An Teknologi Golongan Kurang Upaya

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Teknologi Golongan Kurang Upaya as PDF for free.

More details

  • Words: 3,384
  • Pages: 18
Perkembangan teknologi golongan kurang upaya 1.0

Perisian untuk golongan cacat penglihatan

1.1

Perisian Duxbury (Duxbury Braille tranlator)

Braille diibaratkan sebagai 'mata' dan 'nyawa' kepada orangorang buta. Menerusi Braille, mereka boleh mendapat pelbagai informasi, menambah ilmu dan membaca kisah-kisah menarik. Sebelum munculnya peralatan canggih yang serba moden ini, Braille dihasilkan secara manual iaitu ditaip dengan menggunakan mesin taip di atas sekeping kertas khas yang akan menimbulkan huruf braille Kemunculan sistem Braille moden seperti perisian Terjemahan Braille Duxbury (DBT), perisian JAWS (boleh mengeluarkan suara) dan mesin pencetak tulisan Braille atau dikenali sebagai embosser menjadikan kerja-kerja penghasilan buku Braille berjalan dengan pantas.buku akan diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang dimulai daripada muka surat pertama. Kemudian, segala butiran yang diimbas sebentar tadi akan tertera di komputer menerusi perisian ‘text document’ dalam huruf rumi. Ketika proses ini berjalan, perisian JAWS yang boleh mengeluarkan suara akan membaca satu persatu ayat yang diimbas dari buku tersebut. Dengan ini, tugas-tugas penyuntingan dan mengenal pasti kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan buta sendiri, tanpa bantuan sukarelawan. Menariknya sistem JAWS ini, selain membaca ayat yang tertera, JAWS juga akan bersuara apabila kursor tetikus terkena mana-mana item di skrin komputer. Contohnya, JAWS akan menyebut perkataan fail jika kursor terkena pada item file. Setelah membetulkan kesalahan ejaan, ayat-ayat rumi akan dihantar dan disimpan di dalam perisian DBT dengan tujuan menterjemahkan huruf rumi ke dalam huruf Braille.

1

Akhir sekali, barulah ia dicetak melalui mesin embosser yang disambung pada komputer. Hasil cetakan akan keluar dalam bentuk Braille dan seterusnya kami akan melakukan proses yang sama sehingga ke halaman terakhir buku.

1.2

Perisian pembaca skrin

Perisian pembaca skrin adalah merupakan satu perisian yang mengandungi komponen sintesis pengucapan yang akan mengucapkan sebarang teks yang muncul pada skrin. Harga bagi perisian pembaca skrin ini adalah dalam lingkungan RM300 ke RM1,000 1.2.1



Screen reader (windoew-eye)

Apabila Screen Reader ini telah di install ke komputer, maka, komputer tersebut akan boleh berkata-kata seperti manusia. Komputer itu mestilah mempunyai sound card.



Jadi, segala teks yang terpapar di skrin akan dibaca oleh screen reader tersebut. Jadi, tahulah pengguna apa yang terpapar di skrin komputer.Tetapi, software ini hanya boleh membaca teks sahaja. Jika terdapat sebarang grafik atau pun gambar, dia akan senyap atau menyebut grafik atau blank.



Software ini datangnya dari Amerika Syarikat. Perisian ini dapat membaca teks dalam Bahasa Inggeris dengan lancar . Tetapi, jika membaca Bahasa Melayu, bunyinya seperti Mat Salleh atau orang inggeris baru nak belajar bercakap melayu, kurang lancar.



Window-eye membolehkan pengguna melayari internet, menghantar dan menerima e-mail.



Window-eye juga boleh membaca laman web dan membaca fail PDF

2



Window –eye 1.0 dikeluarkan pada tahun 1990 oleh by GW Micro. Ia akan diperbaharui setipa tahun



Sehingga kini Window-Eyes 6.1 Beta 1, including yang menyokong Windows Vista telah dilancarkan pada 30 Januari 2007 .



Window-eye 7.0 beta 2 juga telah dilancarkan



Ia merupakan perisian utk cacat penglihatan atau lemah penglihatan. Yang mana akan menterjemah komponent dalam sistem pengoperasian sintesis pengucapan yang akan mengucapkan sebarang teks yang muncul pada skrin.



Ia amat memudahkan pengguna tanpa perlu menghafal keystroke

1.2.2

JAWS

Perisian JAWS yang direka khusus untuk membaca perubahan pada skrin komputer. Semua perkara yang berlaku pada skrin akan dibaca secara lisan kepada pengguna. Ini membolehkan golongan kurang upaya penglihatan menggunakan komputer seperti biasa tanpa perlu melihat skrin komputer tersebut. Perisian JAWS yang terbaru juga boleh menyokong penggunaan Windows Vista.

Ciri-ciri yang ada pada perisian JAWS 9.0 ialah : •

Didatangkan dengan instalasi percakapan yang pantas dan mudah



Gabunagn 2 multi-lingual speech synthesizers - Eloquence™ and RealSpeak™ Solo SAPI 5



Menggunakan format asas bagi teks dan audio



15 tahun pengalaman dengan Windows dan telah digunakan oleh 50 buah Negara dalam 23 bahasa yang berbeza



Lengkap didatang bersama perisian with MAGic® screen magnification

3

Harga bagi perisian JAWS adalah : • • •

1.2.3

JAWS Professional: $1,095 (Windows Vista, Windows XP, Windows 2000, or Windows Media Center) Add access for Remote Desktop, Terminal Server/Citrix: $200 (JAWS Professional only) JAWS Standard: $895 (Windows Vista Home Premium, Windows Vista Home Basic, or Windows XP Home)

WebAnywhere

WebAnywhere merupakan pembaca skrin berasaskan web. Ia digunakan oleh golongan cacat penglihatan untuk mengakses web dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet dan ouput audio. Sebelum wujudnya WebAnywhere pengguna cacat penglihatan menggunakan perisian program pembaca skrin untuk menukarkan maklumat dan visual pada skrin kepada percakapan atau suara. Terdapat lebih 1 milion pengguna cacat penglihatan mengakses web menggunakan perisisan pembaca skrin. Kos membeli perisian pembaca skrin menjadi rintanagn kepada penggunanya untuk capaian web. Kebanyakan perpustakaan di US menyediakan kemudahan capaian internet tetapi tidak menyediakan perisisan pembaca skrin kerana harganya mahal. Pengguna cacat penglihatn juga ada kalanya tidak mampu untuk memiliki perisian pembaca skrin sendiri. Ini menyekat capaian maklumat oleh golongan tersebut. Harga bagi perisian pembaca skrin agak mahal kerana ia sangat kompleks, pasarannya kecil dan memerlukan kos sokongan yang tinggi. Pembangunan perisian pembaca skrin sangat kompleks kerana setiap antaramuka dalam program perlu mentafsir tulisan secara sendiri. Oleh kerana perisian pembaca skrin ini memerlukan kos yang tinggi ia tidak di masukkan pada semua komputer. Pengguna komputer acacat penglihatan apabila mereka bergerak ke sesuatu temapat yang lain contoh ke perpustakaan atau komputer milik individu lain, mereka tidak dapat mengakses web. Ini kerana komputer lain tidak dimasukkan dengan perissian

4

pembaca skrin. Walaupun terdapat perisian pemabaca skrin yang mudah dibawa , namun ia memerlikan kebenaran untuk memasukkan perisian baru. Dengan wujudnya WebAnywhere ia dapat menyediakan capaian web secara percuma daripada semua computer seperti computer diperpustakaann, di universiti, computer rakan dan lain-lain lagi. Kelebihan WebAnywhere ini membolehkan capaian maklumat dimana-mana oleh golongan cacat penglihatan.

1.2.4

BrailleNote

Alat ini digunakan oleh golongan cacat penglihatan untuk mebaca menggunakan braille. Alat ini kecil seperti komputer atas riba yang mudah dibawa oleh penggunanya. Alat ini mempunyai fungsi yang sangat ‘user friendly’. Ia boleh digunakan bersama pemprosesan perkataan untuk membentuk, mengubah dan menyompan dokumen dengan menterjemahkannya dari Braille kepada pemprosesan perkataan. Document boleh boleh dicetak secara Braille atau atau dihantar kepada pengguna lain menggunakan e-mail. Alat ini juga boleh disambung dengan modem untuk yang membolehkan pengguna berhubung secara dalam bentuk rangkaian dengan pengguna lain. Antara kemudahan laian yang terdapat pada BrailleNotes ialah : •

Blluetooth dan WiFi



Penambahan Media Player



Memo dalam bentuk suara



Kawalan audio



Web browser



FM radio



Peranti kemasukan braile sambungan dengan JAWS untuk window

5

1.3

Perisian pembesar skrin Perisian pembesar skrin amat sesuai digunakan bagi membantu melihat sesuatu teks

pada skrin komputer. Ia adalah satu perisian yang membesarkan bahagian paparan monitor supaya mudah untuk dibaca. Teknologi ini membantu pembacaan terutama apabila teks adalah kecil. Terdapat pelbagai jenis perisian pembesar skrin yang boleh diperoleh daripada pasaran dengan fungsi yang pelbagai.

1.3.1

ZoomText

Perisian ZoomText yang terbaru ialah

ZoomText

9.1,

perisian

ini

membolehkan melihat sesuatu teks pada skrin yang dibesarkan dan membaca teks tersebut dengan lebih jelas berbanding perisian

versi

sbelumnya.

Dengan

sokongan ‘xFont Magnificatin Diplay High-definition Text’ yang terdapat dalam Zoom Text 9.1 ia dapat mengesan teks dengan lebih mudah. Juga dengan sokongan ‘NeoSpeech Synthesizers’, semua aplikasi dan pembacaan dokumen dapat dibaca dengan lebih kuat dan jelas seperti suara manusia biasa. Ciri-ciri terbaru yang terdapat dlam ZoomText 9.1 ialah •

Boleh membaca dan membesarkan teks dalam dua monitor



Peningkatan dalam kebolehan mengawal pemfokusan teks yang hendak dibaca



Menyokong penggunaan dalam Windows Vista



Dapat menyokong penggunaan untuk Microsoft Office 2007



Menyokong penggunaan untuk Adobe Acrobat 8 dan Adobe Reader 8



Menyokong penggunaan untuk Mozilla Firefox 2.0 6

Harga bagi perian ZoomText ialah : Produk terbaru CD

: $595

Produk terbaru USB : $695

ZoomText

USB

merupakan

produk terbaru yang memberi apalikasi yang lebih memudahkan pengguna. Ini kerana ia boleh di bawa ke merata-rata tempat sama ada dirumah, sekolah, temapat kerja, perpustakaan atau ditempattempat awam yang lain. Ia mudah dibawa dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Ia boleh di jalan dan dimasukkan ke dalam computer dimana-mana dan pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa penambahan bayaran untuk kebenaran lessen penggunaan. Dengan ii ia sesuai untuk kegunaan individu dan juga organisasi dan dapat menyokog penggunaan dalam persekitaran rangkaian dengan mudah.

1.3.2

Mesin pembaca ‘ScannaR’

Alat

ini

memberi

kemudahan

kepada

golongan cacat penglihatan untuk membaca teks. Ia membolehkan pengguna membaca majalah

tanpa

menggunakan

bantuan

computer. Teks akan diibas dan dibaca . alat alat ini boleh disambung dengan BrailleNote atau VoiceNote. Apabila scanner

7

disambung dengan BarilleNote pengguna akan dapat membaca negguna tulisan Braille. Dan apabila scanner disambnung denga VoiceNote dengan kemudahan audio pengguna hanya perlu mendengar teks yang dibaca. Dengan kemudahan audio output dapat memudahkan pelajar membuat ulangkaji. Alat ini sesuai untuk golongan buta dan rabun pada tahap yang tinggi. Kebolehan alat ini dapat membaca 50000 mukasurat dan dapat disimpan dalam satu masa tertentu. Cara pengunaan alat ini ialah pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada scanner dan menekan butang. Teks akan dibac dan mengeluarkan suara. Pengguna juga boleh menyimpan teks yang dibaca dengan menekan butang dan menyebut nama fail dan akan disimpan. Alat ini juga dapat menyokong pelbagai jenis bahasa seperti Sapnish, Italian, Franch dan lain-lain lagi.

2.0

Perisian untuk golongan cacat anggota fizikal

2.1 Naturally Speaking

Perisian Naturally Speaking berfungsi untuk menerima arahan lisan dan menaipkannya

secara

automatik dalam pemproses perkataan. Mereka yang kurang upaya fizikal seperti hilang anggota tangan akan dapat melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan secara sendirian. Perisian ini mampu melakukan semua fungsi perisian tersebut hanya dengan arahan lisan sahaja. Untuk menaip teks penggun akan akan bercakap dan teks akan tertera pada skrin. Untuk menjalankan perisian ini memerlukan satu mikrofon yang sangat peka terhadap suara untuk mengesan suara pengguna dan menterjemahkan dalam bentuk teks. Bagi proses atau aplikasi menyimpan fail atau menghapuskan fail pengguna hanya perlu bercakap memberikan arahan. Perisian ini akan berfungsi mengikt arahan penggunanya.dengan ini ia dapat memudahkan pengguna yang cacat angota fizikal contoh tidak mepunyai tangan dapt menggunakan computer untuk kerja-kerja harian. Perisian ini juga boleh

8

menyediakan kemudahan untuk membaca web dengan hanya pengguna memberikan arahan untuk membaca web. Harga bagi perisian Naturally Speaking ialah : • • • •

NaturallySpeaking Professional version 9 NaturallySpeaking Preferred version 9 NaturallySpeaking Medical version 9

: $899.00 : $249.00 : $1,199.00

NaturallySpeaking Legal version 9

:$1,199.00

2.2 Perisian ‘sticky keys’ atau ‘latch key’

Perisian ini memberikan seseorang OKU satu alternatif yang lain bagi mengatasi masalah menekan dua atau tiga kekunci pada masa yang sama. •

kesukaran untuk menggunakan papan kekunci dan tetikus yang sedia ada.



Terdapat beberapa teknologi yang dapat membantu OKU menangani kesukaran ini



Bagi pengguna yang menggunakan sistem pengoperasian Windows (Windows 95, Windows 98, Windows 2000 dan Windows XP) fungsi ‘sticky keys’ ini boleh diaktifkan dengan mengaktifkan ‘Accessibility Options’ dalam panel kawalan.

9



Selain daripada itu, perisian menaip prediktif juga boleh digunakan sebagai satu alternatif untuk membantu menyelesaikan kesukaran ini.



Perisian ini akan meneka apa perkataan yang sedang pengguna cuba taip. Setiap kali pengguna menekan kekunci karakter, perisian ini akan memberikan pilihan perkataan yang cuba ditaip sehingga dapat membentuk satu perkataan yang lengkap. Ini mengurangkan beban pengguna OKU kerana ia hanya perlu menekan beberapa kekunci untuk membentuk satu perkataan.

3.0

Perisian untuk golongan cacat pendengaran 3.1

Ruby Open Book

Ruby Open Book mengimbas

teks

boleh digunakan untuk

pada

mukasurat

buku

dan

kemudiannya membacakan kandungan teks tersebut kepada

pengguna.

pengguna

yang

Perisian kurang

ini upaya

membolehkan penglihatan

mendengar isi kandungan buku tersebut tanpa memerlukan proses menukar kandungannya ke bentuk Braille. Suara yang digunakan boleh diubah-ubah mengikut selera pengguna sama ada suara lelaki mahupun suara perempuan. Kelajuan proses pembacaan juga boleh dikawal selain pic suara tinggi atau rendah. Harga bagi perisisan OpenBook (works Windows® 2000, Windows XP, and Windows Vista® operating systems): $995. 4.0

Perisian pendidikan khas masalah pembelajaran 4.1

Perisian Dr Speech

10

Harga: RM 5,000.00 Perisian Dr Speech diasaskan oleh Dr Daniel Huang. Perisian ini dicipta khusus sebagai satu kaedah terkini untuk pendidikan pertuturan sebagai kegunaan guru-guru, ahli terapi, ahli patologi bahsa, doktor yang merawat pesakit yang menghadapi masalah bertutur kerana penyakit dan kecacatan. Keseluruhan program perisian ini dibawah program windows. Perisian ini dilengkapkan dengan berbagai modul laihan yang menarik kanak-kanak khas atau istimewa. Antara modul yg terdapat dalam perisian ini ialah •

Speech analysis



Speech training



Real speach



Speach teraphy



Clinical progress training



Voice assesment

Segala perisian ini dimasukkan ke dalam sebuah komputer peribadi multimedia yang dilengkapi dengan sebuah mikrofon yang sangat peka bunyi.

11

Matlamat utama program ini adalah emberi satu pengajaran pertuturan secara 2 hala dengan penggunaan multimedia dalam bentuk yang menarik dan mudah diikuti oleh kanak-kanak istimewa seperti down syndrome, epilepsi, sawan, lembam dll Perisian ini digunakan sepenuhnya secara maksima keatas kanak-kanak yang bermasalah pertuturan teruk. Bimbingan dijalankan secara tidak formal dalam masa 15 minit bagi satu sesi utk seorang murid. Perisian ini memberi faedah jangka panjang yg amat besar sumbangannya kepada kanakkanak kurang upaya untuk meningkatkan kemahiaran pertuturan mereka. Contoh modul : Latihan pengeluaran bunyi, setiap kali murid membunyikan vokal a bulatan dalam belon akan bertukar menjadi dan emmbesar mengikut kekuatan bunyi, Latihan tekanan suara kapal angkasa naik turun mengikut nada turun naik suara yang dirakamkan. 4.2

Speech Therapy

Merupakan satu perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan. Ia dihasilkan bagi membantu kanak-kanak dan orang dewasa dalam latihan pengeluaran dan pengawalan suara serta pertuturan awal.

Perisian ini sesuai digunakan oleh semua pihak termasuk:1.

Terapis Pertuturan-Bahasa

12

2.

Guru-guru Khas

3.

Ibu bapa kanak-kanak bermasalah pendengaran

Terdapat 6 objektif utama yang ditekankan iaitu:1. Kawalan Masa Penghasilan Suara 2. Kawalan Kenyaringan Suara 3. Kawalan Kekuatan Suara 4. Pembelajaran Fonetik 5. Kawalan Penghasilan Fonem Bersuara dan Tidak Bersuara 6. Kawalan Penghasilan Suara

Terdapat 2 bahagian yang penting iaitu :-

1. Meneroka (Explore) Pada bahagian ini kanak-kanak diberi peluang untuk meneroka, menguji dan memahami cara kawalan suara sendiri bagi semua kategori seperti yang dinyatakan. 2. Latihan (Training) Pada bahagian ini, kanak-kanak perlu mengawal suara seperti yang ditetapkan. Jika mereka berjaya mengawal suara dengan baik, ganjaran akan diperolehi.

4.3

Perisian : Dr. Hearing

13

“Dr Hearing” merupakan satu perisian komputer yang berbentuk interaktif dan sesuai digunakan untuk kanak-kanak dengan masalah pendengaran. Perisian ini berharga RM 3,580.00. Perisian perlu dimiliki oleh:1. Ibu bapa kanak-kanak bermasalah pendengaran 2. Guru-guru khas kanak-kanak bermasalah pendengaran 3. Terapis Pertuturan

“Dr Hearing” terdiri daripada 2 bahagian iaitu:1. Meneroka Bunyi Dalam bahagian ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan bunyi-bunyi persekitaran seperti bunyi binatang, muzik dan kenderaan. Ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran mendengar, mengajar kesedaran terhadap bunyi dan meningkatkan kemahiran memori auditori (pendengaran) dan visual (penglihatan).

2. Mengenal pasti Bunyi Dalam bahagian ini, kanak-kanak diajar untuk membeza dan mengenal pasti bunyi. Bagi setiap bunyi yang didengari, kanak-kanak diminta mencari gambar yang sepadan. 7 kategori bunyi disediakan dan setiap kategori dilengkapi dengan gambar yang menarik.

Perisian ini berasaskan permainan interaktif. Terdapat 5 permainan yang berbeza bagi setiap bahagian dan kategori. Ini membantu dalam mengekalkan minat dan tumpuan kanak-kanak terhadap aktiviti yang dijalankan. Di samping itu, setiap latihan boleh direkodkan untuk dijadikan rujukan bagi menjalankan latihan pada sesi seterusnya.

5.0

Cabaran ICT di sekolah pendidkan Khas

5.1 Program ICT yang akan dilaksanakan khusus di sekolah pendidikan khas dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

14

Ketika ini, ada 32 sekolah pendidikan khas di seluruh negara, meliputi 28 sekolah rendah dan empat menengah, di samping 1,118 program pendidikan khas integrasi (72 masalah pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1,020 masalah pembelajaran) membabitkan sejumlah 25,106 pelajar. Dalam RMK-9, RM15 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program ICT untuk pendidikan khas. Program berkenaan ialah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran Kendiri dan penggunaan ICT di kelas prasekolah pendidikan khas. Bagi program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) sudah melaksanakan projek rintis dalam RMK-8 pada 2002 membabitkan empat sekolah, iaitu masing-masing dua sekolah rendah dan menengah pendidikan khas. Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Setapak, Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran). Dalam RMK-9, JPK merancang memperluaskan program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas kepada 28 sekolah. Inisiatif ini akan menggunakan lima model dilengkapi kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber.Model terbabit ialah Model Makmal Masalah Penglihatan di tiga sekolah, Model Makmal Masalah Pendengaran (14 sekolah), Model Kelas Masalah Penglihatan (dua sekolah), Model Kelas Masalah Pendengaran (10 sekolah) dan Model Makmal Sekolah Pendidikan Khas Baru (dua sekolah). 5.2 Peralatan dan perisian ICT khusus yang dibekalkan ke sekolah pendidikan khas di bawah program pembestarian ini.

Secara umum, peralatan ICT dibekalkan itu sama seperti diperoleh sekolah aliran perdana. Bagaimanapun bagi sekolah pendidikan khas (masalah penglihatan), ada peralatan dan perisian khusus untuk kegunaan pelajar terbabit.

15

Peralatan itu ialah Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin, Index Braille Embosser (mencetak tulisan braille), Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan), Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin).Perisian khusus dibekalkan untuk masalah pendengaran pula ialah Duxbury bagi menterjemah teks kepada braille, Zoomtext (membesarkan saiz teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader. Pusat Pembelajaran Kendiri akan dibina di asrama sekolah pendidikan khas bagi membolehkan pelajar membuat capaian kepada sumber pendidikan luar melalui internet, di samping melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan projek. Selain itu, pusat ini juga bertujuan mempertingkat ‘contact-hours’ pelajar dengan komputer. Sebanyak 13 sekolah terbabit dalam program ini, iaitu 11 sekolah pendidikan khas sedia ada dan dua SMPK vokasional baru yang akan dibina dalam RMK-9. Dari segi peralatan dan perkakasan, setiap Pusat Pembelajaran Kendiri akan dibekalkan lima komputer, Screen Reader Software, Text Magnifier Software, suis, sebuah pencetak laser A4, sebuah Inkjet Color Printer A4 serta Rangkaian LAN. Dalam konteks pelaksanaan PPSMI, JPK memastikan peralatan ICT dibekalkan ke sekolah pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi. Demikian juga dalam Fasa V PPSMI Program Pemulihan Khas, kemudahan ICT diperuntukkan. Malah, pelajar serta guru PPSMI yang bermasalah penglihatan turut dibekalkan peralatan khas bagi memudahkan proses P&P. Peralatan berkenaan ialah Embosser sebanyak 66 unit, Thermal Form (33), Braille Note (10), Braillone (1,320), Perisian Duxbury (60), Perisian JAWS (60) dan Perisian ZoomText(6). Setiap kelas prasekolah pendidikan khas sudah dibekalkan masing-masing sebuah komputer dan juga pencetak, di samping perisian, bagi membantu guru memberi pendedahan ICT kepada murid berkeperluan khas dari seawal usia empat sehingga enam tahun. Bukan itu saja dengan kerjasama Bahagian Sekolah, 30 kelas prasekolah dalam Program Pendidikan Khas Integrasi sudah menerima

16

sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain itu, 31 kelas prasekolah dalam program sama juga dibekalkan dua komputer dan sebuah pencetak di bawah peruntukan Kementerian Pelajaran.

5.3 Isu dan cabaran dihadapi untuk melaksanakan program ICT dalam pendidikan khas.

Guru perlu dilatih serta diberi kemahiran untuk mengajar berkeperluan khas dengan menggunakan ICT. Selain peralatan ICT biasa, guru pendidikan khas juga perlu mahir mengendalikan peralatan dan perisian khusus. Seterusnya, perisian yang terdapat di pasaran untuk P&P pendidikan khas amat terhad dan ada kala kurang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas, terutama kategori masalah pembelajaran. Walaupun ada peralatan dan perisian luar negara yang boleh diguna pakai untuk pelajar berkeperluan khas di Malaysia, kosnya sangat tinggi. Berikutan itu, kekurangan kepakaran untuk membina perisian sesuai bagi pelajar terbabit juga adalah satu cabaran. Sementara itu, kepelbagaian kecacatan pelajar berkeperluan khas memerlukan peralatan dan juga perisian khusus secara individu. Ini adalah suatu yang sukar untuk dipenuhi kerana kekangan sumber kewangan dan manusia. Bagi mengatasi isu dan cabaran ini diatasi kepakaran perlu diwujudkan dan kerjasama daripada pihak lain harus dipertingkat untuk membantu Jabatan Pendidikan Khas (JPK). Kerjasama pintar serta jalinan kolaborasi perlu diwujudkan dengan institusi luar, termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang mahir dalam menghasilkan perisian sesuai untuk pelajar berkeperluan khas. Di samping itu, JPK juga perlu menjalankan kajian impak ICT terhadap pencapaian pelajar berkeperluan khas, baik di sekolah pendidikan khas mahupun dalam program pendidikan khas integrasi.

17

Rujukan ______Cabaran ICT di sekolah pendidikan Khas Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://jqa1004.blogspot.com/2007/05/cabaran-ict-di-sekolah-pendidikan-khas.html

Jeffey P. Bigham et.al(2007), WebAnywhwre : A Screen Reader On-The-Go. Diperoleh Ogos 14, 2008 daripada http://webinsight.cs.washington.edu/papers/webanywhere-html/

Vibiana Bowman (2002) Reading Beetween the line: an evaluation of WindowsEyes screen reader as a reference tool for teaching and learning. Academic Reseach Library vol 20 pg.162

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.humanware.com/eneurope/products/braille_and_speech/braillenotes

Diperoleh Ogos 6, 2008 daripada http://www.nuance.com/naturallyspeaking/

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.gwmicro.com/

Diperoleh Ogos 7, 2008 daripada www.freedomscientific.com/fs_products/software_jaws.asp Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada www.duxburysystems.com/ Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.aisquared.com/

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.humanware.com/eneurope/products/braille_and_speech/reading_machine/_details/id_45/scannar.html

Diperoleh Ogos 4, 2008 daripada http://www.saahifah.com/index.php?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=6 8

Diperoleh Ogos 8, 2008 daripada http://www.drspeech.com/

18

Related Documents