Annyss Sophilea

  • Uploaded by: Muhammad Faiz
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Annyss Sophilea as PDF for free.

More details

  • Words: 1,357
  • Pages: 18
ANNYSS SOPHILEA MUHAMMAD FAIZ BIN NORAZMAN 4 SN 2

SINOPSIS Annyss Sophillea dating dari planet Alstonia. Dia berkembara untuk mencari kembarnya, Eyrique yang telah disembunyikan oleh Strenn. Strenn berbuat begitu kerana mahu mewarisi takhta pemerintahan Alstonia sekaligus mahu mengahwini Annyss. Dalam kembaranya itu, Annyss bertemu dengan Akmal. Akmal memahami masalah yang menimpa Annyss dan berhasrat membantunya. Dia akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Alstonia untuk bertemu dengan Annyss. Mereka juga berjaya mengesan tempat Eyrique disembunyikan dan Eyrique diselamatkan dengan bantuan Eustary. Pada masa yang sama, Strenn dan konco-konconya tiba di situ. Pada ketika itu, Eyrique terbayang akan peristiwa dia diculik dan disembunyikan pada hari sepatutnya dia ditabalkan sebagai raja. Strenn cuba menyakitkan hati Eyrique termasuk memberitahu bahawa dia telah merampas kekasih Eyrique, Sarlyn. Kini, Eyrique ingin membalas dendam.

Nasib mereka baik kerana kebetulan malam penghujung bintang Gemini. Menurut pesanan bonda Annyss, kekuatan Annyss dan Eyrique akan bersatu untuk menghapuskan musuh mereka. Namun, Strenn telah mula mengasak Eyrique hingga menimbulkan kebimbanga kepada Annyss. Semasa pertarungan itu Akmal menghalakan senjatanya kepada Strenn lalu membunuhnya. Akmal telah melakukan pengorbanan yang amat besar, iaitu sanggup mengorbankan nyawanya demi memastikan keselamatan Eyrique. Akmal reda menerima kematianya akibat daripada tindakanya membunuh Strenn. Namun, Eyrique dan Annyss telah berusaha untuk menyelamatkannya.

TEMA DAN PERSOALAN 

TEMA Cerpen ini membawakan tema pengorbanan. Pengorbanan itu bersifat global tanpa mengira batas sempadan bangsa, keturunan, dan geografi. Pengobanan ini jelas terlihat daripada sikap Akmal yang sanggup membinasakan dirinya semata-mata mahu memastikan Strenn yang menjadi musuh Annyss dan Eyrique mati Selain itu, pengorbanan juga dapat dilihat menerusi tindakan Akmal yang sanggup merentas dunia sehingga ke Alstonia. Dia mahu menbantu Annyss

yang pada jangkaannya sedang memerlukan bantuanya. Pengorbanan ini sangat besar ertinya kerana kehadiran Akmal penting bagi membina keyakinan Annyss mencari kembarnya. Pengorbanan juga dapat dilihat menerusi watak Annyss yang bersungguhsungguh menyelamatkan Eyrique daripada Strenn. Annyss berasa bertanggungjawab untuk mendapatkan Eyrique dan lebih penting daripada itu memastikan takhta Maharaja Alstonia terus diwarisi Eyrique.

• PERSOALAN





PERSOALAN KEMANUSIAAN. Persoalan ini jelas dapat dilihat melalui perwatakan Akmal. Dia menjalinkan perhubungan dengan Annyss dan sanggup berkongsi kesusahan dengan rakanya itu. Dia dapat merasakan betapa besarnya tanggungjawab Annyss bagi memastikan takhta Alstonia diwarisi Eyrique. Justeru, atas dasar kemanusiaan, Akmal membantu Annyss menyelamatkan Eyrique. PERSOALAN KEBENARAN MENGATASI KEBATILAN. Menerusi cerpen ini juga pengarang memaparkan persoalan kebenaran akan mengatasi kebatilan. Strenn yang mewakili kebatilan cuba menggunakan kekuatannya untuk menyembunyikan Eyrique demi menjayakan konspirasinya memiliki takhta Alstonia sekali gus bercadang mahu mengahwini Annyss . namun rancangan jahatnya itu tidak mudah dijayakan kerana Annyss yang mewakili kebenaran



mendapat hak mereka melalui bantuan Akmal. Pada kesudahan ceritanya, Strenn berjaya dibunuh oleh Akmal. PERSOALAN KASIH SAYANG. Persoalan kasih sayang turut menjadi persoalan dalam cerpen ini. Keadaan ini dapat dilihat menerusi hubungan Akmal dan Annyss yang diikat oleh perasaan kasih sayang. Walaupun, hal ini tidak dinyatakan dengan secara jelas, namun kesanggupan Akmal merentasi angkasa semata-mata merasakan Annyss menghadapi kesusahan menunjukan kewujudan hubungan itu antara mereka. Malahan, kesanggupan Akmal mempetaruhkan nyawanya demi memastikan tahkta kerajaan dipegang oleh Eyrique menjadi bukti kukuh kewujudan perasaan kasih sayang Akmal kepada Annyss.

Persoalan kasih sayang juga terlihat antara Annyss dengan saudara kembarnya, Eyrique. Dia sanggup mengembra ke merata tempat dalam usaha mencari saudara kembarnya. Yang jelas, Annyss mahu memastikan saudara kembarnya itu selamat dan akan terus mewarisi takhta tersebut.

PLOT Secara keseluruhannya, plot tersusun secara kronologi. Hal ini menjadikan kisah tersebut mudah untuk difahami. Berikut merupakan aturan peristiwa tersebut: PERMULAAN  Annyss Sophillea mengembara ke Bumi untuk menjejaki saudara kembarnya. Dia telah berkenalan dengan Akmal semasa berada di Bumi. PERKEMBANGAN  Annyss meneruskan pencariannya di Alstonia. KONFLIK  Konflik tercetus antara Annyss dengan sepupunya Strenn yang ingin merampas kuasa Kerajaan Alstonia.

KLIMAKS  Pertarungan yang hebat antara Eyrique dengan Strenn yang berkesudahan Strenn mati ditembak Akmal. PELERAIAN  Annyss dan Eyrique berusaha untuk menyelamatkan nyawa Akmal. Namun demekian, terdapat beberapa teknik imbas kembali yang digunakan penulis. Sebagai contoh, teknik ini dikemukakan oleh penulis semasa Annyss teringat kembali zaman kanak-kanaknya bersama Eyrique.

WATAK DAN PERWATAKAN 





ANNYSS Annyss merupakan kembar Eyrique. Ibu bapanya telah meninggal dunia. BERTANGGUNGJAWAB Apabila takhta Maharaja Alstonia yang sepatutnya diwarisi oleh Eyrique cuba dicabar oleh Strenn, Annyss berasakan dia orang yang paling bertanggungjawab mempertahankan takhta itu daripada menjadi milik Strenn. BERANI Annyssjuga seorang gadis yang berani. Hal ini jelas kelihatan apabila dia sanggup berdepan dengan Strenn dan berani mencabarnya. Dia juga sanggup mendustai Strenn untuk menakut-nakutkannya tentang penemuan Eyrique. Walaupun dikatakan tindakan itu tidak jujur, tetapi itu merupakan sebahagian strategi Annyss untuk meresahkan Strenn yang menjadi musuhnya.



PENYAYANG Annyss mempunyai perasaan penyayang. Hal ini jelas sekali dapat dilihat menerusi sikapnya kepada Eyrique. Dia sanggup mengembara ke Bumi demi mencari Eyrique.



AKMAL





Akmal dianggap hero dalam cerita ini. Akmal berperwatakan: BERANI Akmal merupakan seorang remaja yang berani. Hal ini jelas terlihat apabila dia sanggup ke angkasa tempat terletaknya Negara Alstonia. Dia juga sanggup menggadaikan nyawanya semata-mata mahu memastikan Strenn mati. PENYAYANG Akmal digambarkan seorang remaja yang penyayang. Sikap ini terpancar apabila dia menyerahkan sekeping kad hari jadi kepada Annyss walaupun pada ketika itu dia sedang bertarung dengan maut.







STRENN Strenn dianggap sebagai watak antagonis dalam cerpen ini. Dalam banyak hal Strenn merupakan pencetus kepada semua kekalutan yang dialami oleh Annyss dan Eyrique. Berikut merupakan perwatakan Strenn. EGO Strenn berego tinggi. Apabila Eyrique hilang, dia dapat merasakan bahawa Annyss tidak akan menemui kembarnya itu. Malah, dia begitu yakin bahawa dia akan mewarisi takhta Maharaja Alstonia. BERNAFSU BESAR Strenn juga merupakan seorang pemuda yang bernafsu besar. Hal ini dapat dilihat daripada keinginannya mendapatkan takhta Maharaja Alstonia walaupun dia bukan merupakan waris yang layak. Demi menjayakan matlamatnya itu, Strenn sanggup mengatur komplot bagi menyembunyikan Eyrique, iaitu calon yang sepatutnya mengisi takhta tersebut. Tidak cukup dengan rancangan buruknya itu, dia cuba menambah penderitaan Eyrique dengan mengatakan bahawa dia akan mengahwini kekasih Eyrique, iaitu Sarlyn.



WATAK BUKAN MANUSIA Watak bukan manusia terdiri daripada Eustary dan burung Inderawasih. Eustary merupakan seekor kuda putih yang menjadi tunggangan Annyss ke Bumi. Kuda ini bersayap perak dan di tepinya berwarna keemasan. Bulu tengkuknya berombak-ombak dan pada dahinya bertanduk satu. Kakinya amat tegap. Eustarylah yang telah membantu memecahkan tembok yang mengurung Eyrique. Inderawasih pula merupakan seekor lago binatang tunggangan Annyss. Yang menariknya, binatang ini boleh mengubah saiznya menjadi besar apabila disarungkan sebentuk cincin berbatu delima pada kakinya.

LATAR 





LATAR TEMPAT Bumi – Annyss dan Akmal bertemu di sini. Angkasa – Di negeri Alstonia. Berlaku pelbagai peristiwa di sini akhirnya membawa kepada kematian Strenn. LATAR MASA Peristiwa berlaku dalam tempoh tujuh hari (bersamaan sehari) di Alstonia dan pada zaman futuristik yang memperlihatkan penggunaan senjata seperti percikan cahaya ungu dan pedang yang tidak tahu dari mana munculnya. LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang dipaparkan dalam cerpen ini ialah masyarakat Bumi yang mengamalkan sikap saling membantu dan menghargai hubungan persahabatan dan masyarakat angkasa lepas, misalnya dari Planet Alstonia.

GAYA BAHASA Simile – penggunaan simile dapat ditemukan dengan banyak dalam cerpen ini. Perhatikan contoh berikut:  bagai mutiara terputus dari rangkaian, gerimis sendu mula rebas.  Sesungguhnya Annyss umpama akar tunjang, lemah dan liat, desis hati kecilnya, dilentur mahu tetapi dipatah tidak dapat. Metafora, contohnya:  selimut gunung Personifikasi, contohnya:  subuh telah mengundur diri… Bahasa sinis, contohnya:  “ itu sahaja persembahanmu yang terbaik Strenn ” …

NILAI DAN PENGAJARAN NILAI 





KASIH SAYANG. Dalam cerpen ini, kasih sayang merupakan unsure terpenting bagi membina perhubungan antara Annyss dengan Eyrique. Atas perasaan itu, Annyss sanggup bersusah payah demi Eyrique. PENGORBANAN. Nilai pegorbanan juga dapat dilihat menerusi tindakan Akmal yang sanggup mengorbankan dirinya demi Annyss dan Eyrique. Dalam konteks ini, pengorbanannya begitu besar sehinggakan sukar untuk dinilai dengan harta benda. KEBERANIAN. Nilai keberanian juga dapat dilihat dengan jelas menerusi cerpen ini. Annyss berani menyuarakan kebenciannya terhadap Strenn. Eyrique berani menyuarakan haknya kepada Strenn dan yang lebih penting, Akmal berani mempertaruhkan nyawanya demi memastikan takhta menjadi milik Eyrique aspek keberanian ini begitu dominan sehinggakan keberanian bertindak sebagai pemangkin kepada kejayaan merka mendapatkan hak mereka semula.

PENGAJARAN 





kita mesti mempertahankan hak kita agar tidak dirampas oleh orang lain. Semangat setiakawan harus menjadi amalan hidup kerana kawan dapat membantu kita semasa kita berada dalam kesusahan. Sikap tamak dan mementingkan diri akan membawa kepada kemusnahan.

Related Documents


More Documents from ""

030010a0.pdf
November 2019 32
Pendidikan Jasmani
June 2020 34
Teka Teki Lawak
June 2020 26
Annyss Sophilea
June 2020 31