Aristotle

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aristotle as PDF for free.

More details

  • Words: 1,505
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TAJUK : ARISTOTLE NAMA : NUR FARHANA BINTI AHMAD KHAIRI NO. MATRIK : JEA 080096 SEMESTER/SESI : 1 (2008/2009) NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN B. MUHAMMAD FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

1

Aristotle merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani dan dilahirkan pada tahun 384 S. M. Pada tahun 322 S. M. iaitu pada musim bunga Aristotle telah meninggal dunia

ketika berusia 62 tahun.

Pada

ketika itulah Aristotle berada

di kemuncak kekuatannya: seorang sarjana yang tidak kenal penat lelah, menjalankan penyelidikan saintifiknya yang meluas dengan mendalamnya spekulasi falsafah. Beliau berasal daripada keluarga berada dan agak suka bersolek. Beliau seorang pemidato yang baik, syarahannya terang, cakapnya menawan dan tempelaknya tajam.

Karya-karya

falsafahnya tidak mengandungi sentimen dan beliau cukup bangga dengan pencapaiannya. Terdapat banyak sumbangan Aristotle dalam bidang falsafah iaitu beliau telah mengumpul fakta-fakta zoologi, astronomi, meteorologi, sosiologi dan sejarah. Sebagai contoh, kajian zoologi dan biologi iaitu kajian tentang haiwan menjadi asas sains biologi yang dilakukan oleh Aristotle. Fakta-fakta yang Aristotle dapat itu dipaparkan dalam dua jilid yang besar, History of Animals ( Sejarah Haiwan ) dan Dissections ( Pembedahan ). Buku Dissections sudah tidak ada lagi. Seperti dibayangkan pada namanya, ia memperihalkan bahagian-bahagian dalam dan struktur haiwan dan sebahagian besarnya terdiri daripada rajah dan lukisan. Buku tentang History of Animals masih ada sehingga sekarang. Perkataan ‘history’ mentransliterasikan perkataan Yunani ‘historia’ bermakna ‘pertanyaan’ atau ‘kajian’, dan terjemahan tajuk yang lebih baik adalah Zoological Researches ( Penyelidikan Zoologi ). Researches membincangkan secara terperinci tentang bahagian-bahagian haiwan, luar dan dalam, bahagian yang berdarah, tulang, bulu dan lainlain, yang membina tubuh haiwan; pelbagai cara pembiakan yang didapati di kalangan haiwan; pemakanan, habitat dan tingkah laku mereka. Sebagai contoh dalam kajiannya tentang merpati, belatuk, kura-kura, cicak, ular berbisa dan lain lagi. Beliau menjalankan tugasannya sehingga selesai.

2

Banyak falsafah yang boleh kita ketengahkan tentang falsafah Aristotle ini. Antaranya, falsafah tentang konsep kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Aristotle. Mengikut Aristotle, konsep “kebahagiaan” ( eudaimonia ) menjadi satu tujuan utama dalam perbuatan dan tingkah laku manusia.

Maksud “kebahagiaan” dalam skim Aristotle telah ditinjau

tentang beberapa parmasalahan yang timbul dengan pendapat Aristotle bahawa kebahagiaan ialah tujuan utama dan muktamad dalam kehidupan kita.

Pertama, terdapat dua jenis

perbuatan yang ditunjukkan oleh Aristotle. Aristotle membezakan antara perbuatan yang dilakukan untuk nilai perbuatan itu sendiri dengan perbuatan yang dilakukan untuk mencapai sesuatu tujuan seperti menghasilkan sebuah kerusi, atau supaya majikan akan menaikkan gaji pekerjanya, atau supaya seorang perempuan itu akan mencintai seseorang lelaki, dan lainlain. Mengikut sesetengah pendapat iaitu Ross, Aristotle menganggap perbuatan bermoral bukan sebagai perbuatan yang mempunyai nilai sendiri, tetapi sebagai perbuatan yang ditujukan kepada pencapaian sesuatu tujuan. Tujuan itu adalah “apa yang baik untuk manusia (dan ini bererti kebahagiaan)”.

Bagi pendapat lain iaitu Geach, Aristotle tidak berhak

berhujah daripada “setiap perbuatan yang dipilih untuk mencapai sesuatu itu mesti mempunyai tujuan terakhir” kepada “terdapatlah sesuatu tujuan terakhir dalam semua siri perbutan yang dipilih untuk mencapai sesuatu”.

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat

menafikan bahawa terdapat ahli-ahli falsafah yang berpendapat Aristotle telah menegaskan bahawa semua perbuatan kita yang dilakukan dengan sengaja dan secara sukarela mempunyai satu, dan hanya satu, tujuan utama. Dan jika Aristotle berpendapat sedemikian, maka beliau telah melakukan falasi yang disebut Geach. Tetapi kita boleh merujuk kepada sumbersumber tekstual bagi menunjukkan bahawa Aristotle tidak merujuk kepada satu, dan hanya satu, tujuan utama. Jika Aristotle mengatakan bahawa hanya terdapat satu tujuan utama, iaitu kebahagiaan, maka beliau tidak konsisten, dan beliau tentu telah memberi dua pendirian yang bertentangan.

Jika Aristotle konsisten dalam pendirian beliau, maka beliau harus

3

menganggap kebahagiaan cuma sebagai satu tujuan dalam kehidupan kita, dan terdapat juga tujuan-tujuan utama lain.

Satu perkara yang timbul ialah jika Aristotle mengganggap

kebahagiaan sebagai salah satu tujuan utama kita, adakah beliau mempercayai bahawa semua individu akan berusaha untuk mencapai kebahagiaan? Dan adakah benar dari segi fakta atau secara logik bahawa setiap seorang manusia itu akan mencari kebahagiaan dalam setiap perbuatan yang dipilih dan dilakukan olehnya dengan sengaja atau secara sukarela? Untuk menjawab persoalan ini Hardie membuat satu perbezaan sebagai suatu tujuan utama dan muktamad, dan kebahagiaan sebagai suatu tujuan yang “inklusif”.

Menurut Aristotle,

kebahagiaan bukanlah suatu keadaan mental tetapi merupakan suatu aktiviti, dan aktiviti tersebut dilakukan sepanjang kehidupan kita. Selain itu, falsafah yang boleh diketengahkan ialah kebaikan moral.

Aristotle

merujuk kepada perasaan dan perbuatan dalam perbincangan beliau tentang kebaikan moral. Sesuatu kebaikan moral boleh ditakrifkan melalui perasaan kita terhadap sesuatu objek atau situasi, dan juga melalui tindakan kita dalam keadaan kita. Salah satu kebaikan moral dalam sistem Aristotle ialah keberanian. Keberanian merupakan suatu perasaan yang berada di tengah-tengah antara perasaan takut dengan keyakinan diri. Seseorang yang terlalu takut, iaitu seseorang yang takut pada perkara yang tidak patut ditakuti, atau berasa takut dalam situasi beliau tidak patut barasa takut, dari segi moral merupakan seorang yang penakut. Sebaliknya, seseorang yang terlalu yakin dan jarang atau tidak berasa takut akan membuat atau melakukan sesuatu secara tergopoh-gopoh. Seseorang yang berani ialah seseorang yang tidak berasa takut dan juga tidak berasa terlalu yakin. Dan keberanian ialah suatu kebaikan moral. Jadi Aristotle menganggap perasaan yang yakin dan perasaan takut sebagai dua perasaan yang bertentangan, dan seseorang yang berani itu mesti mempunyai perasaan takut dan yakin yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Keadaan yang sama timbul bagi satu lagi kebaikan moral yang dinamakan kesederhanaan. Jika seseorang itu selalu terlibat dalam 4

perbuatan yang membawa keseronokan kepada dirinya, maka dia mestilah seorang yang terlalu mengikut hawa nafsu sahaja. Sebaliknya, jika seseorang itu sama sekali tidak terlibat dalam perbuatan yang membawa keseronokan, dia dianggap oleh Aristotle sebagai orang yang buta hati. Jadi seorang yang bersikap kesederhanaan akan mengawal perbuatan yang membawa keseronokan, dan dia akan menjamin supaya penglibatannya dalam perbuatan yang membawa keseronokan itu tidak berlebihan, dan tidak berkurangan. Satu lagi kebaikan moral dalam sistem Aristotle ialah kemurahan hati. Jika seseorang itu selalu membelanjakan wangnya, dan selalu memberi wang kepada orang lain walaupun perbuatan seperti itu akan menjejaskan dirinya, dia merupakan seorang pemboros. Sebaliknya, seseorang yang tidak terlalu membelanjakan wangnya mestilah dianggap sebagai seseorang yang tidak lokek. Seseorang yang murah hati itu ialah seseorang yang tidak membazirkan wangnya, tetapi masih membelanjakan wang semasa perlu, dan memberikan wangnya kepada orang lain pada masa dia patut berbuat demikian. Agak jelas di sini bahawa Aristotle merujuk kepada beberapa banyaknya atau kuantiti perasaan (seperti ketakutan, keyakinan diri, dan lain-lain) dan beliau juga merujuk kepada kuantiti kebaikan dan kejahatan. Aristotle juga menegaskan bahawa sesuatu perbuatan yang baik dari segi moral juga dilakukan “pada masa yang sesuai dan ia harus dilakukan dengan tujuan yang betul”. Dalam sistem Aristotle, sesuatu perbuatan itu hanya boleh dianggap sebagai pilihan jika ia dilakukan dengan keinginan atau kemahuan (boulesis atau will). Jadi seseorang itu perlu mempertimbangkan cara-cara untuk mencapai sesuatu tujuan tetapi tujuan itu bukan keinginannya, maka perbuatan yang dilakukan olehnya bukanlah pilihan. Keinginan merupakan tabiat moral, dan tabiat merupakan kelakuan yang tetap. Jadi, jika seseorang itu mempertimbang cara bagi mencapai tujuannya, perbuatan yang berakibat pertimbangan itu hanya boleh dianggap sebagai suatu pilihan jika orang yang melakukannya juga mempunyai kelakuan orang yang akan melakukan perbuatan. Oleh yang demikian, dia tidak akan kecewa selepas dia melakukan perbuatannya.

5

Terdapat juga falsafah lain iaitu, seni. Aristotle sering dituduh memberi pandangan intelektual yang sempit tentang kehidupan yang baik. Namun begitu, dalam amalannya, Aristotle memberi penghormatan yang tinggi kepada kepintaran demikian. Pada fikiran Aristotle, seni itu soal penggambaran atau ‘peniruan’. Seni meniru atau menggambarkan kehidupan manusia, terutama perbuatan manusia. Perbuatan manusia berbeza dari segi sifatnya, ‘dan perbezaan inilah yang membezakan tragedi daripada komedi; kerana yang akhir itu sepatutnya meniru manusia yang buruk, manusia yang awal itu lebih baik, daripada apa yang ada pada hari ini. Daripada enam elemen tragedi yang dikenal pasti oleh Aristotle – plot, watak, bahasa, pemikiran, pemandangan, lagu – plotlah yang terpenting. Kerana plotlah sebuah tragedi itu lengkap dan mencapai kesatuan. Dalam sistem Aristotle, rangka cerita (atau “plot”) ialah elemen yang mewakili aksi dan perbuatan manusia dalam sebuah drama. Elemen yang kedua yang disebut Aristotle adalah kelakuan atau tabiat watak (character), dan elemen ketiga ialah pemikiran watak (thought). Dalam sistem Aristotle, terdapat sebuah karya yang menjelaskan maksud kelakuan watak dan pemikiran. Menjelaskan tiga elemen drama tragedi lain iaitu elemen berkenaan bahasa, melodi dan pertunjukkan.

“Bahasa

merujuk kepada proses mencantumkan perkataan-perkataan untuk menjadi rangkap, atau untuk menjadi suatu susunan perkataan yang dapat difahami pembaca.

Elemen bahasa

haruslah mengandungi melodi. Dan elemen yang terakhir ialah, pertunjukkan. Aristotle menegaskan bahawa, disebabkan drama tragedy perlu dilakonkan, maka aksi-aksi mereka perlu diadakan. Oleh sebab itu, tragedi memerlukan elemen pertunjukkan. Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah, Aristotle merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka sehingga beliau dapat mengeluarkan falsafahnya sendiri. Berdasarkan falsafah beliau iaitu tentang konsep kebahagiaan, kebaikan moral dan seni dapat disimpulkan bahawa Aristotle mempunyai pemikiran yang tersendiri untuk menyatakan falsafahnya. Oleh itu, wajarlah Aristotle menjadi seorang tokoh falsafah yang disegani. 6

BIBLIOGRAFI : Awang Sariyan. (2008). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergy Sdn. Bhd. Hashim Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajan Melayu. Jonathan Barnes. (1991). Aristotle. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Lok Cheng Hoe. (1997). Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle :Universiti Sains Malaysia http :// en.wikipedia.org/wiki/Aristotle

7

8

Related Documents

Aristotle
June 2020 39
Aristotle
August 2019 46
Aristotle
October 2019 49
Aristotle
May 2020 29
Aristotle
October 2019 37
Aristotle
December 2019 34

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48