Assignment Pin

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Assignment Pin as PDF for free.

More details

  • Words: 1,837
  • Pages: 7
Pelan Integriti Malaysia (PIN) ialah sebuah pelan integriti yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan Negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. PIN digubal dengan mengambil kira keseluruhan pandangan dan cadangan yang disampaikan melalui satu siri seminar kebangsaan yang berlangsung selama kira-kira dua bulan, yang melibatkan para peserta daripada hampir kesemua sektor masyarakat dan Negara Malaysia. Justeru itu, PIN mencerminkan hasrat bersama para pemimpin dan rakyat bersama kita. Melalui pendekatan PIN ini, masyarakat Malaysia akan lebih bijak menilai akan suatu had yang akan menjadi batasan kepada mereka dalam menghadapi dunia yang semakin maju.

Gerakan pemantapan integriti memberi tumpuan kepada peningkatan integriti daripada akar umbi hingga ke peringkat atas. Kesemua komponen dan sektor berikut dilibatkan, terutamanya institusi keluarga yang sentiasa menjadi tunjang kepada keutuhan masyarakat itu sendiri, komuniti juga adalah komponen yang diambil kira dan seterusnya masyarakat sivil yang di dalamnya terdiri daripada pelbagai golongan dan badan bukan kerajaan. Komponen ini semua membawa kepada sektor agama, sosiobudaya termasuk pendidikan, kesihatan, sukan dan rekreasi, media massa, seni, sastera dan warisan, ekonomi, politik juga merangkumi system pentadbiran Negara ataupun dalam sesebuah organisasi. Dengan perlaksanaan PIN ini, gerakan ini benar-benar bersifat menyeluruh dengan meliputi semua lapisan dan sektor Negara dan masyarakat. PIN ini juga lebih memberi panduan yang jelas kepada semua golongan agar integrity menjadi semakin mantap dan dapat dijalankan dengan berkesan sehingga member impak kepada setiap masyarakat yang menghuni di Malaysia dan kenal akan perlaksanaan PIN. Oleh sebab pendekatan ini melibatkan penjalinan kekuatan pelbagai institusi dari bawah serta penggemblengan keseluruhannya dengan pihak atasan dengan tujuan untuk meningkatkan integriti, maka ia mempunyai dinamisme dan keampuhannya yang tersendiri.

Pelancaran PIN dan penubuhan Institut Integriti Malaysia akan menjadi pendorong terbesar kearah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini akan membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju mengikut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

PIN ialah satu pelan jangka masa panjang yang menyeluruh, lahir daripada aspirasi masyarakat dan kepimpinan Negara Malaysia. Objektif umum PIN ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur iaitu Cabaran Keempat Wawasan 2020. PIN telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004 di Putrajaya iaitu di Putrajaya International Convention Centre.

Serentak dengan pelancaran PIN, kerajaan juga telah menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai agensi penyelaras dan pemantau perlaksanaan PIN. Pelancaran PIN dan penubuhan IIM merupakan pendorong utama kearah usaha dan pencapaian agenda integriti Negara. Usaha ini akan menjadika Malaysia sekaligus membolehkan secara teratur melangkah ke hadapan untuk mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri serta

menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selaras dengan

tuntutan sosial yang diminta oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. IIM dilihat sebagai salah satu jalan singkat yang diambil oleh kerajaan bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang berintegriti agar setiap rakyat sedar akan tanggungjawab masing-masing. Pencapaian agenda juga dilihat semakin jelas dan mampu untuk diluaskan pada masyarakat menerusi pendekatan yang digunakan melalui IIM.

Integriti bolehlah didefinisikan secara ringkasnya sebagai peribadi mulia yang terdapat pada diri individu meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan banyak lagi cirri-ciri positif yang lain. Oleh itu, seseorang itu dikatakan berintegriti ialah apabila diaberakhlak mulia dan mengamalkan nilainilai murni seperti berikut tadi.

PIN juga dilihat sebagai salah satu perancangan untuk menambahbaikan sistem pengurusan berkualiti. Dari sudut governans dan organisasi , banyak perancangan PIN yang mampu meningkatkan kecekapan governans dan mengurangkan wujudnya patron klien dalam sesebuah organisasi.

Banyak kebaikan dan kelebihan yang ditonjolkan oleh PIN samada melalui agendanya ataupun perlaksanaannya. PIN juga turut menetapkan lima sasaran keutamaan yang perlu dicapai selaras dengan TEKAD 2008. PIN melancarkan agendanya dan menetapakan sasaran spesifik

bagi menambahbaikan system pengurusan berkualiti samada diperingkat

pemerintahan dan pentadbiran negara ataupun di peringkat organisasi agar sesuatu sistem pengurusan itu dikatakan berkesan serta mampu untuk bertindak lebih cekap lagi dalam melaksanakan urusannya.

Kebaikan PIN dalam menambahbaikan sistem pengurusan berkualiti ialah mampu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. Selaras dengan kehendak masyarakat berintegriti, gejala rasuah , penyelewengan dan salah guna kuasa ialah gejala negative yang boleh menjejaskan imej Negara serta boleh member impak negative kepada pentadbiran Negara. Rasuah juga boleh menyebabkan pengabaian spesifikasi pembinaan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna. Dalam masa yang sama, rasuah dan penyalahgunaan kuasa boleh menyebabkan ketidakadilan kepada semua pihak yang berkepentingan. Melalui perlaksanaan PIN, kurangnya penerimaan rasuah dan gejala rasuah dalam sesebuah organisasi mampu mencerminkan imej yang baik bagi sesebuah organisasi serta tidak wujud ketidakadilan dalam melahirkan sebuah organisasi yang cekap serta telus dalam menjalankan operasinya.

Melalui PIN juga penyelewengan dalam sebuah organisasi dapat dielakkan. Sekiranya begitu bermakna organisasi dan sistem pengurusannya akan semakin telus dan berakauntabiliti dalam menangani sistem pengurusan syarikat berkenaan. Bila sesebuah organisasi itu bergerak tanpa wujudnya rasuah dan penyelewengan, maka sistem pengurusan akan menjadi lebih berkualiti kerana ia bersikap lebih telus tanpa mementingkan kroni dan kepentingan pihak-pihak tertentu. Sistem pengurusan juga akan menjadi lebih berkualiti

kerana ia lebih telus dalm melaksanakan pengurusannya agar tidak wujuda penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di peringkat atasan .

Perlaksanaan PIN

mampu meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian

perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi. Berdasarkan kepada matlamat dan iltizam bahawa pelanggan sentiasa perlu menerima perkhidmatan yang terbaik, maka Perkhidmatan Awam Malaysia perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan tahap kecekapan mereka. Kecekapan yang dimaksudkan ialah aspek layanan mesra, tempoh masa yang diambil untuk memberikan perkhidmatan dan kecekapan penggunaan sumber. Oleh itu, usaha ini bukan sahaja memerlukan pengukuhan sistem dan prosedur tetapi juga peningkatan kualiti modal insan. Perlaksanaan ini mampu memberikan dan meningkatkan sistem pengurusan berkualiti dan menambahkan kecekapan dalam sistem pentadbiran organisasi agar tidak istilah cerewet dan penuh dengan kerenah birokrasi dalam melayani pelanggan. Sistem pengurusan berkualiti boleh ditingkatkan dengan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan dengan berkesan agar memberi khidmat yang terbaik kepada pelanggan supaya sesebuah organisasi mampu memberikan imej yang baik kepada masyarakat.

Melalui perlaksanaan PIN, ia bukan sahaja mampu menyediakan sistem pengurusan berkualiti, ia juga mampu meningkatkan tadbir urus korporat dan juga etika perniagaan. Gaya hidup masa kini menuntut lebih banyak perkhidmatan yang disediakan oleh sektor swasta. Ini juga adalah salah satu langkah dalam member lebih banyak ruang kepada sektor swasta dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Sesetengah perkhidmatan yang dulunya disediakan oleh sektor awam kini disediakan oleh pihak-pihak swasta. Kerajaan telah member peluang kepada sektor swasta untuk bernafas dan memulakan tapak yang baik dalam memperkenalkan sistem pengurusan berkualiti kepada masyarakat. Antara perkhidmatan yang telah diswastakan ialah bekalan air, elektrik dan juga telefon juga telah diswastakan. Untuk meningkatkan tadbir urus dalam rencana untuk menambahbaikan sistem pengurusan, sektor swasta adalah sektor yang banyak menjadi pilihan tenaga kerja di Malaysia. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 80% tenaga kerja di Negara ini berada di sektor swasta. Oleh hal yang demikian, maka demi menjaga kepentingan pengguna, perkhidmatan yang

disediakan oleh sektor swasta juga harus ditingkatkan agar rakyat tidak terasa perbezaan yang ketara diantara perkhidmatan awam dan juga perkhidmatan kerajaan.

Pemantapan sistem tadbir urus korporat boleh menjamin kepentingan semua pihak, seperti pemegang saham, pembekal, pemberi pinjaman dan pekerja terpelihara. Sekiranya sistem tadbir urus korporat bergerak dengan berkesan, maka ia sekaligus membolehkan penambahbaikan sistem pengurusan berkualiti. Dengan itu, ia dapat menambah kepercayaan para pelabur asing untuk melabur di dalam negara ataupun dalam sesebuah syarikat anak tempatan. Dengan penambahbaikan ini, maka kepercayaan dari setiap pihak menjadi keutamaan bagi sesebuah organisasi untuk terus memberikan yang terbaik bagi setiap golongan masyarakat.

Etika perniagaan pula akan memastikan supaya pengguna menerima produk dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan nilai matawang yang dibelanjakan serta hak mereka sebagai pengguna terjamin. Selain etika perniagaan yang berdisiplin, pengguna juga akan menjadi lebih yakin supaya mereka berasa lebih selamat untuk terus menjadi pengguna tetap. Sistem pengurusan berkualiti akan semakin dapat ditingkatkan sekiranya etika perniagaan terus diamalkan dan dilaksanakan dalam sesebuah institusi ataupun dalam sebuah organisasi.

Setiap individu mempunyai keluarga masing-masing. Jadi, usaha untuk membentuk masyarakat yang tinggi penghayatan nilai dan etikanya merupakan suatu proses jangka panjang yang perlu dimulakan pada usia muda. Bahkan setiap kebaikan dan kelemahan seseorang individu itu dinaungi oleh sebuah institusi keluarga yang kukuh ataupun yang rapuh. Maka, melalui perlaksanaan PIN institusi keluarga dapat dimantapkan melalui nilainilai yang telah digalakkan. Dengan institusi keluarga yang sentiasa melahirkan nilai-nilai yang positif, maka setiap individu yang terlibat dalam organisasi akan lebih berinovatif, kreatif dan juga lebih berkarismatik. Disini, semangat yang wujud dalam kalangan kakitangan akan lebih memantapkan institusi itu sendiri dan seterusnya menghasilkan sistem pengurusan yang berkualiti untuk dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia. Rumahtangga yang bahagia serta stabil dari segi emosi dan kewangan merupakan faktor utama yang menentukan

kejayaan PIN dalam menghasilkan sistem pengurusan berkesan dalam jangka masa yang panjang.

Dengan peningkatan kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat yang semakin meningkat, setiap organisasi dapat menjalankan operasinya dengan lebih teratur. Sistem pengurusan yang berkesan dapat dicapai melalui ahli-ahli organisasi yang semakin rasional dalam menghasilkan idea melalui gaya hidup yang sihat serta meningkatnya kualiti hidup. Sekiranya matlamat membentuk masyarakat yang berintegriti dapat dilaksanakan maka hasilnya akan dapat dilihat menerusi peningkatan dalam kualiti hidup serta kesejahteraan masyarakat. Sebagai contoh organisasi atau masyarakat yang hidup tanpa rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sesebuah organisasi akan lebih menjalankan sistem pengurusan yang lebih cekap, telus dan lebih berkualiti.

Sekiranya sesebuah organisasi mempunyai sistem pengurusan yang berkualiti maka apa sahaja produk yang dihasilkan samada perkhidmatan atau barangan, ianya akan terus mendapat tempat dikalangan pengguna kerana pengguna akan memperoleh perkhidmatan yang lebih murah kerana setiap sen yang digunakan untuk membayar rasuah merupakan kos tambahan kepada pengguna. Peningkatan kualiti perkhidmatan sektor awam dan swasta membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan yang lebih baik, cekap, pantas dan lebih diyakini.

Pelan Integriti Nasional atau lebih dikenali sebagai PIN ini rasional dalam perlaksanaannya untuk menghasilkan sebuah sistem pengurusan yang berkualiti dan berkesan. Malaysia ingin menjadi sebuah Negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020. Oleh itu, transformasi untuk menjadi masyarakat maju yang menghasilkan sistem pengurusan yang cekap dan cemerlang serta pantas dalam menghadapi perkembangan semasa. Ia bukan sahaja berasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi tetapi juga kemajuan dalam pembangunan social, budaya, intelek dan rohani. Fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Hanya dengan demikian, barulah kejayaan yang dapat dicapai dapat dilestarikan dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara serta ditingkatkan. Dengan cara

itu juga prasarana Dunia Pertama yang sudah pun terdapat di Malaysia tidak disia-siakan atau disalahgunakan, manakala sikap dan mentaliti Dunia Ketiga dapat dikikis.

Perlaksanaan Agenda Integriti Oleh Institusi Pentadbiran membolehkan sesuatu sistem pengurusan yang berkesan dan berkualiti dapat dijalankan. Pada masakini, jentera pentadbiran menghadapi pelbagai cabaran baru. Antara cabaran itu ialah impak globalisasi dan kemajuan teknologi khususnya teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Tutntutan rakyat untuk suatu jentera pentadbiran yang dinamik dan cekap juga semakin meningkat. Kesemua ini menjadikan tugas pentadbiran lebih mencabar.

Selain itu, terdapat masalah pertembungan bidang kuasa antara pihak pentadbiran dengan ahli politik. Akibatnya, pihak pentadbiran merasakan ahli politik mencampuri urusan mereka manakala ahli politik pula menganggap mereka mempunyai hak untuk menyertainya kerana mereka mendapat mandat daripada rakyat. Persoalan ini perlu diteliti dan sebarang konflik antara pihak pentadbiran dengan ahli politik diharmonikan.

Related Documents

Assignment Pin
May 2020 14
Pin
April 2020 24
Pin
October 2019 37
Pin-10598
June 2020 7
Pin Jam
May 2020 7
Pin-10594
June 2020 5