Definisi: Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. 2. 3. 4.
Menyelamatakan nyawa Mengurangkan kesakitan Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu 3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. 4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. 2. 3. 4.
Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik. Memberikan rawatan renjatan dengan segera. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll. Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
5. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] 6. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
7. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] 8. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B] 9. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas Luka/Pendarahan 1. Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 2. Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 3. Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 4. Tenangkan mangsa. 5. Hantar mangsa dengan segera ke hospital. Keracunan Tanda-tanda:
10. maklumat dari mangsa 11. mangsa sakit dengan tiba-tiba 12. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir 13. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.
Rawatan: 1. Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tandatanda sawan. JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 2. Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 3. Segera hubungi hospital 4. Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau Terkejut Tanda-tanda:
14. badan berpeluh 15. pucat 16. rasa nak pengsan 17. resah 18. nafas kerap tapi tipis 19. kadar nadi bertambah tapi lemah
Rawatan 20. Baringkan mangsa 21. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga 22. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' 23. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan 24. Selimutkan jika suhu badan menurun 25. Segera hantar ke hospital Terbakar Klasifikasi terbakar 1. First Degree - dipermukaan kulit sahaja a. Kemerah-merahan atau hilang warna b. bengkak sedikit dan rasa sakit c. cepat sembuh 2.
Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf a. merah b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] c. bengkak yang nyata [beberapa hari] d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.
3.
Third Degree a. kerosakan tisu lebih dalam b. kemusnahan pada lapisan kulit luar c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.
Important!!!! Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital Rawatan 26. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk 27. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih 28. baringkan mangsa 29. jangan gerakkan bahagian yang terbakar 30. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 31. hantar segera ke hospital
Melecur Rawatan 32. sejukkan dengan air sejuk 33. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 34. rawat seperti mangsa terbakar Kejutan Elektrik 35. putuskan hubungan elektrik 36. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti 37. rawat bagi terbakar jika ada Terseliuh [dislocation] Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. Rawatan: RICE 38. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest] 39. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] 40. Balut tempat yang cedera [Compression] 41. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation] 42. Hantar ke hospital Ketegangan Otot Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat. Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. Rawatan: RICE Terkehel Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya. Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang. Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang. Tandatanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. Rawatan: 1. Berikan rawatan renjatan. 2. Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 3. Jangan lakukan banyak pergerakan. 4. Balut dengan padding atau anduh di tempat yang cedera. 5. Hantar segera ke hospital.
Pengenalan Bantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu. Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.
Prinsip-prinsip Pertolongan Cemas Matlamat Pertolongan Cemas menyelamat nyawa mengurangkan atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk
Keutamaan Bila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.
Perhatian Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja. Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika. •
mangsa tidak sedarkan diri
• •
disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman jika memerlukan pembedahan Dapatkan bantuantelefon ambulan – 994
Asfiksia (terhenti pernafasan)
Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca-punca asfiksia. •
• • •
• • • •
Lemas keracunan gas dan asap yang merbahaya tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda-benda asing lain. tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri. disambar petir atau kilat terhimpit dada - runtuhan tanah serangan penyakit termakan racun
Tanda-tanda • • •
pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnya terhenti bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.
Peraturan Am Memulihkan asfiksia: A - Airways (saluran Pernafasan) • terbuka atau tersekat • keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentah daripada mulut jika ada. B - Breathings (pernafasan)
• Boleh bernafas atau tidak • jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera. C - Circulation (peredaran darah) • pastikan adakah denyutan nadi atau tidak • jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) (pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan • • • •
Pemulihan pernafasan mulut ke mulut Pemulihan pernafasan Holgen Nielson Pemulihan pernafasan mulut ke hidung Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiac compression) • Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR
Lemas di dalam air Tindakan untuk menyelamat: • • • •
jaga keselamatan diri usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepada mangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu. anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorang perenang yang baik.
Rawatan • • • • • •
keluarkan air daripada perut atau paru-paru bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalang pernafasan mulakan bantuan pernafasan periksa pernafasan dan denyutan nadi jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermia apabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.
Pendarahan
Keluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh. Jenis-jenis Pendarahan. Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari. Arteri memancut merah terang kapilari menitis merah vena meleleh perlahan merah tua
Tanda-tanda dan gejala-gejala Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan: • • • • • • • •
denyutan nadi bertambah cepat serta lemah kulit sejuk, lembab, pucat dan berpeluh muka dan bibir kelihatan pucat pernafasan cepat, pendek dan tercungap-cungap mangsa berasa pening, pitam dan pengsan mangsa mungkin merasa dahaga berasa resah dan gelisah pendarahan banyak dan mungkin menyebabkan rejatan
Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah •
angkat tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya.
Cara-cara menghentikan pendarahan Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure) •
Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi. Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure)
•
Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang
dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.
Kecederaan Otot, sendi dan ligamen Terseliuh Tanda-tanda dan gejala • • •
• • • • • •
rasa kesakitan pada sendi itu bengkak lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera rawatan letak beg ais pada sendi yang cedera tinggikan bahagian yang tercedera letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa ampu bahagian yang tercedera hantar ke hospital jika keadaan memerlukan Terkehel Tanda-tanda dan gejala
• • • • •
rasa amat kesakitan pada sendi berubah kedudukan sendi berubah rupa bengkak lebam
rawatan • • • •
jangan betulkan tulang yang terkehel anggota yang cedera tidak boleh digerakkan letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa ampu dan hantarkan ke hospital jika perlu.
Kejang Otot (cramp) Sesuatu keadaan yang tidak sengaja datang dengan tiba-tiba dan sakit kerana otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh a. kehilangan air yang berlebihan menyebabkan kekurangan garam dan cecair dalam tubuh b. sejuk kerana berenang Rawatan:
Memanjangkan otot-otot yang kejang tangan - luruskan jari-jari dengan cermat jika kehilangan air yang berlebihan, berikan air yang bercampur dengan sukatan ¼ sudu the garam dengan satu gelas air • •
Gigitan dan Sengatan:
Gigitan ular Tanda-tanda dan gejala • • • •
bengkak dan lebam di bahagian yang digigit rasa kesakitan mangsa sukar bernafas dan bercakap renjatan (shock)
Rawatan • • •
• • • • • •
Untuk menghindarkan terjadinya renjatan, tenangkan mangsa itu. baring dan nasihatkan mangsa agar bertenang jika pernafaan terhenti, mulakan pemulihan pernafasan bersihkan luka gigitan dengan sabun dan air dan keringkan ikat dengan ikatan ‘tourniquet’ atau ikatan yang erat di sebelah atas gigitan longgarkan ikatan selama 30 saat setiap 15 minit balut bekas gigitan dengan pembalut krep dengan ketat letakkan tuap dan balut seperti rawatan patah tulang hantar ke hospital jika perlu
Keselamatan Diri Punca Kemalangan • • •
kelalaian dan kecuaian kurang pengetahuan kepenatan
Keselamatan di air • • • •
mengetahui cara untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan jangan berenang secara bersendirian hanya di kawasan yang dibenarkan sahaja mematuhi arahan dan peraturan yang ada
• • • • •
tahu bagaimana menggunakan alat-alat bantuan menyedari kemampuan diri untuk berenang berenang dalam jarak yang selamat meminta pertolongan apabila benar-benar memerlukan jika dibawa aurs jauh daripada pantai jangan berasa cemas, jangan cuba menentang arus. Berenang selari dengan pantai apabila bebas daripada tarikan arus dan berenang balik ke arah pantai
Peti Pertolongan Cemas: Senarai lengkap alatan dalam peti kecemasan • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
plaster - berbagai saiz dan bentuk dreassing sterill - berbagai siaz kapas kasa sterill serta swab kasa dressing khas untuk kes terbakar bandage 3 segi bandage crepe penggulung pita lekat pad mata termometer gunting hujung tumpul penyepit pin penyelamat kertas tisu losyen antiseptik losyen kalamin beberapa jenis ubat seperti panadol, pil-pil rawatan lampu suluh pensil dan kertas
Sumber bantuan kecemasan polis bomba hospital klinik pasukan sukarela penduduk setempat
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
(POLIBRIGED R1001) ASSIGNMENT PERTOLONGAN CEMAS NAMA:
BANU A/P RAWINDRAN
NO.PEND:
18DIP09F1075
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
(POLIBRIGED R1001) ASSIGNMENT
KAYAK NAMA:
BANU A/P RAWINDRAN
NO.PEND:
18DIP09F1075
JENIS-JENIS KAYAK Di zaman ini terdapat terlalu banyak keluaran dan reka bentuk kayak. Walaupun begitu, pengeluar-pengeluar ini masih mengekalkan kategori-kategori kayak mengikut aktivitinya. Di sini saya cuba paparkan beberapa jenis gambar kayak hasil kefahaman saya. 1) Kayak jenis Creek Boat
Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dan kanu. Ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untuk dikendalikan. 2) Kayak jenis Polo
Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam. Kayak ini hampir sama dengan Kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper ini adalah bagi memudahkannya memotong air semasa berpusing. Kayak ini juga dinukan oleh pemain polo berkayak.
3) Kayak jenis inflatable
Kayak jenis ini diperbuat daripada gabungan getah dan gentian kaca. kayak ini mempunyai daya apungan yang tinggi. kayak jennis ini perlu di pam angin sebelum digunakan. 4) Kayak jenis Squirt
Kayak jenis ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell, ini adalah kerana kayak ini berbentuk tipis dan ruan g didalamnya hanya boleh memuatkan kaki pendayung sahaja. Saiz kayak ini hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam. 5) Kayak jenis Sprint
Kayak jenis ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan, Ini adalah kerana kayak ini berbentuk panjang, kecil dan tirus. Ianya sangat laju dan pendayungnya memiliki keseimbangan yang sangat baik.
6) Kayak jenis Slalom
Kayak slalom digunakan dalam keadaan selok belok. Kayak ini bersaiz pendek dihadapan dan panjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang Kayak ini ialah 6 meter dan di bentuk tajam dibahagian hadapan oleh hal yang demikian kayak ini memiliki kelajuan dan kestaabilan yang tinggi. 7) Kayak jenis Downriver.
Kayak ini berukuran panjang sekitar 4m, di reka bentuk dan di bina dengan deck leper, depan lancip, memudahkan pendayung untuk masuk celah di pagar slalom
8) Kayak Sea Kayak ini digunakan untuk melakukan aktiviti di laut. kayak jenis ini berkuasa mengharungi lautan. kayak ini telah dibekalkan dengan kompas untuk navigasi, Selain itu kayak ini mempunyai mempunyai ruang bebas air bagi menyimpan barangan semasa melakukan aktiviti. di belakang kayak ini pula terdapat alat kemudi. 9) Kayak Sit on Top Kayak jenis ini lambat begerak dan juga sukar dikem udi. Selain itu kayak ini sukar untuk melakukan kemahiran atau teknik berguling ( Eskimo Roll ). kelebihan kayak ini ialah air tidak akan bertakung didalamnya kerana kayak ini telah direka lubanglubang khas untuk menghindarkan takungan. Posted by WORLD OF SPORTS at 6:33 PM