Apakah Penyelidikan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Apakah Penyelidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,511
  • Pages: 6
Pengenalan Kepada Penyelidikan Pendidikan 1.0 Apakah Penyelidikan? Penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai sesuatu melibatkan analisis yang sistematik dan objektif serta cacatan pemerhatian yang boleh membawa kepada perkembangan generalisasi, prinsip-prinsip atau teori untuk membuat ramalan dan akhirnya kawalan terhadap berlakunya peristiswa. Walau bagaimanapun, adalah susah untuk memberikan definisi penyelidikan. Research is not what researchers do. Ia bukanlah setakat membuat ulasan literatur sahaja ataupun siasatan terhadap sesuatu perkara dan sebagainya. Penyelidikan adalah sesuatu aktiviti yang ada impak terhadap teori. “In the absence of theory, the activity is not a research” (Michael et al, 1994) Peranan teori adalah untuk menyatakan dan menjelaskan sesuatu fenomena. Hasil daripada sesuatu penyelidikan samada boleh mengesahkan ataupun menolak (refute) sesetengah teori yang sedia ada. Gaps in the theory, those areas about which previous little is known, can be discovered and speculated about in terms of how subsequent contributions to the knowledge base could fill them. Dalam konteks pendidikan pula, penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai cara teratur untuk memperolehi pengetahuan baru. Penyelidikan pendidikan merupakan satu aktiviti berhubung dengan usaha memperolehi dan menganalisis maklumat untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Hasil penyelidikan pendidikan ialah pengetahuan baru. 2.0 Perkembangan Penyelidikan Pendidikan Penyelidikan pendidikan moden dianggarkan bermula pada tahun 1897 apabila Joseph M. Rice menerbitkan dua artikel tentang pencapaian mengeja pelajar-pelajar. Di dalam artikel tersebut, Rice mendapati ketidakberkesanan penggunaan kaedah latih tubi untuk mengajar mengeja. Tahun 1900 adalah zaman bermulanya era saintifik di dalam penyelidikan pendidikan.Pada tempoh 1900-1920an, penerokaan dan pembinaan alat-alat pengukuran bermula dengan pesatnya. Contohnya, pada tahun 1905, Alfred Binet telah menerbitkan skala kecerdasan yang diperbaiki dan dimajukan oleh Terman pada tahun 1916 sehingga menghasilkan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet. Ini diikuti dengan penggunaan ujian kecerdasan dalam bidang pendidikan. Penggunaan kaedah statistik dalam penyelidikan pendidikan bermula apabila para penyelidik

1

menhadapi masalah untuk menganalisis dan mentaksir data. Thorndike (1914) berpendapat “Jika satu benda wujud, ia wujud di dalam junlah tertentu. Jika ia wujud di dalam jumlah tertentu, ia boleh diukur.” Ini telah menggalakkan penyelidik menggunakan kaedah-kaedah kuantitatif bagi memperolehi data yang perlu bagi pelbagai aspek penyelidikan pendidikan. Penemuan alat-alat pengukuran bagi penyelidikan pendidikan berlaku dengan pesatnya pada tahun 1920 hingga 1945 dengan munculnya penerbit-penerbit swasta untuk membekal alat-alat ujian. Pada tahun 1935, Fisher memperkenalkan rekabentuk berstatistik multivariate. Ini membolehkan penyelesaian masalah pendidikan yang rumit seperti penggunaan pembolehubah yang banyak. Usaha-usaha untuk menilai semula penyelidikan pendidikan bermula sejak tahun 1945. Pengukuhan penyelidikan pendidikan dibuat melalui pembaikan ke atas kaedah dan rekabentuk penyelidikan untuk menghasilkan maklumat penyelidikan yang lebih dipercayai. Penilaian kritis terhadap penyelidikan pendidikan mendapati lebih banyak kaedah baru statistik digunakan di dalam penyelidikan pendidikan untuk menyelesaikan masalah pendidikan secara realistik. Jadi, penyelidikan pendidikan bukan lagi dianggap sebagai bidang pengumpulan data, malah ia dianggap sebagai bidang yang mampu dalam usaha menyelesaikan masalah praktis pendidikan dengan berkesan. 3.0 Ciri-cirinya Penyelidikan 3.1 Oleh kerana ia perlu mengikuti beberapa langkah yang logikal, maka penyelidikan adalah sistematik. Langkah-langkah ini termasuk: • • • • •

Mengenalpasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. Membuat ulasan literatur untuk memahami bagaimana orang lain (others) telah menghadapi/menyelesaikan masalah/isu. Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperolehi keputusan yang sah. Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. Membuat kesimpulan dan generalisasi

3.2 Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif bagi menjadikan sesuatu yang sangat berguna untuk menerangkan atau meramal sesuatu fenomena. Andaian asas bagi kaedah saintifik ialah setiap kesan/akibat seharusnya mempunyai sebabnya. Ianya bermula dengan pembinaan hipotesis daripada pemerhatian casual (casual observation) dan pengetahuan laterbelakang (keteangan induktif) kepada keterangan akibat/kesan ataupun implikasi hipotesis. Ini diikuti dengan pengesahan atau penolakan hipotesis.

2

Kegunaan gabungjalinan keterangan induktif dan deduktif merupakan intipati (essence) kaedah saintifik. (Integrated use of inductive and deductive reasoning is the essence of scientific method. Dalam keterangan induktif, sesorang penyelidik membuat pemerhatian terhadap perisitiwa-perisitiwa tertentu (fakta-fakta konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan terentu. Contohnya, sesorang penyelidik mendapati bahawa semua guru yang belum terlatih keguruan tidak langsung menggunakan ABM/ABPP. Jadi, beliau membuat jangkaan bahawa guru tidak terlatih tidak menggunakan sebarang ABM dalam proses P-Pnya. Dalam keterangan deduktif, sesorang penyelidik akan memikirkan implikasi suatu kesimpulan seperti: “Kalau En A ialah seorang guru tidak terlatih, beliau tidak akan menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar.” Penyelidik ii akn menguji samada andaian ini betul atau salah. Dapatan-dapatan baru daripada penyelidikan seperti ini boleh menambah pengetahuan baru kepada pengetahuan yang sedia ada. Hipotesis-hipotesis baru boleh juga dibina dari struktur pengetahuan yang sedia ada dan pemerhatian casual serta pengujiannya boleh menambahkan pengetahuan baru. 4.0 Jenis Penyelidikan Pendidikan Terdapat dua cara untuk mengkategorikan penyelidikan iaitu berdasarkan tujuannya dan kaedahnya.. Klasifikasi penyelidikan berdasarkan tujuan atau matlamatnya Dibawah klasifikasi matlamat atau tujuannya, terdapat tiga jenis penyelidikan iaitu Penyelidikan Asas, Penyelidikan Gunaan dan Penyelidikan Tindakan Penyelidikan asas merupakan penyelidikan yang menekankan tentang penemuan pengetahuan semata-mata untuk pengetahuan. - lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud di dalam bidang pendidikan dengan lebih mendalam, contohnya, teori ketegangan saraf oleh ahli psikologi. - Memperolehi data empirik yang boleh digunakan untuk mengembang dan menilai teori. Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis. Walau bagaimanapun, keputusan-keputusan daripada penyelidikan jenis ini mungkin akhirnya digunakan untuk menyelesaikan maslah praktis. Contohnya, dapatan ahli psikologi tentang ketegangan persekitaran ke atas peningkatan tekanan darah boleh digunakan oleh guru-guru sekolah dalam menghadapi masalah peningkatan

3

tekanan darah yang membawa kepada keadaan resah yang tinggi di kalangan para pelajar. Penyelidikan Gunaan Example1 : Conducting a survey to determine the opinion of teachers about the suitability of a newly introduced curriculum for atechnician programme. Example 2: Comparing the effectiveness of two methods of teaching on the achivement of students in a subject. -bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi ataupun menguji sesuatu teori utuk menilai kegunaanya dalam arena pendidikan. Ia bertujuan untuk menemui sesuatu yang terbaik untuk dijalankan. Ia dapat memberikan data samada menyokong sesuatu teori, mengubahsuaikan sesuatu teori ataupun perkembangan sesuatu teori. “Developmental Research” juga merupakan sebahagian daripada Penyelidikan Gunaan. Ianya berkaitan dengan perkembangan produk yang berkesan untuk kegunaannya dalam institusi pendidikan. Contohnya, perkembangan rekabentuk kurikulum, garis panduan guru, bahan-bahan pembelajaran, sistem pengurusan dan sebagainya. Penyelidikan Tindakan Example 1: Introducing an innovation of modulated training by a teacher to study its effect on achievement of students in a subject. Example 2: Developing an instructional process by a teacher to improve learning strategies of students in aclassroom. Jadi, Kajian Tindakan adalah berkaitan dengan penyelesaian sesuatu masalah tertentu dalam keadaan setempat (local situation) dan dijalankan oleh sesorang (guru) dimana beliau akan menggunakan dapatan penyelidikan. Dengan kata lain, Penyelidikan Tindakan adalah situational (masalah yang membawa kepada sesuatu keadaan); participatory (Penyertaaan) kerana individu yang melibatkan dalam penyelidikan juga berkaitan dengan pelaksanaan dapatannya dan bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah di dalam bilik darjah. Klasifikasi Penyelidikan berdasarkan kaedah

4

Kaedah penyelidikan dicirikan dengan teknik-teknik yang digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan data. Berdasarkan kaedah penyelidikan, terdapat 5 jenis penyelidikan seperti bersejarah (historical) , Diskriptif (descriptive), correlational, ex-post facto dan Ujikaji (experimental). Penyelidikan Bersejarah (Historical) Tujuan penyelidikan historical adalah untuk membuat kesimpulan berkaitan dengan corak, sebab atau kesannya peristiswa-peritiswa lampau Ini dapat digunakan untuk menerangkan peritiswa semasa serta meramalkan peritiswa depan. Pengumpulan data terdapat dari dokumen-dokumen asli atau mengadakan temuduga kepada Penyaksi-penyaksi (maklumat asal) Data juga boleh dikutip dari punca sekunder (secondary sources). Penyelidikan Descriptive/Diskriptif --berkaitan dengan pengumpulan data dan pengujian hipotesis atau menjawab soalansoalan berkaitan dengan keadaan semasa sesuatu subjek/perkara yang di bawah kajian. Contoh-contohnya ialah : Factors perceived as motivators by technician teachers; Profile of technician teachers; Job analysis of building technicians; Students’ perceptions of teaching in technical colleges dan lain-lain. Penyelidikan Diskriptif boleh dilaksanakan samada melalui pertanyaan soalan kepada individu-individu berkaitan (melalui soalan-solan kaji selidik ataupun temuduga.) ataupun melalui pemerhatian. Kajian Correlational -bertujuan untuk menentukan takat perhubungan di antara dua atau lebih pembolehubah – pembolehubah yang dapat di berikan nilai (quantifiable) Contohnya, Perhubungan diantara gred pelajar pada peringkat sekolah tinggi dengan prestasi mereka dalam institusi teknikal. Jenis kajian ini bukan sahaja menyatakan keadaan-keadaan yang terdapat di dalam sesuatu situasi, tetapi juga menentukan sebab-sebab yang magkibatkan munculnya fenomena dibawah kajian semasa.

5

Penyelidikan Ujikaji The primary characteristic of the experimental research is manipulation of at least one variable and control over the other relevant variables so as to measure its effect on one or more dependent variables. The variable which is manipulated is known as an independent variable. Penyelidikan eskperimen biasanya terdapat dua ataupun lebih kumpulan bagi perbandingan tehadap pembolehubah bergantung.Jenis penyelidikan ini membentukkan perhubungan sebabmusabab. Contoh: Sesorang penyelidik dalam pendidikan teknikal berminat untuk mengkaji kesannya prestasi pelajar dalam matapelajaran mekanik gunaan yang diperolehi dari dua kaedah pengajaran iaitu kaedah kuliah yang berstruktur dan pengajaran dirancangkan/ditentukan dalam program. Pembolehubah bebas ialah kaedah pengajaran Pembolehubah bergantung ialah prestasi pelajar. Hasilnya kajian boleh digunakan untuk membuat ramalan Kajian Ex-post Facto (After the fact) Penyelidikan jenis ini berkaitan dengan kesan dan sebabnya yang telah diketahui tetapi dikaji sebaliknya oleh penyelidik. Kerlinger (1973) mendefinisikan kajian Ex-post Facto sebagai: “ Systematic, empirical inquiry in which the scientist does not have direct control of independent variables because their manifestations have already occurred or because they are inherently not manipulable”. Jadi, penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah ataupun beliau tidak dapat manipulasikan pembolehubah (pembolehubah-pembolehubah bebas) yang mengakibatkan sesuatu kesan ( pembolehubah bergantung)

6

Related Documents

Apakah Penyelidikan
May 2020 22
Apakah
October 2019 49
Kolokium(penyelidikan)
June 2020 31
Membudayakan Penyelidikan
December 2019 41
Laporan Penyelidikan
December 2019 33