Amali 3 Ujian Ujian Makmal Untuk Air.docx

  • Uploaded by: Elsie Egilip
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Amali 3 Ujian Ujian Makmal Untuk Air.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 940
  • Pages: 6
Tajuk Ujian-ujian makmal untuk air Tujuan Untuk mengkaji kualiti air melalui analisis warna, rasa, bau, suhu, kekeruhan, dan pH air.

Hipotesis Air longkang lebih tercemar berbanding air sungai Bahan dan Radas Tiga sampel air daripada pelbagai sumber, termometer, pH meter, cetakan Ceper Sacchi (printed Sacchi DIsc), bikar, silinder penyukat, botol air berisi air suling dan kertas tisu pengelap, penunu Bunsen, botol bermulut sempit dan gabus.

Pengenalan Pencemaran air berlaku apabila kualiti air merosot disebabkan oleh pencemaran bahan kimia berbahaya. Air dikatakan tercemar apabila tidak sesuai untuk digunakan mengikut fungsinya yang tertentu. Pencemaran air boleh berlaku dalam dua cara iaitu fenomena alam dan kesan aktiviti manusia. Gempa bumi, letusan gunung berapi, ribut taufan, el nino, la nina, dan banjir merupakan antara fenomena alam semulajadi yang menyebabkan pencemaran air yang signifikan. Selain itu, pencemaran air juga disebabkan oleh aktiviti manusia seperti perindustrian, kegiatan domestik, perlombongan, pertanian, dan perikanan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mencemarkan air melalui pelepasan sisa toksik berbentuk cecair, tetapi juga sisa-sisa berbentuk pepejal yang mengganggu keseimbangan ekosistem akuatik. Sisa-sisa organik daripada sistem kumbahan juga menyebabkan peningkatan keperluan oksigen biokimia (BOD) air. Peningkatan aras BOD bermaksud kandungan oksigen terlarut dalam air berada pada paras rendah daripada normal sehingga hidupan akuatik kekurangan oksigen untuk berespirasi. Kualiti air ditentukan dengan menganalisis sifat fizikal seperti perubahan bau, rasa, warna, kekeruhan, dan suhu; dan sifat kimia seperti nilai pH air. Berikut merupakan parameter fizikal bau, rasa, warna, suhu, dan kekeruhan yang digunakan untuk menentukan kualiti air. a.

Bau

Air yang berbau, selain tidak estetis juga tidak disukai oleh masyarakat. Bau air dapat memberi petunjuk terhadap kualitas air, misalnya bau amis dapat disebabkan oleh adanya

algae dalam air tersebut. Berdasarkan Keputusan Menteri Kesehatan RI Nomor 907/MENKES/SK/VII/2002, diketahui bahwa syarat air minum yang dapat dikonsumsi manusia adalah tidak berbau. b.

Warna

Air yang bersih adalah tidak berwarna. Air yang berwarna menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat cairan kimia dan mikroorganisme berwarna dalam air. Ini menghalang penembusan cahaya matahari ke dalam air untuk membantu proses fotosintesis oleh tumbuhan akuatik. Berikut merupakan ramalan kandungan air yang memiliki warna berbeza: Warna

Kandungan

Kemerahan

Oksida besi

Keperangan atau kehitaman

Oksida mangan

Kehijauan

Kalsium karbonat

Keperangan

Bahan-bahan organik (tannin, lignin, asid humus daripada pereputan tumbuhan)

c.

Rasa

Air minum biasanya tidak mempunyai rasa (tawar). Air yang memiliki rasa menunjukkan kehadiran zat terlarut yang boleh membahayakan kesihatan. d.

Suhu

Ujian suhu membantu menentukan kadar tindak balas biokimia dalam persekitaran akuatik dan sememangnya sama ada ia dapat berlaku sama sekali. Jika suhu air terlalu tinggi, ini dapat mengehadkan keupayaan air untuk memegang oksigen dan mengurangkan kapasiti organisma untuk menentang pencemar tertentu. e.

Kekeruhan

Kekeruhan adalah proses mengukur jumlah bahan terampai dalam air, atau lebih ringkas, betapa jelasnya air itu. Jika air berada pada tahap kekeruhan yang tinggi, proses fotosintesis tumbuhan akuatik akan terjejas kerana cahaya matahari tidak dapat menembusi air. Oleh itu, terdapat kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam air kerana tidak ditukarkan kepada oksigen, Ini mengganggu respirasi organisma-organisma akuatik lain. Parameter kimia yang digunakan untuk mengukur kualiti air adalah nilai pH. Nilai pH digunakan untuk menentukan kadar asid/bes dalam air. Kebanyakkan organisma akuatik hanya dapat bertahan dalam lingkungan pH 6 hingga 8. Kepekatan ion hidrogen dalam air bersih yang neutral adalah 10-7 g/l. Julat pH adalah antara skala 0 hingga 14. Klasifikasi nilai pH adalah seperti yang berikut :  pH = 7 menunjukkan keadaan neutral  0 < pH < 7 menunjukkan keadaan berasid  7 < pH < 14 menunjukkan keadaan bes (alkali)

Air minuman yang terbaik adalah bersifat neutral dan tidak bersifat asid atau bes untuk mencegah pelarutan bahan berbahaya seperti logam berat dan sebagainya. Nilai pH piawai untuk air minuman adalah pada julat 6.5 hingga 8.5 sahaja. Pengukuran pH penting untuk mengetahui keadaan larutan dan kecenderungan tindak balas kimia yang terjadi antara air dan bahan terlarut pencemar.

Susunan radas

Prosedur i)

Warna

1. Warna sampel air A dibandingkan dengan air suling dan diperhatikan menggunakan mata kasar. 2. Keputusan direkodkan ke dalam jadual. 3. Langkah 1 hingga 2 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B dan C. ii)

Bau

1. 40ml sampel air A dimasukkan ke dalam botol bermulut sempit dan ditutup menggunakan gabus. 2. Botol dipanaskan dalam kukus air 40℃ selama beberapa minit. 3. Botol dikeluarkan daripada kukus air dan gabus dibuka. 4. Bau gas yang keluar daripada botol direkodkan ke dalam jadual. 5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B. iii)

Suhu

1. 50ml sampel air dimasukkan ke dalam bikar. 2. Suhu sampel air diambil menggunakan termometer. 3. Keputusan direkodkan ke dalam jadual. 4. Langkah 1 iv)

Kekeruhan

1. Cetakan Ceper Sacchi diletakkan pada dasar silinder penyukat 2. Sampel air A dimasukkan secara perlahan-lahan sehingga cetakan Ceper Sacchi pada dasar silinder penyukat tidak kelihatan. 3. Isipadu air direkodkan ke dalam jadual. 4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggantikan sampel air A dengan sampel air B dan C. v)

pH

1. 50ml sampel air A dimasukkan ke dalam bikar. 2. Meter pH dikalibrasi menggunakan larutan buffer 3. Meter pH dipindahkan ke dalam bikar berisi sampel air A. 4. Bacaan pada meter pH direkodkan ke dalam jadual. 5. Langkah 1 hingga 4 diulang dangan menggantikan sampel air A dengan sampel air B dan C. vi)

Rasa

1. Rasa sampel air A, B dan C diramalkan menurut nilai pH air. 2. Ramalan direkodkan ke dalam jadual.

Keputusan Ujian

Sampel A

Sampel B

Warna

Bau

Rasa (ramalan)

Suhu

Kekeruhan

pH

Jadual 1

Sampel C

Kesimpulan _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

Rujukan Beckett, B. S. (1986). Biology: A modern introduction. New York, NY: Oxford University Press, USA. Solomon, E. P., Berg, L., & Martin, D. W. (2004). Biology. Boston, MA: Cengage Learning

Related Documents

Amali Makmal
October 2019 49
Ujian 3
May 2020 9
Ujian
November 2019 57
Ujian
December 2019 56
Ujian
November 2019 61

More Documents from ""

Amali 2 Kutu Beras.docx
November 2019 16
2. Kertas Kerja.docx
November 2019 23
Amali 1 Biota Tanah.docx.pdf
November 2019 14
Buble Map.pdf
November 2019 22