Asas Pembudayaan Keusahawanan

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Asas Pembudayaan Keusahawanan as PDF for free.

More details

  • Words: 855
  • Pages: 3
MENARIK Seperti haiwan yang lain, rama-rama juga mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri. Salah satu aset penting yang juga merupakan keistimewaan yang terdapat pada rama-rama adalah kecantikannya. Rama-rama mempunyai daya tarikan yang menarik perhatian orang ramai. Warnanya yang sangat menarik merupakan aset terpenting baginya. Manusia juga tidak terkecuali untuk mendekatinya dengan lebih dekat. Dalam bidang keusahawan kekemasan serta kecantikan sesebuah organisasi dalam perniagaan itu adalah aset terpenting demi kejayaan usahawan itu. Sepertimana yang kita ketahui, penampilan seseorang usahawan itu boleh mempengaruhi kejayaannya dalam bidang keusahawanan. Hal ini kerana penampilan seseorang itu sangat penting. Kalau kita hendak menjadi seorang usahawan, kita harus menjaga penampilan diri kita supaya orang menghormati kita dan mempercayai kita. Andai kata, penampilan kita tidak terjaga maka ini akan merosakkan imej dan kepercayaan orang terhadap kita. Sesungguhnya Allah menyukai kecantikan. Oleh itu kita haruslah sentiasa menjaga penampilan kita sebagai seorang usahawan agar imej kita turut terjaga. Selain itu, penampilan diri seorang usahawan juga turut mempengaruhi tarikan pengguna atau pelanggan terhadap barangan keluarannya. Contohnya, jika seorang usahawan itu seorang yang pengotor dan penampilannya tidak terjaga, walaupun dia menjual barangan yang bermutu tinggi sekalipun pelanggan akan cabut lari. Kalau anda hendak makan di sebuah restoran, adakah anda akan pergi makan di restoran yang tukang masaknya seorang yang pengotor walaupun makanannya sedap? Tentu anda juga tidak mahu makan makanan dari hasil seorang pengotor bukan? Lantaran itu, seorang usahawan mestilah menjaga penampilan diri agar dapat menarik pelanggan. Tambahan lagi, penampilan seorang usahawan juga boleh melambangkan peribadi seseorang usahawan. Hal ini kerana, penampilan menjadi lambang peribadi seseorang. Kalau kita terlihat seseorang berpakaian tidak kemas, rambut tidak bersikat dan kusut

masai, mesti kita akan berfikiran negatif terhadap dirinya. Begitu juga keadaan seorang usahawan. Jika kita ternampak atau terpandang seorang usahawan, tapi penampilannya masya-Allah seperti orang tidak berpelajaran dan teruk mesti kita akan berkata : “ Ya Allah, teruknya si fulan ni! Nama saja seorang usahawan tapi pakaian dan penampilan tidak terurus.” Mesti pelanggan-pelanggan tidak mahu berurusan dengannya lagi. Lihatlah betapa kuatnya pengaruh penampilan seorang usahawan bagi menarik perhatian pelanggan. Bahkan orang akan mengaitkan penampilannya dengan peribadinya. Segala tanggapan negatif akan bersarang di fikiran manusia. Nama juga manusia, manusia suka menjaga tepi kain orang tapi hal diri sendiri tidak terjaga. Bukan senang hendak menjaga pelanggan. Pelanggan bukan melihat pada harga dan mutu barang sahaja malahan, penampilan dan peribadi seorang usahawan sama ada berasal dari keturunan yang baik atau buruk. Penampilan seorang usahawan juga boleh melambangkan barangan yang dijual. Usahawan yang berpakaian kemas, bersih dan terurus tentunya menjual barangan yang bagus dan bermutu tinggi. Sebaliknya, seorang usahawan yang berpakaian tidak kemas, kurang bersih dan agak tidak terurus tentunya menjual barangan yang menyalahi undangundang dan haram di sisi Islam. Contohnya, taukeh yang menjual arak dan sebagainya selalunya berpakaian tidak kemas. Melalui penampilan juga kita dapat mengetahui akhlak seorang usahawan itu lantas kita dapat agak sama ada kita boleh mempercayainya ataupun tidak. Namun, ada juga usahawan yang baik tetapi berpakaian tidak kemas. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana ia mungkin berkaitan dengan barangan yang dijual. Contohnya, seorang penjual kedai runcit kecil-kecilan juga kebiasaannya tidak berpakaian kemas. Ini kerana dia merasakan bahawa penampilan yang kemas tidak bersesuaian dengan barangan yang dijual. Tambahan pula, penampilan usahawan juga turut mempengaruhi kejayaannya. Ianya boleh mempengaruhi pendapatan seorang usahawanan. Hal ini akan terjadi apabila hasil langganan berkurangan. Apabila usahawan itu tidak menjaga penampilan dan akhlak ditambah pula dengan bau badan yang kurang menyenangkan akan mengakibatkan pelanggannya berasa kurang senang untuk berurusan dengannya. Lebih-

lebih lagi dengan tersebarnya cerita-cerita yang tidak baik tentang diriya, pelanggannya akan mula tidak mahu

berurusan dengannya. Dengan itu, secara langsung akan

mengakibatkannya rugi besar dan lama-kelamaan boleh menyebabkan bankrap. Jangan pula kita menjadi seperti ‘nasi menjadi bubur’. Ini kerana apabila nasi sudah menjadi bubur, agak sukar untuk memulihkan kembali keadaan asal. Tidak rugi kita menjaga penampilan, kebersihan dan kecantikan kita. Bahkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa : “Kebersihan adalah sebahagian daripada iman.” Jangan kita ingat bahawa penampilan dan kebersihan seseorang itu merupakan perkara yang remeh. Kedua-duanya saling berkaitan. Penampilan yang kemas memerlukan kebersihan. Kalau penampilan saja yang kemas tetapi kebersihan tidak terjaga malah ditambah dengan bau badan yang kurang menyenangkan tidak akan menghasilkan apa-apa. Malah penampilan begitu tidak dianggap sempurna. Penampilan sempurna yang diperlukan oleh seorang usahawan adalah pakaian kemas, rambut bersikat kemas, memakai tali leher, bersih dan wangi. Fuh, baru hebat! Baru kelihatan seperti usahawan berjaya dan disegani. Orang tengok pun terus segan dan menghormatinya. Ditambah pula dengan akhlak yang baik ramai pula orang suka berurusan dengannya. Kalaulah begini keadaannya, tak menang tangan hendak melayan pelanggan nanti dan semakin bertambahlah pendapatannya. Beginilah caranya kita nak memikat pelanggan. Kalau kita bijak memikat pelanggan, kita akan mendapat keuntungan yang besar. Sememangnya bidang keusahawanan ini banyak saingannya tetapi jika kita bijak menarik pelanggan boleh jadi kita mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya. Oleh itu, menangilah hati pelanggan kita dengan penampilan yang menarik dan akhlak yang baik. Kesimpulannya, sebagai seorang usahawan kita perlu menjaga penampilan dan akhlak kita supaya kita dihormati dan imej kita terjaga. Selamilah hati pelanggan. Baru kita dapat ketahui kehendak mereka. Tidak rugi kita menjaga penampilan kerana ia menjadi lambang peribadi kita. Oleh itu, jaga imej kita agar kita tidak dipandang rendah oleh orang lain.

Related Documents