama rakan yang mungkin berakhir dengan peristiwa yang tragis dan menyebabkan seseorang pelajar itu sentiasa resah dan tidak tenang. Sehubungan itu, pelajar disarankan agar sentiasa berusaha untuk berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain kerana hanya dengan memaafkan kesalahan orang lain, barulah hati menjadi tenang. Sekiranya kita memandang persekitaran dengan kasih sayang maka kita akan dikelilingi oleh orang yang menyayangi kita, sebaliknya jika kita membenci orang, maka orang sekeliling kita akan turut membenci kita. Kejayaan seseorang pelajar dalam mengubah sikap buruk yang ada dalam dirinya, 90% ditentukan oleh sikapnya sebagaimana kata perumpamaan berikut, ' hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih'. Pelajar hendaklah mempunyai azam dan semangat yang kuat serta bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang paling teruk. Apabila pelajar berusaha untuk mengubah diri, pelajar akan berhadapan dengan risiko seperti perasaan mula menyesali diri kerana kehilangan kawan-kawan, menjadi tidak ceria dan keseorangan (Twemlow et al., 2001). Sehubungan itu, persediaan minda dan perasaan yang positif amat penting. Minda yang negatif perlu diubah kepada positif sebagai contoh; sekiranya pelajar tidak melakukan perlakuan buli ; pelajar akan menjadi lebih dihormati, mempunyai ramai kawan, dilihat sebagai lebih stabil dan berdikari (Twemlow et al., 2001). Masalah yang kelihatannya sungguh sukar, sebenarnya boleh diselesaikan atau dipecahkan sendiri oleh pelajar. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Pelajar hendaklah mengambil iktibar daripada pengalaman lepas dan berusaha menilai semula segala kejadian yang menyebabkan permasalahan sebagaimana menurut pendapat Carl Rogers, mengenai ciri kualiti kehidupan eksistensi iaitu hidup pada masa dan saat ini, dari hidup di masa lampau yang telah lama ditinggalkan atau di masa hadapan yang akan dilalui. Ini tidaklah pula bermakna kita harus melupakan kisah lampau dan tidak mempelajari apa-apa darinya. Ia juga tidak bermakna kita harus menghabiskan masa kita berangan-angan tentang apa yang mahu kita lakukan di masa hadapan. Langkah seterusnya, pelajar hendaklah mempunyai peribadi mulia dengan dengan bertekad untuk tidak melakukan perlakuan buli lagi. Jika kita seorang pelajar setiap tingkah laku kita haruslah bercirikan seorang pelajar sama ada di sekolah, di

rumah atau di mana-mana sahaja. Peribadi yang mulia dapat mengelakkan daripada tercetusnya masalah-masalah yang boleh menganggu ketenteraman fikiran. Fikiran yang tenteram membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang lebih sempurna Dalam semua urusan kita harus berbangga dengan diri kita. Allah telah berfirman dalam suruh Al-Baqarah yang bermaksud …. Kamu dilahirkan sebagai umat yang terbaik…. Berpandukan maksud ayat ini maka kita sebagai insan harus berbangga pada diri sendiri serta bersyukur kerana kita telah dilahirkan dan dapat menaikmati kehidupan di dunia ini serta berjaya mengharungi zaman-zaman yang lampau hinggalah ke hari ini. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, maka wajarlah kita menghormati diri kita sendiri dengan melakukan perkara-perkara yang boleh memberi faedah kepada diri ,keluarga, agama serta Negara kita. RUJUKAN Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 1&2) Sekolah Rendah, Petaling Jaya : Kumpulan Budiman Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusuf Boon & Zurhana Muhamad (2008). Tip Menangani Buli di Sekolah, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0109&pub=DuniaPendidikan&sec= Kaunseling&pg=ka_01.htm http://www.educ.upm.edu.my/~othman/modul3&4.htm http://kolejkamunting.multiply.com/journal

Related Documents

Motivasi
May 2020 41
Motivasi
May 2020 38
Motivasi
June 2020 34
Motivasi
June 2020 17
Motivasi
May 2020 18

More Documents from ""