Aplikasi Teori Interaksi Simbol Dalam Pendidikan

  • Uploaded by: haida ibrahim
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Aplikasi Teori Interaksi Simbol Dalam Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 2,244
  • Pages: 5
APLIKASI TEORI INTERAKSI SIMBOL DALAM KEHIDUPAN SEORANG GURU 1.0 PENGENALAN Di satu sudut kelas , kelihatan 2 orang anak , Nur Farhana dan Puteri Nurdiana, sedang bergaduh. Nur Farhana mula menunjukkan amarahnya dengan mengetapkan bibirnya dan mengangkat tangannya seolah-olah hendak memukul Diana dan Diana pula membalas dengan menjelirkan lidah dan cuba menepis tangan Farhana.Masing-masing saling tidak mahu mengaku kalah dan akhirnya kedua mereka menangis walaupun masing-masing tidak menyentuh satu sama lain. Dua orang guru, yang melihat kejadian itu dengan segera mendapatkan kedua anak tersebut untuk meleraikan pergaduhan antara mereka.Guru mengangkat jarinya dengan mengoyangkan ke kiri dan ke kanan sebagai isyarat “jangan” kepada kedua anak tersebut. Apa yang berlaku sebenarnya adalah bahasa isyarat untuk mengatakan ketidakpuasan hati kedua anak-anak tersebut dengan mempamerkan ketegasan masing-masing dan tidak mahu mengaku kalah. Manakala tindakan guru mengoyangkan jari sebagai satu amaran untuk menghentikan perbuatan anak-anak tadi .Mengetapkan bibir sambil mengangkat tangan tinggi , menjelirkan lidah sambil cuba menepis, mengoyangkan jari dan seterusnya merupakan bahasa isyarat, menunjukkan masing-masing dalam kemarahan, rasa sakit hati, dan kesedihan. Ini adalah huraian dari teori interaksi simbol yang diperkenalkan oleh pakar sosiologi Amerika, George Herbert Mead (1863-1931). George Herbert Mead berkeyakinan bahawa semua teori sosial yang ada dapat diuji secara praktikal, termasuk semua hal tentang kebenaran, pengetahuan, moral, dan politik. Interaksi simbol merupakan teori yang diwar-warkannya sebagai kajian perilaku individu atau kelompok kecil masyarakat melalui pemerhatian dan penyelidikan. Teori ini berlandaskan pada pemerhatian atas apa yang dipamerkan orang melalui penampilannya, gerak-gerinya, dan bahasa simbolik yang muncul dalam situasi sosial. 2.0 TEORI INTERAKSI SIMBOL Teori Interaksi Simbol adalah salah satu dari 10 teori yang terdapat dalam Komunikasi Interpersonal atau komunikasi antara perseorangan. Pendekatan teori ini adalah banyak berkaitan dengan individu dan emosi individu. Para pengkaji yang menjalankan penyelidikan mengenai perspektif ini mengatakan bahawa manusia dan emosi manusia paling penting dalam konsep sosiologi. Para pengkaji mendapati bahawa individu , emosi , perlakuan dan tindakbalas dapat dianalisa melalui interaksi dengan individu lain melalui proses sosial mereka. Teori Interaksi Simbol ini diperkenalkan oleh seorang pakar sosiologi, George Herbert Mead (1934). Pada pendapatnya, kehidupan manusia banyak bergantung kepada interaksi sosial yang dilalui sehari-hari. Menurut beliau lagi manusia memahami sesuatu melalui pengalaman serta peranan yang membentuk masyarakat. Beliau juga mendapati individu-individu tersebut berinteraksi dengan menggunakan simbol-simbol, yang di dalamnya berisi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata. Menurut George Herbert Mead (1934), terdapat tiga prinsip utama dalam teori ini iaitu:Makna Bahasa Pemikiran Melalui teori interaksi simbol ini , individu akan memperlihatkan emosi sama ada suka atau duka, gelisah atau tenang dan sebagainya perlakuan fizikal ,mimik muka, kata-kata dan lain-lain. Francis Abraham dalam bukunya Modern Sociological Theory (1982) mengatakan bahawa interaksi simbol pada hakikatnya merupakan satu perspektif yang bersifat sosial-psikologi untuk penyelidikan sosiologi. Setiap manusia yang berinteraksi menginterpretasi , bertindak, dan mencipta . Individu bukanlah sekelompok sifat, namun merupakan seorang pelaku yang dinamis dan sentiasa berubah, pelaku yang selalu berada dalam proses yang berulangan dan

tidak pernah selesai terbentuk sepenuhnya. Manusia yang dicipta oleh Allah tidak hanya mempunyai akal fikiran (mind), namun juga diri (self) yang bukan sebuah entiti psikologi, namun satu aspek dari proses sosial yang muncul hasil dari pengalaman dan aktiviti sosial yang dilalui sedari kecil. Proses interaksi adalah bersifat simbolik, di mana makna-makna dibentuk oleh akal fikiran dan peribadi atau sifat manusia. Makna- makna membawa maksud mengenai presepsi manusia tentang pandangan mengenai hubungan sosial yang terjalin ,tindakan yang muncul hasil dari proses interaksi sesama individu. Makna yang disampaikan oleh seseorang individu itu terbentuk biasanya berdasarkan kepada perlakuan daripada persepsi masyarakat di mana perlakuan terebut berupaya membentuk makna atau tanda kepada diri seseorang dan apa yang berada dalam pemikirannya. Contohnya masyarakat Melayu diajar bersopan dengan membongkokkan badan ketika melintasi orang yang lebih tua atau mengucapkan salam apabila bertembung dengan sesama Islam sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua dan menghormati sesama Islam. Begitu juga dengan masyarakat Jepun, Korea dan lain-lain yang dilatih untuk menyapa dan menundukkan kepala apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua atau sesama mereka untuk menunjukkan tanda hormat . Dari situ dapat kita perhatikan Interaksi Simbol ini jelas memberikan makna kepada komunikasi interpersonal seseorang itu. Selain daripada pendapat Mead terdapat seorang lagi pakar sosiologi interaksi bernama William I. Thomas (1863-1947) dari Amerika, memperjelaskan teorinya atas sifat saling kebergantungan organisasi antara individu dan lingkungan sosialnya dengan metod yang hampir dapat dikatakan sama dengan metod Mead dan Cooley. Misalnya, Thomas berusaha mengidentifikasi faktor-faktor psikologi dan biologi yang dibawa sejak lahir dan menjelaskan perilaku manusia itu. Beliau menyimpulkan ada empat dasar keinginan manusia, iaitu :(1) keinginan untuk pengalaman baru (2) keinginan untuk dihargai (3) keinginan untuk menguasai (4) keinginan untuk keselamatan Thomas yakin bahwa perilaku manusia tidak dapat dijelaskan dengan baik semata sebagai satu respon reflektif dari stimulus lingkungan. Ia percaya bahwa ada definisi subjektif yang penting yang ada di antara stimulus dan respon. Interaksionisme simbol Mead-Cooley-Thomas ini mendapat sambutan dari banyak pakar sosiologi Amerika bahkan sehingga kini. 3.0. SITUASI YANG BERLAKU Peristiwa yang berlaku seperti yang diceritakan di atas, semuanya bermula atas kesalahfahaman antara kedua anak tadi . Semuanya bermula apabila, kanak-kanak berehat setelah selesai makan pagi. Guru-guru akan memberi peluang kapada kanakkanak untuk bermain sama ada permainan dalam kelas atau luar kelas ( buaian, papan jongkit ). Nur Farhana dan Puteri NurDiana adalah rakan baik sejak mula lagi. Mereka sentiasa berdua tidak kira semasa bermain ataupun belajar. Sikap mereka yang saling bertolak ansur antara satu sama lain dan bantu membantu sangat menyenangkan hati guru-guru. Selalunya mereka tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada guruguru. Namun pada hari tersebut , telah berlaku satu insiden di mana ,kedua-duanya telah begaduh kerana berebutkan anak patung yang sama. Memandangkan keduanya adalah kawan baik maka guru telah mengambil mainan tersebut dari mereka berdua. Tetapi tanpa disedari mereka rupanya telah merajuk dan saling menyalahkan satu sama lain kerana gagal mendapatkan anak patung tersebut. Peristiwa tersebut terus terbawa-bawa hingga tengahari di mana, mereka bergaduh kerana berebutkan kerusi yang sama. Kali ini keadaan menjadi lebih serius kerana Farhana mula mengambil keputusan untuk tidak mengaku kalah. Begitu juga dengan Diana. Mereka sanggup untuk beradu tenaga demi untuk menegakkan pendapat masingmasing.

Masing- masing menunjukkan kemarahan melalui simbol dan isyarat dengan menggunakan body language ( kinesics ) serta mimik muka ( ekspresi wajah ) . Tujuan mereka adalah untuk menundukkan satu sama lain . Tetapi yang sebaliknya berlaku . Walaupun Farhana lebih besar tubuh badannya , namun Diana bersifat agak agresif dan tidak mungkin akan mengaku kalah . Perkara ini benar-benar mengejutkan mereka satu sama lain kerana sikap yang mereka tunjukkan adalah berbeza dari sikap mereka seharian hingga akhirnya timbul perasaan sedih dan kecewa dalam diri masingmasing. Akhirnya masing-masing menangis bukan kerana gagal menegakkan kehendak sendiri tetapi sedih dan kecil hati kerana merasakan rakan baik mereka sanggup hendak memukul kerana perkara kecil. Setelah guru campur tangan dan menyelesaikan pertikaian antara mereka , masingmasing kembali semula seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mereka berubah menjadi rakan baik malahan selepas itu sanggup membenarkan rakan yang seorang lagi bermain dengan anak patung yang mereka rebut-rebutkan pagi tadi. Sebenarnya disebabkan perasaan marah, keduanya tidak dapat berkomunikasi seperti biasa , saling tidak memahami dan menimbulkan salahfaham yang berlarutan. 4.0 INTERAKSI SIMBOL DAN KANAK-KANAK Sebagai seorang pendidik kanak-kanak tadika, tanggungjawab yang diamanahkan di atas pundak sememangnya sangat berat berbanding dengan guru sekolah rendah. Bayangkan kanak-kanak yang dikendalikan bermula dari umur 4 hingga 6 tahun. Malahan ada yang datang boleh dikatakan dengan tahap sifar sehinggakan hendak ke bilik air pun perlu diberi tunjuk ajar. Bayangkan bagaimana guru tadika dapt mengajar anak-anak yang pada mulanya langsung tidak tahu cara memegang pensil sehingga dapat menulis dan membaca. Malahan anakanak diajar tatasusila, adab sopan, disiplin , doa-doa harian dan lain-lain lagi. Di sinilah , saya sebagai seorang guru menggunakan pendekatan teoi interaksi simbol dalam menangani apa jua permasalahan yang timbul dalam masa mengajar anakanak tadika.Seawal jam 8.30 pagi anak-anak dilatih mengikut jadual dengan mematuhi masa untuk setiap sessi antara guru dan murid. Untuk melatih anak-anak ini , bahasa yang digunakan adalah amat penting diikuti dengan bahasa isyarat menggunakan gesture , kinesic dan mimik wajah. Semuanya bertujuan agar setiap pengajaran atau mesej yang cuba disampaikan dapat diterima dan diintepretasikan anak-anak tadika. Bukannnya satu perkara yang mudah untuk menyampaikan mesej dan memastikan mesej itu dapat diterima . Untuk itu , setiap hari saya akan megadakan satu sessi pagi yang disebut sebagai Circle Time di mana , dalam sessi ini soaljawab antara guru dan murid amat digalakkan agar dapat membantu kanak-kanak dalam memahami apa saja topic yang diutarakan oleh saya pada hari itu. Contohnya seperti berikut :Mengikut tema pada minggu ini adalah berkenaan haiwan. Dari sini saya akan memulakan sessi soaljawab dengan intonasi yang betul dan ceria.( Selalunya saya akan gunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam sessi soaljawab ini ). “ Assalamualikum, anak-anak , Good morning and how are you?” Kanak-kanak akan menjawab salam serta ucapan good morning serta “We are fine. Thank you”. Seterusnya , saya akan mengenalkan tema pada minggu tersebut. “Baiklah anak-anak, minggu ini kita akan belajar tentang haiwan”. Bermula dari situ , saya akan memperkenalkan haiwan yang terdapat disekeliling kita iaitu haiwan peliharaan, haiwan di air, haiwan di darat, haiwan di udara, haiwan liar dan haiwan jinak. Pada masa ini , anak-anak akan mula bertanyakan soalan-soalan kepada saya dan saya akan memberikan jawapan kepada mereka dan selalunya saya akan meminta mereka menjawab semula pertanyaan tadi. “ Teacher, apa maksudnya haiwan jinak?”. “ Baiklah, haiwan jinak ialah binatang yang kita jadikan binatang kesayangan dan binatang tersebut sangat manja dengan kita”. “Sekarang , tolong cakap dengan Teacher, binatang apa yang kamu pelihara dalam rumah?” “Teacher, di rumah ,saya bela kucing.” “Boleh tak kamu bunyi macam kucing?” Kanak-kanak semuanya mula mengiaw, masing-

masing dengan cara tersendiri. “Tolong buat macam mana kucing ….marah!” Kanakkanak terus menguatkan suara dan membuat mimik muka kucing yang sedang marah. “Kita tukar pula, macam mana kucing yang manja?”Kanak-kanak terus memperlahankan suara dan berbunyi seperti kucing yang manja dan juga membuat mimik muka yang comel. Sambil itu tangan dan badan masing-masing bergerak-gerak mengikut intonasi suara yang mereka mimikkan. Sambil membuat pergerakakan dan membunyikan suara kanak-kanak turut ketawa apabila melihat ekspresi wajah rakan mereka yang sangat lucu. Suasana menjadi gamat dan mereka semakin terangsang untuk terus bertanya soalan . “Teacher, boleh tak saya bela harimau?”. Soalan yang keluar dari anak yang pling pendiam mengejutkan semua rakan termasuklah diri saya sendiri. Apabila melihat saya ketawa maka anak-anak lain turut ketawa menyebabkan rakan yang bertanya tadi merajuk. Saya akan memanggil anak tersebut datang ke sisi saya . Sambil menggosok belakang anak tadi,saya jelaskan bagaimana sifatnya harimau. “ Nak bela harimau boleh tapi sangat berbahaya, kerana harimau tu binatang liar.Lagipun harimau makan daging mentah,nanti kamu pun dia makan!” Penjelasan tersebut menarik minat rakan-rakan yang lain. Masing-masing mula bertanyakan soalan lain.Lalu dengan tenang saya akan jelaskan. “ Allah jadikan harimau sebagai haiwan liar kerana di hutan ada banyak haiwan lain yang boleh dijadikan makanan. Kita tidak boleh merubah sifat harimau yang telah dilahirkan sebagai haiwan yang bersifat ganas. Ada tujuannya Allah jadikan begitu. Siapa yang tahu berbunyi seperti harimau?”. Anak pendiam tadi terus mengangkat tangan ke udara , mencekau udara sambil mengeram seperti harimau. Tidak cukup itu, wajahnya dibengiskan sambil memperlihatkan gigi sepertimana yang sering kita lihat harimau lakukan. Badannya terus diangkat kehadapan dan cakarannya dihalakan kepada rakan sebelah.Manakala rakan sebelahnya secara tidak langsung terus mengelakkan diri sambil menjeritjerit seolah-olah benar-benar diserang oleh seekor harimau. Dari situ jelas sekali anak-anak tersebut dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan mengenai haiwan apabila saya gunakan bahasa yang mudah, dengan intonasi yang betul, ditambah dengan isyarat badan dan tangan disertai mimik muka mengikut situasi yang dibicarakan. Selain memahami apa yang diajar, kanak-kanak turut diberi rangsangan dengan menceriakan mood mereka sebelum masuk ke kelas untuk belajar membaca dan menulis. 5.0.

KRITIKAN TERHADAP TEORI INTERAKSI SIMBOL

Menurut pendapat dari Blumer (1900-1987), konsep empiris itu bertentangan dengan konsep emergence dari kenyataan sosial. Menurut Blumer lagi , konsep emergence itu lahir dari aksi dan interaksi, dan segala keupayaan dan keinginan mengukur konsep diri tanpa memperhitungkan aksi dan interaksi mengakibatkan kegagalan dalam mengukur konsep diri dalam sistem sosial. Bagi Blumer, kenyataan sosial dan strukturnya pada dasarnya tak pernah tetap melainkan terus dinamik kerana interaksi antara individu atau manusia tak pernah berhenti selagi manusia itu masih hidup dan bernyawa . Segi-segi struktural seperti budaya, sistem sosial, stratifikasi sosial, atau peranan sosial membentu tindakan individu, tapi tidak dapat menentukan tindakan mereka. Contohnya :- Orang yang bermain sebagai penjaga gol dalam permainan bolasepak terbentuk perilakunya dalam pertandingan sepak bola, tapi tidak menentukan bagaimana dia harus bertindak di saat pintu golnya diancam serangan dari pihak lawan. Terdapat juga kritikan terhadap interaksi simbol yang mencakup dalam empat perkara utama . Pertama, teori ini dikatakan agak lebih memberatkan dengan spekulasi yang abstrak . Teori ini juga dianggap dengan lebih tepat dianggap sebagai filosofi sosial daripada teori sosial. Kedua, dengan alasan yang sama, interaksi simbol dianggap telah mengabaikan atau kurang penjelasan yang tepat. Ketiga, banyak konsep dalam interaksi symbol digunakan dengan batasan yang agak

kurang jelas, misalnya diri, Aku, aku, dan peranan. Dan yang keempat , teori ini dikatakan gagal menghubungkan konsep makna dengan diri. 6.0 KESIMPULAN Melalui kajian yang dijalankan oleh George Herbert Mead , beliau amat mementingkan interaksi, di mana hubungan di antara gerakan tubuh dan pergerakan tangan (gesture) yang tertentu dan juga makna-makna disebaliknya, sebenarnya akan mempengaruhi fikiran pihak-pihak yang sedang berinteraksi antara satu sama lain. Dalam terminologi Mead, pergerakan dan bahasa isyarat maknanya adalah sama oleh semua pihak yang terlibat dalam interaksi adalah merupakan “satu bentuk simbol yang mempunyai arti penting” ( a significant symbol”). Kata-kata dan bahasa , pergerakan - pergerakan fizikal , bahasa tubuh (body langguage), baju, status, kesemuanya merupakan simbol yang mempunyai makna.

Related Documents


More Documents from ""