An Kanak-kanak Fizikal Dan Kognitif

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View An Kanak-kanak Fizikal Dan Kognitif as PDF for free.

More details

  • Words: 6,653
  • Pages: 31
1.0

PENGENALAN Kajian berkaitan perkembangan manusia sering dilakukan daripada sudut

fizikal, kognitif, sosial, emosi dan moral. Woolfolk dan Margetts(2007) mentafsirkan perkembangan fizikal sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan di dalam badan, perkembangan sosial

sebagai

perubahan

dalam

hubungan

dengan

individu

lain

dan

perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman,ekspresi serta pengurusan emosi. Perkembangan jasmani, mental, emosi dan sosial menjadi asas di mana tingkah laku individu dibina melalui proses pembelajaran. Ramai ahli psikologi mempercayai baka dan alam sekitar merupakan faktor yang berasingan iaitu mempengaruhi personaliti seseorang individu serta kebolehannya untuk mencapai sesuatu dengan caranaya tersendiri. Dalam hidup ini, apa yang difikirkan, dibuat atau dirasakan oleh seseorang itu sebagai seorang kanakkanak, seorang remaja, atau seorang dewasa adalah hasil dari saling hubungan yang wujud di antara faktor warisan biologi dengan pengaruh alam sekitar

2.0 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan ialah perubahan yang tidak boleh diukur secara kuantiti tetapi ternyata telah berlaku dan boleh dilihat dalam satu tempoh yang panjang. Perkembangan menekan kepada aspek-aspek keupayaan dan kebolehan seseorang untuk berfungsi dan berinteraksi dengan keadaan sekeliling untuk keselesaan hidup sepanjang hayatnya. Contohnya : kebolehan mengkoordinasi pergerakan anggota badan, bertutur, memahami dari bendabenda konkrit ke abstrak, berinteraksi dan meluahkan perasaan dengan orang dan keadaan sekeliling. Perubahan ini disebut perubahan secara "kualiti".

Perkembangan kanak-kanak merupakan hasil dari pengaruh keadaan alam sekitar ke atas kanak-kanak semasa ia membesar. Perkembangan fizikal pula

merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-

bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock,1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanakkanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tidak bersaing, ia mungkin akan menyebabkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya. Perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya. 2.1

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak merupakan dua faktor

asas kepada penemuan objektif pendidikan, kepada perancangan kurikulum dan kepada penciptaan teknik mengajar untuk semua murid dalam berbagai peringkat perkembangan. Perkembangan jasmani, mental, emosi, dan sosial menjadi asas di mana ciri-ciri tingkah laku individu dibina. D.S Wright dan Ann Taylor mengatakan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahn umur. Menurut Atan Long, perkembangan merupakan perubahan

kualitatif kerana ia tidak dapat diujur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tatapi perkembangan berterusan walaupun peringkat kematangan dilampaui batas. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu ialah phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang bias dilalui oleh kanak-kanak. Menurut Crow dan Crow (1983), pertumbuhan merupakan perubahan secara “kualitatif” serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison berkata perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.

Semua

perkembangan

samaada

dalam

bentuk

struktur,

kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkasnya, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. 2.2

PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Dalam prinsip asas perkembangan kanak-kanak, proses perkembangan

berlaku mengikut aturan. Misalnya seorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kepada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa.

Terdapat perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengang objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot kasar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus. Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seseorang, kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk pencapaian kemahiran-kemahiran baru kelak. Corak dan aturan perkembangan adalah hamper sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Sesetengah kanak-kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia. Perkembangan juga bergantung kepada hasil interaksi di antara kematangan da pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada di dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada di dalam diri misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara-cara berenang.

2.3

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Proses perkembangan kanak-kanak meliputi perubahan dari segi bentuk

tubuh badan dan tingkah laku. Perkembangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor baka dan juga persekitaran. Pengaruh genetic atau faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nekleoprotien yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia fokus pada kromosom iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nucleus sel sperma dan juga sel ovum. Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromoson. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel seperma dengan sel ovum dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran diantara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang dilahirkan. Gen merupakan penentu utama dalam perwarisan ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. pengaruh genetic terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Faktor yang kedua mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah faktor persekitaran. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembah, mempunyai ciri fizikal seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan ciri-ciri fizikal luaran khasnya warna rambut dan organ deria diwarisi oleh gengen ibu bapa.. Ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Nerman (1937) dan Shieldo (1962) membuktikan bahawa setiap individu mepunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas.

Ahli psikologi mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mereka juga mengatakan bahawa emosi seseorang iniduvidu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Dalam faktor persekitaran, institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia seperti iklim rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Status sosial-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Makanan yang berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Selian itu, kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan caa yang baik akan mengalami perkembangan poensi, tingkah laku dan emosi yang sempurna. Selain itu, perkembangan kognitif kanak-kanak diperngarui oleh faktor persekiratan iaitu rumah dan sekolah.masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Selain itu, masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai keharmonia dan nilai kejiwaan.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, dan sebagainya. Pendedahan kanakkanak

kepada

sumber

teknologi

yang

sihat

akn

meningkatkan

kadar

perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang beransur keganasa, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negative dan personaliti yang tidak diingini. Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat

penyayang

dan

cekap

menguruskan

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapt keharminian dan kemakmuran Negara. Iklin sekolah yagn kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan

pengajaran

dan

pembelajaran

akan

membantu

perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan

agen

perubahan

dan

bersama-sama

diberi

tugas

untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang hamonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pengaruh baka

dan persekitaran telah

lama diperdebatkan dan

kebanyakan mengatakan pengaruh baka dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Teori

Ekologi

Bronfenbrenner

(1979,1987)

menjelaskan

perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran.

Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem

iaitu

mikrosistem,

mesosistem,

eksosistem,

makrosistem

dan

kronosistem. Mikrosistem ialah persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa seperti ibu bapa, guru, adik beradik, rakan dan jiran. Mesosistem pula bermaksud perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain misalnya keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contohnya rumah-sekolah, rumah-jiran, dan sekolahjiran. Eksosistem

dalam

persekitaran

bermaksud

pengalaman

dengan

persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak. Makrosistem bermaksud perkembangan individu dipengaruhi oleh normanorma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya sesetengah masyarakat, peranan jantina ditititkberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan seperti mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Menurut Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1987), kronosistem bermaksud perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa misalnya kanakkanak pada hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan computer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun yang lalu.

3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Perkembangan fizikal kanak-kanak dan remaja biasanya dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat prenatal (9 bulan dalam kandungan), peringkat bayi (masa lahir sehingga umur 2 tahun), peringkat kanak-kanak (umur 3 tahun sehingga 11 tahun), dan yang terakhir ialah peringkat remaja iaitu (umur 11 tahun sehingga 18 tahun) 3.1

PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki. Selepas

kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang terlebih dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam masa beberapa bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat megangkat badannya seterusnya lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan. Pada kebiasaannya, arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan merupakan bahagian terakhir dalam perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa

bulan,

bayi

boleh

menggunakan

kedua-dua

tangan

untuk

menggengam objek dan seterusnya bayi dapat memegang objek dengan sebelah

tangan

berkembang.

menggunakan

jari

tangan

kerana

otot

tangan

sudah

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik seperti kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjukkan kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi dapat memberitahu kepalanya yang sakit. Aspek perkembangan kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza kerana kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya akan berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan

3.2

PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

3.2.1 AWAL KANAK-KANAK (2 HINGGA 6 TAHUN) Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Ketinggian kanakkanak pada peringkat ini dua kali ketinggian semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang dengan sempurna. Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki. Perubahan kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, contohnya seorang kanak-kanak berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain menggunakan kasut roda. Kadar perubahan dan kebolehan psikomotor dipengaruhi oleh genetic seperti berjalan berlaku awal untuk kedua-dua ibu bapa maka anaknya juga akan berjalan pada peringkat awal.

3.2.2 KANAK-KANAK (7 TAHUN HINGGA 12 TAHUN) Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan

dan

perkembangan

pada

peringkat

ini

lebih

bercorak

penambahbaikan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 hingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun dan kebiasaannya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang.

3.2.3 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam tahap awal kanak-kanak bermula 2 hingga 6 tahun, guru dinasihatkan membantu kanak-kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan menggalakkan pergantungan kanak-kanak kepada ibubapa dan guru serta menimbulkan perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Selain itu, kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbeza dan elakkan daripada membanding antara kanak-kanak. Kanak-kanak agak aktif pada peringkat ini dan guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti seperti bermain bola dan berlari tetepi aktiviti tersebut mesti mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang belum sempurna. Untuk tahap kanak-kanak dari 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik dan aktiviti-aktiviti seperti melukis. Guru harus melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti permainan dan latihan-latihan seperti berenag, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebih cekap. Selain itu, guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti lasak untuk kanak-kanak lelaki misalnya bermain bola sepak dan permainan sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bermain bola jaring. Peringkat-peringkat perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza untuk setiap individu. Jika perubahan yang berlaku pada setiap peringkat tidak mengikut jadual atau norma masyarakat, maka ia boleh menimbulkan masalah kepada individu tersebut. Guru perlu sensitive dan memberi perhatian kepada perubahan-perubahan ini kerana ia mempergaruhi kesediaan, keupayaan dan minat kanak-kanak dalam pembelajaran di sekolah.

3.3

PERKEMBANGAN

FIZIKAL

KANAK-KANAK:

TEORI

ARNOLD

GESELL (RUJUK LAMPIRAN A) Arnold Gesell merupakan seorang ahli psikologi yang amat mementingkan baka sebagai penggerak yang utama terhadap perkembangan seseorang individu. Teori perkembangan dipelopori olehnya merupakan teori kematangan biologi. Beliau mempercayai bahawa kematangan merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan proses pembelajaran. Menurut Gesell, tingkah laku individu akan berkembang menjadi pola dan urutan yang terawal. Oleh yang demikian, perlakuan anak-anak boleh diramal untuk masa kini atau masa akan datang. Pertumbuhan tisu, organ serta perkembangan fungsi juga adalah berlaku mengikut urutan yang tertentu serta dikawal oleh kematangan. Faktor persekitaran dan kebudayaan bertindak sebagai pengaruh sekunder yang mungkin boleh mengubahsuai kemajuan perkembangan tetapi tidak menjadi penggerak utama terhadap perkembangan seseorang individu dan tidak penting dalam mempengaruhi perkembangan seseorang. Kita tidak boleh memaksa kanak-kanak melakukan sesuatu kemahiran sekiranya mereka belum mencapai peringkat kematangan betul. Kita perlu menggalakkan mereka supaya berkembang mengikut minat dan kebolehan yang ada pada mereka. Gesell menekankan bahawa setiap individu adalah unik dan keunikan seharusnya dihormati. Kanak-kanak haruslah dibenarkan berkembang mengikut kadar perkembangan sendiri. Ini bermakna mereka tidak boleh dipaksa membuat sesuatu tanpa mengira peringkat kematangan serta peringkat perkembangan. Gesell telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat yang utama iaitu peringkat pertama (o hingga 1 tahun), peringkat kedua (1 hingga 2 tahun), peringkat ketiga(2 hingga 3 tahun), perinkat keempat (3 hingga 4 tahun) dan peringkat kelima (4 hingga 6 tahun).

Pada peringkat pertama, bayi boleh menghasilkan tangisan yang berlainan untuk menyuarakan kehendaknya yang berlainan. Apabila berumur empat bulan pula, bayi sedang melalui peringkat awal perkembangan emosi. Sebagai contoh, bayi akan ketawa apabila berasa gembira. Semakin umur meningkat enam bulan, perkembangan psikomotornya semakin meningkat. Bayi itu dapat duduk,merangkak, dan menggenggam sesuatu objek yang diberikan kepadanya. Ketika berumur 1 tahun pula, bayi tersebut boleh berdiri dengan memegang kerusi. Pada peringkat kedua iaitu dari 1 tahun hingga 2 tahun, kanak-kanak mulai belajar berjalan selangkah demi selangkah dan mula bercakap tetapi kurang betul mengucapkan kata-kata tetapi kanak-kanak tersebut sudah boleh berjalan dan berlari. Pada peringkat ketiga iaitu dari umur 2 tahun sehingga 3 tahun, kanak-kanak mula boleh makan tanpa dibantu oleh ibu bapa dan pada peringkat ini, kanak-kanak tersebut boleh bercakap dengan menggunakan ayatayat yang mudah. Mengikut pendapat Arnold Gesell, kanak-kanak yang berada lingkungan umur 3 tahun hingga 4 tahun merupakan kanak-kanak yang mudah menerima arahan dan memahami arahan daripada ibu bapa. Selain itu, mereka juga berupaya menunggang basikal beroda tiga. Pada peringkat kelima pada umur 4 hingga 6, iaitu peringkat terakhir dalam teori perkembangan Arnold Gesell, beliau mengatakan bahawa kanakkanak telah mula bercampur gaul dengan dengan individu-individu lain. Mereka berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat kepada ibu bapa serta sedia mendengar pendapat orang lain. Kanak-kanak di peringkat ini boleh membezakan di antara yang betul dan yang salah.

3.4

TEORI PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST Robert Havighurst ialah ahli psikologi Amerika Syarikat yang terkenal

dengan

mengemukankan

teori-teori

tugas-tugas

perkembangan

manusia

berlandaskan sosialbudaya berkaitan dengan perkembangan jasmaninya. Beliau menghuraikan perkembangan utama manusia sebagai satu-satu tugas, seperti jalan, berlari atau melompat, yang dilahirkan di dalam kehidupan individu pada sesuatu peringkat tertentu. Kejayaan individu dalam perlaksanaan tugas tertentu akan membawa kepuasan serta mendorongkannya mengulangi tugas tersebut. Kegagalan melaksanakan tugas kali pertama akan membawa perasaan kecewa serta menghindarkannya meneruskan tugas itu. Beliau pula menegaskan bahawa perkembangan personaliti seseorang dipengaruhi oleh nilai-nilai, normanorma dan budaya masyarakat. R. Havighurst dalam bukunya Human Development and Education (1953) menyenaraikan

tugas-tugas

perkembangan

kanak-kanak.

Beliau

telah

membahagikan peringkat-peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun), kanak-kanak (6 hingga 12 tahun),awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun). Pada peringkat kedua iaitu peringkat kanak-kanak (6 hingga 8 tahun), Havighurst mengatakan kanak-kanak dapat membezakan lelaki dan perempuan. Mereka dapat membentuk konsep diri yang sihat kerana kanak-kanak tahu membuat perbandingan. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menguasai konsepkonsep moral, nilai dan kemahiran hidup. Meraka biasanya dilatih untuk belajar berdikari kerana kanak-kanak pada peringkat, ibu bapa digalakkan memberi mereka membuat sesuatu kerja dengan usaha sendiri. Mereka tidak boleh selalu bergantung kepada orang sekeliling mereka kerana daripada usaha mereka sendiri, kanak-kanak dapat membentuk sifat kebebasan peribadi. Guru-guru disekolah boleh mengajar kanak-kanak kemahiran membaca, menulis dan mengira kerana perkembangan otak pada peringkat ini sangat cepat.

4.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain,

perkembangan

kognitif

kanak-kanak

adalah

bergantung

kepada

perkembangan otak dan sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih

berpengalaman,

iaitu

perkembangan

sosial.

Tambahan

pula,

perkembangan kognitif tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. 4.1

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK : TEORI JEAN PIAGET (1896-1980) (RUJUK LAMPIRAN B)

4.1.1 LATAR BELAKANG JEAN PIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Bapanya bernama Arthur Piaget merupakan seorang Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya bernama Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun, 1981. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang teramat muda iaitu pada umur 10 tahun. Selepas tamat sekolah menengah, Jean melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel dan mendapat PhD semasa berumur 22 tahun. Jean mula berminat pada Psikologi apabila beliau terpilih menjadi pengarah makmal Psikologi di Universiti Jeneva dan beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist."

Dalam bidang Psikologi, Jean merupakan salah satu tokoh yang amat penting pada abad ke dua puluh. Latar belakang beliau memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian keceredasan mental. Semasa bekerja dengan Binet, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean, pola-pola perlakuan ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanakkanak. . Penemuan-penemuan Piaget berdasarkan pemerhatian, deskripsi dan analisis bilangan kecil kanak-kanak. Dia menumpukan perhatian kepada 3 anaknya sendiri yang dilahirakan antara 1925 dan 1931. Bagaimana pun pendekatan ini tidak diterima oleh ahli-ahli psikologi lain terutama ahli psikologi behavioris apabila dia cuba menerangkan peristiwa-peristiwa mental ('mental events'). Dia sungguh tertarik dengan cara siput atau 'mollusks' menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Menggunakan idea daripada biologi dia mencadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utamal iatu organisasi dan adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk bertindak untuk menyusun persekitaran manakala adaptasi ialah penyesuaian dengan persekitaran fizikal. Maksud lain ialah organisasi ialah proses dalaman dan adaptasi ialah proses luaran. Namun, teori yang beliau kemukakan adalah memfokuskan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

4.1.2 KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF Piaget telah menggunakan idea daripada biologi yang dicadangkan bahawa pembelajaran adalah hasil daripada 2 proses utama iaitu organisasi dan adaptasi. Organisasi ialah sifat dalaman organisma untuk bertindak untuk menyusun

persekitaran

manakala

adaptasi

ialah

penyesuaian

dengan

persekitaran fizikal. Dengan perkataan lain organisasi ialah proses dalaman dan adaptasi ialah proses luaran. Oleh itu, Piaget telah memperkenalkan 4 konsep dalam kognitif iaitu skema (schema), asimilasi (assimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan (equilibrium). "From the biological point of view organisation is inseparable from adaptation: They are two complementary processes of a single mechanism, the first being the internal aspect of the cycle of which adaptation constitutes the external aspect" [Piaget, The origins of intelligence in intelligence, 1955). Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka, memahami situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang selesa jika berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka. Ketidakselesaan ini mendorong individu mencari penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu

memperolehi

sesuatu

pengalaman,

mereka

akan

menyusun

pengalaman-pengalaman di dalam minda masing-masing dan membentuk satu sistem di panggil skema (schema). Skema ialah struktur-struktur kognitif atau mental yang diperolehi oleh individu

untuk

mengadaptasi

dengan

persekitaran

dan

mengorganisasi

persekitaran berkenaan. Skema tidak statik tetapi sentiasa berubah dan diandaiakan seperti konsep atau kategori berkaitan sekumpulan objek, peristiwa

atau ciri. Orang dewasa memiliki banyak skema manakala bilangan skema bayi terhad dan bertambah apabila membesar. Pembentukan

skema

bermula

sebaik

sahaja

seseorang

individu

dilahirkan. Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tidak menyakitkan.Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya. Proses perubahan dan penukaran skema lama kepada skema baru di panggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilsi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi. Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal". Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Menurut Piaget, proses mengorganisai, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang

digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Contohnya, dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan “d” sebagai “b” apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk

sesuatu

situasi

atau

pengalaman

yang

baru

ia

berjaya

maka

keseimbangan akan berlaku tetapi sekirannya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka keseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru. 4.1.3 PERINGKAT PRA-OPERASI (KANAK-KANAK 2 HINGGA 7 TAHUN) Pada

peringkat

akhir

sensorimotor,

kanak-kanak

sudah

boleh

menggunakan skema-skema fizikal yang mudah. Seterusnya pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting tahap ini ialah penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Tetapi, dari segi kualiti, pemikiran kanakkanak masih lagi

berada di tahap yang rendah berbanding dengan orang

dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanakkanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. Melalui latihan yang berulang-ulang, rangkaian tingkah laku menjadi kukuh dan digeneralisasikan sehingga menjadi

skema tingkah laku yang stabil supaya difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.. Pengamatan merupakan suatu proses kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat manakala ingatan ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Bayangan pula merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik supaya pandangan dan pendengaran dikumpulkan di bahagian mental. Pada tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) dan Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ). Pada tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum dapat membeza dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama kerana mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan

selalunya

dihuraikan

sebagai

kaku,

tegang,

ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu egocentrism, konsep sebab-akibat, peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri. Prinsip ketekalan merupakan pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek. Kanakkanak yang tidak memahami prinsip, mereka tidak akan tahu bahawa jumlah, isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.

4.1.4 PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7 HINGGA 11 TAHUN) Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak belum berfikir secara egosentrik seperti pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Perkembangan semangat inkuiri menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain dan pada tahap ini, kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana mereka mula memasuki zaman persekolahan. Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sudah mula memahami unsurunsur pemikiran logik. Mereka memahami konsep-konsep nombor, berat, susunan, padatan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap ini

Walau

masih belum memahami atau

menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsepkonsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Tuntasnya, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

4.1.5 PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 TAHUN KE ATAS) Pada

peringkat

ini,Piaget

menyatakan

bahawa

perkembangan

kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata kerana mereka mampu membuat keputusan dan dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu ini dapat menyelesaikan masalah secara rasional dan lebih sistematik. Piaget menyatakan remaja pada tahap, patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan seperti mereka mula memikir tentang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat

yang terdapat dalam

masyarakat. Kesimpulannya, pemikiran baru dihasilkan oleh individu berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988) 4.1.6 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mengikut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada kasar kepada halus, mengikut perkembangan fizikal individu. Menurut Piaget, pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah

struktur kognitifnya agar

mengadaptasikan

keperluan situasai pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Piaget telah mengemukan beberapa cadangan mengajar kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat. Untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 7 tahun

iaitu

peringkat

praoperasi,

guru

di

sekolah

haruslah

mengajar

menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya, kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti batu, guli, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak. Pada peringkat ini, guru perlu memberi arahan yang pendek dan memberi contoh kepada murid seperti arahan untuk beratur di luar kelas atau bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh melakukan demonstrasi sebelum menyuruh kanak-kanak memcuba sesuatu. Kebiasaannya kanak-kanak pada peringkat praoperasi susuh memahami sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain seperti guru memberi penjelasan tentang nilai atau nasihat diberikan dalam ayat yang mudah difahami. Sewaktu di sekolah, guru harus berhati-hati dengan menggunakan perkataan kanak-kanak pada peringkat ini kerana kadang-kala sesuatu perkataan tersebut membawa makna yang lain atau sesuatu perkataan boleh membawa pelbagai makna contohnya Lila memberitahu cikgunya “nak baring” yang bermaksud dia sebenarnya hendak tidur. Di dalam kelas, guru digalakkan memberi peluang kepada kanak-kanak melakukan “hand on” terhadap sesuatu kemahiran seperti membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf. Pihak sekolah harus menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai pada kanak-kanak tahap ini seperti membuat lawatan ke Zoo Negara, taman, Balai Bomba dan sebaginya. Menurut Piaget, pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan berubah dan meningkat dari satu peringkat ke peringkat lain. Pada peringkat operasi konkrit untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, guru harus meneruskan

penggunaan bahan yang konkrit terutama untuk mempelajari kemahiran yang baru seperti model-model tiga demensi (3D) untuk mewakili objek-objek yang baru pelajari. Di dalam kelas, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar contohnya membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk

proses

fotosintesis

tumbuhan.

Guru-guru

haruslah

memastikan

pembentangan dan pembacaan adalah ringkas dan tersusun seperti mulakan pembacaan dengan buku yang mudah beransur kepada yang lebih kompleks. Bahagikan pembentangan kepada langkah-langkah yang mudah. Dalam pembelajaran, seelok-eloknya gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks dan perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Pada peringkat operasi formal iaitu berumur 11 tahun dan keatas, pembelajaran mereka telah meningkat dari senang ke tahap yang susah. Kanakkanak pada tahap ini akan memahami pelajarannya apabila guru menggunakan bahan yang konkrit untuk mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks seperti menggunakan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. Dalam kelas, guruguru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka alternative penyelesaian dan membuat hipotesis dan menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukakan. Dalam pengajaran, guru digalakkan mengemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta dan biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Joyce

dan

Weil,

dan

Slavin

(ahli

kelab

mazhab

neokognitif

:

konstruktivisme) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Mengikut kajian mereka, langkah yang pertama perlu dilakukan oleh guru

ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar, menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah yang seterunya ialah dalam pengajaran, guru harus memberi tugas yang berkaitan untuk pemindahan pembelajaran dan dalam kelas, guru digalakkan membentuk kumpulan yang mengadungi pelajar yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang lebih rendah. 4.2

PERKEMBANGAN

KOGNITIF

KANAK-KANAK:

TEORI

LEV

VYGOTSKY (RUJUK LAMPIRAN C) Piaget(1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri iaitu meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky

(1896-1934)

memberi

altenatif

kepada

idea

Piaget

tentang

perkembangan kognitif kanak-kanak iaitu menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Menurut Lev Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa. Contohnya Tok Wan sentisa bercerita pada cucunya, Syasya yang berumur 5 tahun tentang kegigihan semut-semut membina sarangnya. Setiap kali menceritakan kegigihan semut-semut membawa tanah dan berhadapan dengan pelbagai cabaran, Tok Wan akan membawa watak semut-semut yang gigih berusaha dengan penuh emosi, “saya boleh,saya boleh,saya akan terus cuba”. Selepas itu dia akan bertanya cucunya, “ Sayang, kenapa semut-semut itu selalu berkata, saya boleh,saya boleh?” selalunya Syasya akan menjawab, “Kita kena cuba, kena cuba….Tok Wan”.

Di sekolah tadikanya, pada suatu hari Syasya dan kawan-kawannya Ain dan Hani bersama-sama menyiapkan satu aktiviti. Ain hampir putus asa. “ Saya tak boleh lah, ini susah sangat” “Tak, kita boleh..kita kena cuba…kena cuba, sampai boleh!” balas Syasya. Menurut Lev Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. (Contohnya antara Syasya dengan Tok Wan). Di dalam situasi Syasya dengan neneknya, Syasya merupakan pendengar yang aktif.dia membina pemahaman melalui interaksi dan mempratikkan hasil interaksi tersebut ke dalam situasi yang hampir menyamai situasi di dalam cerita neneknya. Kanak-kanak mengikut Lev Vygotsky belajar dari apa yang dipratikkan. Bagi Lev Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuan sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga, atau rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

4.2.1 ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Lev Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia merupakan istilah yang digunakan oleh Lev Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan-rakan sebaya yang lebih mahir.

HAD ATAS Peringkat kemahiran kanakkanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL

HAD BAWAH Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak

4.2.2

Berdasarkan rajah disebelah, Lev Vygotsky membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada had bawah dan had atas. Had bawah merupakan kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Manakala had atas pula adalah kemahiran-kemahiran yang sukar dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan memerlukan bantuan daripada individu yang lebih berkemahiran. Ruangan Zon Perkembangan Proksimal mewakili kemahiran-kemahiran kognitif kanak-kanak yang di dalam proses kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan individu yang lebih mahir. (Goos,2004: Gray & Feldman,2004)

“Scaffolding” Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan

Proksimal. Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih berkemahiran (guru atau rakan sebaya) akan mengubahsuai tahap bantuan/ bimbingan yang diberikan mengikut keupayaan pelajar. Apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang

diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut. (Santrock,2007). Perbualan dan interaksi adalah alat yang penting semasa proses scaffolding. Perbualan akan membantu pelajar menyusun konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan bermakna dengan bantuan individu yang leibh mahir seperti guru. Menurut Lev Vygotsky, selain berkomunikasi dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanakkanak juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri. Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut merancang dan mengawal tingkah laku mereka sendiri. Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanak-kanak berusia 3 hingga 7 tahun yang seterusnya akan berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal. Akhirnya ia akan berubah menjadi suara hati atau dorongan pemikiran apabila dewasa kelak. Lev Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri. Apabila kanak-kanak bercakap sendiri, mereka menggunakan bahasa untuk mengawal tingkah laku dan membimbing pemikiran mereka. Contohnya : Semasa bermain masak-masak Rani didengari bercakap sendrir, “Adik nak masak kat umi lah…apa nak masak ya? Adik nak masak telur. Umi kata kalau pegang telur kena hati-hati sebab ia mudah pecah. Lepas itu adik nak bagi umi minum susu sebab susu boleh buat kita jadi sihat”. Dengan bercakap sendiri, Rani seolah-olah mengingatkan diri sendiri cara memegang telur dan khasiat susu. Kajian mendapati kanak-kanak yang suka bercakap sendiri memberi impak positif kepada perkembangan mereka. Mereka yang bercakap sendiri didapati lebih tekun dan lebih cenderung memperbaiki

kelemahan mereka berbanding dengan kanak-kanak yang kurang bercakap sendiri (Berk & Spuhl,1995). 4.2.3 IMPLIKASI TEORI VYGOTSKY KE ATAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan Teori Lev Vygotsky, penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu memberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi dan menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru perlu membantu murid bila diperlukan. Guru harus memberi galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. Dalam pembelajaran di dalam kelas, guru harus mengalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir supaya mengajar rakan-rakan lain yang masih tidak dapat menguasai pembelajaran. Selain itu,kanak-kanak boleh mendapatkan sokongan dari rakan-rakan yang sudah memahami konsep yang diajar. Dalam kelas, guru harus mengawal dan mengalakkan kanak-kanak bercakap

sendiri

semasa

menyelesaikan

masalah

dan

guru

sebagai

pembimbing kepada kanak-kanak untuk merealisasi idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. Dalam pengajaran, guru perlu memberi arahan yang bemakna dan seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dan pembelajaran dengan kehidupan seharian. Akhirnya,

murid

digalakkan kurangkan penghafalan dan guru harus membimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

5.0

RUMUSAN Faktor-fakto genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan

manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek,emosi dan sosial di antara satu sama lain. Oleh itu perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifar kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkatperingkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan

diperngaruhi

oleh

baka

dan

persekitaran.

Baka

menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan merupakan satu bahagian yang saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-berbeza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya.

Related Documents