Assignment Puan Rokaiyah.docx

  • Uploaded by: Doreen Ting
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Puan Rokaiyah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,603
  • Pages: 11
Hasil Tugasan Syarahan Pulau Tioman Pulau Pangkor, Tak lupa juga Tasik Pedu, Indah permai aman dan makmur, Itulah Malaysia negaraku.

Terima kasih kepada pengerusi majlis. Selamat pagi dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Berhormat Tan Sri Philip Ghani ak Jeremy, Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak, Yang dihormati Encik Syafiee bin Rushdi, Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan, Yang berusaha Encik Alexander anak Louis, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak, Yang Berbahagia Pengerusi PIBG, Encik Siva Muthu, penolong-penolong kanan, guru-guru, ibu bapa dan para pelajar dan hadirin sekalian.

Peribahasa melayu ada mengatakan, ‘ hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’. Jadi, apakah yang dimaksudkan oleh peribahasa tersebut? Berdirinya saya di sini bukan untuk mengupas makna peribahasa ini tetapi untuk menerangkan bagaimana peribahasa ini boleh menjadi pedoman kepada setiap orang yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup. Saya Doreen Ting Jia Chzin akan membawa anda bersama ke intipati syarahan saya dengan tajuknya, Usaha Gigih Nadi Kecemerlangan.

Hadirin sekalian, Apakah yang dimaksudkan dengan kecemerlangan? Menerusi Kamus Dewan Edisi Keempat,kecemerlangan bermaksud kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu matlamat atau kejayaan dengan cemerlang, Kecemerlangan bukanlah terhad

kepada persepsi yang digambarkan ini, sebaliknya kecemerlangan ataupun kejayaan ialah keupayaan bergerak dari satu kegagalan atau kekecewaan tanpa hilang keinginan untuk berusaha dan meraih kejayaan.

Para hadirin yang dihormati sekalian, Berderap seriring berjalan pulang, Mawar disisip hiasan si dara, Remaja kini berperibadi cemerlang, Menjadi tunjang aspirasi negara. Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar cemerlang dapat menyumbang kebaikan dan memberi manfaat kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan negara. Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, menerbitkan satu persoalan yang sering menjadi buah mulut masyarakat pada dewasa ini dari warung hinggalah ke peringkat parlimen, iaitu apakah, dan bagaimanakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang sebenarnya? Adakah dengan mendapat semua A bagi setiap subjek dalam setiap peperiksaan sudah cukup untuk membuktikan bahawa seorang pelajar itu benar-benar pelajar cemerlang ataupun sebaliknya? Apakah hanya berdasarkan pandangan kepada kecemerlangan daripada sudut akademik sudah cukup bagi membuktikan pelajar tersebut pelajar yang cemerlang? Saya sorongkan persoalan ini kepada hadirin dan hadirat semua. Kita sama-sama cakna minda kita tentang hal ini, apakah ia benar atau tidak pernyataan itu berkaitan dengan kecemerlangan seseorang pelajar?

Mantan Presiden Indonesia, Soekarno pernah berkata, “ JIka aku diberi 100 orang tua, aku mampu menggegar gunung tetapi jika aku diberi sepuluh orang muda, aku mampu menggoncang dunia.” Kata-kata beliau jelas membuktikan bahawa remaja yang merupakan insan kerdil ciptaan Tuhan mampu melakukan anjakan paradigma terhadap masyarakat, negara dan dunia. Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini

mengimpikan kejayaan dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Kejayaan yang dicapai akan membawa kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan kita. Kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 yang berjaya memperoleh 20A walaupun beliau merupakan seorang anak tukang sapu dan nelayan bukanlah satu perkara yang mustahil. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi pelajar yang cemerlang, bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah cara-cara yang sewajarnya dipraktikkan oleh seorang pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai lapangan? Tepuk dada, tanya selera.

Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan berkualiti. Mengikut Omardin Ashaari (1996) kecemerlangan akademik didefinisikan sebagai segala aktiviti yang dilakukan bagi menentukan kejayaan, langkah-langkah dan aktiviti yang diambil untuk membentuk, menyebar, menilai dan memperbaharui akademik supaya semua matlamat yang telah ditentukan itu akan tercapai pada maksimumnya. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku dan melayari internet untuk mencari bahan bacaan. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu, kita perlulah belajar bersungguhsungguh untuk cermelang dalam bidang akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana kejayaan dalam bidang kurikulum merupakan satu platform yang signifikan untuk menjejakkan kaki di menara gading dan sekali gus merealisasikan cita-cita kita. Kita perlulah mengulang kaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu kerana usaha itu tangga kejayaan. Selain itu, pelajar tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa.” Tegasnya, kecemerlangan seseorang pelajar dapat dicapai melalui kesungguhannya dalam bidang kurikulum.

Selain itu, sebagai pelajar, kita haruslah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kita bukan sahaja hanya mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul, tetapi juga harus menampilkannya dalam kehidupan kita. Sudah tentu percakapan kita akan dihiasi dengan sopan santun bagaikan butir-butir mutiara yang berharga.Pelajar yang bertingkah laku positif akan sentiasa memastikan dirinya tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif yang akhirnya akan menjejaskan pelajarannya. Oleh itu, mereka akan sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama dan tidak akan sekali-kali melanggar peraturan sekolah seperti ponteng sekolah dan terlibat dalam kes buli. Rentetan daripada itu, maruah pelajar tidak akan tercemar dan akan sentiasa dihormati oleh orang lain. Terdapat satu ungkapan iaitu, disiplin asas kejayaan. Pelajar cemerlang juga sinonim dengan amalan disiplin yang tinggi. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kira semasa bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang haruslah mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.

Di samping itu, pelajar yang cemerlang akan berpegang teguh pada tali agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Kepercayaan dan kepatuhan kepada suruhanNya sepatutnya menjadi perkara utama dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang sentiasa berusaha melaksanakan suruhan Tuhan dan menjauhi larangannya. Malah pegangan agama yang kukuh menjadi penyuluh dan petunjuk jalan dalam kehidupan pelajar supaya sentiasa berada dalam jalan kebenaran. Pelajar yang cemerlang sentiasa menginginkan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Pelajar yang

cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” [ Riwayat Al Bazzar]

Berdasarkan hadis tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah telah menetapkan agar kita umatnya, dalam agenda menuntut ilmu harus mempunyai wawasan hidup dan menetapkan maklumat dengan jelas. Tambahan pula, pelajar cemerlang juga haruslah mempunyai wawasan hidup. Hal ini demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah (2005) menyatakan bahawa apabila kita menulis matlamat kita pada sekeping kertas atau pada dinding, ia akan memandu pemikiran di bawah sedar kita untuk mencapai matlamat tersebut. Kajian yang dijalankan ke atas orang-orang yang Berjaya

menjelaskan bahawa kebiasaannya mereka menulis dengan jelas matlamat mereka, bukan sahaja di minda kita malah di semua tempat yang mereka boleh lihat setiap hari.Pelajar yang mempunyai wawasan juga tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah putus asa malahan menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang. Indah sungguh si burung bayan, Indah lagi merak kayangan, Alangkah bertuah hai tuannya badan, Fizikal sihat, nama pun dijulang.

Seterusnya, pelajar cemerlang juga haruslah mempunyai kekuatan fizikal dan mental. Kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Pelajar yang cemerlang dan berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf 21 yang penuh dengan kompetitif, kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental,

kita patut

mengamalkan pemakanan

bersukan,

seimbang,menjaga kebersihan,

bersenam,

beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai gejala sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, dan menghisap dadah. Seperti peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Segala-galanya tidak lagi membawa makna jika kita tidak mempunyai kesihatan. Rakyat sihat, negara maju. Pelajar yang sihat dan kuat baru dapat cemerlang dalam pendidikan dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara kerana pelajar adalah asset negara yang tidak dapat dinilai.

Pulau Pangkor pantainya indah, Tempat mandi segenap lapisan; Aktiviti kokurikulum membina sahsiah, Sahsiah terpuji membentuk insan.

Seterusnya, pelajar cemerlang hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilnya, para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Kelab Catur dan Pandu Puteri. Dalam konteks ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang

cergas.

Terdapat

satu

ungkapan

yang

berkata,

otak

cerdas,

badan

cergas. Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang dan seimabng.

Sementelahan pula, kita haruslah berkreatif dan berinovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecap kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, pelajar juga harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan mat jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Oleh itu, pelajar cemerlang haruslah bersifat kreatif dan inovatif supaya Wawasan 2020 dapat dicapai pada masa yang akan datang.

“ Masa itu emas”. Pernahkah anda mendengar ungkapan? Adakah anda faham erti di sebalik ungkapan ini? Masa adalah sangatlah penting untuk semua makhluk manusia. Orang-orang

yang kerugian sering mengamalkan budaya yang negative seperti

berbual-bual kosong dan membuat kerja pada saat yang terakhir. Teo Aik Cher (2001) memberi

pandangan

bahawa

masa

adalah

kawan

baik

kita

apabila

kita

menggunakannya dengan baik manakala ia akan menjadi musuh kita sekiranya kita tidak memanfaatkan masa yang ada.Oleh itu pelajar haruslah menyedari bahawa masa itu emas dan tidak mensia-siakan masa yang kita miliki begitu sahaja ibarat membiarkan air yang mengalir begitu sahaja. Pelajar haruslah sentiasa mengisi masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Di dalam al-Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya. Salah satu ayat al-Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah surah Al- Asr 1-3 yang membawa maksud seperti berikut :

“ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.”

Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Oleh itu, pelajar yang cemerlang haruslah menyedari bahawa masa itu emas.

Intihanya, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.” Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita harus terlepas daripada belenggu angkara sosial. Remajalah bunga bangsa dan kelopak-kelopak kuntum yang bakal memekar dan melakar pelangi indah pada masa hadapan. Jangan biarkan mereka hanyut dilambung ombak dan gelombang globalisasi. Jika remaja rebah tersungkur, pimpinlah mereka untuk berdiri tegak dan teguh sebelum nasi menjadi bubur. Sesungguhnya, tiada formula atau keramat untuk mendaki tangga menuju kejayaan tanpa usaha gigih kita sendiri. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya berada awang-awangan dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya menjurus ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang. Sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat beberapa cara yang perlu dipraktikkan oleh seseorang pelajar yang ingin mengecapi kecemerlangan. Ingatlah kata orang tua-tua bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh itu, setiap pelajar yang menginginkan kejayaan perlulah mengatur langkah yang efektif dan pragmatik serta tidak mengamalkan sikap bertangguh kerana bertangguh itu pencuri masa. Ibu bapa juga perlulah sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak mereka untuk berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga kejayaan para pelajar di negara kita ini dapat melahirkan generasi muda berminda kelas pertama yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk bersaing dengan negara lain di pentas global.

Hadirin-hadirat sekalian, Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan. Saya mengakhiri syarahan saya ini dengan dua rangkap pantun;

Alang-alang menyeluk pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan; Alang-alang bahasa dijulang, Biar kekal sepanjang zaman.

Teruja kenari di tepi pulasan, Pegun nak dara gemersik suara, Remaja kini tinggi wawasan, Tonggak kejayaan aspirasi negara.

Sekian Terima Kasih.

Related Documents


More Documents from "Samsul hadi"

Ako 1206 Ka.pdf
October 2019 26
April 2020 8
Design Info.pdf
June 2020 3