Aristotle

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aristotle as PDF for free.

More details

  • Words: 1,385
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 KARYA MELAYU KLASIK (ARISTOTLE: FALSAFAH SENI DALAM DRAMA TRAGEDI)

NAMA

: MUHAMMAD HAFIZMULLAH BIN MUHD NOR

NO. MATRIK

: JEA080057

NAMA PENSYARAH

: DR. AMRAN MUHAMAD SEMESTER 1 SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

DRAMA TRAGEDI DALAM FALSAFAH SENI ARISTOTLE

PENGENALAN: Aristotle menganggap enam elemen terpenting dalam drama tragedi. Enam elemen tersebutialah rangka cerita, kelakuan watak, pemikiran, bahasa, melodi, dan pertunjukan. Menurut Aristotle: Tabiat(character)menunjukkan kualiti dari segi moral seorang individu, tetapi apa yang menentukan sama ada kehidupan kita bahagia ataupun tidak ialah aksi atau perbuatan kita. Sesebuah drama itu mengandungi perbuatan atau aksi bukan untuk menyampaikan dan menunjukkan sesuatu jenis tabiat; sebenarnya mereka menunjukkan tabiat seseorang individu untuktujuan menyampaikan aksinya kepada penonton. Oleh yang demikian aksi dalam sesebuah drama, atau rangka cerita, merupakan tujuan (end or purpose) drama tragedi; dan tujuanmesti merupakan perkara utama dalam setiap bahagian karya itu. Tambahan pula, sebuah drama tragedy boleh wujud tanpa persembahan tabiat, tetapi ia tidak dapat wujud tanpa aksi (rangka cerita). Dalam karya bertajuk nicomachean ethics, Aristotle telah menegaskan bahawa kita hanya dapat menentukan sama ada seseorang itu bahagia ataupun tidak melalui perbuatan dan aksinya. Jadi, jika sesebuah drama tragedi itu mewakili kehidupan manusia, ia harus menyampaikansuatu kehidupan yang bahagia atau tidak bahagia; dan ini noleh ditentukan melaluiperbuatan dan aksi watak –watak dalam drama itu. Dakwaan Aristotle ialah “drama tragedi boleh wujud tanpa persembahan, dan tabiat watak, tetapi ia tidak boleh wujud tanpa aksi dalam rangka cerita”.

KUPASAN FALSAFAH SENI ARISTOTLE Aristotle manganggap rangka cerita merupakan elemen terpenting dalam drama tragedi. Dengan rangka cerita, Aristotle merujuk kepada struktur sebuah drama, iaitu cara peristiwa

dalamdrama itu disusun dan dikaitkan antara satu dengan lain. Apabila kita menumpukan perhatian kepada rangka cerita sebuah drama, kita sebenarnya merujuk kepada cara peristiwa dalam drama itu berkembang, dan bagaimana satu peristiwa manyebabkan satu lagi peristiwa yanglain. Hal ini bermaksud rangka cerita ialah prinsip penyatuan dalam drama. Tanpa suatu prinsip penyatuan, bahagian berlainan dalam drama itu tidak akan dianggap sebagai satu unit; dan kita hanya akan memahami sesebuah drama dan juga cerita dan maksud yang disampaikan olehnya jika kita dapat mengaitkan bahagian-bahagian drama itu iaitu jika kita dapat melihat drama itu sebagai satu unit.

Pada amnya, jika sesebuah karya seperti sebuh drama atau karya kesusastaraan itu mempunyai cerita dan juga tema, maka kedua-dua elemen ini boleh berfungsi sebagai sifat penyatuankarya tersebut. Mengikut system Aristotle, rangka cerita itu lebih penting daripada tema. Aristotle menegaskan bahawa bahagian-bahagian yang menarik minat penonton, seperti bagaimana watak utama mengetahui sesuatu perkara baru yang kemudian mengubah kehidupannya iaitu elemen yang dinamakan( discovery )dan perubahan nasib watak utama dalam drama itu (bahagian yang dinamakan( reversal) adalah lebih jelas ditunjukkan melalui rangka cerita.

Unsur kelakuan atau tabiat merujuk kepada kecenderungan tetap atau perangai yang sudah menjadikebiasaan seorang individu kita dapat menentukan tabiat sesuatu watak melalui perhubungandengan watak lain dalam cerita itu. Jadi elemen kelakuan menunjukkan bahawa terdapatlahpertalian dan perhubungan antara individu dalam sebuah drama. Menurut schape r unsure dalam catan atau seni arca yang menunjukkan pertalian dan perhubungan seperti nini ialahpangabungan catan dan pengabungan arca. Pengabungan catan merujuk kepada pertalian dan perhubungan antara unsur-unsur dalam sebuah karya catan, dan ini adalah sama seperti

perhubungan antara watak dalam sebuah drama yang menunjukkan kelakuan mereka kepada penonton.

Dua masalah akantimbul dengan pendirian schaper disini. Pertama, peranan unsur kelakuan, pengabungan catan, dan pengabungan arca telah dimainkan oleh rangka cerita dalam drama, dan tema atau pertalian geometric dalam catan dan seni. Perkara kedua ialah kita juga dapat menentukan kecenderungan tetapatau kelakuan individu yang disampaikan dan dipersembahkandalam sebuah karya catan, seni arca, atau karya kesusasteraan. Masalah yang pertamaitu bukanlah sesuatu masalah serius. Aristotla tidak mengatakan secara langsung mahupun secara tidak langsung bahawa sebuah karya seni tidak boleh menpunyai dua unsur (ataudua elemen berlainan) yang memainkan peranan yang sama. Masalah yang kedua lebih serius. Terdapat pengkritik seni yang berbincang tentang kelakuan dan keadaan mental yang disampaikanmelalui karya potret seperti mona lisa. Terdapat juga penkritik seni yang member komen tentang kebanggaan David (sebuah karya seni arca), hasil seorang seniman bernama Michelangelo.

Elemen pemikiran watak dalam sebuah drama adalah penting kerana ia menunjukkan bahawa drama itu mempunyai unsur-unsur yang dapat merujuk kepada sesuatu yang luar daripadanya; ia dapat merujuk kepada idea, pemikiran seseorang, dan juga emosi dan keadaan mentalyang lain. Drama dan kesusastaraan mengunakan perkataan yang ditulis sebagai simbol untuk menyampaikan idea dan pemikiran, dan untuk menimbulkan perasaan dan emosi tertentu. Bentuk-bentuk seni lain mengunakan corak simbol yang lain. Muzik mengunakan bunyi untuk menimbulkan sesuatu keadaan mental atau emosi, catan boleh mengunakan campuran atau kombinasi warna bagi mencapai tujuan yang sama, dan arca boleh mengunakan bentuk dan gerakanuntuk mencapai tujuan tersebut. Dengan elemen pemikiran watak, Aristotle menegaskan kepentingan unsur-unsur simbolik dalam sebuah karya seni.

Melodi digunakan untuk memisahkan sebuah drama tragedi daripada benda dan apa-apa yangberlaku disekeliling lakonan itu. Hanya mengunakan lagu , penonton akan sedar bahawa pertunjukkan itu berlainan daripada kehidupan seharian kerana kita tidak bercakap dengan lagu dalamkehidupan seharian. Dengan melodi yang ganjil, kita tidak akan mengaggap aksi yang berlakudalam itu sebagai sebahagian daripada apa yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Jadi, melodi ialah cara yang digunakan dalam drama tragedi bagi membezakan seni daripada benda-bendalain yang bukan seni. Seni catan mengunakan bingkai catan, atau tepi catan, untuk membezakankarya itu daripada benda di sekelilingnya. Sebuah seni arca mungkin mengunakan pentas untuk memisahkan objek seni itu daripada benda-benda lain disekelilingnya.

Bahasa ialah bahan yang digunakan dalam drama, dan karya kesusasteraan. Bentuk-bentuk seni lain juga perlu mengunakan bahan tertantu: warna digunakan dalam catan, bentuk dan mungkinjuga warna digunakan dalam seni tarian. Dalam perbincangan diatas, kita mendapati temaialah prinsip penyatuan dalam sebuah karya seni. Ia merupakan formula bagi mengaitkan bahagian sebuah karya seni supaya karya itu menjadi satu unit yang dapat difahami oleh penontonatau pendengarnya. Schaper menegaskan bahawa kita mesti mempunyai suatu cara bagimenyampaikan tema ini kepada penonton. Suatu cara mesti digunakan untuk mendeskripsikan struktur sebuah karya seni supaya ia menjadi jelas kepada para penonoton. Cara yang digunakan dalam seni catan bagi mencapai tujuan ini ialah melalui warna, dan cara seorang ahli sastera ialah mengunakan bahasa dan perkataan, dan cara seorang ahli seni arca ialahmengunakan bentuk (dan mungkin warna), dan lain-lain. Dengan memperkenalkan bahasa sebagai satu elemen yang diperlukan dalam drama, Aristotle juga menegaskan bahawa sesebuah karya seni itu memerlukan suatu bahan bagi menyanpaikan tema dan struktur karya itu kepada

pihak penonton dan pendengar.

Elemen terakhir dalam takrifan Aristotle bagi drama tragedi ialah pertunjukkan. Schaper menegaskan bahawa elemen pertunjukkan mamberi “penyampaian serta merta” kepada para penonton. Hal ini bermaksud struktur karya seni itu (sama ada ia sebuah drama, karya catan, karya seni arca, lukisan, tarian, dan lain-lain) dapat disampaikan secara terus kepada panca indera pihak penonton; ataupun sekurang-sekurangnya ia mesti dapat digambarkan melalui imaginasi kita melaluyi tanda tertentu yang dinamakan oleh schaper sebagai perceptual clue seperti dalam sebuah novel atau sebuah karya kesusasteraan.

Menurut schaper, kita telah mencari dan mendapati ciri-ciri yang selari dengan enam elemenasas dalam drama tragedi. Hal ini menunjukkan bahawa doktrin Aristotle yang disampaikan melalui karya poetics itu tidak terhad kepada drama atau drama tragedi sahaja, tetapimempunyai aplikasi yang jauh lebih luas daripada itu. Kita telah mendapati ciri-ciri selari melalui fungsi dan bukan melalui persamaan antara ciri-ciri itu dengan enam elemen yang dianggapsebagai asas oleh Aristotle bagi drama tragedi. Hal ini bermaksud ciri-ciri selari ini mempunyai fungsi yang sama dengan rangka cerita, tabiat watak, pemikiran watak, bahasa, melodi, dan pertujukkan.

Kesimpulannya ialah kesemua enam elemen yang dikupas adalah mempunyai kepentingan sendiri. Hal ini dapat dilihat semua hal yang berkaitan seni memerlukan keenam-enem elemen iniuntukdilihat indah dan menarik. Contoh yang dapat dilihat dalam seni ialah seni arca, seni catan, malahan dalam karya kesusasteraan malayu juga. Oleh itu elemen dalam drama tragedi menjadi kayu ukur dan dapat digunakan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan seni.

BIBLIOGRAFI 1) Jones, j. On Aristotle and Greak tragedy. London: Chatto and Windus, 1968.

2) Halliwell, S. The poetics of Aristotle. London: Gerald Duckworth & Co. Ltd.

1987

3) Grubbe, G. M. A. Plato thought. London: metheun & Co. Ltd, 1970

4) Alaan, D. J. thephilosophy of Aristotle. London: Oxford University Press,

1970.

5) Butcher, S. H. Aristotle theory of poetry and fine art. New York: Dover

Publications, 1957. 6) Crombie, I. M. An examination of plato doctrines. London: Routledge &

kegan paul, 1969.

7) Kenny, A. “Aristotle on happiness” di dalam Barnes, J. Schofiejd, M. dan

Sorabji, R, (ed). Articles on Aristotle: ethics and politic. London: Gerald Duckworth & Co. Ltd, 1979.

Related Documents

Aristotle
June 2020 39
Aristotle
August 2019 46
Aristotle
October 2019 49
Aristotle
May 2020 29
Aristotle
October 2019 37
Aristotle
December 2019 34

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48