Arc

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Arc as PDF for free.

More details

  • Words: 728
  • Pages: 3
You are here: >> Archival News

Hidupkan semula kempen Perpustakaan Keluarga Down Date: 21-03-2005 Author: MOKHTAR YUSOF

KEBANYAKAN keluarga mempunyai bahan bacaan yang dibeli atau diperoleh secara percuma lalu disimpan secara sendiri di mana kadangkadangnya disusunkan sahaja di dalam sebuah almari berserta dengan benda-benda lain seperti pinggan mangkuk, trofi, bakul telur dan sebagainya. Segala bahan bacaan tadi jika dikumpulkan dan disusun dengan sempurna boleh dimanfaatkan oleh seluruh ahli keluarga. Malahan saudara-mara, jiran dan sahabat handai juga boleh meminjam dan menggunakannya. Sebuah almari kecil atau rak yang diubahsuai di mana di dalamnya tersimpan pelbagai jenis bahan bacaan secara automatiknya sudah boleh dianggap sebagai sudut bacaan keluarga. Sudut atau perpustakaan keluarga ini bukan sahaja boleh menyemai tabiat suka membaca di kalangan keluarga bahkan dapat mengeratkan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pernah menyebut, sudut perpustakaan keluarga adalah ruang, sudut ataupun bilik bagi menempatkan bahan bacaan, rujukan serta bahan elektronik seperti komputer, televisyen alat rakaman kasut atau video yang mengandungi maklumat serta pengetahuan yang boleh dijadikan khazanah ilmu terkumpul untuk dimanfaatkan oleh seisi keluarga. Menurutnya juga, bahan-bahan yang boleh ditempatkan di sini ialah bahan rujukan seperti kamus atlas, ensiklopedia, buku manual kereta, buku resipi, buku panduan telefon dan sebagainya. Buku kecil Perpustakaan Keluarga yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran (1989) pula menyebut, "konsep perpustakaan itu bukanlah tempat yang perlu wujud di sesebuah bangunan sekolah ataupun di sesebuah perpustakaan awam sahaja, bahkan perpustakaan itu perlu juga ke satu ruang di setiap rumah.'' Sebuah lagi buku kecil Pembacaan dan Perpustakaan Keluarga yang diterbitkan oleh Majlis Kemajuan Buku Malaysia (1991) pula menyebut "perpustakaan keluarga boleh dijadikan saluran yang berkesan untuk menerapkan minat membaca di kalangan ahli keluarga.'' "Perpustakaan keluarga ialah bilik, ruang ataupun sudut di rumah yang telah dipilih khas untuk ditempatkan bahan-bahan bacaan yang disusun dengan rapi.'' Menanam dan menyemai semangat membaca di kalangan anak-anak sebenarnya perlu bermula dari rumah. Untuk menyemai budaya suka membaca, ibu bapa dan keluarga harus

memainkan peranan memastikan hobi dan tabiat membaca anak-anak mereka terhadap pembacaan adalah kekal dari mula mereka mengenal apa itu buku sehingga dewasa. Anak-anak akan merasa senang berjinak dengan buku sekiranya melihat ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa mereka membaca di rumah pada masa lapang. Jadi, dengan adanya sudut atau perpustakaan keluarga akan memudahkan seisi keluarga paling tidaknya sekali dalam seminggu duduk sama-sama membaca dan menceritakan berhubung keseronokan bahan yang dibaca. Amalan pembacaan di kalangan ibu bapa dengan sendirinya akan dicontohi oleh anak-anak serta membiasakan mereka menghormati dan menjadikan buku sebagai rakan karib mereka. Konsep perpustakaan keluarga ataupun koleksi keluarga ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam masyarakat kita. Pihak Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) sendiri pernah melancarkan projek Perpustakaan Di Rumah pada 1986. Pihak kerajaan sendiri sejak 1988 telah melancarkan Kempen Gerakan Membaca dengan hasrat menjadikan tabiat membaca sebagai satu budaya di kalangan rakyat. Pada setiap kalinya berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Bulan Membaca Kebangsaan (Julai) konsep dan kempen mewujudkan perpustakaan keluarga semakin dikumandangkan agar dapat dipupuk dan dikembangsuburkan minat membaca di kalangan kanak-kanak. Perpustakaan Negara Malaysia sendiri telah diberikan peruntukan sebanyak RM140,000 untuk diagih-agihkan kepada 14 buah perpustakaan awam setiap negeri bagi menganjurkan Pertandingan Perpustakaan Keluarga (PPK) bersempena Bulan Membaca sejak 2001 lalu. Matlamat utama PPK ini semata-mata mahu menggalakkan ibu bapa menubuhkan perpustakaan keluarga di rumah. PPK ini lebih difokuskan kepada masyarakat luar bandar dengan tujuan untuk menjayakan hasrat kerajaan membantu meningkatkan masyarakat berilmu (K-Society). Pertandingan yang sama dibahagikan kepada dua kategori iaitu rumah kampung, desa dan taman perumahan. Bagi pertandingan 2001 itu, sebanyak 15 keluarga dari seluruh negara telah menyertainya. Difahamkan, pada tiga tahun berikutnya pertandingan yang sama telah ditiadakan di mana tidak pula diketahui mengapakah PNM khasnya dan perpustakaan awam negeri amnya menghentikannya. Pada ketika itu (2001) dilaporkan setiap perpustakaan awam negeri diberi peruntukan oleh PNM sebanyak RM10,000 bagi empat siri pertandingan (sehingga 2004) tetapi telah tidak diteruskan tanpa sebarang sebab yang jelas. Dalam konteks menghidupkan semula kempen perpustakaan keluarga itu tadi, elok juga pertandingan yang serupa baik di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan diteruskan.

Pihak perpustakaan awam negeri pula patut memainkan peranan yang lebih agresif agar lebih banyak keluarga di luar-luar bandar lebih terdorong untuk mewujudkan perpustakaan di rumah masing-masing. Apabila diadakan pemilihan untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan, biarlah ia benar-benar telus dan jangan terjadi seperti pada 2001 lalu, ada wakil yang dipilih secara tangkap muat dan kakitangan perpustakaan awam sendiri! (Source : Utusan Malaysia)

Up

Related Documents

Arc
May 2020 17
Arc
October 2019 35
Arc
October 2019 25
Arc
November 2019 23
Arc Hi
May 2020 9
Arc Notes
May 2020 10