1 ZAMAN KLASIK
Keadaan yang Tandus Dikatakan bahawa setiap tahap dalam penzamanan sejarah Eropah wujud bentuk atau gagasan yang dikenali sebagai falsafah sejarah sama ada dan sudut spekulatif yang umum mahupun yang analitikal. Walau bagaimanapun pengertian serta tahap kesedaran terhadapnya, iaitu yang digambarkan melalui pengertian dan kesedaran terhadap sejarah adalah berbeza. Sesungguhnya pengertian dan tahap kesedaran itulab yang menjadi ukuran bagi kewujudan sesuatu bentuk falsafah sejarah. Maksudnya, jika sesebuah masyarakat ataupun peradapan tidak mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sepenuhnya terhadap pengertian dan kepentingan sejarah yang sewajarnya, bagaimanakah kita dapat mengatakan masyarakat atau peradapan berkenaan telah mempunyai falsafah sejarahnya? Hakikat atau ukuran seperti mi haruslah juga dikenakan kepada seseorang sejarawan dan karyanya. Demikianlah pada zaman-zaman gemilang Zaman Kiasik orang Barat, iaitu Zaman Yunani-Rumawi (kira-kira antara 400 S.M. —400 T.M.) memang wujud bentuk-bentuk yang menyerupai falsafab sejarah tetapi pengertian dan tahap kesedaran mereka terhadapnya tidak tinggi dan mendalam, iaitu sepenti yang muncul sejak abad kelapan belas. Ringkasnya, mereka sendini tidak menyedani dan tidak mengira bahawa spekulasi terhadap sejarah yang mereka kemukakan merupakan suatu
ASPEK DAN PERKEMBANGAN FALSAFAH SEJARAH
bentuk falsafah sejarah. Ia hanyalab merupakan idea-idea; bagi ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle misalnya, ia merupakan idea-idea falsafah, dan bagi sejarawan seperti Herodotus dan Polybius ia merupakan idea-idea sejarah. Tidak terdapat hubungan yang jelas dan yang padu antara kedua-duanya, iaitu antara falsafah dan sejarah ataupun sebaliknya, walaupun hubungan dan pengaruh-mempengaruhi tetap ada. Memang benar bahawa falsafah, sebagai sains tentang alam yang nyata dan abstnak, dan juga kesusasteraan memang mempunyai tempat istimewa sejak awal lagi, tetapi taraf sejarah tidak demikian. Malah pada peringkat awal, khasnya sebelum abad kelima S.M., iaitu sebelum kemunculan Herodotus, sejarah dianggap belum lagi wujud. Yang ada hanyalah cenita-cerita, atau kesusasteraan nakyat yang dipenuhi dengan dongengdongeng kembana, mitos dan legenda. Falsafah menjadi asas serta mempengaruhi semua bidang ilmu yang ada pada ketika itu. Sejarah menjadi tenlindung akibat kehebatan falsafah. Dalam keadaan yang demikian, Meyerhoff membuat kesimpulan bahawa “tidak ada apa-apa yang berupa falsafah sejarah dalam peradaban silam itu sama ada dalam bentuk yang spekulatif seperti yang terdapat dalam falsafah alam, manusia dan masyarakat; atau dalam bentuk yang analitikal seperti yang dapat dilihat dalam penyiasatan yang lojik terhadap hakikat ilmu pengetahuan dalam sains, etika, politik ataupun sastera”.1 Nyatalah bahawa dan segi falsafah sejarah, dalam pengertiannya yang moden, keadaan Zaman Kiasik Eropab sungguh tandus. mi bermakna tidak ada bentuk penulisan yang lengkap dan khusus boleh dianggap sebagai falsafah sejarah; misalnya suatu sistem pemikiran yang berdasarkan kepada pengamatan ataupun analisis mereka terhadap perkembangan sejarah memang tidak ada. Mereka tidak membina “sistemsistem” pemikiran yang berlandaskan kepada “pola-pola” pergerakan sejarah. Mereka tidak melihat sejarah dan sudut pengertian sejarah ataupun pemikiran sejarah. —
‘Hans Meyerhoff (ed), The Philosophy of History, “Introduction”, him. I.
2
ZAMAN KLASIK
Kesedaran yang Belum Ketara Sebenannya kesedanan mereka terhadap kepentingan pembinaan yang demikian belum lagi ketara. mi berpunca daripada kesedanan mereka terhadap pengentian sej arah itu sendini belum wujud dengan jelas. Herodotus, tokoh yang digelar oleh Cicero sebagai “bapa sejarah” tidak mengemukakan takrif yang mendalam tentang sejarah. Bagi beliau historia adalah penyiasatan terhadap peristiwa yang telah berlaku; dan beliau telah melakukan penyiasatan tentang Perang Parsi, iaitu suatu pepenangan berlanjutan yang benlaku antara Parsi dan Yunani. Begitu juga halnya dengan Thucydides, sejarawan unggul yang muncul selepas Herodotus dan merupakan Seonang yang sangat knitis dan tajam pandangannya terhadap penyelidikan sejarah. Dalam karya beliau yang berjudul Perang Peloponesia itu dikatakan tidak ada satu ayat pun dimuatkan yang menupakan penerangan yang jelas tentang pemikiran beliau tentang sejarah, mengapakah sejanah yang tepat bagi perang tersebut perlu dituliskan atau mengapakah sejanah dianggapnya sebagai “khazanah yang kekal sepanjang zaman”.2 Selain itu terdapat beberapa orang lagi sejarawan pada Zaman Kiasik Barat yang juga menghasilkan karya yang boleh dianggap sebagai karya pensejarahan. Tetapi, secara amnya, kebanyakan mereka menj adi pengikut salah seorang daripada dua sejarawan agung Yunani yang awal; iaitu Herodotus dan Thucydides. Dengan perkataan lain, ketokohan kedua-dua sejarawan tensebut dalam bidang pensejarahan memang sukar ditandingi pada zaman tersebut. Sungguhpun kedua-duanya menghasilkan karya tentang peperangan, namun terdapat beberapa banyak perbezaan antara keduanya. Penbezaan tersebut dapat kita lihat misalnya dan sudut teknik persembahan, motif penulisan, bahasa, pendekatan, malah 2M.I. Finley, Aspects of Antiquity: Discoveries and Controversies (London: Chatto and Windus, 1968), him. 46 —47. Lihat juga Thucydides, The History of the Peloponnesian War, reprint. Edited in trans. by Sir Richard Livingstone (London: Oxford University Press, 1972), him. 43—45 bagi kaedah dan motif penuiisan sejarahnya.
3
ASPEK DAN PERKEMBANGAN FALSAFAH SEJARAH
keluasan bidang penulisan masing-masing. Dan segi keseluruhannya, keluasan penulisan Herodotus telab menyebabkan beliau dianggap sebagai sejarawan kebudayaan. Manakala Thucydides pula kerana penumpuannya kepada unsur-unsur politik telah dianggap sebagai sejarawan politik.3 Kegemilangan pencapaian mereka menyebabkan mereka dijadikan lambang bagi pensejarahan Zaman Kiasik. Pensejarahan zaman tersebut dikatakan tidak lengkap jika sekiranya tidak disentuh kedua-dua tokoh in mi kerana sejarawan Zaman Kiasik yang lain tidak berupaya untuk mengatasi pencapaian keduadua tokoh tersebut. Oleh kerana itu kecenderungan mereka ialah meniru aliran pensejarahan salah seorang tokoh tersebut. Sejarawan Xenophon (lk.430 —354 S.M.) yang telah menghasilkan beberapa karya berbentuk pensejarahan seperti Anabasis, Hellenica, Ways and Means dan riwayat hidup Agesilaus merupakan sejarawan yang mengagumi dan menggunakan kaedah Thucydides yang kritis.4 Begitulahjuga halnya dengan Polybius (± 198—117 S.M.), iaitu sejarawan terpenting yang terakhin bagi peradaban Yunani. Beliau telah menghasilkan kira-kira empat puluh buah buku tentang pengeluasan dan penkembangan Perlembagaan Empayar Rumawi dan awal hinggalah tahun 146 S.M.5 Sungguhpun jumlah hasil karya beliau melebihi hasil karya Thucydides, beliau tetap terpengarub dengan sikap dan tatacara pensejarahan Thucydides. Sejarawan yang lain ialah seperti Dionysius dan Halicarnassus yang menulis Sejarah Awal Rumawi yang diterbitkan pada abad ketujuh masihi, Titus Livius atau Livy (59 S.M. —17 T.M.) yang menulis sejarah Rumawi dengan tujuan meng3Lihat misalnya, Werner Jaeger, Paiedeia: The Ideals of Greek Culture, reprint; translated from the 2nd German edition by Gilbert Highet (Oxford: Basii Biackweli, 1965), him. 383 —386. Lihat jugs F. Scheville, Six Historians, 2nd imp. (Chicago: The University of Chicago Press, 1966), him. 13 yang menganggapnya sebagai “bapa kaedah pensejarahan”. Lihat juga H.E. Barnes, A History of Historical Writing, him. 30 yang menganggapnya sebagai “pengasas sejarah yang saintifik dan kritis”. Lihatjuga R.G. Coliingwood, Idea Sejarah, him. 22, yang hanya menganggapnya sebagai “bapa sejarah psikologi”. 4H.E. Barnes, A History of Historical Writing, him. 34. 5lbid., him. 32.
4
ZAMAN KLASIK
agungkan empayar tersebut dan Tacitus (1k. 55—120 T.M.) yang juga menulis sejarah Rumawi tetapi dengan pandangan yang lebih kritis berbanding dengan tulisan Livy. Junilah mereka memanglah ramai, tetapi pengaruh Herodotus dan Thucydides tetap wujud sama ada terhadap sejarawan Yunani mahupun terhadap sejarawan Empayar Rumawi, iaitu peradaban yang muncul menggantikan penadaban Yunani.6 Namun demikian setakat yang diketahui, tidak terdapat di kalangan sejarawan tersebut yang menghasilkan penulisan yang membicarakan sejarah dan sudut pengentiannya ataupun dan sudut falsafah sejarah. Mengapa? Salah satu sebabnya ialah kerana ketiadaan kesedaran sejarah yang sebenar dan sepenuhnya di kalangan mereka. Memang benar mereka menyedari tentang kepentingan sejanab, tetapi itu hanya dalam bentuk yang terbatas. Sejarah Sebagai lintasan ataupun laluan waktu memang perlu dicatatkan terutamanya untuk iktibar ataupun pengajaran. Hakikat mi memang mereka fahami. Mereka sebenarnya bersikap realistik dan pragmatik. Mereka melihat sejarah itu sebagai sesuatu yang mempunyai fungsi yang realistik dan pragmatik. Dalam hal mi sedikit sebanyaknya mereka juga telah dipengaruhi oleh ahli falsafah alamiah dan daerah Jonia yang telah mula menggunakan kaedah yang kritis dan saintifik sejak abad keenam S.M. dalam kajian-kajian mereka tentang alam dan manusia. Mereka cuba menerangkan sesuatu gej ala ataupun kejadian alam mengikut hakikatnya yang nyata dan saintifik pada ketika itu. Misalnya, apabila mereka menggambarkan tentang kejadian alam dan perkara yang berkait dengannya, mereka tidak membicarakan tindakan-tindakan ketuhanan, tetapi mereka mengemukakan spekulasi yang berdasarkan kuasa semula jadi.7 Bermula dengan Thales dan Miletus yang menganggap bahawa alam mi bukanlah suatu hemisfere tetapi adalah suatu sfera atau cakrawala yang lengkap dengan bumi sebagai pusatnya dan matahari, bulan dan bintang-bintang 6Lihat misainya Ibid., him. 27—40 bagi penghuraian yang agak baik tentang karya dan ketokohan sejarawan dunia kiasik Barat. 7Trygve R. Thoifsen, Historical Thinking, him. 19.
5