Assingment_10_berkumpulan_buat_perbandin - Copy.docx

  • Uploaded by: Cikgu Eah
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assingment_10_berkumpulan_buat_perbandin - Copy.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,097
  • Pages: 5
ASSINGMENT 10 (BERKUMPULAN) BUAT PERBANDINGAN DALAM ASPEK PENGAJARAN DALAM FALSAFAH BARAT TRADISIONAL DAN MODEN

PENGENALAN Falsafah pendidikan adalah cara pemikiran yang analitis yang digunakan untuk menjelaskan konsep-konsep asas dalam pendidikan. Falsafah pendidikan barat boleh dibahagikan

kepada

dua

iaitu

perennialisme,

essensialisme,

progresivisme

dan

rekonstruksionisme. Dalam falsafah pendidikan barat ini pula, boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu falsafah pendidikan barat yang bersifat tradisional iaitu perennialisme dan essensialisme, manakala falsafah pendidikan barat yang dikategorikan moden pula ialah progresivisme dan rekonstruksionisme.

Terdapat banyak perbezaan antara kedua-dua

aliran falafah barat tradisional dan moden ini terutamanya dari aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.

PENGAJARAN JADUAL WAKTU YANG TETAP, MASA YANG SERAGAM vs PENGAJARAN JADUAL WAKTU ANJAL , MASA YANG FLEKSIBEL

Aliran falsafah pendidikan barat tradisional berbeza dengan moden dapat dilihat daripada aspek pengajaran dengan penggunaan jadual waktu yang tetap dan masa belajar yang seragam dalam falsafah tradisional juga berbeza dengan falsafah moden yang menggunakan jadual waktu yang anjal dan boleh diubahsuai masa belajar. Apakah jadual waktu dalam konteks sistem persekolahan? Menurut Omardin Ashari (1996), jadual waktu adalah suatu pemberitahuan kepada semua pihak yang berkenaan akan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Jadual waktu boleh menyatakan waktu pelajar dan mengajar bagi setiap mata pelajaran pada setiap minggu. Jadual waktu juga merupakan agihan masa bertugas yang diselaraskan kepada guru-guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aliran falsafah pendidikan barat tradisional mengapplikasikan penggubalan jadual waktu yang tetap dan masa belajar yang seragam digunakan bagi semua mata pelajaran. Sebagai contohnya, masa pembelajaran yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran Sejarah ialah tiga waktu seminggu dengan masa 40 minit bagi setiap satu waktu pengajaran dan 1

pembelajaran. Dalam jangkamasa pengajaran yang telah ditetapkan selama 40 minit tersebut, perkara yang paling penting untuk disampaikan di dalam kelas ialah isi kandungan pelajaran dan kebenaran universal yang bersifat mutlak. Justeru itu, seorang guru akan dianggap sebagai seorang yang pakar dan berautoriti untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran Sejarah dan pelajar hanya menerima ilmu sebanyak mungkin. Aliran dalam falsafah tradisional ini mempunyai matlamat unggul untuk menjadikan pelajar adalah seorang yang benar-benar mahir isi kandungan sejarah dan seterusnya menjadi seorang sejarawan yang terbaik.

Berbeza dengan aliran falsafah moden, penggunaan jadual waktu anjal yang juga boleh diubahsuai masa belajar. Jadual waktu anjal di sini bermaksud penggubalan jadual waktu yang fleksibel dengan 2-3 waktu bersambungan bagi setiap mata pelajaran. Menurut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), agihan waktu anjal perlu seimbang dengan 4-6 waktu (160-240 minit) sehari bagi sekolah menengah dan 5-8 waktu( 150-240 minit) sehari bagi sekolah rendah.

Ini bermakna seseorang guru tidak tertakluk penetapan

masa 40 minit bagi slot pengajaran yang sering diamalkan, namun guru boleh menetapkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk mengajar sesuatu topik sehingga semua pelajar memahami dengan jelas konsep yang diajar.

Contohnya ada sesetengah sekolah

menyelaraskan masa belajar mata pelajaran Sejarah dibuat dalam masa 120 minit serentak bagi semua kelas pada waktu atau penggal tertentu.

Selain itu, masa pengajaran boleh disesuaikan dan diselaraskan mengikut pelbagai program yang dirancang. Ini bermakna, apabila seorang guru Sejarah mengajar topik Bab Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara, maka dia boleh menggunakan kelebihan jadual waktu anjal untuk menjelaskan konsep dan perkembangan nasiolisme bagi semua negara-negara di Asia Tenggara dengan jelas dan sistematik. Pelaksanaan

jadual

waktu

anjal

yang

mengunakan kaedah

induktif

akan

lebih

menggalakkan pelajar berdikari dan seronok mengikuti kelas. Selain itu, contohnya dengan pembelajaran berkumpulan atau koperatif akan menggalakkan sesi pembelajaran yang menarik. Di samping itu, kumpulan pengajaran dan pembelajaran yang kecil dan individu yang berfokus membolehkan program lebih efisien dan efektif bagi menyampaikan isi pembelajaran dan proses menyelesaikan masalah.

2

PENGAJARAN DENGAN KUMPULAN PELAJAR YANG HOMOGENES DAN PROGRAM KHAS vs DENGAN KUMPULAN PELAJAR HETEROGENES DAN PROGRAM BERBEZA Aliran falsafah pendidikan barat tradisional juga menekankan kumpulan ‘homogenes’ yang menghalakan pelajar kepada program khas yang dirancang untuk sekumpulan murid yang besar. Menurut Kamus Dewan (2010), homogenes terdiri daripada bahagian-bahagian atau unsur-unsur yang sama jenisnya. Oleh itu, bolehkan kita katakan dalam aspek pengajaran, kumpulan homogenes terdiri daripada 2-5 individu pelajar yang disatukan membentuk satu kumpulan dengan latarbelakang, kebolehan, pencapaian, minat, ras dan jantina yang sama. Mereka dikumpulkan untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Manakala, heterogenes pula bermaksud berbagai-bagai atau kepelbagaian. Ini bermakna kumpulan heterogenes terdiri daripada pelajar-pelajar yang mempunyai latarbelakang, kebolehan, pencapaian, minat, ras dan jantina yang berlainan dan berbezan antara satu sama lain. Ia mewujudkan kepelbagaian unsur dalam satu kumpulan dalam sesuatu proses pengajaran.

Kumpulan homogenes selalunya telah dihalakan dengan program yang sama dan seragam bagi semua ahli dalam kumpulan. Contohnya, dalam pengajaran Sejarah guru akan memberikan tugasan atau nota yang seragam bagi semua ahli dalam kumpulan tersebut. Ini memudahkan guru mengendalikan pengajaran kerana semua pelajar mempunyai aras kebolehan yang sama. Pelajar-pelajar dalam kumpulan akan bekerjasama mencapai matlamat mereka yang satu. Kumpulan yang homogenes juga membolehkan guru membimbing pelajar mengikut kebolehan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan dan pengayaan mengikut keperluan masing-masing. Kumpulan homogenes dikumpulkan dengan aras kebolehan masing-masing mengikut kumpulan murid cemerlang, sedarhana dan potensi bagi mengikuti programprogram pengajaran yang bersesuaian. Contohnya, dalam sistem pendidikan di Malaysia sekarang, murid-murid akan diasingkan mengikut aras kebolehan masing-masing berdasarkan ‘streaming class’ yang kebiasaanya di buat berdasarkan keputusan Penilaian Akhir Tahun. Ada juga sebahagian sekolah yang akan membuat penilaian semula berdasarkan keputusan Penilaian Pertengahan Tahun berikutnya.

Murid-murid yang

mempunyai aras kebolehan yang sama diletakkan di dalam kelas yang sama bagi memudahkan pengajaran guru.

3

Ini berbeza dengan aliran falsafah pendidikan barat moden yang menitikberatkan kumpulan ‘heterogenous’ yang setiap kumpulan pelajar yang kecil ini boleh disalurkan untuk program-program pengajaran yang berbeza. Namun, ada juga program yang dirancang oleh panitia-panitia, contohnya Program Mentor-mentee atau Guru Muda, di mana murid-murid dari kategori cemerlang diberi peluang membantu murid-murid kategori sedarhana dan potensi. Pengajaran seperti ini, bukan sahaja dapat memantapkan isi pelajaran murid-murid tersebut bahkan juga dapat membina keyakinan diri dan motivasi dalaman kepada mereka. Menurut Nor Hasliza Mohamed (2012), kumpulan heterogenes memberi peluang mengamalkan

pengajaran

rakan

sebaya,

memupuk

semangat

kerjasama

dan

bertimbangrasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran sosial. Ini kerana dalam kumpulan heterogenes, pelajar-pelajar yang berkebolehan dan mempunyai aras pencapaian yang tinggi boleh membantu kawan-kawan yang agak lemah tahap kebolehan mereka. Keadaan ini akan melahirkan semangat kerjasama, keyakinan dan kemahiran sosial.

4

Rujukan

Abdul Rahman Md. Arof dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Sekolah.. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd

Nor Hasliza Mohamed (2012). Penglibatan Pelajar Dalam Pembelajaran Koperatif di Sekolah Menengah Vokasional. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Ornstein, A. C & Hunkins, F. P. (2004). Curriculum : Foundation, Principles and Issues. MA: Allyn & Bacon Schiro, M.S (2008). Curriculum Theory : Conflicting Vissions and Endiring Concerns. CA : Sage Publications Inc

5

More Documents from "Cikgu Eah"