Asiah Abu Samah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asiah Abu Samah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,611
  • Pages: 5
Dato’ Asiah Bt. Abu Samah Dato’ Asiah dilahirkan pada 1 Mac 1937 di Parit, Perak. Beliau menerima ijazah B.A. Hons. Diploma Pendidikan pada tahun 1961 dari Universiti Malaya Singapore, Diploma In General Linguistics dari School of Oriental & African Studies University of London pada tahun 1965 dan Sarjana Pendidikan dari University Malaya Kuala Lumpur pada tahun 1978. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1961, kemudian sebagai seorang pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur pada tahun 1964 dan pada tahun 1996 dilantik sebagai Pengetua Kolej Tunku Kursiah, Seremban. Pada tahun 1970, Dato’ Asiah mula bertugas di Kementerian Pendidikan sebagai Timbalan Pengarah Latihan Guru dan pada tahum 1973 sebagai Ketua Pegawai Penilai di Bahagian Perancangan dan Penyelididikan Pendidikan. Pada tahun 1974 apabila Kementerian Pendidikan menubuhkan Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) beliau dilantik menjadi pengarahnya yang pertama. Setelah bertugas selama 14 tahun di PPK beliau ditukarkan semula ke Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan sebagai pengarah. Pada Januari 1990 Dato’ Aisiah dinaikkan pangkat kepada Timbalan Ketua Pengarah II dan pada Disember tahun yang sama dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah I. Kemuncak kerjaya beliau ialah apabila dipertanggungjawabkan memegang teraju perkhidmatan pendidikan negara sebagai Ketua Pengarah Pendidikan pada 27 November 1991 sehingga beliau bersara pada 28 Februari 1993. Sepanjang perkhidmatan Dato Asiah dalam dunia pendidikan terlalu banyak sumbangan yang amat berharga dicurahkannya terutama dalam perkembangan kurikulum dan perancangan pendidikan khusus yang berkaitan dengan dasar pendidikan dan pembangunan negara. Beliau banyak menyumbang idea di persidangan-persidangan kebangsaan dan antarabangsa melalui kertas-kertas kerja dan penulisan. Penglibatan beliau dalam perkembangan Bahasa Malaysia amat terserlah sejak awal tahun 60an dan bersama dua orang rakan telah menghasilkan siri buku “Kursus Bahasa Kebangsaan”(1961) yang diguna sebagai buku teks Tingkatan 1 hingga Tingkatan V. Kini setelah bersara Dato’ Asiah masih memikul pelbagai tanggungjawab antaranya Penasihat Korporat Land & General Bhd; Ahli Lembaga Pengarah Lang Education Sdn. Bhd. Dan L&G Twintech Sdn. Bhd.; Ahli Malaysia Strategic Research Council; Distinguished Isis Fellow Institute of Strategic and International Studies, Malaysia.

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN WANITA

Dato Asiah Bt. Abu Samah (lahir 1936 –) telah mencatatkan rekod sebagai wanita pertama dilantik menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1961.

Kerjaya pendidikannya bermula sebagai guru di Sekolah Penang Free Pulau Pinang. Beliau dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II dan dinaikkan ke Timbalan Ketua Pengarah I pada pertengahan tahun 1990. Dato Asiah telah memegang beberapa jawatan termasuk di Institut Bahasa Lembah

Pantai, Kolej Tunku Kursiah Seremban dan di Kementerian Pendidikan. Beliau telah bersara pada tahun 1992.

Sumbe Pusat Perkembangan Kurikulum r: Pengetahuan Am di Malaysia

© 2001 Hak Cipta Terpelihara Perpustakaan Negara Malaysia

TAN SRI DATO' ASIAH ABU SAMAH Dato' Asiah bersara sebagai Ketua Pengarah Pendidikan di Kementerian Pendidikan dalam tahun 1993 selepas berkhidmat sebegitu lama di dalam bidang pendidikan. Seorang graduan Universiti Malaya, Singapura, beliau mula berkhidmat di dalam profesyen pendidikan pada tahun 1961 dan mengajar di beberapa buah sekolah termasuklah Kolej Tunku Kurshiah, Seremban dimana beliau berkhidmat sebagai Pengetua dari tahun 1966 hingga 1970. Dalam tahun 1970, beliau mula berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan di mana beliau menyandang beberapa jawatan termasuk Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum (1973 hingga 1987) dan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan dan akhirnya sebagai Ketua Pengarah Pendidikan. Selepas bersara daripada jawatan Ketua Pengarah Pendidikan, beliau telah dilantik sebagai Penasihat Korporat (Pendidikan) Land dan General Berhad. Beliau juga adalah seorang ahli Lembaga Lang Education Sdn. Bhd., seorang Fellow Terbilang ISIS dan Pengerusi di Lembaga Pengurusan Institut Antarabangsa Perancangan Pendidikan UNESCO, Paris. [kembali ke atas]

Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman Datuk Wira Haji Borhan bin Md Yaman dilahirkan pada 12 Julai 1930 di Kampung Lubuk Redan, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Lubuk Redan dari tahun 1935 hingga 1941 dan Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru dari tahun 1941 hingga 1946. Beliau menerima altihan formal keguruan melalui Kursus T.U.O.S (Teacher Under Others Scheme) 1948 1951 di Maktab Perguruan Bahasa, Johor Bahru. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Kuala Sungai Baru (1946 - 1951). Sekolah Melayu Lubuk Redan (1952 - 1954), Sekolah Melayu Parit Melaka (1954 - 1956), Sekolah Melayu Limbongan (1956 - 1957), SMJK Pay Fong (1959 - 1961), SMJK Yok Bin (1962 - 1964) dan Sekolah Hendry Gurney (2) Bandar Hilir, Melaka (1974 -1984). Kementerian Pembangunan Negara dan Bandar pernah melantik beliau sebagai Pengelola Pelajaran

Dewasa Negeri Melaka dari tahun 1964 hingga 1970. Datuk Wira Haji Borhan adalah seorang pejuang kemerdekaan dan berjiwa patriotik. beliau menyemai semangat patriotik melalui karya-karyanya yang tersiar di akhbar dan majalah semenjak zaman prakemerdekaan lagi. Antara sajak ciptaannya ialah Rela Membela (1951), Pemuda Seruanku (1952), Tunaikan Kewajipan (1953), Lambang Kota Melaka (1954), Penganjur (1954) dan Manifesta Palsu (1954). Di samping itu beliau juga menulis artikel dalam beberapa penerbitan seperti Panduan Hidup (1952), Buku Bacaan di Sekolah Melayu (1952) dan Kecerdasan Akal Wanita (1953). Antara media massa yang banyak menyiarkan karyanya ialah Majalah Guru dan Akhbar Merdeka. Sifat gemar membacanya mendorong beliau menyediakan ruang perpustakaan mini dirumahnya yang mengandungi sebanyak 2,160 buku koleksi semenjak zaman mudanya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Atas jasanya yang telah ditaburkan, beliau telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1963. Darjah Mulia Seri Melaka (D.M>S.M) pada tahun 1980 dan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) pada tahun 2001. Jabatan Pelajaran Melaka juga telah mengiktirafnya sebagai Tokoh Guru Negeri Melaka pada tahun 1989. Beliau juga menerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Melaka pada tahun 1997 dan Anugerah Dharma Bakti Gapena pada tahun 2002.i

Puan Hajah Azizah binti Haji Md. Taib Puan Hajah Azizah binti Md. Taib dilahirkan pada 2 Disember 1932 di Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Perempuan Kulim (1941), Kampung Bharu Girl's School (1947 - 1952) dan Kolej Sultan Abdul Halim, Alor Setar (1952 - 1954). Selepas peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1954, beliau bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sultan Badlishah, sebelum dipilih untuk mengikuti Latihan Perguruan di Malaysian Teacher's Training College Brinsford Lodge, England pada tahun 1955 hingga 1957. Sekembalinya ke Malaya, beliau ditugaskan di Sekolah Convent Pulau Tikus, Pulau Pinang pada 1958. Mulai 1959 Puan Hajah Azizah telah mula menabur bakti sebagai pendidik di Perlis. Dalam tempoh 30 tahun berkhidmat sebagai pendidik di Perlis, Puan Hajah telah memperlihatkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi sebagai guru sehingga diberi kepercayaan menjawat jawatan penting di sekolah dan juga di Jabatan Pelajaran Negeri Perlis. Beliau pernah menjadi Penyelia Sains Rumah Tangga Negeri Perlis pada tahun 1965 hingga 1983, Pensyarah Sambilan untuk mengajar guru-guru Pusat Latihan Daerah (RTC) pada tahun 1966 hingga 1968, Guru Besar di Sekoloah Rendah Kebangsaan Putra, Kangar, pada tahun 1979 - 1983. Sebelum itu, pada tahun 1971 hingga 1978, Puan Hajah Azizah pernah menjawat jawatan Pengetua Sekolah Menengah Putra, Kangar. Tugas terakhir sebelum bersara ialah sebagai Penyelia SekolahSekolah Perlis diJabatan Pelajaran Perlis bermula tahun 1984 hingga 1987. Beliau pernah memimpin Pasukan Pandu Puteri Sekolah Menengah Derma pada 1960 hingga 1969, menjadi Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Perlis selama 16 tahun dan Setiausaha Majlis Belia Negeri Perlis selama 10 tahun. Beliau merupakan wanita pertama di Perlis yang dilantik oleh DYMM Tuanku Raja Perlis menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis pada tahun 1977. Di samping itu, beliau juga menjadi Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak hingga sekarang. Setelah bersara, beliau menceburi bidang perniagaan insurans dan menerajui Syarikat Hajjah Azizah Agency MCIS Zurich Insurans Berhad. Puan Hajah Azizah telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan penghargaan serta pingat kebesaran. Beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada tahun 1969, Pingat Jubli Perak (1971), Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1975, Ahli Mahkota Perlis (1987) dan Darjah Seri Sirajudin Perlis (SSP) pada 2005. Beliau juga turut menerima anugerah dan penghargaan lain iaitu Tokoh Wanita Negeri Perlis (1984), Tokoh Belia Negeri Perlis (1988), Tokoh Maal Hijrah Negeri Perlis (1999) dan Tokoh Guru Negeri Perlis (2005).

Profesor Dr. Haji Hussein bin Haji Ahmad Profesor Dr. Haji Hussein bin Haji Ahmad dilahirkan di Kluang, Johor pada 5 Mei 1942. mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kluang mulai tahun 1949 dan pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Kluang pada tahun 1955. Beliau menimba ilmu perguruan di Brinsford Lodge, Universiti Birmingham, England pada tahun 1963. Memiliki Ijazah B.A.(Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1969 , Ijazah M.A.(Pendidikan) pada tahun 1975, M.A. (Sosiologi) pada tahun 1977 dan Ph.D (Pendidikan) pada tahun 1979 kesemuanya dari Universiti Stanford, California, Amerika Syarikat. Karier perguruan beliau bermula sebagai guru di Negeri Terengganu dan Selangor dari tahun 1964 hingga 1969. Beliau pernah bertugas sebagai Pengetua di SMK Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dari tahun 1970 hingga 1972. Seterusnya telah dilantik menjadi Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dan dilantik sebagai Profesor Madya dan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Pendidikan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (1983). Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah, Penyelidikan & Perancangan, Jabatan Perpaduan Negara (1986 - 1988) dan Timbalan Ketua Pengarah, Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri (1993 -1994) dan Pengarah, Institut Aminudin Baki (1989 - 1992). Setelah persaraan wajib , beliau dipilih untuk mewakili negara sebagai Wakil Tetap/Duta Malaysia ke UNESCO (1997-2000). Pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Profesor di Institut Aminudin Baki. Ketika ini beliau memegang jawatan Profesor di Institut Pengajian Kepengetahuan, Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau terus menabur bakti dan kerap menyertai persidangan antarabangsa sebagai wakil negara atau kosultan pakar. Kini beliau merupakan Ahli Majlis Council of Consultant Fellows, International Institute of Educational Planning (IIEP), UNESCO, Paris dan Timbalan Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad. Penglibatan beliau dalam bidang pendidikan masih berterusan biar pun telah berkhidmat selama 42 tahun. Sebagai menghargai jasa dan sumbangannya dalam pelbagai bidang, beliau telah dianugerahkan Pingat Kesatria Mangku Negara K.M.N (1983), Pingat Darjah Seri Melaka D.S.M (1996) dan Tokoh Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 2003.

Related Documents

Asiah Abu Samah
May 2020 2
Abu
December 2019 81
Abu
June 2020 55
73 Tahun Arby Samah
May 2020 2
Geografi Asiah Toha
May 2020 28