ASAL USUL BAHASA MELAYU Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Oleh itu , jika kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu. Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto , berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi). Keturunannya ialah Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi. Keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia yang dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Mereka lebih bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam dan bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto serta menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara
sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini. Menurut Nik Safiah Karim , menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
CIRI – CIRI BAHASA MELAYU Bahasa sebagai satu sistem. Bahasa sebagai satu sistem bermaksud bahasa itu mempunyai kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Hal ini bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bahasa apa pun mempunyai sejumlah unit-unit (seperti fonem, morfem, kata, rangkai kata, klausa dan ayat) dan tiap-tiap bahasa itu merupakan hasil dari percantuman unit-unit tersebut. Percantuman unit-unit itu pula terjadi menurut dasar-dasar tertentu. Dari bilangan unit yang begitu banyak dalam sesuatu bahasa, percantuman tidak boleh terjadi tetapi ada cara-cara dan peraturan-peraturan mengenainya. Tugas sistem ini ialah satu aturan yang telah ditetapkan oleh susunan bahasa itu. Bahasa sebagai satu simbol Bahasa sebagai alat komunikasi Bahasa bersifat arbitrari Bahasa bersifat unik. Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi , pembentukan kata dan pembentukan ayat. Antara ciri keunikan bahasa melayu ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis , tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata , tidak meroboh makna kata tetapi merobah seluruh ayat. Contohnya ,
Bahasa bersifat dinamis Bahasa bersifat variasi
•
Orang itu menjolok buah.
•
Orang itu menjolok buah.
•
Orang itu menjolok buah.